Lebih 500 tahanan muslimah sunni Iraq dirogol rejim Syiah
Syeikh Al-Dhari mengingatkan bahawa ketika ini lebih dari 5000
muslimah sunni masih berada di penjara-penjara rejim Syiah Iraq. Bukan
hanya 400 muslimah sunni, seperti digembar-gemburkan oleh rejim
Al-Maliki. Di penjara Al-kazhimiyah sahaja, terdapat lebih dari 500
tahanan muslimah sunni yang melahirkan bayi akibat diperkosa secara
brutal oleh tentera dan warden rejim Syiah Iraq.
Syeikh Al-Dhari menyebutkan bahawa PM Al-Maliki tidak akan melepaskan
para muslimah sunni yang ditahan dalam penjara-penjara kerana akan
menyebabkan terbongkarnya kebiadaban rejim Syiah Iraq boneka NATO dan
Iran tersebut.
Siri demonstrasi rakyat Iraq yang selama tiga minggu terakhir
berlangsung di sebahagian besar daerah dan bandar, menurut Al-Dhari
gerakan rakyat bukan gerakan kelompok tertentu.
Suku bangsa Bersatu, Kurdistan dan Turkman bersatu dalam aksi-aksi
demo tersebut. Bahkan beberapa bandar dengan majoriti penduduk Syiah
seperti Karbala juga menghantar beribu-ribu warganya untuk bergabung
dengan para penunjuk perasaan muslim sunni.
Detik Islam
Isu Mat Yo: Tunku Ismail mahu Annuar henti drama
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan
Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri
Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan
Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.
Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.
Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.
“Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga
tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan
bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima
dan bersikap profesional.
“Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari
pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih
kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda
kurang menyenangkan terhadap pemain ini,” katanya kepada pemberita
ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Semalam, Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu
belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa
walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul
Takzim.
Annuar berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam
tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.
“Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara
sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus
kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada
Jawatankuasa Status FAM.
“Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa
berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini
secepat mungkin,” katanya.
Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata
penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama
pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai
RM400,000 bersama Kafa.
Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam
kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah
pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar
pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas.
Mengulas mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa
seperti yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan
menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti
ditetapkan oleh FAM.
“FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak
RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat
sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.
“PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap
kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang,” katanya.
Justeru, Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk
Annuar untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang
penjelasan mengenai pelbagai perkara.
“Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada
sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah
membangkitkan isu bukan-bukan.
“Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak
seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap
depan-depan,” katanya.
Sinar
Rebecca mahu lelong dara untuk bantu rawat ibu uzur
BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.
Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan
daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang
menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca
berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca
kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5
juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas
menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh
dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap
dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang
terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan
menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu,
jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.
Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.
“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.
“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan
terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan
tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. – TS
Gangguan seksual ancam keselamatan
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota 2.
KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian
dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua
di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam.
Penduduk Zaliah (bukan nama sebenar), 25 berkata, dia terkejut apabila
melihat beberapa helai pakaian dalam wanita ‘dipamer’ di dahan pokok dan
papan tanda.
Menurutnya, sebagai wanita, dia sememangnya rasa terganggu dengan
situasi tersebut apabila ada individu yang mungkin telah mencuri pakaian
dalam tersebut semata-mata untuk kepuasan nafsu mereka.
“Saya tinggal di rumah sewa bersama empat rakan yang lain dan laluan
tempat pakaian dalam ini di tayang merupakan laluan utama saya ke tempat
kerja.
“Memang terkejut melihat keadaan ini dan pada masa yang sama saya rasa keselamatan kami sebagai wanita turut terancam.
“Apa muslihat individu tersebut menayangkan pakaian dalam ini jika tidak berunsurkan gangguan seksual,” katanya.
Sehubungan itu, dia kini lebih berhati-hati untuk menyidai pakaian di luar rumah sejurus insiden tersebut.
Bagi Haslinda (bukan nama sebenar), 23 berharap agar pihak berkuasa
seperti polis dan rondaan SRS dapat dilaksanakan dengan lebih teliti
lagi.
“Kawasan ini adalah kawasan perumahan, dan kami bimbang jika keadaan ini berlanjutan, akan ada masalah lain pula yang timbul.
“Jika si pelaku ini tidak ditangkap, mungkin ada yang menjadi mangsa rogol pula.," katanya.
Tidak tidur sejak 13 tahun
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Ibrahim tidak pernah tidur sejak 13 tahun lalu apabila jatuh sakit dan banyak menghabiskan masa di biliknya.
MACHANG - Bekas imam, Ibrahim Nor, 73, tidak pernah tidur dan
menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada
waktu malam sejak sakit, 13 tahun lalu.
Isterinya, Rokiah Mustafa, 60, berkata, Ibrahim tidak mampu berjalan
dan melihat dengan baik sejak sakit dan banyak menghabiskan masa dengan
duduk di biliknya pada waktu siang.
Katanya, pertuturan bekas imam Madrasah Kampung Laklok itu juga tidak
jelas dan banyak menggunakan bahasa isyarat jika ingin memberitahu
sesuatu.
“Makcik juga tidur-tidur ayam, bimbang pakcik akan membuka pintu dan
keluar dari rumah pada waktu malam. Makcik sendiri tidak tahu apa
penyakitnya namun dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung
sepenuhnya kepada keluarga.
“Kami tidak mempunyai anak, mujur ada anak saudara yang menolong saya
enjaganya. Sebelum sakit, pakcik pernah beritahu dia dipatuk ular tetapi
apabila makcik memeriksanya, tiada kesan patukan malah dia juga sihat
seperti biasa namun lebih kurang dua minggu selepas itu, dia mula sakit
dan tidak mampu menguruskan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Kampung Laklok, di sini, semalam.
Rokiah berkata, mereka sekeluarga bergantung hidup kepada hasil jualan
pertanian suaminya dan hilang punca rezeki sejak Ibrahim sakit.
Katanya, bagi mencari sesuap nasi, dia turut mengambil upah menjual
ubat-ubat tradisional dengan menjaja di sekeliling kampung dan kawasan
sekitar.
“Selain itu, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak
RM300 sebulan, turut membantu meringankan kesusahan kami memandangkan
kesihatan makcik juga tidak berapa baik dan tidak mampu keluar menjual
ubat setiap hari.
“Kalau makcik sihat dan ada orang tolong jagakan pakcik, makcik akan
keluar menjual ubat. Makcik juga bimbang apabila kami tidak dapat
membuka uku akaun sebagaimana yang diminta JKM bagi menyalurkan bantuan
bulanan kepada pakcik.
"Makcik tiada kenderaan lagipun susah nak bawa pakcik ke bank untuk
buka buku akaun. Makcik berharap perkara ini dapat diselesaikan segera
agar bantuan itu dapat diteruskan seperti biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Rokiah berharap ada pihak yang sudi membantu mengubati penyakit suaminya termasuk melalui perubatan alternatif.
Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengubati penyakit suaminya
yang pelik, namun masih belum berhasil tambahan pula, wang yang ada
hanya cukup untuk keperluan harian.
'Saya hanya mahu beruk'
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Patimah melihat ular sawa yang kekenyangan setelah menelan beruknya.
KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan
seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63,
yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber
rezeki ditelan ular sawa kelmarin.
Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam
8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan
terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada
rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah.
Malah dia juga tidak menolak kemungkinan bunyi bising monyet hutan pada
malam kejadian merupakan petanda buruk yang akan menimpa beruk
peliharaannya yang dipanggil Hitam.
Menurut Patimah lagi, kehilangan beruk yang lebih empat tahun
‘berkhidmat’ sebagai pemetik kelapa sememangnya memberi kesan baginya,
kerana mereka sekeluarga kini hilang punca pendapatan.
“Selepas ini saya tidak tahu lagi bagaimana untuk meneruskan hidup,
kerana tidak mampu untuk membeli beruk yang lain sebagai ganti.
“Ini kerana, harga seekor beruk yang terlatih dan boleh memetik kelapa
mencecah ribuan ringgit dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk
menjelaskan kepada pelanggan tetap yang ingin mendapatkan bekalan kelapa
selepas ini,” kata ibu tunggal kepada lima cahaya mata di kediamannya
di sini, semalam.
Jelas wanita gigih itu lagi, kebanyakan pengusaha kuih dan makanan di
sekitar kawasan berkenaan sememangnya mendapatkan bekalan kelapa darinya
seminggu sekali.
Patimah berkata, Hitam antara 10 beruk yang pernah dimilikinya sebelum ini.
“Antara semua beruk yang saya pernah miliki sebelum ini, Hitamlah
antara yang paling rapat dan mudah diajar dengan mampu memetik sehingga
200 biji kelapa sehari,” katanya yang kini tinggal bersama anak bongsu
dan menantunya.
Katanya lagi, kini dia sekeluarga hanya mampu menunggu buah kelapa yang
gugur untuk dijual, sementara menanti rezeki membeli beruk yang lain.
Kecewa kemudahan tidak sempurna
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Akmal menunjukkan
keadaan almari tanpa pintu yang sempat dirakam menggunakan telefon
bimbit semasa menghantar anaknya ke asrama terbabit.
Gambar dirakam Akmal menunjukkan ada sebahagian almari tidak mempunyai pintu.
BERA - Kemudahan dalam bilik asrama sebuah sekolah bantuan penuh
kerajaan di sini membuatkan ibu bapa dan penjaga bimbang dengan keadaan
anak-anak mereka.
Mereka mendakwa keadaan almari tidak sempurna kerana pintunya rosak boleh menyebabkan berlaku kecurian barangan peribadi.
Wakil penjaga yang mahu dikenali sebagai Akmal, 51, berkata, perkara
itu dibangkitkan bukan mahu mengaibkan Pejabat Pelajaran Daerah atau
sekolah berkenaan, sebaliknya bertujuan menjamin keselesaan anak-anak
yang tinggal di asrama.
Katanya, bagi pelajar yang mendapat almari tanpa pintu, sudah pasti
mereka bimbangkan tahap keselamatan barang masing-masing semasa tiada di
dalam bilik.
“Sedangkan almari terbuka memberi peluang kepada orang lain untuk mencuri, inikan pula dengan keadaan almari tanpa pintu.
“Kalau boleh, kita minta pihak berkenaan mengatasi masalah tersebut
secepat mungkin,” katanya selepas menghantar anak lelakinya ke asrama
sekolah terbabit.
Dia berkata, ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak mereka ke bilik
asrama sekolah berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat kemudahan
tidak lengkap termasuk tilam serta kipas.
Menurutnya, ada beberapa tilam didapati patah dua, tetapi masih
digunakan dan disarung menggunakan kain PVC supaya tilam itu tidak
beralih, sementara 80 peratus daripada kipas yang ada pula tidak
berfungsi.
“Kami sebagai ibu bapa tidak menafikan keadaan tersebut berlaku
disebabkan tindakan nakal sesetengah pelajar, tetapi perkara ini
seharusnya dipantau sebaik mungkin.
“Ini adalah teguran untuk kebaikan semua dan bukan bertujuan
menjatuhkan sesiapa kerana bagi saya, keadaan selesa membuatkan
anak-anak dapat belajar dengan baik,” katanya.
Terlantar akibat sakit misteri
IZWAN ROZLIN
4 Januari 2013
Ina menyuapkan makanan kepada suaminya.
Presiden Ikatan Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Ali.
KUALA LUMPUR – Seorang bekas juruteknik kini terlantar sakit selepas
dia mendakwa disihir bekas isterinya gara–gara enggan menyerahkan harta
yang dimilikinya.
Mangsa yang dikenali sebagai Ali, 43, dikatakan kerap meracau hampir
setiap hari tidak kira malam atau siang selepas bercerai dengan
isterinya seorang warga Filipina, dua tahun lalu.
Isterinya yang ingin dikenali sebagai Ina, 31, berkata, kejadian pelik
menimpa suaminya pada mulanya dianggap biasa namun semakin teruk hingga
menyebabkan dia terpaksa membawa suami merawat di pusat rawatan
alternatif Islam.
“Pada mulanya ingat dia hanya sakit biasa kesan daripada kencing manis
atau sebab kaki kanannya yang sudah dipotong, tetapi selepas diberitahu
ada 28 jin yang kini mengekori dan mengganggunya, saya beristighfar
panjang dan kini hanya mampu berdoa agar dijauhi perkara tidak baik,”
katanya yang tinggal di Cheras.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini suaminya mula bercakap seorang diri
dan apabila ditegur, suaminya akan marah dan suara bertukar daripada
lembut menjadi garau dan keras.
“Dulu boleh bangun dan duduk, tapi sekarang tidak boleh langsung,
badannya seolah-olah berat sangat hingga pada waktu malam tiba-tiba
boleh jatuh dari katil,” katanya.
Ali yang bersetuju untuk berkongsi kisahnya dengan Sinar Harian
menyerahkan segalanya kepada isterinya, Ina berikutan dia tidak mampu
bercakap panjang untuk menceritakan segalanya semenjak kaki kanannya
terpaksa dipotong akibat kencing manis sejak lebih setahun lalu.
Perkahwinan selama 18 tahun yang dibina atas dasar suka sama suka
bersama wanita Filipina itu berubah sebaik sahaja bekas isterinya
mendapat status pemastautin tetap (PR) Malaysia.
Meskipun sudah lama berkahwin, Ali yang turut mempunyai penyakit buah
pinggang tidak dikurniakan anak menyebabkan pasangan itu mengambil
seorang anak angkat perempuan yang kini belajar dalam tingkatan 2.
“Punca kaki Ali terpaksa dipotong adalah kerana terpijak paku dan
kebetulan dia ada kencing manis jadi keadaan kecederaan melarat dan bagi
mengelak virus menyerang organ lain, kaki kanannya terpaksa dipotong
pada pertengahan 2011,” katanya.
Dipaksa serah geran tanah
Ina berkata, sejak itu bekas isteri suaminya itu mula menunjukkan sikap
dingin dan memberontak hingga memaksanya menyerahkan wang termasuk
gaji bulanan dan harta benda yang lain termasuk geran tanahnya.
“Keadaan semakin menjadi-jadi apabila Ali yang kurang upaya turut
ditampar dan dicekik hampir setiap hari kerana enggan menyerahkan
hartanya,” katanya.
Menurutnya, bekas isterinya itu juga membiarkan Ali kebuluran sehinggalah anaknya pulang dan memberi ayahnya makan.
Dia berkata, anak angkat yang ketika itu masih bersekolah rendah turut dipukul hanya kerana mahu menjaga ayahnya.
“Keadaan itu menyebabkan saya sebagai seorang sepupu mengambil
keputusan membawa Ali dan anaknya pindah ke rumah saya dan akhirnya kami
mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Ali sah bercerai dengan
isterinya Februari tahun lalu bagi membolehkan saya menjaga Ali sepenuh
masa," katanya.
Insurans ditukar tanpa pengetahuan
Perkahwinan yang dibina bersama Ali rupa-rupanya tidak disenangi bekas
isterinya sehinggakan insurans Ali sudah ditukarkan kepada namanya
sebagai pemegang polisi.
“Keseluruhan insurans itu bernilai RM50,000 masih tergantung dan gagal
dituntut kerana nama pemegang polisi sudah ditukar malah bekas isterinya
juga mahu sebuah apartmen milik Ali yang kini disewakan,” katanya.
Ina berkata, wang hasil sewaan apartmen itu ketika ini digunakan untuk
menampung kos kehidupan keluarganya memandangkan suaminya itu sudah
tidak mampu bekerja malah gaji yang diterima juga sudah dihentikan
majikannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak dua bulan lalu
selepas hampir setahun lebih tidak bekerja.
“Sekarang hanya harap pada bantuan Baitulmal RM200 sebulan dan sedikit wang hasil sewa apartmen,” katanya.
Menurutnya, dia kini mengharapkan ihsan ibunya untuk membantu
perbelanjaan keluarga termasuk anak perempuannya berusia empat tahun
termasuk membeli barangan keperluan suaminya yang mencecah RM1,000
sebulan.
“Lampin, susu dan setiap bulan perlu buat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan ia memerlukan kos,” katanya.
Jelasnya, sewa rumah juga sudah tertunggak hampir setahun dan gagal diselesaikan kerana kekangan kewangan.
Empat berdepan hukuman mati
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Dua daripada empat tertuduh menutup wajah mereka sebaik saja keluar dari mahkamah, semalam
JASIN - Empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan seorang pengawal
keselamatan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan
membunuh seorang pekerja kedai tayar, bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat mereka,
Abdul Razak Sha’ari, 27, Norizan Abd. Rahman, 26, Shahril Nizam
Abdollah, 30, dan Mohd Ramza Salim, 37.
Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencapai niat
bersama melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian Mohd Fazrinnizam
Ramli, 25, di sebuah rumah di Jalan Tamban, Taman Merlimau Baru, dekat
sini, antara jam 6.30 pagi dan 10.30 pagi pada 18 Disember lalu.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca
bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof di
hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff. Manakala kesemua
tertuduh diwakili peguam bela, Andrew Loundres.
Siti Suriatey kemudian menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebu-tan semula kes.
Jual lambang Diraja palsu
NURUL FATIHAH SULAINI
4 Januari 2013
Tengku Zainol Rashid menunjukkan lambang kereta yang asal (kiri) berbanding lambang kereta palsu (kanan).
ALOR SETAR - Penjualan lambang kereta palsu Persatuan Kerabat Diraja
Kedah dikesan di negeri ini dengan menggunakan gelaran ahli bersekutu
sejak akhir-akhir ini.
Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku
Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, satu-satu logo berkenaan dijual
dengan harga sehingga RM5,000 dipercayai dari pasaran gelap.
Katanya, sindiket menjual lambang kereta palsu dipercayai licik dengan mengambil kesempatan menjualnya pada harga yang tinggi.
Tengku Zainol Rashid berkata, melalui satu operasi yang dilakuka,
mereka berjaya mengesan seorang mangsa di Sungai Petani memakai lambang
palsu dengan tertera lambang ahli bersekutu.
“Kita mula menjalankan operasi semenjak 30 Disember lalu setelah
menerima banyak laporan berhubung penyalahgunaan lambang kereta palsu di
beberapa kawasan dan sudah mengarahkan semua ahli bekerjasama terlibat
dalam operasi berkenaan.
“Sekiranya ahli dapat mengesan ada kenderaan yang disyaki menggunakan
lambang kereta palsu mereka akan mengambil gambar untuk dihantar kepada
kita bagi memastikan status sebenar lambang itu,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Katanya, lambang berkenaan sepatutnya mempunyai nombor keahlian
persatuan dan hanya boleh digunakan oleh ahli persatuan sahaja, bukan
sewenang-wenangnya.
Menurutnya, bagi mengelakkan terus ditipu mereka yang tidak
bertanggungjawab, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada
dengan sindiket itu serta tidak mudah terpedaya.
Sementara itu, Tengku Zainol Rashid berkata, mereka juga dalam proses
untuk mengemaskini maklumat sebelum membuat laporan polis berhubung
penyalahgunaan lambang kereta terhadap individu bukan ahli persatuan di
negeri ini.
“Kita akan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk diambil tindakan
sewajarnya kerana tidak mahu perkara itu boleh menjejaskan imej Kerabat
Diraja Kedah,” katanya.
Kasih ibu angkat
ROSDALILAH ZAHARI
4 Januari 2013
Foong Keng mengelap muka anak angkatnya yang lumpuh sejak dua tahun lalu.
IPOH - Keadaan seorang lelaki berusia 27 tahun yang lumpuh hampir
seluruh badan dan hanya mampu terlantar di atas katil amat menyayat hati
selepas dia diserang sawan tarik pada kira-kira dua tahun lalu.
Namun lelaki terbabit, Wong Han Tan, beruntung kerana mempunyai seorang
ibu angkat warga emas, Lau Foong Keng, 77, yang tidak jemu menjaganya
siang dan malam tanpa mengenal erti penat sejak dia ditimpa musibah itu.
Foong Keng berkata, walaupun mereka tidak mempunyai ikatan
kekeluargaan, namun dia menganggap Han Tan sebagai anak lelakinya
sendiri kerana sudah memeliharanya sejak kecil.
“Dulu kehidupan kami lebih teratur kerana suami bekerja sebagai
pengamal perubatan tradisional dan saya membantunya untuk menjalankan
perniagaan tersebut.
“Namun, selepas suami saya meninggal pada tahun 1997, kehidupan kami berdua sedikit terjejas.
“Tetapi saya dan anak angkat masih meneruskan perniagaan yang
dijalankan suami secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan harian,”
katanya yang kini tinggal di rumah adiknya, di Taman Harilela, di sini,
semalam.
Bagaimanapun, warga emas itu berkata, kehidupan mereka bertambah rumit
apabila anak angkatnya dimasukkan ke hospital pada April 2011.
“Selama 10 hari dia dirawat, doktor tidak dapat mengenal pasti apakah
penyakit sebenar yang dihadapinya namun dipercayai ada kaitan dengan
penyakit sawan tarik yang dialami sejak kecil.
“Sejak keluar dari hospital sehingga ke hari ini, saya perlu menjaganya
dengan penuh tanggungjawab memandangkan dia tidak mampu berbuat apa-apa
dan hanya berbaring di katil,” katanya yang hanya memperoleh pendapatan
RM120 setiap bulan hasil membuat minyak urut.
Menurutnya, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000
untuk membeli makanan, minuman, kain lampin serta peralatan lain untuk
kegunaan anaknya.
“Saya ada menerima bantuan segera RM500 dan tilam daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) pada November tahun lalu namun selepas itu
kami tidak menerima sebarang bantuan daripada mereka.
“Selain itu, saya ada memohon supaya anak saya ditempatkan di pusat
jagaan orang kurang upaya (OKU) tetapi masih juga tidak menerima jawapan
sehingga ke hari ini,” luahnya yang berharap agar anaknya sembuh dengan
segera.
Oleh itu, Foong Keng berharap, agar pihak yang berkenaan dapat membantunya supaya anaknya mendapat penjagaan sempurna.
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Bercham, Tan Swee Kong
berkata, beliau mendapat tahu mengenai nasib warga emas dan anak
angkatnya daripada jiran berhampiran mereka.
“Selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut, saya dan beberapa
ahli RT yang lain datang membawa bantuan seperti tilam dan wang untuk
kegunaan dua beranak itu.
“Kami juga sudah cuba mendapatkan bantuan daripada JKM serta memohon
agar Han Tan dimasukkan ke pusat jagaan OKU memandangkan ibu angkatnya
sudah tua dan uzur.
“Sehubungan itu, saya berharap agar mereka mendapat bantuan segera daripada pihak berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.
5 Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam
Institusi kekeluargaan penting di dalam Islam. Oleh kerana itulah
Allah mengharamkan zina dan menyuruh umatnya berkahwin kerana dengan
berkahwin seseorang itu terikat dan bertanggungjawab untuk menjaga
keluarga mereka. Jika runtuh institusi kekeluargaan, maka runtuhlah juga
tempat untuk anak-anak bergantung. Mereka hilang pembimbing dan
akhirnya terjerumus dalam lubang kejahilan. Masalah ini akhirnya akan
menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lebih buruk. Oleh
itu berkahwinlah. Kerana ia dituntut oleh agama.
Jika anda masih belum berkahwin terdapat beberapa panduan yang
digariskan dalam Islam yang seharusnya anda jadikan panduan dalam
memilih isteri. Panduan yang diberikan oleh yang maha tinggi tentulah
untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Berikut merupakan beberapa cara
memilih isteri yang boleh anda jadikan panduan:
1. Pilihlah isteri yang beragama
Pada kebiasaannya kebanyakkan masa suami digunakan mencari nafkah
untuk keluarga. Oleh itu kebanyakkan masa anak-anak akan dihabiskan
dengan ibu mereka. Ibulah yang banyak mencorak anaknya, mengajarkan
perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Disinilah nampaknya
kepentingan seorang isteri yang mempunyai agama. Seorang isteri yang
beragama juga tahu apakah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam
Islam. Mereka tahu had-had pergaulan bagi mengelakkan fitnah dan
kemarahan suaminya. Alangkah indahnya mempunyai isteri yang beragama.
2. Pilihlah isteri dari keluarga yang baik
Manusia yang berada didalam persekitaran yang baik selalunya akan
menjadi baik. Mereka akan sedikit sebanyak mengikut personaliti individu
terdekat dengan mereka iaitu keluarga. Jadi memilih isteri dari
kalangan keluarga yang baik adalah penting dalam Islam. Ini kerana
anak-anak mereka akan mengikut personaliti ibu dan bapa mereka. Dengan
memilih seorang isteri dari keluarga yang baik seorang suami sebenarnya
telah melakukan ikhtiar agar kebaikan keluarga mereka terus-menerus
terpelihara sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.
3. Pilihlah isteri kerana rupa paras
Perlu diingat disini bahawa rupa paras adalah subjektif. Ia
bergantung pada individu itu sendiri. Oleh sebab itulah Allah
menciptakan manusia dalam rupa paras dan warna kulit yang berbeza. Bagi
si A mungkin wanita yang bertubuh kurus dianggap cantik manakala si B
beranggap wanita yang bertubuh gempal lebih memikat hati mereka. Ini
termasuklah bentuk muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya. Setiap
manusia mempunyai definisi kecantikan mereka sendiri. Rupa paras isteri
anda tidak seharusnya cantik pada pandangan orang lain, tetapi
kecantikannya haruslah sesuatu yang menyejukkan mata anda. Bak kata
orang, yang sedap mata memandang.
4. Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan
“Malu itu perisai orang beriman” mungkin anda pernah mendengar lirik
dari lagu terkenal itu. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah wanita yang
benar-benar mempunyai rasa malu dalam diri mereka? Kini semakin ramai
wanita yang semakin nipis malunya. Mereka menjerit-jerit, berkata-kata
kesat tanpa segan silu, berpakaian tidak senonoh untuk menarik perhatian
lelaki, dan bergaul bebas seperti manusia tidak beragama. Kerana inilah
Islam mengajar kita memilih seorang isteri yang pandai menjaga
kehormatan diri mereka dengan tidak berkelakuan tidak senonoh. Seorang
isteri yang pandai menjaga kehormatan akan menyenangkan hati suami.
5. Pilih dari keturunan yang subur
Tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan
kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Kehadiran cahaya mata dapat
mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan ikatan mereka
lebih bermakna. Oleh itu Islam juga mengajar kita supaya memilih isteri
dari keluarga yang subur agar boleh memberikan zuriat yang banyak kepada
kita kelak. Pilihlah isteri yang boleh melahirkan zuriat yang menjadi
penyambung keturunan kita.
Itulah beberapa kaedah memilih isteri yang boleh anda gunakan sebagai
panduan. Yang terpenting dalam 5 panduan ini tentulah yang pertama
iaitu memilih isteri yang beragama. Kerana dengan memilih isteri yang
beragama anda sebenarnya telah melengkapkan yang selainnya. Isteri yang
beragama akan membuatkan dirimu tenang dan damai. Semoga bertemu lagi
dalam artikel seterusnya. Jangan lupa untuk “like” page FB ZonLelaki.
Assalamualaikum!
Tips & Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata-kata yang biasa kita dengar saban hari.
Maka
jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab
dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang
ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang
belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu
jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Mana yang betul antara ciri-ciri memilih isteri mengikut garis panduan masyarakat/selera perut @ mengikut panduan AGAMA ISLAM?
Masyarakat
kita semakin hari semakin keliru dalam memilih pasangan. Sama ada yang
wanita mahupun yang lelaki. Rata-rata semakin membina tembok pemisah
antara agama dan kehidupan. Sedangkan Islam itulah cara hidup kita..
AlQuran & hadith itulah manual pengguna utk kita menjalani hidup
sehari-hari.
Dalam
persoalan ini, apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak
menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di
hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan
agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata
kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan, kedudukan atau mesti
pandai memasak. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang
wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan
agamanya yang baik dan bukannya karena pandai memasak
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita
dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/
keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.
“Sesungguhnya
orang yang paling mulia d iantara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling taqwa di antara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)
Tak ada pun kata mesti pandai memasak... betul tak?
Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:
“Maka
wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara
dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah
memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)
Sufyan
ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38)
dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat” membawa maksud wanita
yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”
Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:
“Iaitu
yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta
menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan
oleh imam Ahmad (4/341))
Bertepatan
dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih
calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam
menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di
sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara
zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran
kesan pegangan agamanya.
Dari
kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata:
“(Wanita yang sepatutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa
yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga
dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu
Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)
Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,
“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”
Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:
- Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan.
- Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya.
- Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)
Seterusnya,
carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini
mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta
kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,
Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah
oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga
dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari
Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))
“Sebaik-baik
wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku
Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak
sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))
Seterusnya,
carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini
mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta
kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,
Nabi
s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi
subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di
hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan
oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))
“Sebaik-baik
wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku
Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak
sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))
Dari
sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan
dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari
zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek
keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang
menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta,
dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan
Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)
“Dan
para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang
ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan
tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki
(suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang
perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)
Melalui
ayat ini, dapat kita simpulkan bahawa terdapat hubungan antara
kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan
saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan,
keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.
Akhir
sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan
Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau
mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah
wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang
dinyatakan di awal tulisan ini tadi,
“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) .” (an-Nisa’ 4: 34)
Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:
“Laki-laki
yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau
perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini
melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)
Dalam
suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu
Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta
restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya
semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq).
Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah
s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam
yang empat kecuali Ibnu Majah)
Ini
antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu
urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan
pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut
Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana
riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila
engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
Manakala
menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita
penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam
as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)
Adapun
begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan
dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan
perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh
sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya
nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi
Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)
Dan daripada firman Allah s.w.t.:
"...kecuali
orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)
Shilah
bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya
samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada
Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah
penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga
adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi
syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)
Sebagai
kesimpulan, membuat pilihan calon isteri bukanlah suatu perkara yang
boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal
menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki
bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang
kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta
kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan
keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan
kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun.
Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana
yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang
berhubungan dengan harmoni.
Antara
ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah
seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik
dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan
terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan
suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang
baik.
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)
Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai
Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat
keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)
Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)
Zarina Anjoulie dijamin adik tiri
4 Januari 2013
Zarina Anjoulie
PETALING JAYA - Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27,
lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya
hari ini selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap
kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan
tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27,
didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil
Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU
10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu.
Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen
12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3)
akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda
RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku
tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes
pada 8 Feb depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina
Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang
hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.- Bernama
Penarik kereta tak serik
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Mohamad Nasir
(kiri) memeriksa kereta curi yang dikesan selepas menahan seorang lelaki
dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, 2 Januari lalu.
MUAR - Seorang penarik kereta yang mempunyai tiga rekod jenayah
lampau ditahan polis kelmarin, kerana memiliki sebuah Perodua Kancil
yang dilaporkan hilang di Taman Soga, Batu Pahat, 25 Disember lalu.
Perbuatan suspek terbongkar selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh,
di sini, kira-kira jam 11.45 malam, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata,
tiga rekod jenayah lampau itu bersangkutan dengan Seksyen 411 Kanun
Keseksaan, Seksyen 379 dan Seksyen 29(1) kanun sama.
Menurutnya, suspek berusia 25 tahun dan berasal dari Batu Pahat itu, dipercayai baru beberapa bulan menyewa rumah berkenaan.
Tambahnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan kereta itu untuk dijual berdasarkan pekerjaan suspek sebagai penarik kereta.
“Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan
lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Muar di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Nasir memberitahu, statistik kecurian
motosikal di daerah ini pada tahun lalu meningkat sebanyak 43 peratus,
berbanding 2011.
Katanya, kecurian kerap berlaku dalam kawasan kediaman sama ada di
perumahan mahupun perkampungan terutama pada waktu puncak antara jam 12
malam hingga enam pagi.
“Lokasi kedua tertinggi berlaku kecurian motosikal adalah di tempat awam sama ada di dalam bandar ataupun pekan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya memasang kunci pendua pada motosikal
masing-masing semasa di rumah ataupun di tempat awam,” katanya.
Menurutnya, sikap penunggang yang lalai membiarkan kunci ditinggalkan,
menjadi penyumbang kepada peningkatan kejadian kecurian motosikal.
Selain itu, Mohamad Nasir turut mengingatkan orang ramai supaya
berwaspada ketika melaksanakan urusan pengeluaran wang di bank menjelang
musim perayaan Tahun Baru Cina, tidak lama lagi.
“Mereka perlu segera menghubungi pihak berkuasa atau ke balai polis
berhampiran sekiranya diekori individu tidak dikenali selepas berurusan
di bank,” katanya.