Saturday, November 6, 2010

TAKDIR TENTUNYA MENGUJI KITA...MASA INI KITA KENAL MANA YANG SAHABAT ATAU SAUDARA YANG BAIK...JUGA PEMIMPIN YANG BAIK...AWAS JUGA PEMIMPIN2 PARTI YANG BERPURA2

NEGARA


Padah ganggu adik perempuan


ABDUL GHAFAR menunjukkan gambar Maung Sho yang dipercayai boleh membantu siasatan satu kes bunuh melibatkan rakannya di Pokok Sena, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Akibat tidak puas hati kerana adik perempuannya diganggu, seorang lelaki Mynmar dibunuh oleh rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di kilang bihun Jalan Kedondong, Pokok Sena di sini semalam.
Mangsa, Khaw Khaing Soe, 31, dipercayai dibunuh oleh Khin Maung Cho, 25, gara-gara mengganggu adik perempuan suspek yang baru sampai di negara ini 15 hari lalu.
Kesemua mereka bekerja di kilang bihun itu selama antara empat bulan hingga enam tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengganggu adik perempuan suspek sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah rumah kongsi dengan satu kesan tikaman pada dada.
“Mangsa yang bekerja di situ sejak enam tahun lalu merupakan ketua rumah kongsi itu. Suspek kini menghilangkan diri,” katanya di sini semalam


Alor Setar masih dilanda banjir


TUANKU ABDUL HALIM bertanya khabar kepada salah seorang mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Keadaan banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu menunjukkan tanda-tanda reda semalam apabila air yang menenggelamkan beberapa daerah di negeri itu mula surut dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 33,121 berbanding 39,785 kelmarin.
Bagaimanapun, keadaan di daerah Kota Setar tidak berubah.
Hampir 80 peratus pusat bandar raya ini terus digenangi air dengan beberapa batang jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wan Jah dan Lebuh Raya Darulaman.
Malah, bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan bagi daerah Kota Setar mencacat peningkatan kepada 19,978 orang berbanding 16,376 kelmarin.
Keadaan di daerah-daerah lain pula semakin pulih. Di daerah Padang Terap, seramai 3,993 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di Kubang Pasu pula hanya seramai 11,488 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 21,111 kelmarin diikuti Pokok Sena (1,413) dan Pendang (242).
Jurucakap bilik gerakan banjir Majlis Keselamatan Negara memberitahu, setakat ini sebanyak 85 pusat penempatan mangsa banjir masih dibuka.
Sementara itu, keadaan banjir di Perlis semakin baik dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 9,595 orang berbanding 11,965 orang petang kelmarin


INI HAKIKAT BERLAKU...


TERKINI


Peniaga serik mohon bantuan banjir

07/11/2010 2:05pm

JITRA - Peniaga di Pekan Jitra 2 di sini, serik untuk mendaftarkan diri dalam senarai mangsa-mangsa terbabit banjir kerana pernah tertipu apabila mengalami pengalaman mengecewakan selepas banjir besar pada 2005.

Low Poh Wan, 47, berkata, selepas terbabit banjir besar lima tahun lalu, peniaga-peniaga diminta membuat laporan serta mendaftarkan nama mereka bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan untuk meringankan bebanannya.

"Tunggu punya tunggu apa pun tak dapat, sekarang saya sudah malas lagi mahu mendaftar, tak guna daftar kalau kena tipu macam tu, tak dapat apa-apa pun," katanya ketika ditemui di premisnya di pekan Jitra 2, di sini hari ini.
Poh Wan, pemilik Wan Hantaran Enterprise menjual pelbagai barangan seperti bunga hiasan, barangan jahitan serta barangan hantaran perkahwinan berkata, akibat dilanda banjir pada 2005 beliau kerugian lebih RM5,000 manakala pada kali ini kerugiannya dianggarkan lebih RM10,000. - Bernama



NEGARA


9 tahun sebelum daftar haji kedua

MARANG - Jemaah haji yang mendaftar untuk kali kedua selepas baru pulang daripada menunaikan rukun Islam itu kini perlu menunggu sembilan tahun lagi sebelum nama mereka tersenarai semula.
Ini kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menyaring jemaah yang telah mengerjakan haji dalam tempoh sembilan tahun bagi memberi peluang kepada jemaah baru.
"Sistem ini dibuat bagi membolehkan bakal haji yang belum menunaikan haji mendapat kuota menunaikan rukun Islam kelima itu untuk kali pertama," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Juara Rakyat peringkat Parlimen Marang yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai di sini semalam.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan terdapat 500,000 senarai menunggu yang mendaftar untuk menunaikan haji dan jika mengikut prosedur biasa, mereka perlu perlu menunggu sehingga 10 tahun sebelum dapat mengerjakan ibadat itu


NEGARA

Lemas selepas selamatkan isteri


NORFARIDAH (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah suaminya, Mohd. Hazrul (gambar kecil) di HTAA, Kuantan semalam.



KUANTAN – Seorang suami, Mohd. Hazrul Abdul Jalil, 26, mati selepas berjaya menyelamatkan isterinya daripada lemas semasa mereka mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, pasangan yang baru berkahwin pada 9 Oktober lalu itu lemas ketika mereka mandi di Sungai Jin di situ.
Adik mangsa, Mohd. Helmi, 25, berkata, sebelum tragedi itu, mereka sekeluarga iaitu Mohd. Hazrul, isterinya, Norfaridah Mohd. Amin, 26, dan ibu mereka, Zaidah Abdul Aziz, 55, bertolak dari rumah di Kampung Pulau Tambun, Pekan untuk berkelah di sana.
“Semasa mandi, abang dan isterinya berada di bahagian tengah sungai yang agak dalam.
“Tiba-tiba saya yang mandi di tepi nampak abang dan kakak ipar seperti tergelincir lalu tenggelam, mungkin kerana ada pasir jerlus di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Kata Mohd. Helmi, dalam sekelip mata, mereka berdua hanyut dibawa arus deras dan kelihatan Mohd. Hazrul sempat memegang isterinya dan melonjakkan badan Norfaridah ke atas bagi membolehkan dia bernafas.
Katanya, selepas kira-kira 60 meter dibawa arus, pasangan itu kemudian sampai ke lokasi air cetek dan berjaya ditarik ke tebing oleh orang ramai.

BERHENTI BUAT MUNGKAR...JANGAN LAWAN ALLAH...INGAT KITA NI SAPE

NEGARA


Terbang ke Jawa bahayakan nyawa


ABU volkanik dari Gunung Merapi boleh membahayakan pesawat.



KUALA LUMPUR – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia membatalkan semua penerbangan ke Pulau Jawa meliputi Jakarta, Yogyakarta, Bandung dan Solo bermula semalam. Hanya penerbangan ke Surabaya yang terletak di timur pulau itu dibenarkan.
Keputusan itu dibuat setelah syarikat terbabit mendapati penerbangan ke pulau tersebut tidak lagi selamat dan boleh menyebabkan nahas kerana ruang udaranya dipenuhi dengan debu volkanik ekoran letusan Gunung Merapi sejak 26 Oktober lalu.
Tindakan yang sama turut diambil beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain antaranya Japan Airlines, Turkish Airlines, Singapore Airlines, Lufthansa, Sing Air, Tiger Airways, KLM, Emirates, Eva Airlines, Etihad, China Southern, Lion Air, Value Air dan Cathay Pasific.
Menurut Pengarah Operasi MAS, Kapten Azharuddin Osman, kesemua penerbangan itu dibatalkan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
“Ketika ini penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta, Yogyakarta dan Bandung dibatal atau ditangguhkan bermula hari ini (semalam) sehingga keadaan pulih.
“MAS akan terus memantau ruang udara Indonesia untuk memastikan keselamatan operasi penerbangan untuk memasuki kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam


DUNIA


Merapi meletus lagi pagi semalam


Gunung Merapi berterusan menyemburkan awan panas selepas meletus lagi pagi semalam



YOGYAKARTA - Lahar sejuk yang mengalir deras selepas Gunung Merapi meletus pada tengah malam kelmarin membanjiri sungai-sungai di sekitarnya dan menyebabkan penduduk di kota ini cemas, lapor sebuah akhbar semalam.
Gunung Merapi terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini yang dihuni kira-kira 400,000 penduduk.
Hujan lebat yang turun semalam membawa lahar sejuk yang mengandungi lumpur, pasir, belerang dan abu volkanik melimpahi tebing Sungai Code di sini semalam.
Seorang pegawai tempatan berkata, amaran berwaspada sudah dikeluarkan tetapi sama ada banjir lahar sejuk itu bakal membawa kemusnahan banyak bergantung sama ada berlaku hujan lebat pada hari ini.
Terdahulu, lahar panas yang mengalir deras sejurus selepas letusan Gunung Merapi pada tengah malam kelmarin telah memusnahkan tujuh buah dusun di sekitar lerengnya selain padang Kelab Golf Merapi.
"Tujuh dusun sudah hancur dibakar lahar panas selama dua hari dari Jumaat hingga Sabtu," kata seorang pegawai tempatan, Heri Suprapto, di Sleman dekat sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian keseluruhan sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu kini meningkat kepada 138 orang.

Mayat-mayat mangsa korban dikumpulkan di pekarangan Hospital Sardjitodi Yogyakarta.



Seorang pegawai di Hospital Sardjito di sini, Sigit Priohutomo berkata, sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi kelmarin.
Sejumlah 44 lagi terkorban dalam letusan pertama gunung berapi berkenaan.
Kelmarin Gunung Merapi yang memiliki ketinggian 2,914 meter dari aras laut mengganas dengan memuntahkan lahar dan menghambur awan panas sejauh beberapa kilometer di udara.
Terbaru, Gunung Merapi kembali meletus pada pagi semalam dengan mengeluarkan awan panas dalam jumlah besar sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan. Gunung berkenaan mengeluarkan awam hitam yang menyelubungi udara manakala beberapa bunyi dentuman kuat turut didengari dari puncak gunung itu.
Penduduk dilihat memenuhi jalan-jalan raya dengan menaiki trak, kereta dan motosikal untuk meninggalkan zon berbahaya.
Selain manusia, binatang ternakan seperti lembu dan kambing turut dipindahkan.
Sementara itu, sukarelawan dan warga tempatan turut berkawal bagi melarang orang ramai daripada menghampiri zon berbahaya di sini.
Setakat pukul 1 tengah hari semalam, Gunung Merapi dilihat masih menyemburkan awan panas ke udara manakala sekitar 200,000 orang telah mencari perlindungan di beberapa penempatan sementara di sini dan Jawa Tengah.
"Ia menakutkan. Letusan Gunung Merapi tak kunjung kebah," kata seorang penduduk, Wajiman, 58, yang berlindung di sebuah penempatan di Jawa Tengah. - Agensi

NI SAPE NAK TEGUR...JELAS TAK BOLEH DISEGI SYARAK...SAPE NAK DIPERSALAHKAN...SENDIRI MAU INGATLAH

Gadis domestik antarabangsa

Oleh MURSHID EUNOS

pix_middle
SEKILAS pandang, imej dan personaliti yang diperdagangkan bintang jelita, Mizz Nina tidak lari daripada pesona antarabangsa. Malah, pernah sekali kehadirannya disangka bukan anak tempatan.
Namun tatkala si empunya nama sebenar, Shazrina Azman ini disarungkan baju kurung, solekan klasik lengkap dengan rambut bersanggul kemas, refleksi kemelayuan padanya terserlah.
  • Foto
  • Foto
Sampuk gadis metropolitan berusia 30 tahun ini mencelah perbualan pendandan wajah, Bosco dan pereka busana petang itu, Wanpa di Restoran Istana Bambu jauh di hujung kota, Mizz Nina tidak henti-henti memuji sisi Melayunya.

"Saya memang anak Melayu yang sukakan sambal belacan!" selorohnya.

Buang jauh panggilan komersial padanya, melodi nyanyian serta penampilan yang sering digayakan kerana semuanya memang mencerminkan minatnya yang terlalu mendalam pada muzik bercorak antarabangsa


Hakikat yang lama tersembunyi, gadis peramah ini kelakar, mesra dan sangat rendah diri. Masih fasih bercanda dengan bahasa ibundanya, Mizz Nina akur dengan persepsi kononnya dia 'minah urban'!

Andai sukar dikikis pandangan skeptikal sebegitu, tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma kata bintang kelahiran Kuala Lumpur ini, usah meletak label kononnya dia terjerat dengan budaya Barat.

"Bukan baru semalam saya terusik dengan persepsi ini, sebaliknya sejak awal lagi saya menyertai kumpulan Teh Tarik Crew, ramai peminat atau mata sekeliling menganggap kononnya Mizz Nina penuh kebaratan. Tidak lagi bertanya atau cuba mendekati, pandangan seumpama itu terus dilempar, sedangkan kebenarannya belum pasti.

"Lihat pada penampilan dan konsep nyanyian selama ini, tidak saya nafikan pastinya peminat akan menyangka sebegitu. Namun hakikat sebenar, Mizz Nina gadis Melayu yang masih penuh dengan nilai budaya asalnya.

"Saya dibesarkan dalam keluarga Melayu. Cuma apabila ia bersangkut pada soal minat dalam lapangan nyanyian, saya akui muzik sentuhan antarabangsa lebih dijadikan pilihan serta rujukan.

"Biasalah penyanyi muda wanita yang menyanyikan lagu Inggeris memang kurang di Malaysia dan saya pula lahir daripada sebuah kumpulan yang memperjuangkan muzik hip hop.

"Kemudian lahir dengan naskhah yang ternyata penuh unsur kebaratan, justeru pandangan itu terus melekat dan kekal di situ. Namun saya tidak kisah dan merasa selesa kerana sangkaan itu hanya berpaksi pada kerjaya semata-mata, bukan pada peribadi diri.

"Mizz Nina memang lancar berbahasa Inggeris dan gemar memperagakan pakaian yang tampak ranggi namun di sebalik semua itu, dia masih gadis Melayu yang sayangkan budayanya.

"Bukan saja gemar masakan Melayu, saya juga suka makan dengan menggunakan tangan," jelas puteri bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim ini.

Lain rasa agaknya membesar dalam sebuah keluarga mewah yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai amalan harian. Namun peliknya, sepanjang bersembang dengan gadis yang juga graduan Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia ini, tidak sekali pun hadir rasa janggal atau kekok. Sebaliknya, Mizz Nina bijak menyusun kata dalam intonasi yang rendah diri.

"Tiada apa bezanya membesar dalam keluarga yang senang kerana keutamaannya masih pada budi pekerti dan nilai positif yang ada pada seseorang individu itu. Itu yang akan membezakan kita. Perkara sama juga ditekankan keluarga sejak kecil.

"Justeru, tuah itu hanya nampak kerana cara hidup yang mungkin senang, namun hakikatnya budaya dalam proses pembesaran adalah sama, mengikut cara Melayu dan Islam," katanya.

Tiada angin bertiup kencang, industri muzik bergegar baru-baru ini apabila nama Mizz Nina dikatakan terbabit dalam persembahan untuk sebuah konsert yang ditaja syarikat minuman keras.

Tidak mahu terus menembak, namun ramai pula menjadi skeptikal kononnya menyifatkan tiada apa yang pelik pada Mizz Nina dengan konsep persembahan sebegitu.

Lantas, peluang bertentang mata ini, gadis 'menang pakai' ini mencuri ruang menguraikan mana yang terpintal kuat.

"Saya mengaku ada membuat persembahan seperti didakwa atas undangan pihak penganjur. Memang konsert itu ditaja sebuah jenama minuman alkohol dan disertai banyak nama bintang antarabangsa lain.

"Namun kenapa perlu menjadi sempit dan terus menjatuhkan hukum tanpa melihat perspektif lainnya. Jika hina sangat seorang bintang tempatan berbangsa Melayu membabitkan diri dalam sebuah konsep persembahan besar begitu, kenapa tidak kita haramkan terus siri persembahan itu di negara kita?

"Saya hadir sebagai penyanyi dan ditemani tiga pembantu yang juga beragama Islam. Saya ke sana untuk menyanyi dan mencuri seberapa banyak mungkin pengalaman berguna.

"Peluang berkongsi pentas dengan ramai penyanyi dunia bukan mudah. Di sebalik jenama penaja, saya hanya meletak fokus kepada peluang yang diberi.

"Lihat pada imej dan konsep nyanyian, tidak dinafikan ada pihak melempar dakwaan yang memang melangkaui imaginasi sendiri.

"Namun ingin saya tekankan, saya tidak pernah mengusik minuman itu dan tidak pernah pula terfikir akan melangkah jauh dari nilai budaya dan agama.

"Gadis Timur seperti saya masih tahu mana yang baik dan mana pula yang haram," akurnya sulit untuk memuaskan hati semua pihak.

Sejurus nama vokalis kumpulan Hujan, Noh pula terpacul dalam sesi sembang petang ini, ia meringankan sedikit rasa resah dan rungutan di jelita ini.

Namun meleret senyuman yang zahir pada wajahnya tidak bermakna menyembunyikan satu rasa bahagia di dalam jiwanya. Perlahan-lahan, Mizz Nina memujuk supaya tidak lagi menjadikan Noh sebagai subjek sinonim padanya.

"Kami berdua hanya kawan rapat dan hingga kini masih berkawan. Semuanya atas urusan kerja dan selebihnya kami banyak berkongsi cerita dan bertukar-tukar pandangan dalam menguatkan empayar kerjaya masing-masing.

"Tidak pernah saya mengakui akan hubungan istimewa terjalin antara kami, namun banyak pula pihak meletakkan frasa itu, seolah-olah ia sudah rasmi.

"Noh hanya teman dan laluan hidup kami masih jauh. Saya punya cita-cita dan masa depan yang perlu dikejar. Justeru, mustahil soal cinta pula yang saya ketengahkan. Biar masa menentukan hubungan kami," katanya yang sibuk mengumpul material baru untuk album solo keduanya selewat-lewatnya akhir tahun depan.

Lebih lima tahun nama Teh Tarik Crew terkubur. Hilang entah ke mana meskipun pernah memiliki tiga album, termasuk sebuah mini album. Tempiasnya, nama Mizz Nina turut tenggelam sama.

Bagaimanapun, kelibat penyanyi yang juga pemilik syarikat Mizz Nina & Co ini muncul kembali membawa satu fenomena yang sukar diendahkan. Album What You Waiting For menjadi pemangkin baru buatnya untuk terus menyelinap masuk ke pentas komersial tempatan kali keduanya.

Album 14 lagu yang berada di pasaran ini menampilkan bintang Amerika Syarikat, Colby O'Donis untuk berduet dengannya menerusi single pertama, What You Waiting For.

Muziknya berbeza, setiap satu elemen yang menghidupkan melodi kedengaran padat. Tiada rasa longgar dan kurang, Mizz Nina yakin album yang turut mendapat kerjasama terbitan daripada Uno dan Aj dari Pop Shuvit, Noh (Hujan), DJ Fuzz selain penerbit antarabangsa Sakke dari Belanda dan Koolade (Croatia).

Kolaborasi Mizz Nina dengan pencipta lagu pelbagai negara, lantas menyerlahkan nuansa muzik standard antarabangsa.

"Setahun lamanya saya menyiapkan album ini dan proses rakamannya dilakukan di Kuala Lumpur dan Los Angeles bagi mendapatkan rasa yang benar-benar menepati piawaian selera saya selaku penyanyi.

"Saya yakin, sekarang masa sesuai untuk muncul dengan album solo ini kerana saya bersedia untuk kembali mewarnai dunia seni suara.

"Setiap lagunya menceritakan pengalaman kehidupan yang sangat peribadi. Ia refleksi kisah cinta sesama manusia, cinta sesama manusia dan kuasa wanita seperti dalam lagu Srikandi bersama Mawar Berduri (Ahli Fiqir)," katanya.

CERAI DIHALALKAN WALAUPUN ALLAH BENCI...TAPI MOHON CERAI PADA SUAMI TIADA ALASAN SYARAK...ISTERI TAK BOLEH CIUM SYURGA TERMASUK YANG JADI BATU API...ATAU YANG MENGGALAK PENCERAIAN ITU

BILA MUNGKAR LEBIH BANYAK DARI YANG HAQ...

Premis tanpa papan tanda

Oleh AHMAD SAUFI MANSOR dan MOHD ZAIDI YA’ACOB

TAHAN...  antara gay yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti songsang di dua premis.
TAHAN... antara gay yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti songsang di dua premis.
MELAKA: Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar yang menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin.
Serbuan bermula kira-kira jam 9 malam itu dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.

Kegiatan dua buah kelab gay berkenaan terbongkar selepas pihak BPPA menerima aduan awam berhubung aktiviti mencurigakan di premis terbabit, dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.
Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat daripada keluarga pelajar sebuah IPT di negeri ini apabila mendakwa anak lelakinya berubah perangai hingga pelajarannya turut merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya, keluarga terbabit datang ke negeri ini untuk meninjau masalah anak lelakinya berusia awal 20-an, termasuk mengintip pergerakannya sebelum didapati mengunjungi kelab gay terbabit, menyebabkan mereka meminta bantuan BPPA untuk menanganinya.

“Berdasarkan aduan, kita menyerbu kedua-dua kelab gay terbabit secara berasingan dan memeriksa 30 lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an sebelum mereka dibebaskan selepas keterangan diri diambil untuk siasatan lanjut


“Pada masa serbuan, kita juga mendapati sepasang lelaki berusia 30-an dan 40-an dalam keadaan bogel melakukan hubungan sejenis di dalam bilik, dan mereka yang terkejut dengan serbuan kemudian diarah memakai baju.

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua kelab ini menjadi tumpuan lelaki, termasuk pelajar IPT, dipercayai untuk melampiaskan nafsu songsang kerana ketika diserbu, kebanyakan mereka hanya memakai tuala tetapi ada juga mandi dalam keadaan bogel dan berada dalam sauna yang terletak di bahagian atas,” katanya


Metro Ahad difahamkan, premis berkenaan dibuka setiap hari di mana bayaran masuk untuk ahli adalah RM15 pada hari biasa manakala RM20 pada hujung minggu, termasuk cuti umum, sementara bukan ahli perlu membayar RM18 (hari biasa) dan RM25 pada hujung minggu.

Shadan berkata, pihaknya yang mengakui terkejut dengan kewujudan pusat spa untuk golongan gay berkenaan turut menemui beberapa kondom yang digunakan di dalam bilik selain barangan lain seperti minyak serta losyen dipercayai untuk kegunaan aktiviti mereka.

Menurutnya, beberapa bilik dengan tilam disediakan di premis itu, tetapi pihaknya gagal mengenal pasti operasi sebenar kelab terbabit kerana semua lelaki yang diperiksa mendakwa mereka adalah pelanggan yang datang untuk beristirehat.

“Kita mendapati sebuah premis mempunyai lesen perniagaan, manakala sebuah lagi dalam proses memohon tetapi sudah memulakan operasi. Akibat itu, pihak BPPA meminta MBMB tidak meluluskannya selain menarik semula lesen berkenaan kerana dikesan melakukan aktiviti songsang.

“Malah, dua lelaki yang didapati melakukan perbuatan luar tabie juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 58 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau enam sebatan atau denda RM5,000 atau ketiga-tiga sekali.

“Kita juga meminta orang ramai tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati aktiviti mencurigakan supaya pemantauan selain tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya


Suami dah mati, isteri diburu along



NUSAJAYA: Malang sungguh nasib seorang wanita yang belum habis berkabung akibat kematian suami apabila datang pula ceti haram atau along membuat kacau ketika upacara menguruskan mayat di Taman Seri Yaacob, di sini, baru-baru ini.
Lebih menyeksakan, wanita itu kini hidup dalam ketakutan apabila diganggu sekumpulan along yang menuntut dia melunaskan baki pinjaman mendiang suaminya yang meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri, dua minggu lalu.

Tidak cukup menerima puluhan panggilan telefon daripada along terbabit, mangsa mendakwa pintu pagar rumahnya turut dipasang mangga oleh anggota sindiket berkenaan.
Ketika mayat mendiang suami masih di rumah mangsa dua minggu lalu, along berkenaan menemui wanita berusia lewat 40-an itu dan mengarahkannya melunaskan baki hutang tanpa menghormati upacara yang berjalan.

Mangsa bukan saja ketakutan akibat diancam along berkenaan, malah bimbang jika suaminya turut meminjam wang daripada beberapa along lain.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berhubung tindakan along yang mengganggu wanita terbabit

Wanita terbabit mendakwa dia diganggu along yang menuntut baki pinjaman oleh mendiang suaminya sebelum ini, menyebabkan dia dalam ketakutan dan tertekan.
“Siasatan awal mendapati mangsa kerap diganggu, namun tidak membabitkan kecederaan fizikal atau tindakan membaling cat pada rumah sebagai amaran,” katanya


Bakti terakhir seorang suami

Laporan dan foto KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN: “Kami sangat sedih dengan pemergian arwah, apatah lagi dia baru sebulan mendirikan rumah tangga,” kata Mohd Helmi Abdul Jalil, 25, adik kepada Mohd Hazrul, 26, yang lemas di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, tengah hari semalam.
Hazrul yang juga kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dikatakan tergelincir bersama isterinya, Nor Faridah Mamat Amin, 26, sebelum mereka dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari.

Mohd Helmi berkata, mangsa bertugas di Padang Rengas, Perak namun pulang bercuti di kampung mereka di Kampung Pulau Tamu, Pekan sebelum dijadualkan pergi menghadiri kursus di Terengganu pada minggu depan.
“Malam tadi (malam semalam), arwah tetap beria-ia mengajak kami pergi berkelah di kawasan perkelahan itu walaupun sebelum ini ibu (Zaidah Abdul Aziz, 55,) menegah kerana sekarang ini musim hujan.

“Ketika kejadian, saya dan ibu mandi di kawasan air cetek manakala arwah dan isterinya mandi di kawasan lebih dalam tidak berapa jauh dari kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Katanya, dia sempat melihat mangsa bersama isterinya tenggelam dan dihanyutkan arus deras sebelum mereka dinaikkan ke tebing dengan bantuan seorang pengunjung yang menghulurkan tali pancing kepada mereka.

“Lebih menyayat hati apabila arwah dikatakan cuba menyelamatkan isterinya daripada lemas dengan mengangkatnya ke permukaan air ketika mereka berdua tenggelam dan dihanyutkan arus.

“Selepas mereka dinaikkan, kami sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) selama kira-kira 30 minit kepada arwah, namun dia disahkan meninggal dunia ketika bantuan tiba,” katanya
Mohd Helmi berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Pekan untuk dikebumikan berdekatan kampung halamannya selepas bapa mereka, Abdul Jalil Hassan, 54, pulang dari Sarawak.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklafikasikan kes berkenaan sebagai mati lemas



Bercerai elak lebih parah


“Pasangan suami isteri itu perlu mengatur masa paling sesuai untuk sama-sama melakukan perbincangan atau rundingan berkaitan permasalahan dan rasa tidak puas hati yang berlaku antara kedua-dua pihak.

“Jika masih gagal menemui kata putus, mereka boleh merujuk perkara berkenaan kepada pakar kaunseling atau mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya
SEREMBAN: “Perceraian disifatkan jalan terakhir dan terbaik bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku seandainya pasangan berkenaan masih gagal dalam perbincangan atau rundingan,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.
Beliau mengulas penderitaan seorang suami malang yang menghadapi masalah rumah tangga apabila isterinya didakwa bermain kayu tiga dengan Awang Hitam sejak sekian lama.

Menurut Noor Aziah, setiap perkahwinan sememangnya akan mengalami keretakan jika wujud kehadiran pihak ketiga melalui jalinan hubungan intim sama ada oleh si suami atau isteri.
“Bagi kes ini, isteri lelaki berkenaan secara jelas masih mempunyai sikap sama iaitu menjalin hubungan dengan orang ketiga, sekali gus menimbulkan isu tidak setia di dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Kata Noor Aziah, perceraian adalah langkah terakhir dan terbaik bagi setiap pasangan jika tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman yang memungkinkan untuk mereka terus hidup bersama.

“Islam sememangnya membenarkan perceraian dan si suami mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak jika mendapati isterinya melakukan perkara yang disifatkan sebagai nusyuz.

“Dalam kes ini, jika masih tiada jalan penyelesaian, mereka berdua perlu berpisah atau bercerai bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku dan semakin berlarutan,” katanya.

Menurutnya, dia sebelum ini pernah berdepan kes seumpama itu dan rata-rata pasangan berkaitan bersetuju mengambil jalan penyelesaian melalui perceraian
“Walaupun si suami sudah merujuk atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, ia seolah-olah tidak bermakna kerana permasalahan sama masih berlaku berpunca daripada sikap tidak setia wanita terbabit.

“Keadaan itu menunjukkan wanita berkenaan sememangnya tidak mahu lagi hidup bersama lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam. Beliau berkata, setiap masalah bagaimanapun mempunyai jalan penyelesaian yang bergantung kepada setiap individu untuk melaksanakannya dan membuat keputusan akhir

BILA AGAMA TAK DIPENDULIKAN..HUKUM HARAM DILANGGAR SAKAN....ILMUAN ISLAM DAN MUFTI MEMBISU...HUKUM ALLAH ENTAH KEMANA...QURAN DITANDINGKAN BUKAN JADI PANDUAN HIDUP LAGI....MAKA KESANNYA ..SENDIRI TANGGUNG..AKHIRAT TERIMA PEMBALASAN...INGAT API ITU PANAS BUKANNYA SEJUK

Pesona cinta Afrika

Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD dan ISKANDAR SHAH MOHAMED

PORAK PERANDA... warga Afrika menggoda isteri Johan melalui SMS.
PORAK PERANDA... warga Afrika menggoda isteri Johan melalui SMS.
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi ‘racun’ dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.

Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, ‘selera’ isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas


Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya

Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

“Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

“Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri,” katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

“Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

“Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

“Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

“Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal,” katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

“Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

“Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

“Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya


Artis berparti Halloween



BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian


Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya


Dadah: Aktor kena cekup

Oleh SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafetamin.
Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu,” katanya, semalam


“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam

Kerjaya seni artis ini bermula sebagai anggota sebuah kumpulan pemuzik, namun hanya tampil dengan satu album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka.

MASA BAIK SEMUA OK...BILA DAH TAK OK...MACAM2 TIMBUL...YANG PENTING HALAL HARAM JAGA....JANGAN DAH TAHU HARAM...MAIN BELASAH AJE

Rita Rudaini Mahu Tuntut Nafkah Daripada Aidil

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,32, berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, selepas mendakwa lelaki itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, tuntutan itu mahu dibuat selepas meneliti tuduhan daripada Aidil yang menuntut Rita kembali taat kepadanya serta memohon hak penjagaan kekal anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun tiga bulan.
Kata Mohd Zaidi, perkara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana Rita bersedia untuk berbincang dengan Aidil bagi menyelesaikan kes melibatkan rumah tangga mereka itun secara baik.
“Anak guam saya menimbangkan untuk mengemukakan tuntutan itu kepada Aidil selepas melihat tuduhan yang dikemukakan oleh Aidil melalui mahkamah sebelum ini adalah tidak berasas,” katanya.
Pada 26 Oktober lalu Aidil Zafuan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan memfailkan permohonan sulh (perbincangan) di mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, termasuk menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah).
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Aidil juga menuntut perintah isteri taat (nusyuz) terhadap Rita.
Dalam mStar online 28 Oktober lalu, Aidil menafikan membuat tuntutan berkenaan sebaliknya kunjungan dia ke mahkamah untuk menangguhkan perintah tersebut yang dibuat ketika mereka menghadapi masalah rumah tangga pada Hari Raya Aidilfitri lalu.
Notis yang dikemukakan Aidil itu tidak diterima Rita kerana ia dipercayai dialamatkan di kampung wanita itu di Utan Aji, Kangar, Perlis.
Sementara itu Rita berkata dia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2 November lalu bersama peguamnya untuk mendapatkan notis tuntutan yang dikemukakan Aidil.
Notis itu turut menuntut Rita menghadiri majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember ini di mahkamah yang sama.
Kata Rita dia terkejut selepas mendapati Aidil membuat sepuluh tuntutan termasuklah memohon mendapatkan hak penjagaan kekal anak mereka serta memohon Rita kembali taat kepada suami.
Rita berpendapat jika Aidil membuat tuntutan sedemikian, ia bermakna suaminya itu sudah tidak menyayanginya lagi dan dia bersedia untuk diadili di mahkamah.
“Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu,” katanya yang sedang mengandung tiga bulan, anak kedua mereka.
Tindakan Aidil itu kata Rita amat memeranjatkan kerana hubungan mereka yang keruh sebelum ini sebenarnya telah kembali pulih dan dia tertanya-tanya apakah motif Aidil membuat tuntutan sedemikian.
Pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga lelaki yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan itu


Syarini Sedih Berpisah Dengan Anang
PASANGAN duet Syahrini dan Anang sering digosipkan sebagai pasangan kekasih. Namun kini pasangan itu dikatakan jarang sekali kelihatan bersama.
Menurut Syahrini, dia juga berasa sedih kerana jarang bersama Anang di mana-mana persembahan.
“Anang kini sibuk menguruskan anaknya Aurel. Anang mahu Aurel bakal mengikut jejak langkah ibunya menjadi diva popular satu hari nanti.
“Menang saya sedih dan sangat terasa sebab biasa kami berdua tetapi kini saya terpaksa melalui hidup sendiri,” ujar Syahrini.
Walaupun sukar menerima kenyataan itu, Syahrini tetap berusaha untuk terus berkarya dan bekerjasama dengan bekas suami Krisdayanti itu.
Tambah Syahrini, peminat Anang dan Syahrini juga ada memberitahu bahawa mereka kecewa dengan perkembangan ini

Friday, November 5, 2010

DIDUNIA PENUH DENGAN UJIAN...SABARLAH...RAPATLAH DENGAN ALLAH SERTA MOHON PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGNYA

'Nenek marah lambat solat'

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.
Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.

Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.
Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.

“Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.

“Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.

“Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya,” katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. “Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.

“Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya

Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.

Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.

Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.

Moyang yang manja dengan panggilan ‘Mama’ itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

“Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.

“Pling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.

“Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga,” katanya


'Bas ni terlalu laju...aku seram'

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.
MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.
PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.
Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.

Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.

Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.

“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan

“Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.

Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam



Sedih namun reda kehilangan tunang



KUANTAN: “Saya sedih kerana kehilangan tunang yang baik serta disenangi keluarga namun terpaksa reda dan menerima hakikat dengan kejadian terbabit,” kata Nurul Hana Abu Hassan, 25, tunang kepada Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, yang terbunuh selepas bas Transnasional dinaikinya terjunam dalam tali air, di Jalan Pekan-Nenasi, kelmarin.
Menurut Nurul Hana, keluarganya sepatutnya berbincang dengan keluarga arwah pada 13 November ini untuk menetapkan tarikh perkahwinan namun hasrat untuk bergelar raja sehari tidak kesampaian apabila tunangnya pergi buat selama-lamanya.

“Saya mendapat tahu berhubung tragedi menyedihkan itu melalui ibu yang menerima panggilan kecemasan daripada keluarga tunang saya pada jam 10 malam tadi (kelmarin) sebelum bergegas ke Kuantan dari Muar.
“Sepanjang perjalanan ke Kuantan, saya tidak dapat memikirkan apa-apa kecuali berharap tunang saya selamat walaupun sudah diberitahu bahawa lelaki yang disayangi dan dicintai itu sudah pulang ke rahmatullah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, dia menerima khidmat pesanan ringkas daripada tunangnya mengatakan akan pulang ke Kuantan selepas tamat berkursus namun tidak menunjukkan sebarang petanda pelik

'Tak pernah-pernah'

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.
TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.
ALOR SETAR: “Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.
Menurutnya, ketika keluar dari rumahnya ke pusat bandar raya untuk membeli keperluan rumah kira-kira jam 7 malam semalam, keadaan jalan dari Hutan Kampung ke Alor Setar masih seperti biasa sedangkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Langgar teruk dilanda banjir selain beberapa kawasan bersebelahan Sungai Kedah di Alor Setar.

“Bagaimanapun, air meningkat mendadak di Hutan Kampung dan Jalan Langgar sejak awal pagi tadi (semalam) menyebabkan sebahagian besar jalan utama di Hutan Kampung ditenggelami air.
“Keadaan air juga dilaporkan agak tinggi di Kepala Batas berpunca dari banjir yang sudah surut di Bukit Pinang mengalir ke Hutan Kampung dan Kepala Batas,” katanya.

Peniaga, Tolha Ahmad, 49, pula bimbang barangan persediaan perkahwinan anaknya dua minggu lagi musnah apabila rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung dilanda banjir.

“Saya hanya mendapat tahu rumah kami dimasuki air pagi ini (semalam) apabila dihubungi jiran ketika saya berada di rumah seorang lagi anak di Kuala Kedah sejak dua hari lalu,” katanya


Menurutnya, dia bergegas pulang bersama dua anaknya untuk menyelamatkan barangan dalam rumah termasuk peralatan perkahwinan anak ketiganya yang akan berlangsung dua minggu lagi.



Minta siasat individu berpengaruh didakwa terbabit kes Sosilawati



KLANG: “Jangan kerana dia individu berpengaruh, pihak berkuasa tidak mahu menyiasatnya. Saya ada bukti mengaitkannya dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya,” kata Ahli Parlimen Kapar, S Manikawasagam, ketika ditemui di pejabatnya di Kapar, dekat sini, semalam.
Beliau mendakwa, individu itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan adiknya bekerjasama dengan tertuduh pertama kes pembunuhan Sosilawati, peguam, N Pathmanabhan dalam urusan menukar hak milik tiga bidang tanah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang membabitkan nilai RM30 juta tanpa pengetahuan pemilik asal tanah berkenaan.

Menurutnya, status tanah itu dipindah milik atas nama Ample Quality Sdn Bhd dengan adiknya yang berusia 33 tahun dan Pathmanabhan bertindak sebagai pengarah syarikat itu.
“Kemungkinan banyak pihak terbabit dalam kes itu. Saya harap polis dapat siasat segera bagi mengelak timbul spekulasi,” katanya.

Manikavasagam mendakwa turut mempunyai beberapa dokumen yang mengaitkan penukaran hak milik tanah di Batu Ferringhi itu dilakukan secara tidak sah.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Ogos lalu

Pathmanabhan, 41, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, bersama T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20 dan R Kathavarayan, 30, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mereka turut didakwa membunuh Kamaruddin Shansudin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32


Amarah suami

Oleh Hadzlihady Hassan

AMPANG: Hanya kerana menolak ajakan untuk tidur bersama, seorang isteri bergaduh dengan suaminya sebelum lelaki itu yang berang kerana anak perempuannya turut mencampuri urusan rumah tangga mereka mengambil pisau dan mahu menikamnya dalam kejadian di Taman Cempaka, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an pada mulanya dikatakan berang dengan sikap isteri yang menolak ajakan untuk tidur bersama.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit beberapa kali mengajak isterinya yang berusia lingkungan 40-an itu untuk tidur bersama namun tidak dilayan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
“Lelaki itu beberapa kali mengetuk pintu bilik yang dikunci isterinya, namun wanita berkenaan enggan melayan sebelum memberikan tilam kepada suaminya itu untuk tidur di ruang tamu.

“Dia yang berang dengan tindakan isterinya itu kemudian sekali lagi mengetuk pintu dengan kuat. Ini membuatkan anaknya yang tidur di bilik bersebelahan keluar untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang berusia 18 tahun itu kemudian melihat bapanya dengan perasaan tidak puas hati membuatkan lelaki terbabit bertambah berang

“Tanpa sepatah kata, lelaki itu terus menghampiri anaknya dan menampar muka remaja terbabit sebelum memarahinya.

“Dia juga meminta anaknya itu supaya tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya dan meminta remaja terbabit masuk tidur,” katanya

Sumber berkata, mendengar kekecohan itu, isterinya keluar dan cuba menghalang lelaki terbabit daripada terus memukul anak mereka.

“Namun, lelaki itu menjadi marah sebelum meluru ke dapur dan mengambil pisau dan mengacukan ke arah anaknya.

“Remaja terbabit yang takut melihat kelakuan bapanya itu melarikan diri dan bersembunyi dalam bilik sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang tiba di rumah itu menasihatkan anaknya membuat laporan sebelum lelaki terbabit ditahan untuk siasatan.

“Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan polis turut merampas pisau digunakan ketika mengugut untuk mencederakan anaknya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri berkenaan memang mempunyai masalah rumah tangga mereka sejak setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat remaja terbabit



Penuntut kolej jururawat hilang



IPOH: “Saya merayu kepada sesiapa yang menemui atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Balqis Azman, 18, (gambar) hubungi saya segera.
“Saya tidak dapat tidur lena memikirkan keselamatan dirinya sejak dia hilang,” kata Noorlela Abd Rahman, 37, ibu kepada Balqis, penuntut sebuah kolej kejururawatan di sini yang dilaporkan hilang sejak 30 September lalu selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping.

Lebih membimbangkan, Noorlela berkata, dia dan suaminya, Azman Sulaiman hanya menyedari kehilangan anaknya itu pada 4 Oktober lalu ketika mahu mengambilnya di tempat praktikal di Kawasan Perindustrian IGB di Taiping.
“Saya mula tidak sedap hati apabila dimaklumkan pihak pengurusan kampus kolejnya itu bahawa Balqis sudah pulang ke rumah dari Taiping pada 30 September.

“Namun, sejak menghantarnya ke rumah sewa yang diuruskan pengurusan kolejnya di Kampung Boyan, Taiping pada 13 September, Balqis tidak pernah pulang ke rumah kami di Kampung Kepayang, Fair Park dekat sini,” katanya di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di sini, semalam. Sehubungan itu, Noorlela merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya menghubunginya di talian 014-2527050 atau suaminya, 012-5894347



Lagi bakal pengantin lesap

Oleh Rahmat Othman

POKOK SENA: “Semua kelengkapan perkahwinan termasuk bunga telur, pakaian dan kad jemputan sudah disiapkan, manakala wang hantaran RM8,284 juga sudah diterima daripada pihak lelaki, tetapi anak saya hilang entah ke mana,” kata Zaiton Abdul Halim, 58, ibu Siti Sakinah Ismail, 25, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Pegawai, di sini kira-kira jam 7 pagi, Sabtu lalu.
Siti Sakinah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kuari bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November depan dengan Helmi Afendi Aris, 24, dari Kuala Sanglang, Perlis, selepas mengikat tali pertunangan kira-kira seminggu sebelum Ramadan lalu.

Zaiton berkata, ketika keluar bekerja, Siti Sakinah memandu kereta Perodua Viva warna merah hati miliknya menggunakan nombor pendaftaran KCB 7249.
“Kami menyedari kehilangan Siti Sakinah apabila pengurusnya menghubungi kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara itu sedangkan Siti Sakinah keluar seperti biasa dengan memakai baju kurung biru dan tudung merah.

“Kami sekeluarga bimbang mengenai keadaannya kerana dia turut memakai barangan kemas selain keretanya juga tidak ditemui,” katanya ditemui di sini, semalam

Menurutnya, anaknya itu sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan tiada sebarang perselisihan antara mereka sekeluarga.

“Dia juga tidak menunjukkan tanda membantah calon suami pilihan keluarga itu,” katanya

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Sakinah diminta menghubungi talian 019-4649104 atau 019-4783421 atau balai polis terdekat.


Rita tertekan isu saman

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu secara terperinci perjanjian antara ibu dengan mereka. Lebih merumitkan keadaan urusan itu dikendalikan peguam ibu, (Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim).”
Itu komen Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya terhadap saman dikemukakan dua ahli perniagaan terhadap syarikatnya, Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd (Nouvelle Beauty).

Saman difailkan pada 5 Ogos lalu mendakwa Nouvelle Beauty melanggar perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, apa yang diketahuinya, plaintif memang berminat membeli tanah itu dan pada mulanya Allahyarham ibunya hendak menjual, tetapi menarik balik hasrat itu serta mahu memulangkan semula wang.
“Semua proses itu dikendalikan Ahmad Kamil dan Allahyarham sepatutnya berjumpa mereka (plaintif) untuk menyelesaikan, namun selepas itu dia hilang bersama ibu,” katanya yang dihubungi, semalam.

Rita, 25, berkata, tindakan saman dua ahli perniagaan itu mengejutkan dia serta menyebabkan keadaannya sekarang agak tertekan.

“Saya cuba bersabar dan anggap ia satu lagi dugaan selepas kehilangan orang tersayang dalam keadaan mengejut. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang memahami masalah kami,” katanya

Nouvelle Beauty dalam satu kenyataan berasingan pula berkata, pihaknya melantik peguam untuk meneliti dakwaan terbabit. “Peguam diarahkan untuk mempertikaikan dakwaan seperti dinyatakan di dalam saman itu di mahkamah,” kata kenyataan itu.

Khamis lalu akhbar melaporkan saman itu difailkan pada 5 Ogos lalu iaitu 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dilaporkan hilang dan kemudian disahkan dibunuh mati bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, pada 30 Ogos lalu

Plaintif, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan dalam saman mereka yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 5 Ogos lalu.

Peguam SH Tang hadir mewakili kedua-dua individu itu, namun Nouvelle Beauty tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Disember depan mendengar permohonan Low dan Lim bagi memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty selepas syarikat itu gagal memfailkan afidavit balasan selepas 14 hari saman dikemukakan.

Berdasarkan surat tawaran yang dipersetujui dan ditandatangani wakil Nouvelle Beauty pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual tanah seluas 144.9 meter persegi bersama dengan kedai dan pejabat empat tingkat di tanah milik syarikat itu pada harga RM3 juta.

Plaintif mendakwa membayar RM60,000 ketika surat tawaran jual beli itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 dibayar ketika Perjanjian Jual Beli ditandatangani manakala selebihnya dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.

Mereka memohon perintah mahkamah supaya Nouvelle Beauty meneruskan pelaksanaan perjanjian jual beli hartanah itu, selain perintah injunksi bagi menghalang Nouvelle Beauty daripada melupuskan hartanah itu kepada orang lain selain daripada plaintif.

Mereka mendakwa terma dan syarat dalam draf perjanjian jual beli sudah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April 2010.

Dalam afidavit itu mereka mendakwa selepas sebulan surat itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguam caranya bertarikh 30 April 2010 memaklumkan tidak berniat meneruskan transaksi jual beli itu.

Plaintif mendakwa, melalui surat bertarikh 3 Mei, Nouvelle Beauty terikat dengan terma dalam perjanjian jual beli hartanah.

Pada 25 Mei 2010, Nouvelle Beauty memulangkan surat perjanjian jual beli, suratcara pindah milik, borang permohonan kebenaran pindah milik serta cek RM240,000, tetapi gagal membayar balik wang deposit RM60,000.

MUNGKIN MUZIK MELALAIKAN...NYANYIAN DARI SUARA WANITA...TAK TUTUP AURAT DAN BERCAMPUR GAUL BEBAS...APA KOMEN MUFTI2

BAGAIMANA P.RAMLEE DALAM KUBUR....MEREKA MELAKUKAN PERKARA YANG BERTENTANG AGAMA...BERHIBUR TAK IKUT KAEDAH ISLAM...

Satu Indiepretasi: Penghormatan 20 Pemuzik Indie Untuk P. Ramlee

20 pemuzik bebas bergagung tenaga dan kreativiti mengangkat lagu-lagu P. Ramlee menerusi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. - Foto The Star oleh UU BAN
KUALA LUMPUR: Selepas penyanyi Datuk Sheila Majid dan Liza Hanim pernah tampil dengan projek khas yang mengangkat lagu-lagu Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebelum ini, kini 20 pemuzik bebas tempatan pula bergabung tenaga dan kreativiti bagi menjayakan projek P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.
Projek yang memberikan nafas baru kepada 18 lagu popular seniman agung itu dicetuskan oleh stesen radio XFM dengan kerjasama Era fm, Sinar fm dan THR Gegar dengan membariskan pemuzik dan penyanyi generasi muda seperti Azlan & The Typewriter, Yuna, One Buck Short, Sevencollar T-Shirt, Monoloque, Hujan, Meet Uncle Hussain & Hazama, Altimet dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Program XFM, Adly Syairi Ramly, projek tersebut dicetuskan oleh pemuzik-pemuzik bebas yang berhasrat untuk menerbitkan lagu-lagu P. Ramlee mengikut susunan dan sentuhan segar berseuaian dengan perkembangan muzik hari ini.
Gabungan pemuzik indie ini adalah bertepatan dengan tema dan konsep stesen radio XFM sendiri yang mengangkat muzik Malaysia oleh anak-anak seni tempatan.
"Usaha ini diusulkan oleh pemuzik-pemuzik indie itu sendiri. Apabila mereka berhasrat untuk memberikan nafas baru kepada lagu-lagu P. Ramlee, sudah tentu kami menyambut baik usaha itu kerana ia boleh disiarkan di stesen XFM dan bersesuaian dengan konsep stesen radio kami.
"Pada awalnya, lagu-lagu nafas baru ini adalah untuk diputarkan di stesen radio XFM saja. Bagaimanapun, ia mendapat sambutan baik daripada pihak Astro. Bermula daripada situ, perancangan ini berkembang menjadi satu projek besar yang turut melibatkan tiga lagi stesen radio lain iaitu Era fm, Sinar fm dan THR Gegar," katanya.
Pengurus Program XFM, Adly Syairi Ramly
Mengulas tentang kemungkinan wujudnya pertikaian daripada peminat muzik yang menyifatkan usaha pemuzik ini akan merosakkan keaslian karya seniman agung itu, Adly berkata, usaha ini bukanlah bertujuan untuk mencemarkan keindahan lagu-lagu P. Ramlee. Sebaliknya ia adalah penterjemahan generasi muda hari ini dalam memartabatkan karya-karya Allahyarham mengikut cara mereka dan peredaran muzik semasa.
"Saya yakin usaha mereka (pemuzik indie) menyuntik nafas baru pada lagu-lagu P. Ramlee ini boleh diterima baik oleh semua golongan. Buktinya, sejak lagu-lagu ini diputarkan di empat stesen radio yang berlainan sasaran audiensnya ini kami mendapat respons yang baik daripada pendengar.
"Kalau ada yang mendakwa usaha ini mencemarkan keaslian lagu-lagu Allahyarham dan tidak boleh diterima oleh pendengar dewasa ternyata dakwaan itu tidak tepat. Lagu-lagu ini juga dimainkan di stesen radio Sinar fm, di mana majoriti pendengarnya adalah golongan dewasa. Setakat ini kami mendapat respons baik daripada pendengar," katanya.
Memandangkan album kompilasi ini diterbitkan dalam bentuk digital secara muat turun, Adly turut ditanya jika pihaknya mempunyai perancangan untuk menerbitkan album tersebut dalam format fizikal.
Yuna memberikan sentuhan baru pada lagu Gelora Jiwa yang dipetik daripada filem Anjuran Nasib (1952).
Jelas Adly, sebagai langkah permulaan album kompilasi itu akan dijual secara digital, bersesuaian dengan trend pasaran album pada hari ini. Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkan album itu dalam bentuk fizikal selepas ini.
"Seiring dengan perkembangan era muzik digital pada hari ini, album kompilasi ini boleh dibeli secara muat turun dengan melayari laman sesawang xfm.com.my. Bertepatan dengan sasaran kami untuk mempromosikan lagu-lagu P. Ramlee di kalangan golongan muda jadi pasaran secara digital adalah bertepatan dengan trend hari ini.
"Bagaimanapun, kami juga merancang untuk mengeluarkan album ini dalam bentuk fizikal di masa akan datang. Cuma buat masa ini, kita tidak pasti bila dan ia bergantung kepada sambutan masyarakat terhadap projek ini," katanya.
Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee.
Projek yang julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada usaha santai stesen radio itu bagi menyokong kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti oleh Astro sepanjang Oktober



Lagu P. Ramlee Nafas Baru Boleh Diterima Tetapi Hilang Penjiwaan - Rosnani Jamil

Datin Rosnani Jamil
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Seniwati Datin Rosnani Jamil, 75, atau mesra disapa Mak Nani menyambut baik usaha pemuzik dan penyanyi bebas yang memberikan nafas baru kepada lagu-lagu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dalam album kompilasi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.
Menurut Mak Nani yang ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi tersebut, baru-baru ini, walaupun lagu-lagu popular Allahyarham itu dipersembahkan dalam susunan yang baru, rancak dan bertenaga, ia masih boleh diterima dan dinikmati oleh generasi lama sepertinya.
"Walaupun saya sudah tua tapi minat terhadap muzik tidak pernah pudar. Pembaharuan yang ditampilkan oleh pemuzik-pemuzik generasi baru ini masih boleh didengar dan diterima walaupun saya tak nafikan ia agak rancak dan bertenaga.
"Usaha mereka dalam memartabatkan lagu-lagu P. Ramlee untuk dikongsi dengan generasi pendengar pada hari ini adalah satu tindakan yang baik dan harus disokong," katanya.
Bagaimanapun, tambah Mak Nani, sentuhan asal pada sesebuah lagu P. Ramlee itu tidak boleh digubah atau dibuang sepenuhnya kerana ia hanya akan menghilangkan penjiwaan dan keaslian lagu tersebut.
"Memang saya dan Datuk Jamil boleh terima dan dengar lagu-lagu nafas baru ini tetapi bagi saya keaslian dan sentuhan asalnya tidak boleh dibuang sepenuhnya kerana penjiwaan sesebuah lagu itu akan hilang jika terlalu banyak pengubahan dilakukan.
"Sebaiknya, kalau hendak gubah atau beri sentuhan baru pada mana-mana lagu lama pun, elemen dan ciri asli lagu itu mesti dikekalkan untuk memelihara identiti dan keasliannya," katanya.
Pada majlis yang sama, Mak Nani turut ditemani oleh pengarah dan penulis veteran Datuk Jamil Sulong yang diundang sebagai penghormatan kepada dua bintang veteran yang seangkatan dengan P. Ramlee.
Jamil merupakan penulis lirik bagi 40 buah lagu ciptaan Allahyarham termasuklah lagu Tiada Kata Secantik Bahasa yang turut termuat dalam album kompilasi tersebut.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk Jeritan Batinku (oleh Azlan & The Typewriter dan AG & Co), Gelora Jiwa (Yuna), Tiada Kata Secantik Bahasa (Monoloque), Bunyi Gitar (Subculture), Ya Habibi Ali Baba (Meet Uncle Hussain & Hazama), Itulah Sayang (The Ramlees) dan banyak lagi.
Album kompilasi yang melibatkan 20 pemuzik bebas tempatan ini kini boleh dimiliki dengan melayari laman sesawang xfm.com.my untuk pembelian secara digital.
Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee

BELUM TAKDIR..SATU TELAH DITAKDIR....SEMUA DALAM KEKUASAAN...KITA HANYA DIBERI KEMAMPUAN OLEH ALLAH SETAKAT KEHENDAK ALLAH SAJA.

DUNIA


Gunung Merapi mengganas


GAMBAR menunjukkan satu mayat diliputi debu dari Gunung Merapi bergelimpangan di sebatang jalan di Argomulyo,Yogyakarta semalam.


YOGYAKARTA - Angka korban Gunung Merapi di Pulau Jawa, Indonesia melepasi angka 122 orang manakala berpuluh-puluh lagi sesak nafas dan melecur selepas ia meletus semalam, kata beberapa pegawai.
Letusan kuat pada tengah malam Khamis lalu adalah enam kali ganda lebih kuat daripada letusan pertama pada 26 Oktober lalu dengan angka kematian keseluruhan setakat ini 122 orang.
Semalam, lebih 70 orang terbunuh selepas Gunung Merapi mengganas dengan menghamburkan awan panas.
Sebahagian mangsa terbaru yang mati itu ditemui anggota penyelamat sedang tidur dan bercakap menggunakan telefon.
Gunung Merapi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sini adalah gunung berapi paling aktif di Indonesia dan ia menghamburkan awan setinggi 8,000 meter.
Jurucakap Hospital Sarjito, Banu Hermawan berkata: "Kami khuatir angka kematian akan terus meningkat kerana terdapat beberapa lokasi yang masih belum dapat dilawati kerana abu panas dan bahang gunung berapi."
Kebanyakan mangsa yang mati adalah kanak-kanak dari Kampung Argomulyo yang terletak sekitar 18 kilometer dari kawah gunung berkenaan.
Letusan semalam dan kelmarin turut mengeluarkan awan panas yang menyebabkan sejumlah rumah di zon bahaya musnah.
Di Brongang iaitu kira-kira 15 kilometer dari kawah Gunung Merapi, askar-askar mengeluarkan sejumlah mayat dari rumah-rumah yang hangus dilitupi abu setebal lima sentimeter sebelum mengumpulkannya di atas beberapa buah trak.
Berpuluh-puluh mangsa yang cedera dibawa keluar dengan menggunakan pengusung.
Keadaan mereka sangat mengerikan dengan baju dan selimut hangus melekat pada kulit selepas dibakar awan panas dikenali sebagai awan piroklas dengan suhu setinggi 750 darjah Celsius yang membakar paru-paru manusia.
Seorang penduduk kampung, Niti Raharjo, 47, yang dirawat di hospital kerana melecur di kaki berkata, dia bangun dan menghidupkan enjin motosikal untuk melarikan diri bersama anak lelakinya selepas mereka dikejutkan oleh gegaran kuat semasa sedang tidur pada tengah malam kelmarin.
"Kami diselubungi hawa panas dan terdapat asap putih di merata-rata tempat. Saya melihat orang ramai bertempiaran lari manakala beberapa wanita pengsan akibat terlalu takut," ceritanya.
Gunung Merapi kerap meletus sepanjang abad lepas.
Pada tahun 1994, 60 orang terbunuh dalam tempoh beberapa hari manakala pada 1930, 12 penduduk kampung terbakar hangus dengan kematian keseluruhan mencecah 1,300 orang.

WAJAH beberapa penduduk sekitar Gunung Merapi dipenuhi dengan debu semasa mereka melarikan diri di Klaten awal pagi semalam.


Bahaya paling dahsyat adalah awan piroklas yang bergerak di cerun selatan Gunung Merapi sejurus sebelum tengah malam semalam pada kelajuan 100 kilometer sejam.
Haba panas yang dibawa awan itu seperti pembunuh senyap yang meragut nyawa penduduk kampung ketika mereka sedang nyenyak tidur.
"Saya menemui tiga mayat iaitu seorang kanak-kanak dan bapanya yang masih terbaring di katil mereka. Mereka sedang tidur apabila awan panas melanda rumah mereka," kata seorang anggota penyelamat, Utha.
Dia menghantar 10 mayat ke sebuah hospital di sini.
"Mayat-mayat mereka melecur teruk. Kami turut menemui satu mayat seorang lelaki yang masih memegang gagang telefon," tambahnya lagi.
Setiap kali meletus, Gunung Merapi mengeluarkan abu yang melitupi setiap benda termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Abu Gunung Merapi melitupi kawasan sejauh 30 kilometer dan menghalang sinaran matahari sekali gus memaksa para pemandu memasang lampu kenderaan mereka pada waktu siang.
Seorang ahli vulkanologi yang mengkaji Gunung Merapi selama beberapa tahun berkata, beliau kini keliru untuk meramalkan aktiviti gunung berkenaan yang seterusnya.
Menurutnya, beliau tidak pernah melihat gunung berapi setinggi 2,914 meter itu begitu aktif seperti yang berlaku sekarang. - Agensi


DUNIA


Gambar manusia pertama di dunia


GAMBAR rakaman Louis Daguerre menunjukkan seorang budak sedang mengilat kasut (dalam bulatan) pelanggannya di Boulevard du Temple di Paris, Perancis pada 1838.


PARIS - Gambar hitam putih yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang mengilat kasut pelanggannya di Perancis dipercayai merupakan gambar fotografi menunjukkan aksi manusia pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar tersebut dirakamkan oleh perintis dunia fotografi, Louis Daguerre pada tahun 1838 di Boulevard du Temple di Paris, Perancis.
Ia diketahui wujud sejak lama dahulu tetapi mencetuskan minat di Internet baru-baru ini selepas beberapa ahli akademik dari Universiti Rochester mendakwa gambar fotografi manusia pertama dirakamkan di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS) pada 1848.
Daguerre merakamkan gambar di Paris itu dengan menggunakan teknik daguerreotype (sempena namanya) yang memerlukaan pendedahan selama beberapa minit untuk membentuk imej di atas satu kepingan perak.
Kawasan Boulevard du Temple itu sibuk dengan orang ramai.
Namun, dalam gambar itu cuma terdapat seorang lelaki dan pengilat kasut.
Keadaan itu berlaku kerana budak pengilat kasut dan lelaki berkenaan di kawasan itu yang tidak bergerak untuk jangka masa agak lama sekali gus membolehkan imej mereka tertera pada gambar itu.
Imej lelaki tersebut dikesan oleh seorang penulis blog, Gig Thurmond dalam blognya, The Hokumburg Goombah, yang mendakwa gambar itu adalah gambar fotografi pertama di dunia yang menunjukkan aksi manusia. - Agensi




DUNIA


Kapten pesawat Qantas A380 dapat pujian




SYDNEY - Juruterbang pesawat Airbus A380 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura akibat kerosakan satu enjin pesawat itu menerima pujian ekoran kemampuannya mengendalikan pendaratan tanpa berlaku sebarang kemalangan jiwa.
Juruterbang kelahiran Australia, Richard Champion de Crespigny (gambar) berjaya mendaratkan pesawat yang membawa 459 orang dengan hanya mengalami kerosakan pada salah satu sayapnya.
Para penumpang memuji cara de Crespigny, 53, yang memiliki pengalaman selama 35 tahun dalam penerbangan, menenangkan mereka menerusi pemberitahuan melalui alat Intercom dalam pesawat Airbus ketika saat cemas itu berlaku.
"Saya memohon maaf. Saya pasti anda sedar bahawa enjin kedua pesawat mengalami masalah teknikal. Anda juga pasti tahu bahawa kita tidak akan meneruskan perjalanan ke Sydney.
"Buat masa sekarang, pesawat terbang dalam keadaan selamat. Terima kasih di atas kesabaran anda," kata de Crespigny menerusi rakaman mengenai insiden yang disiarkan di Internet.
"Kapten dan krewnya sangat hebat," kata seorang penumpang, Simon Johnson yang memberitahu para penumpang tidak berasa panik tetapi mengaku kecut perut apabila terdengar bunyi yang kuat dari dalam pesawat.
Isteri juruterbang itu, Coral Champion de Crespigny menyatakan, dia tidak terkejut dengan sikap tenang Richard ketika berdepan dengan situasi sebegitu.
"Saya boleh katakan bahawa para penumpang sangat bertuah kerana Richard yang menjadi juruterbang mereka," katanya kepada akhbar The Australian. - AFP


DUNIA


68 maut pesawat Cuba terhempas


BEBERAPA penduduk dan anggota penyelamat melihat pesawat Aerocaribbean yang terbakar dekat Kampung Guasimal di wilayah Santi Spiritus, Cuba, kelmarin.


HAVANA, Cuba - Sebuah pesawat yang membawa seramai 68 orang penumpang dan anak kapal dari Cuba, Eropah dan Amerika Latin terhempas dan terbakar di sebuah kawasan pergunungan kelmarin.
Pesawat itu terhempas selepas ia melaporkan isyarat kecemasan serta terputus hubungan dengan pihak pengawal trafik udara.
Insiden yang melibatkan pesawat AeroCaribbean penerbangan 883 itu menyebabkan semua penumpang termasuk tujuh krew maut.
Ia dalam perjalanan dari bandar Santiago de Cuba menuju ke Havana.
Pesawat malang itu terhempas berhampiran Kampung Guasimal di wilayah Santi Spiritus.
Pihak berkuasa menghantar sekumpulan doktor dan pekerja kecemasan ke kawasan pedalaman itu yang terletak 350 kilometer timur Havana.
Punca kejadian masih disiasat.
Pesawat itu merupakan yang terakhir meninggalkan Santiago de Cuba berikutan ribut tropika Tomas.
Insiden terakhir kapal terbang terhempas di pulau itu ialah pada Mac 2002. - AP



DUNIA


Selamat selepas telan gunting


GAMBAR X-ray menunjukkan gunting dalam kerongkong Curtis Francis.


BRISTOL - Doktor-doktor terkejut apabila seorang budak lelaki di Britain, Curtis Francis cuma mengalami luka ringan selepas dia menelan sebilah gunting, lapor sebuah akhbar semalam.
Francis, 12, yang mengalami cacat mental menelan gunting tajam itu bermula dari bahagian tangkal semasa ibunya leka baru-baru ini.
Namun, dia bernasib baik kerana salur pernafasannya tidak tersumbat.
Francis dibawa ke sebuah hospital di sini selepas ibunya melihat dia memuntahkan darah manakala beberapa doktor kemudian mengeluarkan gunting itu.
"Ketika ambulans tiba, saya dan anak lelaki saya menangis. Saya amat bimbang apabila kami tiba di hospital dan diberitahu bahawa anak saya tertelan gunting," kata ibunya, Karon Edwards. - Agensi



DUNIA


Orang tua dari Hong Kong jadi pemuda di Kanada


TOPENG muka yang dipakai pemuda dari Hong Kong.


VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia ditahan pada 29 Oktober lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.
Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong.
"Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.
"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an."
Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada.

WAJAH sebenar pemuda yang memakai topeng.


Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain.
Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat.
Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu. - Agensi 

KEBESARAN ALLAH...KETENTUAN ALLAH....KEAJAIBAN QURAN...DALAM MUSIBAH BUANG ANAK...ZINA ENTAH BERAPA KALI....INILAH JIKA HUKUM ALLAH DIABAIKAN OLEH MANUSIA ISLAM YANG MENGATAKAN MEMPERJUANG AGAMA ISLAM...SLOGAN MENGARUT...

NEGARA


Sengatan maut tebuan tanah


DI teratak inilah Halimah dikatakan telah keluar untuk ke rumah iparnya sebelum dilaporkan hilang Ahad lalu.


KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah.
Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya.
Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan.
Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, siasatan awal mendapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Kami sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa.
“Bagaimanapun pagi tadi, (semalam) kami berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak,” katanya ketika ditemui semalam.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat


NEGARA


Letusan Merapi paling dahsyat


para penunggang motosikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam.


JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.
Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.
Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.
Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas



NEGARA


Kedah kritikal, Perlis mula surut


SEORANG peniaga, Zurinah Ali (kiri) melayan pelanggan dikedainya yang dilimpahi banjir di Sungai Baru Gunung, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Keadaan banjir di Kedah semakin kritikal apabila jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 39,783 orang berbanding 28,569 orang semalam manakala keadaan di Perlis semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 11,965 orang daripada 15,027 orang semalam.
Di Kedah, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat di tiga daerah utama iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.
Bagi daerah Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang manakala daerah Kota Setar seramai 16,436 orang dan Pendang pula 244 orang.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara memberitahu, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 100 pusat pemindahan banjir dibuka dan daripada jumlah itu 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini semalam mendapati, semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air manakala beberapa kawasan perumahan berhadapan masalah gangguan bekalan air.
Dalam pada itu, banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu turut memberi kesan terhadap perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini apabila 55 pesakit kritikal terpaksa dipindahkan ke lima buah hospital di daerah lain setelah hospital itu mengalami gangguan bekalan air


NEGARA


Janin dibuang depan hotel


ANGGOTA polis melihat bungkusan berwarna kuning yang mengandungi janin yang masih bertali pusat di tempat letak kereta di hadapan Hotel Sentosa Regency, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Angkara manusia tidak berperikemanusiaan, satu janin yang masih bertali pusat dan beruri ditemui dalam satu bungkusan di hadapan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini semalam.
Bungkusan yang diletakkan di atas rumput dekat tempat letak kereta itu dijumpai dua pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Menurut seorang pekerja hotel itu, Nor Hamidah Che Long, 30-an berkata, hanya kawasan tempat letak kereta itu sahaja yang belum dinaiki air banjir yang menyebabkan dia terpandang bungkusan tersebut.
"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu saya ajak kawan saya, Saidatul Zainuddin, 32, untuk melihat kandungan beg plastik berwarna kuning tersebut.
"Bila saya buka bungkusan itu, saya nampak janin yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan tersebut dipenuhi darah," ceritanya di sini semalam



NEGARA


Maut sebelum sempat tegur pemandu


ORANG ramai melihat keadaan sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam sebatang tali air hingga menyebabkan Ismail Natayuddin maut di Pekan semalam.


PEKAN – Niat seorang lelaki untuk menegur sikap pemandu yang memandu sebuah bas ekspres dengan laju tidak kesampaian apabila kenderaan itu terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang di sini sehingga mengorbankan nyawanya.
Kejadian pukul 8.15 malam di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi di sini itu mengakibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik Universiti Tenaga Nasional, Ismail Natayuddin Hamdan, 25, mati di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, bas itu membawa 33 penumpang. Empat lagi penumpang cedera parah dan dirawat di Hospital Pekan di sini manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ismail Natayuddin dipercayai lemas selepas gagal diselamatkan apabila bahagian kiri bas itu terbalik ke dalam tali air tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian Ismail Natayuddin bersama seorang rakannya berada di barisan kedua tempat duduk di belakang pemandu. Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan selepas mengikuti kursus latihan jalur lebar di Senai, Johor sejak sebulan lalu.
Rakannya, Mohd. Shukri Zahat, 25, memberitahu, beberapa minit sebelum kejadian, mangsa memberitahu hasratnya untuk menegur cara pemanduan pemandu bas tersebut


NEGARA


Ditahan miliki senapang angin


MOHD. SABRI (tengah) mendengar taklimat yang diberikan oleh pegawainya mengenai senapang angin yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Bahau, Negeri Sembilan semalam.


BAHAU – Hasrat lima sekawan untuk memburu ayam hutan dengan menggunakan senapang angin buatan sendiri tidak kesampaian apabila mereka ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Raja Alias, Jempol di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kesemua suspek yang berusia di antara 21 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam Rabu lalu di Kilometer 4, Lebuh Raya Bahau-Keratong berhampiran Felda Raja Alias 4 di sini.
“Sebaik diarahkan berhenti, polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai lima laras senapang angin di dalam beg galas yang dibawa oleh kelima-lima lelaki terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, selain senapang, pihaknya turut merampas sebilah parang dan pisau serta hampir 200 bebola besi dan batu timah yang dipercayai hendak digunakan sebagai peluru.
Menurut Mohd. Sabri, soal siasat mendapati ketika ditahan suspek dari Jempol itu dalam perjalanan untuk memburu ayam hutan di satu kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan menggunakan senjata itu.
“Senjata tersebut mampu menembak dua bebola besi pada satu-satu masa. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 50 meter serta boleh mengakibatkan kematian jika mengenai sasaran,” katanya yang memberitahu kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah


NEGARA


5 beranak sedih disisih masyarakat


ZURINA (dua dari kiri) menolong suaminya, Jasni, memakai kaki palsu sambil diperhatikan anaknya dari kiri, Muhammad Yusri, Muhammad Shah dan Azura semasa ditemui di rumahnya di Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH – Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.
Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.
Derita keluarga malang itu makin berganda apabila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.
Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu.
Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Kadang-kadang nak makan nasi, beras pun tiada. Saya dan isteri terpaksa ikat perut dan cari makanan untuk anak-anak,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Kampung Paya Jaras Hilir di sini semalam



NEGARA


Balagi rayu dirawat segera


BALAGI kelihatan sugul kerana tidak dapat meraikan perayaan Deepavali di Hospital Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Berbeza seperti tahun sebelumnya, tiada pakaian baru atau makanan kegemaran dijamah lelaki obes, M. Balagi, 43, pada sambutan Deepavali tahun ini.
Dia yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 10 hari lalu hanya terlantar di katil seorang diri menantikan kunjungan saudara-mara dan rakan-rakan.
"Petang nanti mungkin ibu dan adik-adik saya datang. Sedih juga kerana tidak dapat ke kuil bersama-sama mereka seperti selalu," ujarnya yang kelihatan sugul.
Menurut Balagi, setiap kali Deepavali, ibunya, Rajasundi, 60, akan menyediakan hidangan ayam masak merah kegemarannya yang dimakan bersama tose pada pagi Deepavali.
Dia yang kini ditempatkan di Wad Ortopedik HPP hanya berehat di katil hospital itu sejak 10 hari lalu dan diberikan suntikan antibiotik serta dibenarkan minum susu rendah lemak sahaja bagi mengawal diet pemakanannya.
Sepanjang tempoh itu juga dia tidak dibenarkan menjamah nasi atau makanan pejal.
Balagi berkata, doktor memberitahu ketiadaan mesin pengimbas Imej Magnetik Resonan (MRI) yang boleh memuatkan individu berbadan besar di HPP menyebabkan usaha untuk merawatnya masih tertangguh




NEGARA


Kasmadi kini boleh tidur lena


KASMADI tidur nyenyak sambil mendengar surah Yassin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - "Saya bersyukur dapat tidur lena seperti dulu setelah 15 bulan berjaga pada waktu malam."
Itulah kata Kasmadi Jusoh, 35, dari Kampung Kubang Palas, Bukit Payung dekat sini yang menghadapi masalah tidak boleh tidur setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada April tahun lalu.
"Segalanya seperti mimpi. Selama 15 bulan ini, saya hanya berbaring dan bangun sekali sekala kerana badan saya lesu dan sering mengalami lenguh-lenguh sendi.
"Saya tidak mampu bekerja kerana belakang tengkuk saya sakit sangat dan terpaksa bergantung kepada isteri yang bekerja sambilan di tempat pemprosesan keropok lekor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurut Kasmadi, dia juga kini boleh melelapkan mata pada waktu siang seperti sebelum diserang penyakit misteri tersebut.
"Badan saya juga tidak lagi sakit. Selepas ini, saya akan kembali bekerja untuk menyara keluarga dan berharap penyakit tersebut tidak berulang lagi," ujarnya.
Kosmo! 8 April lalu menyiarkan penyakit misteri yang menimpa Kasmadi sehingga tidak boleh tidur selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal di Seberang Takir pada April tahun lalu