Saturday, November 10, 2012

KUTIP ZAKAT KEMPEN...BAGAIMANA PENERIMA ZAKAT...TU WANG PEMBAYAR ZAKAT JANGAN TAK SAMPAI IKUT KAEDAH ALLAH DAH TENTUKAN

Pelukan terakhir suami
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Normah Abdul Latif
Normah (dua, kiri) kelihatan sugul semasa menatap jenazah suaminya buat kali terakhir, semalam.
BANDAR TUN RAZAK - Seorang isteri tidak menyangka, pelukan beberapa kali oleh suami adalah pelukan terakhir buatnya sebelum terbabit dalam kemalangan di Simpang Charuk Puting Batu 5, Temerloh, tengah hari kelmarin.
Normah Abdul Latif, 48, berkata, seperti bermimpi, dia tidak menyangka itu kali terakhir dia bertemu suaminya, Ramly Osman, 53, yang juga Pengurus Felda Kampung
Awah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, tengah malam kelmarin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
“Pagi semalam (kelmarin) ketika saya hendak bertolak untuk mengambil anak di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kuantan, arwah peluk saya sambil minta maaf.
Malah, apabila enjin kereta dihidupkan, lagi sekali dia datang dan peluk saya.
“Arwah turut memeluk adik (anak bongsu) dan berkata itu kali terakhir dia akan peluk adik sambil memohon maaf,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediaman ibu bapa Allahyarham Ramly di Rantau Perintis, di sini, semalam.
Normah berkata, arwah menunjukkan perubahan sejak sebulan yang lalu apabila dia kerap memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.
“Selama sebulan ini, setiap kali arwah berjumpa dengan penduduk tanah rancangan, dia akan memohon maaf, selain perwatakannya menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Saya juga dapat tahu daripada orang kampung, arwah sering kata dia risau dengan anak dan isterinya apabila dia sudah tiada nanti,” katanya.
Menurutnya, dia difahamkan kereta dipandu suaminya terlanggar sebuah lori pembancuh simen di bahu jalan ketika dalam perjalanan pulang selepas melakukan urusan bank di bandar Temerloh.
“Saya dapat panggilan telefon memberitahu suami saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ketika itu saya baru sahaja hendak pulang dari mengambil anak di UIAM.
“Saya terus bergegas ke Hoshas untuk melihat keadaan arwah yang sudah tidak sedarkan diri,” katanya. Normah berkata, dia dimaklumkan doktor, suaminya mengalami pendarahan yang teruk di dalam perut dan perlu menjalani pembedahan.
“Namun disebabkan terdapat komplikasi, arwah meninggal tengah malam tadi (kelmarin) namun kami sekeluarga sempat bersama arwah di saat akhirnya.
“Kami reda dengan pemergian arwah dan menganggap ini sebagai satu ketentuan daripada ALLAH SWT,” katanya.
Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, kereta Proton Exora yang dipandu Ramly dari bandar Temerloh ke Felda Kampung Awah dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori pembancuh simen di Simpang Charuk Puting Batu 5, Jalan Maran, Temerloh.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dibawa ke Hoshas Temerloh untuk rawatan lanjut, namun meninggal dunia pada jam 12 tengah malam kelmarin.
Jenazah dikebumikan di Rantau Perintis pagi semalam dan mangsa meninggalkan seorang isteri serta tiga anak.
Bertemu jodoh selepas berhijrah
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Arman Jamah
Arman ketika dinikahkan Kadi Daerah Temerloh, Badaruddin Bustami di surau Kampung Lubok Wong.
KUALA KRAU - Seorang pekerja kilang tidak menyangka penghijrahannya dari Sabah ke Mentakab untuk bekerja, menemukannya dengan gadis pilihan yang kini sudah pun sah bergelar isterinya.
Arman Jamah, 39, berkata, dia mula berkenalan dengan Junaidah Abdullah, 36, yang merupakan rakan sekerjanya dan seorang saudara baru masyarakat Orang Asli.
Menurutnya, pertemuan setiap hari di tempat kerja membuatkan hatinya tertarik dengan kelembutan Junaidah dan akhirnya melamar gadis itu untuk dijadikan permaisuri hidupnya.
“Saya akan bimbing isteri saya menjadi seorang Muslimah sejati dan mengajarnya cara hidup Islam sebenar. Ini adalah jodoh saya dan gembira akhirnya bertemu dengan isteri yang dapat menemani saya sepanjang hidup.
“Saya berdoa supaya hubungan kami ini bahagia hingga ke akhir hayat. Saya pun tidak menyangka bertemu jodoh dengan orang di Semenanjung,” katanya semasa Majlis Perkahwinan Perdana yang meraikan 16 pasangan pengantin saudara baru masyarakat Orang Asli di Kampung Lubok Wong.
Bagi Asri Abdullah, 16, dia sangat bahagia bertemu jodoh di usia muda kerana dapat samasama mendalami Islam bersama isterinya.
Menurutnya, isterinya, Fitri Yana Hidayu Junaidi, 17, dilahirkan dalam keluarga yang sudah memeluk Islam.
“Isteri saya membesar dengan ajaran Islam, jadi dia sudah banyak belajar berbanding saya.
Saya akan minta tunjuk ajar isteri kalau ada perkara yang tidak difahami semasa mendalami Islam nanti,” katanya.
Pil kuda dalam lokar asrama
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
PERAMU - Seorang pelajar sebuah institut kemahiran, di sini, ditahan kerana memiliki 50 biji pil kuda, dipercayai untuk dijual kepada rakan pelajar yang lain.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin, dan kesemua pil kuda yang dirampas ditemui di dalam lokar asrama.
Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas pelajar terbabit turut mendapati dia positif dadah jenis yang sama.
“Hasil penahanan pelajar berusia 18 tahun itu, polis berjaya memberkas empat lagi pelajar yang juga rakannya sebelum mendapati keempatempat mereka positif dadah jenis sama dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan.
“Kelima-lima pelajar yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur itu kini ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2004) kerana memasukkan dadah ke dalam badan tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Harian.
Yahaya berkata, seorang pelajar turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Mengikut siasatan, pelajar terlibat mendapatkan bekalan melalui penjual di sebuah negeri di Pantai Timur dengan harga RM1,500 bagi 100 biji pil kuda.
“Pil tersebut dijual kepada pelanggan di kawasan Pekan yang terdiri daripada pelajar dan pembeli setempat dengan harga RM20 sebiji,” katanya.
300 kawasan terdedah bencana alam di Pahang
Nik Amirulmu’min Nik Min
9 November 2012
KUANTAN- Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mengenal pasti 256 kawasan yang berisiko tinggi mengalami masalah banjir, tanah runtuh dan terputus hubungan di seluruh negeri berdasarkan kajian awal risiko yang dijalankan agensi itu.
Berdasarkan jumlah itu, 116 kawasan berkemungkinan mengalami banjir, 104 kawasan  berdepan masalah terputus hubungan dan 36 kawasan berbukit berisiko berlaku tanah runtuh.
Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, Peramu, Pekan mencatatkan jumlah tertinggi kawasan yang berkemungkinan berlaku banjir iaitu 20 diikuti Triang, 14 dan Kuala Rompin, 10.
Menurutnya, kawasan lain yang terlibat termasuk 7 di Indera Mahkota, 6 di Taman Tas dan 7 di Gebeng dalam Daerah Kuantan manakala 4 kawasan di Muadzam Shah, 8 di Lipis, 2 di Bentong, 6 di Nenasi, 5 di Jerantut, 7 di Raub, 4 di Cameron Highlands dan 8 kawasan dalam daerah Temerloh.
“Kita mengenal pasti 10 kawasan di Cameron Highlands yang terdedah kepada risiko tanah runtuh manakala masing-masing 4 kawasan dalam Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis, 3 kawasan di Raub dan 2 kawasan di Karak, Mentakab dan Genting Highlands.
“Kawasan yang berkemungkinan menghadapi masalah terputus hubungan termasuk 15 di daerah Bera, Maran (14), Kuantan (11), Rompin (11), Cameron Highlands (9) Temerloh (9), Jerantut (8), Raub (8), Pekan (7), Bentong (7) dan Lipis (5),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Teknik Pengendalian Bot Penyelamat Enjin Sangkut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang 2012 di Balai Indera Mahkota di sini, hari ini.
Nazili berkata,Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang yang diberi tanggungjawab mengetuai Jawatan Kuasa Kecil Risiko Analisa Banjir, sudah bersedia lebih awal menghadapi kemungkinan yang berlaku sepanjang musim tengkujuh kali ini.
“Cuti 781 anggota bomba seluruh Pahang akan dibekukan sekiranya banjir besar berlaku manakala bagi anggota yang bercuti dan berkursus, mereka berkemungkinan akan dipanggil bertugas jika keadaan mendesak.
“Bagi berdepan kemungkinan banjir tahun ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang akan menggunakan segala jentera dan kelengkapan yang ada termasuk 72 bot pelbagai jenis, 106 kenderaan darat dan akan menghantar bantuan udara ke kawasan yang mengalami masalah terputus hubungan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, keanggotaan dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mencukupi untuk digerakkan sekiranya banjir berlaku.
“Bagaimanapun jika keadaan mendesak, kita mungkin akan meminta bantuan dari negeri atau daerah yang tidak terlibat dengan bencana alam ini,” katanya.
Dua lelaki samun treler ditahan
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Muhd Taib Ahmad
Dua lelaki yang ditahan kerana membawa lari treler bermuatan penuh besi ceracah bernilai RM20,000.
KUALA SELANGOR - Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan samun treler yang membawa muatan penuh besi ceracah bernilai RM200,000 di Jalan Banting-Klang, kawasan Pandamaran, Pelabuhan Klang, awal pagi kelmarin.
Sinar Harian difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa yang dikatakan dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Pulau Pinang untuk menghantar besi ceracah berkenaan berhenti berehat di kawasan pekan Tanjong Karang.
Mangsa kemudian disamun tigalelaki berusia dalam lingkungan 30-an dengan menggunakan parang sebelum ditinggalkan di satu kawasan tidak diketahui tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, kira-kira jam 4.30 pagi hari sama, sepasukan anggota peronda (MPV) yang sedang melakukan rondaan Jalan Banting- Klang menemui satu kepala treler dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, selepas diarahkan berhenti bagi melakukan pemeriksaan, pemandu bertindak memecut laju sebelum terbabas dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
“Hasil pemeriksaan terhadap kepala treler berkenaan membawa kita ke sebuah premis barang lusuh di kawasan berhampiran sebelum menemui stor yang dikunci dari luar.
“Polis terpaksa memecah masuk ke dalam premis dipercayai dijadikan stor simpanan sebelum menemui badan treler penuh dengan muatan besi selain turut menahan dua lelaki berusia 26 dan 42 tahun terbabit dalam kegiatan itu,” katanya.
Muhd Taib berkata, bagaimanapun pemilik premis seorang lelaki berusia 29 tahun gagal dikesan kerana dipercayai sudah melarikan diri dan suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan lanjut serta permohonan reman dibuat pagi semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kempen Zakat Di Hati dekati pembayar
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
SHAH ALAM - Dalam usaha mendekati pembayar zakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen ‘Zakat Di Hati’ bertemakan Ibadah Dihayati dengan memperkenalkan skim potongan gaji.
 
Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman berkata, inisiatif LZS bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat dengan memperkenalkan skim potongan gaji yang dikenali sebagai Skim Berkat yang amat relevan dengan keperluan terkini.

“Atas dasar itulah, Kerajaan Negeri telah menyokong usaha ini dengan melaksanakan arahan wajib pembayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri beragama Islam dan berkhidmat di Selangor seperti ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10 Disember 2003,” katanya ketika menyampaikan ucapan, semalam.

Menurutnya, kesemua jabatan di bawah Perbendaharaan Negeri juga telah menyertai zakat melalui potongan gaji.

“Bagaimanapun, difahamkan bahawa bilangan kakitangan yang mencarum hanyalah seramai 3,783 orang sahaja berbanding lebih 14,260 orang yang layak berdasarkan taksiran semula oleh LZS.

“Ini menunjukkan masih ramai lagi kakitangan yang layak masih belum menyertai skim ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, kempen yang bermula 1 November sehingga 30 November ini bermatlamat mendekatkan ibadah zakat kepada masyarakat agar setiap individu Muslim memahami kewajipan zakat sebagai rukun Islam ketiga dan membudayakan zakat dalam kehidupan.
Pelajar dakwa dipukul guru
NUR FARHANA ABDUL MANAN
9 November 2012
Kumar
Pelajar sekolah yang mendakwa dipukul dan diherdik guru di sekolahnya, semalam menunjukkan laporan polis yang dibuat.
SHAH ALAM – Bukan sahaja dikeji dengan kata-kata kesat yang menyakitkan hati, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa turut dipukul dan ditumbuk beberapa kali oleh guru yang mengajar di sekolahnya, semalam.
Pelajar berkenaan mendakwa insiden bermula pagi kelmarin dan berlanjutan hingga semalam selepas dia bersama rakannya menduduki kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, salah faham antara guru terbabit bermula apabila mangsa dan rakannya dikatakan duduk bersembang di kantin sekolah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Ketika itu mangsa berkata, guru berkenaan kebetulan melalui lokasi dia dan rakannya bersembang dan berkemungkinan merasakan mangsa mengumpatnya sebelum membawa geng untuk ‘mengajar’ pelajar berkenaan.
Mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, sebaik tamat peperiksaan kira-kira jam 12.40 tengah hari, dia terkejut apabila didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang bertanya siapa yang mencari pasal dengan guru terbabit.
Menurutnya, balasan jawapan tidak tahu menyebabkan lelaki tidak dikenali itu ke rumah seorang rakannya dan membuat kecoh di depan rumah itu.
Melihat tindak tanduk lelaki terbabit, mangsa berkata, rakannya memberitahu akan membuat laporan polis sebelum dia diugut akan dicederakan.
Pelajar itu mendakwa, kira-kira jam 8 pagi semalam, ketika dia dan rakannya hendak ke bilik disiplin memaklumkan mengenai hal itu kepada pihak sekolah, guru itu bertindak menghalangnya.
Katanya, guru lelaki berusia lingkungan 40-an itu terus menamparnya di bahagian leher dan meminta mangsa tidak ke bilik disiplin dan menamparnya sekali lagi di bahagian muka.
“Kejadian dileraikan beberapa guru lain selepas guru lelaki terbabit bertindak membaling sebuah kerusi ke arah saya.
“Guru terbabit turut membawa lapan lagi rakannya masuk ke dalam sekolah dipercayai untuk memukul saya, namun saya terselamat kerana pekerja kantin memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum saya tiba di kantin,” katanya.
Pelajar berkenaan berkata, untuk tujuan keselamatan diri, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kumar berkata, pihaknya kesal atas tindakan guru itu membawa masuk orang luar untuk ‘menyelesaikan’ kes anaknya di sekolah.
“Masalah yang berlaku adalah antara anak saya dengan guru itu kenapa babitkan orang luar?.
“Saya minta pihak sekolah dan agensi berwajib ambil tindakan dan memantau perkara ini,” katanya.
Menyorok bawah katil papan elak ditangkap Imigresen
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Mohammad Azlan Jawawi
Salah seorang wanita warga asing yang ditangkap ketika sedang menyorok bawah katil papan buatan sendiri.
AYER KEROH - Bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa, dua wanita warga asing sanggup menyorok bawah lantai dan katil papan buatan sendiri di dalam sebuah rumah kongsi di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.
Kedua-dua wanita yang berusia 20 dan 25 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap selepas penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri tergerak hati untuk menyelak papan lantai dan katil lalu terlihat rambut mdan kaki milik seseorang ketika serbuan dilakukan kirakira jam 1.30 pagi.\
Menurut Timbalan Pengarah JIM negeri, Mohammad Azlan Jawawi, seramai 13 pegawainya yang mahu beredar selepas selesai memeriksa 15 lelaki warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan yang sah sempat menyelak dan mengangkat papan berkenaan sebelum menemui dua wanita itu di dua tempat berasingan,
“Hasil pemeriksaan terhadap mereka yang mendakwa sebagai isteri kepada dua lelaki yang tinggal di rumah kongsi berkenaan mendapati mereka tiada sebarang dokumen perjalanan,” katanya.\
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.
Mohammad Azlan berkata, dua wanita terbabit antara 15 yang ditahan selepas melakukan pemeriksaan terhadap 60 warga asing dalam operasi di sekitar negeri ini.
Menurutnya, operasi selama lebih lima jam berakhir jam 3.30 pagi semalam itu dijalankan di Batu Berendam, Sungai Udang dan Masjid Tanah, Alor Gajah membabitkan pemeriksaan di premis, rumah dan pusat hiburan.
Beliau berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(1) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana miliki dokumen yang dipalsukan.
Tercampak atas rumah orang
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Lim Wee Meng
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu mengangkat mangsa yang mati serta-merta di tempat kejadian.
ALOR GAJAH – Kemalangan di Jalan Gangsa, Durian,Tunggal, dekat sini semalam menyebabkan tempat duduk sebuah motosikal tercampak atas bumbung sebuah rumah.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi Lim Wee Meng, 21, dari arah pekan Durian Tunggal ke bandar Melaka bertembung dengan pacuan empat roda dipandu Mah Ah Lek, 62, dari arah bertentangan.
Bukan itu saja, pacuan empat roda terbabit turut dirempuh sebuah lori dari belakang.
Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan sebelum hilang kawalan, lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan menyebabkan dia mati serta merta di tempat kejadian.
Sementara itu, saksi kemalangan, Ali Ahmad, 43, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai makan berdekatan sebelum terdengar bunyi dentuman dan berlari untuk melihat.
"Saya lihat mangsa sudah tercampak di tepi jalan, kirakira dua meter dari motosikalnya.
Manakala, tempat duduk motosikal tercampak ke atas bumbung sebuah rumah\ penduduk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.
Menurut Ali, dia bersama orang ramai mendekati mangsa hendak membantu, bagaimanapun mangsa cedera parah di kepala dan tidak memberi sebarang tindak balas ketika dipegang.
Katanya, pacuan empat roda dipandu seorang warga emas berhenti di tengah jalan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Melihat keadaan mangsa tidak sedarkan diri dan mengesyaki sudah meninggal dunia, anak saya mengambil selimut dan menutupi mayat yang dalam keadaan pakaian sudah koyak,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Lim Lai Heng, 52, menyedari kemalangan itu ketika dalam perjalanan menghantar anak sulungnya ke klinik berhampiran.
"Semasa dalam perjalanan, saya terserempak dengan kemalangan dan mula berasa tidak sedap hati apabila melihat motosikal seakan-akan milik anak saya atas jalan.
“Bila saya selak selimut yang menutupi tubuh mangsa kemalangan, sangkaan saya benar anak saya meninggal dunia,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan.
Misteri lelaki hilang terjawab
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 November 2012
Abd Ghani Abdullah
Asiah mencium pipi suaminya, Abd Ghani sambil dikelilingi anak-anaknya. Abd Ghani hilang selama dua hari setelah dikatakan 'diganggu' lembaga hitam.
ALOR GAJAH - Misteri kehilangan seorang lelaki yang meninggalkan keretanya dalam keadaan mencurigakan di tebing tali air Sungai Malim, Selasa lalu terungkai apabila dia selamat pulang ke rumahnya, di Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, petang kelmarin.
Menurut Abd Ghani Abdullah, 52, dia dihantar pulang setelah dipulihkan oleh seorang kenalan yang menemuinya dalam keadaan separuh sedar akibat terjatuh di tepi sungai, Isnin lalu.
Menceritakan semula detik- detik cemas yang dilaluinya, Abd Ghani berkata, segalanya bermula ketika dia sedang duduk di atas kerusi batu di situ sambil menunggu rakannya yang berjanji untuk memancing bersama.
“Sambil menunggu kawan saya sampai, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena apabila bulu roma berdiri. Ketika itu hari sudah senja kerana saya keluar rumah pun sudah melewati jam 6.45 petang.
“Tiba-tiba satu lembaga hitam bertubuh besar datang dari arah belakang dan cuba menolak saya, namun nasib baik saya sempat elak dan terjatuh ke tepi,” katanya.
Abd Ghani yang merupakan seorang pekerja kontrak berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar sebaik sahaja terjatuh.
“Apa yang saya tahu, dalam keadaan mamai itu, saya dihampiri seorang kenalan yang kemudian membawa saya menaiki motosikal pulang ke rumahnya,” katanya yang mendakwa dirinya pengsan selepas itu sehinggalah jam 10 keesokan paginya.
Apabila terjaga, katanya, dia terus bertanya kepada rakannya itu apa yang telah berlaku.
“Kenalan saya itu beritahu saya berada di rumahnya di Taman Merdeka. Katanya, dia dah keluarkan 'benda kotor' dalam badan saya.
“Kira-kira jam 1.20 petang, saya yang sudah pulih sepenuhnya dihantar pulang ke rumah.
Saya memang tak dapat nak menghubungi keluarga kerana telefon bimbit saya kehabisan bateri,” katanya.
Menurut bapa kepada empat anak itu, selama ini dia memang tidak minat memancing namun pada hari tersebut dia pergi ke tebing tali air Sungai Malim bagi memenuhi permintaan rakannya.
Sementara itu, isterinya, Asiah Abdullah, 48, berkata, dia yang berada di dalam rumah petang kelmarin terkejut dengan jeritan anak-anak yang memberitahu ayah sudah pulang.
“Saya bersyukur dan ternyata Allah memakbulkan doa kami sekeluarga yang tidak henti-henti solat Hajat.
“Apa yang penting, suami saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, kes yang diklasifikasikan sebagai orang hilang itu kini telah selesai.
“Kes lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditutup selepas dia pulang ke rumahnya, tengah hari semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan kehilangan Abd Ghani selepas seorang pekerja pasar borong, Wan Sulaiman Wan Zaid, 29, menemui keretanya di tebing sungai dengan kedua-dua pintu depan terbuka dan kunci masih berada dalam kenderaan itu.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Wan Sulaiman cuba mencari maklumat dengan menghubungi pemilik kenderaan sebelum bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada seorang penjaga kawasan berdekatan, lalu menghubungi polis.
Wanita cedera, kereta dinaiki dirempuh
Wartawan Sinar Harian
9 November 2012
Norliana Suparman
Mangsa diusung ke ambulan JPAM selepas selamat dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.
ALOR GAJAH - Seorang wanita cedera apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu dirempuh sebuah Proton Satria GTI ketika membuat pusingan 'U' di jalan Rantau Panjang, Masjid Tanah, dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Norliana Suparman, 29, bersama saudaranya keluar dari sebuah lorong membelok ke kanan memasuki laluan menuju ke Ayer Paabas.
Difahamkan, semasa kejadian mangsa secara tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ mengakibatkan Proton Satria dipandu Shahrihan Alias, 24, dari Masjid Tanah tidak sempat mengelak dan terpaksa merempuh kereta dinaiki mangsa.
Shahrihan berkata, dia gagal mengelak dan terpaksa merempuh kereta mangsa.
"Saya bersama orang awam cuba membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam keadaan terkejut.
"Mujur tidak lama kemudian anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat tiba bersama ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah membantu mengeluarkan serta merawat mangsa," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, PBK 2 Anuar Thambi Hitam berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.38 petang memaklumkan mangsa masih tersepit dalam kereta.
“Setiba di lokasi kejadian bersama lima anggota dengan sebuah jentera mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan mangsa.
“Bomba merenggangkan bahagian pintu kereta berkenaan sebelum membawa mangsa keluar dan menyerahkan kepada anggota JPAM untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, petang kelmarin.
Rakan melambung di simpang
NORIZZAH BAHARUDDIN
9 November 2012
Mohd Izuan Johari
Polis memeriksa keadaan mangsa yang tertangkup atas jalan raya.
ALOR GAJAH - “Saya nampak objek melambung berdekatan persimpangan lampu isyarat sebelum menyedari rakan terbabit dalam kemalangan,” kata Islami Hisham, 18, menceritakan insiden kemalangan maut melibatkan rakannya, seorang pekerja restoran makanan segera di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Lebuh Ayer Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa, Mohd Izuan Johari, 24, dari bandar Melaka ke Melaka Pindah sebelum motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang hilang kawalan melanggar pembahagi jalan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa dan motosikalnya melambung sebelum kepala Mohd Izuan terhentak pada lampu isyarat dan tercampak ke laluan bertentangan.
Islami yang merupakan saksi terawal kejadian berkata, dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Paya Datuk sebelum menyedari terdapat objek melambung di hadapan.
"Saya duduk di sebelah pemandu meminta rakan memperlahankan kereta untuk mengamati objek berkenaan sebelum terkejut melihat seorang lelaki berada dalam keadaan tertangkup atas jalan.
"Sebaik keluar kereta saya terkejut lihat mangsa adalah rakan saya sendiri," katanya.
Menurutnya, dia yang panik melihat mangsa tidak sedarkan diri mengalihkan motosikal yang tercampak beberapa meteri.
"Saya kemudiannya cuba menghubungi keluarga mangsa namun gagal sebelum segera ke rumahnya di Melaka Pindah bagi memaklumkan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Zaiton Mohamad, 51, berkata, mangsa keluar dari rumah untuk ke bandar Melaka kira-kira 12 tengah malam semalam sebelum terbabit kemalangan dalam perjalanan pulang.
“Ketika rakannya datang ke rumah memaklumkan kejadian, saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja dan menyangka rakan datang untuk menjemput saya ke tempat kerja seperti biasa setiap pagi,” katanya.
Zaiton berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah terkejut apabila dimaklumkan anak keduanya dari tiga beradik itu terbabit dalam kemalangan tanpa menyangka anaknya itu terkorban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
APMM tumpas cubaan seludup
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Abdul Razak Johan
Daging beku yang cuba diseludupkan ke negara jiran melalui perairan negara.
LUMUT- Hasil rondaan dan penguatkuasaan rutin secara berterusan oleh Bot Kilat yang berpangkalan di Lumut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar daging beku seberat 12 tan, awal pagi kelmarin.
Ketua Penguat kuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan memaklumkan, tangkapan dibuat di kawasan dua batu nautika arah barat laut dari Tanjung Lumba-Lumba, perairan
Hutan Melintang.
Menurutnya, semasa rondaan dibuat, Bot Kilat telah mengesan sebuah bot kargo 'barter trade' dalam keadaan mencurigakan.
"Berlaku kejar mengejar antara Bot Kilat dengan bot kargo 'barter trade' terbabit sehingga ia berjaya dipintas dan ditahan.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati bot kargo 'barter trade' berkenaan membawa muatan penuh daging beku yang disimpan di bahagian kargo tanpa mempunyai dokumen yang sah bagi membawa muatan berkenaan keluar dari kawasan pendalaman Hutan Melintang," katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Razak berkata, lima awak-awak rakyat Indonesia turut ditahan dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 2 pagi itu untuk siasatan lanjut.
Beliau turut memaklumkan, tangkapan berkenaan merupakan kejayaan terbesar APMM dalam usaha menumpaskan kegiatan penyeludupan setakat ini.
"Daging beku yang dirampas dianggarkan bernilai RM150,000 dan dipercayai dibawa masuk dari India ke dalam negara ini secara sah sebelum dibungkus untuk diseludupkan ke negara jiran.
"Kita percaya Malaysia dijadikan sebagai transit sementara daging beku berkenaan untuk diseludup keluar," katanya.
Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Dua pasangan diberkas Jaij
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Mohd Khalil Md Noor
Mohd Khalil Md Noor
KLUANG – Dua pasangan dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Kluang dalam satu operasi yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang kelmarin.
Serbuan tersebut dijalankan kira-kira jam 6 petang berikutan terdapat aduan daripada orang ramai wujudnya kegiatan pelacuran di hotel bajet berkenaan. Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, berdasarkan aduan diterima seramai 10 anggota Jaij dan pegawai Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan serbuan.
“Hasil serbuan itu, dua pasangan berjaya diberkas di dua bilik berasingan. Serbuan di bilik pertama, Jaij berjaya tahan lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun yang beragama Islam bersama pasangannya bukan Islam berusia 42 tahun.
“Lelaki Indonesia itu sudah berkahwin dan telah melanggan pelacur wanita dengan bayaran sebanyak RM30.
“Manakala, di bilik kedua, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama seorang pelacur bukan Islam berusia 44 tahun turut ditahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,
semalam.
Mohd Khalil berkata, lelaki Melayu yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang berasal dari Mersing datang ke Kluang untuk melanggan pelacur.
"Aktiviti pelacuran di hotel berkenaan akan menjadi rancak setiap kali tiba waktu gaji apabila ramai pelanggan akan datang ke hotel tersebut.
“Ini kerana hotel itu menawarkan harga murah bagi sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pelacur.
“Bagaimanapun, pihak Jaij akan mengadakan operasi seumpama ini sepanjang masa bagi menangani masalah pelacuran di daerah ini.
“Hasil soal siasat dijalankan, kedua-dua lelaki itu akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Manakala kedua-dua wanita yang ditahan itu dibebaskan selepas keterangan diambil kerana mereka bukan Islam,” katanya lagi.
Pengarah CIA letak jawatan, jalin hubungan sulit
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
David Petraeus
David Petraeus, orang kanan yang mengetuai agensi risikan terbesar Amerika Syarikat, meletakkan jawatan sebagai Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA)
WASHINGTON - David Petraeus, orang kanan yang mengetuai agensi risikan terbesar Amerika Syarikat, meletakkan jawatan sebagai Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) semalam atas alasan menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita, yang didakwa sebelum ini menulis buku tentang dirinya.
Laporan media menyebut Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ada maklumat menunjukkan Petraeus ada hubungan dengan Paula Broadwell.
 
Siasatan kini bertumpu sama ada hubungan itu mendatangkan risiko ke atas keselamatan negara.
 
Petraeus, 60, pernah dipuji oleh semua parti politik tidak kira ideologi. Beliau mengetuai CIA sejak September 2011.
 
Bagaimanapun FBI tidak menyiasat salah laku pengarah itu.
 
Sebaliknya memberi tumpuan sama ada Petraeus kemungkinan diugut atau diletakkan dalam keadaan "terdesak" sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara.
 
Petraeus memaklumkan kepada Presiden Barack Obama keputusan mahu meletakkan jawatan kelmarin.
 
"Selepas berkahwin selama 37 tahun, saya telah memperlihatkan satu penilaian yang buruk dengan mengadakan hubungan luar nikah.
 
"Hubungan sedemikian tidak boleh diterima, kedua-dua selaku seorang suami dan sebagai seorang pemimpin organisasi seperti kita," kata Petraeus dalam surat terbukanya kepada rakan sekerjanya.
 
Ia menggariskan keputusan beliau meletakkan jawatan.
 
 
Broadwell dikatakan telah menghabiskan masa selama setahun menemu bual Petraeus di Afghanistan untuk menulis bersama buku bertajuk All In: The Education of General David Petraeus.
 
Laporan CNN menyebut tidak pasti sama ada Broadwell adalah wanita yang dikatakan mengadakan hubungan.
 
Sumber-sumber berkata wanita yang dimaksudkan bukan seorang anggota wanita ataupun kakitangan CIA.
 
 
Berikut kandungan surat terbuka berkenaan dengan keputusan letak jawatan
 
9 November 2012

Yesterday afternoon, I went to the White House and asked the President to be allowed, for personal reasons, to resign from my position as D/CIA. After being married for over 37 years, I showed extremely poor judgment by engaging in an extramarital affair. Such behavior is unacceptable, both as a husband and as the leader of an organization such as ours. This afternoon, the President graciously accepted my resignation.

As I depart Langley, I want you to know that it has been the greatest of privileges to have served with you, the officers of our Nation’s Silent Service, a work force that is truly exceptional in every regard. Indeed, you did extraordinary work on a host of critical missions during my time as director, and I am deeply grateful to you for that.

Teddy Roosevelt once observed that life’s greatest gift is the opportunity to work hard at work worth doing. I will always treasure my opportunity to have done that with you and I will always regret the circumstances that brought that work with you to an end.

Thank you for your extraordinary service to our country, and best wishes for continued success in the important endeavors that lie ahead for our country and our Agency.


With admiration and appreciation,

David H. Petraeus
 
* Dipetik dari CNN

BILA ISLAM TAK JADI PEGANGAN HIDUP

Kejar emak dengan pisau
RAHAYU MUSTAFA
9 November 2012
Muhamad Sofian A Aziz
Muhamad Sofian dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah mengugut ibunya dengan pisau.
KUALA TERENGGANU – Tindakan biadab seorang anak yang bertindak mengejar ibunya sendiri dengan sebilah pisau mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara selama 8 bulan dan denda sebanyak RM3,000, semalam.
Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Muhamad Sofian A Aziz, 29, bakal berdepan dengan tambahan penjara selama tiga bulan lagi.
Keputusan itu dibuat selepas Majistret Rozianti Mohamed menerima pengakuan bersalah tertuduh yang juga pencari barang terbuang itu.
Muhamad Sofian yang tinggal di Kampung Gong Tok Nasek dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengejar ibunya, Siti Fatimah Seman Ahmad, 57, dengan menggunakan pisau.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 November lalu, jam 9 pagi di Kampung Gong Tok Nasek dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap ibunya, seorang penenun songket.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, hanya disebabkan permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang dipercayai untuk membeli dadah tidak dipenuhi, seorang anak sanggup mengejar ibunya dengan menggunakan sebilah pisau.
Tidak cukup dengan itu, suspek juga bertindak ganas merosakkan beberapa peralatan yang ada di rumah mereka, termasuk peralatan menenun songket milik mangsa yang digunakan untuk mencari rezeki.
Kejadian pada jam 9 pagi di Kampung Gong Tok Nasek itu berlaku apabila mangsa enggan memberikan wang sebagaimana dikehendaki suspek, sebelum lelaki itu naik hantu dan mengamuk sebelum mengejar ibunya dengan pisau.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan melihat perlakuan agresif suspek segera keluar dari rumah kerana bimbang diapa-apakan.
“Bagaimanapun, tindakan kurang ajar suspek disedari seorang ahli keluarga yang kemudian menghubungi polis.
“Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek di rumah keluarganya beberapa jam selepas kejadian. Suspek dilaporkan selalu meminta RM50 setiap hari daripada ibunya,” katanya.
Mati tergantung awal pagi
NIK MUHAMAD RAFFIQ
10 November 2012
Dahlan Mohd Noor
Mayat lelaki yang ditemui mati tergantung dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat.
DUNGUN – “Selepas menunaikan solat Subuh, tibatiba saya terdengar bunyi bising di rumah sebelah.
Saya pergi ke situ dan mendapati arwah sudah tidak bernyawa lagi,” kata seorang lelaki berusia 48 tahun.
Dia merupakan bapa saudara kepada seorang bekas pengawal keselamatan, 38, yang ditemui mati tergantung di rumah bapanya, dekat sini, pagi semalam.
Si mati ditemui bapanya sendiri, dalam keadaan tergantung pada tali sebelum mayatnya diturunkan.
Menurut bapa saudara si mati, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk membuka warung makan bersebelahan dengan rumah si mati sebelum dikejutkan dengan bunyi bising seperti orang bergaduh.
Katanya, sebelum kejadian, dia bangun seawal jam 3.30 pagi, namun ketika itu dia tidak mengetahui apa yang berlaku pada anak saudara itu sehinggalah dia terdengar bunyi riuh rendah datang dari arah rumah si mati.
“Selepas terdengar bunyi bising barulah saya pergi ke rumahnya untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapati dia sudah meninggal dalam keadaan menyayat hati,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun.
Arwah yang juga bapa kepada dua anak berusia dua dan tujuh tahun difahamkan mengalami perselisihan faham dengan isterinya.
Ketika kejadian, isterinya dikatakan tiada bersamanya dan sudah beberapa bulan mereka dikatakan tidak tinggal bersama.
Sehari sebelum kejadian, si mati juga dikatakan pergi ke pe- jabat agama Dungun untuk meminta khidmat nasihat daripada pegawai kaunselor berkaitan masalah rumah tangganya.
Menurut seorang bekas rakan sekerja arwah yang enggan dikenali, arwah sebelum ini dikatakan menghadapi tekanan emosi berikutan anak bongsunya mengalami penyakit kritikal berkaitan saluran usus.
Dia dikatakan sering membawa anaknya itu berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk mendapatkan rawatan. “Saya rasa mungkin dia tertekan dengan pelbagai masalah dihadapinya,” kata bekas rakan sekerjanya itu.
Mayat arwah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan kejadian memaklumkan, kes terbabit masih dalam siasatan pihaknya.
Fokus: Kes curi semakin menjadi-jadi
Wartawan Sinar Harian
9 November 2012
Ramli Ismail
Polis menjalankan siasatan di tempat Ramli menyimpan baja yang didakwa dicuri seorang penduduk setempat.
BUKIT PAYONG -   Petani di kawasan Hulu Besut menyifatkan kes kecurian hasil tanaman, haiwan terna-kan, baja dan peralatan pertanian lain di kawasan tersebut semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.
Petani, Ramli Ismail, 57, berkata, petani mengeluh kerana hasil tana-man mereka seperti buah petai, kelapa sawit, pisang, getah sekerap, baja, pam penyedut air, pelbagai barangan lain termasuk ternakan seperti lembu menjadi sasaran pencuri.
Dakwanya, kejadian tersebut dikatakan membabitkan semua kampung di Hulu Besut tetapi yang paling kerap berlaku adalah di kawasan Pasir Akar hingga ke Keruak.
Menurutnya, isu ini tidak akan selesai sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak bersungguh-sungguh mencegah dan menangkap suspek yang diketahui kebanyakan orang ramai sering melakukan perbuatan tersebut.
“Kebanyakan penduduk kampung takut malah ada yang bosan untuk melaporkan kejadian ini kerana masalah sama tetap berulang sedangkan penduduk kampung amat tertekan dengan masalah ini.
“Tambahan pula, pada musim ini sekiranya tidak dapat menoreh, penduduk hanya berharap kepada hasil lain seperti petai atau pisang tetapi mereka kecewa apabila pantang lepa, buah tersebut turut menjadi sasaran pencuri,” katanya yang lebih dikenali dengan Ariffin.
Tidak tahu apa perlu dilakukan
RAMLI berkata, petani tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini kerana kebanyakan kebun mereka terletak agak berjauhan dari rumah malah pencuri juga lebih bijak menghidu pergerakan mangsanya.
“Saya turut menerima nasib sama apabila dalam kejadian kelmarin sebanyak 20 beg baja, seunit enjin penyedut air, sepuluh gulung kawat duri dan seunit katil besi yang disimpan di dalam stor berkunci di kebun saya di Jalan Lata Tembakah dicuri.
“Berikutan kehilangan itu, saya mencari barang dicuri itu di sekitar rumah penduduk tempatan yang dipercayai sering melakukan perbua-tan itu dan tekaan saya tepat kerana baja tersebut ditemui di belakang rumah lelaki tersebut di kawasan Bukit Payong,” katanya.
Ramli berkata, dia membuat laporan polis mengenai kehilangan dan penemuan semula baja itu untuk tindakan lanjut polis.
Katanya, penduduk kampung turut menemui banyak gulungan kabel Telekom yang dipercayai dicuri di dalam semak di belakang rumah berkenaan.
“Tetapi, ketika polis bersama penduduk kampung menyerbu rumah berkenaan, lelaki berkenaan tidak ada di rumah,” katanya.
Katanya, senario itu adalah sebahagian kes yang berlaku di kawasan Bukit Payong dan tidak termasuk banyak lagi kes yang dilaporkan sebelum ini selain kes seekor beruk yang dilaporkan hilang turut ditemui di belakang rumah suspek.
Adakan pertemuan dengan ketua polis
SEMENTARA itu, petani me-ngadu mengenai masalah tidak berdaya menghadapi kerugian malah hilang punca pendapatan.
Lantaran buntu dan tidak tahan berdepan masalah ini, kumpu-lan petani dari Hulu Besut termasuk Ramli mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk mencari jalan penyelesaian kes ini.
Petani yang menjadi mangsa curi menceritakan masalah yang dihadapi apabila mereka mendakwa pencuri masih bermaharajalela dan tiada tindakan diambil ke atasnya.
“Petani terbabit telah mengadu kepada Ketua Polis Daerah dan diharapkan selepas ini satu usaha berkesan dilakukan untuk menangani isu ini,” katanya.
Kamaruddin pula berkata, beliau mengambil perhatian serius masalah ini dan akan memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan petani tidak berada dalam keadaan tertekan dan tidak menanggung kerugian.
“Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan memburu mereka yang terlibat. Polis tidak menolak kecurian ini dilakukan oleh penagih dadah,” katanya yang meminta kerjasama penduduk kampung menangani isu ini.
Ugut bapa saudara guna kapak
Wartawan Sinar Harian
9 November 2012
 Ahmad Husni Zaim Ahmad Suhaimi
Ahmad Husni Zaim dibawa keluar dari kamar bicara selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan dan denda RM1,500.
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihukum penjara selama 15 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam kerana mengugut bapa saudaranya menggunakan sebilah kapak dan merosakkan kereta, Ahad lalu.
Majistret Rozianti Mohamed membuat keputusan tersebut selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh yang berdepan dua pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Husni Zaim Ahmad Suhaimi, 24, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah kapak terhadap Mohd Kamal Abdullah, 56, pada 4 November, jam 1 tengah hari di Bukit Besar.
Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara selama 12 bulan dan denda RM1,000 atau tambahan dua penjara lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Pertuduhan kedua pula, Ahmad Husni Zaim turut didakwa melakukan perbuatan khianat iaitu dengan membaling bata ke arah sebuah kereta Toyota Vios milik Hazliana Razak, 36, hingga menyebabkan wanita itu kerugian sebanyak RM500.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 November lalu jam 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan dia dihukum penjara selama tiga bulan serta denda RM500 atau tambahan penjara sebulan jika gagal lunaskan denda.
Berdasarkan fakta kes, semasa adik ipar pengadu berada di rumah pada jam 10 pagi, Ahmad Husni Zaim telah meminta wang daripada adik ipar pengadu, namun tidak dihiraukan.
Dengan rasa tidak puas hati, tertuduh telah mengambil seketul bata dan melemparkan bata tersebut ke kereta Toyota Vios hingga menyebabkan bonet belakang kenderaan berkenaan kemek.
Tiga jam kemudian, tertuduh telah datang ke rumah pengadu dan meminta wang daripada abang pengadu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tidak mampu berjalan.
Ahmad Husni Zaim secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah kapak dan menghentak senjata itu di atas meja luar rumah hingga mendatangkan ketakutan kepada abang pengadu.
Bimbang diapa-apakan, abang pengadu akhirnya memberikan wang sebanyak RM6 kepada Ahmad Husni Zaim sebelum tertuduh berlalu pergi. Tertuduh kemudian ditahan polis pada jam 9.12 malam keesokan hari.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Penganggur berdepan hukuman mati
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Azmie Yusof@Hussin
Azmie diiringi polis keluar dari mahkamah selepas dituduh mengedar dadah, 1 November lalu.
Nik Mohd Fatah
Nik Mohd Fatah berdepan penjara seumur hidup kerana didakwa memiliki dadah.
KOTA BHARU – Seorang penganggur berusia 31 tahun berdepan hukuman mati mandatori selepas dituduh mengedar 15 gram heroin di Kampung Tajung Stan, Lundang, di sini, awal bulan ini.
Tuduhan terhadap Azmie Yusof@Hussin dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.
Dia didakwa mengedar dadah berkenaan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung itu pada jam 5.55 pagi, 1 November lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam di hadapan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor.
Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tidak sebarang pengakuan direkodkan.
Kes bersambung 14 Disember depan.
Dalam perkembangan lain, seorang pengawal keselamatan, Nik Mohd Fatah Nik Hassan,28, mengaku tidak nbersalah memiliki 12 gram dadah jenis sama di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, 2 November lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bapa sedut hingus anak
ADILA SHARINNI WAHID
10 November 2012
Muhammad Afiq Hazwan
Walaupun keadaan fizikal luaran bayi ini nampak sihat, dia sebenarnya bertarung nyawa untuk melawat penyakit yang dihidapi.
KOTA BHARU - Tidak tahan melihat bayinya menderita sukar bernafas akibat gangguan fungsi paru-paru, seorang bapa sanggup menyedut hingus anak itu dengan mulutnya sendiri.
Keadaan tersebut menjadi rutin Halili Harun,35, selepas anak bongsunya yang berusia enam bulan disahkan menghidap 'Eventration of Right Hemidiaphragm' sejak lima bulan lalu.
Akibat penyakit itu, Muhammad Afiq Hazwan sering kali lemah dan kadang kala kejang secara tiba-tiba. Halili berkata, keadaan bertambah cemas apabila anak kesayangannya itu selesema dan dilihat ‘lemas’ apabila dia sukar bernafas.
“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Saya akan bertindak menyedut hingusnya dengan mulut sendiri.
Semua rasa jijik dan loya hilang serta-merta. Perkara yang saya ingat pada masa itu hanyalah usaha untuk menyelamatkan anak kecil ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, lebih memburukkan tahap kesihatan anaknya itu apabila turut disahkan
mengalami 'Congenital Adrenal Hyperplasia' iaitu penyakit kekurangan hormon sejak dilahirkan Mei lalu.
“Bermula daripada tarikh itu, saya dan isteri Azura Salleh,35, kerap berulangalik dari Sabak ke Hospital Universiti Sains Malaysia bagi merawat dua penyakit anak kami ini.
“Paling kurang dia perlukan rawatan sehingga tiga kali seminggu dan semua itu perlu perbelanjaan banyak hingga terpaksa menangguhkan bayaran bil hospital,” katanya.
Katanya, dia berbesar hati jika ada pihak sudi bantu meringankan bebannya, tambahan pula bayinya itu perlu jalani pembedahan segera.
“Mengikut kata doktor, pembedahan itu akan menelan belanja RM28,000. Saya hanya mampu kerja sebagai buruh dengan berpendapatan tidak menentu sekitar RM500 hingga RM600 sebulan.,” katanya.
Derma boleh disalurkan ke akaun BSN Halili Harun 0310029000820056 atau hubungi talian 0129452439.
Cari ayam, tapi jumpa mayat
Wartawan Sinar Harian
10 November 2012
Che Hassan Che Mamat
Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Pasir Mas bersama kakitangan bilik Mayat Hospital daerah, mengusung mayatnya untuk bedah siasat.
KUBANG SEPAT – Bilal Masjid Serdang tidak menyangka kokokan ayam selepas bertelur, membawa kepada penemuan mayat reput, jam 12.30 tengah hari semalam.
Bilal, Che Hassan Che Mamat berkata, jirannya, Su Minah cuba mencari ayamnya di bawah rumah mangsa, namun ternampak titisan air dari lantai dan dipenuhi lalat.
Tidak berani untuk menerjah masuk ke rumah itu katanya, Su Minah memanggilnya dan beberapa penduduk lain untuk menyiasat.
“Ternyata telahan kami benar, apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang, tanpa seurat benang,” katanya semalam.
Beliau berkata, pemilik rumah sewa ini ada cuba menghubunginya 3 November lalu, tetapi panggilan tidak dijawab.
Menurutnya, dia tidak menyangka bau busuk sejak seminggu lalu, merupakan bau mayat reput kerana penduduk beranggapan ia adalah bau najis dari reban ayam di sebelah rumah mangsa.
Che Hassan berkata, penduduk tidak mengenali mangsa dengan lebih dekat, kerana baru menyewa di rumah ini sejak enam bulan lalu.
“Kita hanya tahu dia seorang bapa tunggal, berasal dari Machang dan mempunyai dua anak yang kini menetap di Kuala Lumpur.
“Kami tidak mempunyai sebarang nombor untuk menghubungi keluarga mangsa dan masih mencari waris terdekatnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ahmad Shihabuddin Abdul Ghani, 48, ditemui penduduk kampung di dalam rumahnya seorang diri.
“Hasil siasatan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah terlibat dan kita mengklasifikasikan mangsa mati mengejut,” katanya.
Pemandu van mengaku salah cabul murid
Wartawan Sinar Harian
9 November 2012
KOTA BHARU – Tindakan luar batasan seorang pemandu van sekolah mencabul murid darjah tiga, membawa padah apabila dihukum 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor selepas tertuduh, Mustapha Kamal Ibrahim, 53, mengaku bersalah atas tuduhan itu.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di dalam sebuah van di tepi Jalan Telipot di sini, pada jam 6.30 petang, 5 November lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana seksaan itu.
Berdasarkan fakta kes, pengadu iaitu kakak mangsa mendapati adiknya menangis dan memberitahu pemandu van sekolah yang dinaikinya merabanya.
Pengadu kemudian membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan sehari selepas kejadian.
Terdahulu, Mustapha yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman paling minimum.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukannya.
“Pengadu memberi kepercayaan kepada tertuduh untuk melindungi mangsa namun dia menyalahgunakannya dengan cara mencabul mangsa.
“Kesalahan yang dilakukan tertuduh turut memberi kesan kepada mangsa yang mengalami trauma selepas kejadian,” katanya.

DIMANA PUN...JIKA ITU DOSA TETAP DOSA....MEREKA YANG BERZINA PATUT DIREJAM HINGGA MATI....ITU HUKUM ALLAH SWT

Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by admin
Gambar Hiasan
BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .
“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.
“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.
“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.
Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.
Mangsa berkata, selepas pemandu teksi dilepaskan, dia telah dibawa oleh tiga anggota polis tadi ke balai.
Menurutnya, sebelum dirogol beg tangannya digeledah dan dia diberitahu akan dimasukkan ke lokap.
“Saya merayu sekali lagi supaya mereka melepaskan saya dan bertanya apa yang mereka mahukan. Setelah memberitahu saya tidak mempunyai wang, seorang anggota polis meminta saya melayan nafsu mereka.
“Kerana takut, saya terpaksa mengikut kehendak mereka dan saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka di dalam sebuah bilik di kawasan balai polis,” katanya.
Menurut mangsa, dia kemudiannya dihantar pulang ke Taman Impian Alma pada sekitar jam 7.50 pagi dengan menaiki kereta milik salah seorang anggota polis.
Malah, katanya, dia turut diugut supaya menyembunyikan hal itu.
Mangsa yang berasal dari Jawa Tengah dan tinggal di Malaysia sejak hampir dua tahun lalu terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, pada jam 3 petang semalam.
Sementara itu, Chiek Tuan berkata, kes seperti ini menjejaskan imej polis yang selama ini dipandang baik melakukan tugas menjaga keselamatan negara.
“Kes ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan anggota polis. Pihak polis sewajarnya memandang serius kes seperti ini dan mengambil tindakan tegas ke atasnya,” katanya.
Sianr

Angkasa nafi bumi akan bergelap 23 Dis.

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR — Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.
Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu. — BERNAMA

Cik Siti bakal hilang deria lihat akibat sihir

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by admin
Cik Siti (kanan) menceritakan kisah deritanya kepada media ketika ditemui pada satu majlis sumbangan di dewan orang ramai Jengka, Kuala Sentul.
KUALA SENTUL – Penampilan menarik dengan kulit wajah putih dan penuh bergaya membuatkan seorang aktivis wanita ini sering tumpah seperti anak dara walaupun usianya kini sudah menjangkau 47 tahun.
Namun, di sebalik kecantikan tersebut, rupanya mengundang musibah lain apabila wanita yang hanya mahu dikenal sebagai Cik Siti itu bakal kehilangan deria penglihatan gara-gara diminati seorang pemuda berusia 20an tanpa mengetahui aktivis berkenaan sudah mendirikan rumah tangga.

Cik Siti berkata, pemuda itu dikenali ketika menjayakan satu program kemasyarakatan dua tahun lalu dan mereka hanya sekadar kenalan biasa memandangkan perbezaan umur yang jauh ketara.
Menurutnya, melalui seorang rakan, dia mengetahui bahawa pemuda itu memendam perasaan terhadap dirinya.
“Pada mulanya, pemuda ini tidak tahu saya sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak.
“Selepas dia ketahui status saya bukan anak dara, segala-galanya berubah dan dipercayai menjadi punca kepada apa yang sedang saya alami sekarang.
“Sudah berpuluh pengamal tradisional saya pergi berubat dan semuanya mengatakan saya terkena sihir malah doktor sendiri tidak dapat mengesahkan apa penyakit yang saya alami sehingga penglihatan semakin kabur,” katanya.
Cik Siti berkata, sangkaan masalah itu berpunca daripada jangkitan kencing manis meleset apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Pembantu gerai rakam imej hantu

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by admin
Lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan serta berambut panjang dirakam Mohd Hishamuddin, di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.
CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.
Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walau ntergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira
jam 11.30 malam.

“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.
Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sementara itu, seorang peniaga, Faridah Puteh, 46, mendakwa, kemunculan lembaga itu berkemungkinan ada kaitan dengan penyakit misteri yang dialami anaknya yang bekerja sebagai tukang masak di gerai berkenaan tempat dirakam imej hantu.
Katanya, anak ketiganya, Mohd Suhaimi Khairul Samri, 27, yang masih bujang mengalami masalah buang air kecil berdarah, sejak Jumaat lalu.
“Darah yang keluar seperti darah beku dan kehitamhitaman.
Terkejut dengan keadaan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Chukai sebelum pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Kuantan, Pahang pula.
“Namun, hasil pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan, doktor yang merawat anak saya beritahu dia tidak mengalami sebarang penyakit.
Yang peliknya anak saya tidak mengalami sakit ketika membuang air kecil tetapi darah hitam yang keluar dan bukan air kencing biasa,” katanya.
Susulan itu dakwanya, badan anaknya kini semakin susut dan hanya memakan ubat hospital dengan harapan penyakit misteri itu sembuh.
Sehubungan itu, Faridah memohon mana-mana pihak terutama pengamal perubatan Islam tampil membantu dengan menghubunginya menerusi talian 012-9845772 agar penyakit misteri anaknya itu dapat diubati.
Sinar
Sinar

Berzina Dengan Lelaki Ketika Suami Di Mekah

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by admin

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.
Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.
Harian Metro

Lawak Rosyam Noor Di Anugerah Skrin 2012 Timbulkan Kontroversi

Posted on the November 10th, 2012 under Artis by admin
Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.
Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.
Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh.
Isu ini turut mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus apabila salah seorang peminatnya mengajukan soalan di Facebook rasmi beliau. Berikut adalah jawapan daripada UAI.
Apa pendapat anda?
Sumber: Beautifulnara

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam!

Posted on the November 9th, 2012 under Luar Negara by admin
Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa.
Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.
Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

Dalam penulisannya, Annette telah mengambarkan pelbagai perkara dan perasaannya mengenai jubah dan burqa sewaktu berjalan-jalan.
Sebelum ini, dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Islam apatah lagi mengenai pakaian wanita Islam.
Jadi, Annette ada melakukan sedikit kajian mengenai jubah dan burqa di Internet supaya dia tahu di mana untuk dia membeli pakaian-pakaian itu.
Annette dengan jelas menyatakan dia tidak suka memakai jubah dan burqa kerana berasa terlalu panas.
Malah, dia menyatakan pandangan umum terhadap dirinya ketika memakai jubah adalah seperti orang jahat. Bukan itu sahaja, anjing peliharaannya juga takut untuk memandang dirinya.
“My dog Bowie was really confused by my outfit. The only other time I’d seen her this freaked out by me was when I dressed up as a pregnant nun on Halloween.
“The final look. We hadn’t left my house but I was already bitching about how hot it was. I wanted to go naked under the abaya but since burqas are supposed to be outwear, I wore it over a crop top and the shortest shorts I could find in my closet.
“No one really paid much attention to me except the woman on the bench behind me who was sitting with her children. She dragged them to the other end of the platform when she saw me step onto the train. What a bitch!” tulis Annette.
Selain itu juga, Annette juga menggambarkan jubah yang dipakainya tidak ubah seperti watak Batman dan amat sesuai dipakai sewaktu hujan turun.
Setiap penceritaan Annette dalam penulisannya benar-benar telah mengguris hati semua wanita Islam di seluruh dunia.
Untuk membaca penulisan penuhnya, boleh layari di sini http://goo.gl/2qWEu.
Mynewshub

Kisah pilu seorang ibu meninggal selepas 27 Tahun menanti anaknya di Penjara Israel

Posted on the November 9th, 2012 under Luar Negara by admin

Ramallah – Latifah Darwis 85 tahun, hasrat satu-satunya adalah menjenguk anaknya Rafei Karajah yang ditahan di penjara Israel sejak tahun 1985. Rafei menjalani hukuman penjara seumur hidup. Namun, kelmarin Selasa 07/11 Latifah Darwis yang sudah berusia lanjut itu meninggal dunia, mimpi bertemu anaknya tidak pernah dipenuhi.
Tidak ada seorang pun kerabat Rafei Karajah dibenarkan melawatnya di penjara sejak 20 Mei 1985. Sejak tahun itu pula, ibunya selalu cuba berkunjung namun tidak pernah dibenarkan pihak Israel.
Wanita tua itu juga telah memintah bantuan dari semua kumpulan hak asasi manusia, tetapi semua tanpa hasil.

Latifa kemudian jatuh sakit dan menghabiskan lebih dari satu dekad (10 tahun) menderita pelbagai jenis penyakit serius.
Israel beralasan, tidak mengizinkan Latifa melawat Rafei kerana tidak mempunyai bukti kuat bahawa ia merupakan ibu kandungnya.
“Israel tidak mengakui Latifa dan berkeras bahawa nama keluarga ibu tidak sepadan dengan nama tahanan,” kata Amani Srahna, seorang pengurus di Persatuan Tahanan Palestin kepada Gulf News.
Impian Rafei untuk dikunjungi keluarganya sekarang sudah hilang, kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia semua, walaupun ia masih mempunyai seorang saudara yang kini tinggal di Amerika.
Para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dilaporkan akan mengadakan sesi majlis untuk Latifa Darwis, diantaranya diadakan di Penjara Ashkelon di mana Rafei ditahan.
Kini, selain Rafei masih banyak tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang juga tidak mendapat kunjungan dari sanak keluarganya kerana ditegah oleh peraturan negara penjajah Israel.

Gambar: Lelaki Bunuh Diri Ditinggalkan Kekasih

Posted on the November 9th, 2012 under Luar Negara by admin
Ini adalah beberapa keping gambar turutan menunjukkan seorang lelaki yang membunuh diri. Tidak pasti punca utama mengapa lelaki tersebut berani bertindak untuk membunuh diri.
Tapi, kalau dilihat hadirnya seorang wanita di sisinya, boleh juga dikatakan punca utama dia membunuh diri adalah kerana kecewa selepas hubungan cinta terputus. Mungkin dengan wanita tersebut.
Apa yang pelik, setiap gambar adalah sangat ‘real’! Umpamanya terdapat seorang lagi individu lain yang sudah bersedia merakamkan detik ketika lelaki tersebut ingin membunuh diri.

Kalau anda, percaya atau tidak? Tengoklah gambar-gambarnya….





Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Mynewshub

Pelajar dituduh berzina dengan guru

Posted on the November 8th, 2012 under Tempatan by admin

PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.
Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.
Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.
“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.
Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.
“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.
“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.
Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.
Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.
“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.
“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.
Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.
Sinar