BATU PAHAT: Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, 
dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung 
di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung 
Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.
  Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara 
mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal 
bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, 
dekat sini, ketika suami masih hidup.
  Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak 
perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun 
dihimpit kemiskinan.
  Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah 
Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling 
menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah
 atau senang.
  Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin 
dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 
1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.
TAIPING: “Biarpun bermandi darah akibat ditikam bertubi-tubi oleh 
perompak, saya tetap melawan dalam keadaan pisau masih tertusuk di 
dada,” kata Norziatul Akma Tajuddin, 22, yang menjadi mangsa serangan 
seorang perompak, tengah hari semalam.
   Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai 
dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, 
ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.
   Norziatul Akma berkata, lelaki tempatan yang berusia awal 20-an 
itu masuk ke kedai dan berpura-pura bertanya harga upah bagi membasuh 
kain langsir seberat satu kilogram.
   “Disebabkan tidak pasti 
berapa harganya, saya segera menghubungi kakak (Rosliana Tajuddin, 28) 
yang ketika itu berada di rumah untuk mendapatkan kepastian.
   “Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba meluru sebelum 
mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher saya. Dia kemudian 
mengarahkan saya supaya jangan melawan dan menyuruh saya berjalan ke 
arah belakang premis,” katanya yang masih dirawat di Wad 17, Hospital 
Taiping, di sini.
ALOR GAJAH: “Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki 
sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala  menyebabkan 
saya melepaskan sedas tembakan ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun 
bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.
   Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian 
Tunggal, dekat sini, rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita 
Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md Noor, 58, serta anak tunggal mereka, 
Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang, 
pisau dan pemotong besi.
   Bagaimanapun, cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah 
berkenaan gagal apabila seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan 
seorang lagi cedera di perut akibat terkena tembakan senapang patah 
dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di dahi.
   Seorang 
lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan
 polis kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang 
kesakitan manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi 
sempat melarikan diri.
  Mohd Shamir berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, 
seorang rakan penjenayah itu yang turut berada dalam rumah, menjerit 
sambil membaling basikal, kerusi dan pelbagai peralatan ke arah saya 
yang mengarahkan mereka menyerah diri. 
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, keempat-empat suspek yang 
bersenjatakan pistol itu melarikan mata wang asing berjumlah AS$11,000 
(RM33,000) dan wang tempatan, RM25,000 serta barangan berharga lain di 
pejabat berkenaan.
  Bagi meyakinkan mangsa mereka pegawai 
polis, kumpulan lelaki itu mengarahkan pengarah syarikat dan semua 
stafnya menjalani ujian air kencing kerana mendakwa mereka ke pejabat 
itu atas arahan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  Sumber polis berkata, pengarah syarikat berkenaan dipaksa membuka 
peti keselamatan sebelum melarikan wang bernilai lebih RM58,000 termasuk
 mata wang asing. Mereka turut merampas telefon bimbit dan komputer riba
 milik staf syarikat berkenaan.
  “Tidak cukup dengan itu, 
kumpulan terbabit turut mengugut meletakkan sepeket kecil serbuk putih 
dipercayai dadah di pejabat berkenaan sekiranya mangsa enggan 
bekerjasama dengan ‘siasatan’ mereka,” katanya.
  Sumber 
berkata, pengarah syarikat berkenaan yang tertipu dengan penyamaran 
suspek meminta kebenaran mereka untuk menghubungi peguam syarikat bagi 
membantu siasatan.
  Bagaimanapun, kumpulan suspek naik angin selepas mangsa memaklumkan
 akan menghubungi peguam dan ketika itu, pengarah syarikat berkenaan 
baru tersedar mereka penjenayah dan bukan polis.
  Katanya, 
akibat risau penyamaran mereka terbongkar, suspek menolak pengarah 
syarikat itu ke dalam pantri dan menguncinya dari luar sebelum melarikan
 diri.
Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner 
Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan 
dan siasatan dijalankan.
   
  
    
KUANTAN: Selama 16 tahun menggunakan kad pengenalan milik rakan yang 
mempunyai wajah miripnya, seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia 
dikesan melakukan pelbagai urusan termasuk membuat pinjaman bank, 
memohon lesen memandu serta mendaftarkan perkahwinan dengan seorang 
wanita tempatan.
    Lelaki berasal dari Jawa Barat yang masuk ke negara ini 18 tahun 
lalu menggunakan pasport sah, tidak pulang ke negaranya, sebaliknya 
menetap secara haram di beberapa negeri sebelum melarikan diri ke 
Kuantan dan bertemu seorang warga tempatan yang menjadi rakan karibnya.
    Secara kebetulan, wajah mereka hampir sama dan selepas berkawan baik
 selama beberapa tahun, rakannya itu menyerahkan kad pengenalan miliknya
 kerana kasihankan warga asing berkenaan.
    Rakan lelaki terbabit  membuat aduan mendakwa kad pengenalan 
miliknya hilang dan membawa salinan laporan polis ketika memohon membuat
 MyKad baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    Dengan 
kad pengenalan itu, pendatang asing berkenaan memulakan hidup baru 
sebagai buruh dan menyamar diri sebagai rakyat negara ini sehingga 
membolehkan dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, mendapatkan 
lesen memandu dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan hingga 
mendapat tiga cahaya mata.
    Sekali imbas, sukar bagi 
mana-mana pihak mengatakan bahawa lelaki itu warga Indonesia kerana gaya
 pertuturannya sudah menyamai rakyat tempatan.
    Bagaimanapun, tembelang lelaki berusia 40 tahun itu terbongkar 
apabila ditahan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Mohd Rozi 
Ghazali bersama pegawainya ketika membuat serbuan di kediaman lelaki 
terbabit di Jalan Darat Makbar, di sini, jam 11 pagi kelmarin.
    Pengarah Imigresen Pahang, Datuk Mohamad Nasir Osman berkata, 
pihaknya  mengintip gerak-geri lelaki terbabit sejak sebulan lalu 
termasuk mengenal pasti kediaman, jenis kenderaan serta pekerjaannya.
Menurutnya, ketika pintu rumah lelaki terbabit dibuka selepas 
diketuk beberapa kali, warga asing berkenaan kelihatan tenang 
memperkenalkan dirinya dan dengan senang hati menunjukkan ‘kad 
pengenalan bermutu tinggi’ yang didakwa miliknya itu.
    
Katanya, ketika meneliti kad pengenalan itu, pegawainya mendapati gambar
 terpampang padanya sama dengan wajah lelaki berkenaan, sekali gus 
menyebabkan pihaknya sukar mengesan identiti sebenar lelaki terbabit.
    “Atas rasa curiga, kami membawa lelaki berkenaan ke JPN untuk 
pemeriksaan lanjut dan ketika itu, lelaki terbabit mula kelihatan tidak 
senang duduk dan cemas sepanjang perjalanan ke JPN.
    “Belum
 sempat tiba di JPN, dia akhirnya mengaku statusnya sebagai pendatang 
dan menggunakan kad pengenalan bermutu tinggi milik rakannya sejak 16 
tahun lalu iaitu selepas tarikh pasport miliknya tamat tempoh,” katanya 
di sini, semalam.
    Mohamad Nasir berkata, lelaki terbabit 
dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu manakala 
pihaknya mengesan pemilik sebenar kad pengenalan dipegang lelaki itu.
   
Penjenayah mengerang tepi rumah
ALOR GAJAH: Seorang penjenayah warga asing ditemui mengerang 
kesakitan di tepi rumah yang disamunnya  di Kampung Pantai Belimbing, 
Durian Tunggal, di sini, selepas terkena tembakan senapang patah, 
semalam.
  Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia 37 tahun 
cedera di kaki kiri selepas ditembak pemilik rumah, Mohd Shamir Fauzi, 
28, yang cuba disamunnya.
  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 
negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, tiga 
suspek menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu depan selepas 
memotong jeriji besi.
  “Mereka pergi ke bilik mangsa, namun kehadirannya disedari penghuni rumah yang melepaskan dua das tembakan senapang patah.
  “Mangsa yang terpaksa mempertahankan diri selepas dibaling dengan alat
 pemotong besi dan diserang menggunakan parang, melepaskan dua tembakan 
dan mencederakan dua suspek,” katanya.
  “Seorang suspek yang 
cedera kaki kiri  ditahan  polis yang tiba tidak lama kemudian manakala 
seorang lagi dipercayai cedera di perut, berjaya melarikan diri,” 
katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
  Menurutnya, suspek yang ditahan dan dihantar ke Hospital Melaka 
untuk rawatan itu mempunyai pasport sah dan baru masuk ke negara ini 
enam hari lalu.
   
Empat rakan suspek belasah isteri ditahan
 
 
KUCHING: Penahanan seorang lelaki yang terbabit dalam kes mendera 
isteri, petang kelmarin, membawa kepada penahanan empat lagi rakannya 
yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di dua lokasi 
berasingan di sekitar bandar raya ini, petang semalam.
   Menurut jurucakap polis, hasil soal siasat, suspek pertama berusia
 45 tahun yang ditahan di rumahnya di Pangsapuri Batu Kawa, semalam 
kerana dipercayai memukul isterinya seorang warga Indonesia dengan kayu 
golf dan tali pinggang sehingga tidak sedarkan diri. Polis mendapati dia
 pernah terbabit dalam kegiatan pecah rumah.
   Beliau 
berkata, susulan penahanan itu, polis melakukan soal siasat yang 
menyaksikan serbuan pertama di sebuah Pangsapuri di Batu Kawa di sini, 
jam 3 petang semalam yang  berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 28
 dan  44 tahun.
   “Dalam serbuan kedua di sebuah rumah teres di Tabuan Desa ini, 
polis menahan seorang lelaki yang juga ahli kumpulan yang sama berusia 
40 tahun.
   “Ada antara suspek yang ditahan mempunyai rekod 
jenayah pecah rumah dan kumpulan ini terbabit aktif dalam kegiatan pecah
 rumah di sekitar bandar raya ini.
   “Semua suspek ditahan 
untuk siasatan lanjut dan polis percaya penangkapan itu dapat 
menyelesaikan kes pecah rumah yang berlaku kebelakangan ini,” katanya.
   Harian Metro, semalam melaporkan, seorang isteri dibelasah 
sehingga pengsan oleh suaminya menggunakan kayu golf dan tali pinggang 
apabila mendakwa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
   Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas anak perempuannya berusia 12 
tahun menulis nota ‘Tolong selamatkan ibu saya’ di atas sekeping kertas 
dan membuangnya dari tingkat 13 pangsapuri berkenaan untuk mendapatkan 
pertolongan gara-gara tidak tahan melihat ibunya didera lelaki terbabit.
KUALA LUMPUR: “Saya meminta maaf kerana kutuk awak. Apa pun, terima kasih kerana buka mata banyak pihak mengenai hal ini.” 
     Itu antara maklum balas pembaca akhbar ini menerusi laman 
facebook Harian Metro, semalam selepas membaca pengakuan Noor, rakan 
kepada ibu yang mendera bayi berusia 10 bulan yang disiarkan kelmarin.
      Menerusi siaran secara ’online’ di facebook Harian Metro, berita 
itu mencatatkan 381 ulasan pembaca yang majoritinya menerima penjelasan 
terbabit walaupun ada segelintir yang masih marah dengan rakaman yang 
dibuat Noor walaupun dia sudah memberitahu keadaan sebenar mengapa video
 terbabit dirakam.
      Pada masa sama, seramai 422 pembaca berkongsi rangkaian berita 
berkenaan diselangi video temuramah wartawan kami di facebook 
masing-masing yang rata-ratanya memihak kepada Noor.
      
Menerusi siaran melalui laman Youtube pula, sejak semalam, seramai 
63,334 yang menyaksikan rakaman itu termasuk 262 ulasan dibuat yang 
turut menerima penjelasan berkenaan.
   
Antara syukur, sindiran sinis
Oleh Lokman Zainal Abidin
 
 
Cerita 1:
“RM15,000 je? Saya langsung tidak heran, sekali kait buah boleh dapat 
lebih daripada itu. Memang tak ikhlas langsung nak beri kat kita. Kalau 
setakat RM15,000 tu, baik tak payah...” Itu antara nada-nada tidak puas 
hati atau riak yang penulis dengar ketika melepak di warung kopi di 
perkampungan Felda berdekatan Jerantut, Pahang.
  Mulanya, penulis ingin memberi pendapat tetapi belum sempat 
mencelah, seorang lelaki tua yang duduk semeja dengan individu berkenaan
 bangun menepuk meja sambil berkata: “Jika kamu tak heran, ada beratus 
ribu peneroka lagi yang heran. Sedarlah sikit bukan semua peneroka 
bernasib baik macam awak yang sekali kait buah boleh dapat 
berpuluh-puluh tan.
  “Awak tahu tak, sebahagian besar 
peneroka tak pernah tengok pun duit sebanyak itu? Kalau awak rasa tak 
heran dan tak nak duit tu, awak sedekahkan kat masjid kampung kita, 
dapat juga pahala,” kata warga emas itu sambil menghidupkan enjin 
motosikal buruknya dan beredar, mungkin enggan perbalahan itu 
berpanjangan.
 Cerita 2: “Aku nak beli bot fiber, pacuan empat roda terpakai dan 
besarkan rumah. Bakinya aku nak simpan. Untuk anak-anak, tak payah la 
sebab mereka pun dah bekerja di Kuala Lumpur dan dapat gaji besar.
  “Aku dah lama hidup susah. Biarlah aku nak merasa senang sikit. Dengan
 bot dan pacuan empat roda tu nanti, bolehlah aku masuk hutan untuk 
menjala dan memancing.” Itu satu lagi fakta yang mungkin boleh memakan 
diri sendiri kerana sepatutnya wang itu digunakan untuk perkara lain 
yang berfaedah seperti menabung atau menunaikan haji.
  
Begitupun, individu berkenaan terduduk dan tidak berkata apa selepas 
jumlah yang diumumkan lebih rendah daripada yang difikirkan sebelum ini 
kerana apa yang ada di dalam benaknya ialah kerajaan akan memberi durian
 runtuh berjumlah lebih RM30,000.
 Cerita 3: “Nasib baik Perdana Menteri tetapkan RM5,000 untuk ketua 
keluarga, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 lagi untuk anak-anak. Jika 
tidak aku bimbang kes seperti di Felda Sendayan (di Negeri Sembilan) 
berulang semula.
  “Pak cik aku yang duduk di Felda Sendayan 
pernah dapat duit lebih sejuta tetapi rumah tangga berantakan. Dia siap 
kahwin baru dan anak-anaknya berterabur. Semuanya gara-gara dapat duit 
banyak tetapi tidak pandai menguruskan.
“Dengan pengumuman RM5,000 untuk anak-anak, aku yakin mereka 
(anak-anak) tidak akan berebut kerana ia lebih mudah untuk dibahagikan 
sama rata.
  “Jika pasal duit ni, adik-beradik pun boleh 
berparang dan bermasam muka. Aku harap perkara tu tak terjadi kerana 
bukan banyak sangat sampai kita nak berpatah arang berkerat rotan dengan
 adik-beradik,” kata seorang anak peneroka yang juga teman penulis sejak
 kecil.       KETIGA-TIGA cerita disebelah bukanlah rekaan semata-mata 
sebaliknya kisah benar yang penulis dengar sendiri ketika pulang ke 
kampung di di Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut, Pahang, pada hari sama 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh 
RM15,000 kepada 112,635 peneroka, isteri dan anak masing-masing 
membabitkan peruntukan RM1.689 bilion.
  Durian runtuh itu 
dibahagikan kepada tiga fasa iaitu sebanyak RM5,000 diserahkan kepada 
setiap ketua keluarga peneroka manakala fasa kedua dengan jumlah sama 
akan diserahkan kepada isteri peneroka sebaik fasa pertama selesai.
  Baki RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak-anak peneroka selepas 
selesai proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)
 di Bursa Malaysia, bulan depan.
  Selain wang itu, kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan Felda akan menerima bonus tambahan dua  setengah bulan gaji.
  “Saya juga suka untuk mengumumkan durian gugur iaitu tabung amanah 
khas yang membolehkan peneroka menerima dividen menerusi keuntungan FGVH
 selepas disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
   “Tawaran borang
 biru untuk pemilikan saham dan tambahan bantuan dana Yayasan Felda bagi
 membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional 
sekitar Felda,” kata Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu, 
baru-baru ini.
  Sebenarnya apa yang berlaku dan kata-kata 
sinis itu bukan berkaitan jumlah yang diumumkan sebaliknya ia lebih 
kebencian atau tidak senang mereka terhadap kerajaan menghargai warga 
Felda.    Mereka bukan tidak mahukan duit berkenaan dan penulis fikir 
tidak ada siapa yang menolak rezeki, cuma sebagai manusia mereka 
sentiasa berasakan tidak puas hati atau tidak pernah bersyukur.
  Itu jugalah yang berlaku ketika kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit masa lalu.
  Walaupun ramai mendakwa wang RM500 itu tidak lebih daripada sekadar 
rasuah untuk rakyat, mereka turut berebut-rebut malah tidak segan silu 
beratur panjang mendaftarkan diri untuk menerima habuan itu.
 
 Benarlah kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa berapa saja 
yang diumumkan kerajaan, pasti ada pihak yang tidak puas hati dan 
mencari alasan atau kata-kata sinis untuk menghentam kerajaan.
  Banyak lagi yang diperkatakan peneroka berhubung pemberian durian 
runtuh itu dan ketika sebahagian besar peneroka menadah tangan sambil 
mengucapkan syukur atas pemberian itu, ada  yang masih  merungut dan 
mendakwa mereka sepatutnya mendapat habuan lebih besar.
  
Inilah yang dikatakan manusia tidak pandai bersyukur dan jika ada sikap 
ini dalam diri mereka, berapa banyak pun yang diberikan, mereka tetapi 
tidak berpuas hati.
  Selaku generasi kedua, penulis 
berpendapat jumlahnya soal kedua tetapi faktor keikhlasan dan 
keprihatinan kerajaan untuk membantu warga Felda sepatutnya dihargai.
  Bayangkan sepanjang 50 tahun penubuhan Felda, inilah kali pertama 
kerajaan bermurah hati memberikan wang kepada warga peneroka dan tidak 
salah jika kita mengucapkan terima kasih, mungkin ada lagi rezeki yang 
akan diberikan.
  Namun, sebagai waris peneroka, penulis amat 
berharap masalah-masalah yang masih membelenggu warga Felda seperti isu 
geran tanah dan keperluan asas dapat diselesaikan dengan segera kerana 
lagu-lagu inilah yang sering didendangkan peneroka sehingga kini.
 Penulis Ketua Biro Harian Metro Pahang
   
Terpelanting ikut tingkap
Oleh Suraya Roslan
 surayaroslan@hmetro.com.my
 
NILAI: “Saya serta suami panik apabila bas terhuyung-hayang dan 
beberapa minit kemudian kami terpelanting keluar melalui tingkap depan. 
Semua penumpang bas ketika itu menjerit dan ada yang memecahkan tingkap 
bas untuk menyelamatkan diri,” kata Law Tau Fong, 62, semalam.
  Warga emas itu antara 28 penumpang bas dari Tampin yang terbabas 
dan melanggar pokok lalu terbalik di Batu 11, Jalan Gadong Jaya, dekat 
sini, awal pagi semalam.
  Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu mengorbankan pemandu bas, K 
Gunachandar, 52, yang mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku 
Jaafar Seremban (HTJS) akibat mengalami kecederaan parah selepas 
tersepit di tempat duduk pemandu.
  Difahamkan, rombongan itu dalam perjalanan ke Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang untuk bercuti ke Chiangmai, Thailand.
  Menurut Law, kejadian berlaku sejam selepas bas berkenaan bertolak dan sebahagian besar penumpang sedang tidur
NILAI: Pemandu sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan membawa 28 
penumpang ke Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, terbunuh selepas 
kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok di Batu 11, Jalan Gadong Jaya,
 dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu turut menyebabkan tujuh penumpang, 
rata-ratanya wanita warga emas cedera termasuk seorang masih kritikal.
Pemandu
 bas berkenaan, K Gunachandar, 52, maut ketika dalam perjalanan ke 
Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini.  Jurucakap polis 
berkata, bas yang membawa sembilan lelaki dan 19 wanita berusia antara 
40 hingga 72 tahun itu dalam perjalanan dari Tampin ke LCCT.
“Setiba di tempat kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengawal 
kenderaannya di satu selekoh lalu terbabas dan melanggar pokok serta 
terbalik.
“Mangsa meninggal dunia akibat cedera teruk di 
kepala dan badan manakala semua penumpang yang cedera dirawat di HTJS 
termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU),’’ katanya di sini, semalam.
Menurutnya,
 kemalangan mengakibatkan bahagian depan bas itu remuk teruk yang 
terpaksa dipotong pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff 
Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih 
dijalankan.
   
Tiga ibu rayu anak pulang
Oleh Muhammad Izzat Mustafa
 am@hmetro.com.my
 
KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Ibu, Ahad ini, tiga ibu merayu agar 
anak perempuan masing-masing pulang ke pangkuan keluarga selepas 
melarikan diri dari rumah.
  Bagi mereka, kepulangan anak tersayang itu adalah paling bermakna sempena hari berkenaan.
   Seorang suri rumah, Che Nolia Hassan, 54, berkata anak bongsunya 
daripada tiga beradik tidak pulang ke rumah di Rawang, sejak Julai tahun
 lalu.
   Beliau berkata, anaknya yang juga pelajar Universiti Teknologi 
Mara (UiTM) Segamat, Johor, Noor Haffiza Ibnu Hajar, 24,  disedari 
hilang kira-kira jam 9 pagi dipercayai lari mengikut teman lelaki dengan
 menaiki kereta Proton GEN 2 yang sudah menunggu berhampiran rumahnya.
   “Ada seorang saksi iaitu pengawal keselamatan di kawasan perumahan 
melaporkan ternampak Noor Haffiza mengikut dua lelaki dalam kereta 
berkenaan. Sebelum kejadian, kami tidak bertengkar dan anak saya itu 
berkelakuan seperti biasa menyebabkan saya sekeluarga tidak mengesyaki 
apa-apa.
  “Namun, saya terkejut apabila mendapati biliknya 
kosong manakala pakaiannya tiada dalam almari ketika mahu mengajaknya 
bersarapan sebelum diberitahu pengawal keselamatan yang ternampak anak 
saya bersama dua lelaki,” katanya pada sidang media di pejabat Biro 
Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
   Seorang lagi suri rumah, Yong Mai Hoe, 44, turut melaporkan anak 
perempuannya, Kong Wei Yan, 16, lari mengikut teman lelakinya yang 
dipercayai warga Nigeria dikenali sebagai Prince, Selasa lalu.     “Saya
 khuatir anak tunggal saya ditipu lelaki kulit hitam yang baru 
dikenalinya selama lapan bulan itu dan dipaksa melacur dalam sindiket 
pelacuran membabitkan gadis bawah umur,” katanya.
     
Sementara itu, seorang lagi ibu malang, Lee Eng Leng, 45, berharap anak 
perempuannya, Toh Poh Kiew, 20, pulang ke rumah selepas keluar rumah 
pada Disember tahun lalu kerana merajuk akibat tidak dapat melanjutkan 
pelajaran berikutan masalah kewangan dihadapi keluarga.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, 
berkata, pihaknya menerima enam laporan kes sama sejak awal tahun ini 
membabitkan gadis berusia 20 tahun ke bawah.
   “Oleh itu, 
kami merayu sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai gadis berkenaan 
boleh menghubungi kami di talian 03- 2203388,” katanya.
   
Cincin jadi kenangan
Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zatul Iffah Zolkiply, Zaid Salim dan Khairul Hamizy Ramlee
 am@hmetro.com.my
 
DUNGUN: “Kain baju Melayu dan cincin pertunangan ini akan saya 
jadikan sebagai kenangan hari perkahwinan kami pada hujung tahun ini,” 
kata Umi Nurul Aeisyatun Jaafar, 22, tunang kepada Rosli Mansor, 31, 
yang maut dalam kejadian letupan gas di tapak Loji Pemprosesan Gas (GPP)
 3 di kawasan Perindustrian Petronas Kerteh, di sini jam 3 petang 
kelmarin.
   Umi yang disenangi dengan panggilan Along berkata, sebelum 
kejadian, arwah membeli kain berkenaan sebanyak dua pasang untuk dibuat 
baju Melayu bagi dipakai ketika majlis akad nikah dan hari raya 
Aidilfitri.
   “Saya sedih apabila hajatnya memakai baju 
berkenaan tidak kesampaian kerana dia pergi terlebih dulu meninggalkan 
saya dan keluarga buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah 
keluarga mangsa di Kampung Baru, Kuala Abang, di sini, kira-kira jam 2 
pagi, semalam.
   Umi yang mengenali arwah sejak lima tahun sebelum mengikat tali 
pertunangan pada 11 November tahun lalu berkata, kali terakhir dia 
bertemu tunangnya pada dua minggu lalu di kedai makan tempat dia bekerja
 di bandar ini dan ketika itu arwah hanya melihat dia dari jauh.
   “Ketika itu saya sedang sibuk melayani pelanggan dan berhasrat 
menghampiri mejanya, tetapi dalam kesibukan itu saya tidak menyedari 
arwah keluar semula daripada kedai.
   “Saya kesal kerana kami
 tidak sempat berbual dan arwah hanya memandang saya daripada jauh 
saja,” katanya yang bercadang melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember
 depan.
   Katanya, arwah seorang lelaki penyayang serta ringan tulang selain
 disenangi keluarganya dan reda dengan pemergiannya selain mendoakan 
semoga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh.
   
Sementara itu, seorang daripada kakak mangsa, Yati, 38, berkata arwah 
adiknya seorang yang disenangi dalam keluarga dan penduduk kampung.
Menurutnya, sejak pemergian bapa, Mansor Abd Rahman, 50, dia serta
 adik-beradik lain banyak bergantung harap kepada arwah.  Jenazah Rosli 
selamat dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Kuala Abang,
 semalam