Bahana bisnes dosa
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan
ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di
Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram
memburu kami sekeluarga.
“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan
pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut.
“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain
terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16,
yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia
20 dan 18 tahun.
Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada
2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun
sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu
saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.
Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan
akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua
bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.
Ditakdir bercinta
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
BAGAI PINANG DIBELAH DUA...Irma dan Redza selamat diijabkabulkan, semalam.
PUTRAJAYA: Pertemuan singkat di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah
pada 14 Februari lalu adalah petanda jodoh antara pengacara dan pelakon
jelita, Irma Hasmie Ibrahim, 30, bersama jejaka pilihan hatinya yang
juga ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, 31.
Pasangan merpati dua sejoli itu sah bergelar suami isteri selepas
selamat dinikahkan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong
Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad di
dewan persidangan Perbadanan Putrajaya tepat jam 4.55 petang di sini,
semalam.
Tampan dan cantik menggayakan busana berwarna
putih, dengan sekali lafaz Irma menjadi milik Redza. Pada majlis
pernikahan yang berlangsung serba meriah itu, Redza turut membawa 11
dulang hantaran dan dibalas 13 dulang daripada pengantin perempuan.
Ketika ditemui selepas majlis selesai, Irma berkata dia dan Redza
ditakdirkan bercinta selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri.
Katanya, dia tidak pernah menyangka jodohnya sepantas ini. Apatah lagi,
pertemuan dia dan Redza pula berlaku di tempat baik dan ketika
mengerjakan umrah.
“Perasaan saya sekarang sangat gembira
kerana ditentukan Allah bertemu jodoh dengan Redza. Saya akui sangat
teruja melalui percintaan selepas kahwin.
“Redza berjaya
menawan hati saya dengan sikapnya yang penyayang, bertanggungjawab dan
amat disenangi. Saya berasa sangat selesa sepanjang berada di sisinya
kerana dia seorang yang tenang,” katanya.
Menurut Irma, kini jadual hidupnya sudah berubah dan dia akan
berusaha menjadi isteri yang baik buat Redza. Malah, katanya, biarpun
suami masih memberi kebebasan padanya untuk terus bekerja, tetapi
keluarga adalah perkara utama. Sementara itu, Redza berkata, dia
memang sudah mengenali Irma sebagai seorang artis. Namun, pertemuan di
Tanah Suci itu sudah cukup membuat hatinya terbuka untuk menjadikan Irma
sebagai teman hidup. Katanya, Irma seorang wanita yang baik,
bertanggungjawab dan penyayang.
“Malah, saya juga tertawan
dengan Irma kerana sikapnya yang menghormati orang tua. Hubungan dia
dengan keluarga juga sangat rapat dan membuatkan saya yakin untuk
memperisterikannya.
“Saya percaya dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri,
saya takkan menghalang Irma daripada meneruskan karier seni diceburinya.
Saya akan sentiasa memberikan sokongan kepadanya,” katanya.
Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan, wang
hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200. Majlis resepsi
akan dilangsungkan esok di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang
(MAEPS).
Mangsa pernah tolak pinangan
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik
tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya
tidak setuju.
“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki
terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke
pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh
secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di
tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.
Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.
Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan
kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan
perbuatan kejam itu.
Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya,
Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan
Oktober ini.
‘Hanya fikir anak yatim’
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan
sekolah Pusat Jagaan Lambaian Kasih di Kampung Sungai Penchala, semalam.
KUALA LUMPUR: “Sebaik ternampak asap hitam berkepul dari bangunan
sekolah, saya segera berlari ke tempat kejadian kerana risau memikirkan
keselamatan anak-anak yatim yang sedang mengikuti pembelajaran ketika
itu,” kata Pengetua Pusat Jagaan Lambaian Kasih (PJLK), Ismail Abdul
Rahman, menceritakan detik cemas kebakaran membabitkan pusat jagaan itu
di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, 70 anak yatim berusia enam
hingga 12 tahun serta lima guru wanita nyaris maut apabila bangunan
sekolah berusia lebih 10 tahun dan menempatkan lapan kelas, pantri,
surau serta pejabat hangus terbakar.
Menurut Ismail, ketika
kejadian dia di pejabat asrama perempuan kira-kira 300 meter dari
bangunan sekolah yang terbakar apabila ternampak asap hitam sebelum
bergegas lari.
“Tanpa berlengah, saya terus berlari ke tempat kejadian kerana
bimbang memikirkan nasib 70 anak yatim berkenaan sama ada mereka selamat
atau terperangkap dalam kebakaran.
“Ini kerana, pusat
jagaan sama pernah terbakar kira-kira empat tahun lalu sehingga
menyebabkan dua anak yatim terkorban,” katanya.
“Saya cuba
memadam api dengan menyembur air dengan salur getah. Namun, tidak
berhasil berikutan tekanan air rendah sebelum jentera bomba dan
penyelamat tiba.
“Api semakin marak membakar bangunan sekolah diperbuat daripada
papan, menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan seperti
komputer dan buku teks pelajar serta dokumen penting,” katanya.
“Kami hanya mampu melihat api membakar bangunan tanpa dapat berbuat
apa-apa, manakala anak-anak yatim pula menangis ketakutan,” katanya.
Menurut Ismail, walaupun menanggung kerugian, dia bersyukur semua anak yatim berkenaan termasuk guru mereka selamat.
“Kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000 dan disebabkan kejadian ini mereka hilang tempat menimba ilmu,” katanya.
Sehubungan itu, Ismail merayu orang ramai yang bersimpati dengan nasib
anak yatim berkenaan supaya menghulur sumbangan dengan menghubungi
talian 016-2090205 atau layari laman web www.lambaiankasih.com.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail,
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Armdan Mahat berkata, tiga jentera
termasuk dari Sri Hartamas dan Damansara dengan 22 anggota dikejarkan ke
tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.25 petang.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api marak dengan 80 peratus
bangunan sekolah itu terbakar sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya
dalam tempoh setengah jam.
“Kebakaran berlaku ketika anak
yatim berkenaan sedang bergerak ke surau berhampiran untuk menunaikan
solat Asar apabila mereka ternampak percikan api dan asap keluar dari
satu daripada empat kelas di tingkat dua bangunan sekolah itu,” katanya.
Tiga nyawa melayang dalam nahas ngeri
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my
KUANTAN: “Saya membuat lebih 20 panggilan ke telefon bimbitnya
selepas jam 10 malam, tetapi suami tidak membalasnya sehinggalah pada
jam 3 pagi, anggota polis datang ke rumah memberitahu suami meninggal
dunia dalam kemalangan jalan raya.”
“Saya tidak menyangka sama sekali panggilan yang dibuat suami
pada kira-kira jam 9.30 malam itu adalah panggilan terakhir darinya,”
Demikian kata Wong Mei Fong, 36, isteri kepada Tang Wai Hoong, 48, yang
maut dalam kemalangan di Kilometer 61, Jalan Kuantan-Segamat, jam 9.45
malam kelmarin.
Tang dari Taman Desa, Air Putih, di sini,
maut di tempat kejadian selepas Toyota Prado dipandunya, dihempap sebuah
lori dari arah Kuantan yang hilang kawalan selepas bertembung dengan
sebuah van dari arah Segamat.
Selain Tang, kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan itu
turut menyaksikan kematian dua lagi mangsa iaitu pemandu van, Talib
Yahya, 54, dari Sungai Isap Damai, di sini dan pemandu lori, K
Chalaparmal, 50, dari Desa Serindit, Kampung Jawa, di sini.
Talib yang memandu van dari arah Segamat, meninggal dunia di tempat
kejadian, manakala Chalaparmal pula meninggal dunia ketika menerima
rawatan di Hospital Muadzam Shah, Pekan.
Wong yang ditemui
pagi semalam di pekarangan rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) di sini, berkata, mendiang suaminya yang bekerja di lombong bijih
besi Bukit Ibam, Muadzam Shah berulang-alik dari rumah mereka di Taman
Desa ke tempat kerjanya setiap hari dan mangsa biasanya keluar rumah jam
7 pagi dan tiba kembali di rumah pada jam 9 malam.
“Tetapi, pada hari kejadian, dia tidak tiba seperti biasa
menyebabkan saya mulai risau dan beberapa kali menghubunginya menerusi
telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya
mula tidak sedap hati, tetapi beranggapan dia mungkin bertemu rakan
ketika dalam perjalanan pulang dan saya tidak terfikir bahawa dia
terbabit dalam kemalangan jalan raya,” kata ibu kepada empat anak
berusia tiga hingga 15 tahun itu.
Wong yang menjadi suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya
baru enam bulan bekerja di lombong bijih berkenaan dan sebelum itu, Tang
bekerja sebagai kelindan lori pasir di bandar ini.
“Mungkin masanya sudah tiba. Memang setiap hari saya mengharapkan dia
selamat pergi dan balik dari tempat kerja kerana saya sedar jarak antara
tempat kerjanya dengan rumah kami adalah jauh,” kata ibu kepada empat
anak berusia tiga hingga 15 tahun itu.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahya Othman berkata, kemalangan
ngeri membabitkan empat kenderaan itu berlaku pada jam 9.45 malam
apabila sebuah van dari Segamat bertembung dengan sebuah lori yang
membawa simen kering dari arah bertentangan.
Menurutnya,
akibat pertembungan itu, lori berkenaan hilang kawalan dan melambung
sebelum menghempap sebuah pacuan empat roda di laluan bersebelahan.
“Sebuah kereta Proton Waja yang tidak sempat mengelak lori dan kenderaan
pacuan empat roda itu turut terbabit dalam kemalangan itu, namun
pemandunya hanya cedera ringan,” katanya.
Jiran dengar jeritan 2 kali sebelum senyap
AMPANG: “Saya ada mendengar orang menjerit dua kali sebelum suaranya
senyap beberapa minit kemudian,” kata saksi kejadian bakar dan bunuh
seorang wanita hingga rentung di hadapan pintu rumahnya di tingkat
sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini yang hanya mahu
dikenali sebagai Efa, 32.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, mangsa, P Yoga Ambiga , 27,
meninggal dunia selepas dibakar hidup-hidup oleh tiga lelaki menggunakan
minyak tanah.
Ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja apabila
tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki memakai topi keledar sebelum
dibakar.
Dipercayai motif kejadian akibat dendam selepas mangsa baru bertunang pada 16 Jun lalu.
Efa yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian, dia baru
selesai makan malam bersama keluarga apabila terdengar tapak kaki orang
lalu lalang di depan rumah disusuli suara orang menjerit.
Terjun tak jumpa pintu
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
KUCHING: Seorang pemilik kedai cedera teruk ketika cuba menyelamatkan
diri dengan melompat dari bilik tidur di tingkat satu, selepas rumah
kedai dua tingkat berusia lebih sedekad terbakar jam 5.10 pagi di Jalan
Carpenter, di sini, semalam.
Mangsa, Chai Ham Siong, 31, pengsan sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur dalam bilik di tingkat atas
sebelum dikejutkan bahang kepanasan selain asap tebal menyelubungi
bahagian rumahnya.
Menurut sumber, kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia
20-an selepas melihat bapanya dalam kesakitan sebelum membawanya ke HUS
untuk rawatan.
“Sebaik tiba di hospital, mangsa pengsan dan
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana cedera di badan, tangan serta
kepala dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Mangsa dikatakan bertindak demikian apabila gagal mencari pintu keluar kerana seluruh rumah kedai dipenuhi asap,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan jam 5.19 pagi sebelum mengerahkan dua jentera dari
Tabuan Jaya dan Batu Lintang ke tempat kejadian.
Beliau
berkata, operasi memadam kebakaran bermula beberapa minit sebelum api
dikawal daripada merebak ke bangunan berdekatan pada jam 6.47 pagi.
“Disebabkan tiada tembok pemisah antara premis berkenaan,
memudahkan api menyambar kedai berhampiran. Empat kedai musnah dalam
kebakaran itu.
“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan termasuk jumlah kerugian dan punca kebakaran,” katanya.
‘Hanya berurut’
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
MUAR: Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan berusia 40 tahun
ditahan kerana dipercayai berkhalwat dengan seorang tukang urut warga
Thailand di sebuah hotel di bandar ini dalam satu operasi bersepadu
Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), tengah malam semalam.
Pengarah yang berasal dari Perak itu didapati berada di dalam bilik
hotel berkenaan pada jam 12 tengah malam apabila anggota penguat kuasa
mengetuk pintu untuk melakukan pemeriksaan.
Ketika disoal,
pengarah terbabit memberi alasan mahu menyegarkan diri kerana penat
memandu selepas menghadiri mesyuarat di Putrajaya dan akan menyertai
satu dialog bersama jabatannya di bandar ini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, pengarah terbabit turut meminta supaya
penguat kuasa JAJ melepaskannya kerana bimbang akan digantung tugas jika
kes berkenaan dibawa ke mahkamah seterusnya menjejaskan statusnya
sebagai penjawat awam.
Pengarah terbabit bagaimanapun
mengakui kesalahannya membawa masuk tukang urut berusia lingkungan 40-an
itu ke biliknya dan berkali-kali memberi alasan bahawa mereka tidak
melakukan maksiat sebaliknya dia hanya berurut untuk menghilangkan
penat.
Pengarah itu antara empat pasangan yang ditahan dalam
operasi bersepadu membabitkan kira-kira 138 penguat kuasa dan pegawai
JAJ termasuk 60 imam seluruh negeri ini yang mengikuti modul
pembelajaran untuk bergelar penguat kuasa agama Johor.
Selain pengarah terbabit, sepasang kekasih yang masing-masing
berusia 31 tahun turut ditahan kerana dipercayai berkhalwat di hotel
sama.
Mereka yang masing-masing berasal dari Bukit Pasir dan
Batu Pahat memberi alasan menginap di hotel berkenaan kerana ada urusan
penting.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar
untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) &
(b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat manakala
sepasang kekasih ditahan mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan tidak
sopan di tempat awam.
Timbalan Pengarah JAJ, Ramly Jusoh,
berkata operasi bersepadu itu adalah kali kedua dijalankan bagi
membendung kegiatan maksiat di Johor.
“Operasi besar-besaran ini adalah tugas rutin JAJ sebagai langkah pencegahan dan ia kali kedua diadakan selepas Batu Pahat.
“Ia membabitkan pemeriksaan di hotel serta rumah tumpangan di seluruh bandar ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
“Operasi berkenaan juga dapat memberi pendedahan kepada 60 imam yang
mengikuti modul kursus bagi melayakkan mereka bergelar penguat kuasa di
negeri ini selepas menerima pentauliahan,” katanya ketika ditemui.
PETALING JAYA: Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau
al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas
disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup
mengaku bukan Islam.
Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita
terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon
dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam,
Selasa lalu.
Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di
tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita
terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika
itu.
Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan
mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga
Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama
wanita terbabit.
“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita
terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam
menyebabkan kami terkejut.
Ajal di tiang terakhir
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
PORT DICKSON: Juruelektrik Mohd Nazri Omar, 39, yang maut terkena
renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembaikan di atas tiang di
kawasan Balai Polis Chuah di sini petang kelmarin, beria-ia mahu
melakukan kerja penyelenggara pada tiang terakhir.
Rakannya, Md Jalil Sabtu, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam
3.40 petang itu, Mohd Nazri sedang melakukan kerja pembaikan di atas
tiang lampu berkenaan apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik
disusuli letupan kecil.
Menurutnya, sebelum itu kumpulan
mereka yang bekerja dengan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) siap
menyelenggara lebih 20 tiang elektrik di Lukut dan Port Dickson.
“Kami sudah siapkan kerja dan saya beritahu dia yang mesra dipanggil
Wak, kami mahu pulang,” katanya. “Mohd Nazri berkata, dia mahu
menyiapkan kerja pada tiang terakhir di kawasan Balai Polis Chuah.
“Setengah
jam kemudian ketika dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan
memberitahu Nazri terkena renjatan elektrik di belakang kuarters dan dia
sedang diturunkan oleh polis dan rakan setugas,” katanya yang ditemui
di Bilik Mayat Hospital Port Dickson, semalam.
Sementara itu,
anak saudara mangsa, Mohd Farid Daud, 24, berkata dia mendapat panggilan
memberitahu kejadian berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.
Ketika Mohd Farid yang bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) Seremban bergegas ke tempat kejadian, dia mendapat
panggilan kedua memberitahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.
Isteri mangsa, Norhayati, 25, warga Indonesia, enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kemalangan itu.
Mereka berkahwin pada 2008 baru saja meraikan ulang tahun
perkahwinan keempat 11 Jun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, mengesahkan menerima
laporan kes berkenaan yang setakat ini diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
“Tidak berpuas hati dengan
jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi,
wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya
tertinggal di rumah,” katanya.
Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan
wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi
mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.
“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya
untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta
berasal dari Kuala Lumpur.
“Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.
Nikmat limpahan rezeki
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Hari ini (semalam) cukup bermakna buat kami 13 beranak
kerana berpeluang merasakan kenikmatan memiliki pelbagai barangan
keperluan harian dan perkakasan rumah yang begitu banyak buat pertama
kali hingga membanjiri ruang tamu kediaman.
“Saya sedar bukan mudah untuk menerima limpahan rezeki seperti ini
dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya,” kata seorang bapa kepada 12
anak, Zulkefli Jusoh, 47, ketika ditemui di kediamannya di Kampung
Sungai Rinting C, Masai di sini, semalam.
Keluarga Zulkefli
dipilih untuk menerima sumbangan menerusi program Titipan Kasih Harian
Metro selepas laporan berkaitan kesukaran hidup mereka tersiar di Harian
Metro, semalam.
Zulkefli berkata, mereka sekeluarga akan menggunakan sumbangan
diterima seperti wang, beras, susu, beg sekolah serta peralatan elektrik
itu sebaik mungkin.
“Kunjungan wakil Harian Metro juga
secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga
untuk berusaha meningkatkan taraf hidup.
“Saya gembira
kerana tidak pernah melihat anak begitu ceria terutama anak ke-10,
Rabiatul Adawiah yang berusia lima tahun yang begitu mahukan beg sekolah
dan berhasrat ke taman didikan kanak-kanak (Tadika), namun kami masih
tidak mampu menyekolahkannya.
“Barangan makanan disumbangkan ini pasti mampu menampung keperluan
kami sempena Ramadan kelak,” katanya ketika menerima kunjungan wakil
Harian Metro diketuai Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa
Omar dan Pengarang Eksekutif (Berita), Othman Mamat.
Hadir
sama, Pengarang Berita New Media, Munir An’am Zuljadan; Pengurus Projek
Harian Metro, Abdul Kadir Hamza dan Ketua Biro Harian Metro Johor,
Nazarali Saeril.
Sementara itu, Mustapa berkata, sebagai akhbar nombor satu, Harian
Metro sentiasa mengambil pendekatan berada dekat di hati pembaca
termasuk menjadikan Titipan Kasih sebagai program tanggungjawab sosial
korporat (CSR) dengan menghulurkan sumbangan bertujuan meringankan beban
golongan memerlukan.
“Menerusi program bulanan ini, kami
mengenal pasti dan memilih keluarga yang kurang berkemampuan untuk
menerima sumbangan,” katanya yang menambah, program itu diadakan sempena
Karnival Futsal Harian Metro Zon Selatan di Sports Prima Pandan, Johor
Bahru bermula hari ini dan esok.
Dalam laporan akhbar ini
semalam, Zulkefli memaklumkan dia sanggup berjalan kaki sehingga 10
kilometer sehari, dua kali sehari, mencari barangan kitar semula bagi
dijadikan modal membeli makanan harian keluarganya sejak bertahun lalu.
Saya sudah sedia pegang status ibu tunggal: Sasha
KUALA LUMPUR: “Saya sudah bersedia untuk memegang status ibu tunggal
dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Pada masa sama, saya juga
ingin kembali aktif dalam bidang seni tanah air kerana perlu menyara
hidup dan membesarkan anak tunggal, Arya.
“Walaupun akan bercerai nanti, saya tidak akan sekali-kali pisahkan
Arya dengan suami saya, Salyo kerana saya inginkan anak saya mendapat
kasih sayang seimbang daripada saya dan Salyo sehingga dia besar nanti,”
kata bekas anggota Elite yang juga pelakon Sasha Saidin.
Ditanya punca sebenar keretakan rumah tangga mereka, Sasha, 35, berkata,
dia dan suami bersetuju untuk bercerai secara baik kerana mereka sudah
tiada persefahaman lagi untuk meneruskan ikatan sebagai pasangan suami
isteri.
“Apa yang boleh saya katakan, masalah dalam rumah tangga kami
memang tidak boleh diselamatkan lagi. Kami membuat keputusan ini selepas
berfikir dengan semasak-masaknya termasuk berbincang dengan keluarga
kedua-dua belah pihak untuk mencari penyelesaiannya.
“Saya
juga sudah memfailkan perceraian kami di mahkamah syariah dan berharap
semoga kes ini berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan secara
baik,” katanya ketika dihubungi, semalam. Terus-terang, kata Sasha,
dia mendapat kekuatan untuk berdepan dengan keretakan rumah tangganya
itu kerana sokongan daripada keluarganya.
Ajal di tiang terakhir
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
PORT DICKSON: Juruelektrik Mohd Nazri Omar, 39, yang maut terkena
renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembaikan di atas tiang di
kawasan Balai Polis Chuah di sini petang kelmarin, beria-ia mahu
melakukan kerja penyelenggara pada tiang terakhir.
Rakannya, Md Jalil Sabtu, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam
3.40 petang itu, Mohd Nazri sedang melakukan kerja pembaikan di atas
tiang lampu berkenaan apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik
disusuli letupan kecil.
Menurutnya, sebelum itu kumpulan
mereka yang bekerja dengan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) siap
menyelenggara lebih 20 tiang elektrik di Lukut dan Port Dickson.
“Kami sudah siapkan kerja dan saya beritahu dia yang mesra dipanggil
Wak, kami mahu pulang,” katanya. “Mohd Nazri berkata, dia mahu
menyiapkan kerja pada tiang terakhir di kawasan Balai Polis Chuah.
“Setengah
jam kemudian ketika dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan
memberitahu Nazri terkena renjatan elektrik di belakang kuarters dan dia
sedang diturunkan oleh polis dan rakan setugas,” katanya yang ditemui
di Bilik Mayat Hospital Port Dickson, semalam.
Sementara itu,
anak saudara mangsa, Mohd Farid Daud, 24, berkata dia mendapat panggilan
memberitahu kejadian berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.
Ketika Mohd Farid yang bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) Seremban bergegas ke tempat kejadian, dia mendapat
panggilan kedua memberitahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.
Isteri mangsa, Norhayati, 25, warga Indonesia, enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kemalangan itu.
Mereka berkahwin pada 2008 baru saja meraikan ulang tahun
perkahwinan keempat 11 Jun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, mengesahkan menerima
laporan kes berkenaan yang setakat ini diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
Hanya iktiraf 6 majlis agama
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Dein, Mohd Sabran Md Sani dan Wan Asrudi Wan Hasan
sab@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya
mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk
menguruskan pernikahan pasangan di negara ini selepas mendapat kebenaran
Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)
Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan
berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua
negara dalam satu pertemuan, April lalu.
“Enam Majlis
Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkla, Pattani, Narathiwat,
Yala dan Patalong di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil
pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga
Malaysia di Selatan Thailand. “Bagaimanapun, pernikahan itu hanya
dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah
berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat
berkenaan termasuk di Betong, Thailand,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan
akhbar ini mengenai pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan
daerah Pengkalan Hulu Perak kini menjadi tempat utama pasangan dari
Malaysia ‘kahwin lari’ atau mengamalkan poligami.
Proses
akad nikah yang mudah dan keadaan yang lebih selamat menyebabkan
kawasan berkenaan secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru
kepada penduduk daerah berkenaan yang menjadi ejen tidak rasmi serta
menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di
Betong.
Difahamkan, ketika ini terdapat 10 ejen menyediakan
pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000, sedangkan
bayaran kos nikah cuma RM450.
Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej
disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah berkenaan ke
Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di
pekan berkenaan.
Betong mula popular di kalangan rakyat
negara ini untuk berkahwin sejak dua tahun lalu, berikutan ia dianggap
bebas daripada konflik termasuk serangan bom yang melanda Narathiwat dan
Pattani.
Saimah berkata, hanya jurunikah yang bertauliah dan disenaraikan
enam wilayah berkenaan saja dibenarkan untuk menikahkan pasangan
berkenaan, selain sijil nikah dikeluarkan ditunjukkan kepada Jain.
“Kebenaran menikahkan pasangan dari negara ini terletak di bawah Ketua
Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk dari negeri dengan dilantik Sultan di
negeri berkenaan. “Jika pasangan yang ingin berkahwin gagal mendapat
kebenaran Jain, mereka berdepan tindakan di bawah Enakmen di negeri
berkenaan,” katanya.
Kahwin lari penjenayah syariah
KUALA LUMPUR: “Pasangan yang bernikah di negara jiran sebenarnya
penjenayah syariah kerana berkahwin lari tanpa mengikut undang-undang
syariah negara ini,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(PGSM), Musa Awang.
Beliau berkata, individu yang bernikah di sempadan sama ada
berkahwin lari atau berpoligami melakukan kesalahan matrimonial iaitu
kesalahan membabitkan perkahwinan mengikut Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri yang boleh diambil tindakan penalti, denda atau
penjara.
“Justeru, sesiapa saja tidak kira pasangan yang
mahu bernikah di sempadan...kalau dari sudut undang-undang syariah
adalah penjenayah syariah. Kesalahan bagi wanita kerana bernikah tanpa
kebenaran dan bagi lelaki pula berpoligami tanpa kebenaran.
“Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh didenda tidak
lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya
sekali dan semua hukuman berkenaan bergantung kepada keputusan
mahkamah,” katanya.
Menurutnya, dari segi perundangan negara
ini, pernikahan di sempadan masih belum diiktiraf walaupun mempunyai
surat daripada Konsul Malaysia di negara berkenaan menyebabkan setiap
pasangan bernikah perlu mengesahkannya di Mahkamah Syariah negara ini.
“Mereka perlu mengesahkan pernikahan terlebih dulu di Mahkamah
Syariah. Ini penting untuk mengetahui sama ada pernikahan dilakukan di
negara berkenaan sah atau tidak terutama dari aspek rukun nikah.
“Jika pernikahan itu sah, baru mahkamah mengarahkan mendaftarkan
pernikahan itu, namun sebelum itu, pasangan berkenaan perlu berdepan
prosiding mengikut Enakmen Jenayah Syariah berdasarkan negeri
masing-masing,” katanya.
Katanya, pernikahan di sempadan
lebih banyak mendatangkan masalah kepada pasangan termasuk kemungkinan
pernikahan tidak sah disebabkan tidak memenuhi hukum syarak atau jarak
dengan wali kurang 90 kilometer.
Tiga pelajar minum racun di sekolah
PUTRAJAYA: Akibat takut dikenakan tindakan disiplin, tiga pelajar
perempuan bertindak melulu cuba membunuh diri dengan minum racun di
sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Sepang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata,
semua mangsa berketurunan India dan berusia 16 tahun, dipercayai
bertindak demikian selepas pihak sekolah dikatakan mengenakan tindakan
disiplin terhadap mereka.
Beliau berkata, kejadian itu
dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang ketika ketiga-tiga
pelajar itu sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban
(HTJS), Negeri Sembilan.
“Mangsa dipercayai minum racun kerana takut dikenakan tindakan
disiplin oleh pihak sekolah. “Mereka ditemui dalam keadaan tidak
sedarkan diri di dalam kawasan sekolah sebelum di hantar ke hospital
untuk rawatan.
“Setakat ini, kita belum tahu jenis racun yang
diminum, dan kes disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan kerana
cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara
itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus ketika dihubungi
berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, dan
tindakan segera akan diambil untuk menyiasat.
“Saya belum mendapat laporan lagi, tetapi saya akan minta pegawai berkaitan untuk menyiasat kejadian ini,” katanya.
Di
Seremban, dua daripada tiga pelajar wanita yang dikejarkan ke HTJS
masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan
Unit Rawatan Rapi (ICU).
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sedar dan ditahan di wad
pesakit luar menafikan dia minum racun rumpai itu bersama dua lagi
rakannya.
Katanya, dia tidak tahu kenapa gurunya mengarahkan
dia mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri
dipercayai akibat meminum racun rumpai berkenaan.
“Saya akui
dua rakan itu mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka
tidak dapat menerima kenyataan bakal dibuang sekolah mengakibatkan
mereka mengambil tindakan sedemikian,” katanya.
Katanya, dia
kesal dengan perbuatan dua rakan baiknya itu kerana mereka adalah rakan
karib sejak sekian lama dan sering menghabiskan masa bersama.
“Saya harap mereka akan berubah selepas kejadian ini dan tidak mengulangi perkara sama,” katanya.”
Api misteri ekori gadis
Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Zulkifli Che Abdullah
am@hmetro.com.my
KOTA BHARU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Kampung
Penambang Bunga Emas, di sini, hidup tidak keruan sejak dua tahun lalu
apabila mendakwa diekori ‘api misteri’ yang sehingga kini menyebabkan
beratus pakaian, berpuluh helai kain serta beberapa tilam, bantal dan
telefon bimbit di rumahnya terbakar secara tiba-tiba.
Wan Norfatihah Wan Hanafi, 14, berkata, susulan kejadian itu,
dirinya kini umpama ‘gadis api’ dengan ibunya, Rafeah Zakaria, 42;
neneknya, Zainab Sulaiman, 75, dan dua adik-beradiknya, Wan Mohd
Faiz,16, dan Wan Nurfatini, 12, turut sengsara berdepan permasalahan
misteri itu.
Katanya, api misteri itu boleh muncul di mana-mana saja dia berada termasuk ketika berada di rumah jiran.
“Saya sudah letih berdepan masalah misteri ini. Sudah beratus
bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang ke rumah untuk membantu,
namun masalah itu tidak berjaya ditangani sepenuhnya.
“Malah, paling lama masalah itu selesai hanya bagi tempoh beberapa minggu.
Selepas itu, api misteri yang seolah-olah sentiasa mengekori saya
muncul semula,” katanya, ketika ditemui Harian Metro di rumahnya.