Saturday, July 7, 2012

INGAT MATI ADALAH ORANG YANG BIJAKSANA...RINGKASAN DARI HADIS

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik

Posted on the July 7th, 2012 under Agama by admin

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.




Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..
Sumber: Melayukini


Jari kanak-kanak tersepit eskalator

Posted on the July 7th, 2012 under Tempatan by admin

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Mohd Nasrullah Mohd Adham hanya mampu menahan kesakitan selepas jari telunjuknya tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini dalam kejadian jam 9 malam kelmarin.
Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan sebelum eskalator berkenaan dihentikan.
Ibu mangsa, Lailatul Kartini Hashim, 32, berkata, dia ke pusat beli-belah itu untuk membeli barangan keperluan rumah.




“Kami singgah di sebuah kedai untuk melihat baju, bagaimanapun Nasrullah tiba-tiba hilang daripada pandangan menyebabkan saya panik.
“Selepas mencari, saya terkejut mendapati Nasrullah terduduk di sebelah eskalator dengan sebahagian tangannya tersepit, saya bimbang keseluruhan tangan anak termasuk ke dalam eskalator itu,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Kartini, pengurusan pusat beli-belah berkenaan bertindak pantas dengan menghentikan eskalator itu.
Katanya, tangan Nasrullah berjaya dikeluarkan orang ramai sejurus eskalator berkenaan dihentikan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
“Saya bersyukur kerana Nasrullah hanya cedera ringan pada jari telunjuk,” katanya.
Difahamkan, Nasrullah menjalani pembedahan kecil semalam untuk membersihkan bahagian kuku yang cedera dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat. Kartini berkata, dia tidak menyangka insiden itu akan menimpa anaknya kerana dia cukup berhati-hati terutama ketika menggunakan eskalator.
“Kami sekeluarga berharap Nasrullah segera sembuh dan saya akan pastikan dia sentiasa di bawah pengawasan,” katanya.
Harian Metro

Polis Johor: Uncle Seekers positif dadah

Posted on the July 7th, 2012 under Tempatan by admin

SENAI – Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata kenyataan jabatan itu.




Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.
Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kosmo

Gempar: Babi ‘mengamuk’ di bandar Kuantan

Posted on the July 7th, 2012 under Tempatan by admin
Babi “mengamuk” sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
KUANTAN – Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat “Babi Hutan” tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang.
Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata “Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar”.




Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. “Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)”, kata beliau. “Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini”, tambah beliau lagi.
Kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit
Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?  Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan “gajah” sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya.
Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan “Nite Zoo” setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar.
Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini
Sumber: Pahangdaily

Penduduk lancar kempen berpakaian sopan

Posted on the July 7th, 2012 under Luar Negara by admin
ABU DHABI – Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini.
Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.
“Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam,” katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.




“Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu,” katanya.
Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.
Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut.
Kedua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah.
Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut. – AGENSI

Jumlah syuhada’ gugur di Syria meningkat kepada 114 orang

Posted on the July 7th, 2012 under Luar Negara by admin
Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang syahid dibunuh oleh regim Basyar dan sekutunya di wilayah Dar’a. Sehingga kini, jumlah syuhada’ yang gugur semalam (2 Julai 2012) akibat serangan tentera regim Basyar adalah seramai 114 orang.
Sebahagian besar yang syahid adalah di wilayah Rif Dimasyq, Hama dan Homs. Sementara itu, tentera regim Basyar masih menyasarkan bandar-bandar dan wilayah-wilayah lain dengan bedilan meriam serta serangan daripada udara.
Teruskan berdoa untuk mereka. Semoga kemenangan menjadi milik rakyat Syria.

Lubang misteri terbesar di China

Posted on the July 7th, 2012 under Luar Negara by admin
Sebuah kereta terjerlus ke dalam lubang misteri di wilayah Hunan, kelmarin.
BEIJING – Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.
Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.




Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.
Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.
Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.
Sinar

No comments:

Post a Comment