Sunday, July 8, 2012

BILA JIWA TAK TENANG MACAM2 BOLEH BERLAKU....DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT

Kerani akaun mati akibat diragut


Motosikal ditunggangi Mui Choo (gambar kecil) semasa kejadian dia diragut kelmarin.



MELAKA – Seorang kerani akaun sebuah syarikat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka semalam selepas 23 jam bertarung maut akibat cedera parah diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya kelmarin.
Mangsa, Tang Mui Choo, 35, dari Taman Pokok Mangga di sini yang masih bujang, meninggal dunia pada pukul 7 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, sehari sebelum itu, Mui Choo yang menunggang motosikal Yamaha SS110 dalam perjalanan ke tempat kerjanya diragut ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang di sini.
“Semasa kejadian pada pukul 8.05 pagi, mangsa dihampiri dari belakang oleh sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki dua lelaki berpakaian serba hitam.
“Salah seorang lelaki itu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sebelum mangsa terjatuh dari motosikal,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tendang bini sebab banyak hutang




KOTA BHARU – Seorang peniaga yang mendakwa tertekan dibelenggu hutang keliling pinggang, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang belakang badan isterinya di rumah mereka di Batu Melintang, Jeli, April lalu.
Tertuduh Hamid Hamad (gambar), 44, mengaku bersalah melakukan perbuatan mencederakan isterinya itu ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik.
Mengikut pertuduhan, Hamid didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rohana Mohd. Zin, 40, dengan menendang bahagian belakang badan mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di Lata Janggut, Batu Melintang antara pukul 7.30 malam hingga 10 malam, 8 April lalu.
Dia yang merupakan seorang peniaga didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Adilla Othman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bunuh jiran selepas bertengkar


ANGGOTA polis membawa suspek yang disyaki membunuh jirannya dalam kejadian di Kampung Changkat, Kampar kelmarin.


TAIPING – Perbalahan antara dua warga emas yang tinggal bersebelahan sejak beberapa tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorangnya bertindak nekad menetak kepala dan pinggang jirannya hingga mati dalam kejadian di Kampung Changkat, Kampar kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu mengakibatkan Wong Cheong Heng, 73, mati di situ selepas cedera parah di kepala dan pinggang ditetak oleh jirannya yang berusia 62 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang tinggal berjiran sudah lama bertengkar.

Korban banjir kilat di Rusia cecah 150 orang


PEMANDANGAN sekitar bandar Krymsk, selatan Rusia, yang ditenggelami air banjir semalam.



KRYMSK, Rusia - Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda rantau Krasnodar di selatan Rusia meningkat kepada 150 orang, kata seorang jurucakap polis semalam.
Jurucakap berkenaan, Ivan Sengerov berkata, kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar ini yang dihuni oleh 57,000 orang.
Menurutnya, seramai 139 mayat telah ditemui di bandar berkenaan.
Setakat ini, katanya, hampir 29,000 orang di seluruh kawasan terjejas di selatan Rusia terputus bekalan elektrik dengan lebih 5,000 buah rumah ditenggelami air bah.
Banjir kilat itu turut mendapat perhatian Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Kelmarin selepas melawat kawasan banjir di Krasnodar, Putin, 59, mengarahkan satu siasatan segera dilakukan bagi memastikan sama ada langkah mencukupi telah diambil untuk menghalang kematian 150 orang dalam bencana itu.
Beliau berkata, dana khas akan digunakan untuk membina kediaman baharu untuk mangsa banjir tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, ramai mangsa banjir di Krymsk menyuarakan kemarahan terhadap pihak berkuasa kerana tidak menghulurkan bantuan ketika kediaman mereka digenangi air dalam tempoh beberapa jam.
Bencana tersebut yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat, berlaku pada Jumaat lalu.
"Tiada orang datang ke jalan tempat kami tinggal untuk menghulurkan bantuan. Kami sangat memerlukan bantuan," kata seorang pesara wanita di sini, Lidiya Polinina kepada agensi berita AFP menerusi telefon.
"Rumah kami tenggelam hingga ke siling," tambahnya.
Seorang lagi penduduk setempat yang hanya mahu dikenali sebagai Tatyana mendakwa air bah melimpah ke kediaman mereka dengan cepat.
"Rumah kami digenangi air dalam masa lima hingga 10 minit," katanya. - Agensi

Jerung putih ditemui di lokasi filem Jaws



GAMBAR pada 4 Julai 2010 menunjukkan seekor jerung putih besar menerkam umpan anjing laut tiruan dekat Teluk False Afrika Selatan.



BOSTON - Sekurang-kurangnya dua ekor jerung putih dilihat tidak jauh dari kawasan penggambaran filem ikan pemangsa berkenaan, Jaws, di perairan bandar Chatham, Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Berita tersebut menyebabkan seorang pegawai mengeluarkan amaran waspada kepada orang ramai di samping mendorong ramai pelancong berkunjung ke lokasi berkenaan untuk melihat ikan ganas itu.
Perkembangan tersebut turut mendorong pihak pentadbiran bandar Chatham melarang pengunjung berenang dalam lingkungan 100 meter daripada anjing laut.
Haiwan tersebut merupakan makanan kegemaran jerung putih.
Bandar Chatham terletak di pusat peranginan Teluk Cod
"Pada masa ini, kami tidak akan menutup keseluruhan kawasan pantai kepada orang ramai tetapi kami menasihatkan mereka supaya tidak leka ketika berada di laut dan tidak berenang terlalu jauh dari pantai," kata pegawai tempatan, Stuart Smith.
Sebelum ini, sebuah kumpulan penyelidikan jerung tempatan, Cape Cod Shark Hunters memberitahu, pihaknya melihat dua jerung putih di pantai itu pada 3 Julai lalu.
Beberapa gambar yang diperoleh menunjukkan seekor jerung berkenaan memiliki panjang lebih lima meter. - AFP

No comments:

Post a Comment