Thursday, May 24, 2012

BILA PERKARA TAK DIJANGKA AKAN TERJADI...SEBAB BUKAN DALAM ILMU KITA...SEMUA DALAM ILMU ALLAH...BEGITULAH KITA SEBAGAI MAKHLUK

Panggilan korek mata

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

DI SINI...asrama tempat seorang penghuni wanita dikorek mata kanannya oleh seorang penghuni lain.
DI SINI...asrama tempat seorang penghuni wanita dikorek mata kanannya oleh seorang penghuni lain.
KUALA KUBU BARU: “Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah,” kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.
Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.
Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan,” katanya.


Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya.

Kepala tersangkut jeriji

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut 
di jeriji pintu pagar.
CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut di jeriji pintu pagar.
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.


Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

Drama 14 jam berakhir

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

RAWATAN...pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.
RAWATAN...pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.
SIBU: Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.
Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.
Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.

“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.

“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.

“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.

Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.
Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.

“Pemeriksaan ketika itu mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah, termasuk kes pecah rumah, bergaduh, curi kereta dan rompakan. Polis turut menemui beberapa tiub dadah dipercayai syabu dalam rumah suspek ketika serbuan,” katanya.

Menurut Shafiee, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment