Saturday, March 6, 2010

INILAH YANG TERJADI...HUKUM QURAN DINAFI....KEMUNGKARAN BERTAMBAH BANYAK MENGUNDANG BALA DARI DARI ALLAH

Mangsa majikan rakus



SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.


Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.


Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.


Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.


Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.


Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.


Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.


Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.


Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

Mangsa Bos
Masai, Johor

DR simpati dengan nasib menimpa adik. Mereka sepatutnya membimbing dan melindungi adik, bukannya berterusan mengambil kesempatan ke atas kecantikan adik. Kak Intan memang kejam kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan bos. Bos pula menggunakan kuasanya untuk memuaskan nafsu sendiri.


Situasi adik memang sukar. Jika memilih meneruskan kehidupan seperti sekarang, adik pastinya mendapat gaji lumayan tetapi kehilangan banyak perkara dalam hidup termasuk maruah diri, perasaan takut (gadis lain akan terjebak seperti adik) dan rasa bersalah terhadap tunang. Jelasnya, adik rasa tidak tenteram dalam hidup.

Tetapi, adik punya pilihan iaitu untuk berani melakukan sesuatu bagi memberhentikan lingkaran pusingan kehidupan yang membelenggu diri adik. Ini bermakna, adik perlu berani memilih untuk berpindah atau melaporkannya kepada polis.


Jika pilihan kedua adalah matlamat hidup, adik perlu mengorientasikan diri bahawa adik boleh mendapatkan pekerjaan lain. Adik perlu bersedia untuk tidak mendapat gaji setinggi yang diperoleh sekarang. Namun, jika adik seorang yang cekap bekerja dan ditambah dengan pengalaman kerja yang ada, peluang untuk memperoleh pekerjaan adalah tinggi.


Gunakan keyakinan diri dan pengalaman untuk beralih kerja lain. Setiap perubahan yang dilakukan dengan niat baik pastinya akan mendapat ganjaran yang juga baik.


Nampaknya, sudah berlaku elemen ugutan oleh Kak Intan dan bos terhadap adik dengan mengambil gambar seksi adik. Membiarkan ugutan itu bermakna adik mempersetujui tingkah laku mereka. Ini turut menyebabkan mereka lebih berani bertindak dan menganggap mereka boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengugut dan merogol adalah perlakuan jenayah dan jangan dibiarkan berterusan.


Semakin lama adik berterusan hidup begini, semakin sukar bagi adik untuk memberitahu perkara sebenar kepada tunang.


Jarak masa adik memberitahu tunang mengenai perbuatan bos terhadap adik itu turut memberi kesan kepada sejauh mana adik merelakan perbuatannya itu.


Satu lagi masalah yang adik hadapi iaitu selama mana adik boleh merahsiakan perkara ini.


Oleh itu, lebih baik dia mengetahui perkara ini daripada pengakuan adik sendiri, bukannya orang lain.


Jika tunang ikhlas, dia perlu menyelamatkan adik daripada perlakuan nafsu ganas bos adik itu. Namun, yang paling penting, adik sendiri perlu bersifat ikhlas untuk menyelamatkan perhubungan dengan tunang. Caranya ialah keluar daripada cengkaman Kak Intan dan bos serta memberitahu perkara sebenar kepada tunang. Pilihan adalah di tangan adik. Sering kali keputusan baik memberi kesan yang sukar pada peringkat awal tetapi amat baik dalam jangka masa panjang yang akhirnya menemukan individu pada dirinya sendiri.



LAGI



Bapa berang hampir hempas anak ke lantai



2010/03/13

KUALA LUMPUR: Bapa setan. Itulah gelaran sepatutnya diberikan kepada seorang lelaki yang sanggup menampar dan menumbuk anak perempuannya berusia tujuh tahun hanya kerana kesalahan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang di sebuah flat di Setapak di sini, Rabu lalu, lelaki itu pergi menjemput anaknya untuk dibawa ke bank berhampiran rumahnya untuk sesuatu urusan.


Sumber itu berkata, kanak-kanak perempuan terbabit enggan mengikutinya menyebabkan lelaki terbabit memarahi mangsa.


“Biarpun beberapa kali memujuk anaknya itu, mangsa masih enggan menyebabkan lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan dan menampar mangsa beberapa kali.


“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit mengangkat kanak-kanak itu dan cuba menghempasnya ke lantai di hadapan rumah berkenaan.


“Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila ibu mentua yang juga nenek kepada kanak-kanak itu sempat menghalang,” katanya.

Difahamkan, wanita terbabit turut meminta agar bekas menantunya itu menggunakan pendekatan baik dalam memujuk kanak-kanak itu.


Menurut sumber, bapa mangsa akhirnya berjaya memujuk anaknya itu sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah berkenaan untuk berurusan di bank berhampiran.


“Ketika lelaki terbabit keluar berdua dengan anaknya, dia dikatakan tidak berubah sikap dan tidak mengendahkan nasihat bekas mentuanya itu apabila terus memukul mangsa,” katanya.


Difahamkan, kekejaman itu hanya disedari nenek dan ibu mangsa selepas kembali ke rumah pada sebelah petang hari sama.


Sumber berkenaan berkata, wajah mangsa bukan saja berbirat dipercayai ditampar, malah matanya juga lebam seperti ditumbuk.


Ibu mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


Difahamkan, kanak-kanak itu kini trauma disebabkan perbuatan kejam bapa kandungnya sendiri.


LAGI




Dua didakwa rompak, perkosa suri rumah



2010/03/13

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dipercayai suspek utama kes rompak dan rogol seorang suri rumah di Kangkar Pulai, baru-baru ini, diheret ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan rogol serta melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.

Tertuduh pertama, S Aramagam, 29, yang juga bapa lima anak, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aliman Musri.


Berdasarkan pertuduhan pertama, Aramagam didakwa merogol wanita berusia 26 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Palas 15, Taman Teratai, Kangkar Pulai di sini, antara jam 6 hingga 7 pagi 28 Februari lalu.


Berikutan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Manakala bagi pertuduhan kedua, Aramagam didakwa melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan mangsa di tempat dan waktu sama.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara tertuduh kedua, Steven Lim Beng Chuan, 20, dari Kampung Baru Cina, Kemunting, Perak, turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol mangsa sama.


Dia yang hadir berbaju-T hitam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.


Terdahulu, Aramagam dan Lim dituduh di kamar berasingan sebelum Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamed Ramli dan Mohd Fazaly Ali Ghazali memohon kes berkenaan berjalan serentak di mahkamah sama.


Pihak pendakwaan bagaimanapun, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan alasan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi dan membabitkan liputan media yang meluas.


Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan sebelum menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan dan lantik peguam.


Akhbar sebelum ini melaporkan seorang suri rumah yang juga pelajar sebuah universiti tempatan di sini, dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kangkar Pulai di sini, 28 Februari lalu.



LAGI



Tinggal anak ikut kekasih

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA NERANG: Seorang ibu tunggal beranak tiga tergamak meninggalkan anaknya yang berusia antara tiga dan sembilan tahun semata-mata mahu mengikut kekasihnya ke Lombok, Indonesia, sejak enam bulan lalu.

Zarina Abu Bakar, 28, dari Kampung Kuala Pai, dekat sini, dikatakan keluar rumah pada September lalu untuk mencari pekerjaan di Seremban, Negeri Sembilan.


Bapanya, Abu Bakar Ahmad, 47, berkata anak sulung daripada lapan beradik bukannya mencari kerja di negeri itu, sebaliknya berjumpa dengan seorang lelaki Lombok yang dikenali sebagai Helmi berusia 30-an di Felda 5, Bahau, Negeri Sembilan.


Beliau berkata, sejak berpisah dengan suaminya setahun lalu, Zarina tinggal dengan bapa saudaranya, manakala tiga anak perempuannya itu dijaga bapanya.


“Pada September lalu, dia beritahu nak cari kerja dekat Seremban. Sejak itu, dia tidak pernah menghubungi pak cik untuk memberitahu di mana dia tinggal atau kerja.


“Lebih mengecewakan apabila dia memberitahu sudah berada di Lombok, Indonesia pada November tahun lalu kerana mengikut seorang lelaki ke sana,” katanya di rumahnya Kampung Kuala Pai, Mukim Padang Temak, di sini, semalam.

Beliau berkata, pada mulanya Helmi hanya rakan kepada suami anaknya kerana mereka tinggal berhampiran di Lubok Batu, Jitra sebelum berpisah.


“Saya dan isteri Mariam Kassim, 47, tidak pernah merestui perkahwinan mereka. Sampai hati Zarina sanggup meninggalkan kami dan anak-anaknya yang masih kecil,” katanya.


Mariam yang kelihatan sebak memberitahu, anaknya ada menghubunginya pada Rabu lalu supaya memasukkan wang sebanyak RM2,000 kerana mahu pulang ke negara ini.


“Saya dapatkan rasakan dia sedang menderita dan terseksa di sana. Kami sekeluarga sedia menerima Zarina kembali kerana terlalu merinduinya.


“Saya difahamkan lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak di Lombok. Kami amat rindu dan sering menangis selain membawa gambar Zarina ke mana saja,” katanya.


Abu Bakar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap pada 11 Mac lalu.


Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Norashima Md Nowar, berkata pihaknya akan membantu keluarga Abu Bakar mengesan anaknya di Lombok. “Saya akan memanjangkan perkara itu kepada Puteri Umno Malaysia pada Isnin ini. Kami juga akan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Indonesia mengesan Zarina di sana,” katanya.



LAGI



Sekolah diarah siasat

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/03/13

KAJANG: “Kementerian kesal perkara ini boleh berlaku berdekatan sekolah dan mereka pula masih beruniform sekolah. Siasatan perlu dibuat segera,” kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata demikian mengulas insiden seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, Rabu lalu.


Akhbar melaporkan Zatul Bazamah Zainal Abidin, 33, dikatakan di serang di luar kawasan sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya.


Dr Mohd Puad berkata, meskipun kes terbabit menjadi kes polis, sekolah masih perlu melakukan siasatan mengenal pasti punca berlakunya pertengkaran mencetuskan pergaduhan di hadapan pelajar.


Katanya, sekiranya hasil siasatan menunjukkan sekolah perlu mengambil tindakan kepada pelajar berkenaan, ia perlu dilaksana mengikut apa yang termaktub dalam peraturan, sekali gus mendidik pelajar menjadi lebih baik.


“Sekolah kena menyiasat juga perkara ini walaupun ia berlaku di luar kawasan sekolah, tapi dalam masa sama perlu memberi ruang dan masa kepada polis melakukan penyiasatan.

“Apapun kita kesal ini terjadi, cuma kita tak tahu punca sebenar menyebabkan tercetus insiden pukul memukul itu.


“Semua pelajar ini perlu dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling dan nasihat atas tindakan ganas yang mereka lakukan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, di sini buat kali ke-33.


Semalam, beliau turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar paling cemerlang peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Hadir sama, Penasihat PIBG yang juga Pengetua sekolah berkenaan, Ibrahim Yunus dan Yang Dipertua PIBG, Sahlan Saruddin.


Sementara itu, Dr Mohd Puad berkata kementerian bercadang menambah bilangan SMKA sekurang-kurangnya sebuah sekolah di setiap negeri bagi menampung permintaan terhadap pendidikan agama kian meningkat.


“Ini cadangan kita untuk menambah jumlah sekolah agama sedia ada menerusi Rancangan Malaysia Ke-10, namun berapa jumlah sekolah yang akan ditambah tak boleh disebutkan kerana tertakluk kepada peruntukan.


“Apapun kita berharap sekurang-kurangnya setiap negeri mempunyai sebuah SMKA untuk menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya.


Terdahulu, Hafeeza Hafni Mohamad, 18, pelajar terbaik keseluruhan SPM 2009 menerima anugerah cemerlang dan RM500 kerana keputusan 12 A+.

Thursday, March 4, 2010

Mufti perjelas isu murtad pembunuh zuriat

Mufti perjelas isu murtad pembunuh zuriat

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, hari ini menjelaskan bahawa pelaku yang membuang dan membunuh bayi mereka hanya akan terkeluar daripada Islam jika mereka beriktikad bahawa ia adalah halal.

Beliau berkata, iktikad bermaksud dengan yakin beranggapan bahawa perbuatan haram yang dilakukan itu adalah halal dan secara tidak langsung mereka telah murtad atau terkeluar daripada Islam.

"Jika ia telah disepakati oleh ulama dan diketahui umum bahawa perbuatan membunuh itu haram tetapi pelakunya dengan yakin beranggapan ia adalah halal, ia boleh membawa seseorang itu kepada murtad," katanya ketika dihubungi hari ini.

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, hari ini menjelaskan bahawa pelaku yang membuang dan membunuh bayi mereka hanya akan terkeluar daripada Islam jika mereka beriktikad bahawa ia adalah halal.

Beliau berkata, iktikad bermaksud dengan yakin beranggapan bahawa perbuatan haram yang dilakukan itu adalah halal dan secara tidak langsung mereka telah murtad atau terkeluar daripada Islam.

"Jika ia telah disepakati oleh ulama dan diketahui umum bahawa perbuatan membunuh itu haram tetapi pelakunya dengan yakin beranggapan ia adalah halal, ia boleh membawa seseorang itu kepada murtad," katanya ketika dihubungi hari ini.

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, hari ini menjelaskan bahawa pelaku yang membuang dan membunuh bayi mereka hanya akan terkeluar daripada Islam jika mereka beriktikad bahawa ia adalah halal.

Beliau berkata, iktikad bermaksud dengan yakin beranggapan bahawa perbuatan haram yang dilakukan itu adalah halal dan secara tidak langsung mereka telah murtad atau terkeluar daripada Islam.

"Jika ia telah disepakati oleh ulama dan diketahui umum bahawa perbuatan membunuh itu haram tetapi pelakunya dengan yakin beranggapan ia adalah halal, ia boleh membawa seseorang itu kepada murtad," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jika pesalah yang melakukan pembunuhan tetapi tidak beriktikad sedemikian maka mereka menanggung dosa besar.

Semalam, Hassan menjelaskan perbuatan membunuh terutama zuriat sendiri oleh mereka yang siuman dan bukan cacat akal amat ditegah oleh agama Islam dan diketahui ia adalah dosa besar hanya disebabkan oleh gagal mengawal emosi.

Beliau turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama Islam supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda. - Bernama

Beramal sebelum sampai lima perkara


Beramal sebelum sampai lima perkara



2010/02/21


SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.


Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.


KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.


LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.


Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.


Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.


Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.


HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah.


Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.


Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.


Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.


Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.


Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

BUKAN SUMBER ILMU SAHAJA TETAPI KENA JUGA SEBAGAI SUMBER HUKUM....ULAMAK KENA UTARAKAN@CADANGKAN


Al-Quran sumber ilmu



Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Siti Anum Che Ab Wahab
am@hmetro.com.my
2010/03/04


PUTRAJAYA: “ Membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang serta bercambah menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.
“Ia akan membuahkan ilmu mengenai akidah, ibadah, akhlak, syariah dan fikah beserta akar kekarnya yang mampu memayungi peribadi manusia yang unggul, seumpama pohon rendang tempat manusia menumpang berteduh,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.


Najib berkata, al-Quran bukan sekadar untuk dibaca atau dihafal, tetapi lebih daripada itu menjadikan kitab suci itu sebagai sumber ilmu dan sumber intelektual dalam kehidupan. Menurutnya, al-Quran mengandungi mutiara pengetahuan yang amat berharga bagi manusia, malah, ilmuan Islam terdahulu menjadikan kitab suci itu sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan dalam kehidupan menyelesaikan masalah umat.


“Al-Quran membimbing umat Islam bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta memberi pendapat kepada umat Islam mengenai sains dan teknologi.


“Kita hendaklah menyakini sepenuhnya mengenai kebenaran setiap ayat al-Quran tanpa sedikit keraguan pun,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini, semalam.


Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Pada majlis itu, sembilan qari dan 11 qariah menerima imbuhan khas RM2,000.


Najib diberi penghormatan menyampaikan imbuhan berkenaan kepada qari, manakala Rosmah kepada qariah.


Pada 5 Februari lalu, Najib mengumumkan pembayaran imbuhan khas kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antara bangsa secara tetap seumur hidup sebanyak RM2,000 sebulan berkuatkuasa Oktober lalu.


Najib berkata, imbuhan khas yang diberikan oleh kerajaan kepada johan qari dan qariah itu menunjukkan keprihatinan tinggi dan komitmen kerajaan dalam usaha mengiktiraf dan menghargai sumbangan penggiat dan pendidik al-Quran sekaligus akan menggalakkan masyarakat Islam membudayakan kitab suci itu menerusi membaca, mempelajari dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.

LAGI BUDAK@BABY DIPIJAK


Bayi 18 bulan mati dipukul, dipijak



2010/03/04


PETALING JAYA: Seorang bayi berusia 18 bulan mati dipercayai akibat dipukul dan dipijak oleh suami penjaganya dalam satu kejadian di Pangsapuri Vista Damansara, Kayu Ara di sini awal pagi tadi.
Suspek yang bekerja sebagai kelindan lori yang juga jiran mangsa dikatakan berang kerana mangsa enggan mengikut arahannya dan asyik menangis.