Tuesday, May 8, 2012

BILA DIZAMAN INI...WANITA DAN LELAKI BERKERJAYA...MAKA SUSAHLAH KITA NAK CARI LELAKI MAU WANITA YANG BAIK...SOLEH ATAU SOLEHA..

Beego tidak mengaku berkhalwat



KUALA LUMPUR – Tiga tahun menyepi selepas kontroversi perceraian di mahkamah, penyanyi dan pelakon Beego (gambar) sekali lagi mengejutkan khalayak dengan kes tuduhan berkhalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Beego yang dikenali menerusi sitkom Puteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal.
Menurut beliau, selain Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszarul Nizam Abdullah, 32, turut membuat pengakuan serupa ialah dua rakannya, Fikry Zainon dan Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad masing-masing berusia 20-an dan bekerja di sektor swasta.
Mereka bertiga dituduh berkhalwat dengan dua orang wanita iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhtar di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011.

2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang

KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.
Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong di Dewan Negara di sini semalam.

Warga emas mati diserang Pitbull

SUBANG JAYA - Rutin harian seorang lelaki warga emas berjoging mengelilingi kawasan perumahannya sejak 20 tahun lalu berakhir semalam apabila mangsa maut diserang seekor anjing peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 di sini semalam.
Kejadian pukul 9.50 pagi itu berlaku ketika Yip Sun Wah, 74, berada kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan telah hampir sejam berjoging di kawasan itu.
Ketika kejadian, mangsa seorang diri sebelum diserang seekor anjing jantan baka Pitbull peliharaan seorang penduduk.
Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian.
Serangan empat minit itu disaksikan seorang jurujual kereta yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mengambil kereta pelanggannya.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Addy, 44, berkata, dia cuba membantu Sun Wah dengan memukul anjing itu menggunakan payung tetapi gagal kerana haiwan itu enggan beredar.

Alat pemancar jejas kesihatan penduduk


TEONG LOOK (kanan) bersama penduduk, Lee Kin Hing (tengah) dan Lee Seng Tak menunjukkan kedudukan alat pemancar sebuah bangunan berhampiran kediaman mereka di Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 44 keluarga di Apartmen Taman Teratai Mewah, Setapak di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik kelulusan pembinaan alat pemancar telekomunikasi di atas bumbung premis bersebelahan kediaman mereka kerana alat tersebut didakwa telah menjejaskan kesihatan mereka.
Empat alat pemancar telekomunikasi yang dipasang sejak dua bulan lalu hanya terletak 20 meter dari apartmen tersebut.
Soo Siew Chan, 68, mendakwa, pemasangan alat pemancar telekomunikasi itu menyebabkan dia dan ahli keluarganya sering mengalami sakit kepala yang teruk.
"Masalah ini wujud selepas alat pemancar telekomunikasi ini dipasang pada bulan Mac lalu dan anak saya sering mengadu dia terdengar bunyi berdesing di telinga dan kurang selesa," dakwanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Petani China bina kapal selam


SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.


BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

Pelajar China suntik asid amino


SEBUAH kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei dilengkapi dengan sejumlah tiub asid amino.


BEIJING - Pelajar-pelajar di China sanggup menggunakan suntikan asid amino sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan memasuki kolej, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa gambar yang tersebar di laman web menunjukkan terdapat tiub-tiub asid itu digantung di dalam kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei.
Menurut akhbar China Daily, seorang pegawai sekolah, Gao Pingqiang berkata, suntikan asid itu popular dalam kalangan pelajar kerana ia tidak mendatangkan kesan berbahaya terhadap kesihatan.
"Pihak sekolah tidak akan menghentikan suntikan itu. Kami akan terus memberinya jika pelajar mahukannya," kata kata Pingqiang.
Seorang lagi pegawai sekolah memberitahu, asid amino mampu memperbaiki fizikal pelajar dan meningkatkan tenaga mereka. - AFP

Sewa hotel melambung menjelang Olimpik

GAMBAR fail pada 28 Mac 2012 menunjukkan Marina Usher Mazur berada
di kediaman tiga bilik miliknya di London.


LONDON, United Kingdom (UK) - Harga bilik hotel dan rumah tumpangan di ibu kota UK dijangka melambung tinggi menjelang temasya sukan Olimpik 2012 di sini Julai depan.
Harga bilik hotel bajet Hotel Travelodge yang terletak berdekatan Stadium Olmpik di sini melonjak daripada £50 (RM246) kepada £270 (RM1,332) semalam lewat Julai depan.
"Harga sewa bilik hotel tidak akan turun," kata presiden sebuah persatuan industri perhotelan tempatan, David Roche.
Menurutnya, harga tinggi itu bukan bermakna pemilik hotel menjadi tamak tetapi mereka perlu menampung kerugian akibat kelembapan ekonomi yang melanda Britain pada masa ini.
Selain hotel dan rumah tumpangan, pemilik kediaman di sini turut mengambil kesempatan menyewakan hartanah mereka pada harga tinggi.
Sewa yang dikenakan pula berbeza daripada serendah £75 (RM370) sehari untuk bilik flat kepada hampir £20,000 (RM98,714) untuk sewa sebuah rumah bandar selama seminggu.
Seorang wanita, Marina Usher Mazur memberitahu, dia menyewakan sebuah kediaman kedua tiga bilik di sini pada kadar £6,000 (RM29,614) sepanjang temasya sukan terbesar dui dunia itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment