Saturday, November 5, 2011

'Pertahankan kesatuan ummah'..SEPATUTNYA DENGAN AKIDAH YANG BENAR DAN IBADAH YANG SAH....TIDAK BUAT MUNGKAR...MENERIMA SEGALA HUKUM DALAM QURAN....DAN TAK MENOLAKNYA WALAUPUN SATU HURUF TERMASUKLAH HUKUM HUDUD...

Harga ikan, sayur naik mendadak


PENGGUNA terpaksa membeli barangan basah di Pasar Besar Alor Setar, Kedah pada harga yang lebih mahal semalam.



ALOR SETAR - Harga barang keperluan harian, terutamanya barang basah, di negeri ini seperti ikan dan sayuran naik mendadak didakwa berpunca daripada banjir besar yang melanda Thailand sejak Oktober lalu.
Kebanyakan peniaga memberi alasan pemborong terpaksa menaikkan harga kerana Thailand merupakan pengeksport utama barangan berkenaan ke negara ini.
Seorang peniaga, Mohd. Zakuan Nasir, 25, berkata, dia terpaksa menaikkan harga barangan walaupun menerima rungutan daripada pembeli.
"Kerana banjir di Thailand, harga cili merah naik mendadak. Kalau dulu sekilogram cili merah kami jual antara RM8 hingga RM10 tapi bila berlaku banjir, harga itu meningkat kepada RM15 sekilogram," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.
Harga sayur sawi di pasar berkenaan bagi setiap sekilogram adalah RM3.50 berbanding sebelum ini RM2.50, tomato RM5 (RM4), limau nipis RM5 (RM3), kacang bendi RM3 (RM1.50) dan timun RM3.50 (RM2).
Seorang lagi peniaga, Abdul Salim Sheikh Mohamand, 52, pula berkata, peniaga juga terpaksa menaikkan harga ikan kerana bekalan ikan semakin berkurangan disebabkan ketiadaan bekalan ikan dari Thailand.
"Keadaan sekarang ini sedikit gawat kerana bekalan ikan kurang, sebab itu harga naik. Kalau ikan banyak, harga akan murah," kata Abdul Salim.
Bagi harga ikan pula, bawal dijual RM6 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini, bawal hitam RM25 (RM22), jenahak RM30 (RM25), siakap RM25 (RM22) dan selayang RM8 (RM6).
Sementara itu, di Kuala Terengganu, bekalan minyak sawit di daerah ini didapati berkurangan sejak beberapa hari lalu apabila rak-rak minyak masak di beberapa buah pasar raya didapati kosong atau kalau ada pun jumlahnya terhad.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati orang ramai merungut kerana mereka terpaksa pergi ke beberapa buah kedai sebelum dapat membeli minyak masak kerana bekalannya dikatakan berkurangan sejak seminggu lalu.
Seorang kakitangan kerajaan, Fauzi Muhammad, 26, memberitahu, sejak beberapa hari lalu minyak masak di kedai runcit di kampungnya telah kehabisan menyebabkan dia terpaksa mencari bekalan itu di pasar raya.
"Tetapi saya agak hampa apabila kebanyakan pasar raya juga kehabisan stok dan beberapa buah lagi pasar raya didapati bekalannya pula terhad," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang pekerja sebuah pasar raya yang hanya dikenali sebagai Ain memberitahu, bekalan minyak peket satu kilogram sudah terputus bekalan sejak lebih seminggu lalu.
"Minyak botol lima kilogram pula sudah kehabisan semalam (kelmarin) tetapi pada hari ini (semalam) stok baharu sampai tetapi hanya sedikit," katanya.

Gajah liar ancam kampung



TANAMAN penduduk seperti getah dan pisang musnah akibat diceroboh gajah liar di Kampung Keladan, Rompin kelmarin.



ROMPIN – Penduduk Orang Asli Kampung Keladan berhampiran Kampung Aur di sini kerugian besar apabila dua ekor gajah liar memusnahkan tanaman mereka kelmarin. Gajah yang dipercayai datang dari Hutan Simpan Bukit Ibam itu telah memusnahkan tanaman sara hidup seperti pisang, anak pokok kelapa sawit, getah, buluh, kelapa dan pokok pinang.
Kejadian itu menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan nyawa mereka kerana serangan itu berlaku pada sebelah malam. Seorang penduduk, Awang Mansur, 49, berkata, dia melihat kelibat dua ekor gajah itu pada waktu malam apabila haiwan itu masuk ke kebunnya dan memusnahkan pokok getah, pinang dan pisang. Katanya, dua ekor gajah dipercayai ibu dan anak itu mengeluarkan suara yang kuat hingga mengejutkannya daripada tidur lalu mengundang rasa cemas mereka sekeluarga yang berada di rumah yang terletak 10 meter sahaja dari kebun.
“Saya sempat membakar mercun untuk menghalau gajah tersebut tetapi tidak berkesan sebaliknya haiwan itu terus mengganas dengan memusnahkan tanaman selain memakan umbut kelapa sawit dan getah,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Lachai Chukin, 76, pula berkata, dia tidak mengetahui punca anjing peliharaannya menyalak sejak dua malam berturut-turut sehinggalah diberitahu jirannya tentang kejadian serangan gajah itu.
“Saya ingat rumah saya dimasuki pencuri tetapi rupa-rupanya kebun saya diceroboh gajah menyebabkan pagar yang menempatkan tanaman pisang rosak,” katanya. Katanya, dia terkejut apabila melihat kesan tapak kaki dan najis gajah berselerak di dalam kebunnya pagi kelmarin hingga mengundang rasa takut kepada keluarganya setiap kali menjelang malam. “Saya mungkin akan menjadi mangsa keganasan haiwan ini jika ia tidak dipindahkan semula ke habitat asal,” katanya.
Jala Heng, 64, berkata, kampung itu pernah dimasuki kumpulan gajah pada awal tahun lalu namun tanaman mereka tidak musnah teruk seperti yang berlaku kelmarin. Katanya, penduduk percaya kumpulan gajah itu masih berada di kawasan belakang kampung berkenaan kerana sering terdengar suara gajah dan ia dipercayai keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. “Siang mungkin gajah berkenaan akan ke hutan tetapi bila malam, ia keluar merayau-rayau ke kebun-kebun berhampiran rumah penduduk,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Aur, Nura Hamidi Mat berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) digesa supaya mengambil tindakan segera dengan memindahkan gajah-gajah liar itu ke habitat yang lebih sesuai kerana nyawa penduduk di situ terancam. Nura Hamidi berkata, penerokaan hutan di kawasan hutan simpan Bukit Ibam dipercayai menjadi punca utama gajah itu keluar dari habitat asalnnya.

Pertahankan kesatuan ummah



NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berdoa selepas selesai menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram, Mekah kelmarin.



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam.
Perdana Menteri berkata, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.
"Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini. Perutusan itu disiarkan dalam blognya, www.1Malaysia.com.my.
Menyifatkan kesatuan ummah merupakan pengajaran terpenting yang terkandung dalam sambutan Aidiladha, Najib berkata, perintah Allah S.W.T yang mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama, jelas menunjukkan umat Islam adalah umat yang bersatu.
"Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T, maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam," katanya.
Perdana Menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang mengerjakan haji di tanah suci juga menyarankan agar sambutan Aidiladha dapat diraikan melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara.
Sementara itu, di Mekah, operasi membawa jemaah haji Malaysia ke Arafah kira-kira 21 kilometer dari bandar itu tamat pada kira-kira pukul 5 pagi semalam (10 pagi waktu Malaysia) dan semua 28,000 jemaah haji Malaysia sudah berada di Arafah untuk berwukuf.
Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari (waktu Zuhur, pukul 12.05 waktu Mekah) dan kemudian berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Bernama

Rumah hangus menjelang Aidiladha



MASLINA melihat sebahagian pakaiannya yang hangus selepas rumahnya terbakar di Taman Bersatu Kuala Kedah, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Kegembiraan seorang ibu tunggal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama adiknya di Rawang, Selangor, kira-kira 400 kilometer dari sini, berakhir apabila rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini hangus dijilat api petang kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Maslina Wong Abdullah, 55, sibuk menyiapkan ketupat dan lemang untuk juadah Hari Raya Aidiladha di rumah adiknya di Rawang.
Menurut Maslina, dia hampir pengsan apabila diberitahu oleh salah seorang anaknya tentang kejadian itu dan terpaksa bergegas pulang ke rumah sewanya itu walaupun baru sahaja tiba di Rawang.
"Saya sedih melihat semua barang di dalam rumah hangus termasuk wang simpanan sebanyak RM1,000 dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Ketika kejadian anaknya, Mohd. Mahadi Abdul Mutalib, 25, keluar membeli makanan di restoran berhampiran.
"Saya tidak tahu apa puncanya kerana sebelum saya bertolak ke Rawang pada malam Khanis lalu, saya telah tutup semua suis elektrik termasuk di peti ais selain tidak benarkan anak saya memasak," ujarnya lagi.
Menurut Maslina, dia kini tinggal sehelai sepinggang dan mungkin terpaksa menumpang sementara di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya itu.
"Selain rumah saya, dua buah rumah yang terletak bersebelahan rumah saya turut terbakar. Bagaimanapun ia tidak teruk kerana api sempat dikawal oleh anggota bomba," jelasnya.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja di sini memberitahu, pihaknya masih menyiasat kerugian dan punca kejadian kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah itu.

KPDNKK rampas bebola kristal


DUA pengawai penguat kuasa KPDNKK Perak menunjukkan sebahagian daripada bebola kristal yang dirampas dari sebuah gudang di Chemor, Ipoh semalam.


IPOH - Tindakan seorang pengedar cuba menyembunyikan stok bebola kristal daripada pengetahuan pihak berkuasa gagal apabila gudangnya diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Chemor di sini kelmarin.
Dalam serbuan pukul 4.30 petang itu, pasukan penguat kuasa KPNKK negeri yang diketuai Ketua Unit Operasinya, Akram Karim Mohamad Arip berjaya merampas 2,000 papan bebola kristal yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000.
Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Rosli Ahmad berkata, pemilik syarikat pengedar berkenaan yang berusia 62 tahun dan 10 orang pekerjanya berada dalam gudang itu ketika diserbu.
"Biarpun pada mulanya lelaki itu tidak mengaku kewujudan stok bebola kristal dalam gudangnya namun hasil pemeriksaan menjumpai barangan terlarang itu di celah-celah timbunan stok permainan kanak-kanak dan makanan ringan," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Rosli memberitahu, pemilik syarikat pengedar itu akhirnya mengaku mengambil stok bebola kristal itu dari China untuk diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menurut beliau, stok bebola kristal yang sudah dipek itu disorok sementara sebelum dipasarkan semula kepada pemborong dan peniaga pokok hiasan apabila isu pengharamannya reda.
"Setiap papan yang mempunyai 24 peket bebola kristal itu dijual RM4.80 secara borong," ujarnya.
Tambahnya, pengedar produk itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Tidak Selamat) 2011 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua.
Kosmo! Khamis lalu melaporkan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan operasi membanteras kegiatan menjual bebola kristal yang sudah diharamkan sejak Ogos lalu.
Ia berikutan insiden seorang kanak-kanak, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin yang berusia satu tahun tujuh bulan dari Kuantan terpaksa dibedah pada 1 November lalu selepas bebola kristal yang ditelannya membesar sehingga sebesar bola ping pong dalam usus.
Ifti Ilya Farhana dipercayai menelan beberapa butir objek yang disangkanya gula-gula di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya, Kuantan pada 26 Oktober lalu.


Liputan musim haji di YouTube


SEJUMLAH jemaah haji mengunjungi Jabal Rahmah di Padang Arafah dekat Mekah semalam.



WASHINGTON - Laman YouTube serta Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi bekerjasama untuk menyediakan liputan musim haji secara siaran langsung di Mekah.
"Berjuta-juta orang dari seluruh dunia boleh memberikan komen mengenai musim itu menerusi video," kata laman yang dimiliki Google itu.
Siaran langsung dari Mekah itu boleh dilihat diyoutube.com/hajjlive.
Lebih 2.5 juta jemaah haji Islam mula meninggalkan Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah kelmarin yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir. - AFP

Bieber muncul di TV nafi dakwaan sudah jadi bapa

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal dari Kanada yang berusia 17 tahun, Justin Bieber menegaskan dalam satu temu ramah kelmarin bahawa dia bukannya bapa kepada anak seorang gadis berusia 20 tahun.
Dia yang menghabiskan masa pada minggu lalu untuk mempromosikan album baharu sempena sambutan Krismas menyatakan dakwaan tersebut adalah 100 peratus tidak benar.
"Ia adalah yang pertama kali sesuatu seperti ini berlaku.
"Justeru, ia seperti amat gila. Saya pasti ia (dakwaan itu) bukannya yang terakhir," katanya kepada laman hiburan TMZ.com menerusi satu temu ramah telefon.
Bieber memberikan komen itu terhadap satu tuntutan undang-undang yang difailkan pada Isnin lalu oleh seorang gadis berusia 20 tahun dari San Diego, Mariah Laci Yeater yang mendakwa penyanyi remaja tersebut merupakan bapa kepada seorang bayi lelaki yang dilahirkannya pada Julai lalu.
Bayi itu adalah hasil hubungan seks antara gadis itu dengan Bieber selepas penyanyi itu membuat persembahan di Los Angeles pada Oktober 2010.
Gadis itu mahu Bieber menjalani ujian paterniti dan membiayai nafkah anak tersebut.
Penyanyi itu diarahkan untuk tampil di mahkamah pada 15 Disember depan.
Bieber juga membuat penafian yang sama dengan muncul dalam program televisyen Today.
"Saya hanya mahu menyatakan bahawa tiada satu pun daripada dakwaan itu adalah benar.
"Saya mengetahui saya akan menjadi sasaran tetapi saya tidak akan menjadi mangsa," katanya.
Pada awal minggu ini, Bieber menyatakan dalam akaun Twitter bahawa dia akan mengabaikan khabar angin itu. - Reuters

BILA ARTIS TAK TUTUP AURAT@BERTUDUNG...MACAM TIADA PIHAK MENEGUR ATAU MELARANG....APA KOMEN MUFTI2..ULAMAK2 TERSOHOR...USTAZ2@PENCERAMAH2 YANG HEBAT..APA ISTIMEWA MEREKA...REMAJA TAK KUAT IMAN AKAN MENGIKUTNYA...

Patah kaki hampir 50 kali

Oleh HADZLAN HASSAN, HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan NAZDY HARUN
metahad@hmetro.com.my

BENGKOK... Hashim menunjukkan kaki anaknya yang turut membengkok selepas patah lebih 20 kali.
BENGKOK... Hashim menunjukkan kaki anaknya yang turut membengkok selepas patah lebih 20 kali.
SOKONGAN... Fatihah perlu diawasi jika ingin keluar rumah.
SOKONGAN... Fatihah perlu diawasi jika ingin keluar rumah.
KUALA TERENGGANU: Dia gadis pandai tetapi diuji Tuhan dengan sepasang kaki istimewa yang terlalu rapuh hingga patah hampir 50 kali, menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan.
Akibat kekurangan itu, Nurul Fatihah Hashim, 16, kini menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri, sedangkan dulu dia murid cerdik dengan pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mengekalkan keputusan baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Untuk bergerak, Fatihah terpaksa menggunakan kerusi roda sambil kebiasaannya menyembunyikan kedua-dua kakinya kerana malu dan tidak sanggup diejek rakan sebaya.
Selain Fatihah, dugaan ini sebenarnya turut dikongsi bapanya, Hashim Omar, 53, abangnya, Asrul, 23, dan pasangan kembarnya, Mohd Syafiq, 16, cuma masalah Fatihah paling kronik.

Menurut Mohd Syafiq, kehadiran Aidilfitri atau Aidiladha dalam sejarah hidupnya tidak pernah seceria orang lain kerana mereka tidak boleh bergerak jauh seperti remaja lain, selain hidup serba kekurangan dengan keadaan kakinya yang rapuh.

“Sebenarnya saya sudah biasa begini, dulu ada pelajar sekolah mengejek memanggil kami penyu kerana keadaan kaki dan pergerakan saya seperti reptilia itu.

“Mulanya malu juga namun lama-kelamaan saya tidak peduli, cuma kakak yang masih malu mungkin kerana keadaan kakinya semakin teruk sejak kami membesar.

“Pernah satu ketika, kerusi roda kakak ditarik atau dihentak pelajar nakal menyebabkan kakinya patah, namun selepas insiden itu, kami tidak lagi diganggu kerana mereka takut melihat kesan yang kami tanggung akibat perbuatan mereka,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Perkampungan Orang Kurang Upaya (OKU), Pulau Kerengga, Marang, dekat sini.
Syafiq mewarisi penyakit tulang rapuh daripada Ha- shim, menyebabkan organ kakinya patah tidak kurang 20 kali hanya kerana tersepak tunggul, tersepak kaki sendiri, terhentak, jatuh kerusi roda atau tersilap duduk dan akibatnya betisnya membengkok. Lebih memburukkan keadaan, kulitnya turut sensitif dan luka jika terkena seluar dipakai.

Bagaimanapun, Fatihah mengalami kesan paling teruk apabila kakinya patah hampir 50 kali, menyebabkan kedua-dua kakinya semakin melidi dan membengkok. Dia terpaksa mengengsot untuk bergerak atau berkerusi roda ketika di sekolah.

“Setiap kali patah, kami memerlukan dua hingga tiga bulan untuk kembali pulih dan keadaan itu menyebabkan pembelajaran kami terjejas, biasanya kakak yang sering mengulang kaji pelajaran di rumah, jadi tidak hairan dia mampu menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

Syafiq dan Fatihah biasanya menjalani aktiviti bersama, menyebabkan mereka seakan-akan tidak dapat dipisahkan dan ia mungkin kerana perkongsian rahim kira-kira 15 tahun dulu, namun yang membezakan mereka ialah Fatihah kini menjadi semakin pemalu dan kurang keyakinan diri akibat kekurangan dialaminya.

Sebaliknya, Syafiq yang hanya mengalami sindrom itu pada kaki kanan dilihat tetap aktif walaupun pergerakan terbatas kerana masih mampu menggunakan sebelah lagi kakinya untuk bergerak.

Hashim pula berkata, sindrom itu dialami ketika dia berusia belasan tahun dan ia berjangkit pula kepada tiga daripada lapan anaknya.

“Saya bernasib baik kerana kerapuhan tulang saya hanya berlaku dari paras paha ke bawah, menyebabkan organ lain tidak terjejas dan akibatnya doktor menasihatkan kami sekeluarga minum susu khas untuk mengekalkan kekuatan tulang dan bukan untuk menguatkan tulang.

“Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya tidak mampu membelanjakan setin susu RM50 seminggu tetapi bersyukur dengan apa yang diterima kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya sekeluarga,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga anaknya mengalami sindrom tulang rapuh sejak berusia 18 bulan iaitu ketika mula belajar berjalan, sekali gus menjejaskan pembesaran mereka kerana tidak dapat bergerak aktif berikutan risau cedera terlanggar tunggul kayu atau anak tangga.

“Jika tersilap langkah, mereka terpaksa menanggung akibatnya antara dua hingga tiga bulan sementara menunggu kecederaan pulih semula. Fatihah kini menanggung rasa sakit dan malu yang teramat sangat kerana melalui kesan patah sehingga 50 kali, menyebabkan struktur kakinya semakin pipih seolah-olah akar kayu.

“Akibatnya, dia yang semakin meningkat remaja kini menjadi pemalu dengan kekurangan dirinya dan hanya tuhan dapat memahami perasaan kami sekeluarga kerana penyakit dialami tiada penawar,” katanya.

Akibatnya, empat beranak itu terpaksa menyusun langkah berhati-hati setiap hari supaya tulang tidak patah lagi akibat terlanggar objek, manakala Fatihah menggunakan sebiji bantal bagi memudahkannya mengengsot untuk bergerak dalam rumah.

Ketika di luar rumah, hanya kerusi roda menjadi teman dan Fatihah mula kurang bergaul dengan rakan, mungkin disebabkan kekurangan diri.

Hashim berkata, keluarganya menempuhi kesukaran hidup dengan penuh kesabaran dan saling menjaga antara satu sama lain bagi mengelak ditimpa kemalangan.

“Sebenarnya saya bersyukur dengan keadaan ini kerana ada hikmah di sebaliknya. Ia serba sedikit membuktikan kesetiaan isteri, Nurzaimah Husin, 46, yang tetap bersama-sama menghadapi dugaan ini.

“Pengorbanan isteri dan anak sangat bernilai bagi saya, cukup dengan apa yang mereka tanggung, setiap kali Aidiladha, saya memanjat kesyukuran dengan kesanggupan mereka berkorban keinginan untuk hidup senang seperti orang lain.

“Kadangkala saya hampir putus harapan kerana tidak mampu memberikan kelengkapan atau keperluan mewah kepada mereka.

“Namun apakan daya, dengan kudrat yang tidak seberapa, kami sekeluarga masih dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan bantuan bulanan RM300 daripada JKM,” katanya.

Risiko Nadia

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

NADIA... bersedia menunggu kritikan penonton.
NADIA... bersedia menunggu kritikan penonton.
MENGHIDUPKAN watak Zaiton Sameon menerusi filem biografi, Zaiton Ceritaku, satu tanggungjawab besar buat Nadia Aqilah, apatah lagi nama itu bukan calang-calang dalam arena seni suara tanah air. Pelantun lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar itu pernah menjadi bualan hangat masyarakat baik perihal keberanian, kehebatan vokal, kontroversi yang mengiringi kembara seninya mahupun tragedi yang meragut segala kemasyhuran yang dikecapi.
Tawaran yang hadir bagaikan bulan jatuh ke riba. Biarpun pada awalnya tertekan memandangkan masa untuk melakukan persediaan terlalu pendek, kepercayaan yang diberikan produksi dan pengarah menyuntik keyakinan dalam dirinya untuk menzahirkan harapan yang ingin disampaikan Zaiton kepada masyarakat ke layar perak. “Zaman kemuncak Zaiton, saya baru berusia tiga tahun. Tak sangka apabila berumur 26 tahun, saya terpilih untuk melakonkan wataknya.

“Saya sangat berbesar hati dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan pengarah filem ini, Isma Daniel. Biarpun masih hijau dalam bidang ini, dia yakin dengan kemampuan saya. “Terus-terang, apabila diterima menerajui filem ini, saya rasa gugup dan tertekan. Ketika itu saya masih terikat dengan pementasan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Istana Budaya. Bagaimanapun, kata-kata semangat yang diberikan oleh Isma dan pereka produksi filem ini, Azma Aizal Yusoof sedikit sebanyak meredakan perasaan itu, malah selepas bertemu Zaiton untuk mengetahui kisah hidupnya, perlahan-lahan timbul keyakinan di hati. “Memandangkan cuma ada empat atau lima hari untuk melakukan persediaan sebelum masuk ke lokasi penggambaran, saya terus melakukan penyelidikan dengan menonton video persembahan Zaiton dan mengkaji karakternya. Setiap hari saya jumpa Isma untuk mendalami karakter dan tahu apa yang dia mahu. “Seronok bekerja dengan Isma kerana dia beri kebebasan kepada saya. Kalau suka persembahan saya, dia akan cakap terima kasih dan jika sebaliknya dia akan cuba cara lain hinggalah berpuas hati.
“Sikap terbukanya membuatkan saya rasa sangat selesa untuk berbincang dan bertanya apa saja yang saya kurang faham,” katanya.

Mengulas lanjut filem terbitan Bruang Filem Sdn Bhd itu, Nadia berkata, penggambaran bermula sejak 29 November lalu dan dijangka berlangsung 25 hari sekitar Kuala Lumpur dan Kalumpang, Selangor. Meskipun hujan setiap hari, penggambaran berjalan lancar, bahkan semua yang menjayakan produksi bersatu hati serta bekerja keras demi memastikan Zaiton Ceritaku mencapai piawaian ditetapkan. Paling penting kata Nadia, keikhlasan setiap mereka yang terbabit memberikan aura positif di lokasi penggambaran. Katanya lagi, apa yang bakal dipertontonkan di layar perak nanti adalah perjalanan hidup Zaiton yang tidak diketahui orang ramai dan mesej di sebalik cerita berkenaan diharap dapat membuka mata masyarakat untuk menyayangi dan menghargai penyanyi terkenal itu. “Saya tidak boleh menjadi Zaiton, apa yang boleh saya buat adalah menyampaikan hasrat hatinya kepada orang ramai. Saya melakonkan gambaran Zaiton daripada kaca matanya, apa yang dia percaya dan rasa.

“Yang boleh saya simpulkan, dia juga seperti kita, menjalani kehidupan normal dan ada perasaan. “Ketika di kemuncak populariti, diva kesayangan ramai ini hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Tragedi nahas jalan raya yang berlaku pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, meragut nyawa anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun, bahkan hidupnya bagaikan hilang arah selepas itu. Dia tidak tahu ke mana mahu melangkah.

“Lebih menyedihkan, masyarakat seakan-akan menghukumnya, malah ramai hilang kepercayaan dengan keupayaannya.

“Macam-macam yang pernah saya dengar tetapi apabila bertemu dengannya, saya rasa sangat kagum dengan ketabahannya.
“Biarpun melalui kehidupan yang sangat menyedihkan, dia masih teguh berdiri dan meletakkan harapan tinggi supaya diterima menyanyi semula di atas pentas. Bagi saya dia ‘bionic woman’. “Penderitaan yang dilaluinya tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

“Bayangkanlah, sedar saja daripada koma, dia hilang segala-galanya, termasuk anak. Adalah normal jika dia berpelakuan seperti mana yang orang cakap sebelum ini,” katanya. Ditanya adakah dia bersedia menerima kritikan berikutan penangan kontroversi yang pernah menghimpit Zaiton pada zaman kegemilangannya, sambil ketawa Nadia berkata, menerima tugas ini bermakna dia sanggup berdepan apa saja kemungkinan yang mendatang. “Terus-terang saya tidak tahu betapa hebat kontroversi wanita bernama Zaiton Sameon. Dulu saya cuma tahu lagu Menaruh Harapan yang pernah menjuarai Juara Lagu 1987.

“Apapun, skrip filem ini tidak memfokus perihal kontroversi, sebaliknya menjelaskan akibat dan apa yang berlaku dalam hidup Zaiton.

“Kita tidak memanaskan kembali kontroversi lalu, cuma memandangkan filem ini mengangkat kisah benar yang berlaku dalam hidup Zaiton, adalah sedikit yang kita sentuh seperti bajunya. “Selebihnya, pengarah mahu mengetengahkan sisi berbeza Zaiton yang belum diketahui ramai sebelum ini,” kata Nadia.


Pemandu panjat kereta

Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota  bomba berusaha mengeluarkan kereta  terjatuh ke dalam Sungai Pandan.
ANGKAT...anggota bomba berusaha mengeluarkan kereta terjatuh ke dalam Sungai Pandan.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila kereta Toyota Vios dipandu lelaki berkenaan merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke Sungai Pandan di Kilometer 9.5 Jalan Johor Bahru — Kota Tinggi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi, kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum pemandunya disyaki gagal mengawal kenderaan apabila tiba di lokasi sebelum terjunam ke sungai.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, kereta berkenaan dipandu laju sebelum cuba mengelak sebuah motosikal ketika tiba di lokasi.
Katanya, ketika itu pemandu berkenaan dipercayai hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan sebelum terbabas ke sungai.

“Pemandu terbabit berjaya memanjat kereta dan menjerit meminta bantuan, menyebabkan beberapa pemancing di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan isterinya.

“Bagaimanapun, orang ramai gagal menyelamatkan isterinya yang tenggelam bersama kereta sebelum menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Difahamkan, pemandu berkenaan, Tan Lay Choon, 49, warga Singapura terselamat dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala isterinya, Pan Sua Yean, 45, berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kereta berkenaan dari Kota Tinggi dan dalam perjalanan ke Singapura.
Katanya, apabila tiba di lokasi, pemandu berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh penghadang jalan, sebelum terbabas ke Sungai Pandan.

“Isteri mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya terselamat dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Kereta Toyota Vios milik mangsa dikeluarkan dari sungai dua jam kemudian dan kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Berikutan itu, sesiapa yang melihat kejadian diminta tampil memberi kenyataan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, unit menyelam pasukan berkenaan mengambil masa sejam bagi mengeluarkan mayat Sua Yean yang terperangkap di dalam kereta sebelum dihantar ke HSI untuk bedah siasat.

Makanan halal sukar

Oleh ADHA GHAZALI
am@hmetro.com.my

SONGKHLA (Thailand): Kira-kira 30,000 penduduk beragama Islam yang terjejas akibat bencana banjir di empat wilayah di utara Bangkok sejak Julai lalu, kini turut berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan halal.
Malah, keadaan penduduk Islam di wilayah Pathum Thani, Nontanburi, Ayutthaya dan Nakhon Sawan dilaporkan semakin terdesak berikutan meragui status halal bantuan makanan yang diterima daripada kerajaan Thailand.

Pengarah Pusat Perhubungan Sheikhul Islam Songkhla, Abdul Halim Lateh berkata, walaupun menerima bantuan makanan daripada kerajaan, ia tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin kerana status halal makanan terbabit diragui.

Menurutnya, status halal tetap menjadi keutamaan masyarakat Islam di kawasan yang terjejas berkenaan walaupun mereka kini ditimpa bencana.

“Kami (Pejabat Perhubungan Sheikhul Islam Songkhla) baru saja menghantar dua lori mengandungi stok air mineral berharga lebih RM40,000 ke pejabat Seikhul Islam di Bangkok untuk diagihkan kepada mangsa banjir, dua hari lalu.

“Bantuan itu diperoleh hasil kutipan daripada 376 masjid sekitar wilayah ini sejak pertengahan Oktober lalu, dan kini kami terima dua lori bantuan daripada Malaysia di mana keutamaan akan diberikan kepada penduduk Islam yang terjejas,” katanya di sini, kelmarin.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Songkhla (Mais) sebelum itu menerima dua treler stok bantuan kemanusiaan disalurkan Malaysia meliputi air mineral dan bekalan makanan bernilai lebih RM26,000 di pejabat Mais, di sini.

Semua stok sumbangan Persatuan Keselamatan Sukarela Kerian (PKSK) dan Skuad Bantuan Krisis Malaysia (CSRM) Alor Setar itu disampaikan Penyelaras Misi yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah.

Sementara itu, Latt Shariman berkata, penghantaran stok bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua selepas penghantaran 1,000 kotak air mineral yang diserahkan kepada Ketua Polis Hatyai, Jirawat Payungtham, minggu lalu.

“Hari ini (kelmarin) kita hantar 1,600 kotak air mineral dan pelbagai stok makanan lain yang diserahkan kepada pejabat Sheikhul Islam sebagai saluran pengagihan.

“Selepas ini tiga lori air mineral lagi akan menyusul yang dijangka dihantar dalam tempoh terdekat.

“Kita mengalu-alukan mana-mana NGO untuk membantu mangsa banjir dan mereka yang berminat boleh menghubungi CSRM atau Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebagai saluran bantuan,” katanya.

Jumpa bayi dalam parit

Oleh FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS
asmaini@nstp.com.my

LEDANG: “Saya sangka saya berkhayal atau ia hanya suara kucing apabila terdengar sayup suara menangis, namun terkejut apabila menemui seorang bayi di dalam parit,” kata penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, ketika ditemui di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini, semalam.
Shuib mengimbau kembali penemuan bayi perempuan berkenaan ketika dia menoreh getah di kebunnya yang terletak bersebelahan ladang kelapa sawit, jam 9 pagi semalam.

Menurut Shuib, dia terdengar suara seakan-akan bunyi menangis tanpa henti lantas mendorongnya untuk menyiasat.
“Saya mencari dari mana suara itu datang dan selepas beberapa minit, bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan bogel di dalam parit yang tidak berair dan kelihatan letih kerana menangis tanpa henti.

“Saya bergegas memanggil isteri dan kemudian membalut bayi itu dengan kain untuk mengelakkannya kesejukan sebelum memaklumkan penemuan kepada penduduk kampung supaya menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak ketika dihubungi berkata, anggota di Balai Polis Sagil menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan penemuan bayi itu.

“Kami bergegas ke sana sejurus kemudian dan mendapati bayi berkenaan dalam keadaan sihat. Bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditinggalkan di kebun getah.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan sebelum ditempatkan di wad bagi pemerhatian lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Salleh, pihaknya akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mana-mana suspek bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di talian 06-9781222 bagi membantu siasatan.


Bieber bukan lelaki pertama



TIDAK MENGAKU...Bieber mendakwa tidak pernah bertemu Mariah selama ini.
TIDAK MENGAKU...Bieber mendakwa tidak pernah bertemu Mariah selama ini.
LOS ANGELES: Wanita yang mendakwa melahirkan anak Justin Bieber dilaporkan pernah membuat tuduhan sama ke atas lelaki lain tahun lalu.
Mariah Yeater, 20, didakwa mengaitkan teman lelakinya, John Terranova, menyebabkan dia hamil ketika mereka terbabit dalam pertengkaran ganas dan membawa kepada penangkapannya.
Laman sesawang TMZ melaporkan, Mariah berpacaran dengan Terranova menjelang akhir persekolahannya dan membuat tuduhan berkenaan ketika melawat rumah lelaki terbabit di Las Vegas pada Disember tahun lalu.

Memetik kenyataan nenek Terranova, Frances Lippe, cucunya itu menafikan sekeras-kerasnya menyebabkan Mariah hamil.


“Penafian itu menyebabkan Mariah berang dan memecahkan satu daripada tingkap kereta kami,” katanya.

Berdasarkan laporan polis dibuat keluarga Terranova, Mariah juga didakwa menampar Terranova dalam tiga kejadian berasingan apabila dia dituntut membayar ganti rugi ke atas cermin kereta yang dipecahkannya.

Sementara itu, sumber polis berkata, Mariah ditahan atas tuduhan menyebabkan kecederaan, tetapi dia mendakwa mabuk ketika serangan dilakukan.

Menurut Frances, selepas insiden itu mereka tidak lagi tahu di mana Mariah.

Pada 6 Julai lalu, Mariah melahirkan bayi lelaki di San Diego.

Dia kemudian memfailkan permohonan untuk mendapat pengesahan mahkamah bahawa Bieber adalah bapa kepada anaknya itu.

Permohonan Mariah akan didengar pada 15 Disember itu.

Bieber, 17, segera menafikan dakwaan itu.

“Saya tak pernah bertemu wanita terbabit,” katanya.

Jika dakwaan Mariah itu benar, dia berdepan pula dengan tuduhan merogol kanak-kanak kerana tahun lalu, Bierber baru berusia 16 tahun. - NYDN

Dipecat hina Hamid Karzai



KABUL: Seorang jeneral tentera AS dipecat selepas menuduh beberapa pemimpin, termasuk Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, tidak berterima kasih atas sokongan Washington, kata pegawai kerajaan semalam.
Mejar Jeneral Peter Fuller yang sebelum ini menjadi Timbalan Komander Nato untuk melatih tentera Afghanistan dilepaskan daripada jawatannya kerana membuat komen tidak wajar dalam temuramah disiar laman sesawang Politico pada Khamis lalu.

Dalam temubual itu, Fuller mendakwa beberapa pemimpin Afghanistan tidak menghargai sepenuhnya kos kemanusiaan dan kewangan ditanggung AS di negara itu.
Mereka juga, kata Fuller, didapati terpisah daripada realiti.

Fuller turut mengecam Hamid kerana akan menyokong Pakistan jika Islamabad berperang dengan AS satu hari nanti.

“Kamu pasti bergurau. Kami baru saja memberi kamu AS$11.6 bilion (RM36 bilion) dan kini kamu berkata kepada saya bahawa kamu langsung tak peduli? “Apabila mereka akan mengadakan pilihan raya presiden, kamu wajar berharap Afghanistan akan mendapat lelaki yang lebih waras,” katanya.

Menurut komander Nato, Jeneral John Allen, kenyataan Fuller itu tidak menggambarkan pendirian pertubuhan ketenteraan berkenaan terhadap Hamid.

“Komen tidak wajar itu tidak membayangkan hubungan erat kami dengan kerajaan Afghanistan atau kegagalan misi Nato di negara ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap tentera Nato berkata, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta, menyokong penuh keputusan memecat Fuller. - AFP

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...WALAUPUN KIAMAT DUNIA NI DENGAN SERTA MERTA...ITU HAK ALLAH...JADI JANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH..LANGGAR HUKUM2 ALLAH..MACAM KITA MENGUNDANG BALA...

Bukan habuan ‘ternak’ tikus

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

BANGKAI...Pembantu Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Hafifi Mohd Sani menunjukkan tikus yang ditangkap dalam Ops Tangkap Tikus di Taman Angsana Hilir, semalam.
BANGKAI...Pembantu Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Hafifi Mohd Sani menunjukkan tikus yang ditangkap dalam Ops Tangkap Tikus di Taman Angsana Hilir, semalam.
AMPANG: “Jangan jadikan tikus sebagai haiwan ‘ternakan’ semata-mata untuk mendapatkan ganjaran RM3 seekor diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” kata Timbalan Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain ketika majlis perasmian penutup Operasi Tangkap Tikus di Pandan Dalam, di sini, semalam.
Katanya, penduduk diminta tidak mengambil peluang ganjaran itu untuk menjana ekonomi masing-masing, sebaliknya perlu mengamalkan kebersihan.

“Sudah dua tahun program ini dianjurkan dan penambah baik dilakukan dari segi ganjaran iaitu dulu seekor tikus RM1 dan kini ditambah kepada RM3 untuk menarik lebih banyak penyertaan. “Sejak program itu dilancarkan pada Januari lalu, lebih 2,400 tikus dikumpulkan. Ternyata kaedah ini berkesan, malah menarik perhatian penduduk untuk menangkap tikus. Buktinya di kawasan Zon 15, Pandan Dalam, sudah tiga kali program sama dianjurkan dan mengumpulkan 1,600 tikus,” katanya.
Abd Hamid berkata, di kawasan MPAJ, masalah tikus menjadi ancaman kepada penduduk di Taman Dagang, Taman Cempaka dan Kampung Cheras Baru.

Katanya, pelbagai kaedah digunakan termasuk mendapatkan khidmat pihak kawalan haiwan perosak, tetapi masih gagal diatasi hingga memaksa MPAJ bersama Ahli Majlis setiap zon menganjurkan kempen menangkap tikus selama 11 bulan bermula Januari lalu.

“Kami memerlukan kerjasama peniaga restoran, gerai makanan dan pemilik rumah memastikan tahap kebersihan di premis masing-masing berada pada tahap terbaik.

“Jadual kutipan sampah sudah diubah bagi meningkatkan kebersihan dan memastikan tikus tidak membiak kerana kawasan pembuangan sampah menjadi lokasi utama haiwan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tikus bandar membiak cepat dengan berat boleh mencecah sekilogram seekor dan melahirkan anak sehingga 15 ekor setahun.
“Justeru operasi berterusan akan dilakukan bagi mengurangkan ancaman haiwan terbabit,” katanya.


Janda 18 tahun ditahan meragut nak beli dadah



KULAIJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga ibu tunggal nekad meragut beg duit seorang wanita di depan sebuah pasar raya di bandar ini, petang kelmarin, semata-mata mahu membeli dadah.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 59 tahun berjalan seorang diri selepas membeli-belah sebelum diragut dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.
“Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan, suspek kemudian melarikan diri namun jeritan mangsa didengari orang awam yang terus mengejar peragut terbabit.

“Pada masa sama, orang ramai memaklumkan kejadian kepada anggota MPV yang melakukan rondaan di lokasi berhampiran,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, semalam.

Suspek ditahan dan menurut Zulkefly, siasatan mendapati suspek ibu tunggal dan mempunyai seorang anak berusia setahun.

Ketika melakukan jenayah itu, Zulkefly berkata, suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine.

“Ujian air kencing mengesahkan suspek berada di bawah pengaruh dadah terbabit, beg duit mangsa bersama wang tunai RM120, kad kredit dan kad pengenalan ditemui semula.
“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu dipercayai meragut bagi mendapatkan bekalan dadah untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Remaja jaga pusat judi



KUALA LUMPUR: Kesempitan hidup memaksa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berhenti sekolah dan bekerja di sebuah premis judi Internet di Taman Desa Tasik Sungai Besi, sejak 10 bulan lalu.
Sebaik ditahan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam, remaja terbabit mendakwa bekerja untuk membantu keluarganya.

Menurut remaja terbabit, dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja selepas bapanya meninggal dunia lebih setahun lalu.
“Saya dibayar RM1,100 setiap bulan dan separuh daripadanya diberikan kepada ibu untuk belanja bulanan,” katanya.

Dalam operasi diketuai Ketua D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Cif Inspektor Zaili Zakaria, berkata remaja terbabit seorang daripada empat penjaga yang ditahan dalam serbuan di empat premis di kawasan berkenaan.


Jawi mahu pohon perintah mahkamah halang Seksualiti Merdeka 2011



ABDUL RAHMAN (kanan) menyerahkan memorandum bantahan Seksualiti Merdeka 2011 kepada Che Mat di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan mahkamah bagi menyekat program Seksualiti Merdeka 2011.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tindakan itu diambil bagi menyekat program itu daripada diteruskan.
“Satu permohonan deklarasi dan injunksi akan dipohon segera bagi menyekat program ini daripada berterusan.
“Menurut artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama Persekutuan dan sebarang bentuk program yang boleh mencemar kesuciannya harus dibendung dan dihalang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum menggesa Jawi mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur Seksualiti Merdeka 2011 daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini semalam.
Ia disampaikan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar diiringi 40 ahli pertubuhan itu sebaik sahaja mengadakan demonstrasi membantah Seksualiti Merdeka 2011 di Masjid Negara.
Abdul Rahman berkata, Jawi perlu bertindak segera kerana penganjuran program itu jelas mencemar dan menghina kesucian agama Islam.
Program Seksualiti Merdeka dianjurkan sejak 1 November lalu oleh beberapa gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).



Spesimen tulang tiada DNA

SHAH ALAM - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa 30 spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).
Perkara itu dibangkitkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan, semasa menyoal balas saksi ke-63 pendakwaan, pakar perunding forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Nurliza Abdullah.
Terdahulu, Nurliza, 46, memberitahu mahkamah bahawa sebanyak 30 sampel daripada 2,030 spesimen yang diambil dari Sungai Panchau dan Ladang Gadong di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan DNA.
Beliau berkata, 18 sampel telah diambil oleh Pengarah Bahagian Forensik jabatan itu, Lim Kong Boon, pada 15 September tahun lepas manakala baki 12 sampel diambil pada 21 September tahun lepas oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.
Ditanya oleh Manjeet Singh, sama ada Jabatan Kimia memaklumkan kepada beliau mengenai hasil analisis DNA itu, Nurliza berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Saya cadangkan kepada awak mereka tidak menjumpai DNA pada kesemua 30 sampel itu," kata Manjeet Singh dan saksi itu menjawab beliau tidak tahu.
"Awak terkejut saya beritahu perkara ini?" soal Manjeet.
"Saya tidak terkejut," jawab Nurliza.
Saksi itu menyambung keterangannya pada hari ke-46 perbicaraan kes Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyagan, R. Matan serta R. Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 42; Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam pada 30 Ogos tahun lepas.


Ribut terburuk dalam 20 tahun



NORIAH melihat sebahagian bumbung rumah yang terhempas di hadapan rumahnya dalam kejadian ribut di Taman Bersatu, Alor Setar kelmarin.



ALOR SETAR – Kejadian ribut yang merosakkan sebanyak 173 buah rumah di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini pada petang kelmarin dikatakan yang terburuk pernah berlaku di situ sejak 20 tahun lalu.
Rata-rata penduduk memberitahu, mereka masih trauma dengan kejadian tersebut apabila melihat bumbung tiba-tiba berterbangan sebaik dilanda angin kencang.
Penduduk Taman Bersatu Fasa 1, Noriah Saad, 57, memberitahu, kejadian itu amat menakutkan apabila lebih tujuh bumbung zink dari perumahan sebelah iaitu Taman Bersatu Fasa 3 terhempas betul-betul di hadapan rumahnya.
“Saya pada mulanya dengar bunyi angin, selepas itu bunyi seperti ada benda terhempas dan apabila lihat dari tingkap, saya nampak longgokan bumbung zink berada di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Kata Noriah, bumbung zink itu diterbangkan angin yang berpusar dari arah perumahan sebelah yang terletak sejauh kira-kira 500 meter.
“Nasib baik pada masa itu tiada kanak-kanak yang bermain di jalan hadapan rumah saya,” jelasnya sambil memberitahu turut mengalami kerugian kira-kira RM10,000 akibat kerosakan bumbung dan barangan elektrik.
Menurutnya, kejadian ribut tersebut adalah yang paling teruk melanda kawasan itu sejak dia menetap di situ kira-kira 20 tahun lalu.

ZINA DLL TETAP BERLAKU SELAGI HUKUM ALLAH TAK DIJALANKAN...JANGAN KITA MENJADIKAN AGAMA ALLAH IKUT PERATURAN KITA...SEPATUTNYA KITA MENGIKUT PERATURAN YANG ALLAH TELAH TETAPKAN...APA PUNYA MAZHAB PULAK KALAU BEGINI...

Bini hujung minggu

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Ab Malik
am@hmetro.com.my

BERLINDUNG...Rita berkongsi kisah kehidupannya bersama Rahayu (kiri) di Rumah Sinar Sofia.
BERLINDUNG...Rita berkongsi kisah kehidupannya bersama Rahayu (kiri) di Rumah Sinar Sofia.
JOHOR BAHRU: Kemaruk ingin hidup mewah menyebabkan segelintir wanita tempatan menggadai maruah melalui ‘pakej abang Singapura’ ditawarkan pelancong lelaki negara berkenaan yang bersedia memenuhi apa saja permintaan ‘gundik’ mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta selain elaun ribuan ringgit setiap bulan.
Kewujudan pakej maksiat itu didedahkan bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, hasil pengalamannya mendapatkan wang secara mudah dengan menjadi teman termasuk menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang dari republik berkenaan setiap kali mereka berkunjung ke sini, terutama pada hujung minggu.
Rita mendakwa pembabitannya dalam kegiatan itu bermula daripada perkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura menerusi laman web sosial yang dikenali sebagai Sam yang juga kontraktor.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggap Sam rakan biasa, namun hubungan mereka semakin rapat hingga pada satu hari lelaki itu menawarkan pakej untuk dia memperoleh wang dengan mudah dan hidup mewah.


“Sam yang sudah berkeluarga menyatakan dia mencari teman kerana kesunyian setiap kali berurusan di bandar raya ini pada setiap hujung minggu.

Buat, jual senjata

Oleh Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my

RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di  Felda Gunung Besout, di Slim River.
RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.
SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.
Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.
Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Tak sempat balik raya

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

PEKAN: Perjalanan dua sepupu pulang ke kampung halaman menyambut Aidiladha, esok, berakhir dengan tragedi apabila seorang terkorban selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 26, Jalan Pekan-Nenasi di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Mohd Azizul Kamarudin, 21, dari Kampung Raja, Kuala Terengganu, parah di kepala maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru sehari bekerja di Johor Bahru mengekori motosikal ditunggang sepupunya, Muhammad Hizrie Min, 23, dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak seekor lembu melintas jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di permukaan jalan dan mengalami kecederaan di kepala. Sepupu mangsa yang berada di depan menyedari kejadian itu dan berpatah semula untuk memberi bantuan namun mangsa didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan (HP) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya, kira-kira jam 12 tengah, malam kelmarin.

“Siasatan awal mendapati permukaan jalan ketika kejadian kering serta cuaca baik namun kawasan berlakunya insiden itu gelap kerana tiada lampu jalan,” kata Yahaya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Paksa minum arak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Hanya kerana tidak berpuas hati adik lelaki berkahwin dan bertukar agama, seorang wanita berusia 30-an dipercayai sanggup memaksa adik lelakinya meminum arak di depan isteri dan keluarga.
Malah, kakak lelaki berusia 31 tahun itu turut mengugut membuka pakaian isteri adiknya yang baru berkahwin itu di hadapab keluarga sekiranya mangsa enggan menuruti kemahuannya itu, Selasa lalu.

Berikutan insiden itu, mangsa membuat laporan polis selepas dia dan isterinya pulang ke rumah mereka di Ampang, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, jam 3 petang Selasa lalu, mangsa dikatakan terpedaya muslihat kakaknya supaya datang ke rumah keluarga di Cheras, di sini, kononnya seorang ahli keluarga mereka sakit tenat.


“Terkejut mendengar berita itu, mangsa membawa isterinya ke rumah berkenaan untuk melawat dan membawa ahli keluarganya itu ke hospital.

Cabul gadis tengah jalan



KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.

Disebabkan hujan dan jalan licin, mangsa menunggang motosikal perlahan sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki motosikal dan meminta dia memberhentikan motosikalnya kerana mendakwa tayarnya bergoyang.

Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk lelaki terbabit hanya mengikut arahan dan memerhatikan tingkah laku lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menolongnya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menarik tangan mangsa dan mengajaknya berbual sebelum bertindak lebih drastik apabila cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.


Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian.


Rogol: Konstabel diarah bela diri


Jamil diarah membela diri atas tuduh merogol gadis di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Seorang anggota polis berpangkat konstabel diarah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua tuduhan merogol dan memaksa seorang gadis berusia 17 tahun melakukan seks oral di Balai Polis Putra Height, Subang Jaya tiga tahun lalu.
Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz memutuskan demikian terhadap tertuduh Jamil Abdul Sah, 30, selepas mahkamah dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Sehubungan itu, beliau menetapkan 20 Disember depan untuk tertuduh membela diri terhadap tuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa merogol pelajar tingkatan lima itu di antara pukul 6 pagi dan 7 pagi, 18 Jun 2008 di Bilik Maklumat, Balai Polis Putra Height di sini.
Bapa kepada dua orang anak itu turut dituduh memaksa pelajar berkenaan melakukan seks oral di bilik sama dan pada waktu tersebut.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B kanun yang sama, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 20 tahun juga sebatan jika sabit kesalahan.
 

Thursday, November 3, 2011

APA SAJA JENIS DERHAKA....PADA IBUBAPA...SUAMI...DLL NI KESAN JAUH RAHMAT ALLAH...SYAITAN BERJAYA MENGODA DAN MENYESATKAN KITA...

Tiga sekeluarga maut kemalangan



KEADAAN kereta Proton Saga Aeroback yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan tiga sekeluarga maut berhampiran Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis kelmarin.



KUALA LIPIS – Tiga sekeluarga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kubang Rusa di sini kelmarin.
Mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Nik Abdullah Nik Isa, 52, Nor Aizan Muhamad, 49, dan Siti Long, 78, yang juga ibu Nik Abdullah.
Adik Nik Abdullah, Nik Norizan, 38, pula cedera parah dan dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan.
Seorang lagi mangsa iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian pada pukul 2 petang itu, kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu Nik Abdullah dari arah Kuala Lipis ke Merapoh dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa yang sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua lelaki datang dari arah Merapoh menuju bandar Kuala Lipis menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya di sini semalam.

Pelacur menyorok atas rak barang



BEBERAPA pelacur yang ditahan selepas cuba menyembunyikan diri di atas rak barang di sebuah pusat hiburan di Taman Puchong Mesra, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR – Lima pelacur warga asing sanggup berhimpit-himpit selama sejam di atas rak menyimpan barang bagi mengelak dikesan ketika serbuan polis di pusat hiburan di Taman Puchong Mesra di sini kelmarin.
Bagaimanapun, niat untuk menyembunyikan diri itu gagal apabila mereka berjaya dikesan oleh pihak polis yang mengarahkan mereka turun dan menyerah diri.
Serbuan kira-kira pukul 11 malam itu dilakukan anggota dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).
Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dibuat ke atas dua buah pusat hiburan yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain.
Ujarnya, polis telah menahan seramai 40 wanita warga China dan 15 wanita Vietnam yang berusia antara 22 hingga 35 tahun kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pelajar untuk bekerja sebagai pelacur di pusat hiburan itu.

Tembak tak mati



ANGGOTA polis berkawal di sebuah restoran tempat seorang lelaki ditembak di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kelantan semalam.



KOTA BHARU – Seorang lelaki layak digelar kebal apabila masih lagi hidup walaupun terkena empat das tembakan di dada, paha, betis dan bawah pusat dalam kejadian di Kilometer 3.2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd. Nasarul Fadli Mat Nasir, 23, yang memiliki rekod jenayah berkaitan senjata api mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api di Temerloh, Pahang pada 2009, cedera parah apabila ditembak oleh seorang lelaki pada pukul 10.40 malam.
Mangsa didatangi lelaki misteri tersebut ketika dia sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di situ.
Menurut polis, siasatan awal mendapati perselisihan faham mengenai urus niaga dadah serta senjata api menjadi motif utama kejadian namun pihak berkuasa itu masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Mohd. Nasarul, dari Taman SBJ Putra, Tumpat dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh orang ramai selepas dia ditembak di dada, betis dan paha kiri serta bawah pusat.
Katanya, pihaknya hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas seorang anggota polis yang bertugas di HRPZ II menerima laporan tersebut.
“Kita kemudian terus menghantar sepasukan polis ke tempat kejadian untuk menyiasat. Siasatan awal mendapati mangsa diserang ketika sedang makan di sebuah restoran.
“Suspek yang tidak dikenali oleh mangsa itu kemudian terus melarikan diri sebaik melepaskan tembakan. Mangsa kini telah sedarkan diri dan kita akan mendapatkan keterangannya untuk membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Balasan anak derhaka


MOHD. HAFZAL semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar semalam.


KANGAR – Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri.
Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Hafzal dikatakan cuba memukul ibunya yang sedang bersiap untuk berniaga dengan gitar kerana enggan memberikan pemuda itu wang RM250 seperti yang dimintanya.
Bagaimanapun, tindakan itu sempat dihalang oleh bapanya yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.
Ekoran itu, ibunya bertindak melarikan diri ke rumah jiran dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana ketakutan. Mohd. Hafzal diberkas dua jam selepas insiden berkenaan.

Misteri orang minyak Bentong



Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali (tengah) melakukan rondaan bersama penduduk Ketari di Bentong, Pahang, malam kelmarin.



BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.
Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.
Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.
Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.
Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.
“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.
“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.


Bebola kristal masih dijual


MOHD. A. ARUWAN (kiri) menunjukkan bungkusan mainan kanak-kanak yang menggunakan bebola kristal yang dirampas di Kuantan semalam.



KUANTAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya menghidu taktik terbaharu sesetengah syarikat yang cuba menghabiskan stok bebola kristal atau hidrogel dengan memasukkannya bersama ke dalam produk makanan ringan kanak-kanak.
Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan berkata, bebola kristal itu dimasukkan bersama ke dalam salah satu produk makanan yang disukai kanak-kanak sebagai barang permainan.
“Ia dimasukkan sebagai satu mekanisme jualan dan ia menunjukkan ada syarikat yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Menurut beliau, ia merupakan salah satu taktik licik dalam usaha menghabiskan stok bebola kristal yang dilarang penjualannya.
Mohd. A. Aruwan memberitahu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas kedai yang disyaki menjual produk makanan ringan terbabit untuk siasatan lanjut.
“Kita telah memeriksa tiga pemborong di sekitar Kuantan dan mengambil salah satu stok yang dibuat di Perak yang dipercayai mengandungi bebola kristal itu,” ujarnya.
Beliau menyatakan pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas produk tersebut dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Tidak Selamat) 2011 jika didapati bersalah.
“Syarikat yang bersalah boleh didenda tidak lebih RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua.
“Manakala bagi individu denda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sementara kesalahan kali kedua, individu boleh didenda RM250,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Spesimen manusia di lokasi bunuh

SHAH ALAM – Sejumlah serpihan tulang yang dijumpai anggota forensik di beberapa kawasan antaranya Sungai Panchau dan Ladang Gadong antara 12 dan 14 September 2010 berkemungkinan besar adalah tulang dan gigi manusia.
Perkara itu disahkan Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurliza Abdullah dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain pada 30 Ogos 2010 di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Nurliza semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin berkata, daripada 2,040 spesimen yang diberikan olehnya untuk dibuat ujian, hasil analisis mendapati 2,030 spesimen yang dianalisis adalah berkemungkinan besar tulang dan gigi manusia.
Menurut saksi ke-63 itu, dia telah menanda barang tersebut kepada dua bahagian iaitu S bagi spesimen yang dijumpai di sungai dan T bagi spesimen yang dijumpai di tapak.
“Saya melakukan pemeriksaan terhadap kesemua spesimen tersebut selama dua hari iaitu pada 13 September dan 16 September 2010,” katanya.
Merujuk soalan pendakwa mengapa tidak dapat disahkan seratus peratus sebagai tulang manusia, Nurliza berkata, dia hanya membuat keputusan secara subjektif berdasarkan anatomi (struktur fizikal manusia) dan morfologi (kajian) tulang berkenaan.
Bagaimanapun, pakar itu mendakwa tidak dapat menentukan jantina, umur dan ketinggian individu pada tulang-tulang tersebut.
Ditanya mengapa, Nurliza menjelaskan: “Ini kerana, spesimen yang berkemungkinan besar adalah manusia itu sangat berserpihan dan berpecahan sehingga sukar untuk dicantumkan kembali.”
Selain itu, Nurliza berkata, dia turut merujuk kepada beberapa pakar lain bagi menentukan kesahihan tulang berkenaan.

SAHABAT ATAU SAUDARA SATU AKIDAH AKAN LEBIH BERMAKNA...DIDUNIA DAN AKHIRAT...KALAU BENIH KITA...DUNIA TAK JUMPA...AKHIRAT DIKETAHUI JUGA...BERTAUBAT DAN BERTAKWALAH..../.

Jejak tempat nenek bermanja

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

PERTEMUAN BERMAKNA...Sasha (tiga dari kanan) dan  Romy (empat dari kanan) diraikan kedatangan mereka oleh keluarga angkat Natrah 
di Kampung Mak Cili Paya, Kemaman, semalam.
PERTEMUAN BERMAKNA...Sasha (tiga dari kanan) dan Romy (empat dari kanan) diraikan kedatangan mereka oleh keluarga angkat Natrah di Kampung Mak Cili Paya, Kemaman, semalam.
NATRAH...meninggal 2009
NATRAH...meninggal 2009
CHUKAI: “Nenek (Natrah Maarof) tidak pernah menceritakan kisah silamnya kepada cucu-cucunya. Hanya ibu yang rajin bercerita mengenai kisah dia di Malaysia.
“Semua diceritakan ibu membuatkan saya sentiasa ingin datang ke negara ini dan kini saya amat gembira apabila hasrat itu terlaksana.” Demikian kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah atau nama sebenarnya, Maria Bertha Hertogh yang dibawa oleh Tourism Malaysia (TM) Terengganu ke negeri ini untuk melihat tempat pernah didiami neneknya lebih 60 tahun lalu. Menerusi program dinamakan Building Bridges (BB) dilaksanakan dengan kerjasama TM di The Hague, Belanda, Sasha bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dijadualkan berada di negeri ini selama empat hari bermula semalam.

“Sukar diceritakan bagaimana perasaan saya apabila dapat melihat kawasan yang pernah didiami nenek satu ketika dulu,” katanya.
Dua bersaudara itu semalam dipertemukan dengan Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat kepada Natrah di kediamannya di Kampung Mak Chili Paya di sini.

Sasha, anak kepada pasangan Carolein Van Gastel dan Jan Van Gastel berkata, dia dan Romy hanya dimaklumkan mengenai pertemuan dengan Rokayah kira-kira seminggu sebelum berlepas ke negara ini.

“Sejak itu, pelbagai gambaran bermain di fikiran saya dan berasa amat gembira apabila dilayan dengan mesra,” katanya yang terharu dengan layanan keluarga Rokayah.

Seperti Sasha, Romy, anak kepada pasangan Frans dan Carla Wolkenfelt, turut berkongsi perasaan gembira dengan pertemuan dengan Rokayah serta keluarganya.

“Sebelum ini, saya hanya melihat keindahan dan keunikan Malaysia melalui pembacaan, Internet dan (cerita) ayah. Namun, program ini peluang keemasan untuk saya lebih mengenali keluarga angkat nenek di Malaysia walaupun kami tidak pernah bersua muka.
“Lebih membuat saya terharu, layanan mereka berikan terhadap saya dan Sasha. Mereka amat mesra dan melayan kami seolah-olah pernah bertemu sebelum ini.

“Walaupun pertemuan hanya sekitar empat jam, ia meninggalkan banyak kenangan manis. Malah, layanan mesra yang mereka berikan kepada kami membuatkan saya faham mengapa nenek begitu dekat dengan budaya dan adat Melayu,” katanya yang menggemari makanan pedas di Malaysia.

Bagi Rokayah pula, pertemuan dengan dua cucu Natrah adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikirannya selama ini.

“Saya tidak menyangka akan bertemu semula dengan waris Natrah dan selama ini menganggap perhubungan dengan keluarga Natrah sudah terputus,” katanya.

Rokayah, anak kedua daripada lapan beradik, adalah anak kepada Kamariah yang menjadi adik-beradik angkat dengan Natrah ketika wanita Belanda itu dibesarkan Che Aminah Mohamad di Terengganu pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Menurut Rokayah, pertemuan itu sememangnya tidak dijangka apatah lagi selepas ketiadaan ibu saudaranya (Natrah) yang meninggal dunia pada 9 Julai 2009.

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan berkesempatan bertemu dengan tiga generasi dalam keluarga Natrah sendiri.

“Jika diikutkan, tidak banyak kenangan antara saya dan Natrah apatah lagi ketika itu saya masih kecil. Namun, ikatan kekeluargaan yang ada menyebabkan rasa kasih dan sayang itu tidak pernah putus.

“Bayangkan, saya hanya bertemu Natrah pada 1998 iaitu selepas 46 tahun kami terpisah. Ia satu pertemuan yang penuh bermakna sebelum dua anak Natrah, Carolein dan Silvia bersama pasangan masing-masing melawat kami awal Januari lalu.

“Kini, tanpa disangka dua cucunya pula datang. Lebih membuatkan saya tersentuh apabila memandang wajah Sasha yang mirip neneknya (Natrah),” katanya yang juga pesara guru.

Menurutnya, kehadiran dua gadis remaja itu seakan-akan rahmat dan hadiah bermakna sempena sambutan Aidiladha, Ahad ini.

“Pertemuan bukan saja mengeratkan hubungan dua negara tetapi ikatan kekeluargaan yang tidak terputus walaupun berlainan agama dan budaya.

“Apa yang diharapkan, hubungan kekeluargaan ini akan berkekalan. Malah, saya turut menyimpan hasrat untuk melawat keluarga Natrah di Belanda,” katanya.

Hidung dedah rahsia

Oleh Ahmad Ismail
metrojb@yahoo.com

SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.
Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.
“Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya.

“Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan itu,” katanya, semalam.

Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.

Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan.

“Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan.

Kereta terbang

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

TARIK...anggota bomba bertungkus-lumus menarik keluar kereta mangsa dari loji.
TARIK...anggota bomba bertungkus-lumus menarik keluar kereta mangsa dari loji.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta yang baru lima hari menyambut ulang tahun kelahiran, maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu melambung ke atas sebuah kereta lain sebelum tercampak ke dalam loji kumbahan di Taman Connought di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Joshua Timothy Louis, 19, memandu kereta Citroen dari Bandar Tun Razak, di sini, gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar pembahagi jalan sebelum melambung ke atas sebuah Proton Satria dan terhumban ke dalam loji kumbahan berhampiran.
Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia akibat lemas dikeluarkan orang ramai.

Mangsa yang berasal dari Taman Alam Megah, Shah Alam, pelajar diploma teknologi maklumat yang baru lima hari menyambut ulang tahun kelahiran ke-19.


Pemandu Proton Satria yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 38, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila sebuah kereta tiba-tiba terbang di atas bumbung keretanya sebelum tercampak ke dalam ke loji kumbahan itu.

Wednesday, November 2, 2011

BILA PENYUNDALAN TIDAK ADA KESUDAHAN...PELANGGAN2NYA TETAP SETIA....HUKUM HUDUD@HUKUM ALLAH DINAFIKAN...DITEPIS2@DIELAK2..UNTUK MELAKSANAKANNYA...AKHIRAT NANTI PENGUASA2 NI JAWAB...SABIT SALAH MAKA NERAKALAH TEMPATNYA SERTA PENYOKONG2NYA SEKALI....

Akauntan tuntut rugi amah lari

KUALA LUMPUR – Seorang akauntan meminta agensi pembantu rumah mengembalikan wang sebanyak RM10,965 kepadanya selepas amah Kemboja yang dibekalkan kepadanya melarikan diri pada 24 Oktober lalu. Menurut Liew Mong Yee, 29, agensi tersebut didakwa tidak berupaya membekalkan amah baharu dengan segera dan jika diganti dengan amah lain, dia akan dikenakan bayaran tambahan.
“Ini bukan silap saya dan kenapa saya yang harus membayar sedangkan ia adalah tanggungjawab agensi,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini kelmarin. Turut hadir Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong. Jelasnya, agensi tersebut memberi tempoh jaminan selama tiga bulan iaitu sekiranya amah melarikan diri, mereka akan memberi amah baharu kepadanya.
“Amah tersebut hanya berkhidmat selama sebulan lebih dengan saya. “Sekarang, mereka (agensi) tidak mengotakan janji malah meminta saya membayar lagi untuk mendapatkan amah baharu,” katanya. Mengulas lanjut, kata Mong Yee, amah tersebut yang berusia 28 tahun dipercayai melarikan diri selepas menyedari kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di rumahnya pada 23 Oktober lalu. “Ketika dia lari, anak saya berumur dua tahun ditinggalkan berseorangan di rumah.
“Saya dapati dia berkelakuan pelik selepas dua minggu bekerja antaranya dengan menukar pakaian di balkoni rumah. Saya kemudian memasang CCTV bagi menjamin keselamatan anak saya ketika saya dan suami keluar bekerja. “Apabila dia dapat tahu saya memasang CCTV, dia terus menghilangkan diri keesokan harinya,” katanya. Tambahnya, kejadian itu menyebabkan dia tawar hati dan tidak mahu lagi pembantu rumah baharu sebaliknya mahu wangnya dikembalikan. Sementara itu, Chong berkata, beliau akan membawa perkara tersebut ke Tribunal Pengguna untuk menuntut wang milik Mong Yee.

Pemanggil misteri pada malam pembunuhan

SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa seorang pemanggil tidak dikenali menghubungi bekas rakan sekerja salah seorang mangsa iaitu Noorhisham Mohamad, menggunakan nombor telefon bimbit milik pegawai bank itu pada malam kejadian.
Bekas perunding kewangan peribadi Bank CIMB cawangan Kampung Bharu, Lyly Zanariyah Manaf, 32, berkata, dia dihubungi pada pukul 9.50 malam pada 30 Ogos tahun lalu ketika dia berada di sebuah restoran di Ampang, Selangor.
"Sebelum itu, pemanggil itu ada sebut nama dia tetapi bukan nama Hisham dan saya tanya mana Hisham. Dia terkejut dan saya dengar dia cakap "ha?" sebelum mematikan talian," kata saksi ke-62 pendakwaan itu pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff.
Lyly memberi keterangan pada hari ke-44 perbicaraan kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyagan, R. Matan serta R. Kathavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos tahun lalu.
Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Karpet berat bongkar rahsia



LIAH (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Nilai, Negeri Sembilan semalam.



NILAI – Taktik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sengaja melepaskan seorang lelaki India untuk diekori dapat menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila menahan tiga suspek bersama syabu bernilai RM3.9 juta yang disorok di dalam 15 keping karpet alas kaki kelmarin.
Sebelum ditahan, lelaki India berusia 37 tahun terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan bersama sebuah beg yang mengandungi karpet seberat 15.6 kilogram sebaik tiba pada pukul 10.30 malam Ahad lalu di Terminal Penerbangan Tambang Murah dari Bangalore, India.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, pihaknya kemudian sengaja melepaskan lelaki itu sebelum pasukannya mengekori suspek hingga ke sebuah hotel murah di ibu negara.
Katanya, intipan kemudian mendapati dua lelaki tempatan berusia 20 dan 55 tahun menemui suspek di dalam sebuah bilik di hotel tersebut.
“Kita kemudian menyerbu bilik itu lalu menahan ketiga-tiga suspek sebelum mereka mengedar dadah yang disembunyikan di dalam karpet alas kaki tersebut.
“Siasatan pada dua buah kereta yang dinaiki dua lelaki tempatan itu pula menemui tujuh gram syabu dan wang RM10,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, lelaki India itu didapati telah memasuki negara ini sebanyak tiga kali sebulan sejak Mei lalu.
Kesemua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wira Bukit Yong meninggal dunia




PASIR PUTEH - Seorang anggota polis yang terselamat dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Yong kira-kira 58 tahun lalu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Kemunting Dalam di sini kelmarin.
Jenazah bekas konstabel Ismail Abdul Rahman (gambar), 89, dijumpai oleh seorang rakannya kira-kira pukul 7 pagi selepas arwah tidak datang menunaikan solat Subuh berjemaah di madrasah berhampiran rumahnya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siam dekat sini kira-kira pukul 9 malam kelmarin.
Kosmo! pada 1 Oktober lalu menyiarkan rencana mengenai tragedi Balai Polis Bukit Yong di sini yang diserang pengganas komunis pada 23 Mac 1953 sehingga mengorbankan seorang anggota polis.
Ismail yang ketika itu sedang bertugas turut cedera parah pada kedua-dua belah tangannya.



Anak bebas tuduhan bunuh ibu



MAHKAMAH Tinggi Seremban semalam mengarahkan Mohd. Hirman Sah (tengah) ditahan di Hospital Permai, Johor selepas didapati tidak siuman.



SEREMBAN – Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh ibunya sendiri pada Februari lalu selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati dia tidak waras ketika itu.
Mohd. Hirman Sah Sohaimi, 28, terlepas hukuman gantung dan diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Johor sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkifli Bakar membuat keputusan itu selepas laporan perubatan mendapati tertuduh menghidap paranoid schizophrenia iaitu halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Hirman Sah didakwa membunuh Jemelah Muhamad, 54, di rumah No. 334 Blok 3B, Felda Kepis di sini pada pukul 8 malam, 18 Februari lalu.
Penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Zulkifli berkata, beliau mendapati tertuduh bertanggungjawab membunuh mangsa.
“Bagaimanapun, berdasarkan keterangan pakar psikiatri, tertuduh didapati tidak berniat untuk membunuh kerana ketika itu dia tidak siuman dan tidak sedar perbuatannya itu menyalahi undang-undang. Oleh itu, mahkamah membebaskan tertuduh,” katanya.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam bela Roseli Abdul Gani.
Kosmo! pada 21 Februari lalu melaporkan Jemelah mati selepas dirawat selama 17 jam di Hospital Tunku Ja’afar akibat ditikam anaknya.


Tukang urut kena denda


XIN WEI (kanan) dan Liu Min dikenakan hukuman denda di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang tukang urut warga China dikenakan hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan melacurkan diri.
Xin Wei, 27, mengaku bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan itu di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.
Mengikut pertuduhan, Xin Wei didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di dalam sebuah bilik bernombor 1106 di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 3 Oktober lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Selain denda RM10,000 tersebut, Xin Wei dan rakannya, Liu Min, 24, turut dikenakan denda RM1,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1962.
Dalam prosiding semalam, Xin Wei memberitahu Zainal Abidin bahawa dia datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai tukang urut kerana kehidupan yang susah di wilayah Yunnan, China.
Liu Min pula memberitahu, dia mahu mencari rezeki bagi membantu keluarganya di wilayah Hennan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam,
Mohd. Hayyatuddin Mohamad.

Padah jual sambal tercemar



RESTORAN yang didapati menjual sambal udang mengandungi coliform di Melaka pada Januari lalu.



MELAKA – Seorang pemilik restoran didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah menjual sambal udang yang dicemari bakteria.
Majistret Muzila Mohamed Arsad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suryani Abd. Rasap, 33, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan, Suryani didakwa menjual sambal udang mengandungi tahap kimia coliform yang tidak mematuhi standard iaitu sebanyak 2,300 CFU/G (Unit Pembentukan Koloni) kepada Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan negeri, Muhammad Ikbar Sharul Hassan.
Kandungan bakteria itu dikesan selepas ia diuji oleh juruanalisis dari Jabatan Kimia Malaysia Melaka.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah restoran yang terletak di Jalan KPAA 1 Kompleks Perniagaan Al-Azim di sini pada 3 Januari lalu pukul 3.30 petang.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 13B(1) dibaca bersama 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13(4) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sijil halal cuka buatan Jepun



MELAKA sedia bekerjasama dengan Jepun mendapatkan status halal bagi pasaran cuka buatan ke negara-negara Islam. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Melaka sedia menjadi pihak tengah untuk membantu Jepun mendapatkan sijil halal bagi membolehkan cuka buatan yang dikeluarkan di negara itu memasuki pasaran Asia Barat dan negara-negara Islam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cuka itu yang dikenali sebagai kurozu popular di Jepun sebagai minuman kesihatan untuk penjagaan kulit dan awet muda, boleh turut dimanfaatkan umat Islam jika diproses mengikut syariat Islam.
"Oleh itu, sijil halal khasnya daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) diperlukan bagi produk daripada beras dan ragi yang diperam ini untuk menarik minat pengguna Islam di merata dunia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama dari Jepun semalam.
Proses pembuatan cuka itu, yang diperam dalam tempayan untuk tempoh tertentu, sama seperti proses pembuatan kicap yang menggunakan bahan asas kacang soya.
Mohd. Ali yang sedang dalam lawatan kerja empat hari ke Jepun, melontarkan idea itu pada jamuan malam bersama Persatuan Persahabatan Malaysia-Kagoshima (KMFA) yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia Osaka di sini malam tadi.