Friday, June 8, 2012

KUAT PEMBANGKANG DAPAT KALI KEDUA RM500..JIKA TAK...ADAKAH DAPAT DUIT....JANGAN CERITA PEMBANGUNAN...SEMUA KERAJAAN PATUT BUAT...URUS DUIT RAKYAT BUKAN DUIT POKET SENDIRI...KITA MUNGKIN SENANG KELEPIT DUIT RAKYAT...KALAU ADA BUAT...AKHIRAT JAWABLAH...JANGAN KITA BERLAGAKLAH SETAKAT KAYA KITA CILUK DUIT ORANG@RAKYAT.....

Pembekuan ditarik balik


KAMPUS Universiti Selangor tersergam indah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor


SHAH ALAM – Pengurusan tertinggi Universiti Selangor (Unisel) menarik nafas lega apabila rayuan mereka supaya pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pelajar baharu universiti itu ditarik balik, akhirnya menjadi kenyataan.
Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, penarikan balik pembekuan tersebut dimaklumkan ketika beliau dan rombongan mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif PTPTN, Agus Cholan semalam.
Beliau berkata, serentak itu semua pelajar baharu Unisel boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online berkuat kuasa serta-merta.
Perkara tersebut dinyatakan dalam surat yang diserahkan oleh Agus kepada Anuar.
Keputusan itu sekali gus memberi semula peluang kepada kira-kira 80 peratus daripada lebih 1,000 pelajar baharu universiti itu menyambung pengajian.
“Kami menerima panggilan pagi tadi (semalam) meminta pihak kami hadir di pejabat PTPTN di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Agus Cholan.
“Perbincangan dengan beliau berlangsung kira-kira 10 minit sebelum kami diberi surat daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan pembekuan tersebut ditarik balik.
“Kami juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana membantu kami berhubung masalah ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

91 tapak sampah haram di KL

SALAH satu lokasi yang menjadi tempat pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengenal pasti 91 kawasan pembuangan sampah haram di sekitar ibu negara.
Pengurus PPSPPA Cawangan Kuala Lumpur Selatan, Mohd. Zahir Shari (gambar) berkata, sampah yang dibuang secara haram itu meliputi sisa binaan, sampah daripada pusat komersial dan sampah domestik.
Menurutnya, terdapat sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa binaan di kawasan persendirian dan tersorok bagi mengelak menanggung kos pembuangan sampah di lokasi yang dibenarkan.
“Lazimnya, sisa binaan yang dibuang daripada premis pembinaan adalah dalam bentuk batu, simen dan perabot lama.
“Sepatutnya, mereka membuang sisa berkenaan di lokasi yang diwartakan dengan bayaran antara RM10 ke RM11 bagi satu tan sampah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kesihatan Hosni Mubarak semakin buruk di penjara

GAMBAR fail menunjukkan Hosni berada di dalam kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah pada 2 Jun lalu.


KAHERAH - Tahap kesihatan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar) semakin merosot sejak dia dipindahkan ke sebuah penjara, lapor sebuah agensi berita semalam.
Keadaan itu berlaku selepas dia dipindahkan ke penjara itu pada Sabtu lalu bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh sejumlah penunjuk perasaan.
Menurut agensi berita MENA, Hosni mengalami kemurungan yang teruk selain tekanan darah tinggi sejak dia tiba di penjara Tora, selatan Kaherah.
Hosni yang berusia 84 tahun dijatuhkan hukuman seumur hidup kerana memerangi satu pemberontakan yang menentang pemerintahannya pada awal tahun 2011.
Dalam pemberontakan itu, hampir 850 orang terbunuh.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly turut menerima hukuman penjara seumur hidup.
Namun, enam lagi bekas pegawai keselamatan semasa zaman pemerintahan Hosni telah dibebaskan daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan itu.
Sebelum dipindahkan ke penjara itu, Hosni dirawat di sebuah hospital tentera. - Agensi

Wanita Malaysia bawa dadah dari Afrika ditahan

PENAHANAN Noor Shahidah oleh pihak kastam Thailand di Bangkok yang dipetik dari sebuah portal berita Thailand.


BANGKOK – Seorang wanita dari Malaysia, Noor Shahidah Osman telah didakwa kerana melakukan penyeludupan dadah kristal methamphetamine (syabu) bernilai lebih AS$500,000 (RM1.58 juta) di sebuah lapangan terbang utama di sini, kata beberapa pegawai kastam semalam.
Noor Shahidah, 47, ditangkap selepas dadah itu yang seberat 4.8 kilogram telah ditemui di dalam bagasinya di lapangan terbang itu kelmarin.
Ketika dadah tersebut ditemui, dia baharu tiba dari Benin, Afrika Barat.
Menurut Pengarah Biro Penyiasatan dan Pencegahan Kastam Thailand, Rakop Srisupaat, beberapa pegawainya menyatakan dadah tersebut yang turut dikenali sebagai ais disembunyikan dalam 11 beg tangan.
“Dia menyatakan beg tersebut dibeli di Benin tanpa menyedari terdapat dadah di dalamnya.
“Dadah yang dirampas akan dijual di sini.
“Kami sedang mencari pengedar yang mungkin telah mengupah suspek untuk membawa dadah tersebut,” katanya.

Durian runtuh BR1M sekali lagi


MUHYIDDIN (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa di Kuala Selangor, Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan reaksi positif mengenainya.
Beliau menegaskan, Najib dalam reaksi positifnya berkata: “Apa susah, kita ada sumber tetapi kadangkala pendapatan tidak dikutip.
“Sebab itu pada tahun lalu, beliau (Najib) mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil sehingga dapat menambah RM26 bilion tanpa menaikkan cukai.
“Pada tahun ini, saya dengar pula beliau meminta LHDN supaya meningkatkan hasil kutipan cukai sehingga RM30 bilion,” katanya.

Sri Wani naik angin di mahkamah

KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah tiba-tiba naik angin di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menuduh peguam suaminya, Muhammad Hafiz Ab. Rashid bersubahat untuk memenjarakan dirinya.
Sri Wani dengan suara tinggi sambil mengangkat tangan ke arah Muhammad Hafiz berkata, “Saya cukup sabar ni... Inikah orang Islam? Bersongkok dan berjanggut tapi bersubahat memalukan saya, saya ada bukti!”
Tindakan pemilik butik kecantikan itu mengejutkan galeri awam sehingga menyebabkan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan campur tangan dan menegur sikap Sri Wani, 37, dengan memintanya supaya bersabar dan tidak membuat bising.
Muhammad Hafiz turut bangun untuk membalas tuduhan Sri Wani namun kembali duduk selepas diarah oleh Abdul Walid supaya tidak mengeruhkan lagi suasana.
Sri Wani dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan berikutan permohonan komital yang dibuat suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, kelmarin untuk memenjarakan dirinya selepas didakwa melanggar lapan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 29 Disember 2010.

Duda ditipu kekasih Facebook

KUALA LUMPUR – Seorang duda berusia 60 tahun yang kemaruk bercinta selepas terpedaya dengan ayat-ayat manis oleh ‘kekasihnya’ bergelar Myra Sayed di laman sosial Facebook sejak dua tahun lalu kerugian RM66,000 selepas ditipu satu sindiket melibatkan warga Afrika.
Pengurus di sebuah syarikat swasta di sini terjebak dalam jerat percintaan itu selepas dia termakan kata-kata Myra, 31, yang mendakwa akan pulang ke tanah air selepas sekian lama menetap di United Kingdom.
Sehubungan itu, suspek telah memintanya supaya mencarikan rumah untuk memudahkannya tinggal sebaik tiba di negara ini.
Untuk melicinkan penipuan itu, suspek memberitahu yang dia telah menghantar bungkusan mengandungi wang dan beberapa barangan berharga sebagai penghargaan kerana mangsa telah membantunya.

Lima tahun guna air curi


PRISCILLA (kanan) menunjukkan batang paip jenis ‘poly’ yang digunakan untuk kegiatan mencuri air di Pandamaran, Klang semalam.


KLANG – Tindakan dua pengusaha bengkel lori dan kereta menggunakan air curi sejak lima tahun lalu yang dijangka mencecah kos sehingga RM500,000 terbongkar apabila pihak berkuasa menyerbu premis itu di Jalan Banting, Pandamaran di sini semalam.
Serbuan ke atas kedua-dua premis pada pukul 11 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Penguat Kuasa, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam pada 16 Mei lalu sebelum membuat intipan selama dua minggu ke atas lokasi tersebut.
“Dalam serbuan ini, hasil pemeriksaan mendapati berlaku penyambungan bekalan air secara haram tanpa melalui meter dengan menggunakan paip jenis ‘poly’ bersaiz 50 milimeter dari paip utama menuju ke bengkel tersebut.
“Paip sambungan sejauh kira-kira 300 meter itu juga ditanam di dalam tanah dan melalui kawasan dua buah kilang bagi mengelakkan kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu berakhir semalam.

Sawah digenangi air laut


MOHD. JOHARI (tiga dari kanan) melawat sawah padi yang dimasuki air laut berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Kuala Kuar, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kawasan sawah padi seluas 62 hektar yang terletak di sepanjang persisiran pantai di negeri ini dan Perlis dikhuatiri terjejas akibat digenangi air laut ekoran kejadian ombak besar sejak kelmarin.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, fenomena air pasang besar itu menyebabkan tiga kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis dan Kedah dilimpahi air masin.
Katanya, kawasan sawah yang terjejas ialah di Kampung Alor Akoi, Sungai Padang di Perlis serta Kampung Padang Garam dan Kampung Kuala Kuar di Sungai Dua di Kedah.
“Kira-kira tujuh hektar sawah terjejas di Kampung Alor Akoi, 35 hektar di Kampung Padang Garam dan 20 hektar di Kampung Kuala Kuar,” katanya selepas melawat sawah digenangi air laut di Kampung Kuala Kuar di sini semalam.

Permohonan Azilah tambah alasan rayuan 5 Julai

08/06/2012 4:11pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 5 Julai ini permohonan oleh Ketua Inspektor, Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya.
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, N.Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.
Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara 9.45 malam pada 18 Okt., 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.
Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos. Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.
Azilah diwakili peguam J.Kuldeep Kumar manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.
Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya. — BERNAMA

SUAMI KATA IA BAIK BEGITU JUGA ISTERI...SAPE NAK MENGAKU JAHAT...ADA BOLEH CERITA...ADA YANG TANGGUNG SENDIRI...MEREKA SERAH PADA ALLAH DAN TAKDIRNYA....PATUTNYA KITA MENGHUKUM JAHAT BAIK...BETUL SALAH SETELAH MENDENGAR KEDUA2 PIHAK...RASULLULLAH SAW MELARANG MENGHUKUM...DENGAN HANYA KITA DENGAR SEBELAH PIHAK...

Bayi melecur kena seterika

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Ayah dan ibu bergaduh, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang menjadi mangsa apabila terkena seterika panas dibaling ayah ke arah ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Seri Kemendor, Jasin, dekat sini.
Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, insiden itu turut membongkar status ibu bapa mangsa yang tidak berkahwin, tapi bersekedudukan hingga memperoleh tiga anak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu, manakala ibunya berusia 26 tahun yang juga pengawal keselamatan menggosok baju.


“Berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa sebelum keadaan bertukar tegang. Bapa mangsa berusia 35 tahun yang juga penoreh getah merentap seterika digunakan pasangannya dan membaling ke arah wanita itu.

Zack berdepan maut

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

TENANG...Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.
TENANG...Zack dibawa ke luar mahkamah selepas didakwa, semalam.
SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.


Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

5 polis ditahan untuk siasatan

Oleh Amir Abd Hamid, Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SUASANA MURAM...ahli keluarga  menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.
SUASANA MURAM...ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.
SABAR...anak Allahyarham ditenangkan ahli keluarga lain.
SABAR...anak Allahyarham ditenangkan ahli keluarga lain.
KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.
Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.
Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.

Lapar toreh muka isteri

GOMBAK: Hanya kerana kelaparan, seorang suami membelasah isterinya sebelum menoreh muka wanita berkenaan dan melarikan wang RM50 ketika bertemu mangsa di Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih teruk apabila lelaki berusia 20-an itu membiarkan isterinya berusia 22 tahun menggelupur kesakitan selepas mukanya cedera teruk sebelum mangsa diselamatkan orang awam yang membawanya ke sebuah klinik.

Sumber berkata, mangsa yang juga jururawat dihubungi suaminya, jam 12 tengah hari untuk berjumpa dan mangsa meminta suaminya datang ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit yang dalam keadaan tidak terurus meminta wang daripada mangsa untuk membeli makanan.

“Kasihan melihat keadaan suaminya, mangsa membuka beg tangannya untuk mengambil wang sebelum lelaki terbabit merentap beg itu gara-gara tidak sabar menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

Menurut sumber itu, suspek yang berang apabila mangsa melawan memukulnya sebelum mengeluarkan pisau lalu menoreh muka isterinya.

“Mangsa dibantu orang awam membawanya ke klinik untuk rawatan sebelum menerima beberapa jahitan,” katanya.

Katanya, bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Bangun tidur suami tergantung



MIRI: Sangkaan seorang isteri bahawa suaminya ke tandas apabila mendapati lelaki itu tiada di sisinya ketika terjaga dari tidur jam 3 pagi semalam, meleset apabila menemui teman hidupnya itu mati tergantung pada tiang besi di belakang rumahnya di Taman Chieng Sons, Riam, di sini.
Mayat Ang Jee, 34, ditemui jam 6.30 pagi oleh isterinya yang berusia 30-an ketika mencarinya sebaik bangun dari tidur selepas curiga apabila mendapati suaminya itu tidak masuk semula ke bilik.

Ang yang juga penyelia di sebuah syarikat di Brunei itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarganya berhubung insiden itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, beberapa minggu sebelum kejadian, Ang kerap balik ke rumahnya dan tindakannya itu mengundang sedikit rasa pelik ahli keluarganya.

Katanya, meskipun ahli keluarga pernah bertanya mengenai tindakannya itu, namun dia tidak menceritakan mengenai perkara sebenar serta bersikap biasa serta sentiasa melayan isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun dengan baik.

Sementara, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Katanya, pihaknya belum dapat mengenal pasti motif tindakan mangsa dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Balasan buat tak senonoh

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Gara-gara meraba punggung seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan dan kaki kiri selepas diserang menggunakan pedang samurai oleh sekumpulan 20 lelaki, kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an yang berkunjung ke pusat hiburan berkenaan bersama seorang rakannya dikatakan sengaja meraba punggung seorang wanita yang turut berhibur di situ.

Menurut sumber, wanita terbabit yang berang perbuatan tidak senonoh lelaki itu memberitahu abangnya yang turut berada di situ menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa bersama rakannya akhirnya mengambil keputusan meninggalkan pusat hiburan berkenaan sebelum pergi ke sebuah pusat karaoke lain yang terletak berdekatan Tebingan Miri.


“Namun, sebaik tiba di pusat karaoke itu, mereka diserang sekumpulan kira-kira 20 lelaki, termasuk seorang daripada mereka menggunakan pedang samurai,” katanya.

‘Arwah memang minat jadi polis’

KLANG: “Arwah anak yang manja dengan saya dan ayahnya (Tabri Sonto, 87),” kata ibu Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri, Hamidah Abu Yamin, 69, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, semalam.
Hamidah yang tiba di HTAR, kira-kira jam 11 malam kelmarin selepas mendengar khabar duka keadaan anaknya menceritakan, sebelum ini apabila Mustaghni pulang ke kampungnya di Kampung Badri, Hutan Melintang, Perak, arwah sering bersembang mengenai pekerjaan diminatinya sebagai anggota polis. “Jika bersembang, dia suka menceritakan mengenai perihal pekerjaannya. Arwah sangat suka kerja sebagai polis. Selain rapat dengan saya dan ayahnya, arwah juga rapat dengan adik-beradiknya.

“Dia sangat menjaga kebajikan adik-beradik,” katanya sayu, tetapi reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu,” katanya.
Menurutnya, kali terakhir dia menemui anaknya itu ketika pulang menziarahinya selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak kerana sakit.

“Sebelum pulang, perangainya pelik apabila tidak mengangkat telefon walaupun beberapa kali saya menelefon walhal arwah tak pernah sebegitu, saya tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami.

“Semasa hayatnya, arwah seorang yang penyayang dan jarang memarahi sesiapa. Selain itu, dia seorang yang ringan tulang. Ketika kecil, dia selalu bantu saya membuat kerja rumah seperti memasak, menyapu dan mengemas rumah.

“Walaupun sibuk bekerja, tetapi kalau balik kampung, arwah akan tolong membuat kerja rumah,” katanya.

Bapa Allahyarham, Tabri pula tidak dapat ditemubual berikutan uzur dan sakit sendi hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
Sementara itu, isteri mangsa, Norizan Shahidin, 53, berharap peristiwa tragis menimpa suaminya memberi keinsafan kepada semua pihak. “Saya akan terus tinggal di bandar ini menjaga dengan baik dua anak, Muhd Hafiz, 21, dan Khairunnissa, 20.

“Ketika hayatnya, suami memang sudah merancang menetap di sini. Arwah sudah membeli rumah di Klang dan saya berjanji menjaga dengan baik dua cahaya mata kami di rumah itu,” katanya.

Norizan juga menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa berikutan perkembangan terbaru siasatan menunjukkan terdapat bukti lain mengaitkan insiden menimpa suaminya yang membabitkan rakan setugasnya.

Anak bongsu arwah, Khairunnissa pula berkata, antara perkara paling diingati sebelum insiden Ahad lalu apabila beberapa hari sebelum itu, arwah menunjukkan kunci kereta dan berpesan supaya membawa ibunya jika mahu berjalan-jalan.

Jenazah Mustaghni tiba di Surau Ar-Rahimiah, Pangsapuri Polis Taman Sri Andalas, di sini, kira-kira jam 6.20 petang semalam dan disembahyangkan sebaik dibedah siasat di HTAR sebelum dikebumikan selepas solat Maghrib malam tadi di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa.

Jasa tak dikenang

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Saya sedih setiap kali melihat ayah yang terlantar sakit sedangkan ketika berkhidmat anggota polis dulu, dia aktif dan sentiasa memenuhi tuntutan tugas sebagai anggota keselamatan.
“Keadaan ayah bertambah teruk beberapa bulan lalu selain lumpuh kaki sejak 11 tahun lalu dan tidak mampu bergerak mengakibatkan wujud kesan melepuh di belakang tubuhnya,” kata Normala Mohamad, 54, anak bekas anggota polis, Mohamad Yahaya, 86.

Mohamad yang bertugas sebagai polis sejak 1947 serta melalui zaman darurat menentang komunis didakwa tidak pernah mendapat sebarang bantuan walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk menghantar surat kepada pihak berkaitan.
Normala berkata, perbelanjaan bulanan bapanya itu hampir mencecah RM200 bagi membeli ubat serta lampin kerana tidak mampu bergerak menguruskan dirinya.

“Kami sedih setiap kali memandangnya kerana dulu keadaan ayah sangat baik. “Walaupun sudah bersara, penduduk kampung memanggilnya jika berlaku sesuatu.

“Namun, kami sekeluarga terkilan kerana pengorbanan ayah seperti tidak dihargai walaupun kerajaan mengumumkan bantuan khas bagi anggota keselamatan yang pernah bertugas ketika zaman darurat,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.

Menurutnya, bapanya dimasukkan ke HSB sejak Isnin lalu kerana kulit belakang melepuh teruk.

Normala berkata, bapanya pernah ditembak dua kali ketika berkhidmat dengan pasukan polis iaitu di lengan, malah masih terdapat serpihan peluru di tengkoraknya yang tidak dapat dikeluarkan berikutan bimbang pembedahan itu boleh meragut nyawanya.
Menurutnya, keluarganya tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak, namun kesal tiada sesiapa menghulurkan bantuan sedangkan dulu bapanya sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan negara.

Katanya, keluarganya pernah merujuk kepada polis berhubung bentuk bantuan yang boleh dipohon, namun dimaklumkan urusan bantuan kewangan perlu dirujuk kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Surat rayuan bantuan sudah dihantar, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas. “Kami berharap ada pihak prihatin keadaan ayah sekali gus memperolehi bantuan kewangan bagi membiayai perbelanjaan kesihatannya,” katanya.

BILA KES TIPU TELAH JADI PERKARA BIASA...BILA MENIPU TELAH JADI BIASA...MENIPU TAK KIRA JAWATAN...KAYA DAN BIJAKSANA...ALLAH BOLEH HUKUM BILA2 MASA SAJE...

Pekerja kilang tanggung hutang


NOOR LELA (duduk, kiri) bersama Mat Saad (kiri) berbincang sesuatu dengan Micheal (duduk, kanan) di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang operator kilang kini bingung memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit berjumlah RM250,000.
Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar, Gombak.
Ceritanya, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004.
Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Pada awalnya, saya sangka masalah itu akan selesai tetapi sekali lagi saya mendapat surat daripada sebuah lagi bank menyatakan saya mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam.
Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009.

PM sedia pertimbang BR1M pusingan kedua



ORANG ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan Najib ketika merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kulim semalam.



KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam.
Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada happy (gembira) sahaja. Tidak ada rasa cemas, tiada pun hendak guna shield (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru-hara, kacau-bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.


Dua lelaki dicari kes guru koma


Dua lelaki ini dicari bagi membantu siasatan kes guru koma yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor kelmarin.



KUALA LUMPUR - Polis menyiarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang guru wanita dalam keadaan koma selepas disamun di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Kuala Selangor dekat sini kelmarin.
Gambar kedua-dua lelaki tersebut yang dipercayai berusia lingkungan 30-an dirakam menerusi kamera litar tertutup di sebuah bank tempat suspek mengeluarkan wang di Taman Kinrara, Puchong pagi kelmarin.
Imej rakaman itu mempamerkan dua lelaki berkulit gelap dan berbadan sederhana dengan seorang daripadanya memakai baju berwarna putih, jaket hitam dan berseluar jean.
Imej seorang lagi lelaki dilihat memakai baju-T jenama Polo berwarna gelap dengan belang merah, berseluar gelap dan juga mempunyai kumis.
Teoh Soo Kim, 51, ditemui oleh orang awam pada pukul 11.30 pagi kelmarin di sebuah ladang kelapa sawit selepas dipercayai dilarikan empat lelaki ketika keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi di Taman Kinrara, Rabu lalu.

Dua Nigeria tipu janda didakwa

KUALA LUMPUR – Dua lelaki Nigeria yang juga ahli sindiket penipuan internet dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan menyalahgunakan wang sebanyak RM36,000 milik seorang janda kaya yang dimasukkan ke dalam akaun bank dua individu lain pada awal tahun ini.
Tertuduh pertama, Oladare Rasheed Kayode, 26, seorang pelajar kolej mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dihukum penjara enam bulan serta sekali sebatan oleh Majistret Nur Azura Murah.
Lelaki itu juga dihukum penjara enam bulan kerana tinggal lebih masa di negara ini dengan hukuman bagi dua kesalahan itu diarah berjalan serentak mulai tarikh ditangkap pada 21 Mei lalu.
Bagaimanapun, rakannya, Okalie Francis Abua, 30, yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.
Mereka berdua yang dibaca kertas tuduhan secara berasingan didakwa menyalahguna wang milik seorang perunding syarikat, Fatimah Abu Bakar, 64, yang dimasukkan dalam dua akaun CIMB iaitu akaun Nor Aisiah Idris, 52, dan akaun Jasvinder Kaur Singh, 31, (isteri kepada Okalie).
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 27 April lalu antara pukul 1.05 dan pukul 1.08 petang dan 18 Mei lalu, pukul 3.33 petang di mesin pengeluaran wang automatik dan kaunter cawangan Bank CIMB Desa Jaya, No. 4, Jalan 54, Desa Jaya, Kepong.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Oladare memohon hukuman ringan terhadap anak guam kerana dia masih belajar dan mahu hukuman berjalan serentak.


Guru rogol murid dipenjara 28 bulan



REAKSI Tone Pulou selepas dijatuhkan hukuman penjara di Samoa Amerika.



PAGO PAGO, Samoa Amerika - Seorang bekas guru di sini dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan kerana merogol murid berumur 13 tahun sehingga menyebabkannya mengandung.
Tertuduh, Tone Pulou dijatuhi hukuman kelmarin oleh sebuah mahkamah tinggi di Samoa Amerika. Dia mengaku bersalah atas kesalahan merogol.
Hakim Lyle Richmond berkata, Pulou boleh memohon pelepasan untuk bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh dia dipenjarakan.
Sebaik sahaja bekerja, Pulou diarah membayar AS$100 (RM318) sebulan sebagai nafkah kepada anaknya itu.
Dia juga diarah supaya tidak berhubung dengan mangsa dan keluarganya.
Pulou juga perlu mendaftar sebagai pesalah seks, mengambil ujian HIV dan membayar balik kepada kerajaan wilayah sebanyak AS$5,600 (RM17,861) sebagai kos ekstradisi.
Dia ditangkap di Honolulu pada Oktober tahun lalu selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa sejak Ogos 2010. - Agensi

BILA MANUSIA TAK HORMAT ORANG TUA...BILA CANTIK DIKEJAR...LEBIH2 AGAK KURANG PENAMPILAN WANITA SOLEHA

Balasan serah geran rumah

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.
Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur.
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.

Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian dan mengesahkan mangsa patah tangan kanan selain cedera di lutut akibat terjatuh, disepak dan dipijak.

Leuniey ‘diburu’ produser

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Siti Fatimah Hassan
mizan@hmetro.com.my

Nur Eilunie Natasha Nazri
Nur Eilunie Natasha Nazri
KOTA BHARU: Usahawan dan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang namanya menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, Februari lalu, mengakui berdepan dilema sama ada mahu bergelar pelakon selepas ‘diburu’ produser yang menawarkannya berlakon.
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang disifatkan bertuah oleh banyak pihak kerana kini semakin dikenali selepas terpilih menjadi model untuk klip video iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, sudah mendapat tawaran berlakon daripada produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan produser Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Menurut Leuniey, dua produser terkenal itu menawarkan sendiri peluang untuk dia berlakon baru-baru ini, tetapi terpaksa ditolak buat sementara waktu.
“Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan.

“Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Leuniey berkata, selepas terpilih menjadi model iklan produk SimplySiti, dia bersedia untuk ‘terjun’ ke ‘dunia glamor’ namun memerlukan masa dan perancangan yang rapi.

Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gawang skuad bola sepak negara itu.

Selepas wajah Leuniey terpampang di hampir semua akhbar arus perdana, dia mula menjadi sebutan, malah namanya yang dulu tidak popular di Internet kini menjadi popular apabila mencatatkan ribuan carian menggunakan namanya.
Sementara itu, Zaiton ketika dihubungi berkata, dia mengakui menawarkan peluang berlakon kepada Leuiney.

Katanya, Leuniey tidak dapat menerima tawarannya itu kerana perlu menguruskan perniagaannya, apatah lagi ketika musim cuti sekolah ini, dia menerima banyak tempahan untuk majlis perkahwinan.

“Leuniey ada rupa dan ada pakej untuk bergelar pelakon. Pada masa sama, dia juga semakin dikenali kerana menjadi model untuk klip video produk minyak wangi SimplySiti.

“Kita pada bila-bila masa bersedia menerima Leuniey untuk berlakon jika dia sudah bersedia,” katanya.

Barang kemas jadi makanan

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Akibat percayakan temberang bomoh kononnya mahu menghalau hantu perempuan yang mengganggunya, seorang lelaki kerugian RM100,000 apabila sejumlah barang kemas diserahkannya untuk dijampi ditukar dengan makanan ringan.
Mangsa yang berumur 50-an sebelum itu diberi syarat supaya membuka beg mengandungi barang kemas itu selepas tempoh 21 hari bagi memastikan jampi berkesan, namun dia membukanya cuma empat hari kemudian berikutan curiga kemungkinan ditipu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata alam aduannya mangsa mendakwa kejadian bermula apabila dia berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya cucu tabib tersohor di sebuah pusat beli- belah di sekitar bandar raya ini pada 31 Mei lalu.

“Dalam perbualan mereka, wanita berusia 30-an itu mendakwa mangsa kini dalam bahaya akibat diganggu hantu perempuan dan menawarkan diri untuk membantu mangsa kerana jika tidak diubati, nyawa mangsa dalam bahaya.


“Berikutan itu, mangsa bersetuju dan mengikut segala syarat ditetapkan suspek iaitu menyerahkan barang kemas serta wang tunai yang dimasukkan ke dalam sebuah beg galas untuk dijampi,” katanya.

Guru hilang ditemui di ladang

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Kinrara menghala ke Bukit Jalil Rabu lalu, ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri, kelmarin.
Mangsa, Teoh Soo Kim, 56, keluar dari rumahnya kira-kira jam 7.30 pagi Rabu lalu dengan menaiki kereta Proton Saga sebelum dia gagal dihubungi keluarga.

Sumber polis berkata, selepas menunggu beberapa jam, suami mangsa yang dikenali sebagai Teng, 48, bertindak membuat laporan polis.

Menurutnya, akibat risaukan keselamatan mangsa, ahli keluarganya turut menyalurkan maklumat bagi meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki mangsa melalui laman sembang sosial.


"Akhirnya dengan bantuan orang ramai, mangsa ditemui 11 pagi kelmarin di dalam ladang kelapa sawit di Kuala Selangor dalam keadaan tidak bermaya.

"Polis menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan dan kini mangsa berada dalam keadaan koma," katanya.

Beliau berkata, bagi membuat pengecaman, suami mangsa diminta datang ke Hospital Sungai Buloh malam kelmarin dan polis masih mengesan kereta milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada suami mangsa, lebih RM1,000 dikeluarkan daripada akaun bank milik wanita itu di sekitar Bandar Kinrara.

Thursday, June 7, 2012

MACAM TIADA SIANG LAGI...MACAM TERDESAK SANGAT...MALAM NI BANYAK FITNAH...SYAITAN2 BERKELIARAN...

Jalani temu duga SPA waktu malam


RAKYAT negara ini berebut-rebut mencari kerja di sektor awam ekoran skim perkhidmatan yang menarik. – Gambar hiasan



PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga.
“Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,’’ katanya pada majlis pertemuan dengan media di sini semalam.

Suami baharu Nurul warga Perancis



NURUL dan suami baharunya, Eric Daniel Deep memotong kek selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi dan komposer tidak asing lagi, Ajai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan Perancis di sini semalam.
Nurul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul selamat diijabkabulkan dengan usahawan produk kesihatan Herbalife, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz di Duchess Place, Jalan Ampang.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pukul 12.20 tengah hari berwalikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Menurut Nurul, dia kini sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri setelah lebih lima tahun menjadi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, 14.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan majlis pun sudah selesai. Apa yang dirancang menjadi kenyataan dan yang paling penting, kami kini sah menjadi suami isteri,” kata Nurul yang ditemui selepas majlis.
Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik.

300 pemuda mewakili 32 NGO Kelantan serah kereta sorong, cangkul kepada Nik Aziz



ORANG ramai membawa alat pembinaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok, cangkul dan beberapa guni pasir untuk diserahkan kepada Nik Aziz di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Lebih 300 anak muda yang mewakili 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam untuk menyerahkan derma berupa beberapa peralatan pembinaan bagi membantu Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan pelbagai projek yang dijanjikan sebelum ini tetapi belum ditunaikan.
Peralatan tersebut termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap ‘hasrat murni’ kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat.
Ia juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz agar segera memulakan kerja-kerja semua projek yang sudah dijanjikan sejak 22 tahun memerintah negeri itu.
Mereka berkumpul lebih sejam mulai pukul 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk, antaranya berbunyi “Kerajaan Batu Asas”, “Selesai Air Dulu”, “Manisnya Janjimu” dan “Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi”.
'Handle' basikal tusuk ke perut
ADILA SHARINNI WAHID
7 Jun 2012
Muhammad Shahrul Nizam
Muhammad Shahrul Nizam dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan
dilaporkan stabil.
KOTA BHARU – Hasrat seorang kanak-kanak 11 tahun bermain bola di padang berhampiran rumahnya bertukar igauan ngeri apabila 'handle' basikal ditunggang tertusuk sedalam hampir seinci pada perutnya setelah dia terjatuh dari basikal itu, petang kelmarin.

Muhammad Shahrul Nizam Shahrul bagaimanapun bernasib baik apabila tusukan batang besi itu tidak kena pada organ penting dalam perutnya. Pun begitu, pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan tersebut menerima beberapa jahitan dan kini dirawat Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Muhammad Shahrul Nizam berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, dia baru sahaja keluar dari rumah bersama seorang lagi rakan untuk ke padang menjalani latihan bola sepak berdekatan rumah.

Katanya, tiba di satu selekoh beberapa meter dari rumahnya, dia ternampak seekor ular menyusur di hadapan basikal menyebabkan Muhammad Shahrul memberhentikan basikal itu secara mengejut, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terjatuh.

“Ketika itu, 'handle' terpacak pada jalan dan perut saya betul-betul kena pada 'handle' serta menembusinya. Saya cuba bangun, tetapi, apabila ternampak lubang di perut, saya jadi takut,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, tengah hari, semalam.

Ibu mangsa, Suriani Yahya, 33, berkata, dia menerima panggilan telefon dari seorang jiran memaklumkan anaknya terjatuh basikal dan mengalami kecederaan.

“Pada masa itu, saya dan suami, Shahrul Yahya, 40, berada di klinik berdekatan membawa anak kedua kami yang berusia sembilan bulan menjalani temu janji. Mulanya, saya ingat hanya luka biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya panik melihat dia terbaring atas jalan raya.

“Saya cuba buka kapas yang diletakkan jiran pada lubang perut Muhammad Shahrul Nizam, namun dia menangis menyebabkan kami bergegas membawanya ke hospital

“Dia bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedar selepas keluar dari bilik pembedahan, semalam,” katanya.

Tanggung rugi angkara khianat



BEBERAPA penduduk melihat enam motosikal yang hangus disyaki angkara khianat dalam kejadian di Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Belum dapat dipastikan puncanya tetapi beberapa penduduk di Apartmen Seri Puteri di Desa Petaling, Cheras di sini percaya mereka menjadi mangsa khianat apabila mengalami kerugian teruk selepas enam buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta premis itu hangus semalam.
Rata-rata mereka yang masih tidur ketika kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku mengaku terkejut dan geram dengan insiden tersebut. Mereka percaya kesemua motosikal terbabit tidak terbakar dengan sendirinya tetapi angkara perbuatan khianat pihak tertentu.
Dakwaan tersebut nyata berasas apabila terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira turut mengalami kerosakan kecil akibat terkena tempias api, manakala keempat-empat tayar sebuah teksi yang diletakkan di kawasan sama pula ditoreh.

Tadah badan sambut peluru



PAUL yang cedera selepas terkena lima das tembakan dikejarkan ke hospital dalam rompakan didalangi lelaki bertopeng di Johor Bahru kelmarin.



JOHOR BAHRU – Ibarat lilin yang membakar diri untuk kesenangan orang lain, seorang pengawal keselamatan lebih rela membiarkan dirinya ditembak sebanyak lima das oleh perompak daripada dia membalas tembakan menggunakan selaras pump gun yang mungkin membahayakan nyawa orang ramai.
Keberanian dan kemurnian hati R. Paul, 50, berbaloi apabila dia hanya cedera walaupun terkena tembakan di perut, belakang leher, tangan kiri, paha kanan dan pinggang dalam kejadian pukul 8 malam di hadapan kompleks beli-belah Holiday Plaza di sini kelmarin.
Mengimbau semula kejadian itu, Paul yang masih boleh berbicara walaupun cedera ditembak memberitahu, rompakan tersebut berlaku sangat pantas ketika dia yang sedang mengiringi seorang pemilik kedai pengurup wang ke keretanya, didatangi tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan pistol.
Katanya, sebelum ditembak, dia menyedari kedatangan perompak terbabit tetapi tidak sanggup untuk melepaskan tembakan dari pump gun yang dibawa kerana bimbang pelurunya akan mengenai orang ramai. Peluru senjata sebesar ibu jari kaki lelaki dewasa itu akan bertaburan jika dibedil.
“Ketika itu terdapat seorang wanita dan kanak-kanak yang berada kira-kira 50 meter dari saya. Saya bimbang mereka akan ditimpa bahaya jika saya menarik picu pump gun.
“Saya lari ke arah wanita tersebut dan menjerit agar mereka lari menyelamatkan diri tetapi tanpa saya sedari, saya terkena satu das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam.

Hilang nyawa angkara RM1,500



Isteri Ali (dalam bulatan) tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian suaminya akibat dibunuh di Pasar Borong Selayang Lama, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar.

Ternak lebah madu atas bumbung hotel



CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini.
Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.
"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote.
"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.
Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi

4 pekerja lombong emas dicari






KUANTAN – Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan kecurian emas di sebuah syarikat lombong emas di Kuala Lipis pada Mac lalu.
Keempat-empat lelaki yang merupakan kakitangan syarikat berkenaan ialah Arman Shah Mohammad Yusof, 44, Abd. Mutalib Ahmad, 49, Mohamed Esan Latiff, 37, dan Zahari Ahmad, 51.
Pegawai Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pengurus syarikat itu membuat laporan polis mengenai kecurian tersebut pada 15 Mac lalu dan berikutan itu tujuh suspek telah ditahan.
“Kesemua 11 suspek dikatakan mencuri emas itu sejak November 2010 dan hanya disedari pada bulan Mac tahun ini.
“Mereka dipercayai mencurinya sedikit-sedikit sehingga sukar untuk dikesan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

IMPIAN TERCAPAI..BAGAIMANA PULA...TERCAPAIKAH KITA...MENGAMAL DAN MENGHAYATI CARA HIDUP ISLAM....

Tinggal mayat bawah lori

Oleh Riaty Abada
hmkk@hmetro.com.my

SANDAKAN: Rasa curiga pengguna jalan raya terhadap sebuah lori pasir yang terbiar di bahu jalan dalam keadaan terjungkit membawa kepada penemuan mengejutkan apabila menemui mayat seorang lelaki terperosok di bawah satu daripada tayar belakang jentera berat itu.
Kejadian berlaku di Jalan Labuk Lama, Batu 8, di sini dan ketika mayat penunggang motosikal yang masih memakai topi keledar itu ditemui jam 5.30 petang kelmarin, pemandu lori terbabit sudah menghilangkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Suhar Sirini, 23, mati di tempat kejadian akibat parah apabila keseluruhan tubuhnya dilenyek lori terbabit.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika lori terbabit mahu membelok ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang terletak berhampiran tempat kejadian lalu terlanggar mangsa yang menunggang motosikal di sebelah kiri kenderaan itu.


Ketua Zon Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang penunggang motosikal berada di bawah lori yang tiada pemandu.

Impian Nurul, Eric tercapai

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

DETIK BAHAGIA...Eric mengucup dahi Nurul.
DETIK BAHAGIA...Eric mengucup dahi Nurul.
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric akhirnya menjadi kenyataan,” kata penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, sebaik saja sah menjadi isteri Eric Daniel Depp, 47, dalam majlis yang diadakan di Duchess Place, di sini, semalam.
Pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz oleh Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, jam 12.20 tengah hari berwali abang Nurul sendiri, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul berkata, kehadiran Eric mengisi kekosongan hidupnya selepas lebih lima tahun hidup sendirian. “Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah, 14) sangat-sangat saya syukuri,” kata penyanyi Cinta Azali itu.
Nurul yang anggun dengan persalinan putih dan hitam rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (kira-kira RM20,000) serta empat dulang hantaran lagi daripada pengantin lelaki.

Eric pula yang juga perunding kesihatan di sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, menerima tujuh dulang hantaran balasan daripada mempelai perempuan termasuk sejadah, senaskah al-Quran dan tepak sirih.

Pada majlis itu, emosi Nurul tersentuh dan dia tidak henti-henti mengalirkan air mata ketika memberikan ucapan kepada 200 tetamu. “Saya terlalu terharu dan bersyukur dengan perkahwinan ini. Maklumlah sepanjang lima tahun bersendirian, saya menempuh pelbagai dugaan secara sendirian sehinggalah Tuhan mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang begitu penyayang dan ikhlas. “Eric lelaki yang sangat matang dan menerima diri saya seadanya. Dia juga sangat menghormati semua ahli keluarga saya,” kata Nurul.

Eric yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal menyifatkan Nurul seorang wanita yang bukan sekadar isteri buatnya sebaliknya sahabat.

“Pertemuan kami terjadi di majlis rumah terbuka hari raya rakan kami, Zahidah Rafik pada September 2010. Sejak mengenali Nurul, saya mulai faham budaya Melayu dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Malaysia,” kata Eric yang ditemani ibu bapanya, Roland dan Germaine Depp.
Turut hadir semalam rakan artis yang rapat dengan Nurul termasuk Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura, Maznah Zulkifli, Jehan Miskin dan guru vokal Siti Hajar Ismail.

Cemas 5 peluru tembus badan

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

UMUR PANJANG...pengawal keselamatan yang parah  dibawa ke HSA selepas terkena lima das tembakan, kelmarin.
UMUR PANJANG...pengawal keselamatan yang parah dibawa ke HSA selepas terkena lima das tembakan, kelmarin.
SIASAT...anggota polis memeriksa tempat kejadian.
SIASAT...anggota polis memeriksa tempat kejadian.
JOHOR BAHRU: “Saya hanya ingat mati apabila dua penjenayah bertopeng melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah saya, lima daripadanya terkena badan dan leher.”
Demikian kata pengawal keselamatan, Paul Raja Manikam, 50, ketika menceritakan kejadian dia ditembak ketika mengiringi seorang pengurus pusat pengurup wang di pusat beli-belah di Jalan Datuk Suleiman di sini, jam 8 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, Raja Manikam yang membawa ‘pumpgun’ mengiringi pengurus berusia 30-an, keluar dari kedai untuk menghantar wang ke sebuah kenderaan yang menunggu di luar.

Tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti dan dua lelaki bertopeng keluar lalu melepaskan tembakan menggunakan pistol dari jarak kira-kira 10 meter ke arahnya.


Raja Manikam cedera parah apabila lima das tembakan mengenai badannya iaitu leher kiri, lengan kiri, pinggang kiri, perut dan punggung kanan.

Sorok-sorok jual pil cegah hamil



KUALA LUMPUR: Pil pencegah hamil yang didakwa popular di kalangan amah Indonesia di sini didapati dijual secara sembunyi oleh beberapa peniaga ubat tradisional sekitar bandar raya ini.
Biarpun ramai peniaga tidak mengaku menjual ubat haram berkenaan di premis mereka, namun tembelang yang cuba disorok pecah apabila ada segelintir pembantu kedai yang terlepas cakap.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan tumpuan sekitar Chow Kit semalam mendapati, ramai yang cuba berbohong dengan mengatakan mereka tidak menjual pil berkenaan, sedangkan ada pihak memaklumkan sebaliknya.
Malah pertanyaan wartawan dijawab dengan nada kurang senang berikutan disangka anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan yang menyamar.

Selepas setengah jam berlegar di Jalan Chow Kit, seorang pembantu kedai dikenali sebagai Siti memberitahu pil berkenaan boleh dibeli di kebanyakan premis menjual ubat tradisional di kawasan terbabit.

Menurutnya, pil berkenaan bukan saja menjadi tumpuan wanita Indonesia, malah turut dibeli orang tempatan kerana didakwa berkesan untuk merancang keluarga.

“Ada pekedai yang menjual pil berkenaan dan biasanya mereka mudah berurusan dengan pembeli terutama pelanggan tetap,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, pihaknya tidak menerima aduan berhubung penggunaan pil berkenaan.
“Kami percaya orang ramai yang menggunakan pil ini masih tidak mengetahui ia diseludup dari negara jiran dan boleh memberi pelbagai kesan sampingan dalam jangka panjang,” katanya.

Kaki putus digilis komuter



KLANG: Seorang wanita maut dalam keadaan ngeri apabila kedua-dua kakinya putus manakala kepalanya pecah selepas digilis komuter ketika mahu melintas landasan kereta api di Kilometer 27 menghala Klang, antara Stesen Komuter Padang Jawa dan Stesen Komuter Bukit Badak, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun berseorangan dan dipercayai mahu pulang ke rumahnya yang terletak di seberang landasan.

Menurutnya, mangsa mungkin tidak menyedari kehadiran komuter itu walaupun pemandu komuter berkenaan sudah membunyikan hon beberapa kali.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa mengalami masalah pendengaran hingga menyebabkan dia tidak mendengar bunyi hon komuter berkenaan.

“Mangsa yang tinggal di flat Rimba Jaya terletak berdekatan landasan, mati di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa bahagian lain,” katanya.

Mati ketika mahu selesai kemelut rumah tangga



KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas yang dipercayai dalam perjalanan ke rumah isteri bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka terbunuh apabila motosikal ditunggangnya merempuh treler yang keluar mendadak dari simpang di Taman Lembah Bidong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, Renils Hussin, 76, yang tinggal di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini, dipercayai dalam perjalanan untuk bertemu isterinya yang dikahwini awal tahun lalu di Merang, Setiu.

Sebuah treler dari arah Batu Rakit menuju Kemaman keluar dari simpang secara tiba-tiba menyebabkan Renils gagal mengelak lalu motosikal Honda Wave ditunggangnya merempuh treler terbabit. Warga emas itu maut di tempat kejadian dengan tempurung kepala pecah selepas terperosok di bawah lori 36 tan membawa sawit menuju kilang sawit di Cheneh, Kemaman.
Anak mangsa, Rohana Renils, 47, yang tinggal di Kampung Baru Seberang Takir di sini, berkata, bapanya tinggal sendirian di Kampung Batu Rakit selepas mempunyai masalah dengan isteri yang dikahwini awal tahun lalu selepas ibu meninggal dunia lima tahun lalu.

“Rumah tangga bapa bergolak beberapa minggu lalu dan mungkin malam tadi (kelmarin) dia mahu ke rumah isterinya itu untuk membincangkan masalah mereka,” katanya yang kali terakhir berjumpa bapanya minggu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya sudah mengambil keterangan pemandu lori berusia 44 tahun berasal di Kampung Bukit Kolam, Ajil, Hulu Terengganu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Wednesday, June 6, 2012

KERJAYA PUN TAK ELOK...MAKA KEHIDUPAN HARIAN PUN SAMA JUGA

Pemandu wanita berani mati


SEORANG wanita yang cuba mencederakan diri sendiri ditahan di Jalan Delima 7, Island Glades, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita memandu kereta dengan laju sambil sebelah tangannya mengacukan pisau ke leher sendiri mencemaskan orang awam dan pemandu kenderaan lain di Jalan Delima 7, Island Glades di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.45 malam, polis yang menerima maklumat mengenai gelagat wanita itu terpaksa mengejar kereta Toyota Vios dipandu suspek itu sejauh kira-kira 100 meter sebelum kenderaan tersebut berjaya dipintas polis.
Sepanjang dikejar, wanita itu menjerit-menjerit dan tidak menghiraukan arahan polis supaya berhenti.
Sebaik suspek memberhentikan kereta, wanita berusia 27 tahun itu enggan membuka pintu kenderaan malah terus menjerit-jerit dan meronta-ronta sambil memukul keretanya.
Bagaimanapun, ketika itu dia tidak lagi mengacukan pisau ke lehernya.
Polis mengambil masa kira-kira 20 minit memujuk wanita itu sebelum dia keluar dari kereta yang dikunci dari dalam.

Penyakit tibi merebak angkara PATI


KEMASUKAN PATI ke negara ini dikatakan menjadi salah satu faktor penyakit tibi sukar dikawal dan dicegah di negara ini. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat sebagai salah satu faktor utama penyakit Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering sukar dikawal dan dicegah di negara ini.
Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif berkata, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu.
“Melalui pemerhatian IPR, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit itu.
“Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit tersebut sukar untuk dicegah,” katanya di sini semalam.

Ras Adiba disaman RM3.2 juta

Ras Adiba


KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat memfailkan saman berjumlah RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd. Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham.
Pengarah syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd., Nik Fauzi Nik Hussein memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lepas menerusi Tetuan K.C. Tang & Co. di Mahkamah Tinggi di sini.
Kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes semalam di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd. Haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi, mewakili Nik Fauzi.
Haziq memberitahu pemberita bahawa Norhanum menetapkan 27 Jun untuk pengurusan kes.
Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa, beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd. sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual kesemua saham tersebut kepada Ras Adiba.

Sri Wani ingkar perintah mahkamah

KUALA LUMPUR – Pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk menjawab notis tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dipenjarakan berhubung permohonan komital suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi selepas wanita itu didakwa menghina dan melanggar lapan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dua tahun lalu.

Hakim Abdul Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan komital Bahrom, 61, dan berpuas hati bahawa isteri ketiga bekas dekan itu melanggar semua perintah yang dikeluarkan mahkamah pada 29 Disember 2010 berhubung kes pengesahan cerai dan faraq (membubarkan perkahwinan) pasangan itu.
Terdahulu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili Bahrom selaku pemohon, memaklumkan pihaknya memfailkan notis tunjuk sebab pada 17 April lalu atas alasan Sri Wani, 37, telah melanggar lapan perintah tersebut.
Sehubungan itu, pemohon mahu responden iaitu Sri Wani menjawab permohonan komital dengan mengemukakan sebab mengapa dia tidak patut dihantar ke penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda maksimum RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah mahkamah.

Budak ‘diculik’ ditemui selamat


KHAZLIN menunjukkan kesan lebam yang dialami Mohd. Rayyan Azim sambil diperhatikan Mohd. Hisham ketika ditemui di Nusajaya, Johor Bahru semalam.


NUSAJAYA – Seorang suri rumah menarik nafas lega apabila anak bongsu yang ‘diculik’ seorang lelaki ditemui selamat selepas dibawa ‘bersiar-siar’ selama satu jam oleh penjenayah terbabit.
Khazlin Saat, 35, memberitahu, dia tidak keruan apabila mendapati anak lelakinya, Mohd. Rayyan Azim Mohd. Hisham, 2, dilarikan penjenayah terbabit ketika meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang tidak dimatikan enjinnya.
Mengimbau semula kejadian itu yang berlaku pada pukul 11.30 pagi kelmarin di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, Khazlin memberitahu, dia meninggalkan Mohd. Rayyan bersama dua lagi anaknya, Nursabrina Damia, 6, dan Nursofea Hadirah, 4, di dalam kereta untuk membeli barang di sebuah pasar mini yang terletak satu kilometer dari rumahnya.
Katanya, ketika berurusan di kaunter, dia terdengar jeritan Nursofea sebelum dia melihat seorang lelaki melarikan keretanya dan Mohd. Rayyan Azim ada di dalamnya.
“Ketika meninggalkan mereka, saya mengunci kereta dari dalam sebelum Nursabrina keluar untuk menyerahkan telefon bimbit kepada saya di dalam pasar.
“Dalam masa sama, lelaki tersebut terus masuk dan Nursofea yang berada di belakang terus menjerit dan sempat keluar dari kereta,” ceritanya.

Peniaga pasar borong dituduh miliki heroin

MOHD. ASRI (kiri) diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Rembau semalam untuk menghadapi dakwaan memiliki heroin.


REMBAU – Seorang peniaga pasar borong dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan memiliki dadah di Tampin bulan lepas.
Mohd. Asri Kedus, 45, dituduh memiliki dadah jenis heroin seberat 84.93 gram di sebuah rumah di Felda Jelai 2, Gemas, Tampin pada pukul 1.15 pagi, 28 Mei lalu.
Dia yang berjalan dengan menggunakan tongkat kerana cedera di kaki akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini, menghadapi dua pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.70 gram di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

Magnotta


BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar ‘Orang Gila Kanada’ kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam.
Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia tidak akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada.
“Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan penangkapan tersebut,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di sini, Martin Steltner.
“Suspek kemudian memberitahu dia tidak akan mencabar proses ekstradisinya,” tambah jurucakap berkenaan.
Menurut Steltner, Magnotta, 29, yang ditangkap di sebuah kafe Internet di ibu kota Jerman di sini kelmarin, akan dipindahkan dari lokap polis ke sebuah penjara.
“Proses mengekstradisi Magnotta kini lebih mudah dan cepat kerana dia bersetuju untuk tidak mencabarnya,” ujar Steltner.
“Namun, dia boleh menukar fikiran,” tambahnya.
Pihak berkuasa Canada percaya Magnotta membunuh seorang pelajar China dengan menggunakan pencungkil ais dan mengerat mayat mangsa sambil merakam perbuatan kejam tersebut.
Laporan awal menyebut, mangsa, Lin Jun yang berusia 33 tahun ialah kekasih Magnotta.
Kes tersebut terbongkar selepas beberapa bahagian badan mangsa dihantar melalui perkhidmatan mel ke beberapa pejabat parti politik di Ottawa. - AFP

Tuesday, June 5, 2012

NI LAH HAKIKAT KEADAAN KITA SEKARANG...MUHASABAHLAH DIRI...LEBIH2 PEMIMPIN2...MUFTI2...MUNGKIN TELAH BANYAK MENGABAIKAN HAK ALLAH...KITA SIBUK DENGAN DUNIA....PANGKAT...HARTA DLL...MACAM TAK MATI2

Pertama kali berlaku



KUALA LUMPUR: “Kes seumpama ini pertama kali berlaku. Beri kami masa untuk menyiasat secara menyeluruh terlebih dulu sebelum memberi kenyataan,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.
Beliau mengesahkan menerima laporan seorang daripada empat mangsa yang diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali menggunakan sebuah van, kelmarin.

Menurut Khairi, siasatan lanjut dilakukan pihaknya termasuk memeriksa latar belakang mangsa selain motif penculikan itu.
“Sehingga siasatan lengkap, kami (polis) tidak boleh beri ulasan bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ekori polis elak kena tetak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

HULU SELANGOR: Kehadiran dua anggota polis yang melalui tempat kejadian menyelamatkan seorang lelaki berusia 37 tahun daripada ditetak sekumpulan lima lelaki dalam pergaduhan di sebuah bengkel di Hulu Bernam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa menyelamatkan diri apabila mengekori anggota polis berkenaan sebelum menceritakan kejadian terbabit dan tampil membuat laporan polis.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memaklumkan mahu bertemunya di bengkel berkenaan kononnya untuk berbincang mengenai wang.
“Sebaik tiba di bengkel berkenaan, mangsa berbincang dengan rakannya serta dua lelaki lain. Namun, ketika berbincang, dua lagi lelaki datang ke bengkel itu sebelum mangsa dibelasah bertubi-tubi oleh kumpulan lelaki terbabit termasuk membaling kerusi dan menendang kaki menyebabkan mangsa terjatuh dan menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penyerang itu turut mengugut mangsa supaya menyerahkan wang puluhan ribu dipercayai ada kaitan dengan bengkel berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak mempunyai wang mengajak kumpulan lelaki itu berbincang, namun tidak diendahkan menyebabkan seorang daripada penyerang itu mengacukan parang ke arah mangsa,” katanya.

Katanya, tindakan lelaki terbabit bagaimanapun dihalang rakan lain sebelum dua anggota polis yang melakukan rondaan melalui kawasan bengkel itu dan terdengar bunyi pertengkaran.

Beliau berkata, terkejut melihat kehadiran anggota terbabit, mereka berpura-pura berbincang selain membuat isyarat memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memaklumkan insiden itu kepada polis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. “Polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan mengesannya bagi membantu siasatan lanjut kejadian itu,” katanya.

Simbah asid isteri dah tua

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana benci melihat isterinya yang sudah berusia selain mempunyai wanita simpanan, seorang suami berusia lewat 40-an bukan saja tergamak memukul wanita berkenaan, malah menyimbah asid ke muka mangsa.
Akibat perbuatan kejam suaminya, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa tidak lagi dapat melihat sejak kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bangsar, kira-kira jam 10 pagi, 31 Mei lalu.

Mangsa yang tidak dibenar mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun nekad memberanikan diri dengan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kelmarin dengan bantuan ahli keluarganya.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bertugas didatangi suaminya bersama seorang wanita dipercayai teman wanita suspek menaiki kereta.


“Suspek kemudian terus memaksa wanita itu mengekorinya, namun mangsa enggan menyebabkannya dipukul.

Suami belasah guna antena TV

KOTA BHARU: Hanya kerana menegur suaminya yang merosakkan televisyen, seorang wanita dipukul dengan antena televisyen oleh suaminya itu sehingga cedera di dahi dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dalam kejadian di Berek 12, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun turut berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia 16 tahun diacukan kayu oleh suaminya ketika menghalang ibunya daripada dipukul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai promoter di pasar raya baru pulang bekerja.
Katanya, mangsa melihat suaminya merosakkan televisyen dan menegurnya.

“Akibat berang ditegur isterinya, suami mangsa mengambil antena televisyen dan memukul isterinya sehingga cedera di dahi dan terpaksa mendapatkan rawatan di HRPZ II. Anak lelaki mangsa yang berusia 16 tahun cuba menghalang perbuatan ayahnya, tetapi diacu dengan sebatang kayu dan diugut akan dicederakan.

“Abang mangsa berusia 40-an turut ke rumah mangsa untuk mententeramkan keadaan, tetapi diacu kayu. Bagaimanapun, anak dan abang mangsa tidak dicederakan selepas suami mangsa tenang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ponteng sekolah serah ‘mahkota diri’



IPOH: Terpedaya janji manis dan ‘mabuk’ dengan pemberian hadiah barangan kemas menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun nekad ponteng sekolah beberapa hari semata-mata mahu bertemu teman lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial, sebelum dia dirogol lelaki berkenaan.
Nasib malang pelajar tingkatan satu itu bermula sebaik dia mengenali seorang remaja berusia 16 tahun menerusi laman sosial facebook bermula akhir tahun lalu, sebelum membuat keputusan bertemu buat kali pertama pada 25 Mei lalu.

Bermula dengan pertemuan itu, mangsa sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu bertemu dengan teman lelakinya itu selain sanggup bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada 25 Mei lalu itu, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mendapati mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas menyembunyikan diri. Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata, dia menghubungi guru disiplin di sekolah adiknya itu sebelum dimaklumkan adiknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Beliau berkata, dia sekeluarga mencari adiknya di merata tempat termasuk bertanyakan kepada rakan sekolah, namun gagal.

“Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan adik saya ada bersamanya.

“Ketika ditemui, adik saya mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN), di sini semalam.
Katanya, dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

Lee berkata, adiknya turut mengakui pernah menerima pelbagai barangan kemas termasuk rantai dan cincin emas yang dihadiahkan remaja lelaki itu.

“Saya percaya lelaki berkenaan memperdaya adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum merogolnya.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki berkenaan termasuk ahli keluarga remaja itu yang bertindak menyembunyikan adik saya selama dua hari di rumah mereka pada akhir Mei lalu,” katanya.

Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca dari perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Beliau berkata, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol dan kebanyakan mangsa berusia antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Rugi RM70,000 disamun

HULU SELANGOR: Seorang penyelia kilang berusia 53 tahun kerugian lebih RM70,000 hanya beberapa minit selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Bukit Beruntung, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, tayar kereta mangsa dipercayai terlebih dulu dirosakkan kumpulan penjenayah yang mengekorinya sebelum menyamun warga emas itu sebaik keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy berkata, ketika memeriksa tayar sebuah Toyota Camry dinaiki tiga lelaki tempatan terus menghampiri mangsa.
“Mangsa menaiki sebuah kereta dan sebaik tiba di Jalan Alam Bukit Sentosa 1 berhampiran sebuah flat, mangsa menyedari tayar depan keretanya pancit manakala dan rim pula rosak.

“Ketika mangsa melihat keadaan tayar kereta, secara tiba-tiba sebuah Toyota Camry dinaiki tiga lelaki tempatan terus menghampiri mangsa,” katanya.

Menurutnya, dua daripada penjenayah dikatakan turun dari kereta berkenaan dan mengacukan parang ke arah mangsa sebelum menyamun wang tunai dibawa.

Ketiga-tiga suspek kemudian terus memecut laju melarikan diri.

Wanita cuba bunuh diri mengamuk



GEORGETOWN: Bagaikan dirasuk, seorang wanita yang diselamatkan anggota polis selepas cuba membunuh diri mengamuk ketika dibawa ke Balai Polis Jelutong, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit pada mulanya ditemui berkurung dalam kereta dan dilihat cuba mengelar lehernya dengan pisau ketika berada di Jalan Delima 7, Island Glades.

Bagaimanapun, orang awam yang melihat tindakan wanita itu menghubungi polis sebelum pihak berkuasa terpaksa memujuk wanita terbabit hampir dua jam kerana enggan membuka pintu.
Menurut sumber, cubaan memujuk untuk membuka pintu gagal, namun dia kemudian menyerahkan pisau lipat yang digunakannya melalui cermin kereta.

“Selepas menyerahkan pisau, dia kemudian memberitahu mahu meneruskan niat terjun di Jambatan Pulau Pinang sebelum memecut keretanya.

“Bagaimanapun, selepas hampir tiga kilometer, anggota polis berjaya menghalang kenderaannya, namun ketika itu dia masih enggan membuka pintu,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian bapa wanita terbabit tiba dan terus memujuk anaknya itu hampir setengah jam sebelum wanita itu menyerah diri dan dibawa ke balai polis.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke balai polis, namun sejurus sampai dia mengamuk secara tiba-tiba dan diserang histeria kerana tidak berpuas hati selepas dibawa ke balai.
“Secara tiba-tiba, wanita terbabit menjerit dan berguling di atas lantai dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita terbabit kemungkinan berada di bawah pengaruh dadah selain baru beberapa hari dibuang kerja.

“Difahamkan, wanita terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun berpisah dengan suaminya sejak setahun lalu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian terbabit.