Monday, May 21, 2012

TINGGAL KERJAYA YANG ADA UNSUR MAKSIAT...SERTA MELALAIKAN...TAHAN KE BAKARAN API NERAKA ALLAH...TANYA LAH USTAZ2 KERJAYA KITA HALAL ATAU HARAM...JANGAN MAIN BELASAH AJE...

Adi Putra tak jadi cerai

ADI PUTRA dan Zuhaidah ketika melancong di luar negara sebelum ini.


KUALA LUMPUR - Pelakon Adi Putra dan isteri mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas sepuluh hari kes itu difailkan pada 11 Mei lalu.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, yang datang bersama-sama ke mahkamah menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan itu hadir ke mahkamah seawal pukul 7.30 pagi untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi pada pukul 8.30 pagi.

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi


AWAL


KUALA LUMPUR - Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini.
Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Kosmo! semalam.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan.
"Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya.

Amah hilang bersama berlian


Seorang pekerja Azizah menunjukkan pintu yang digunakan Lis (gambar kecil) untuk melarikan diri semalam.


KELANA JAYA – Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad, 61, kerugian hampir RM50,000 apabila satu set barang kemas bertatah berlian milik anak perempuannya lesap bersama amah warga Indonesia semalam.
Amah yang dikenali sebagai Lis itu disedari hilang pada pukul 3 petang sejurus Azizah sampai di rumah teres dua tingkat miliknya di SS7/4 di sini bersama anaknya, Zalilawati Osman, 33.
Lis yang berusia 29 tahun berasal dari Surabaya.
Menceritakan kejadian itu, Azizah berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati amah yang baru 21 hari bekerja dengannya sudah tiada di rumah.
Kata wanita itu, khuatir dengan kehilangan tersebut, Zalilawati memeriksa biliknya di tingkat atas dan terkejut mendapati set barang kemas yang disimpan dalam laci hilang.
“Sejak bekerja, Lis tidak menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan malah dia cekap melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas.
“Semalam (kelmarin) Lis memberitahu dia rindu keluarganya di Surabaya dan hari ini (semalam) saya tidak sangka Lis melarikan diri bersama berlian anak saya,” kata Azizah ketika ditemui di rumahnya di sini.

Bakat penentu kemenangan Miss WHF


Mohamad Gustie Noorambia AKHBAR Kosmo! yang dilancarkan di Kuching pada 7 Mei lalu semakin mendapat sambutan pembaca di Sarawak. Kelihatan sebahagian gadis litar Kejuaraan Motosikal Daiichi Sarawak 2012 memegang akhbar Kosmo! di Sibu Town Square, Sibu Sabtu lalu.


KUCHING – World Harvest Festival (WHF) 2012 yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini di Kampung Budaya Sarawak bakal dimeriahkan dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan tempatan serta antarabangsa.
Antara tarikan utama festival itu ialah pertandingan akhir Miss WHF 2012 yang akan menampilkan seramai 15 jelitawan. Mereka bakal memperagakan pakaian tradisional masyarakat Iban di Kampung Budaya Sarawak.
Pegawai Perhubungan Awam Kampung Budaya Sarawak, Nizerley Beki Jamil berkata, pihaknya menerima sebanyak 123 permohonan untuk menyertai pertandingan tersebut pada tahun ini.
“Daripada semua permohonan itu, kita memilih seramai 60 yang terbaik dan mereka dipanggil ke Kuching untuk menjalani uji bakat.
“Akhirnya seramai 15 finalis dipilih. Pemilihan itu tidak hanya berdasarkan rupa paras sebaliknya turut mengambil kira aspek kebijaksanaan, bakat, pengetahuan serta kemahiran berkomunikasi,” katanya.

Pembantu kedai ditikam bapa


IBRAHIM menunjukkan kereta Perodua Alza yang menjadi punca seorang bapa sanggup menikam anaknya sendiri di Taman Dahlia, Tampoi kelmarin.


JOHOR BAHRU - Berang dengan permintaan anak supaya mengalihkan kereta di satu kawasan lapang, seorang lelaki yang telah menduda sejak 20 tahun tergamak menikam anak kandungnya di Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia, Tampoi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Muhammad Afiq Zainuddin, 22, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan cedera di belakang badan akibat ditikam dengan pisau pemotong sayur.
Kejadian tidak diduga itu dikatakan berlaku apabila Muhammad Afiq yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira 100 meter dari rumah meminta bapanya untuk mengalihkan kereta Perodua Alza yang diletakkan di tempat letak kereta jiran. Kereta tersebut milik bapa mangsa.
Mengikut abang suspek, Ibrahim Hassan, 50, dalam keadaan tidak berpuas hati, lelaki yang berusia 48 tahun itu mengalihkan kereta tersebut.
Selepas mengalihkan kenderaan, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih tidak dapat menahan kemarahan sehingga tercetusnya pertengkaran antara dua beranak itu di tempat letak kereta berkenaan.
Cerita Ibrahim, pertengkaran antara mereka berterusan sehingga ke dalam rumah menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu mengambil pisau pemotong sayur dan menikam anaknya.

Peluang bertemu artis popular


NEELOFA


PUTRAJAYA - Pengunjung karnival Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung di sini selama lima hari mulai esok berpeluang untuk bertemu beberapa artis yang mempunyai latar belakang pengajian undang-undang di gerai Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam).
Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu membolehkan artis berinteraksi dengan peminat.
Beliau berkata, setiap hari seramai 10 peminat bertuah berpeluang berbual mesra, mendapatkan nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikuti pengajian undang-undang.
"Untuk membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Pekerja jadi dalang curi kabel


MOHD. NASHIR (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan kabel yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar semalam.


KANGAR - Pekerja sebuah syarikat kontraktor memotong dan membersihkan dahan dan pokok yang merintangi kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) ditangkap kerana dipercayai terbabit mencuri kabel tembaga milik syarikat utiliti itu.
Kelicikan mereka yang berusia lewat 20-an itu terbongkar selepas diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam di Jalan Abi, Alor Kabong di sini baru-baru ini.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd. Nashir Ya berkata, ketika serbuan dilakukan, tiga suspek terbabit leka membakar kabel berkenaan di belakang sebuah reban ayam di sini.
"Polis berjaya merampas sejumlah kabel tembaga seberat 33 kilogram dan beberapa barang lain bernilai RM6,116.
"Antaranya ialah sebuah jentolak, alat pemotong besi, sebilah gergaji dan parang, satu tong minyak petrol, tong besi dan segulung kulit kabel," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment