Kikis 80 teman lelaki
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
NORA...tidak insaf
Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.
“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.
Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.
“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.
Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.
“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.
“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.
Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.
Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.
“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.
“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” katanya.
Lisdawati menang saman fitnah
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
GEMBIRA...Lisdawati bersama surat penghakiman menang kes saman fitnah.
Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.
Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.
“Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah,” katanya.
Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.
Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.
“Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.
“Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya.
“Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. “Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini,” katanya.
Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.
“Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.
“Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.
“Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri,” katanya.
Guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar
ISMAZI...didakwa
Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.
Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.
“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.
“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.
Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
No comments:
Post a Comment