Wednesday, August 18, 2010

BUANG DAN BUANG....ALLAH NAK TUNJUK DI SINI BANYAK ZINA SEBAB PERGAULAN BEBAS ...KUATKUASA UNDANG2 QURAN TAK ADE...ULAMAK2 ROSAK/FASIK(BUKAN SEMUA)

Mayat bayi lelaki ditemui dibuang dalam tong sampah Hospital Melaka



2010/08/18

MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.
Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.

"Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di kawasan wad kecemasan," katanya.

"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada jam 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lalu, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini.-Bernama


Bayi lelaki bogel ditinggalkan depan rumah polis



2010/08/18

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.
Lans Koperal Marzuki Hamid, 44, berkata bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira jam 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.
Marzuki yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah. "Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Marzuki berkata, sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.

Beliau berkata, bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata, bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya. Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan.-Bernama



Wanita dan teman lelaki ditahan bantu siasatan kes buang janin di Hospital Melaka



2010/08/18

MELAKA:Polis menahan reman seorang wanita dan pasangannya yang berusia 20 tahun selama lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung laporan kes membuang janin bayi berusia lima bulan di dalam tong sampah di wad kecemasan Hospital Melaka, pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan kedua-dua suspek bagi membntu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikn kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit


Buang bayi atas meja

Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
2010/08/18

BUKIT MERTAJAM: Bagaikan bermusim. Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dengan kejadian terbaru membabitkan seorang bayi perempuan ditemui berbalut kain lampin atas meja di depan sebuah rumah dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.
Bayi berkenaan ditemui seorang pekerja kilang berusia 30-an sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Tarawih kira-kira jam 11 malam.

Secara kebetulan lelaki terbabit tidak mempunyai anak selepas berkahwin sejak 10 tahun lalu dan mengambil keputusan menjaga bayi berkenaan untuk dijadikan anak angkat.

Bagaimanapun, rakannya menasihatkan agar dia menyerahkan bayi itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Berikutan itu, lelaki terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda di sini, untuk membuat laporan semalam. Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi perempuan berkenaan seberat 1.4 kilogram dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang.

Beliau berkata, bayi itu dalam keadaan sihat tetapi keturunannya belum dipastikan dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut.

“Bayi ini ditemui dua hari lalu dan pengadu berhasrat menjadikannya sebagai anak angkat. “Namun atas nasihat rakan, pengadu tampil ke IPD pagi tadi (semalam) untuk membuat laporan kerana perlu mengikut prosedur jika mahu mengambil anak angkat,” katanya.

Azman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan suspek yang membuang bayi berkenaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan ibu bapa atau individu yang membuang bayi boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPDSPT, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119


NEGARA

Pasangan tiada anak jumpa bayi



BAYI yang ditemui selepas ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam Ahad lalu.



BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru berusia seminggu panjang umurnya apabila dia ditemui dalam keadaan sihat selepas ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini Ahad lalu.
Bayi itu ditemui oleh sepasang suami isteri dalam keadaan berbalut dengan kain lampin pada pukul 11 malam ketika mereka baru pulang dari sembahyang tarawih di sebuah masjid berhampiran.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, bayi seberat hanya 1.4 kilogram itu pada mulanya dijaga oleh pasangan suami isteri itu selama dua hari sebelum mereka membuat laporan polis semalam.
"Pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah kilang di Alma pada mulanya berhajat untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat kerana mereka tiada anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
"Namun atas nasihat jiran mereka kemudian membuat laporan dan menyerahkan bayi tersebut kepada polis semalam," kata beliau


Ditemui berbalut lampin

BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi perempuan dianggarkan berusia satu minggu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain lampin oleh seorang pekerja kilang yang tinggal di Bukit Minyak, dekat sini, Ahad lalu.

Bayi comel seberat 1.4 kilogram itu ditemui diletakkan di atas meja di hadapan rumah lelaki terbabit kira-kira jam 11 malam, 15 Ogos lalu ketika dia dan isterinya baru pulang dari solat terawih di masjid.

Lelaki berusia 38 tahun itu curiga dengan isi kandungan bungkusan tersebut terkejut apabila mendapati seorang bayi yang masih bernyawa di dalamnya.

Dia yang tidak mempunyai anak itu kemudiannya mengambil bayi tersebut dan menjaganya selama dua hari serta berhasrat untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Namun, atas nasihat raka-rakan, dia akhirnya akur dengan undang-undang lalu menyerahkan bayi berkenaan kepada pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, lelaki berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) 17 Ogos 2010 (semalam) untuk membuat laporan polis mengenai penemuan bayi terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan kira-kira tujuh hari lalu serta sihat tubuh badan.

“Bayi itu kini berada di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk pemeriksaan lanjut dan kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang mana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media yang diadakan di IPD SPT Bandar Perda, dekat sini, semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan supaya menghubungi bilik gerakan IPD SPT di talian 04-5306402 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazween, 012-3749616 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPT, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119.



Bayi lelaki bogel ditinggalkan depan rumah polis


KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.

L/Kpl Marzuki Hamid, 44, berkata, bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Marzuki yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah.

"Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Marzuki berkata, sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.


Beliau berkata, bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan


Khalwat selepas Terawih

GEORGETOWN – Baru sahaja selesai solat Terawih kemudiannya sepasang kekasih dicekup pula Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) dalam satu serbuan pagi semalam.

Lelaki yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai operator itu bagaimanapun sudah berkahwin dan ditangkap bersama pasangannya berusia 33 tahun yang masih bujang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, lelaki berkenaan bertindak licik ketika diserbu Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Unit Operasi JAINPP ke dalam rumah.

Menurutnya, lelaki berkenaan menyorok di bahagian balkoni luar rumah dengan ditutupi ampaian kain.

“Mungkin pada fikirannya dia bijak dan licik, tetapi dalam masa yang sama dia juga membahayakan diri kerana kedudukan balkoni sempit dan hanya mampu memuatkan pasu bunga sahaja.

“Kedudukan tingkap dan balkoni adalah pada paras leher lelaki dewasa dan sekiranya ketika dia hendak naik ke atas rumah semula dan terlepas besi katil berkenaan, memang senang saja hendak jatuh dari tingkat sembilan itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menceritakan kejadian ketika serbuan, pasangan berkenaan cuba bertindak untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dengan melarikan diri secara merangkak ke bilik berasingan.

Kemudiannya, wanita berkenaan yang ditemui dalam sebuah bilik pada mulanya mengaku hanya tinggal bersendirian, dan ketika JAINPP meminta kunci bilik kedua, dia mengatakan tidak mempunyai kunci berkenaan.

Anggota PPA kemudiannya berjaya menjumpai kunci berkenaan di atas meja dalam rumah dan kemudiannya menemui seorang lelaki duduk dalam keadaan diam di bawah ampaian kain yang penuh.

Khairul berkata, anggotanya juga terpaksa mengambil masa 10 minit untuk masuk ke dalam rumah sebelum wanita berkenaan membuka pintu.

“Setelah dibuat pemeriksaan, lelaki dan wanita itu disahkan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dan mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

“Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

JAINPP juga bertindak atas aduan dan mula mengadakan operasi bermula jam 2.30 pagi sehingga ke jam 6 pagi.

Khairul juga menolak dakwaan bahawa JAINPP hanya memfokuskan serbuan dan operasi bagi pesalah dalan bulan Ramadan sahaja.

Sebaliknya, operasi pencegahan maksiat bagi Seksyen 27 atas kesalahan berkhalwat dan Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam juga akan dijalankan dengan giat sepanjang Ramadan kali ini



Bekas pengetua asrama nafi tuduhan cabul penghuni :

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengetua asrama golongan miskin dan anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret, atas tuduhan mencabul seorang penghuni asrama itu Oktober tahun lalu.

Abddul Rahman Ramani, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan meraba kemaluan dan buah dada mangsa berusia 14 tahun kira-kira jam 8 malam, 20 Oktober 2009 di asrama Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Norasyikin menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh kerana kesalahan seksual.

Bagaimanapun, jumlah itu dibantah peguam M Govindaraju yang mewakili tertuduh atas alasan terlalu tinggi untuk tertuduh yang kini bekerja sendiri.

“Tertuduh akan dipenjarakan jika gagal membayar jaminan berkenaan,” katanya.




Pemuda dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

TEMERLOH – Padah akibat gagal mengawal nafsu seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan bawah umur.

Tertuduh Mohd Adnan Abd Manaf 27, sebelum ini dituduh merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun 4 bulan di dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Dia dituduh melakukan kesalahan pada 10 Mac 2007 kira-kira jam 9 malam di ladang kelapa sawit lot 7973 peringkat A, Blok 1, Felda Jenderak Utara, Kuala Krau.

Tertuduh ditangkap pada 12 Mac 2007 didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman antara lima tahun dan 20 tahun penjara dan juga disebat jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama sepupunya menghadiri kenduri kahwin di kawasan tanah rancangan terbabit sebelum bertemu tertuduh.

Kedua-dua tertuduh dan mangsa tidak pernah mengenali dan hanya berkenalan pada malam kejadian. Tertuduh kemudian membawa mangsa menaiki motosikal dan merogol mangsa dalam ladang kelapa sawit.

Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pahang Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang jauh lebih tua daripada mangsa.

Menurutnya, kedua-dua umur mangsa dan tertuduh adalah tidak seimbang dan jika tidak ada elemen paksaan tidak akan berlaku kejadian itu. Tambahan pula mangsa baru mengenali tertuduh pada malam kejadian.

Noor Svetlana memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh sebab banyak berlaku kes rogol dan buang bayi sejak akhir-akhir ini. Dengan hukuman berat akan memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan jenayah terbabit.

Terdahulu pihak pembela merayu mahkamah kerana kedua-dua mangsa dan tertuduh masih muda dan tidak memahami kesan daripada perbuatan terbabit. Tertuduh juga sudah insaf selain tidak mempunyai bapa dan perlu membantu ibunya.

No comments:

Post a Comment