‘Tak malu gelek’
Oleh Elrafaei Sapi dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my
LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.
KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan
yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu
yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi
masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di
negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir
penduduk di Malaysia.
Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan
pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk
melancong atau urusan perniagaan.
Putri (bukan nama sebenar)
berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk
menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur
Tengah.
Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
DARI FB
PERSOALANNYA… SUDAH BERAPA RAMAI ANAK MELAYU YANG MENJUALKAN MARUAH DIRI SEBEGINI????
PERSOALANNYA… DIMANAKAN PIHAK BERWAJIB AGAMA???
1. MANA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN????
2. MANA JAKIM????
3. MANA JAMIL KHAIR????
4. MANA MASHITAH SI CUKUR KENING????
5. MANA MUPETI HARUSSANA SINI????
6. MANA HASAN JATI AQIDAH????
UMNO PERJUANGKAN BANGSA, AGAMA & TANAH AIR???? TUIHHHHHHHHHHH
KUALA LUMPUR: Tarian gelek yang sinonim dengan budaya masyarakat Arab
bukan lagi menjadi persembahan pentas semata-mata. Menariknya, tarian
ini yang lebih fokus pada pergerakan pinggul turut menjadi satu aktiviti
senaman.
Jurulatih tarian, Rosbiyatil Akma Ramli berkata, persepsi pengikut
atau pengamal tarian gelek tidak memfokuskan apa yang dilakukan sebagai
simbol seks pada golongan Adam, tetapi mementingkan penjagaan kesihatan
diri menerusi aktiviti tarian.
Katanya, wanita memilih
tarian gelek untuk merehatkan diri sebagai aktiviti senaman yang sihat.
Malah, mereka percaya senaman menerusi tarian gelek mampu mencantikkan
bentuk badan sehingga kelihatan langsing.
“Sejak mengajar pada 2006, tarian gelek belum popular di kalangan
masyarakat tempatan. Ketika itu tarian ini baru diperkenalkan dan
apabila mereka didedahkan menerusi televisyen dan laman web, baru timbul
minat untuk belajar,” katanya.
Pada peringkat awal,
Rosbiyatil menerima 10 pelajar, tetapi kini bertambah melebihi 100
orang. Kategori pelajar ini pula terdiri daripada wanita berusia 30-an
ke atas.
Remaja maut tercampak atas bumbung kereta
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat mangsa di atas bumbung kereta.
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui ajal di
atas bumbung kereta apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah
kereta di hadapan Masjid Al-Taqwa, Paya Bemban, Jalan Hospital, di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Elfie Farhan
Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di
kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang rakannya
dalam perjalanan ke Kota Bharu sebelum berlanggar sebuah kereta Proton
Saga BLM menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa cedera ringan.
Ketua Polis
Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian
berlaku apabila kereta dari arah lampu isyarat Berek 12 menghala lampu
isyarat Kampung Cherang secara tiba-tiba membelok ke kanan sebelum
motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian hadapan kereta itu.
“Mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nasir Zaminuddin, 39, berkata,
dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak sulungnya ketika dalam perjalanan
untuk berniaga di pasar.
“Saya berpatah balik menuju tempat kejadian untuk melihat anaknya.
“Pada mulanya saya ingatkan ia kemalangan biasa, tetapi apabila
tiba di tempat kejadian saya lihat anak saya terbaring di atas bumbung
kereta dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di HUSM,
semalam.
Menurutnya, dia dan anak kedua daripada empat beradik itu rapat seperti rakan karib.
“Kami rapat dan masih terngiang-ngiang hasrat arwah yang mahu
menyambung pelajarannya selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian. Pemergiannya amat dirasai, tetapi saya reda,” katanya.
Tangan ditetak lelaki mengamuk
CEDERA...urat bahu Mohd Fauzi putus akibat ditetak pemandu lori.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang abang mahu menyelamatkan adik
perempuan dan anak saudaranya berusia empat bulan daripada ditetak
seorang lelaki yang mengamuk berdekatan Flat Sri Sabah, Cheras, di sini,
membawa padah apabila bahu kanannya ditetak dalam kejadian berkenaan,
kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Yu Amril, 25,
ditetak di bahu kanan hingga menyebabkan urat bahunya putus manakala
adik iparnya, Azrul Zainal Abidin, 24, bengkak di muka akibat diserang
lelaki sama.
Menceritakan kembali kejadian berkenaan, adik
mangsa, Noraini Yu Amril, 24, berkata sebelum kejadian, mereka
sekeluarga pergi membeli barang dapur di Pasar Chow Kit sebelum pulang
ke rumah ibu mentuanya di Cheras.
Katanya, ketika hendak keluar dari simpang jalan menghala ke Jalan
Cheras, kereta dinaiki mereka dihimpit lori pasir yang enggan memberi
laluan menyebabkan mereka memperlahankan kenderaan.
“Namun,
pemandu lori itu seperti tidak puas hati dengan kami dan asyik menjeling
hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah
sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.
“Selepas
berlanggar, pemandu lori itu tidak melihat kerosakan kenderaan di
hadapannya sebaliknya menuju ke arah kenderaan kami dan mengetuk cermin
pemandu sebelum menumbuk muka suami saya bertubi-tubi sebaik dia
menurunkan cermin,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurutnya, suaminya sempat menolak lelaki itu ke belakang sebelum
membuka pintu kereta dan abangnya yang duduk di bahagian penumpang
hadapan turut membantu suaminya daripada terus menjadi mangsa amukan
lelaki itu.
Katanya, dengan tiba-tiba lelaki itu kembali ke
lorinya sebelum membawa sebilah parang dan melibas ke arah suaminya
namun bernasib baik sempat mengelak.
“Berang kerana sasarannya tidak mengena, lelaki itu menjerit akan
melibas saya dan anak berusia empat bulan yang sedang duduk di
perhentian bas berdekatan sebelum berlari menuju ke arah saya.
“Abang saya yang risau dengan keadaan saya mendukung anak ketika itu
cuba menahan lelaki berkenaan dan akibatnya terkena tetakan di bahu
kanannya,” katanya.
Beliau berkata, walaupun cedera,
abangnya sempat melarikan diri ke arah pondok polis berdekatan dan orang
ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan membantu memujuk lelaki
terbabit supaya bertenang.
“Selepas memujuk lebih 30 minit, lelaki itu akhirnya menyerahkan parang sebelum orang ramai menghubungi polis,” katanya.
Gigit jari rugi RM150,000
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gara-gara percaya pada pemberian sehelai cek bernilai
RM700,000, seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM150,000
selepas melabur dalam skim ‘Pelaburan Dana Tajaan Kerajaan’ yang
dikendalikan seorang ahli perniagaan dan penjawat awam.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 60-an itu didatangi seorang
kenalan yang merupakan penjawat awam ke rumahnya pada hujung tahun lalu
dan ketika itu, dia menyatakan mengenai skim pelaburan berkenaan yang
dikendalikan seorang ahli perniagaan.
Beliau berkata, mangsa yang percaya pada penjawat awam itu membuat
keputusan untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan hasil lumayan
dengan hanya menyerahkan wang tunai yang kononnya akan dilaburkan dalam
projek kerajaan serta dijanjikan tidak akan rugi.
Menurutnya, mangsa turut dipertemukan dengan ahli perniagaan
berkenaan bagi memberi keyakinan penuh kepadanya dan mangsa diminta
memasukkan wang pelaburan melalui akaun bank sahaja.
“Secara berperingkat mangsa sudah memasukkan wang berjumlah
RM150,000 ke dalam akaun lelaki itu dan sebagai balasan, mangsa
diberikan cek bernilai RM700,000 yang diminta ditunaikan selepas
setahun.
Lawan tarik beg dengan peragut
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut
yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam
kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini,
semalam.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki
berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila
dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam
kejadian jam 10 pagi.
Katanya, seorang lelaki terbabit
tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng
wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku
tarik-menarik dengan lelaki itu.
“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang
kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan
kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua
peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap
motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan
menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus
kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi
mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan
reman untuk siasatan lanjut.
“Semakan awal mendapati
kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan
jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan,” katanya.
‘Balai maksiat’
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
BETONG: Wanita pekerja seks dari daerah ini atau digelar ‘wanita
kawad cam’ menjadi pilihan golongan lelaki ‘hidung belang’ dari Malaysia
untuk dilanggan dengan bayaran antara RM200 dan RM300 bagi tempoh 12
jam kerana didakwa boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu berbanding
wanita dari daerah lain di selatan Thailand.
Pada kebiasaannya, pekerja seks berkenaan akan dikumpulkan dalam
bilik khas di sepanjang deretan premis pelacuran di kawasan itu yang
dimiliki tauke warga Thailand sebelum dipilih pelanggan melalui kaedah
‘duduk dan pilih’.
Pelanggan yang berminat akan dibawa masuk ke dalam premis sebelum
dipelawa duduk di sofa disediakan pemilik premis sebelum pekerja seks
yang ditempatkan di tingkat atas premis dipanggil dan diarah berdiri
dalam barisan di depan pelanggan.
Perbuatan kumpulan antara lapan hingga 15 wanita terbabit yang
berdiri tidak ubah seperti proses kawad cam penjenayah dilakukan polis
terhadap suspek kes jenayah.
Bapa ayam kemudian akan memperkenalkan nama setiap wanita berkenaan sambil memberitahu harga bayaran dikenakan.
Datuk kejam dijel
Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my
KOTA KINABALU: Perbuatan kejam seorang datuk menghempas cucu
perempuannya berusia dua tahun ke lantai dan katil berulang kali,
terbalas apabila dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000
selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret,
semalam.
Tertuduh, Mijon Yusuf, 49, mengaku bersalah mendera cucunya di
rumah mereka di Kampung Lonou, Menggatal, kira-kira jam 3.50 petang pada
7 Jun lalu.
Mengikut fakta kes, seorang daripada anak pengadu mendakwa melihat
tertuduh mengangkat mangsa lalu menghempasnya ke lantai dan katil.
Bagaimanapun kanak-kanak itu sempat diselamatkan ibu saudaranya yang kebetulan berada di rumah daripada terus dibelasah.
Ibu mangsa yang mengetahui perbuatan itu kemudian membuat laporan
polis pada hari sama selepas tidak tahan melihat keadaan anaknya itu.
Sesal lepas hidap sifilis
IPOH: Gara-gara sering melanggan pelacur warga Thailand yang popular
dengan jolokan ‘wanita kawad cam’, seorang pemandu lori mendakwa kini
menderita akibat dijangkiti penyakit kelamin, sifilis.
Mangsa mendakwa dijangkiti penyakit menular seksual (PMS) itu
selepas sering melanggan pelacur dari jiran itu tanpa memakai kondom.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Bob, 39, berkata, tidak menyangka
terkena penyakit sifilis itu yang sebelum ini dianggap hanya demam dan
selesema biasa saja.
Menurutnya, dia yang sering diarah menghantar barangan ke Grik dan
Pengkalan Hulu, Perak sering mengambil kesempatan bermalam di Betong,
Thailand bersama rakannya berikutan kedudukan bandar itu hanya 10 minit
perjalanan dari pintu sempadan negara.
“Ramai lelaki
tempatan datang ke Betong untuk berhibur terutama mencari keseronokan
berikutan bandar itu ‘hidup’ dengan aktiviti pelacuran pada waktu malam.
“Kemudahan sewa bilik hotel yang murah serta lambakan pelacur
disediakan puluhan rumah pelacuran menjadi tarikan kepada kami melanggan
mereka,” katanya.
Katanya, dia mengaku pernah ‘melancong’ ke Betong tidak kurang 10 kali sejak awal 2011 hingga Mei lalu.
“Namun, saya mula berasa perubahan pada badan apabila radang sakit
seperti ulser dan ruam berwarna kemerah-merahan kerap muncul pada
zakar. Bagaimanapun bengkak kegatalan itu hilang beberapa minggu
kemudian selepas saya meletakkan antibiotik.
“Bagaimanapun saya berasa tidak sedap badan apabila kerap diserang
selesema dan demam, malah badan lenguh selain kaki sering kebas ketika
memandu lori walaupun tidak sampai satu jam.
Menurutnya,
rakan sekerja kemudian menasihatinya menjalani pemeriksaan kesihatan
berikutan bimbang kemungkinan mengidap gout atau kolesterol tinggi.
“Namun doktor yang melakukan ujian darah mendakwa saya menghidap
penyakit sifilis. Saya terkejut dan terpaksa menceritakan kepada doktor
aktiviti seks rambang dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
‘Dah situ jodohnya’
Oleh Noor Faizal Ghazali
am@hmetro.com.my
PARIT BUNTAR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk
Zainal Abidin Osman, 52, sah bergelar suami kepada pemenang Gadis Melayu
Musim Kedua, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23, apabila selamat
diijabkabulkan di rumah keluarga perempuan di Taman Seri Semarak di
sini, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Parit Buntar, Mohd Khori Junus, jam 10.30 pagi dengan disaksikan lebih 50 tetamu.
Pada
majlis sederhana tetapi meriah itu, Siti Nur Syafiqa atau lebih mesra
disapa Fiqa menerima mas kahwin telekung serta al-Quran dan wang
hantaran dalam bentuk cek yang tidak didedahkan jumlahnya.
Fiqa menerima sembilan hantaran dan membalas 11 dulang hantaran.
Zainal
Abidin, bapa kepada empat anak menduda selepas kematian isteri, Datin
Shazarina Shamsuddin di Hospital Selayang akibat barah hati dan
paru-paru pada 22 Disember 2010.
Fiqa berkata, dia lega pernikahan berjalan lancar selepas setahun menyulam kasih.
“Saya bertemu suami selepas diperkenalkan kenalan rapat sebelum kami
berhubung melalui telefon,” katanya yang baru menamatkan pengajian di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sarjana Muda Sains
Mikrobiologi. Mengulas jodohnya dengan orang kenamaan, Fiqa berkata,
semuanya ketentuan Allah dan dia menerima seadanya.
Sementara
itu, Zainal Abidin berkata, melalui kenalan, dia mengenali Fiqa sebelum
hubungan mereka bertambah intim terutama apabila anak bongsunya sering
menghubungi Fiqa.
“Mungkin ini dikatakan jodoh. Apapun saya bersyukur dipertemukan
dengan Fiqa. Dia penyayang dan mengambil berat serta lebih matang
berbanding usianya. “Fiqa memahami kerjaya saya, malah banyak membantu
saya menguruskan hidup. Begitulah selayaknya wanita dijadikan isteri,”
katanya.
Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong
Tebal berkata, anak dan keluarga merestui hubungan mereka. Majlis
persandingan diadakan hari ini di Dataran Sungai Kerian, di sini,
bertema perkahwinan dalam taman.
Buntu anak tunggal ghaib
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang bapa kini resah apabila anak gadisnya berusia
13 tahun menghilangkan diri selepas keluar dari rumah di Semenyih, dekat
sini, sejak seminggu lalu.
Nur Izatul Yazmin Rosli yang menuntut di Sekolah Menengah
Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, sudah tidak hadir ke sekolah sejak
seminggu lalu menyebabkan keluarganya kini buntu memikirkan nasib anak
mereka yang hilang tanpa khabar berita itu.
Bapanya, Rosli Ahmad, 41, berkata, anak tunggalnya itu dipercayai
bertindak sedemikian selepas mengenali seorang lelaki berusia 20-an
dikenali sebagai Jeffri berasal dari Sarawak hingga sanggup menipu
mereka sekeluarga kononnya ingin menghadiri majlis jamuan makan di rumah
rakannya pada 7 Julai lalu sebelum mengikut lelaki berkenaan.
Beliau berkata, pada mulanya, anak gadisnya itu meminta izin
untuk pergi ke rumah rakannya di Kampung Sentosa, Semenyih, namun dia
dan isteri tidak membenarkannya.
“Namun kasihan melihat Nur Izatul yang tidak berputus asa
memujuk kami berdua menyebabkan saya bersetuju dengan syarat saya yang
akan menghantarnya ke rumah rakannya itu.
Kejutan tangki air pecah
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
DUNGUN: “Saya menekan brek dengan kuat sebaik melihat air melimpah ke
atas jalan,” kata Mohamad Abdullah, 35, menceritakan detik cemas sebuah
tangki air di Sekolah Kebangsaan Paka, dekat sini, pecah dan nyaris
mencederakan penduduk yang melalui kawasan itu, semalam.
Katanya, kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika dia
melalui jalan belakang sekolah berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat
di masjid berhampiran.
"Ketika kejadian, saya yang memandu
kereta mengekori sekumpulan penduduk yang berbasikal dan bermotosikal
sebelum terdengar satu letupan kuat.
“Selepas itu, saya melihat serpihan tangki air berkenaan berkecai
dan jatuh ke tanah dengan air di dalam tangki melimpah memenuhi memenuhi
jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mohamad berkata, selain itu keseluruhan atap sebuah bangunan sekolah
yang berada bersebelahan tangki air berkenaan rosak teruk akibat ditimpa
bebanan air dan serpihan tangki itu.
“Beberapa penunggang
basikal dan motosikal di depan saya kelam kabut dan mengelak daripada
melanggar serpihan dan air yang laju.
“Keadaan itu menyebabkan saya yang mengekori di belakang terpaksa
menekan brek sekuat hati bagi mengelak melanggar mereka,” katanya.
Mohamad berkata, dia menjangkakan sebanyak 300,000 liter air berada
di dalam tangki setinggi kira-kira 20 meter itu dan kejadian berkenaan
juga menyebabkan sebahagian pagar di belakang sekolah itu runtuh.
Hampir maut dilarikan dua penyamun
KUANTAN: Seorang pemandu lori hampir mati kelemasan apabila diikat
dan dipaksa masuk ke dalam but kereta oleh dua penyamun yang melarikan
lori membawa muatan tayar yang dipandunya di Lepar Hilir, dekat sini,
pagi kelmarin.
Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 48
tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor, terpaksa bertarung nyawa
untuk mencari bekalan udara selepas empat jam meringkuk di dalam but
kereta milik penyamun terbabit.
Mangsa hanya berjaya
melepaskan diri ketika kereta milik penyamun berkenaan berhenti di tepi
jalan di Felda Bukit Kuantan, di sini, akibat masalah enjin.
Sebelum itu, mangsa yang berseorangan dan memandu lori membawa
muatan 181 tayar baru untuk dihantar ke Dungun, Terengganu, dikatakan
berhenti di tepi jalan untuk melelapkan mata.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, pintu lori mangsa dibuka dan dua
lelaki tidak dikenali mengacu pisau di lehernya sambil mengarahkan
mangsa supaya tidak melawan.
Ketua Polis Daerah Kuantan,
Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata seorang daripada lelaki
itu kemudian mengambil tali untuk mengikat mangsa sebelum mengarahkannya
turun dari kenderaannya dan masuk ke dalam but kereta yang dibawa
kedua-dua penyamun terbabit.
“Seorang daripada suspek memandu lori yang dirampas dari lelaki
itu, manakala seorang lagi memandu kereta. Mereka menghala ke arah
bandar Kuantan dan sebaik tiba di Felda Bukit Kuantan, kereta suspek
mengalami masalah enjin dan terpaksa berhenti di tepi jalan.
“Kesempatan itu digunakan mangsa untuk meleraikan ikatan di badannya
dan membuka but kereta itu dari dalam. Selepas melihat kedua-dua
penyamun itu tiada, dia mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan
dirinya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa berjaya mendapatkan bantuan orang awam
yang melalui jalan berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Panching
kira-kira jam 8 pagi kelmarin.
Sepasukan polis yang
bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui 118 tayar baru yang
dipercayai dibuang oleh suspek di tepi jalan, manakala lori dan kereta
yang digunakan kedua-dua suspek sudah tiada.
“Siasatan
awal mendapati, baki 63 lagi tayar itu masih ada di dalam lori berkenaan
dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM90,000. Kami masih menjalankan
siasatan berhubung kejadian terbabit dan mengklasifikasikannya mengikut
Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
10 laman web disekat
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menyenaraikan 10 laman web yang membenarkan aktiviti muat turun filem
dan video secara tidak sah untuk disekat.
SKMM dalam satu kenyataannya memaklumkan perkara itu kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk berbuat demikian.
Menurut SKMM, pihaknya menerima permintaan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mencegah capaian
kepada laman web yang dikesan melanggar Akta Hak Cipta 1987 itu.
“Suruhanjaya sudah memaklumkan kepada pemegang lesen di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai permintaan ini dan tindakan
sedang diambil secara berperingkat,” katanya.
Mengikut akta
berkenaan, pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan
melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.
“Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan,” katanya.
Maklumat mengenai surat daripada SKMM dipercayai untuk ISP sudah bocor dan disiarkan di laman blog.