Monday, June 4, 2012

JIKA TAKDIR TELAH TERJADI...MAKA ITU KETENTUAN ALLAH ADA HIKMAH...MUHASABAH DIRI...

‘Cari sampai lubang cacing’

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

MUSTAGHNI...dilibas Mat Rempit.
MUSTAGHNI...dilibas Mat Rempit.
KLANG: “Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis,” kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.
Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.
Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.

“Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.


“Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh,” katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

Dakap ayah kali terakhir

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

DETIK PILU...anggota perubatan  memberikan rawatan  kecemasan kepada Muhammad Rizwan sebelum dia meninggal dunia sejam kemudian.
DETIK PILU...anggota perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada Muhammad Rizwan sebelum dia meninggal dunia sejam kemudian.
KUANTAN: Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.


Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.

‘Bayi ajaib’ terselamat

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta  empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.


Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.

Selamat GRO 15 tahun

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

MALU...remaja warga Vietnam terbabit (kanan) yang ditahan dalam Ops Noda, semalam.
MALU...remaja warga Vietnam terbabit (kanan) yang ditahan dalam Ops Noda, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah restoran di Dataran Prima, Damansara, di sini, petang semalam.
Premis terbabit yang berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai restoran itu dikesan menawarkan pakej makan bersama GRO sebagai tarikan istimewa.

Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung seawal jam 3 petang untuk berhibur dengan wanita GRO yang rata-rata warga asing.
Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila restoran itu diserbu sepasukan polis D7 IPK Selangor bermula jam 6.30 petang semalam. Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, lapan GRO warga asing termasuk remaja berkenaan ditahan. Beliau berkata, ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras dalam ruang gelap di tingkat satu premis dua tingkat itu. “Siasatan awal mendapati remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan. “Siasatan mendapati pelanggan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membeli beberapa jug minuman keras dan GRO terbabit akan mendapat tips bagi setiap jug minuman keras dipesan. Untuk perkhidmatan seks pula, bilik khas disediakan di tingkat dua premis itu dengan bayaran RM150,” katanya.

Menurutnya, lima daripada GRO yang ditahan itu ialah warga Vietnam, dua warga Indonesia dan seorang lagi warga Thailand yang berumur 15 hingga 25 tahun. “Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam dan premis terbabit pernah diserbu tiga kali tahun lalu.

“Kami sudah membuat intipan ke atas premis terbabit selama beberapa hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan sebelum menyerbu,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati dua daripada mereka memiliki pasport, ada yang menggunakan slip 6P dan selebihnya tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu iaitu warga Myanmar berusia 30-an. “Dalam operasi itu juga, lima lelaki yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan. “Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya. Othman berkata, untuk mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).

2 peragut diberkas atas motor



KUALA LUMPUR: Tidak sampai tiga bulan aktif melakukan pelbagai jenayah ragut dan pecah kereta sekitar Cheras, dua penganggur warga tempatan berumur 20 hingga 30-an diberkas polis ketika menunggang motosikal di Taman Cheras, di sini.
Kedua-dua mereka ditahan pada jam 12 tengah malam 12 Mei lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hasil maklumat awam serta intipan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, polis merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kamera digital, dua Smart Tag, jam tangan pelbagai jenis dan sebuah motosikal Yamaha yang dipercayai hasil daripada kegiatan ragut dan pecah kereta.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan polis masih menyiasat sekiranya suspek terbabit sama aktiviti pecah rumah di Cheras.

“Kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda,” katanya ketika sidang media di IPD Cheras, semalam.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Mohan Singh berkata, polis menahan dua pengawal peribadi yang terbabit pergaduhan di sebuah kelab berhampiran Jalan Pudu, di sini, yang mengakibatkan seorang jurujual cedera di kepala akibat dihentak menggunakan pistol, Jumaat lalu.

Beliau berkata, suspek yang berumur 37 dan 45 tahun itu melepaskan dua das tembakan ketika ingin melarikan diri dan kini direman sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan.

“Walaupun seorang daripada suspek mempunyai lesen senjata api, tetapi perbuatannya yang mencederakan orang serta melepaskan tembakan di kawasan awam salah di sisi undang-undang. “Tiada kehilangan nyawa dicatatkan, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, pistol yang digunakan suspek dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan

Tiga naik satu motor mati dilanggar



LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.”
Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U.
Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya.

Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.

Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi.

Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian.

“Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.
“Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya.

Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.

Punah anak saudara tolak cinta



GOMBAK: Kemaruk untuk berkahwin dengan anak saudaranya, seorang lelaki merogol wanita itu di dalam kereta sebelum merakam gambar mangsa dalam aksi tidak sopan dan mengugut menyebarkannya jika mangsa enggan menerima dia sebagai suami.
Mangsa, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun yang trauma selepas menjadi mangsa lelaki berusia 30-an itu membuat laporan di Balai Polis Brickfields, kelmarin sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut sumber, sebelum kejadian pada jam 1 pagi kelmarin, mangsa yang berada di rumah sewanya di Jalan Klang Lama diajak lelaki terbabit ke Uptown Kota Damansara untuk membeli seluar.
“Mangsa dijemput suspek pada jam 10 malam dengan kereta. Selepas membeli seluar di Uptown Kota Damansara, mangsa dibawa ke sebuah ladang sawit di Kundang dan sejurus memberhentikan kereta, suspek mula mencabul mangsa sambil meluahkan perasaan cinta serta hasratnya ingin mengahwini mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa merayu tidak diapa-apakan dan berjanji akan berkahwin dengannya.

Bagaimanapun, suspek yang tidak percaya merogol mangsa sebelum merakam gambarnya dan mengugut menyebar gambar itu jika mangsa enggan berkahwin dengannya.

Sejurus dihantar pulang ke rumah, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan

Golongan muda paling ramai bunuh diri



PUTRAJAYA: Amat membimbangkan apabila mereka yang berumur antara 24 dan 44 tahun yang dikategorikan sebagai kumpulan produktif dikenal pasti paling ramai membunuh diri di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lebih menyedihkan, golongan lelaki ramai membunuh diri berbanding wanita dengan peratusan 75 berbanding 25 peratus, manakala berdasarkan etnik, kaum Cina lebih ramai terbabit.

“Menurut laporan kajian kebangsaan, 1,136 kes bunuh diri dilaporkan antara 2007 dan 2010, dengan kadar 1.3 bagi setiap 100,000 populasi rakyat di negara ini.
“Jika dilihat tahun kebelakangan ini, trend membunuh diri di kalangan rakyat negara ini juga meningkat. Pelbagai faktor mendorongnya termasuk kejadian yang berlaku sebelum membunuh diri, kes dadah, masalah mental dan kesihatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama Tan Sri Lee Lam Thye.

Tiong Lai berkata, Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan dijalankan kementerian tahun lalu juga menunjukkan 1.7 peratus dari kalangan masyarakat dewasa pernah mempunyai idea untuk membunuh diri; 0.9 peratus pernah merancang untuk manakala 0.5 peratus pernah mencuba untuk membunuh diri.

No comments:

Post a Comment