Saturday, August 21, 2010

Nasihat Luqman Kepada Anaknya


* Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

* orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

* Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

* Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

* Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

* Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

* Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

* janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

* Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

* selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

* Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

* Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

* Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

* Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

* Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.




3 Penawar Hati

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa,
" Saudara, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku juga tidak lena."

Mendengar itu, Ibnu Mas'ud membalas,
"Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :

1. Tempat orang membaca al-Quran; sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.
2. Majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah
3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Demikian penawar hati gelisah; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah : "Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." (Surah al-A'raf :200)

FACEBOOK

Kenapa Dengan Facebook?

Siapa kenal facebook?
facebook adalah program yg dilancarkan oleh Mark Zukerberg yang lahir 14 Mei 1984.
beliau meluncurkan dari biliknya di Harvard , 4 Feb 2004..
beliau merupakan programmer US yang aktif dengan pemuda yahudi berbakat dengan nama Alpha Epsilon
Grup in bertujuan merapatkan ukhuwwah dikalangan Yahudi yang hebat untuk menguasai Kepemimpinan Yahudi Akan datang..
Mottonya : Tomorrow Jewish Leader are in our Chapter Today '
Grup ini aktif mempromosikan pemimpin bisnes,agamawan, pemerintah dll sesuai denga motto Nasional dan Patriotism Israel
tahun 2007, 24 oktober, kerana permintaan tinggi, MAcrk menjual sahamnya 1.6% ke Microsoft dengan nilai 240 dollar USD..

Jadi, bayangkan berapa banyak duit yg kita bagi dengan mengaktifkan akaun Facebook
( mmg akaun tak bayar ), tapi, iklan yang masuk tu meningkat harga

jadi, berpalinglah dari Facebook, carilah alternatif yang lain.
sumber : Majalah Sabili

* Saya memperoleh artikel ini dari seorang kenalan melalui e-mail...

Namun begitu setelah mendengar beberapa pendapat orang yang lebih berilmu, mereka berpendapat bahawa sumber2 tersebut kurang tepat dan ada kemungkinan sengaja direka...whose pun tak berapa pasti...

Maka whose berpendapat bahawa jika niat kita menyertai Facebook kerana hendak merapatkan Silaturrahim...apa la salahnyr kan...

Kata salah seorang kenalan whose, "Facebook boleh menemukan rakan2 yang telah lama terpisah"....kalau whose join facebook okey ker?

17 comments:

Anonymous said...
biar btul....... smpi thap mcm g 2 thap vision dorang..... melalui intrnet pn leh wat...... so, dripda kte support facebook, untuk naikkan harga iklan...... baik kte klik iklan kt web ney..... bleh tlong2 sesama islam....... huhuhuhu
cuitnazz said...
Hu hu .. sebenarnya bukan facebook jer.. jgn lupa google ngan blogger jugek suku sakat diorang ni punya...
suezensuzanna said...
hurm......
A j u E said...
Guna blogger ni pon kira contribute gak tuk certain jews tp xkan nak stop bloggingkan?hehehe nak kena beli hosting sendiri la gamaknya huhuhuh
zimie said...
betul tu whose.. betul ckp blogger2 yg dlm komen ni kalo camtu, baik kiter tutup jer blog kiter nih.. tapi, sian lak kat NUFNANG kiter tu ek..
Naz said...
n3 yg bagus. takkan nak stop guna semua. aku rasa, mana yg menguntungkan kita, kita ambil. contoh blogspot, kita boleh gunakan media ni untuk sebarkan kesucian Islam. Mcm facebook, aku x pernah guna.
alessandra said...
ya.. sy sokong statement ni. dr support fc neh.. bek support bnda len lg bgus.. huu
ab geldofg said...
bgus infor ko
Mak Su said...
maksu masuk facebook, kengkawanlah, sibuk suruh join. tapi maksu masuk adalah 2, 3 bulan sekali. feeling macam tak best dan rasa leceh.
dr_wahida said...
pendapat saya, guna apa yg boleh membawa faedah..kalau nak kira semua pon kita agak bergantung termasukla ubat2an..tapi macam fb tu saya masuk sehari je..pastu malas. so..mane yg bole stop tu stop la. blog nih kalo bole contribute faedah pada diri kita cont jek./
philoColy said...
after reading all those comment,i got no comment.. haha.. ade kbaikn n kburukan, what 2 do,tech sume org nk gne..
Jibek said...
saya tak pakai facebook :) tapi saya pakai myspace. jadi,saya nak tahu pasal myspace pulak.
AKURO SAN said...
saya mmg pengguna facebook... malah ramai rakan institusi saya yg ada fb... termasuk dekan institusi saya pun ada fb gak... huhu... mcm mana nak boikot klu cam tu ? huhu... kadang2 terasa sempit juga dunia ni... yahudi dimana-mana.. huhu..
hysMan.. said...
thanx for da info.. baru tau nih.. oh tidakkkkk.... akan ku tutup facebook ku... tapi kalu fb ok lagi la.. kalu nak stop blogging camne whose??? oh tidakkkkk... kenapa yahudi laknatullah tu menguasai semua... makanan aku da boikot,produk aku da boikot..suma aku da boikot tinggal hal2 networking je blom... ape perlu aku lakukan....... camne plak dgn friendster whose??
nonna manis said...
aku pown penah bace mengenai fb cume aku x de akuan facebbook.. bagi aku...kalu leh elak bek kite elakkn la.gunakan facebook ni
Gukita said...
Bagi saya, kalau ianya berguna untuk kebaikan, maka gunalah.. Jika terlalu banyak masa dihabiskan didepan Facebook tuh, baik buka Qur'an... banyak menafaatnya
prasasti_puteri said...
~hehe...~ ~blm jd pengguna fcebook lg...~

Korea ??? Mereka saudara kita juga !!!

Bile kite tgk cite korea kita nak jadi macam korea...

Tapi orang korea plak yang pilih nak jadi Muslim...kita boleh lihat mereke mengucap kalimah syahadah...solat tak kira di mana...hatta di dalam air sekalipun...whose tabik betul kat mereka...semoga mereka sentiasa berada dalam Hidayah Allah hendaknya...

pilihan di tangan kita...whose bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim....anda bagaimana?

Untuk melihat video : Sila Klik Butang Play di Bawah...


p/s : whose memperoleh maklumat ini daripada seorang kawan melalui e-mail....whose pun layan gak nak tengok cite korea...hehe..

Kalau ada sesapa tak dapat buka sila terus ke link ini : 37 Korean Troops Convert To ISLAM

ISTERI IDAMAN LELAKI

 TAQWA, TA'AT DAN SOPAN


T ~ Taat pada suami
A ~ ALLAH diutamakan
Q ~ Quran dijunjung
W ~ Wanita Solehah
A ~ Amanah tunai tanggungjawab

T ~ Tunjuk kasih sayang
A ~ Anak-anak pandai dididik
A ~ Akhlaq mulia
T ~ Tutup keaiban suami

S ~ Solat dijaga
O~ Orang tua dihormati
P ~ Puasa dikerjakan
A ~ Aurat dipelihara
N ~ Nabi dicontohi



7 Ciri-ciri Isteri Idaman Suami

Bagi wanita yang bakal mendirikan rumahtangga tentunya mengimpikan kebahagiaan berkekalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki soleh. Banyak yang perlu dipelajari terutamanya tentang hubungan suami isteri. Dari pandangan seorang lelaki berikut ialah 7 ciri-ciri isteri idaman suami:

1. Taat kepada suami - ini perkara paling penting. Sentiasa ingat bahawa syurga anda terletak di bawah telapak kaki suami. Minta kebenaran untuk keluar dari rumah untuk pergi ke mana sahaja. Pastikan makan minum dan pakaian suami dijaga. Bagi wanita bekerja, ini mungkin memenatkan. Mintalah pertolongan dari suami untuk melakukan kerja-kerja lain. Sifat tolak ansur merupakan asas utama dalam mengeratkan hubungan suami isteri.

2. Lemah lembut - lelaki suka kepada perempuan begini. Elakkan meninggi suara walaupun anda sedang marah. Jika dimarahi, tenangkan perasaan dan jangan bertengkar. Apabila kemarahan si suami sudah reda, pujuklah dia dengan kata-kata lembut. Di kala ini anda boleh menyatakan pendapat anda tentang sesuatu isu. Suami memang suka dipujuk dan ini akan membuatkan dia lebih sayang kepada anda.

3. Jaga penampilan diri - pastikan penampilan yang menarik dengan memakai pakaian yang cantik dan digemari oleh suami anda. Pakai sedikit make up untuk menawan hatinya. Jaga kebersihan diri dan pakailah haruman yang bersesuaian. Untuk isteri yang telah melahirkan anak, pastikan anda berpantang selepas bersalin. Anda tidak akan menyesal kerana berpantang memang banyak kebaikannya. Satu petua kekal dara yang paling popular dari Ustazah Fatimah Az Zahra ialah dengan mengamalkan ayat-ayat ini selepas solat Isya'.
* Ambil segelas air
* Baca Al Fatihah 1 kali
* Baca Ayat Kursi 1 kali
* Baca Surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
* Tiupkan ke dalam air tadi dan minumlah perlahan-lahan.

4. Jaga maruah diri dan keluarga - Di dalam pergaulan seharian, elakkan dari mengumpat dan mengeji orang lain. Bataskan hubungan dengan kawan-kawan anda terutamanya dengan lelaki.
5. Berjimat - Uruskan perbelanjaan dengan bijak. Walaupun mempunyai pendapatan sendiri, elakkan berbelanja untuk perkara yang tidak penting. Pelajari cara-cara berjimat kerana ini mungkin dapat membantu suami di kala dia dalam kesulitan. Bila ada kelapangan, masaklah makanan kegemaran suami anda. Di samping mengurangkan perbelanjaan, ini juga dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan si suami.

6. Mengekalkan hubungan baik dengan mertua - Sesudah berkahwin, anda telah mempunyai satu lagi tambahan keluarga. Walaupun banyak perbezaan dengan keluarga sendiri, jagalah hubungan dengan mertua dengan sebaiknya. Elakkan bermusuhan dengan mereka kerana kelak akan menjejaskan hubungan dengan suami anda.

7. Selalu berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan keluarga - Berdoalah setiap kali selepas sembahyang supaya Allah memurahkan rezeki, memudahkan urusan seharian dan menjauhkan anda dan keluarga dari bahaya. Untuk senarai ayat-ayat Al Quran yang elok di amalkan, sila rujuk forum sahabat kita di sini. Semoga kita mendapat kerahmatan dariNya..InsyaAllah



Isteri idaman setiap lelaki

setiap lelaki mengimpikan agar mahligai yang dibina kekal bahagia..manakan tidak zaman sekarang semuanya perlukan duit walaupun ada segelintir yang berkata bahawa duit bukan segalanya tetapi duitlah yang dapat membuatkan kebahagian dalam rumah tanga yang dibina kekal sehingga ke anak cucu....

whose berpendapat sedemikian kerana zaman ini makanan bukannya boleh dicari di dalam hutan..nak memburu binatang?zaman dulu bolehlah...tapi sekarang, nak cari makan semua kena berduit...takkan kita nak bagi isteri dan anak makan pasir...memang porak peranda la gamaknya...

setelah whose membuat tinjauan dan soal selidik tentang isteri idaman setiap lelaki hasilnya sangat memeranjatkan...teruskan membaca hasil dapatan di bawah..


1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

p/s : ikut tips di atas gerenti bahagia...hehe...jangan marah..

Friday, August 20, 2010

ADAKAH SEBAB KEKAYAAN KITA/ISLAM DIGERUNI....JAWAPANNYA TAK...CUMA DIKAGUMI AJE...KEKAYAAN MUNGKIN LUPA KEPADA AKHIRAT...ADAKAH KITA MAMPU SEPERTI ABDUL RAHMAN AUF R.A...

Pak Arab tayang kereta di London



2010/08/14

LONDON: Golongan playboy Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.
KERETA SUPER... Bugatti Veyron bernilai RM4.25 juta dan Pagani Zonda Cinque bernilai RM3.28 juta (gambar kecil).
KERETA SUPER... Bugatti Veyron bernilai RM4.25 juta dan Pagani Zonda Cinque bernilai RM3.28 juta (gambar kecil).
pix_topright
Bilionair dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Emiriah Arab Bersatu.
Sepanjang musim panas lalu, sejumlah kereta paling mewah di dunia bernilai lebih RM250 juta tiba di ibu negara Britain itu.

Antaranya, kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron yang mempunyai kelajuan 407 kilometer sejam, dipandu di kawasan Knightsbridge dan Mayfair.

Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dipasang di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.

Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai RM6 juta dan Murcielago (bernilai RM1.7 juta) di depan premis berkenaan.

Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman.

Wartawan majalah Top Gear, Matt Master, berkata peminat kereta mewah kini boleh melupakan Monaco atau Monte Carlo.

“Kini London menjadi pusat kereta mewah,” katanya.

Kata Master, kebanyakan pemilik kereta mewah itu baru berusia 20-an atau awal 30-an yang lahir dalam keluarga kaya-raya.

“Jumlah kereta model Ferrari, Lamborghini dan Bugatti menggunakan nombor pendaftaran UAE memang luar biasa

“Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,” katanya.

Kebanyakan kenderaan itu diterbangkan ke London untuk digunakan bilionair terbabit ketika mereka melarikan diri daripada cuaca panas di negara asal masing-masing. - Agensi

KISAH2 SEX MEWARNAI DADA2 AKHBAR....MUNGKIN ZINA SUDAH JADI BIASA CUMA TERSOROK KECUALI DAPAT DIHIDU/DILAPOR ATAU SETELAH MENGANDUNG...KADANG2 BAYI DIBUANG DAN DIJUMPAI...MEMANG GAWAT MASALAH NI SEKARANG

NEGARA


Penarik kereta dipenjara 14 tahun



MOHD. AZIB kelihatan tenang selepas Mahkamah Sesyen
di Melaka menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya semalam.



MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan ke atas seorang penarik kereta selepas dia mengaku bersalah memaksa dua remaja yang kedua-duanya berusia 15 tahun sembilan bulan melakukan seks oral terhadapnya tahun lalu.
Hakim Zaharah Hussain memerintahkan hukuman penjara terhadap Mohd. Azib Hamidon, 25, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 21 Jun tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan itu ke atas seorang remaja perempuan tanpa kerelaannya di Ladang Kelapa Sawit Nyalas, pada pukul 1.10 pagi, 21 Jun 2009.
Tertuduh juga didakwa telah sengaja mendatangkan kecederaan kepada remaja berkenaan di tempat sama, pada pukul 1.05 pagi, hari yang sama.



NEGARA


Mayat bayi dibalut kain



MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.



REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.
Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.
"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.
"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan




Mayat penuh kesan lebam

Oleh Mohd Nur Asmawi Daud

2010/08/21

REMBAU: “Sayu hati saya apabila kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa ketika saya memeriksanya,” kata seorang pengawal keselamatan yang menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun di sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini, semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.
Menceritakan kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Som Adlan, 62, berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, namun perjalanannya disekat sekumpulan pelajar sekolah yang dalam keadaan cemas dan mereka memaklumkan ada kanak-kanak ditinggalkan di kerusi di pondok menunggu bas.

“Saya terus ke pondok itu dan mendapati seorang kanak-kanak yang lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala berada dalam keadaan terbaring di atas kerusi. Selepas memeriksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa. Saya kemudian memaklumkan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, sepasukan polis menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia tidak lama sebelum dia ditemui pelajar di pondok menunggu bas itu.

“Polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan kanak-kanak itu,” katanya


NI SALAH SAPE


Ugut perkosa kakak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/08/21

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.
Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba.

“Dia (suspek) mula memecahkan barangan di dalam rumah menyebabkan ibu dan bapanya memarahinya. Namun, lelaki itu ketawa apabila dimarahi sebelum meminta RM100 daripada ibunya.

“Apabila ibunya memberitahu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan kepadanya, dia menjadi semakin ganas. Seperti orang hilang akal dia mengugut untuk membunuh ahli keluarganya iaitu ibu dan ayahnya, serta kakaknya berusia 30 tahun,” katanya.

Menurutnya, lelaki dipercayai penagih dadah itu keluar rumah seketika sebelum kembali dengan membawa petrol yang disimbah ke tubuh ibu, ayah dan kakaknya sebelum mengugut membakar mereka hidup-hidup. 
Katanya, kakak suspek cuba untuk menenangkannya, namun dia turut menjadi mangsa apabila lelaki itu mengugut untuk merogol kakaknya di hadapan kedua-dua orang tuanya.

Sumber itu berkata, suspek bertambah berang apabila bapanya berusia lewat 50-an tetap berkeras untuk tidak memberikan wang kepadanya. Dia bertindak lebih agresif dengan mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya.
“Bimbangkan keselamatan suaminya, si ibu yang berusia awal 50-an menyerahkan sejumlah wang kepada anak lelakinya itu, tapi ia belum dapat menenangkan kemarahan suspek kerana jumlahnya tidak seperti dia inginkan.

“Bagaimanapun, selepas dirayu ibunya berulang kali, kemarahannya mula reda. Namun, dia tetap mengasari ibunya dengan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum melarikan barang kemas dipakainya yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000 lalu melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah bersabit beberapa kes samun dan dia juga masih berada dalam jaminan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu usaha memburu suspek dilakukan.




2 gadis diperkosa hingga hamil

Oleh Muhammad Saufi Hassan

2010/08/21

TAPAH: Dua gadis bawah umur mendakwa dirogol hingga kedua-dua mereka hamil dalam kejadian berasingan di Kampung Samy, Jalan Pahang dan Taman Seri Gemilang, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata kejadian pertama membabitkan gadis berusia 14 tahun yang disyaki dirogol sepupunya di Kampung Samy.
Katanya, kes itu hanya terbongkar apabila mangsa membuat pemeriksaan di hospital.

“Pihak hospital membuat laporan polis selepas mengetahui mangsa hamil tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dirogol sepupunya sendiri dan suspek berusia 16 tahun kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes kedua di Taman Seri Gemilang pula membabitkan gadis berusia 14 tahun yang disyaki dirogol bapa angkatnya hingga mangsa kini hamil empat bulan.

Katanya, kes itu juga terbongkar hasil laporan pihak hospital.

“Suspek yang berusia 37 tahun sudah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, polis mengklasifikasikan kedua-dua kes itu sebagai rogol kerana membabitkan mangsa juvana mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan


Pelajar ditahan



2010/08/21

KAJANG: Polis kelmarin menahan seorang pelajar tingkatan empat bagi membantu siasatan kes liwat seorang pelajar tingkatan tiga yang didakwa berlaku pada 10 Ogos lalu.
Kejadian liwat itu berlaku pada waktu persekolahan dalam sebuah bilik darjah kosong di sebuah sekolah swasta di sini.
Difahamkan, bapa murid terbabit hanya mengetahui mengenai perkara itu baru-baru ini dan membuat laporan polis pada Khamis lalu.

Sehubungan itu, suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tujuan siasatan dan merakamkan keterangannya.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan kes serta penahanan pelajar terbabit




Bayi disangka cempedak

REMBAU - Pagi Jumaat yang hening di perhentian bas kilometer 17 Jalan Pedas Linggi, di Kampung Kundur Hilir di sini, semalam digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki.

:Pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, berkata, dia dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6 pagi sebelum dimaklumkan beberapa pelajar yang menunggu bas sekolah di kawasan berhampiran mengenai bungkusan yang diletakkan di perhentian berkenaan.

"Saya bergegas ke lokasi yang dimaksudkan dan mendapati satu bungkusan yang disangka buah cempedak kerana keadaan sekeliling masih gelap gelita. Namun apabila menghampiri bungkusan berkenaan, saya mula rasa curiga.

“Justeru, saya memanggil beberapa penduduk kampung supaya dapat meninjau dengan lebih dekat lagi. Kami semua terkejut kerana bungkusan itu mengandungi bayi lelaki yang tidak bernafas lagi dan lengkap berpakaian tetapi dibaluti tuala dan kain batik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, mereka kemudiannya segera menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Suprintendan Mizan Md Dom berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 6.05 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, polis menemui seorang bayi yang sudah meninggal dunia anggaran umur antara 10 hingga 12 bulan dengan ketinggian 30 inci, lengkap berpakaian dan dibaluti kain batik serta tuala yang diletakkan di atas tempat duduk perhentian bas.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati, terdapat kesan lebam pada bahagian kepala, mata kiri, pipi kanan dan sedikit pada bahagian belakang badan," katanya.

Menurutnya, bayi yang dijumpai itu dipercayai berbangsa Melayu dengan kewarganegaraan Malaysia.

"Pihak kami juga membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat kelahiran bayi berkenaan.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau menerusi talian 06-685 2222 atau 06-685 1999 bagi membantu siasatan," katanya.

Mizan juga berharap, klinik swasta terdekat jika memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan umur berkenaan kerana demam atau terjatuh, agar menghubungi segera pihak polis.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Seremban dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Thursday, August 19, 2010

KISAH SUAMI ISTERI USAH MENYALAHKAN SAPA2..DUA2 KENA SABAR, IKUT PERATURAN ISLAM,IKUT BERAMAL ISLAM.DAN LAIN2....DUA2 KENA BUAT DISAMPING DOA...KITA TAK BOLEH TUDUH2...SEBAB TAK TAHU CERITA SEBENAR...TAK ADIL DENGAN DENGAR SEBELAH PIHAK....BOLEHKAH MENJATUHKAN HUKUMAN DENGAN MENDENGAR SEBELAH PIHAK...SEMUA PIHAK CERITA YANG SEDAP2@BAIK2...CERITA BURUK2@JAHAT2 DIRI ..... TAK KAN NAK CERITA...HAKIM DAN KAUNSELOR RUMAH TANGGA KENA HATI2...

Sifat sabar asas bentuk hubungan bahagia



2010/08/20

JOHOR BAHRU: Suami tidak seharusnya memilih jalan mudah dengan menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan geram, sebaliknya perlu berfikir panjang sebelum mengambil sebarang tindakan.
Malah, peranan isteri sebagai tonggak rumah tangga wajar dihormati berikutan memegang tanggungjawab besar menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, pasangan suami isteri seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dalam memperbaiki kelemahan rumah tangga.

“Sepatutnya, suami lebih bersikap sabar dalam melayan kerenah ahli keluarga terutama ketika berdepan masalah kewangan atau konflik lain.

“Sifat sabar itu penting membentuk kehidupan anak dan isteri sekali gus membantu suami membina keluarga bahagia,” katanya.

Beliau mengulas tindakan suami melibas isteri dengan kayu beluti hingga retak tulang belakang yang disiarkan akhbar ini, semalam

PUASA TIDAK...ADAKAH IA SOLAT...BIASA TIDAK...ADAKAH IA BOLEH JADI SUAMI YANG BAIK DAN PEMIMPIN BAIK PADA MASA AKAN DATANG...

Berbuka puasa seawal 11 pagi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/08/20

KUALA LUMPUR: Bagai tidak tahu malu dan makna dosa apabila puluhan lelaki beragama Islam dikesan berpusu-pusu berbaris dan mengerumuni beberapa kedai dan gerai di sekitar ibu kota semata-mata untuk membeli nasi bungkus seawal jam 11 pagi.
TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan.
TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan.
Kebanyakan mereka terdiri daripaa pekerja swasta, penghantar surat serta pelajar sekolah berbaris panjang di kawasan terbuka bagi membeli juadah hidangan tengah hari yang sengaja dijual kepada orang ramai oleh peniaga beragama Islam.
Perbuatan mengaibkan di bulan Ramadan itu dapat dibuktikan selepas wartawan Harian Metro menyamar pelanggan di beberapa lokasi tumpuan kaki ponteng puasa terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Kampung Pandan dan Keramat di sini, semalam.

Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kebanyakan pelanggan yang menunggang motosikal membeli nasi bungkus terutama pada jam 11.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.

Dalam tinjauan pertama ke sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, seramai lebih 20 pelanggan berbaris panjang untuk membeli nasi kandar berlauk tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.

Kedudukan restoran terbabit yang dilindungi hentian bas menyebabkan aktiviti membeli nasi oleh kaki ponteng puasa itu dilakukan dengan berani tanpa rasa malu.

Malah, pelanggan terbabit berbaris panjang menunggu pemilik kedai mengambil pesanan dan membungkus nasi selain minuman.

Kebanyakan mereka yang membeli nasi bungkus itu enggan membuka topi keledar bagi mengelakkan identiti mereka dikesan sebelum memecut sejurus membuat bayaran.

Lebih mengecewakan apabila pemilik dan pekerja kedai makan terbabit seolah-olah tidak hairan kehadiran pelanggan beragama Islam walaupun menyedari perniagaan makanan itu disajikan pada waktu yang boleh menimbulkan curiga.

Situasi sama turut dilihat di restoran berhampiran apabila rata-rata pelanggan di kalangan lelaki beragama Islam didapati berbaris untuk membeli nasi bungkus persis konsep ‘pandu lalu’.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Tuan Asmawi Tuan Umar yang dihubungi berkata, pihak penguat kuasa Jawi sudah memulakan operasi membanteras kaki ponteng puasa sejak awal Ramadan lalu di beberapa lokasi yang dianggap popular.


Wanita ganas dijel 3 tahun

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/08/20

MELAKA: Seorang ibu tunggal muda yang melarikan kereta milik Jabatan Perdana Menteri sebelum terbabit dalam kemalangan awal Julai lalu, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencuri kereta milik pegawai Majlis Agama Islam Melaka (Maim) pada 15 Mei lalu.
Majistret Muzila Mohd Arsad dalam penghakimannya meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh, Noor Fadhilah Mohd Derus, 26, serta menimbangkan hujah Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron sebelum membuat keputusan itu.
Noor Fadhilah yang masih mempunyai kesan parut jahitan di kepalanya kelihatan tenang ketika dibacakan semula pertuduhan sebelum menukar pengakuan kepada bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri Proton Waja Campro 1.6 berwarna perak bernilai RM60,000 kepunyaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia Cawangan Melaka, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan rumah No 39, Jalan Jasa Merdeka 27, Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam, kira-kira jam 9 malam pada 5 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kesalahan mencuri kenderaan Toyota Avanza milik pegawai Majlis Agama Islam Melaka (Maim) bernilai RM62,000 di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Agama Maim, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah, antara jam 5 hingga 5.30 pagi pada 15 Mei lalu.

Dia yang juga ibu kepada dua anak turut didakwa dengan sengaja mengadakan tentangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang (lari) mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bilik tahanan wanita pada tarikh, masa dan di tempat sama.

KASIH YANG ALLAH KURNIANKAN...MASIH SAYANG WALAUPUN TELAH DIHAMPAKAN....SEPATUT MEREKA YANG TERLIBAT SEDAR DAN INSAF

NEGARA


Mangsa simbah asid rindu ayah



FATIMAH (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada Che Ku Zaimah dan anaknya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – “Lin rindu ayah.” Itulah luahan Lin atau Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang menjadi mangsa simbah asid akibat perbuatan ayahnya sendiri.
Walaupun ramai menganggap selepas kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu Ahad lalu, Lin akan membenci ayahnya namun ia tidak berlaku malah Lin yang melecur di bahagian muka dan badan sentiasa merindui ayahnya dan begitu sedih selepas mengetahui lelaki itu telah ditahan polis.
Ibunya yang turut cedera dalam insiden tersebut, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, berkata, Lin paling rapat dengan ayahnya sebelum kejadian dan pada hari pertama dan kedua selepas kejadian, Lin menangis bila nama ayahnya disebut.
“Semalam (kelmarin), bila dia baca surat khabar tentang berita penahanan ayahnya, dia beritahu dia mula rindu (pada ayahnya),” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Wanita UMNO negeri, Fatimah Hamat dan Skuad Sayang Wanita UMNO di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Pada kejadian 15 Ogos lalu, Che Ku Zaimah melecur di bahagian muka dan tangan selepas terkena asid yang dibawa seorang suspek.
Turut melecur ialah dua orang anak mangsa iaitu Lin dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibu mentua suspek, Minah Omar, 56.



NEGARA


Wook tak mahu lagi jadi janda



WOOK tetap setia dengan suaminya, Mohd. Nor (gambar kecil).



HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.
Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.
“Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.
Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.
Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.
Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

SETUJU SERATUS PERATUS....UNDANG2 YANG HAQ....JIKA ADA UNDANG2 LEBIH BAIK DARI UNDANG ALLAH...BERMAKNA ALLAH LEMAH..MAKA ROSAK IMAN DAN ISLAM JIKA KITA BERIKTIKAD BEGITU.


Hukum syariah mampu atasi gejala sosial
Mohd Ali Hashim   
ALOR  SETAR, 19 Ogos: Hanya undang-undang syariah yang mampu untuk mengatasi masalah gejala sosial yang sedang menjadi satu serangan besar kepada masyarakat dan rakyat negara ini kebelakangan ini.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria sebagai mengulas masalah pembuangan bayi yang semakin ketara kini.
Menurut beliau lagi, undang-undang syariah bukan saja mampu untuk menghukum pesalah tetapi juga berperanan mendidik serta memberi pelajaran kepada masyarakat supaya menghindari perbuatan tersebut.
"Pelaksanaan undang-undang syariah yang begitu longgar adalah antara punca pelbagai gejala sosial semakin berleluasa di dalam negara ini. Ia juga membuktikan Kerajaan Pusat yang sedia ada gagal dan lemah kerana sering akur kepada desakan segelintir pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya untuk mempertahankan hak asasi manusia," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, masalah keruntuhan moral yang begitu meruncing dalam negara menunjukkan ianya adalah satu kegagalan kepimpinan Kerajaan Pusat yang enggan merujuk kepada undang-undang Islam yang mana ia mampu memberi kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 257,000 bilangan anak luar nikah bagi tempoh 2005 hingga 2008 telah didaftarkan.
Jumlah ini juga mempamerkan betapa seriusnya gejala sosial yang berlaku dalam negara akibat daripada kegagalan pihak berwajib untuk melaksanakan undang-undang syariah sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Tambahnya lagi, undang-undang syariah amat jelas kerana ia adalah bagi menjaga agama, nyawa, keturunan, maruah, akal serta harta benda.
"Oleh kerana itu maka pelaksanaan hukuman lebih berat sepertimana yang diuar-uarkan kebelakangan ini sepatutnya dikaji semula supaya ia tidak akan menimbulkan kesulitan lain pada masa yang  datang," ujarnya lagi.

YANG SALAH TETAP SALAH...JANGAN CUBA NAK MENEGAK BENANG BASAH...


Kecoh di bilik hotel

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/08/19

HULU KLANG: “Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi (Raja Sulaiman), malah bilik hotel itu juga didaftar atas nama wanita itu,” kata Norhayati Othman, 38, isteri jaguh badminton negara, Roslin Hashim ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berhubung punca kejadian lafaz berbunyi ‘I cerai youlah’ yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa Roslin, 35, melafazkan cerai dalam keadaan sedar, siuman, tenang dan mengambil kira-kira lima hingga tujuh saat untuk menjawab soalan selepas ditanya apa keputusannya ketika itu selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jailani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

“Kami (Norhayati bersama dua adik dan ibunya) pergi ke tingkat lima dan menunggu Jailani untuk bersama-sama ke tingkat tiga. Namun, Jailani seolah-olah melengahkan kami untuk ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkan dia keluar dari bilik berkenaan.

“Dia mungkin bimbang Raja Azmi serta Roslin ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akibat berdua-duaan. Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam, berlaku lafaz cerai,” katanya.

Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulkarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Isnin lalu dan diterima pada sebelah petang oleh Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim

Terdahulu dalam prosiding yang bermula pada sebelah petang, Roslin memaklumkan mahkamah dia tidak mempunyai bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan isterinya.

Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang

ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?

NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.

ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?

NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.

ZULKARNAIN: Siapa lagi?

NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)

ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?

NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?

NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.

ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?

NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi

ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?

NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?

NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.

ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?

NORHAYATI: Ada.

Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.

“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.

“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.

Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.

“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.

“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.

Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.

ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?

ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.

ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?

ROSLIN: Ya.

ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?

ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.

ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?

ROSLIN: Sampai ke situ?

ZULKARNAIN: Jawapan kamu?

ROSLIN: Ya.

Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.

ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?

ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.

ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?

ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik.

Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujah dan pada 22 September depan untuk pihak defendan.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad, 32, hanya bertahan 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari tahun lalu.



Suami cekup isteri khalwat

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
2010/08/19

MELAKA: Ketika umat Islam lain menunaikan ibadat puasa, seorang wanita bagaikan tidak mempedulikan kesucian Ramadan apabila dicekup suaminya sendiri kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lebih muda, semalam.
Wanita berusia 33 tahun itu dicekup suaminya di rumah mereka di pinggir bandar ini ketika bersama kekasih gelapnya yang juga seorang duda berusia 21 tahun.
Rahsia pasangan itu terbongkar apabila lelaki berusia lewat 30-an itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi dan sebaik masuk, dia terdengar isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Curiga dengan kehadiran orang asing yang berkurung bersama isterinya, lelaki terbabit menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membuat pemeriksaan kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi berkenaan dan apabila tiba, lelaki terbabit sudah menunggu di luar rumah.

Katanya, pihaknya terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan pintu bilik itu dibuka lelaki terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur bersama di atas satu katil dan wanita terbabit turut terkejut apabila melihat suaminya turut ada bersama.

“Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju-T singkat serta berseluar pendek, manakala lelaki terbabit hanya berseluar.

“Selepas disoal siasat dan mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan dilakukan mendapati pasangan itu keluar bersiar-siar sehingga awal pagi dan wanita berkenaan mengajak lelaki terbabit pulang ke rumahnya kerana sudah lewat untuk menghantarnya pulang.

Katanya, lelaki itu tiba di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mereka tidur


“Bagaimanapun, pasangan berkenaan menyatakan mereka tidak tidur sebilik, sebaliknya ketika ditahan pasangan berkenaan dicekup tidur sekatil.

“Pasangan itu baru saja berkenalan tiga bulan lalu dan wanita itu pula mendakwa pada masa ini dia dan suaminya ada krisis rumah tangga.

“Lelaki terbabit bekerja sebagai peniaga, manakala ibu kepada tiga anak itu bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini,” katanya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.



Bawa teman wanita lepas ibu bapa pergi kerja



2010/08/19

KULIM: Ketika umat Islam di negara ini sibuk melaksanakan ibadah puasa, masih ada pasangan yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk berkhalwat pada waktu pagi.
Dalam satu kes khalwat di sini kelmarin, seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditahan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) di rumah teman lelakinya berusia 24 tahun, kira-kira jam 8.45 pagi di Taman Lobak dekat sini.
PADK melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat daripada jiran lelaki itu pada jam 8 pagi.

Difahamkan jirannya tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu membawa masuk teman wanitanya ke rumah selepas ibu bapanya keluar bekerja dan dia meminta pasangan berkenaan keluar dari rumah tetapi tidak diendahkan.

Selepas beberapa minit menunggu, jiran yang marah dengan pasangan itu bertindak melaporkan kepada PADK sambil mengepung rumah itu.

Ketua Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, penguat kuasa memperkenalkan diri sebelum membuat pemeriksaan di dalam rumah itu dan menemui seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah berusia 17 tahun memakai baju kadet remaja cuba bersembunyi dalam rak kasut.

Beliau berkata, remaja perempuan itu kemudiannya cuba melarikan diri dengan bersembunyi di belakang pintu bilik.

“Teman lelakinya seorang penganggur mengaku tidak mempunyai hubungan muhrim dengan remaja perempuan itu yang mengaku ponteng sekolah untuk meluangkan masa bersama pasangannya,” katanya.

Azmi berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan serta dibawa ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim.

Katanya, pelajar perempuan itu dikenakan ikat jamin RM800 manakala teman lelakinya ditahan reman di penjara Alor Setar kerana gagal membayar denda sehingga sebutan perbicaraan pada 24 Ogos ini.

“Bagaimanapun, pelajar perempuan itu tidak dilepaskan selepas diikat jamin kerana dijamin seorang lelaki, dipercayai abang angkatnya dan bukan warisnya.

“Kami terpaksa menahan remaja perempuan itu di balai polis kelmarin sehingga ibu bapanya datang menjemputnya semalam,” katanya



Bekas isteri terkejut



2010/08/20

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut ia (perceraian) berulang lagi,” kata Faizah Mohamad, bekas isteri, Roslin Hashim berhubung kes perceraian kali kedua jaguh badminton negara itu.
Faizah, 33, berkata, apabila mengetahui Roslin, 35, berkahwin dengan Norhayati Othman, 38, menerusi media pada 10 Julai lalu, dia berdoa semoga hubungan mereka berkekalan dan tidak senasib dengannya.
“Saya tidak sangka perkara sedemikian berlaku lagi, malah anggota keluarga saya juga terperanjat,” katanya yang dihubungi semalam.

Menurutnya, dia bersimpati dan dapat memahami perasaan Norhayati yang berpisah dengan suami ketika usia perkahwinan masih muda.

“Tidak ada wanita yang berkahwin dan mahu bercerai dalam masa singkat kerana selepas menjadi isteri, suami adalah masa depan wanita itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana kes perceraian itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Mengenai apa yang berlaku terhadapnya sebelum ini, Faizah berkata, dia sudah melupakannya dan memaafkan bekas suaminya itu.

Ditanya sama ada dia sudah bertemu jodoh, Faizah bagaimanapun enggan memberi komen.

“Hidup saya tenang dan baik sekarang,” katanya. Abang Faizah, Zulkifli Mohamad, 36, pula berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap adik dan keluarganya.

“Sejak perkahwinannya hanya bertahan selama 12 hari, ramai lelaki menjauhkan diri dari adik saya dengan pelbagai andaian negatif,” katanya. Sementara itu, Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dihubungi enggan memberi komen dan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan keputusan.

“Biar semua persoalan terjawab di mahkamah,” katanya.

Perceraian Roslin dengan Faizah sebelum ini menjadi perhatian apabila hanya bertahan 12 hari apabila bernikah pada 30 Januari dan bercerai pada 11 Februari 2009

Wednesday, August 18, 2010

INSAFLAH...BERSYUKUR KEPADA ALLAH JIKA DALAM KEADAAN AMAN

KEMPEN AJE TAK CUKUP...PENGUATKUASA TAK ADA...GUNA HUKUM ISLAM...ITU SATU KEWAJIPAN SESUAI AGAMA ISLAM AGAMA RASMI...

Kempen antizina

SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.

“Kita minta remaja yang 'termengandung' ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.

“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.

“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.

“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos


HASIL ZINA...BERAPA KALI ZINA BARU MENGANDUNG...TAKUT DALAM MENGANDUNG BERZINA JUGA...YANG TAK MENGANDUNG....DAN GUNA KONDOM DAN MAKAN UBAT UNTUK MENGELAK HAMIL...JADI BANYAK TAK....YANG BERZINA...JANGAN NAFI HUKUM ALLAH....ALLAH MENCIPTA NAFSU....SYAITAN DAN SELURUHNYA...TENTU ALLAH SANGAT2 TAHU UBAT ZINA...



Bayi bogel masih bertali pusat

KUALA TERENGGANU – Belum sampai seminggu Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh, ternyata hukuman itu tidak menggerunkan manusia yang boleh disifatkan berhati binatang apabila seorang lagi bayi ditemui dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Seberang Takir, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 malam kelmarin itu, bayi lelaki yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui dalam keadaan memilukan apabila hanya diletakkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Lebih mengecewakan, ketika umat Islam yang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala sempena Ramadan ini, namun masih ada manusia tidak berperikemanusiaan yang bukan sahaja tidak menghormati bulan penuh keberkatan ini, sebaliknya sanggup melakukan perkara terkutuk kepada bayi yang tidak berdosa itu.

Saksi, Lans Korperal Marzuki Hamid, 44, berkata, kehadiran bayi itu disedari seorang anaknya yang kebetulan ingin keluar ke kedai, namun hasratnya terbantut apabila melihat bayi terbaring di hadapan pintu pagar rumahnya.

“Ketika kejadian saya bersama isteri serta empat orang anak yang lain dalam perjalan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam di sebuah restoran, manakala anak kedua saya iaitu Nur Hafiana, 19, tidak ikut sama kerana tidak sihat.

“Sejurus mendapat panggilan anak saya memaklumkan penemuan bayi itu saya memecut kenderaan dan setibanya di rumah saya melihat bayi itu dibalut tuala bagi mengelak kesejukan dan anak saya memaklumkan bayi diberikan susu tepung setelah melihat bayi itu kelaparan,” katanya.

Kata Marzuki, hatinya sayu melihat bayi seberat 2.7 kilogram berkulit cerah itu tidak menangis seolah-olah memahami dirinya tidak diingini ibu bapa tidak berhati perut itu.

Anggota polis di Bahagian Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berkata, bayi itu segera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana bimbang dijangkiti penyakit kerana masih bertali pusat.

“Sebenarnya petang tadi (kelmarin) jabatan (HEA) saya bermesyuarat membincangkan masalah membabitkan kes pembuangan bayi semakin berleluasa kebelalakangan ini dan tidak sangka berlaku di hadapan rumah saya,” katanya.

Menurutnya, sejak lebih setahun menyewa di rumah yang didiami itu tiada sebarang perkara pelik berlaku dan kejadian yang di luar jangkaan berkenaan memberikan kesan yang sangat besar kepadanya sekeluarga yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.



Bayi lelaki bogel ditinggalkan depan rumah polis


KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.

L/Kpl Marzuki Hamid, 44, berkata, bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Marzuki yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah.

"Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Marzuki berkata, sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.


Beliau berkata, bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan.



Selongkar sampah cari mayat bayi dibuang

BANDARAYA MELAKA - Anggota Forensik terpaksa menyelongkar longgokan sampah di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka (HM), semalam untuk mencari mayat bayi tidak cukup bulan yang dibuang seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kelmarin.

Dengan dibantu pekerja syarikat selenggara sampah, usaha mencari yang dijalankan sejak petang kelmarin, sebelum dihentikan malam semalam dan disambung tengahari, semalam.

Bagaimanapun, usaha menyelongkar satu persatu plastik sampah itu berhasil apabila janin berusia lima bulan itu ditemui kira-kira 1.50 petang semalam oleh salah seorang pekerja syarikat selenggara sampah itu.

Bayi tidak cukup bulan itu dibuang di dalam tong sampah oleh pelajar IPT berusia 22 tahun itu, selepas bersalin di tandas unit kecemasan HM kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bagaimanapun, sampah di dalam tong berkenaan sudah diangkut sebelum dibuang ke dalam pusat pengumpulan sampah menyebabkan usaha mencari dalam longgokan sampah di situ terpaksa dilakukan.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek mengaku melahirkan bayi itu.

“Suspek mengadu sakit perut dan menjalani rawatan di wad kecemasan HM, kelmarin. Kejadian disedari selepas kakitangan merawat suspek mendapati dia baru sahaja melahirkan bayi," katanya.

Ekoran daripada kejadian itu, pegawai perubatan hospital membuat laporan polis kira-kira 7 malam.

"Namun, bayi berkenaan sudah dibuang tanpa disedari pihak yang bertanggungjawab menguruskan sampah di hospital itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, suspek wanita bersama teman lelakinya juga pelajar IPT direman sehingga Sabtu ini.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya



Batik berdarah

Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
2010/08/20

BUTTERWORTH: Sepasang kekasih disoal siasat polis berhubung penemuan bungkusan plastik mengandungi kain batik dengan kesan darah yang dijumpai ditanam berhampiran sebuah rumah di Kampung Bagan Dalam, dekat sini, semalam.
Penemuan itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan yang menyangka pasangan terbabit menanam janin atau bayi.
Difahamkan, pasangan itu disoal siasat selepas menerima laporan daripada jiran yang mengesyaki sesuatu selepas terdengar bunyi pertengkaran di rumah berkenaan antara remaja wanita itu dengan pasangannya. Dia tinggal di rumah berkenaan bersama ibu, kakak serta neneknya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek lelaki berusia 20 tahun dibawa ke rumah pasangannya berusia 17 tahun dan menunjukkan lokasi dia menanam sesuatu kepada polis.

Anggota forensik yang menggali tempat ditunjukkan itu kemudian menemui bungkusan plastik kuning mengandungi kain batik dengan kesan darah yang ditanam sedalam kira-kira 0.3 meter.

Menurut sumber, remaja wanita itu dipercayai mengalami keguguran sebelum dibantu teman lelakinya yang bertindak menanam kain batik dengan kesan darah berhampiran rumah itu.

Difahamkan, kain batik mengandungi gumpalan darah ditanam Khamis lalu. “Yang ditanam ialah kain batik dengan kesan darah kerana kandungan remaja wanita itu baru berusia beberapa bulan dan belum menjadi janin.

“Remaja itu mendakwa tidak datang haid sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut. Jirannya berkata, minggu lalu ada seorang lelaki meminjam cangkul dari rumahnya, tetapi tidak tahu tujuan lelaki terbabit.

“Saya terkejut apabila ramai polis datang dan memberitahu ada objek ditanam berhampiran rumah saya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana kes masih dalam siasatan.

Beliau berkata, yang ditemui hanya kain batik mempunyai kesan darah, bukan janin manakala pasangan terbabit juga masih disoal siasat.


Pelajar perubatan mungkin ibu bayi mati



2010/08/20

PETALING JAYA: Misteri penemuan mayat bayi perempuan dibuang di tebing sungai di Kota Damansara, Ahad lalu hampir terjawab apabila polis mengesyaki ia dilakukan pelajar perempuan jurusan perubatan di sebuah kolej berhampiran lokasi mayat itu ditemui.
Malah, penemuan kain hospital yang digunakan untuk membaluti mayat bayi itu menguatkan bukti ia ada kaitan dengan kolej yang menggunakan kain jenis sama untuk tujuan pembelajaran.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis mengesyaki ibu bayi malang itu adalah pelajar kolej perubatan itu kerana menemui kain hospital bersama mayat. “Tempat mayat bayi ditemui berhampiran dengan dua kolej termasuk yang menawarkan kursus perubatan.

“Mayat bayi pula dibalut dengan kain hospital ketika ditemui sedangkan dia tidak dilahirkan di hospital berdasarkan tali pusatnya yang tidak dipotong,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Menurut Arjunaidi, polis sudah menjalankan operasi mengesan ibu bayi itu di sekitar kawasan berkenaan namun gagal mengesannya.

“Setakat ini, polis hanya mengambil keterangan daripada pihak pengurusan kolej bagi membantu siasatan kes,” katanya.

Katanya, kemungkinan bayi itu dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang. “Hasil laporan bedah siasat mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana disimpan di dalam beg selain baru dilahirkan ketika ditemui dan berkeadaan sihat dengan berat 3.5 kilogram,” katanya



KITA DAH BANYAK TALIAN..BUKAN SALAH...KENAPA TAK BUAT TALIAN DENGAN PENCIPTA IAITU ALLAH...DENGAN MENGIKUT QURAN DAN HADIS...ITU PANDUAN HIDUP KITA..JANGANLAH KITA INI DEGIL...BERDOLAK DALIH...KITA KAN MATI JUGA...DAN AKAN DITANYA APA YANG KITA BUAT DUNIA...KECUALI KITA BUKAN ISLAM...KITA TAHU SYURGA DAN NERAKA...CUBALAH PERGI MENGAJI AGAMA DIMASJID2 DAN SURAU2 ...PENGAJIAN BANYAK..ORANG MENGAJI TAK RAMAI...ITU PUN YANG DAH PENCEN...50 TAHUN KEATAS...INILAH REALITI MASYARAKAT ISLAM DIMALAYSIA.



Talian Nur saluran tangani krisis sosial



2010/08/20

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Talian Nur 15999 yang menggantikan talian bebas tol Teledera 1-800-88-3040 sejak awal tahun ini dilihat sebagai saluran utama pusat maklumat dan aduan bagi menangani krisis masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata talian berkenaan beroperasi selama 24 jam sehari, malah boleh diakses pelanggan melalui talian tetap, telefon bimbit dan telefon awam.
“Talian Nur turut menyediakan perkhidmatan aduan mengenai isu kebajikan, penderaan, perlindungan, kaunseling, masalah remaja dan pembuangan bayi yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Melalui talian ini, kita berharap dapat memberi bimbingan bagi menyelesaikan masalah pengadu,” katanya dalam kenyataan media, semalam