22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk 
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal 
serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka 
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu 
mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan 
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan 
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi 
orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, 
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan 
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam 
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar 
sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang 
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara 
mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, 
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta 
sedekah
     
Tiga Tanda Kiamat yang Harus Difikirkan

Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil 
perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam 
khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori 
tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun
 ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda 
kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda 
besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda 
Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan 
tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini 
ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah 
muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di 
bawah ini:
- Perceraian banyak terjadi
 
- Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
 
- Banyak Quran diberikan hiasan
 
- Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
 
- Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
 
- Berbagai peralatan muzik dimainkan
 
- Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
 
- Perzinaan dilakukan terang-terangan
 
- Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
 
- Orang yang amanah dianggap pengkhianat
 
- Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
 
- Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
 
- Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
 
- Makan riba
 
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah 
menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab 
para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil 
Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti
 setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: 
“Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini 
bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda 
besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus 
bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara 
tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu 
diutusnya Imam Mahdi.
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang 
diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara
 manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan 
kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan
 kezaliman.” (HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan 
Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi 
perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. 
Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak 
sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti
 di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas 
harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita 
diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya 
sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin 
Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan 
Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka 
ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji 
kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk 
memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan 
Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan 
manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata.
 Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban 
yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur 
Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab 
kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian 
terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak 
fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan 
Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri 
kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan 
Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi 
Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan 
perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar 
oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, 
Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam 
Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang 
berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan 
Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam
 Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah
 muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, 
maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan 
Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah 
timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua 
malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan 
Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak 
olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi 
imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi 
makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata 
pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa 
’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi 
yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda 
Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah 
yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan 
kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang 
akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di 
bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya
 Rabb.
Sumber: http://www.tranungkite.net/
     
5 Penawar Hati

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam 
an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama
 Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca 
tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di
 kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak 
memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW
 sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan 
perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. Saya 
pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan
 sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan 
makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya 
perangai syaitan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mahu ke tandas,
 atau kerana anak menangis, atau kerana mahu tonton Bola, atau kerana 
waktu penerbangan, atau juga kerana hendak bersahur. Tetapi bangun untuk
 bersolat malam walaupun 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan 
sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab
 doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama 
orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada
 di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mahu menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya. Firman Allah:
“…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.
Sumber: http://abunuha.wordpress.com/
     
Tanda Hati Sudah Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
- Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
 
- Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
 
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
 
- Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
 
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
 
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
 
- Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
 
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
 
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
 
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil
 
Pengajaran daripadanya:
- Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak
 mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
 
- Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani 
sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan 
tidak minum, begitulah juga hati.
 
- Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
 
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah 
diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya 
tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan 
bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram 
hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, 
tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan 
lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, 
nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. 
Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala 
anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa 
kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya
 dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu 
Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan 
yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang 
(keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya 
atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka 
menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang 
tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah
 hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran 
itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang 
peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan 
pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi 
hidayat petunjuk kepadanya.”
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang 
yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada 
seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal 
darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, 
maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan.
 Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan 
kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk 
berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa
 tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara 
sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, 
kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Sumber: http://www.halaqah.net/
     
Kelebihan Solat Sunat Witir
Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam 
selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu 
subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang 
terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan 
ramadan sahaja.
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah 
rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, 
selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan 
solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu 
rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan
 rakaat yang ganjil sebagai penyudah.
Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari 
daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada
 dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran
“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan 
dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak 
mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa 
yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) 
kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada 
unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta 
yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh 
diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan 
jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi 
jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 
tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat 
sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan 
dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir 
itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang 
boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh 
Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran 
kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah 
berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya 
raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah 
ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi 
Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga 
tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah 
walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang
 berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang
 disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun 
sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari
Sumber: http://langkahmindapositif.com
     
Solat Sunat Dhuha – Kunci Rezeki
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah 
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak
 hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya 
dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi 
Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak 
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah 
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat 
sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari 
daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah 
dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan 
dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara 
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang 
lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, 
enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama 
jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni 
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat 
dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat 
dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula
 antara
 ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 
‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang 
mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, 
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga 
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur 
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga
 hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota 
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap 
takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah 
(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat 
Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:
Sumber: 1. http://www.mohamadazhan.com
                  2. http://nursyirah.wordpress.com
     
Solat Sunat Nikah
Soalan:
Assalamualaikum wbt.
Saya mohon penjelasan ustaz mengenai solat sunat nikah – hukumnya, perlaksanaannya dan yang berkaitan.
Terima kasih.
- Wina
Jawapan
Wa’alaykumsalam Warahmatullah.
Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:
“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah 
kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan 
isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. 
Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:
Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku 
menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah 
bin Masud berkata:
“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala 
sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang
 dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka 
perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)
Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya 
di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.
Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad 
yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi 
Salaf al-Soleh.
Wallahualam.
- Ustaz Rashidi Haji Wahab
Sumber: http://www.iluvislam.com/
     
Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. 
bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb 
al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka
 amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan ini dapat difaham bahawa hadith 
riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari 
Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda 
berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang 
tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku 
dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah 
(mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan 
jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada 
tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana 
pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari 
inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan 
menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut 
“Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh 
kesyukuran.
Sumber: http://tazkirahawam.blogspot.com/
     
13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau 
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – 
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau 
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – 
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan 
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
 mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
 jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati 
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah 
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya 
hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – 
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi 
bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya 
dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat 
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah 
ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu 
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan
 : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan 
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian 
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis 
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu 
ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat 
Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada 
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan 
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan 
sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti 
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja 
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan 
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara 
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, 
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al 
Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka 
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh 
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan 
tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn 
Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka 
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan 
dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan 
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia 
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis 
Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah 
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –
 Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang 
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari 
akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan 
Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi 
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri 
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan 
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu 
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang 
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang 
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak 
akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan 
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung 
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di 
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang 
bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber: http://www.cahayaislam.net/