Sunday, May 20, 2012

MAAF JE...MUDAH...BAGAIMANA HUKUM YANG DILANGGAR...BAGAIMANA JIKA JADI IKUTAN...BIASA...KITA TAK CANTIK..GEMUK...TUA..BERKEDUT...TAK DE ORANG MINAT LAGI...DAN AKHIRNYA MATI...ITU SEMUA KETENTUAN ALLAH...MAKA INGATLAH HARI2 TUA...SERTA HARI KEMATIAN KITA....HARAM PERHIMPUNAN BERSIH...BAGAIMANA HIMPUNAN BERCAMPUR GAUL LELAKI SERTA PEREMPUAN DENGAN BEBAS DAN BUKA AURAT...JANGAN BUAT HUKUM BERPILIH2...TAK TAKUT PENGHAKIMAN ALLAH DIAKHIRAT KE...

Samun guna kereta peronda trafik


KERETA peronda trafik yang dilarikan suspek dekat susur keluar Plaza Tol Lanchang semalam.



KUANTAN - Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.
Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.
Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan tetapi tersasar.
Suspek kemudian sempat melarikan kereta peronda itu dan dikejar pula oleh sebuah lagi kereta peronda trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Namun, suspek berjaya meninggalkan kenderaan itu di belakang dan berhenti di Kilometer 113.6 lebuh raya untuk menyamun dua lelaki yang turut menaiki sebuah kereta Proton Waja.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kedua-dua mangsa tidak dicederakan tetapi suspek telah meninggalkan kereta peronda itu dan melarikan pula kenderaan mereka.





"Suspek terus memecut sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ dia berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.
"Tiba di Kilometer 249.2, kereta yang dipandu suspek rosak dan berlaku kejadian tembak menembak antara dia dengan anggota polis yang menaiki kereta peronda yang mengejarnya dari Jabor," katanya.
Hon Hing yang rebah di atas jalan raya selepas cedera ditembak di perut disahkan mati di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd. Jarizan Md. Jid turut cedera setelah terkena tembakan di lengan kanannya.
Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Baretta yang digunakan suspek.

Tolong jangan kaitkan saya - Nora

KUALA LUMPUR - Pelakon popular Nora Danish menyangkal khabar angin yang tersebar di internet mendakwa dia punca pergolakan rumah tangga aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.
Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.
"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.
"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.
Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.
Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

'Saya mohon maaf'




GAYA seksi Nora Danish yang disiarkan dalam sebuah majalah mengundang kontroversi.


KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.
"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.
Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.

Kes penipuan perkhidmatan catat kes aduan tertinggi

KUCHING - Kes penipuan perkhidmatan mencatatkan aduan tertinggi dengan 2,417 kes daripada 11,271 kes kepenggunaan yang dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dua lagi kes turut menerima banyak aduan ialah kes penipuan harga sebanyak 1,617 kes dan penyelewengan jualan langsung pula 731 kes.
"Biasanya kes-kes penipuan perkhidmatan melibatkan aduan terhadap produk kecantikan dan untuk melangsingkan badan selain kes penipuan harga terhadap barang tiruan serta kes peraduan gores dan menang yang menggunakan lesen jualan langsung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan peringkat negeri Sarawak di sini semalam.
Beliau memberitahu, Selangor mencatatkan aduan kes kepenggunaan tertinggi dengan 2,417 kes manakala yang terendah, Labuan dengan 44 kes, katanya.
Bagi tempoh Januari hingga 30 April tahun ini pula, beliau berkata, sebanyak 3,604 kes dilaporkan kepada kementerian dengan kes penipuan perkhidmatan masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,275 kes diikuti penipuan harga (488) dan jualan langsung (238).

SPAD tahan 'ulat' tiket Indonesia




DUA penguat kuasa SPAD menahan 'ulat' tiket warga Indonesia di Pudu Sentral dalam Ops Parasit malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Enam orang termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai 'ulat' tiket ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi Ops Parasit terminal Pudu Sentral di sini malam kelmarin.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, keenam-enam mereka ditahan ketika menjual tiket kepada pegawainya yang menyamar sebagai pelanggan.
"Kesemua mereka akan diambil keterangan dan bukti, jika ada kesalahan kami akan dakwa di mahkamah," ujarnya ketika ditemui semasa mengetuai operasi berkenaan di sini kelmarin.
Menurut Che Hasni, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, SPAD telah menahan seramai 36 orang 'ulat' dan 12 daripadanya didakwa di mahkamah dan lapan daripadanya didapati bersalah.
"Jumlah yang selebihnya (28 orang) masih menunggu proses untuk dibawa ke mahkamah dan jika didapati bersalah akan didakwa di bawah Seksyen 205, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, dalam operasi yang sama, SPAD juga mengenal pasti enam kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha bas dan antara kesalahannya ialah bas beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan, kaunter tiket tidak mempamerkan harga tambang dan pemandu tidak mempunyai kad pemandu.

Aishwarya Rai dikritik kerana gemuk



GAMBAR menunjukkan aktres Bollywood, Aishwarya Rai pada Mac lalu.



MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.
Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.
Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.
"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.
Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.
- Agensi

7,000 peserta jayakan Citrawarna



SEBAHAGIAN daripada peserta yang membuat persembahan kebudayaan pada Citrawarna 1Malaysia 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Kira-kira 7,000 peserta mengambil bahagian dalam persembahan Citrawarna 1Malaysia 2012 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.
Jumlah penyertaan itu adalah yang terbesar sejak acara tersebut diadakan pada tahun 1999.
Citrawarna 1Malaysia mempersembahkan perarakan kereta berhias, kumpulan pancaragam dan kumpulan kesenian yang menggambarkan segmen-segmen pelancongan di negara ini.
Tahun ini, Citrawarna yang bertemakan 'Perarakan Pelancongan Terhebat' itu mempersembahkan 11 segmen berbanding enam segmen pada tahun lalu.
Mereka yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, kumpulan budaya tempatan dan badan bukan kerajaan.
Citrawarna 1Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.
Sementara itu, lebih 10,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan acara perarakan itu.

No comments:

Post a Comment