Friday, March 11, 2011

RASALAH KEKUASAAN ALLAH...MAMPU MENURUTKAN APA SAJA WABAK DAN BALA ATAS KEZALIMAN MANUSIA SENDIRI....ITU PUN TAK SEDAR2 LAGI..... ISLAM BUKAN PADA SOLAT SAJA...IA MERANGKUMI UNDANG QURAN@ISLAM WAJIB DIGUNA PAKAI...JANGAN SEKALI2 TAK YAKIN..OUT IMAN KITA SERTA AKIDAH KITA....

Rumah lesap dicuri penyewa



ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar baru-baru ini.



KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu ‘lesap’ dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.
Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu ‘lesap’.
Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada.
Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.
Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk.
“Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa,” katanya yang kemudian membuat laporan polis.
Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu.


Komplot samun kereta tepi jalan

KUALA LUMPUR - Taktik licik 11 lelaki yang giat melakukan kegiatan menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta di kawasan sunyi tumpas apabila polis menahan anggota-anggota sindiket itu dan merampas lapan buah kereta mewah bernilai RM1 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu yang dipercayai terbabit dalam lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.
Salah seorang daripada 11 suspek itu merupakan ketua sindiket itu. Ketua sindiket itu merupakan bekas tahanan Simpang Renggam, Johor.
"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis.
"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Daripada tangkapan itu, menurut beliau, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa.


Maut ketika lari daripada samseng



TEMPAT Khairul Helmi ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan lot kedai ketika cuba menyelamatkan diri daripada diserang lima lelaki di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan sebuah pusat Internet maut selepas tengkuknya patah akibat terjun dari tingkat satu bangunan lot kedai empat tingkat di Taman Melati, Wangsa Maju di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan sekumpulan lima lelaki.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, dua pelanggan lain di pusat Internet itu patah kaki kerana terjun dari tingkap di tingkat satu bangunan kedai itu.
Seorang pelanggan pusat Internet itu pula dibawa lari menaiki sebuah kereta dan sehingga petang semalam polis belum mengetahui nasib pelanggan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, sebelum kejadian, pemuda yang terbunuh itu Khairul Helmi Kamaruddin, 22, mengunjungi pusat Internet itu sebelum sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, batang besi dan juga rantau menyerang premis itu.











Rumah di KL berharga RM430,000 seunit



GOLONGAN berpendapatan sederhana kini semakin sukar untuk membeli rumah di Lembah Klang kerana harga yang ditawarkan sekarang lebih daripada RM400,000 seunit.



KUALA LUMPUR - Harga bagi harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara bulan Januari hingga Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata, harga hartanah di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal.
Menurutnya, dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000 seunit.
Yam berkata, meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui 'Skim Rumah Pertamaku' akan meningkatkan jualan hartanah berharga RM100,000 hingga RM220,000, tetapi ia perlu juga disemak mengenai had harga kepada RM350,000 bagi hartanah di Lembah Klang.


Solat Jumaat di pusat beli-belah



JAMIL KHIR (kanan) menunjukkan surat pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Syarak Wilayah Persekutuan kepada Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.
“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.
“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.


26 pelajar Anderson hidap ILI



Seramai 26 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dikuarantin di asrama sekolah itu.



IPOH – Seramai 26 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini terpaksa dikuarantin di asrama sekolah berkenaan selepas mereka disahkan menghidap Penyakit Serupa Influenza (ILI).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kesemua pelajar terlibat bagaimanapun kini stabil di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan negeri.
Katanya, pelajar pertama dikesan mempunyai simptom berkenaan pada 3 Mac lalu dan jumlahnya meningkat sehingga petang semalam.
“Mereka merupakan pelajar yang menetap di asrama sekolah dan selepas disahkan, kesemua diasingkan dalam satu bilik khas di asrama terbabit.
“Pemantauan menyeluruh sedang dilakukan sekumpulan pakar perubatan selama 24 jam di kawasan asrama terlibat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Semua pelatih Pulapol stabil



BEBERAPA pelatih polis menjalani pemeriksaan kesihatan di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seramai 31 orang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang jangkitan Adenovirus dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Komander Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, satu pasukan terdiri daripada 40 orang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia ditempatkan di Pulapol untuk memeriksa kesihatan serta mengambil tindakan kawalan.
Menurut beliau, lapan daripadanya merupakan doktor manakala selebihnya adalah pegawai yang akan melakukan kerja-kerja pengasingan dan pemantauan.
“Semua kerja dan tindakan yang sepatutnya dilakukan telah diambil alih dan para pelatih juga tidak dibenarkan keluar dari pusat latihan berkenaan.
“Orang awam termasuk saudara-mara pelatih juga dilarang masuk ke kawasan Pulapol,” katanya menerusi laman sesawang Polis Diraja Malaysia di sini semalam.
Zulkifli memberitahu, setakat ini seramai 412 orang pelatih telah diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment