Saturday, March 12, 2011

DULUKAN ILMU2 FARDU AIN...BELAJARLAH DIMASJID2 DAN SURAU2 DULU...AMAL DULU PERKARA YANG BARU DIPELAJARI...BELAJAR IKUT PERINGKAT2...DENGAN TABAH DAN SABAR...

Bertukar ganti ibu angkat

Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my

PULANGLAH...Pegawai Penyelaras DUN Bandar Maran, Ching Eu Boon bersama Nur Fatin menunjukkan gambar Rosnani (gambar kecil).
PULANGLAH...Pegawai Penyelaras DUN Bandar Maran, Ching Eu Boon bersama Nur Fatin menunjukkan gambar Rosnani (gambar kecil). 
 
KLANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja terpaksa menahan sedih terpisah daripada ibu kandung, malah sering bertukar ganti ibu angkat yang tidak sah di sisi undang-undang selama beberapa tahun.
Selepas enam tahun hidup terpisah ibu kandung, kini Nur Fatin Nadira Abdullah mencari ibu kandungnya dan mula bersekolah semula seperti remaja lain.

Masalah yang dihadapi Nur Fatin Nadira selama ini bukan saja kehilangan kasih sayang ibu kandung, tetapi juga ketiadaan sijil kelahiran dipercayai berada dalam simpanan ibu kandungnya.
Tanpa sijil berkenaan, gadis terbabit tidak boleh memohon MyKad, malah tidak boleh bersekolah atau menjadi anak angkat yang sah kepada mana-mana keluarga.

Kali terakhir Nur Fatin Nadira bertemu ibu kandungnya, Rosnani Hanifah, ketika berusia lapan tahun dan sering ditinggalkan di beberapa rumah jagaan kanak-kanak sebelum Rosnani hilang tanpa khabar berita.

Gadis itu yang dilahirkan pada 10 Oktober 1997 tidak dapat mengingati dengan jelas memori bersama Rosnani disebabkan faktor usianya yang masih kecil ketika itu dan Rosnani yang berusia awal 40-an kini sering ke luar bandar untuk jangka masa lama. Apatah lagi jika ingin mengingati bapa kandungnya yang tidak pernah bertemu.

“Selepas saya lahir, ibu tinggalkan saya pada kawannya, Zubaidah Nazrul. Dia minta supaya menjaga saya buat sementara waktu. Selepas itu, nenek (ibu angkat Rosnani) pula menjaga saya,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan MCA Klang, di sini, semalam.

Nur Fatin Nadira pernah memasuki sekolah pada usia tujuh tahun, tetapi terpaksa berhenti sekolah selepas tiga bulan untuk membantu neneknya menjual makanan proses seperti ikan masin.
Takdir menyebelahi Nur Fatin Nadira apabila terserempak adik Zubaidah yang dikenali sebagai Saripuan yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Nur Fatin Nadira ketika itu dilihat berkeliaran di tepi jalan sekitar Sungai Buloh.

Sementara itu, penjual sayur, Ker Poh Hong, 60, yang juga teman baik Zubaidah amat bersimpati melihat nasib Nur Fatin Nadira yang ditinggalkan sebatang kara dan Ker turut membantu menjaga remaja itu sekali-sekala.

Ker yang turut dipanggil dengan panggilan ‘nenek’ oleh Nur Fatin Nadira merayu Rosnani kembali untuk membantu anaknya itu meneruskan kehidupan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat Rosnani boleh menyalurkannya di Pusat Perkhidmatan MCA Klang dengan menghubungi Ching Eu Boon di talian 019-3109897 atau Ker di 016-2028298.


Usah terpengaruh tarekat jika ilmu agama tak tinggi



KUALA LUMPUR: “Faham dulu setiap tarekat dan jangan mudah terpengaruh jika ilmu agama kita tidak tinggi,” kata Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Abdul Salam Muhammad Shukri.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam berhubung ajaran sesat, Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah yang dipercayai cuba dihidupkan kembali terutama di Kampung Menderang di Sungkai, Perak, membabitkan kira-kira 100 pengikut terdiri di kalangan penduduk kampung berkenaan. Dr Abdul Salam berkata, tarekat terbabit sudah lama wujud, bagaimanapun apabila ia sampai ke negara ini berlaku penyelewengan, sekali gus menyebabkan ia diharamkan kerana ia menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam.

“Justeru setiap kita yang mahu mendalami agama terutama bagi mereka yang berminat dengan tarekat perlu berhati-hati bagi mengelak terpesong akidah.
“Jika ilmu agama kurang, bertanya dan jangan mudah terikut-ikut atau terpengaruh,” katanya.

Beliau berkata, tarekat ialah jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, tetapi ia mesti mengikut syariah.

“Kalau ia sudah terpesong, kita perlu jauhi,” katanya.

Mengulas mengenai ajaran itu turut disebarkan menerusi laman sosial facebook di Internet, Dr Abdul Salam berkata, pihak berkuasa perlu memantaunya bagi mengelak ia terus menular.

Harian Metro semalam melaporkan seseorang itu tidak perlu berbelanja besar atau bersusah payah ke Makkah, sebaliknya hanya menjalani upacara ghaib dikenali sebagai ‘khatam batu’, pengikut sebuah ajaran sesat menganggap mereka sudah menunaikan Rukun Islam kelima serta menggunakan gelaran haji atau hajah. Ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah itu didalangi seorang lelaki bergelar Syeikh yang mempunyai pengikut sekitar Sungkai, Perak dan beberapa daerah berhampiran. Ajaran yang diharamkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu turut memperkenalkan beberapa amalan lain yang bertentangan hukum syarak. 

tombo ati

RELAX2 SIKIT....LIHATLAH KEHEBATAN SERTA KEBESARAN ALLAH SWT

Friday, March 11, 2011

INGAT BERTAPA BESAR KUASANYA...TIADA FUNGSI BALA TENTERA ...BILA ALLAH BERI GEMPA BUMI...JANGANLAH BONGKAK PADA ALLAH SWT...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH.

Jepun digegar gempa kuat, tsunami badai pantai timur
Mac 11, 11 3:24pm

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
NONEDi beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

NONEKeadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
- Reuters




Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai
Mac 11, 11 4:17pm

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

NONEJabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana setkaat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

- Bernama

Kenderaan tercampak, rumah hanyut di Jepun

Mac 11, 11 4:34pm

Gempa bumi buruk yang melanda Jepun hari ini menggegarkan bangunan dan turut menyebabkan kenderaan tercampak daripada jambatan, lapor rangkaian berita CNN.
Laporan langsung siaran televisyen itu pada petang ini turut menunjukkan kebakaran turut berlaku di kawasan tertentu di negara tersebut akibat gempa bumi pada skala 8.9 richter itu.
Gempa bumi berkenaan adalah yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun.
NONEDilaporkan, serpihan daripada runtuhan rumah dan juga kapal laut turut dihanyutkan ombak ke arah lebuhraya akibat tsunami yang melanda, ekoran gempa bumi tersebut.
Sekurang-kurangnya sebanyak empat juta rumah di Tokyo dan kawasan sekitarnya pula terjejas apabila bekalan elektrik terputus, lapor CNN dalam laman webnya.
Orang ramai dilaporkan membanjiri jalan-jalan di kota berkenaan dan cuba menghubungi saudara mara mereka melalui telefon bimbit.
Di dalam bangunan pejabat pula kertas-kertas bertaburan dan para pekerja terpaksa bergantung kepada kerusi dan meja mereka, lapor CNN.
Lapangan terbang, stesen tren ditutup
Tsunami yang berpusat di Laut Pasifik itu kini sedang menuju kawasan pesisir di negara-negara lain, lapor laman itu.
NONESementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang telah disahkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut, lapor laman rangkaian berita Al-Jazeera.
Kerosakan akibat tsunami itu banyak berlaku di kawasan bandar Onahama di daerah Fukushima, lapor laman tersebut yang memetik laporan stesen TV NHK Jepun.
Turut dilaporkan, satu kebakaran besar berlaku di satu pusat penapisan minyak di Iichihara dekat Tokyo, manaka kepulan asap tebal dilihat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan di bandar itu.
Perdana menteri Jepun Naoto Kan dilaporkan berkata, gempa bumi hari ini menyebabkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun.
Beberapa loji nuklear di kawasan berkenaan telah ditutup secara automatik, namun tiada kebocoran bahan radioaktif, katanya dalam sidang media tergempar berhubung malapetaka itu.
NONETsunami dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat itu turut menjejaskan lapangan terbang Sendai di kawasan timur laut Jepun.
Laporan televisyen menunjukkan mangsa yang terpaksa berdiri di bumbung bangunan terminal lapangan terbang berkenaan, lapor Al-Jazeera.
Lapangan terbang lain juga telah ditutup dan perkhidmatan tren dihentikan.
Pesawat tentera pula dilihat terbang di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mengenalpasti keperluan menyelamat.
Turut dilaporkan, satu bumbung dewan runtuh di timur Tokyo menyebabkan ramai cedera.

Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud


TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.
Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

Penduduk dinasihat tidak ke pantai

11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama

Indonesia keluar amaran tsunami selepas gempa Jepun


2011/03/11

JAKARTA: Indonesia hari ini mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi.

Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.
Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai. - AFP


Russia pindah 11,000 penduduk dari kepulauan Pasifik

2011/03/11
MOSCOW: Pihak berkuasa Russia hari ini memindahkan kira-kira 11,000 penduduk dari kepulauan Pasifik berikutan ombak tsunami melanda akibat kejadian gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di perairan timur laut Jepun.

Pegawai kecemasan wilayah berkata, tsunami itu mungkin melanda beberapa bandar tepi pantai dan perkampungan di empat pulau Pasifik, yang dirampas Soviet Uniondari Jepun pada hari terakhir Perang Dunia Kedua.
Kedudukan pulau-pulau itu adalah kira-kira 10 kilometer dari Pulau Hokakido, Jepun.

Tsunami pertama setinggi 50 sentimeter sampai ke perkampungan Malo-Kurilks, kata Menteri Kecemasan Russia. Tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Pihak berkuasa di Semenanjung Kamchatka di sebelah utara berkata, tsunami tidak mendatangkan bahaya di kawasan itu .

Kamchatka mempunyai gunung berapi, sebahagiannya mengeluarkan gas setinggi 5,800 meter hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada pesawat di kawasan itu. - AP

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud


2011/03/11

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


Terkuat dalam tempoh 140 tahun


GAMBAR dari udara menunjukkan gempa bumi di utara Jepun mengakibatkan tsunami berair kehitaman menyapu kawasan pertanian di Sendai semalam.


TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.
Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.
Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.
Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun.
Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.
Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan.
Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.

MASIH NAK BERKUASA...SANGGUP MATI DAN MEMBUNUH ORANG AWAM IAITU RAKYAT SENDIRI...NI KESAN LAMA SANGAT MEMERINTAH DAN TAK IKUT ISLAM

Penentang ikrar menang atau mati

2011/03/05

PENENTANG Gaddafi melepaskan tembakan ke udara selepas pengebumian rakan mereka.
PENENTANG Gaddafi melepaskan tembakan ke udara selepas pengebumian rakan mereka.
Tolak runding dengan Gaddafi, rancang lakukan rampasan kuasa di Tripoli

AL BAYDA: ‘Menang atau mati’, itulah slogan pemimpin pergerakan penentang pemerintahan Muammar Gaddafi di Libya semalam.

“Kami adalah bangsa yang melawan, kami tidak akan mengaku kalah. Kami akan teruskan hingga semua kawasan di negara ini merdeka,” kata bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel.
Mustafa juga berkata: “Libya sudah bebas tetapi Gaddafi mesti letak jawatan,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Mereka juga menjerit akan terus ke Tripoli untuk menjatuhkan pemerintah. “Mungkin ada anggota bekas rejim di sini. Musuh masih boleh meletakkan pengintip di kalangan anda. Jangan hirau mereka hingga memusnahkan revolusi kita. Rejim lama sudah tiada lagi. Berhenti musnahkan bangunan yang kini milik kita,” kata Abdel Jalil.

Mustafa membuat ucapan ringkas itu di tengah bandar Al Bayda yang dikuasai penentang, berhampiran sebuah pejabat keselamatan yang sudah hangus.
Tentera menyokong Gaddafi mengebom kubu penentang di beberapa kawasan timur negara itu sejak Rabu lalu, terbaru di Ajdabiya.

Di TRIPOLI, pihak berkuasa Libya menuduh al-Qaeda kelmarin cuba menyeludup 37 juta pil penahan sakit ke dalam negara itu untuk mengubah minda golongan muda supaya menyertai pemberontakan menentang Gaddafi.
Mahmoud Ali, yang berkata beliau adalah ketua jabatan anti-dadah Libya, berkata pihak berkuasa memintas penghantaran Tramadol dari Dubai dan dibeli oleh sekumpulan pengedar dadah Libya yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Pihak berkuasa Libya menunjukkan wartawan kotak dadah yang dirampas termasuk satu dengan imej ular Raja Tedung.

“Sasarannya ialah pengagihan dadah di kalangan golongan muda menerusi penyeludup dadah,” kata Abdel Haqim Giniwa, seorang lagi pegawai anti-dadah, kepada sidang media.

“Terima kasih kepada kerja keras pasukan keselamatan, kuantiti dadah ini dipintas. Ia mungkin menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi.”

Katanya, dadah itu disembunyikan dalam kontena yang dikenal pasti untuk perabot, peralatan sukan dan jubin.

Gaddafi mendakwa, penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya dirasuk oleh al-Qaeda manakala susu dalam minuman Nescafe mereka diletakkan dadah mengkhayalkan.

Di VIENNA, Austria melebarkan senarai pembekuan aset semalam untuk memasukkan pegawai atasan di Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang mungkin kerana kemungkinan ada kaitan dengan lingkungan dalaman Gaddafi.

Tindakan ke atas timbalan ketua LIA, Mustafa Zarti, yang memiliki pasport Austria mengikuti sekatan antarabangsa ke atas keluarga dan sekutu Gaddafi.
Satu perintah bank pusat diterbitkan dalam warta rasmi menggambarkan Zarti sebagai pembantu rapat rejim di Libya.

Dia juga eksekutif atasan dalam National Oil Corp Libya, ketua kumpulan minyak dan stesen minyak Tamoil, dan timbalan pengerusi First Energy Bank di Bahrain.

Zarti, 40, dipanggil untuk disoal oleh pihak berkuasa Vienna kelmarin dan kemudian dibebaskan, penyiar ORF melaporkan, memetik Menteri Dalam Negeri, Maria Fekter sebagai berkata.

Austria sudah mengambil langkah membekukan aset dikaitkan dengan kepemimpinan Libya itu, namun Zarti bukan berada dalam senarai asal Bank Nasional Austria didedahkan selepas sekatan diguna pakai Kesatuan Eropah (EU) minggu ini. – Agensi

Pemberontak minta senjata



AJDABIYA, (Libya): Pejuang revolusi di Libya memohon bantuan senjata, semalam ketika mereka bertempur dengan tentera Muammar Gaddafi, sementara Perancis dan Britain mengancam untuk mensasarkan serangan di sasaran tertentu di negara yang kaya dengan minyak itu.
Pemberontak bertempur di Ras Lanuf, pusat minyak di timur negara itu yang kini menjadi medan pertempuran menentang Gadaffi yang tercetus lagi selepas kejadian sama berlaku sehari sebelumnya.

Sekumpulan wartawan disekat daripada menuju ke medan pertempuran itu dari bandar Ajdabiya dan tidak dapat dipastikan sejauh mana kemaraan tentera Gaddafi ke wilayah timur itu. “Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku di Ras Lanuf tetapi kami dengar masih ada pertempuran berlaku di sana,” kata seorang pejuang revolusi, Salem Abdulrahman yang memandu trak pikap sambil membawa senjata antipesawat.
“Jadi, kami ingin ke sana. Kami akan berperang dan kami akan menang,” ikrarnya sebaik kenderaan dan trak pikap yang membawa kumpulan pemberontak ke medan berkenaan bagi menghalang Gaddafi menguasai bandar itu dan pusat minyaknya.

Kira-kira puluhan trak dilihat menuju ke Ras Lanuf selepas kumpulan pemberontak membenarkan wartawan meninggalkan Ajdabiya yang sebelum ini dilarang memasuki kawasan itu atas sebab keselamatan. “Kami tidak mendapat arahan supaya datang ke sana tetapi kami tetap mahu pergi. Terdapat tentera Gaddafi di Ras Lanuf dan kami berharap dapat mengusir mereka,” kata seorang lagi pejuang, Saleh Massoud.

Seorang komander kumpulan pemberontak mendakwa pasukannya sudah menghalau keluar tentera dari Ras Lanuf tetapi petugas perubatan yang berhubungan dengan kumpulan itu memberitahu anggota mereka sudah ditewaskan dan pertahanan mereka juga semakin goyah. - AFP

Polis Arab Saudi tembak penunjuk perasaan

QATIF: Kerajaan Arab Saudi mengesahkan pasukan polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan semalam, sehari sebelum perhimpunan Hari Kemarahan diadakan.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansur al-Turki mendakwa tembakan dilepaskan di kepala penunjuk perasaan selepas mereka menyerang seorang pegawai polis, lapor stesen televisyen Al-Jazeera, semalam.

Beratus-ratus penunjuk perasaan termasuk wanita berhimpun di jalanan di bandar raya Qatif di timur negara itu, kelmarin.
Saksi memberitahu, sebaik perhimpunan itu hendak berakhir, pasukan polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang tercedera. Insiden itu mendapat kecaman keras Persatuan Hak Asasi Kemanusiaan Arab Saudi. - Press TV

Puak Sunnah, Syiah bertempur di Bahrain


2011/03/05

MANAMA: Pasukan polis menyuraikan kumpulan pemuda Sunnah dan Syiah yang bergaduh lewat kelmarin di sebuah bandar di sini, semalam.

Insiden meletus di bandar Hamad, selatan Manama, adalah yang terbaru sejak protes anti monarki meledak.
Keluarga diraja Sunnah memerintah negara kecil majoriti Syiah itu di rantau Teluk.

Akhbar Al-Ayam berkata, satu serangan terhadap seorang gadis yang keluar sekolah menjadi punca pergaduhan.

Kedua-dua kumpulan menggunakan kayu untuk bergaduh sebelum disuraikan polis yang menggunakan gas pemedih mata menyebabkan dua cedera.

Penduduk berkata, pemuda Sunnah itu berasal dari Syria. Tunjuk perasaan pro dan anti kerajaan berlaku di Bahrain sejak pertengahan Februari lalu tetapi tidak membabitkan pergaduhan kedua-dua pihak.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya memberitahu, anggota polis mengambil masa dua jam untuk mengawal keadaan dibantu oleh ahli politik tempatan dan pegawai kanan yang meminta penduduk bertenang.
“Puncanya remeh dan sekumpulan kecil yang bergaduh tetapi kami campur tangan kerana maklumat yang sampai kepada penduduk begitu pantas hingga menyebabkan ramai berbual mengenainya,” menurut kenyataan menteri berkenaan, Sheikh Rashed bin Abdullah al-Khalifa.

Media prokerajaan pula memberitahu bahawa pergaduhan meletus kerana satu kemalangan jalan raya. Dua kumpulan meminta bantuan keluarga masing-masing hingga menyaksikan pergaduhan meletus. – Agensi

BILA ALLAH MENUNJUKKAN KEHEBATANNYA...TAPI MANUSIA TAK MAU BERFIKIR DAN MUDAH LUPA...HENTILAH KERJA2 MAKSIAT DAN MENIPU







Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran


OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun semalam.

LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

10,000 penduduk berkeliaran di Tokyo


RATUSAN orang menunggu untuk menggunakan perkhidmatan awam di Tokyo, Jepun selepas gempa bumi kuat melanda timur laut negara itu semalam.

TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam.
Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah di seluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun.
Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini.
"Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya.
Talian telefon sesak sekali gus menghalang sebarang panggilan dibuat termasuk khidmat pesanan ringkas.
Kegagalan menggunakan telefon bimbit menyebabkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam yang pada kebiasaannya lenggang.
Syarikat telekomunikasi Jepun, Nippon Telegraph dan Telephone Corp. menyediakan talian telefon untuk kecemasan dan laman web Internet untuk pengguna memberi mesej kepada keluarga.
Menurut East Japan Railways Co., perkhidmatan kereta api komuter Tokyo, kereta api bawah tanah dan kereta api had laju tinggi dihentikan, kereta api bawah tanah kembali beroperasi selepas enam jam perkhidmatan ia dihentikan. - AP

Kereta api penumpang ghaib



ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.
ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.
TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.
Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.
Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.
Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.
Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.
Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.
Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.
Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.
Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP

2,000 penduduk diarah pindah



TOKYO: Pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada 2,000 penduduk yang menetap berhampiran loji nuklear Fukushima supaya meninggalkan kawasan itu, semalam.
Pentadbir wilayah Fukushima mengeluarkan arahan itu kepada semua penduduk yang tinggal dalam kawasan dua kilometer dari reaktor dimiliki syarikat elektrik Tokyo itu.

Terdahulu, kerajaan mengisytiharkan darurat apabila loji berkenaan terbakar kerana gempa bumi.
Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan. Perdana Menteri, Naoto Kan, berkata dia mengisytiharkan darurat bagi membolehkan pihak berkuasa melaksanakan segala langkah perlu menyelamatkan mangsa gempa.

Terdahulu, Kan berkata, tiada kebocoran radiasi dikesan walaupun kemudahan itu turut digegarkan dengan gempa bumi.

Sementara itu, Tentera Laut Amerika Syarikat berkata, semua kapal serta kemudahan ketenteraannya di Jepun tidak mengalami ‘kerosakan besar’.

Pulau boleh ditenggelamkan

GENEVA 11 Mac - Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Jepun hari ini mencecah paras yang boleh menenggelamkan sesetengah pulau di kawasan Pasifik.
Negara membangun menghadapi risiko lebih besar daripada tsunami itu berbanding Jepun, meskipun kebanyakannya telah memantapkan sistem amaran awal dan pelan pemindahan sejak tsunami 2004, menurut Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) hari ini.
"Paling membimbangkan kami ialah rantau Asia Pasifik, di mana negara membangun jauh lebih terdedah kepada bencana seumpama ini dan tsunami itu menimbulkan ancaman besar.
"Buat masa ini parasnya lebih tinggi daripada sesetengah pulau dan pulau itu boleh tenggelam, satu senario yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun," kata jurucakap IFRC, Paul Conneally di Geneva hari ini.
IFRC menggunakan sistem amaran awalnya di negara-negara Asia Pasifik hari ini dalam usaha untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat selepas amaran tsunami dikeluarkan.
"Masih ada masa tetapi tidak banyak dan laporan disebarkan. Perkara utama ialah keselamatan," kata jurucakap IFRC dari habnya di Kuala Lumpur, Patrick Fuller menerusi telefon.
Lebih 226,000 penduduk di 11 negara Asia terkorban dalam tsunami 2004.
Gempa bumi terbesar yang melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun menggegarkan pantai timur lautnya hari ini, mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.
Semua Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah kebangsaan di rantau ini termasuk di Filipina, Papua New Guinea dan Pulau-Pulau Pasifik dikerahkan untuk membantu penduduk masing-masing, menurut IFRC, rangkaian bantuan bencana terbesar di dunia. - Reuters/dpa

Loji nuklear, loji minyak, lapangan terbang ditutup

RUMAH-RUMAH dibawa arus ke laut dan ada yang terbakar selepas tsunami dan gempa bumi melanda bandar Natori, Miyagi, Jepun, semalam. - REUTERS


TOKYO 11 Mac - Beberapa loji tenaga nuklear dan penapis minyak di Jepun ditutup hari ini dan sebuah kilang utama keluli terbakar selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan negara ini sehingga mencetuskan tsunami, merosakkan jalan dan memutuskan bekalan elektrik ke kediaman dan bangunan perniagaan.
Gergasi elektronik, Sony Corp, antara pengeksport terbesar di Jepun, menutup enam buah kilang, lapor agensi berita Kyodo, sementara jet tentera udara diterbangkan ke kawasan pantai di timur laut untuk meninjau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.
Bank of Japan yang telah bergelut untuk merangsang ekonomi yang lesu berjanji untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan berikutan kejatuhan mata wang yen dan pasaran saham Jepun.
"Terdapat kilang-kilang kereta dan semikonduktor di utara Jepun, kerana itu ekonomi sedikit sebanyak akan terjejas disebabkan kerosakan kilang," kata pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Mizuho di Tokyo, Yasuo Yamamoto.
Syarikat tenaga, Hokuriku Electric Co berkata, ketiga-tiga reaktor di loji nuklearnya di Onagawa, utara Jepun tutup secara automatik selepas gempa bumi itu tetapi tiada kebocoran nuklear dilaporkan.
JX Nippon Oil & Energy Corp menghentikan operasi di tiga loji penapis minyak di Sendai, Kashima dan Negishi, manakala Electric Power Development (J-Power) juga menutup operasi di loji kuasa haba di Yokohama, lapor Jiji News.
Stesen televisyen melaporkan satu kebakaran besar di loji penapis minyak Cosmo Oil Co. di Chiba, ke timur Tokyo.
Satu lagi kebakaran dilaporkan di kilang keluli JFE Holdings, juga di Chiba. JFE ialah pengeluar keluli kelima terbesar di dunia.
Dua buah lapangan terbang utama Jepun, Narita dan Haneda turut ditutup selepas gempa bumi kuat melanda negara ini, sekali gus menyebabkan keadaan huru-hara di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Selepas menyusut sedikit pada suku terakhir tahun lepas, ekonomi Jepun dijangka berkembang semula pada awal 2011 dengan peningkatan eksport dan pengeluaran industri, tetapi gempa bumi itu menimbulkan kemungkinan banyak sektor perniagaan utama terjejas teruk sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. - Reuters

300 terkorban



pix_middle
TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.
Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.

Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.


Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.


Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.

Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.

Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.

Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.

Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP

KERJA SENI PENUH DENGAN GOSIP SERTA PERLANGGARAN HUKUM ALLAH...SEDARLAH...BUKAN KERJA BERKENAAN ARAK ..PELACUR ITU HARAM TAPI BANYAK LAGI...BERTAUBATLAH DAN BERTAKWA..MATI TAK SEMPAT BETAUBAT...KAN SUSAH...

Dicabul pengarah teater

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua pelakon remaja yang terbabit dalam sebuah pementasan teater di Seremban, Negeri Sembilan, membuat laporan polis mendakwa dicabul pengarah teater itu ketika mengikuti sesi latihan.
Difahamkan, pengarah teater terkenal berusia 60-an itu dipercayai mencabul ramai lagi pelakon remaja yang mengikuti sesi latihan teater berkenaan, namun setakat ini polis menerima hanya dua laporan berhubung kejadian.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan meraba mangsa di sebuah rumah di Seremban yang dijadikan tempat latihan pementasan bakal diadakan bulan depan.

Sumber berkata, latihan teater itu berjalan sejak tiga bulan lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku beberapa minggu lalu.

“Setakat ini dua mangsa membuat laporan polis awal minggu ini dan akibat pendedahan itu, projek pementasan dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April ini dibatalkan serta-merta,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, polis menerima laporan mangsa masing-masing berusia 14 dan 17 tahun.

Menurutnya, mangsa bersama 24 lagi pelajar sekolah menengah mengikuti sesi latihan itu setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Mangsa yang belajar di sekolah menengah di luar Seremban mendakwa pengarah produksi persembahan itu mengambil kesempatan mencabul mereka ketika latihan.

“Siasatan terperinci dijalankan kerana kita belum dapat pastikan berapa kali mangsa dicabul serta sama ada pelajar lain turut menjadi mangsa,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.

Pengerusi Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari berkata, pihaknya terpaksa menghentikan teater itu dan akan menggantikannya dengan pementasan lain.

“Kita tunda projek ini sehingga Jun selain mengadakan persembahan dengan tajuk berbeza dan mengambil pengarah lain untuk menjayakannya.

“Saya tidak boleh membuat sebarang ulasan disebabkan perkara ini masih dalam siasatan polis, tetapi kami akan berusaha menjayakan pementasan teater membabitkan golongan remaja kerana matlamat kami ialah menarik minat pelajar terhadap persembahan seni ini,” katanya.


'Saya tak tergamak'

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

MAYA...berkawan baik  anak bekas menteri
MAYA...berkawan baik anak bekas menteri
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 32, menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya.
“Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas bersama Harian Metro di sini, semalam.
Keakraban terjalin antara dia dan anak bekas menteri berkenaan turut membuktikan tidak mungkin pelakon utama filem Cun itu tergamak melakukan perkara sedemikian, membelakangi rakan baiknya apatah lagi didakwa menjalin hubungan cinta dengan bapa kepada rakan baiknya sendiri.

“Saya mengenali isteri bekas menteri itu dan tidak mungkin saya tergamak melakukan perkara itu kepada orang yang saya kenal. Gosip yang tersebar itu mengarut dan tidak masuk akal,” katanya.

Menurut Maya, dua perkara menjadi kepantangannya dalam memilih pasangan hidup, pertama menjalin hubungan dengan suami orang dan orang dimaksudkan itu mempunyai hubungan baik dengan dirinya.

Ditanya kemungkinan pertemuannya dengan bekas menteri berkenaan mempunyai kaitan dengan projek teater yang dilaksanakan isteri bekas menteri berkenaan, Maya berkata, dia gembira sekiranya perkara itu berlaku, tetapi ia tiada kaitan.

“Saya gembira sekiranya ia benar dan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan projek yang mahu dilakukan, tetapi kami tidak pernah bertemu dan kalau benar sudah tentu dia akan menghubungi saya dan berbincang mengenainya,” katanya.

Maya bagaimanapun tidak melenting apabila mengetahui gosip yang hangat diperkatakan itu kerana faham ia timbul disebabkan kekeliruan sesetengah pihak.

“Kadang-kadang manusia ini suka membuat andaian walaupun tidak tahu kesahihan perkara sebenar. Mengambil contoh ada orang melihat perempuan lain yang wajahnya mirip saya keluar dengan mana-mana lelaki berprofil tinggi, mereka membuat andaian saya menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit.

“Ada ketika andaian itu dilakukan berdasarkan sekilas pandang. Dia melihat wanita itu mempunyai mata seiras saya atau melihat dari belakang rambut dan susuk tubuh seperti saya dan mengesahkan orang yang dilihat itu saya.

“Untuk membuktikan kepada orang lain dia bercerita dengan temannya dan secara tidak langsung ia menyebabkan gosip itu tersebar,” katanya.

JANGAN KERJAYA KITA TAK SABIT DENGAN HUKUM...RAKYAT MALAYSIA TAHU HUKUM HALAL HARAM...BERTAUBATLAH..

Rasa Tidak Dihargai, Fauziah Nawi Luah Perasaan

KUALA LUMPUR: Pelakon Fauziah Nawi, 58, kecewa apabila masyarakat tempatan tidak menghargai penglibatannya sebagai seorang pelakon yang telah berkecimpung selama 25 tahun dalam industri seni.
Menurut Fauziah atau nama panggilannya, Ibu, kekecewaan itu bermula apabila kehadirannya lebih-lebih lagi dalam bidang teater diterima masyarakat negara luar, tetapi tidak pula di negara sendiri.
"Pada Oktober tahun lalu, saya dipanggil untuk membuat pementasan solo berjudul Cinta Julia, di Esplanade, Singapura dan Alhamdulillah, seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual.
"Waktu itu saya rasa terharu kerana orang luar menerima saya menghiburkan mereka. Berbeza sekali di sini, jika teater tersebut bukan pementasan berskala besar, tempat duduk penonton pasti banyak yang kosong.
"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam.
"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar teater monolog 3 Wajah di restoran Rebung, di sini, Jumaat.
Tambah Fauziah, walaupun teater berskala kecil masih sukar diterima umum, dia tetap akan setia dengan dunia lakonan teater sehingga akhir hayat.
Sementara itu, selepas kejayaan pementasan Cinta Julia di Singapura, Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) membawa siri kedua monolog tersebut dengan judul baru pula iaitu 3 Wajah.
Ia merupakan gabungan tiga naskah monolog hasil karya Iryanda Mulia Ramli iaitu, Tukang Sapu, Hutang dan Pukul yang diadakan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.
Teater yang dipentaskan secara solo oleh Fauziah sendiri itu membawa mesej kemanusiaan dan kehidupan yang kelihatan agak remeh tetapi memberi impak besar dalam perkembangan dan keseimbangan masyarakat masa kini.
"Bukan mudah membawakan monolog kali ini kerana saya berperanan memegang sebanyak tiga watak.
"Lebih mencabar lagi apabila saya perlu menghafal skrip sebanyak 15 muka surat dan ia bukannya satu perkara yang mudah bagi golongan berusia seperti saya.
"Bagaimanapun, saya percaya ia sebuah karya yang menarik untuk ditonton,"ujarnya.
3 Wajah bakal dipentaskan bermula 30 Mac hingga 3 April depan.
Tiket yang berharga RM50 (dewasa) dan RM15 (pelajar) boleh ditempah menerusi talian 012-6170697/012-2429621 atau melalui e-mel, sanggarstefani@gmail.com.

Ziana Zain Perjelas Tuduhan Berlagak Diva

PETALING JAYA: Penyanyi popular Ziana Zain menjelaskan dia mempunyai alasan yang kuat terhadap dakwaan berlagak diva dan meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah secara tidak profesional baru-baru.
Jelas Ziana, tindakannya meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah fesyen keluaran Mac itu adalah kerana pakaian yang disediakan telah melangar prinsip dan boleh menjejaskan imejnya.
“Saya tinggalkan sesi fotografi itu kerana pakaian yang diberikan kepada saya sangat tidak sesuai dengan imej saya sekarang. Bagi saya ia terlalu remaja dan tidak sesuai dengan status saya sebagai ibu dan isteri.
“Kalau saya pakai juga sudah tentu ada yang akan berkata lebih teruk lagi. Kenapa saya nak rosakkan imej yang saya bina selama 20 tahun dengan pakaian sebegitu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Antabax di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
Tambah Ziana, dia kesal dengan tuduhan majalah tersebut yang menganggapnya sebagai artis tidak profesional, emosi dan tidak pandai berfesyen.
“Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang mereka katakan tentang saya. Ia seperti satu serangan peribadi kepada saya.
“Saya datang untuk sesi fotografi dengan hati yang terbuka. Saya bukan tolak mentah-mentah untuk tidak pakai baju tersebut.
"Saya pakai juga baju itu tetapi ia memang tidak sesuai langsung dengan usia saya.
“Bagaimanapun saya menolak dengan baik dan minta digantikan dengan baju lain tetapi mereka tidak beri sebarang pilihan selain pakai baju tersebut. Siapa yang tidak professional?” soalnya.
Tambah Ziana, selama 20 tahun dalam industri hiburan, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dia berhadapan masalah dengan media.
Jelas Ziana lagi, dia tidak pernah cerewet dengan pakaian atau solekan yang disediakan melainkan ia benar-benar melangar prinsipnya.
“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana saya bekerja, saya tidak pernah berlagak seperti seorang diva dan terlalu cerewet dengan pemilihan pakaian atau solekan.
“Tapi bila ia menyentuh kepada maruah dan imej yang mana boleh mejejaskan nama baik yang saya bina selama ini sudah tentu saya menolak,” katanya.
Menurut Ziana lagi bukan dia sahaja yang menegur tentang pakaian tersebut, malah artis lain seperti Ning Baizura dan Erra Fazira turut mempersoalkan pakaian masing-masing ketika terlibat dalam sesi fotografi itu.
“Mereka seharusnya buat kajian dulu artis mana yang datang dan pakaian apa yang sesuai untuk artis tersebut.
“Ketika itu, bukan saya sahaja yang tidak mahu pakai baju yang disediakan malah Ning dan Erra juga minta pakaian lain,” katanya.

Kehilangan Bapa Ujian Hebat Syahrini
PENYANYI Indonesia Syahrini mengaku ujian terhebat dalam hidupnya ialah kehilangan bapa tercinta.
Jelasnya perkara tersebut sukar untuk diterima berbanding kehilangan kerjaya sebagai seorang penyanyi.
"Ujian terberat dalam hidup saya adalah kehilangan bapa tersayang bukan kehilangan Anang seperti yang kamu katakan," ujarnya seperti dilaporkan oleh Kompas.com.
Tambah Syahrini, pemergian tersebut sangat mempengaruhi hidupnya. Dia juga sempat menulis sebuah lagu untuk arwah bapanya itu.
"Kerana pemergiannya saya belajar tentang keiklasan, kesabaran dan pengalaman itu saya telah tulisnya dalam sebuah lagu.
"Tajuk lagu tersebut ialah Kepulangan Ayahanda. Ya saya yang buat lagu itu, dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

'Imam Muda Musim Kedua' Perkenalkan Mursyid
 
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar bersama mudir dan mursyid-mursyid baru Imam Muda
PETALING JAYA: Astro memperkenalkan barisan Mursyid (guru) yang akan berperanan sebagai tenaga pengajar dan penasihat tenaga pengajar untuk musim kedua program realiti Imam Muda.
Program itu menampilkan empat orang Mursyid yang kesemuanya merupakan muka baru sebagai tenaga pengajar.
Mereka adalah Ustaz Ikmal Zaidi, Ustaz Tuan Asmawi, Ustaz Izhar Ariff dan Ustaz Zulkefli Hamat.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, Imam Muda amat komited dengan usaha menonjolkan golongan muda yang berpotensi bagi memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa.
“Kami amat serius dalam memastikan calon Imam Muda kali ini mendapat didikan terbaik daripada pelbagai bidang keagamaan sebagai pelengkap ke arah menjadi seorang Imam Muda.
”Jika pada musim pertama kami memperkenalkan dua orang Mursyid untuk menjadi penasihat dan pembimbing kepada 10 Imam Muda, pertambahan kepada empat individu ini menunjukkan kekuatan azam kami untuk meningkatkan lagi kualiti rancangan ini.
"Secara tidak langsung calon Imam Muda musim ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal terhadap cabaran yang pastinya akan lebih hebat bakal dilalui oleh mereka,” katanya.
Bagi merancakkan lagi perubahan untuk musim kedua ini, Mursyid bukan sahaja berperanan sebagai penasihat dan pembimbing malah akan turut serta sebagai tenaga pengajar dalam bidang masing-masing.
Mereka juga akan menjadi tulang belakang dan bersama-sama dengan Mudir membentuk Imam Muda yang terunggul.
“Perubahan yang dilakukan ini menggalakkan lagi penglibatan Mursyid dan Mudir secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Imam Muda.
"Ini akan menambahkan lagi keakraban mereka seterusnya memudahkan proses perkongsian ilmu,” ujarnya.
Selain itu, penyertaan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir turut merancakkan lagi sesi temu duga musim ini.
Fktor-faktor inilah yang akan mewujudkan persaingan sengit pemilihan calon Imam Muda musim kedua yang sedang dijalankan sekarang,” katanya.
Siri pencarian Imam Muda musim kedua ini bakal bersiaran di saluran rasmi Astro OASIS (saluran 106) bermula 1 April 2011.

FATWA YANG BELUM ADA ATAU HUKUM ITU TIADA DALAN QURAN DAN HADIS..BAGAIMANA MEMANG DAH JELAS...SEPERTI ZINA..CURI..MURTAD...DLL....NAPE BUAT TAK TAU AJE...TAK TAKUT NERAKA ALLAH KER....INGAT TAK MATI ATAU AKHIRAT DAH ADA JAWAPAN....

Ijtima’ Mufti akhir Mac



IJTIMA’ Mufti dan Ahli Majlis Fatwa Seluruh Negara dan Persidangan Mufti Negara Asean yang bakal diadakan buat julung kali pada akhir bulan ini dan Jun depan bertujuan memantapkan sistem pengurusan hal ehwal kefatwaan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Persidangan Mufti Negara Asean itu pada Jun ini dengan objektif mengukuhkan jaringan lestari yang strategik antara institusi fatwa di negara Asean.

“Selain itu, kami mahu mewujudkan perkongsian pintar dan dialog intelek dengan mufti serta ilmuan daripada institusi fatwa dalam dan luar negara ke arah membina institusi kefatwaan yang berwibawa dan berwawasan.
“Pada masa sama, kami dapat bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu semasa yang membabitkan umat Islam di seluruh negara dan dunia ke arah mewujudkan perpaduan yang mantap di kalangan umat Islam,” katanya ketika menjawab soalan Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Jamil Khir berkata, ijtima’ mufti yang dijangka diadakan akhir bulan ini bertujuan mewujudkan medium perbincangan dan percambahan fikrah yang menyeluruh dengan mufti dan semua ahli jawatankuasa fatwa di negara ini.


Nikmat dunia bekalan akhirat



KEHIDUPAN kita di muka bumi ini hanya sementara dan kita diibaratkan seperti musafir yang berkelana menuju ke destinasi yang kekal abadi iaitu akhirat. Nabi s.a.w pernah berpesan kepada kita sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan.” (Hadis riwayat Al-Tabrani)
Kita juga makhluk yang diamanahkan Allah untuk memakmurkan alam ini dengan sebaik mungkin dengan menjalaninya menurut kehendak agama. Jadi, sementara hayat masih dikandung badan, usaha mengumpulkan pahala amal ibadah dan amal soleh mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin sebelum menghadap Tuhan di akhirat nanti.

Sesungguhnya, mukmin yang pintar adalah orang yang mengingati kematian dan memikirkan apa bekalan yang akan dibawa bersama selepas kematiannya nanti. Hal itu dinyatakan sendiri oleh Nabi. Jadi, sebagai umat kita mesti mensyukuri apa yang disediakan Allah di dunia ini, tetapi dalam masa yang sama kita sentiasa ingat kepada-Nya dengan melalui kehidupan yang beriman dan bertakwa. Allah s.w.t meminta umat-Nya meraih kurniaan dunia dan merebut kebahagiaan akhirat. Hal itu jelas dinyatakan Allah menerusi Surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: “Carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu (demi kebahagiaan akhirat) dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia (mencari kebahagiaan di dunia).” Jadikan panduan yang diberikan Allah itu sebagai pedoman berguna dalam usaha membina kehidupan yang diredai Allah. Dunia kita dapat, akhirat kita perolehi.
Berdasarkan kepada apa yang diperingatkan Allah dalam surah tersebut, dapat dijadikan dorongan semangat untuk kita bekerja keras mencari sumber rezeki. Dengan kata lain, sikap negatif dalam hidup seperti malas, kurang daya berfikir dan cepat berputus asa mesti dinyah jauh-jauh. Ini kerana semua elemen dalaman diri yang pesimistik itu tidak menepati kehendak Allah. Ingatlah, Allah mencintai orang yang rajin dan tekun bekerja. Bersikap profesional dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Usaha mencari rezeki mesti bersungguh-sungguh kerana dengan kesungguhan saja seseorang akan mendapat apa yang dihajati dan melipatgandakan sumber perolehannya. Saidina Umar al-Khattab ada mengatakan jangan berharap hujan emas dan perak datang turun dari langit saja tetapi kita kena usahakan untuk sesuatu.

Jadi, sebagai seorang mukmin kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kekayaan harta benda di dunia ini asalkan cara pengawasan dan pengendaliannya berada dalam lingkungan yang diredai Allah. Menunaikan segala kewajipan terhadap harta yang dimiliki. Justeru sekali lagi ditekankan di sini Islam melarang kita bersikap malas dan berada dalam ‘zon selesa’ dengan apa yang kita miliki. Kata Saidal-Musayyab: “Tidak ada kebaikan bagi pemalas yang tidak mahu berusaha mencari wang (harta). Dengan wang seseorang mampu melindungi kehormatannya dan bermurah hati kepada keluarganya.” Yang menjadi masalahnya ialah apabila kita tidak dapat menggunakan harta benda yang dimiliki di jalan yang benar. Ditambah pula dengan sikap tamak terhadap harta sehingga tertutup jendela hati untuk berinfak di jalan Allah. Sabda Rasulullah: “Harta yang suci dan berkat merupakan suatu yang terpuji bagi orang- orang soleh.” (Hadis riwayat Al-Hakim) Kemudian Rasulullah juga ada menegaskan: “Tiada mudarat (kerosakan/bahaya) dalam harta bagi mereka yang bertakwa.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Berdasarkan kepada dua pernyataan Nabi itu, jelas bahawa mencari harta atau memiliki harta kekayaan itu tidak dilarang. Malah, ia mendatangkan banyak kebaikan. Namun, ada syarat yang ditetapkan syariat iaitu mesti dengan jalan halal, bersumberkan yang dibenarkan agama, menggunakannya pada perkara yang memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan kemaslahatan umum. Renungi nasihat dan petua yang ditinggalkan Rasulullah ini: “Wang itu hijau dan enak (seperti buah yang masak), maka bagi sesiapa yang mengambilnya dengan benar, nescaya pertolongan besar baginya.” (Hadis riwayat Abu Dunya, Muslim dan At-Tirmidzi) Orang yang beriman dan bertakwa akan sentiasa berwaspada dengan segala harta yang dimiliki dan memanifestasikan kesyukurannya kepada Allah kerana dikurniakan harta atau kekayaan itu dengan mengeluarkan zakat, selalu bersedekah dan membantu golongan yang tidak berkemampuan. Jika ini dapat dibudayakan dalam diri, bermakna harta dunia itu akan memberi kesan kepadanya di akhirat nanti. Inilah yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali: “Dunia adalah pemandangan indah untuk akhirat.” Mukmin yang sejati akan berusaha meraih sumber rezeki di dunia ini dengan cara yang benar dan tidak membenarkan dirinya terperangkap dalam bisikan syaitan untuk mengaut keuntungan dunia secara haram. Malah, dia juga sama sekali tidak membiarkan sikap malas menawan hati dan jiwa. Ini kerana dia tahu Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tanpa usaha yang bulat dan tekad yang jitu. Firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 39 bermaksud: “Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” Mukmin yang faham perintah mencari rezeki di dunia ini akan berusaha penuh komitmen dan berdedikasi tinggi bagi membolehkan mengupayakan corak kehidupan keluarga yang baik sekali gus membolehkan penyaluran bantuan kepada sesama manusia lain. Inilah keindahan Islam. Yang kaya mengingati yang miskin, yang kuat membantu yang lemah. Zakat ditunaikan dengan sempurna, sedekah tidak pernah putus dan amal jariah bertambah-tambah. Inilah landskap bersosial yang sepatutnya kita bangunkan dalam masyarakat Islam agar segala rezeki dan kemewahan nikmat yang dianugerahkan Allah mendapat berkat di dunia dan menjadi bekalan pahala untuk akhirat.

Marilah kita jadikan nikmat dunia ini sebagai jalan memperoleh ganjaran akhirat. Hiasilah diri kita dengan kemurahan hati dan tidak bersikap kikir terhadap apa yang telah kita miliki. Bentukkan diri menjadi insan yang kaya harta dan kaya hati. Insya-Allah dengan melalui jalan yang berpedomankan keimanan dan takwa, kekayaan di dunia akan menjadi sumber berkat buat kita.
Penulis seorang guru 

Insurans pihak ke-3 mahal


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa campur tangan untuk menangani isu caj insurans yang ‘tidak masuk akal’ dan manipulasi pembelian insurans pihak ketiga oleh syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia berlarutan sejak dua tahun lalu. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar tidak masuk akal dan tinggi untuk insurans pihak ketiga dibeli pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas. “Pak cik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah, bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini,” tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ramai rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta lama merasa tidak adil. “Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang,” katanya menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. “Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan, tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat berpuluh tahun baru diselesaikan,” katanya. - Bernama

YANG ADA MELAMBAK2...KIAN MEMBIAK...NAK BAWA MASUK LAGI 45000....MASALAH PENYAKIT....MASALAH SOSIAL BERTAMBAH...DAN MENUTUP PEKERJAAN UNTUK ORANG TEMPATAN...SEDANG UNDANG ISLAM TIADA DITEGAKKAN...MASALAH ZINA...ROGOL...CURI ...GADUH DLL KIAN MENINGKAT....SENDIRI MAU INGAT DAN FIKIR...

Serbu 2 pasar

Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my

TANGKAP...warga asing yang
ditahan dalam operasi, semalam.
TANGKAP...warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
RAMPAS...barang jualan pekerja
asing disita pihak berkuasa.
RAMPAS...barang jualan pekerja asing disita pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR: Dua pasar borong utama di Selayang bersempadan antara Wilayah Persekutuan dan Selangor yang menjadi ‘syurga’ warga asing berniaga diserbu lagi, pagi semalam.
Kali ini operasi yang diketuai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dibuat pada jam 4 pagi.

Penguasa DBKL, Minhad Ahmad, berkata operasi membabitkan Unit Kawalan Kebersihan dan Penjaja Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan itu bertujuan membanteras warga asing di pusat bandar Kuala Lumpur serta penjaja yang berniaga tanpa lesen.
“Bagi kedua-dua pasar berkenaan, kami menahan 51 warga asing. Daripada jumlah itu, 10 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Manakala bagi 41 warga asing lagi dibebaskan kerana mempunyai dokumen dan kebanyakan daripada mereka hanya pekerja serta pembantu di pasar itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, hasil sita dan rampasan barangan penjaja dalam operasi berkenaan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual warga asing terbabit akan dilupuskan DBKL.

Operasi yang berakhir kira- kira jam10 pagi itu, disertai 64 anggota DBKL, 17 anggota Rela, PDRM (enam orang) dan JPN (empat orang).

Minhad berkata, operasi berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membersihkan kawasan berkenaan daripada penjaja warga asing.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, tindakan undang-undang mengikut Akta Imigresen akan dikenakan terhadapwarga asing yang ditahan itu selepas siasat menyeluruh dibuat.

“Sebelum tindakan diambil, kami akan menyiasat sama ada pendatang yang ditahan itu melakukan kesalahan seperti tidak ada dokumen, menyalahgunakan pas pekerja atau tinggal melebihi tempoh.

“Tindakan seperti mengeluarkan kompaun akan dilakukan.

Selain itu, kami akan memastikan sama ada dokumen mereka tiada atau disimpan majikan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Mayat terdampar belakang flat bukan mangsa lemas


KUALA LUMPUR: Polis menafikan mayat seorang lelaki yang ditemui terdampar di kawasan sungai di belakang Flat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, pagi kelmarin mangsa lemas di Sungai Segambut berhampiran Kondominium Tiara, Ahad lalu.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi menafikan mayat lelaki yang ditemui kira-kira jam 8.30 pagi itu lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang akibat lemas.

Menurutnya, mayat tanpa identiti itu milik lelaki lain yang belum dikenal pasti identitinya dan berdasarkan pemeriksaan awal, mayat terbabit tidak cedera.
“Bagaimanapun, kami menghantar mayat itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk memeriksa identitinya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pakaian mayat, mangsa dipercayai bekerja sebagai pekerja kontrak.

Sementara itu, menurut sumber, Ketua Penghulu Penempatan Warga Indonesia di Segambut Dalam yang diminta mengecam mayat lelaki yang ditemui pagi kelmarin turut menafikan mayat berkenaan lelaki Indonesia yang lemas Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, tiga lelaki warga Indonesia lemas di Sungai Segambut ketika menjalankan kerja membersihkan sungai berkenaan.

Seorang mangsa ditemui di kawasan sungai berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin lalu, manakala dua lagi mangsa masih gagal ditemui.

4 diserang di kafe siber



KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang terbunuh, dua koma manakala seorang lagi diculik selepas lima lelaki bersenjatakan parang, besi dan rantai menyerang sebuah kafe siber di Taman Melati, Wangsa Maju, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Khairul Helmi Khamaruddin, 20, maut di tempat kejadian akibat patah leher selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan kedai ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan berkumpulan itu.

Dua rakannya yang masih belum dikenal pasti identiti terlantar dalam dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), juga akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri.
Seorang lagi mangsa yang berusia 20-an parah selepas ditetak dengan parang sebelum diculik kumpulan lelaki bersenjata itu dan nasibnya masih belum diketahui.

Menurut sumber, serangan itu dikatakan bermotifkan menuntut bela atas perbuatan mangsa dan beberapa rakannya membelasah ahli kumpulan penyerang sehingga koma di Danau Kota di sini, dua minggu lalu.

Sumber itu berkata, sejak dua minggu lalu, mangsa serta rakannya yang menyedari diburu polis tidak pulang ke rumah masing-masing kerana bimbang ditahan atau dicederakan ahli kumpulan berkenaan.

“Berikutan itu, mereka menumpang di sebuah bilik dalam kafe siber itu yang dijadikan tempat persembunyian. Namun, tempat persembunyian itu dikesan musuh mereka yang kemudian melakukan serangan balas dendam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan awal polis mendapati kumpulan lima lelaki yang melakukan serangan itu merempuh masuk ke kafe siber terbabit dan mangsa pertama mereka ialah penjaga premis berkenaan yang berada di bahagian kaunter.

“Selepas itu baru mereka menyerang Khairul Helmi dan rakannya yang lain dengan bersenjatakan parang, besi dan rantai. Rakan Khairul Helmi yang gagal melarikan diri ditetak seorang daripada suspek menggunakan parang manakala penjaga kafe siber itu terus dipukul suspek menggunakan besi.

“Khairul Helmi dan enam rakannya yang lain melarikan diri dengan bersembunyi dalam sebuah bilik di belakang premis, namun mereka berjaya dikesan,” katanya.

Zainuddin berkata, selepas memusnahkan beberapa unit komputer, penyerang terbabit memecahkan pintu bilik tempat persembunyian Khairul dan enam rakannya. “Dalam usaha melarikan diri Khairul Helmi terjatuh dari tingkat satu dan maut di tempat kejadian. Dua lagi rakannya cedera parah selepas terjun melalui tingkap dan dilaporkan kritikal di HKL.

“Rakan Khairul Helmi yang ditetak itu diculik kumpulan terbabit manakala empat lagi rakannya melarikan diri,” katanya. Zainuddin berkata, sehingga kini, polis masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang diculik.

“Bagaimanapun, tindakan pantas polis selepas menerima laporan mengenai insiden itu membuahkan hasil apabila seorang daripada suspek ditahan di sekitar kawasan berkenaan.

Saya terkilan


KUALA LUMPUR: “Saya terkilan adik tidak dapat bersama meraikan perkahwinan saya,” kata Nor Azlin Khamaruddin, 27, ketika mengulas kematian adiknya, Khairul Helmi, 20, ketika cuba menyelamatkan diri apabila diserang lima lelaki bersenjata di kafe siber di Taman Melati, awal pagi semalam.
“Adik saya sepatutnya pulang ke rumah esok (hari ini) bagi membantu saya melakukan persiapan perkahwinan. Malah, kata-kata serta janjinya itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Nor Azlin berkata, dia menghubungi adiknya kira-kira dua minggu lalu selepas tidak pulang ke rumah kerana bimbang keselamatannya selepas bergaduh dengan satu kumpulan di Danau Kota.
“Adik mendakwa dalam keadaan selamat selain memberitahu bersembunyi di sebuah kafe siber kerana terbabit dalam satu pergaduhan,” katanya.

14 cawangan gulung tikar



JOHOR BAHRU: Akibat kemaruk untuk memiliki susuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model bagi memastikan suami ‘melekat’ di rumah, lima wanita pertengahan usia mendakwa kerugian lebih RM50,000 apabila diperdaya sebuah syarikat di bandar raya ini yang menawarkan perkhidmatan kecantikan.
Kumpulan wanita itu yang dijanjikan perkhidmatan rawatan wajah, pelangsingan tubuh selain keanjalan kulit untuk kekal awet muda hanya menyedari helah syarikat itu apabila 14 cawangannya yang beroperasi di seluruh negeri ini gulung tikar serentak, Sabtu lalu.

Seorang mangsa, Lee Hwa Heong, 39, berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk kelihatan lebih menarik selepas melahirkan tiga anak mengundang padah apabila diperdaya syarikat itu.
“Saya membeli pakej pertama rawatan kecantikan di cawangan syarikat itu di Nusa Bestari, Skudai, penghujung 2009 selepas dipujuk sekumpulan pakar kecantikan yang kononnya ingin berkongsi rahsia menjalin hubungan baik suami isteri.

“Saya bertambah minat untuk mendapatkan pakej itu apabila dijanjikan rebat atau pemulangan sebahagian daripada amaun dibayar menerusi cek,” katanya di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA Johor di sini, semalam.

Menurut Lee yang juga seorang kontraktor, sejak membeli pakej berkenaan, dia hanya berpeluang melakukan 15 rawatan meskipun sepatutnya diberikan lebih 50 rawatan.

Lebih teruk, katanya, rawatan berkenaan langsung tidak memperlihatkan penurunan berat badan mahupun perubahan pada wajah.

“Siapa yang tidak mahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan menarik di mata suami ditambah pula mendapat pulangan rebat berbentuk wang tunai.

“Akibat seronok mendapat cek pertama dan kedua pada awal 2010 berjumlah RM1,120, saya bertambah galak dan yakin dengan syarikat itu serta sanggup membeli pakej kali kedua hingga keempat dengan harapan memiliki kecantikan selain menjana pendapatan mencecah RM5,600 hingga Mac ini melalui rebat berkenaan.

“Kini, saya kerugian kira-kira RM16,000 selain gagal mendapatkan keseluruhan perkhidmatan rawatan dijanjikan mahupun rebat ditawarkan,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Isnin lalu.

Seorang suri rumah, Lim Kim Heok, 48, berkata, dia menggunakan wang simpanan keluarga bagi mendapatkan beberapa pakej rawatan wajah di pusat kecantikan itu sejak lebih setahun termasuk membeli pakej baru bernilai RM3,000, baru-baru ini.

“Kakitangan syarikat terbabit hanya bermodalkan janji manis sebelum menipu wanita pertengahan usia seperti kami.

“Kami harap orang ramai tidak terpedaya manakala pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit,” katanya.

Sementara itu, pengerusi biro berkenaan, Kua Song Tuck berkata, hingga kini, pihaknya menerima lima aduan termasuk daripada golongan profesional yang terpedaya dengan helah syarikat berkenaan.

“Kami menjalankan siasatan dan mendapati syarikat kecantikan itu mempunyai sekurang-kurangnya 300 ahli selain mengaut keuntungan mencecah RM10 juta dengan menawarkan pelbagai pakej rawatan kecantikan.

“Apabila kami melakukan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati pemilik dan rakan kongsi 14 cawangan pusat kecantikan itu terdiri daripada individu sama iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Kami akan melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secepat mungkin untuk dikenakan tindakan,” katanya.

Penahanan 70 awak-awak asing bongkar kes alibaba lesen



PASIR PUTEH: Tindakan pengusaha bot laut dalam tempatan ‘mengalibabakan’ bot nelayan milik mereka kepada warga asing terbongkar berikutan penahanan 70 awak-awak warga asing bersama 100 matrik tan ikan bernilai RM23,000 dalam operasi kira-kira 100 batu nautika dari Timur, Tok Bali, dekat sini, kelmarin.
Penahanan itu dilakukan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Daerah Tok Bali sejurus menyedari kehadiran dua bot terbabit dalam keadaan mencurigakan di perairan negara, selain sarat dengan ikan dan awak-awak.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Amanah, Lt Komander Mohd Kharulanuar Abdul Majid@Razali berkata, kedua-dua bot ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sebaik menerima maklumat berhubung kegiatan memunggah ikan.
“Penahanan awak-awak nelayan asing itu dilakukan ketika anggota menjalankan operasi bersama 24 krew dan mengesan bot laut dalam terbabit yang sedang berhimpit-himpit untuk memunggah ikan di perairan negara.

“Sebaik tiba, anggota menghampiri bot berkenaan dan mendapati ramai awak-awak negara asing sibuk memunggah ikan di bot itu menyebabkan pihak kami menahannya untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Kharulanuar berkata, babak paling menarik apabila semua awak-awak mendiamkan diri dan memadamkan lampu bot dengan tujuan supaya mereka sukar dikesan.



“Bagaimanapun, ketangkasan anggota ketika menjalankan tugas pada waktu malam menyebabkan kedua-dua bot terperangkap dan berjaya ditahan pada jarak kira-kira 100 batu nautika dari Timur, Tok Bali,” katanya.

Diugut samseng Nigeria


KUALA LUMPUR: Satu keluarga kini hidup ketakutan selepas menerima ugutan bunuh oleh seorang lelaki warga Nigeria yang tidak berpuas hati selepas mangsa melaporkan perniagaan haram dijalankannya.
Difahamkan, lelaki berusia 40-an itu juga ada kaitan dengan kumpulan samseng yang aktif di Cheras membuatkannya berani bertindak mengugut dan membelasah suami mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Jun, 43, berkata, dia yang turut berkahwin dengan lelaki warga Nigeria ditimpa nasib malang selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat laporan polis mengenai perniagaan haram dijalankan lelaki terbabit di Taman Connought, Cheras, di sini November lalu.
Katanya, sejak itu mereka sekeluarga diganggu, malah pernah menerima ugutan bunuh daripada lelaki terbabit mengugut mengarahkan konconya membunuh mereka.

“Saya bukannya berdengki dengan perniagaannya, tetapi bimbang dengan kehadiran ramai lelaki warga asing Afrika yang melakukan pelbagai jenayah di sini.

“Apa yang pelik, salun rambut lelaki berkenaan mampu mengupah empat pekerja warga Afrika sedangkan suami saya yang turut menjalankan perniagaan sama susah mengupah pekerja warga Afrika kerana tidak dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Jun berkata, dia pernah memohon dengan Jabatan Imigresen untuk mengambil seorang pekerja di salun milik suaminya namun gagal atas alasan hanya pekerja warga India dibenarkan.

“Saya kasihan dengan suami yang bekerja seorang diri selama lima tahun sejak 2007 tanpa berputus asa.

“Baru-baru ini saya dapat tahu lelaki berkenaan turut membuka salun di kawasan sama, malah mengambil empat pekerja warga Afrika dipercayai tiada permit bagi bekerja sebagai tukang gunting rambut,” katanya.

Katanya, kehidupannya tidak tenteram sejak kejadian itu, malah tayar keretanya pernah ditoreh menyebabkan dia nyaris mengalami kecederaan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas tiba-tiba tayarnya pancit di tengah jalan.

“Malah, anak saya juga pernah dikacau rakan suspek menyebabkan saya tidak berani pergi ke mana-mana.

“Konco lelaki berkenaan juga sering lalu di depan kedai menyebabkan kami sekeluarga ketakutan,” katanya.

Menurutnya, November lalu, suaminya turut diserang lelaki berkenaan sehingga cedera di hidung akibat ditumbuk.

“Pada mulanya lelaki itu dan suami saya hanya bertengkar sebelum bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak berpuas hati dan menumbuk muka suami dua kali.

“Saya yang bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras,” katanya.


193,739 kerja kosong



WALAUPUN kadar pengangguran negara sehingga Disember tahun lalu membabitkan kira-kira 391,200 orang atau 3.2 peratus daripada tenaga buruh berjumlah 12,059,700 orang di negara ini, kadar di bawah empat peratus itu dianggap wujud keadaan guna tenaga penuh.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sehingga Februari lalu, jumlah kerja kosong ditawarkan melalui portal JobsMalaysia ialah 193,739 membabitkan 3,844 tawaran sektor awam dan 189,895 dari sektor swasta.

RASALAH KEKUASAAN ALLAH...MAMPU MENURUTKAN APA SAJA WABAK DAN BALA ATAS KEZALIMAN MANUSIA SENDIRI....ITU PUN TAK SEDAR2 LAGI..... ISLAM BUKAN PADA SOLAT SAJA...IA MERANGKUMI UNDANG QURAN@ISLAM WAJIB DIGUNA PAKAI...JANGAN SEKALI2 TAK YAKIN..OUT IMAN KITA SERTA AKIDAH KITA....

Rumah lesap dicuri penyewa



ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar baru-baru ini.



KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu ‘lesap’ dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.
Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu ‘lesap’.
Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada.
Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.
Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk.
“Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa,” katanya yang kemudian membuat laporan polis.
Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu.


Komplot samun kereta tepi jalan

KUALA LUMPUR - Taktik licik 11 lelaki yang giat melakukan kegiatan menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta di kawasan sunyi tumpas apabila polis menahan anggota-anggota sindiket itu dan merampas lapan buah kereta mewah bernilai RM1 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu yang dipercayai terbabit dalam lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.
Salah seorang daripada 11 suspek itu merupakan ketua sindiket itu. Ketua sindiket itu merupakan bekas tahanan Simpang Renggam, Johor.
"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis.
"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Daripada tangkapan itu, menurut beliau, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa.


Maut ketika lari daripada samseng



TEMPAT Khairul Helmi ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan lot kedai ketika cuba menyelamatkan diri daripada diserang lima lelaki di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan sebuah pusat Internet maut selepas tengkuknya patah akibat terjun dari tingkat satu bangunan lot kedai empat tingkat di Taman Melati, Wangsa Maju di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan sekumpulan lima lelaki.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, dua pelanggan lain di pusat Internet itu patah kaki kerana terjun dari tingkap di tingkat satu bangunan kedai itu.
Seorang pelanggan pusat Internet itu pula dibawa lari menaiki sebuah kereta dan sehingga petang semalam polis belum mengetahui nasib pelanggan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, sebelum kejadian, pemuda yang terbunuh itu Khairul Helmi Kamaruddin, 22, mengunjungi pusat Internet itu sebelum sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, batang besi dan juga rantau menyerang premis itu.











Rumah di KL berharga RM430,000 seunit



GOLONGAN berpendapatan sederhana kini semakin sukar untuk membeli rumah di Lembah Klang kerana harga yang ditawarkan sekarang lebih daripada RM400,000 seunit.



KUALA LUMPUR - Harga bagi harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara bulan Januari hingga Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata, harga hartanah di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal.
Menurutnya, dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000 seunit.
Yam berkata, meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui 'Skim Rumah Pertamaku' akan meningkatkan jualan hartanah berharga RM100,000 hingga RM220,000, tetapi ia perlu juga disemak mengenai had harga kepada RM350,000 bagi hartanah di Lembah Klang.


Solat Jumaat di pusat beli-belah



JAMIL KHIR (kanan) menunjukkan surat pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Syarak Wilayah Persekutuan kepada Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.
“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.
“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.


26 pelajar Anderson hidap ILI



Seramai 26 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dikuarantin di asrama sekolah itu.



IPOH – Seramai 26 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini terpaksa dikuarantin di asrama sekolah berkenaan selepas mereka disahkan menghidap Penyakit Serupa Influenza (ILI).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kesemua pelajar terlibat bagaimanapun kini stabil di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan negeri.
Katanya, pelajar pertama dikesan mempunyai simptom berkenaan pada 3 Mac lalu dan jumlahnya meningkat sehingga petang semalam.
“Mereka merupakan pelajar yang menetap di asrama sekolah dan selepas disahkan, kesemua diasingkan dalam satu bilik khas di asrama terbabit.
“Pemantauan menyeluruh sedang dilakukan sekumpulan pakar perubatan selama 24 jam di kawasan asrama terlibat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Semua pelatih Pulapol stabil



BEBERAPA pelatih polis menjalani pemeriksaan kesihatan di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seramai 31 orang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang jangkitan Adenovirus dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Komander Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, satu pasukan terdiri daripada 40 orang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia ditempatkan di Pulapol untuk memeriksa kesihatan serta mengambil tindakan kawalan.
Menurut beliau, lapan daripadanya merupakan doktor manakala selebihnya adalah pegawai yang akan melakukan kerja-kerja pengasingan dan pemantauan.
“Semua kerja dan tindakan yang sepatutnya dilakukan telah diambil alih dan para pelatih juga tidak dibenarkan keluar dari pusat latihan berkenaan.
“Orang awam termasuk saudara-mara pelatih juga dilarang masuk ke kawasan Pulapol,” katanya menerusi laman sesawang Polis Diraja Malaysia di sini semalam.
Zulkifli memberitahu, setakat ini seramai 412 orang pelatih telah diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.