Bakal tunang terkorban
TAMPIN: Memilukan apabila sesi pertemuan sanak-saudara seorang mekanik bagi membincangkan persediaan hari pertunangannya bertukar ‘majlis berdarah’ apabila dia terkorban dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Tampin-Gemas, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 pagi hingga 6 pagi itu, mangsa, Amirulden Hussaini, 36, yang memandu Perodua Kancil bersendirian dalam perjalanan pulang selepas bersantai di sebuah gerai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Tampin-Seremban, dekat sini.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke tebing sebuah sungai di situ, menyebabkan Amirulden mengalami kecederaan dalaman yang teruk dan mati di tempat kejadian.
Ibu mangsa, Jamilah Mahat, 58, pada malam sebelum kejadian, anak lelakinya itu menemuinya dan memberitahu mahu membaiki keretanya yang didapati agak kurang selesa.
“Kira-kira jam 12 tengah malam, saya menghubungi telefon bimbit dia (Amirulden) yang memaklumkan akan pulang ke rumah. “Saya yang kepenatan tertidur dan mendapati dia masih tidak pulang apabila bangun, kira-kira jam 6.30 pagi hingga menyebabkan hati ini bimbang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam.
Menurut Jamilah, tanda tanya itu terjawab apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa Amirulden ditimpa kemalangan
“Saya yang amat terkejut mendengar perkara itu segera pergi ke tempat kejadian sebelum mengetahui dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, dia amat sedih kerana mereka sekeluarga semalam sepatutnya mengadakan perbincangan untuk mengatur majlis pertunangan mangsa dengan gadis pilihannya yang berasal dari Kedah.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di kampungnya di Kampung Sri Repah, di sini, petang semalam.
MASJID TANAH: Ketua MIC Cawangan Jalan Langat, Kota Raja, Klang, Selangor, RS Gopal meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 2, Blok B Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, dekat sini, pagi semalam.
Difahamkan mendiang yang berusia 66 tahun, mengikuti kursus motivasi anjuran sebuah parti politik komponen Barisan Nasional (BN) bersama 19 lagi di kompleks berkenaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.
Difahamkan juga mangsa terjatuh dari bilik tidurnya selepas majlis penutupan kursus yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Mayat mangsa disedari ditemui pekerja yang menyiapkan makanan tengah hari di belakang blok berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas dimaklumkan seorang anak saudaranya yang baru tiba untuk mengambil makanan di bahagian belakang blok itu.
Menurut pekerja yang mahu dikenali sebagai Rohani, 55, dia terkejut selepas anak buahnya menjerit memberitahu ada orang terbaring dengan kepala berlumuran darah.
“Dia menjerit memanggil saya memberitahu ada lelaki terbaring di situ dan mengesyaki dia sudah mati kerana tidak bergerak serta banyak darah keluar dari kepalanya yang terpercik pada lantai dan dinding,” katanya
Sementara itu, Pengurus Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi, Baharin Tahir, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan pihak pengurusan kompleks mengenai kemalangan itu.Difahamkan, dalam kejadian jam 2 pagi hingga 6 pagi itu, mangsa, Amirulden Hussaini, 36, yang memandu Perodua Kancil bersendirian dalam perjalanan pulang selepas bersantai di sebuah gerai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Tampin-Seremban, dekat sini.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke tebing sebuah sungai di situ, menyebabkan Amirulden mengalami kecederaan dalaman yang teruk dan mati di tempat kejadian.
Ibu mangsa, Jamilah Mahat, 58, pada malam sebelum kejadian, anak lelakinya itu menemuinya dan memberitahu mahu membaiki keretanya yang didapati agak kurang selesa.
“Kira-kira jam 12 tengah malam, saya menghubungi telefon bimbit dia (Amirulden) yang memaklumkan akan pulang ke rumah. “Saya yang kepenatan tertidur dan mendapati dia masih tidak pulang apabila bangun, kira-kira jam 6.30 pagi hingga menyebabkan hati ini bimbang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam.
Menurut Jamilah, tanda tanya itu terjawab apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa Amirulden ditimpa kemalangan
“Saya yang amat terkejut mendengar perkara itu segera pergi ke tempat kejadian sebelum mengetahui dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, dia amat sedih kerana mereka sekeluarga semalam sepatutnya mengadakan perbincangan untuk mengatur majlis pertunangan mangsa dengan gadis pilihannya yang berasal dari Kedah.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di kampungnya di Kampung Sri Repah, di sini, petang semalam.
Ketua MIC mati jatuh tingkat dua
Difahamkan mendiang yang berusia 66 tahun, mengikuti kursus motivasi anjuran sebuah parti politik komponen Barisan Nasional (BN) bersama 19 lagi di kompleks berkenaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.
Difahamkan juga mangsa terjatuh dari bilik tidurnya selepas majlis penutupan kursus yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Mayat mangsa disedari ditemui pekerja yang menyiapkan makanan tengah hari di belakang blok berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas dimaklumkan seorang anak saudaranya yang baru tiba untuk mengambil makanan di bahagian belakang blok itu.
Menurut pekerja yang mahu dikenali sebagai Rohani, 55, dia terkejut selepas anak buahnya menjerit memberitahu ada orang terbaring dengan kepala berlumuran darah.
“Dia menjerit memanggil saya memberitahu ada lelaki terbaring di situ dan mengesyaki dia sudah mati kerana tidak bergerak serta banyak darah keluar dari kepalanya yang terpercik pada lantai dan dinding,” katanya
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menafikan sebarang unsur khianat atau sabotaj
Pegawai polis dalang
Difahamkan, sindiket didalangi pegawai kanan polis itu bersama beberapa ahli perniagaan bergiat aktif sejak setahun lalu dan dilaporkan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.
Dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira jam 11.40 malam itu, pegawai kanan itu ditahan bersama rakan subahatnya iaitu lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan masing-masing berusia antara 25 hingga 50 tahun.
Menurut sumber polis, pihak berkuasa melakukan risikan sejak sebulan lalu selepas menerima laporan pembabitan pegawai terbabit dalam pengedaran wang palsu mata wang dolar Amerika Syarikat dan United Kingdom (Pound Sterling) sekitar Lembah Klang.
“Dalam serbuan di kondominium mewah sepasukan anggota diketuai seorang pegawai operasi membuahkan hasil apabila dalang utama diberkas berada dalam premis itu,” katanya.
Sumber berkata, dalam serbuan itu pihak berkuasa merampas beberapa barangan seperti komputer riba, pemacu pena serta beberapa kotak yang dipercayai digunakan untuk pengedaran wang itu.
“Malah, pihak berkuasa turut merampas wang tunai dipercayai hasil kutipan pengedaran wang palsu yang dilakukan kumpulan terbabit,” katanya.
Sumber berkata, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan wang palsu berkenaan dicetak dalam negara atau dibawa masuk dari negara luar.
“Malah, beberapa barangan dirampas dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran itu dilaporkan dihantar kepada makmal polis untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Difahamkan, semua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan akan berakhir esok (hari ini).
Usaha wartawan Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan polis gagal, namun difahamkan, sidang media mengenai kejayaan polis Bukit Aman melumpuhkan sindiket pengedaran wang palsu itu dilakukan dalam masa terdekat.
Irma ditemui
Ibu remaja itu yang mahu dikenali Kak Intan, 50, meluahkan kesyukuran sebaik anaknya yang lesap dari rumah mereka di Taman Desa Minang, Gombak, ditemui.
Irma Hazwani Awang, 14, dilihat di sebuah pusat Internet di Wangsa Maju, di sini.
“Sebaik menerima panggilan jam 1 pagi semalam, saya ke tempat dimaksudkan itu dan menemui Irma yang berada bersama rakannya,” katanya.
Dua anak maut, ibu bapa parah
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta Proton Satria dipandu bapa mangsa, Mazhar Mat Darus, 34, dikatakan bertembung dengan lori.
Jurucakap polis berkata, tiga mangsa terbabit dipercayai sedang tidur ketika kemalangan.
“Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Farhan dan adiknya, Mohd Naufal yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Segamat.
“Ibu mereka, Noorzalita Rosmani, 32, yang cedera parah masih kritikal dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mazhar yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap itu, keluarga berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Keratong dari Melaka.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Tangisan ibu di sisi mayat anak
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Zulfakar Abd Aziz, 16, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Terap selepas membeli barangan di Pekan Bukit Pasir.
Mangsa yang menunggang motosikal dari Bukit Pasir menuju Muar dipercayai merempuh belakang sebuah kereta.
Akibat rempuhan itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, malah barangan dibelinya turut bertaburan di jalan.
Orang ramai yang melihat kejadian turut membantu menghubungi ambulans, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus kemalangan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu mangsa yang tiba di tempat kejadian beberapa ketika kemudian menangis pilu membuatkan suasana menjadi sedih.
Maut ditikam depan isteri
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Maran, 31, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring dan berseluar dalam di tepi jalan menuju ke HSAH jam 10 malam.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa bersembahyang bersama isterinya, beberapa lelaki memasuki kuil itu sebelum menikam mangsa dengan senjata tajam di bahagian belakang.
“Tikaman itu menyebabkan mangsa rebah dan dipercayai mati di tempat kejadian. Penyerangnya kemudian dipercayai membawa mangsa dari kuil itu sebelum mencampak mayatnya di tepi jalan,” katanya.
Isteri mangsa yang terkejut dengan kejadian di depan matanya itu, bertindak melarikan diri.
Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kumpulan lelaki terbabit terhadap mangsa kerana pada malam Khamis lalu berlaku pergaduhan kecil antara mangsa dengan sekumpulan lelaki.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.
Abang lemas cuba selamat adik
Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Mohamad Zuhary Mohamad Zailani, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, di sini, disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh lagi ahli keluarganya mendaftar masuk ke sebuah hotel di bandar ini untuk bercuti, pagi kelmarin.
Adik mangsa, Mohamad Zahir, 14, mulanya bermain di papan anjal kolam renang hotel itu sebelum terjatuh dan tenggelam ke dasar kolam, namun sempat diselamatkan.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, sebaik melihat adiknya terjatuh dan hampir lemas, mangsa segera terjun untuk memberi bantuan.
Bagaimanapun, katanya, usaha mangsa membantu adiknya itu tidak semudah disangkakan apabila mereka berdua hampir lemas di kolam sedalam empat meter itu.
Menurutnya, kedua-dua beradik itu mengalami kesukaran untuk naik ke permukaan kolam sebelum bapa mereka, Mohamad Zailani Md Zain, 40, yang menyedari kejadian itu terjun menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.
“Bagaimanapun, tindakan pantas lelaki itu gagal mengangkat anaknya ke permukaan akibat panik. Berikutan itu, ibu mangsa, Rashidah Othman menjerit meminta bantuan sebelum tiga kakitangan hotel terjun menyelamatkan tiga beranak itu,” katanya.
Beliau berkata, mayat Mohamad Zuhary dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya jam 8.30 malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, di sini.
No comments:
Post a Comment