Tuesday, May 22, 2012

BERHIMPUN UNTUK TAQWA...BAGUSLAH...TAPI HIMPUN DENGAN PENUH ACARA CAMPUR GAUL SECARA BEBAS...DOSA YANG DAPAT...HIMPUN JAGA SYARIAT SELAMAT...HIMPUN TAK JAGA SYARIAT...MENGUNDANG BALA ALLAH SWT...

Tiga penculik Nayati didakwa

TEMPAT kejadian di mana Nayati diculik kira-kira 50 meter dari sekolahnya di Mont Kiara International School di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Tiga pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000 pada 27 April lalu.
Tertuduh, Foong Khar Fai, 19, Chong Tat Siong dan Lee Phak Seng masing-masing berusia 24 tahun hanya mengangguk kepala ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Tat Siong merupakan seorang peniaga manakala Khar Fai bekerja di sebuah kedai telefon bimbit.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.
Ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi suspek yang masih bebas didakwa menculik Nayati, 12, di hadapan Mont Kiara International School di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada pukul 7.30 pagi, 27 April lalu.

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV


AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.
Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.
Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.
“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.
“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tiga kastam belot dipenjara


Dari kanan, Mohd. Yusof, Abd. Karim dan Md. Mokhtar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas dijatuhi hukuman semalam.


JOHOR BAHRU – Tiga pegawai kastam dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan rasuah dua tahun lepas.
Hakim Madihah Hairullah memutuskan hukuman tersebut terhadap Abd. Karim Abd. Majid, 58, Md. Mokhtar Ismail, 56, dan Mohd. Yusof Drus, 25. Ketiga-tiga tertuduh bertugas di pejabat kastam di cawangan Marin Tanjung Puteri di sini.
Berdasarkan fakta kes, ketiga-tiga tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM500 daripada Chan Jenn Kong di Kedai Runcit Wang Wang di Taman Ria, Masai pada pukul 2.41 petang, 30 Oktober 2010.
Suapan tersebut sebagai dorongan supaya ketiga-tiga tertuduh itu tidak mengambil tindakan terhadap Jenn Kong yang didakwa memiliki dan menjual rokok seludup.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Amah Surabaya dicekup polis


INILAH Pangsapuri Jasmin dekat Kampung Melayu Subang di Shah Alam, Selangor tempat persembunyian amah Surabaya yang mencuri. Amah itu, Lis, ditahan polis semalam.


PETALING JAYA - Polis berjaya menahan seorang amah dari Surabaya, Indonesia yang melarikan diri bersama set barang kemas bertatah berlian milik keluarga seorang ahli politik wanita di Kelana Jaya di sini kelmarin.
Penahanan tersebut dibuat sehari selepas berita amah berkenaan melarikan barangan kemas berharga RM50,000 itu tersebar.
Dia ditahan polis ketika bersembunyi di sebuah pangsapuri dekat Kampung Melayu Subang di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan tangkapan itu berkata, amah yang dikenali sebagai Lis, 29, ditahan kira-kira pukul 6 petang ketika bersembunyi di sebuah rumah dipercayai milik rakannya.
"Bersama amah itu, polis menemui semula set barang kemas bertatah berlian yang dilarikan itu," kata beliau ketika dihubungi di sini

Sharifah Aini dijangkiti kuman pada paru-paru


SHARIFAH AINI


KUALA LUMPUR - Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 59, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah kini dirawat di hospital setelah disyaki menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Penyanyi itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara pada 20 Mei lalu setelah dia mengadu tidak sedap badan dan menggigil selepas menjalankan tugasnya sebagai juri tetap Mentor 6 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rakan baiknya, Khalilah Mohd. Talha memberitahu, selepas Kak Pah berasa kurang sihat, dia terus dibawa ke hospital.
Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan paru-paru penyanyi itu telah dijangkiti kuman mengakibatkan dia mengalami demam yang teruk.
"Sekarang beliau sedang menjalani rawatan jangkitan kuman dan keadaannya masih terlalu lemah.
"Diharapkan agar orang ramai terutamanya peminat dapat mendoakan kesihatan beliau," katanya ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas semalam.
semalam.

Wanita ikat wang tunai di badan


ABDUL RAHIM (tengah) bersama pegawai UPP Kelantan menunjukkan sebahagian wang tunai yang dirampas daripada seorang wanita warga Thailand di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya mematahkan kegiatan licik seorang wanita warga Thailand yang mengikat wang tunai berjumlah RM109,050 di badannya sebelum masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen Kastam (KIK) Rantau Panjang di sini kelmarin.
Ketua Pengarah UPP, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, wanita tersebut yang tidak mengisytiharkan jumlah wang yang dibawanya sebelum memasuki negara ini ditahan hasil maklumat awam selain intipan oleh pihaknya selama sebulan.
Menurutnya, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika cuba memasuki negara ini dengan menunggang sebuah motosikal bernombor pendaftaran Thailand.
“Pemeriksaan awal menemui wang tunai berjumlah RM40,000 yang disimpan di dalam beg tangan dan diletakkan di dalam bakul motosikal wanita terbabit. Wanita itu kemudian dibawa ke Kompleks UPP Rantau Panjang
“Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah RM109,050 yang diikat pada badannya menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas sebanyak RM149,050,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau ditemui ketika menghadiri majlis meraikan pegawai dan kakitangan yang bertukar di Ibu Pejabat UPP Kelantan di sini semalam.

Kumbang merah ancam tanaman


Kumbang merah kini menjadi ancaman kepada kebun kelapa di Kedah. - Gambar hiasan


ALOR SETAR - Serangan kumbang jenis Red Palm Weevil (RPW) atau Kumbang Merah Palma kini menjadi ancaman kepada tumbuh-tumbuhan palma di Kedah sekali gus memberikan kesan kepada pengeluaran pertanian di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Ismail Salleh berkata, serangan kumbang tersebut semakin serius di daerah Langkawi, Baling, Kuala Muda dan Sik selain beberapa daerah lagi di Kedah.
Pokok kelapa dan kelapa sawit adalah di antara jenis pokok palma.
"Serangan kumbang ini mula berlaku di negeri Pantai Timur sejak empat, lima tahun ini dan Kedah kini turut terjejas dengan serangan yang boleh menyebabkan berlakunya kerugian besar," katanya kepada pemberita selepas majlis kempen dan penerangan kawalan Kumbang Merah Palma di Kampung Gelam di sini semalam.
Kumbang tersebut akan menyerang pokok-pokok palma seperti pokok kelapa, pokok kelapa sawit dan pokok berjenis palma seperti pokok hiasan untuk mendapatkan makanan dan selepas kehabisan makanan, kumbang ini akan menyerang pokok lain.
"Kumbang PRW akan menyerang pokok palma yang cedera disebabkan oleh kumbang tanduk," katanya.

Jutaan belia mula berhimpun


PARA petugas melakukan persiapan terakhir Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin sasaran mengumpulkan dua juta belia akan dapat dicapai pada Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di sini bermula hari ini hingga Ahad depan.
Menurut beliau, semua persiapan bagi menjayakan 530 acara sepanjang perhimpunan itu berjalan dengan lancar.
Ahmad Shabery berkata, pembinaan beberapa buah khemah yang masih berjalan akan siap sepenuhnya malam tadi.
Katanya, pihak penganjuran percaya jutaan belia dari seluruh negara tidak sabar lagi untuk menakluk Putrajaya bermula hari ini.
“Tengah hari esok (hari ini), kita akan menerima konvoi motosikal sebagai tanda permulaan kepada Himpunan Jutaan Belia.
“Pada hari Jumaat pula, hampir 20,000 orang ahli yang menganggotai beberapa persatuan seperti Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah akan menyertai aktiviti perkhemahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment