Kancil berpusing, mangsa tercampak
JULIZA MOHD SAAD
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Keadaan kereta kancil yang dipandu oleh Marlisa
                                 
KLUANG – Seorang ibu bersama anak bongsu dan adik perempuannya maut, 
manakala seorang lagi anaknya cedera parah selepas Kancil yang mereka 
naiki bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit sebelum 
dirempuh Toyota Hilux berhampiran Ladang Tabung Haji di Kilometer 70, 
Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 pagi itu, kenderaan 
dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian hadapan, malah ada di antara 
mereka tercampak keluar daripada kenderaan.
Ketua peragut dicekup
Wartawan Sinar Harian
                24 Mei 2012
                    
                
                                
Mohd Mokhtar menunjukkan antara barangan yang dirampas.
                                 
JOHOR BAHRU – Hasil penangkapan seorang lelaki yang baru melakukan 
jenayah ragut di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini 22 Mei lalu 
membawa kepada penemuan pelbagai barangan curi termasuk 263 karton rokok
 seludup.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya 
menerima laporan mengenai kejadian ragut pada jam 2.30 pagi, Selasa lalu
 dan bertindak atas maklumat itu, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah
 di Kampung Melayu Majidee, pada hari yang sama.
“Pengadu menyatakan telah diragut dari arah belakang oleh seorang 
lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika dia sedang berada di Jalan 
Sutera, Taman Sentosa.
“Ekoran maklumat yang diterima, polis kemudian berjaya menahan lelaki 
berkenaan di rumah tersebut dan menemui 263 karton rokok seludup, sebuah
 telefon bimbit, dua motosikal yang dileraikan, dua rangka enjin 
motosikal dan 76 kotak mercun. “Kita percaya individu yang ditahan ini 
merupakan ketua kegiatan ragut itu, dan usaha mengesan rakan-rakannya 
sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis 
Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.
Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis berjaya menahan enam lelaki 
rakyat Indonesia, Khamis lepas, yang dipercayai terlibat dalam enam kes 
samun di sekitar daerah Kluang dan Segamat.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan di rumah kongsi di 
Ladang Bukit Benut, Kluang, kira-kira pukul 3.30 pagi selepas polis 
bertindak daripada maklumat orang awam.
“Polis merampas tiga parang panjang, sebilah sabit, tujuh telefon 
bimbit pelbagai jenama dan peralatan pecah rumah termasuk pemutar skru 
dan sarung tangan dalam serbuan berkenaan,” katanya.
Katanya, semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah
 dan mereka yang berumur 25 hingga 31 tahun kini direman sehingga 30 Mei
 depan.
Pemandu Kancil berkenaan, Marlisa Mansor, 25, bersama anak bongsunya, 
Sharmila Jumadi, dua tahun, dan adik perempuan Marlisa, Mariana Mansor, 
22, meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala seorang lagi anak Marlisa, Sofea Balqis, lima tahun, mengalami
 kecederaan teruk di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kluang 
sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk 
rawatan lanjut.
Sementara itu, pemandu lori kelapa sawit yang berusia 44 tahun dan 
pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 29 tahun itu tidak mengalami
 sebarang kecederaan.
Ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kluang untuk
 dibedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda 
Bukit Tongkat, petang semalam.
Percubaan Sinar Harian untuk menemubual suami Marlisa, Jumadi Sim, 
30-an tidak berjaya kerana dia yang masih terkejut dengan tragedi 
berkenaan pengsan beberapa kali di Unit Kecemasan, semalam
Dalam pada itu, nenek saudara Marlisa, Sharifah Saad, 62, berkata, 
sebelum kejadian berlaku, empat beranak itu baru sahaja menghantar adik 
mereka, Norafidah Mansor, 20-an ke Terminal Bas Kluang kerana adik 
mereka mahu pulang ke Johor Bahru.
Katanya, Marlisa mempunyai tiga anak dan kesemuanya perempuan namun 
sewaktu kejadian, anak sulung Marlisa, Sofea Ameera Jumadi, tujuh tahun,
 tidak mengikutnya kerana pergi ke sekolah.
“Setahu saya, sebelum menghantar adik mereka, Marlisa dan Mariana baru 
sahaja habis kerja syif malam di sebuah kilang elektronik di Bandar 
Tenggara. Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku sehingga meragut 
nyawa mereka.
“Kali terakhir berjumpa mereka adalah sebulan lalu kerana saya jarang 
berjumpa dengan Marlisa disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu,” 
katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd 
Ali berkata, siasatan awal mendapati Kancil dipandu Marlisa yang dalam 
perjalanan dari Kluang ke Kota Tinggi cuba memotong Toyota Hilux 
berkenaan, namun tidak menyangka tiba-tiba lori membawa muatan kelapa 
sawit muncul dari arah bertentangan lalu bertembung.
Beliau berkata, selepas pertembungan itu, Kancil terbabit merempuh 
Toyota Hilux sehingga menyebabkannya remuk teruk di bahagian kanan.
Abdul Majid berkata, ketiga- tiga mangsa yang meninggal dunia itu berasal dari Felda Bukit Tongkat.
“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kemalangan tersebut,” katanya.
Duit kahwin adik kena kebas
Wartawan Sinar Harian
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Dari kiri: Melissa
 dan Mohd Tajudin bersama Kong Meng (empat, kiri) serta anggota polis 
yang lain ketiga program polis bersama Rapid Penang mencegah jenayah 
penyeluk saku
                                 
GEORGETOWN - Seorang abang hanya mampu menepuk dahi apabila duit 
persiapan perkahwinan milik adiknya lesap dalam bas Rapid Penang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng 
berkata, daripada laporan yang dibuat beliau mendakwa wang berkenaan 
hilang setelah diambil oleh sekumpulan warga asing disyaki penyeluk saku
 dalam bas yang sama.
Menurutnya, pada mula sekumpulan lelaki itu mencurahkan air di tempat 
duduk mangsa dan menyuruh bertukar tempat duduk, tetapi mangsa enggan.
“Setelah turun dari bas mendapati semua wang dalam poket hilang, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus.
“Kes ini disiasat atas kesalahan menyeluk saku mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Pencegahan Jenayah Walkabout 
High Profile Policing di Terminal Bas Komtar bersama kakitangan Rapid 
Penang.
Hadir sama, Ketua Komersial dan Komunikasi Rapid Penang, Melissa Sandhu
 dan Pengurus Komersial dan Komunikasi, Mohd Tajudin Mohd Kassim.
Terdahulu akhbar melaporkan seorang penumpang bas, Ronson Chew Boon 
Hock, 29, mendakwa wang dalam milikannya hilang setelah adanya penyeluk 
saku di dalam bas.
Dalam masa yang sama lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu juga mendakwa dirinya dikasari pencuri berkenaan.
Setelah membuat laporan polis, mangsa juga menemui Ahli Dewan Undangan 
Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koid Teng Hai bagi membuat kenyataan media 
berikutan mahu sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam bas 
Rapid Penang.
Kong Meng berkata, sehingga kini sudah terdapat enam laporan polis 
mengenai kes penyeluk saku dalam bas antaranya di Air Itam, Tanjung 
Tokong dan juga Pulau Tikus.
Menurutnya, pihak polis akan menugaskan anggotanya untuk menaiki bas bagi mencegah kejadian itu.
“Tidak kira jawatan apa sekalipun ataupun dari cawangan mana-mana, kita
 akan naik bas sekali sekala bersama penumpang lain,” katanya.
Bagi kes berkenaan, pihaknya masih menyiasat sama ada adakah ia kegiatan sindiket penyeluk saku dalam bas ataupun tidak.
“Kita masih siasat dan akan menyelesaikannya, kerana ia semakin popular,” katanya.
Bekas pekerja am MPSPK maut akibat renjatan elektrik
 
                24 Mei 2012
                    
                
SUNGAI PETANI - Seorang bekas pekerja am Majlis Perbandaran Sungai 
Petani (MPSPK) maut setelah terkena renjatan elektrik  di rumahnya di 
Kampung Telok, Sungai Layar dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa, Arshad Yusop, 54, dikatakan sedang membaiki bot di halaman rumahnya.
Ketika kejadian, Arshad yang mengambil upah memasang lantai bot fiber bersendirian manakala ahli keluarganya ke pasar.
Isterinya, Robeah Ahmad, 52, berkata, dia menyedari kejadian selepas 
pulang dari pasar pagi bersama anak bongsunya kira-kira pukul 10.30 
pagi.
"Pada mulanya, saya tak perasan dan terus masuk ke dapur kerana 
ingatkan arwah sedang berehat. Namun, saya kemudian dipanggil oleh anak.
      
"Semasa saya keluar tengok, suami saya berada dalam keadaan tersandar 
pada dinding (bot) dan peralatan elektrik dalam keadaan berselerak," 
katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultan Abdul 
Halim (HSAH) di sini hari ini.
Robeah berkata dia dan anak bongsunya daripada empat beradik cuba memanggil mangsa berkali-kali tetapi tidak disapa.
Katanya hairan dengan sikap mangsa, dia kemudian meminta jiran untuk datang membantu.
"Namun, apabila ditarik keluar (dari dalam bot), suami saya didapati sudah tidak bernyawa lagi," katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him dekat sini.- Bernama
Anggota bomba maut lepas balik memancing
Wartawan Sinar Harian
                24 Mei 2012
                    
                
                                
Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Selatan, Inspektor 
Mohd Radzy Rasul melihat  motosikal mangsa yang remuk di bahagian hadapan.
                                 
NIBONG TEBAL – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat 
Nibong Tebal maut dalam kemalangan jalan raya dekat Jalan Bukit Panchor,
 berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdul 
Rahman, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, ketika mangsa, Khairul Maizi 
Sharif, 41, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman 
Cenderawasih dari memancing dengan menunggang motosikal, sebelum 
dipercayai keluar semula untuk ke tempat kerja.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang 
motosikal jenis Honda EX5 itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya, 
lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Akibatnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan itu maut serta-merta di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), 
Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa yang berasal 
dari Langkap, Perak itu dipercayai terbabas ke kiri jalan terlebih 
dahulu sebelum melanggar pokok yang berada di tepi jalan itu.
“Mangsa meninggal dunia sejurus kemudian akibat kecederaan parah yang dialami.
“Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa terbabas dan tidak 
melibatkan kenderaan lain. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” 
katanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut meminta mana-mana individu yang terlihat akan kejadian 
supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran bagi 
membantu siasatan.
Penganggur bersalah bunuh dua beranak tiga tahun lalu
ADILA SHARINNI WAHID
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Mazdi yang diiringi polis keluar dari mahkamah selepas dijajatuhi dihukum gantung sampai mati.
                                 
KOTA BHARU - Hayat seorang penganggur yang didakwa membunuh kejam dua 
beranak di Kampung Sireh, tiga tahun lalu, berakhir di tali gantung 
apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mendapati dia bersalah 
melakukan pembunuhan pada pagi 30 September 2009.
Setelah tiga tahun melalui perbicaraan, Hakim Azman Abdullah akhirnya 
keputusan itu ke atas Mazdi Muhammad, 34, selepas pihak pembelaan gagal 
menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Tertuduh didakwa membunuh seorang suri rumah warga Thailand, Maena Ya, 
36, dan anak wanita itu, Nurasyiken yang berusia setahun, pada jam 2.30 
pagi di rumah tidak bernombor di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini, 
tarikh berkenaan.
Keputusan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Sebelum keputusan dibuat, peguam bela, Ahmad Nizam Muhamad memohon 
mahkamah mempertimbangkan faktor umur tertuduh yang masih muda.
“Tertuduh adalah bekas penagih dadah dan belum berkahwin serta masih tinggal bersama ibunya,” katanya.
Hakim Azman bagaimanapun menegaskan tidak ada hukuman lain selain gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan itu.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di 
bahagian muka dan dada disebabkan tetakan bertubi-tubi menggunakan 
senjata tajam.
Nurasyiken maut di tempat kejadian manakala Maena pula meninggal dunia 
pada jam 6.45 pagi selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan 
Zainab II di sini.
Ketika kejadian, dua beranak itu berada di rumah mereka manakala 
suaminya berada di Terengganu kerana menjalankan urusan pekerjaan.
Mazdi yang menyembunyikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap sepasukan
 polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sekitar daerah ini 
empat hari kemudian.
Pemuda tenat ditikam, ditetak
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Mazlan bertanyakan khabar kepada salah seorang peminta sedekah di Pasar Mingguan Pasir Puteh semasa Program Walkabout.
                                 
PASIR PUTEH - Hasrat seorang pemuda untuk meminta pertolongan daripada 
peniaga kedai runcit tidak kesampaian apabila dia kini tenat akibat 
ditikam dan ditetak oleh dua lelaki di Cabang Empat Cherang, Kota Bharu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian 
yang berlaku pada jam 10 malam pada Selasa lalu menyebabkan mangsa yang 
berumur 27 tahun berasal dari Kota Bharu kini dirawat di Hospital 
Universiti Sains Malaysia (HUSM).
”Ketika kejadian mangsa dikatakan lari masuk ke sebuah kedai runcit 
milik peniaga Cina untuk meminta bantu akibat dikejar dua suspek 
menggunakan parang dan pisau.
”Belum sempat mangsa meminta pertolongan dua suspek itu terus menikam 
dan menetak mangsa di kepala, perut dan peha kanan sebelum melarikan 
diri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh 
di sini, semalam.
Sebelum itu Mazlan bersama anggotanya mengadakan Program Walkabout di 
Pasar Mingguan di sini, dalam usaha mendekati orang ramai.
Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah kedai roti kini dirawat di HUSM dan masih dalam keadaan tenat.
Mazlan berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk 
mengetahui motif kepada kejadian itu berlaku sehingga hampir meragut 
nyawa.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun 
Keseksaan iaitu mencedera parahkan seseorang dengan senjata hingga maut.
”Kami merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat untuk membantu 
polis bagi mengesan kedua-dua suspek iaitu lelaki berumur 20an.
”Hanya mangsa sahaja tahu tentang kejadian itu kerana ahli keluarganya 
juga tidak mengetahui motif kejadian tetapi mangsa masih tenat dan tidak
 boleh diganggu,” katanya.
Orang Asli ditemui mati
 ALAUDIN MA
                24 Mei 2012
                    
                
                                
Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HGM.
                                 
GUA MUSANG - Seorang lelaki penduduk Orang Asli yang hilang dihanyutkan
 arus Sungai Brooke, di Lojing, dekat sini, ditemui mati lemas pasukan 
penyelamat petang kelmarin.
Mayat Nasir Harun, 30, yang berasal dari Kampung Kuala Renggit, Lojing 
itu dijumpai terapung tersekat batu besar di tengah sungai tersebut 
kira-kira jam 12.39 perang sejauh dua kilometer daripada tempat dia 
terjatuh.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, 
sebelum kejadian pada pagi 16 Mei lalu mangsa dikatakan berjalan bersama
 empat rakan yang lain di tepi sungai itu untuk menjala ikan.
Beliau berkata, mangsa tiba-tiba tergelincir kaki sebelum terjatuh ke 
dalam sungai itu dan hilang dihanyutkan arus sungai deras menyebabkan 
rakanya gagal menyelamatkan.
“Mangsa dikatakan keluar rumah sejak 8.30 pagi lagi pada hari kejadian 
dan selepas kehilangan itu rakan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat 
Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.
Saiful Bahri berkata, apabila pihaknya menerima aduan itu dengan segera
 mengerahkan sepasukan anggota polis bersama Jabatan Perkhidmatan Bomba 
dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke lokasi 
kejadian.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan pasukan penyelamat itu dengan 
bantuan penduduk kampung gagal menemui mangsa pada hari tersebut sebelum
 diteruskan gerakan mencari pada keesokan hari.
Katanya, selepas beberapa hari melakukan gerakan mencari mangsa yang 
hilang itu, petang kelmarin baru pasukan penyelamat itu menemui mangsa 
yang berkenaan bengkak tersekat dibatu di tengah sungai tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Guru lapan beranak disamun empat lelaki bertopeng
RUBIAH OMAR
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Mohd Syahrizul menunjukkan dawai pagar yang digunakan penyamun mengikat mereka lapan beranak, semalam.
                                 
KUALA TERENGGANU - Lapan beranak menempuh detik mencemaskan apabila 
diikat dan diugut dengan kayu yang dipenuhi paku serta paip besi oleh 
empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka dalam satu 
kejadian samun di Kampung Lapang Sira, Kuala Belara, Manir, di sini, 
awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa, Zainabon Mat Diah, 54, 
sedang lena tidur bersama tiga anaknya di ruang tamu sebelum dikejutkan 
empat penyamun berkenaan dipercayai menceroboh masuk rumah terbabit 
melalui pintu belakang.
Menceritakan kejadian, ibu tunggal kepada lapan anak itu berkata, 
sejurus terkejut daripada tidur, dia ternampak empat lembaga hitam 
berdiri di hujung kepalanya sambil masing-masing memegang sebatang kayu 
dan sebatang paip besi.
“Salah seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan 
membuat bising dan akan mengeluarkan pisau jika saya melawan sebelum 
mengikat kedua belah tangan kami dengan menggunakan dawai pagar rumah,” 
katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Zainabon yang juga seorang guru berkata, salah seorang suspek telah 
memaksa anak keenamnya, Mohd Syahrizul Chik, 24, untuk menunjukkan bilik
 yang masih dihuni oleh ahli keluarganya dengan keadaan kedua-dua belah 
tangan diikat di belakang.
"Kami
 takut, hanya ikut arahan"
“Disebabkan ketakutan, kamihanya mengikut sahaja arahan mereka dan anak
 saya terus membawa dua daripada suspek naik ke tingkat atas untuk 
mengejutkan empat lagi adik beradiknya yang tidur di dalam bilik.“Ketika
 itu, kami langsung tidak melawan, malah untuk bersuara pun kami tidak 
mampu kerana mereka sentiasa mengacukan senjata yang dipegang ke arah 
kami,” katanya.
Katanya, selepas mereka dikumpulkan di ruang tamu, keempat-empat suspek
 mula menggeledah rumah terbabit dan berjaya melarikan barangan kemas 
termasuk tiga utas gelang, seutas rantai, lapan keping jokong emas, wang
 tunai berjumlah RM3,500 dan lima telefon bimbit yang keseluruhannya 
bernilai kira-kira RM50,000.
“Semasa menggeledah beg tangan saya dan mengambil duit gaji yang baru 
dikeluarkan sebelum itu, salah seorang berkata yang mereka semua tidak 
makan seminggu disebabkan tiada duit. “Tiga daripada mereka menggunakan 
dialek Indonesia manakala seorang lagi saya tidak tahu kerana dia 
bercakap dialek campur-campur,” katanya.
"Anak minta longgarkan ikatan saya"
Zainabon berkata, setelah mendapat apa yang dikehendaki, salah seorang 
suspek memaksa kami menyerahkan dua kunci motosikal sebelum melarikan 
diri dengan motosikal berkenaan.
“Sejurus mereka beredar, saya berjaya membukakan ikatan kerana sebelum 
itu salah seorang daripada anak saya merayu agar melonggarkan ikatan di 
tangan saya kerana memberitahu saya sudah tua dan ada penyakit kencing 
manis.
“Walaupun kami tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian ini 
masih menjadi ‘igauan ngeri’ buat kami sekeluarga,” katanya.
Warga emas ditemui mati
Wartawan Sinar Harian
                25 Mei 2012
                    
                
BANDAR BENTONG – Seorang warga emas ditemui mati di sebuah apartmen di Genting Highlands, petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohd Mansor 
Mohd Nor berkata, mangsa berusia 60 tahun dikatakan tidak keluar dari 
apartmennya selama beberapa hari menyebabkan orang awam mensyaki sesuatu
 berlaku.
Menurutnya, laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang dan kemudiannya
 polis bersama orang awam bertindak memecahkan pintu selepas panggilan 
mereka tidak disahut.
“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dengan keadaan menahan kesakitan di atas katil biliknya.
“Mayat dibawa ke Hospital Bentong dan hasil bedah siasat mendapati 
mangsa mati akibat serangan jantung. Kes diklasifikasikan sebagai mati 
mengejut,” katanya.
Dua pencuri besi kantoi
Wartawan Sinar Harian
                25 Mei 2012
                    
                
                                
Rakaman CCTV 
menunjukkan dua individu dipercayai sedang mencuri besi penutup longkang
 di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk Bahaman pada malam 22 Mei lalu.
                                 
BANDAR TEMERLOH – Peniaga di bandar ini melahirkan rasa bimbang dengan kegiatan curi penutup longkang yang semakin berleluasa.
Kejadian terbaru pada 22 Mei lalu sempat dirakam kamera litar tertutup 
(CCTV) sebuah premis perniagaan di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk 
Bahaman, di mana lebih 20 besi penutup longkang dilaporkan hilang.
Seorang peniaga, Chong Chin Wah berkata, kejadian terbaru itu berlaku 
sekitar jam 8 hingga 9 malam ketika keadaan di belakang premis pernigaan
 di kawasan  terbabit mulai lengang.
Menurutnya, ramai peniaga di situ tidak menyedari kegiatan jenayah itu 
berlaku berhampiran premis mereka sehinggalah diberitahu beberapa 
peniaga lain keesokan harinya.
“Saya tidak pasti mengenai kejadian itu, tetapi ada rakan saya 
menunjukkan rakaman CCTV. Ada dua individu yang terlibat dan mereka naik
 kereta Proton Wira.
“Seorang menunggu di dalam kereta sambil rakannya mencungkil besi penutup longkang di belakang premis terbabit,” katanya.
Chin Wah berkata, laporan polis sudah dibuat dan peniaga berharap 
mereka yang terlibat ditangkap segera kerana menyusahkan banyak pihak.
Katanya, sesetengah peniaga terpaksa menampal dengan simen setiap besi penutup longkang supaya lebih selamat.
“Besi penutup longkang yang dijual kepada pembeli besi buruk mempunyai nilai yang tinggi kerana kualiti dan berat barangan itu.
“Tidak hairanlah kenapa terlalu banyak kes kecurian berlaku dalam 
kawasan perumahan, taman rekreasi dan premis perniagaan kerana ia mampu 
memberi pendapatan lumayan kepada si pencuri,” katanya
Pengantin baru kesal tiada pertolongan ketika bergelut dengan peragut
                                             IZWAN ROZLIN
                                        
                25 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku.
                                 
PETALING JAYA – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, 
seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher 
dan beg tangan dilarikan peragut.
 
 Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata,
 kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium 
Kelana D’Putra, Kelana Jaya dekat sini.
 
 “Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk 
kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang 
menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri,” katanya.
 
 Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok 
pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku.
 
 “Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu 
melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang 
motosikal,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA
 Selangor, semalam.
 
 Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di 
pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan 
mengecewakan.
 
 “Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut 
suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan 
kondominium itu.
 
 "Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap
 pengurusan kondo ini kerana cuai,” katanya yang membuat laporan di 
Balai Polis Kelana Jaya.
 
 Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya.
Pengurus maut motor terbabas
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                25 Mei 2012
                    
                
KLANG UTARA - Pengurus sebuah syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang 
maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dan terseret di atas 
pengadang jalan di Kilometer (km) 12.3 Lebuhraya Baru Selat Klang Utara 
arah Shah Alam, kelmarin.
 
 Dalam kejadian sekitar jam 9.33 pagi itu, mangsa, K Suresh, 33, 
dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pelabuhan Klang menghala 
kediamannya.
 
 Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten 
Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila
 motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal lalu terbabas.
 
 “Motosikal mangsa terbalik, sementara mangsa terseret di atas pengadang
 jalan hingga mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di 
lokasi kejadian.
 
 “Mayat mangsa yang belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada 
empat beradik itu dihantar ke bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan 
Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.
 
 Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ.
Maut langgar pintu kereta
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                23 Mei 2012
                    
                
SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas motosikal 
ditunggangnya melanggar pintu sebuah kenderaan sebelum tercampak ke 
jalan dalam kejadian di pekan Mantin, pagi kelmarin.
 
 Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Lee Kim Choon @ Lee King 
Leong, 73, yang menunggang motosikal jenis Honda C70 secara bersendirian
 dipercayai dalam perjalanan ke kedai runcitnya di pekan Mantin.
 
 Jurucakap polis berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa 
dikatakan tidak sedar pintu kenderaan terbabit terbuka lalu 
melanggarnya.
 
 “Berdasarkan siasatan awal kenderaan yang dipercayai menggunakan nombor
 pendaftaran negara jiran itu berhenti di bahu jalan sebelum pemandunya 
membuka pintu.
 
 “Mangsa mungkin tidak sedar menyebabkannya dia melanggar pintu 
kenderaan berkenaan lalu tercampak atas jalan,” katanya kepada Sinar 
Harian di sini, semalam.
Menangis rayu jiran pulangkan barangan kemas
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                24 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Barangan kemas yang dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.
                                 
LUBUK CHINA – Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an terpaksa 
merayu dan menangis di hadapan jirannya sendiri, seorang wanita bujang 
berusia penghujung 40-an untuk memulangkan kembali kalung emas dan satu 
set subang miliknya, kelmarin.
 Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai 
Megala dan ibunya, Mala, 48, hanya menyedari barangan kemas berkenaan 
hilang dari tempatnya setelah pulang ke rumah dan mendapati pintu 
belakang rumah terbuka.
 Mala berkata, keadaan bilik anaknya juga berselerak sebelum mendapati hanya barangan kemas milik Megala sahaja yang hilang.
 
 Malah katanya, di bahagian pintu belakang rumah yang terbuka juga jelas
 kelihatan kesan umpilan dan dia kemudiannya menghubungi pihak polis 
untuk tindakan selanjutnya.
 
 "Saya kemudiannya menerima maklumat daripada pihak polis untuk melihat 
salah seorang jiran mereka bagi mengenal pasti sama ada barangan kemas 
yang hilang berada padanya.
 "Sebaik menemui jiran yang dikatakan pihak polis, saya terperanjat 
melihat suspek memakai barangan kemas berkenaan dan bertindak meminta 
suspek memulangkan kembali barangannya itu sambil menangis," katanya 
kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
 Katanya, walaupun merayu dan menangis di hadapan suspek yang kurang 
sihat mentalnya, mangsa masih belum berjaya memujuk suspek untuk 
memulangkan barang kemas berkenaan kerana suspek mahu ayah mangsa 
membeli barangan kemas terbabit datang mengambilnya dan membayar 
sebanyak RM500.
 “Mangsa akhirnya pulang ke rumah dan menunggu bantuan polis. Akhirnya 
barangan kemas berkenaan dipulangkan kembali dan kes Barangan kemas yang
 dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.
 “Mujur ada jiran lain yang prihatin dan sedar suspek berada di bahagian
 belakang rumah serta memberikan maklumat berharga berkenaan kepada 
pihak polis sekali gus menyelesaikan kes dengan cepat," katanya.
Pukul kepala guna tukul besi
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                25 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Faridah (kiri) 
berlumuran darah akibat kejadian berkenaan sementara Ilia Dalila 
(tengah) masih ketakutan dan ditenangkan seorang ahli keluarga
                                 
SUNGAI SIPUT - Jeritan seorang anak berjaya menyelamatkan ibunya yang 
cedera parah pada bahagian kepala akibat dipukul menggunakan tukul besi 
dalam cubaan samun sebuah kedai pakaian di Jalan Lintang, di sini, 
kelmarin.
 
 Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim memaklumkan, 
kejadian berlaku sekitar jam 7.40 petang dan mangsa, Faridah Pahim, 48, 
merupakan pemilik kedai pakaian itu.
 
 Menurutnya, semasa kejadian, mangsa ditemani anaknya, Ilia Dalila 
Ismail, 22 di premis berkenaan dan telah dikunjungi sepasang kekasih 
(suspek) yang berpura-pura ingin membeli pakaian.
 
 "Suspek merupakan lelaki berusia 38 tahun bersama pasangannya, seorang 
wanita berusia 40 tahun mengaburi mata mangsa dengan menyamar sebagai 
pelanggan.
 
 "Selepas beberapa minit membelek pakaian, suspek lelaki telah bertindak
 ganas dengan memukul kepala mangsa dengan tukul besi dan mengugut 
mangsa untuk menyerahkan wang," katanya ketika ditemui, di sini, 
semalam.
 
 Katanya, suspek bagaimanapun tidak sempat meneruskan niat mereka 
apabila jeritan mangsa didengari anaknya yang telah berlari keluar kedai
 untuk meminta pertolongan selepas melihat keadaan mangsa berlumuran 
darah.
 
 "Walaupun ketakutan dan panik, tindakan anak mangsa telah menyelamatkan
 keadaan apabila kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah 
kereta jenis Proton Wira warna putih tanpa sempat melarikan wang atau 
lain-lain barangan.
 
 "Anak mangsa juga sempat mencatatkan nombor pendaftaran kereta dinaiki 
suspek yang dapat membantu penangkapan suspek, selain daripada maklumat 
dari orang awam," katanya.
 
 Azman memaklumkan, kedua-dua suspek berjaya diberkas polis di sebuah 
restoran yang berjarak kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian.
 
 Menurut beliau, hasil pemeriksaan dalam kereta, polis turut menemui 
perkakas yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah rumah.
 
 "Siasatan mendapati suspek lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur, 
mempunyai 13 rekod kesalahan lampau termasuk rogol, samun, 
penyalahgunaan dadah, pukul dan empat kali dibuang daerah.
 
 Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah.
 
 "Suspek wanita pula berasal dari Kampung Simee, Ipoh, didapati bebas 
dari pengaruh dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan 
lampau," katanya.
 
 Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan
 dan kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut atas kesalahan
 melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.
Dua sepupu maut dirempuh
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                24 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Azizah (tengah) yang masih bersedih ditenangkan oleh ahli keluarga.
                                 
GERIK - Sepasang sepupu, Mohd Asraf Badrul Hisham, 13, dan Muhammad 
Azrai Mustakim Sazali, 15, maut selepas basikal yang mereka tunggangi 
dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara di Kilometer 102.4 Jalan 
Kuala Kangsar-Gerik, petang kelmarin.
 Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Abdul Manab Baharum berkata, 
kejadian berlaku sekitar jam 2.50 petang di kawasan Kampung Kerunai, di 
sini.
 
 Menurut beliau, seorang lagi kanak-kanak, Mohd Iqbal Ahmad, 12 mengalami kecederaan dalam kejadian sama.
 
 "Kedua-dua mangsa bersama seorang rakan mereka dipercayai sedang dalam 
perjalanan ke Cyber Cafe ketika basikal mereka dirempuh dari arah 
belakang oleh kereta berkenaan, menyebabkan ketiga-tiga mereka 
terpelanting di tengah jalan.
 
 "Siasatan awal mendapati,punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu.
 
 Namun siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, semalam.
 
 Abdul Manab memaklumkan, kereta terbabit dipandu seorang lelaki 
tempatan berusia 39 tahun yang turut membawa dua lelaki warga Thailand 
dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu.
 
 Katanya, sebelum merempuh basikal berkenaan, kereta itu terlebih dahulu
 terbabas ke sebelah kiri jalan sehingga menaiki kaki lima jalan.
 
 "Semasa kejadian, Muhammad Azrai mengayuh basikal dengan Mohd Asraf 
membonceng di belakang, sementara Mohd Iqbal menunggang sebuah basikal 
lain.
 
 "Dua mangsa yang maut merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan 
Datuk Seri Wan Muhamad, manakala Mohd Iqbal merupakan pelajar Sekolah 
Kebangsaan Kerunai,"katanya.
 
 Tambah beliau, Mohd Asraf meninggal dunia di Hospital Gerik akibat 
patah leher manakala meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun 
(HRPB), Ipoh.
 
 Sementara itu, nenek kepada kedua-dua mangsa, azizah Taib, 70 terkejut 
dengan kejadian berkenaan dan menceritakan, Muhammad Azrai begitu 
berselera menjamah hidangan makan tengah hari sebelum kejadian.
 
 "Dia baru pulang dari sekolah ketika itu dan makan dengan agak banyak sebelum keluar bersama rakan ke Cyber Cafe.
 
 "Saya sempat memberikannya wang RM2. Muhammad Azrai memang manja dengan
 saya sejak tinggal bersama kami tiga tahun lalu selepas dia enggan 
tinggal bersama ibunya di Petaling Jaya," katanya.
 
 Ibu kepada Mohd Asraf, Mariza Yahya, 41 memaklumkan, kelakuan anaknya 
agak pelik sebelum kejadian termasuk meminta kakaknya memeluknya untuk 
kali terakhir.
 
 "Saya tidak sangka perubahan itu menandakan pemergiannya. Saya juga 
sempat membelikannya dua helai baju bola setelah dia meintanya beberapa 
kali dan dia juga hanya mahu berkawan dengan Muhammad Azrai," katanya.
 
 Mohd Iqbal masih dirawat di HRPB dalam keadaan stabil, manakala dua 
mangsa terbabit telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 
Kampung Kerunai.
Tauke kilang aluminium maut
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                24 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Anggota Forensik tiba di lokasi kejadian untuk memulakan penyiasatan.
                                 
HILIR PERAK - Tidak tahu apa motif kejadian, seorang pemilik kilang 
berasaskan aluminium maut apabila ditembak di bahagian belakang kepala 
dalam satu kejadian, petang semalam, di Batu 3, Off Jalan Maharajalela, 
di sini.
 Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang 
berkata, mangsa dikenali sebagai Lee Teck Yee, 59, maut di pejabatnya 
setelah terkena satu das tembakan yang dilepas salah seorang daripada 
tiga lelaki yang dikatakan mahu membeli barangan di kilang mangsa.
 Menurutnya, sebelum itu, pada jam 12.30 tengah hari, semalam, tiga 
lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja berhenti di hadapan kilang 
aluminium milik mangsa di Batu 3, Off Jalan Maharajalela.
 
 "Dua daripada mereka turun dari kereta mengatakan mahu membeli barangan
 berasas aluminium dan berhasrat mahu berjumpa dengan mangsa namun, 
pekerja mangsa mengatakan majikannya tiada di pejabat selain meminta dua
 lelaki ini datang semula.
 "Kira-kira jam 2.40 petang hari yang sama, ketiga-tiga suspek yang 
menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna perak datang semula dan 
berjumpa dengan mangsa yang kebetulan ada di kilang itu," katanya kepada
 pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
 
 Kok Liang berkata, dua daripada mereka berusia lingkungan 30-an turun 
dan menuju ke pejabat mangsa manakala pemandu masih di dalam kereta.
 "Lebih kurang seminit kemudian, pemandu ini turun dan pergi ke pejabat mangsa.
 
 “Selang beberapa minit kemudian, satu das tembakan dipercayai 
dilepaskan oleh salah seorang lelaki yang mengenai bahagian belakang 
telinga mangsa,” katanya.
 
 Katanya, kesemua lelaki itu kemudiannya melarikan diri secara 
tergesa-gesa dengan menggunakan kereta jenis Proton Waja itu ke arah 
yang tidak dapat dipastikan.
 
 Tambahnya, mangsa yang mempunyai seorang isteri dan empat anak, 
terjatuh daripada kerusi dalam keadaan terlentang di atas lantai 
pejabatnya.
 
 "Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital
 Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 
Kanun Keseksaan,” katanya.
Lesap RM15,230 gara-gara terpedaya janji manis
                                            Wartawan Sinar Harian
                                        
                24 Mei 2012
                    
                
                                
                                
                                Kok Liang bersama pegawainya menunjukkan gambar suspek didakwa
 dalang sindiket penipuan.
                                 
TELUK INTAN - Gara-gara terpedaya dengan janji manis lelaki yang baru 
dikenali menerusi agensi mencari jodoh, seorang gadis berusia 32 tahun 
mengalami kerugian RM15,230.
 
 Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang 
berkata, mangsa yang juga seorang peniaga di pekan Teluk Intan telah 
mendaftarkan diri dalam agensi mencari jodoh di Batu Caves, Selangor, 
pada bulan Mac lalu.
 
 Menurutnya, pada 14 April lalu, mangsa mendapat panggilan menggunakan 
nombor luar negara daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Darick 
berusia lingkungan 40-an.
 
 "Lelaki itu memberitahu mangsa bahawa dia mendapat nombornya daripada 
agensi mencari jodoh di Batu Caves, Selangor dan mengatakan dia berasal 
serta tinggal di Amerika Syarikat.
 
 “Sejak hari itu, mangsa berhubung dengan lelaki yang mendakwa 
berketururnan India menggunakan telefon dan laman sosial selain 
bertukar- tukar gambar sesama mereka.
 
 Lelaki itu turut menabur janji manis mengatakan dia ingin berkahwin dengan mangsa,” katanya.
 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.
 
 Kok Liang menambah, lelaki itu juga berjanji akan mengirimkan set 
barang kemas, dua pasang gaun dan lain-lain untuk wanita itu menggunakan
 perkhidmatan kurier.
 
 Menurutnya, pada 18 Mei lalu, mangsa menerima panggilan daripada satu 
syarikat kurier dari Kota Kinabalu, Sabah mengatakan barang yang 
dikirimkan lelaki itu telah sampai.
 
 "Pekerja syarikat kurier yang dikenali sebagai Hasnah mengatakan mangsa
 perlu membayar sejumlah wang RM4850 untuk mendapat barangan itu.
 
 "Mempercayai dengan apa yang dikatakan oleh pekerja itu, mangsa memasukkan duit ke akuan pada hari yang sama," katanya.
 
 Menurutnya, selang beberapa hari kemudian, mangsa menerima satu 
panggilan daripada syarikat kurier sama mengatakan dia perlu membayar 
wang dalam mata wang USD dan bukan dalam Ringgit Malaysia.
 
 “Terpedaya dengan katakata pekerja yang dikenali sebagai B Patma Dewi, 
mangsa terus memasukkan wang berjumlah RM10,380 pada hari sama dan 
pekerja tersebut mengatakan barangan itu akan dihantar pada 21 Mei lalu.
 
 “Namun, selang beberapa hari kemudian, mangsa sekali lagi menerima 
panggilan daripada pekerja syarikat kurier mengata barangan yang 
dihantar ditahan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Kota Kinabalu 
kerana bungkusan mengandungi barangan kemas,” katanya.
 
 Katanya, pekerja itu juga meminta mangsa untuk membayar RM18,500 untuk memastikan barangan berkenaan dapat dihantar.
 
 "Mangsa mula menyedari menjadi mangsa sindiket penipuan, dia enggan 
membayar jumlah wang itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis 
Teluk Intan, kelmarin.
 
 "Kita percaya ada sindiket penipuan dijalankan di antara lelaki itu dan
 dua pekerja syarikat kurier. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun 
Keseksaan,” katanya.