Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah.
Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.
Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.
Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.
Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.
“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.
“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya.
Pembantu pasar raya dipenjara enam tahun rogol remaja 13 tahun
2010/08/16
Pemandu teksi mengaku ambil ganja dan minuman keras sebelum bunuh Syafiah Humaira
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
2010/08/16
2010/08/16
Mohd Fazli Azri Jamil, 28, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh dan bukannya dari kandang saksi ketika membela diri terhadap tuduhan membunuh kanak-kanak itu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, pada 25 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mayat bayi dalam beg
2010/08/16
Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan, Badrul Abdul Rashid, 24, bersama empat rakannya sedang menjala ikan apabila dia ternampak satu beg pakaian berwarna hitam di tebing sungai.
Beliau berkata, dia dan rakannya berlegar-legar di kawasan tebing itu untuk mencari kawasan yang sesuai untuk menjala ikan dan langsung tidak mempedulikan beg berkenaan.
“Saya ingatkan ia hanya sampah-sarap yang dibuang, sebab itu saya tidak pedulikan beg hitam berkenaan, tetapi gerak hati kuat menyuruh saya membukanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, rakan lain melarang dia berbuat demikian kerana takut beg itu mengandungi alatan pembomohan atau pemujaan, tetapi dia tetap berdegil untuk membukanya. “Umum mengetahui sekarang kejadian membuang bayi kerap dilaporkan, dan gerak hati saya mengatakan mungkin beg itu mengandungi mayat bayi. Telahan saya itu betul apabila sebaik membuka beg itu, saya ternampak kaki bayi yang cukup sifat.
“Saya kemudian ke pondok pengawal keselamatan untuk menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu.
Pukau, liwat di masjid
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
2010/08/16
2010/08/16
Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.
Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.
Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.
“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya.
Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.
“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. “Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya.
Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.
“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya
Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini.
“Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal.
“Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
Ustaz tabligh dicekup
SETIU - Seorang bekas askar berpangkat Leftenan Muda yang juga seorang ahli tabligh dikenali sebagai ustaz dalam kalangan penduduk setempat ditahan polis dalam Ops Tapis yang dijalankan di sekitar kawasan Chalok, Langkap di sini, Khamis lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Setiu, Cif Inspektor Mohd Fahmiy Mohd Zain itu, suspek berusia 49 tahun ditahan di tepi jalan utama di kawasan Chalok ketika sedang menunggu pelanggan.
Difahamkan suspek yang mempunyai sembilan anak berumur antara tiga dan 22 tahun dikatakan baru terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah jenis ganja, dengan menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar bahan terlarang itu.
Bagaimanapun, tindakan menyembunyikan identiti sebenar dengan penampilan sebagai seorang tabligh dan mendapat gelaran ustaz akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila polis berjaya menemui dadah jenis ganja dan tunai di dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata, polis menemui dua ketul ganja mampat seberat kira-kira 12 gram dan tunai sebanyak RM655, dipercayai hasil jualan dadah jenis itu di dalam kereta suspek.
Sebelum itu katanya, ketika ditahan di tepi jalan dan hasil pemeriksaan badan, polis hanya menemui kunci kereta pada suspek sebelum berjaya menemui ganja dan tunai di dalam kereta jenis Proton Waja miliknya yang diletakkan berdekatan kawasan itu.
“Kita telah memaklumkan sebelum ini kepada orang ramai dan tindakan tetap akan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soal penyalahgunaan dadah.
“Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yang dikenali dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat di kawasannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu di sini, semalam.
Shaik Othman berkata, ketika ujian saringan polis di IPD, suspek juga didapati positif ganja.
“Suspek yang direman sejak 12 Ogos lalu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 semalam,” katanya.
Kes buang bayi semakin serius, meningkat 154%
16/08/2010 3:19pm
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes pembuangan bayi di negara ini didapati semakin serius apabila ia meningkat lebih 154 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.
Statistik terbaru dikeluarkan oleh Bukit Aman menunjukkan terdapat 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga hari ini.
Jumlah tersebut didapati meningkat lebih 154 peratus berbanding hanya 42 kes dicatatkan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis mendapati terdapat trend peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini. - Utusan
Filem, video antara punca masalah buang bayi
16/08/2010 3:27pm
KUANTAN 16 Ogos - Kes pembuangan bayi serta keganasan yang semakin berleluasa di negara ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bahan yang ditonton masyarakat.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S. Tanasengran berkata, sehubungan itu, pihaknya kini bekerjasama dengan beberapa universiti awam menjalankan satu kajian berhubung impak bahan yang ditonton terhadap kelakuan individu.
"Kajian ini nanti akan membolehkan kementerian membuat polisi dan peraturan lebih berkesan dalam penyiaran bahan-bahan tontonan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan cawangan Pahang, di sini hari ini. - Bernama
komen..KENAPA TAK SEBUT TV...OK KE...
No comments:
Post a Comment