Thursday, February 25, 2010

MACAM MEREKA GUNA ILMU SIHIR ATAU AYAT CINTANYA MEMPERSONAKAN



myMetro / Ayu

Cinta Lombok tak manis


2010/02/05


NOR Zuliyani Alias kini sudah berusia 30 tahun serta mempunyai tiga anak, Firman Anadi, 11, Hendry Fedriyan, 8, dan Intan Anatasya, 5, hasil perkahwinan dengan pemuda Lombok, Mahruddin.
Ketika berkahwin, Nor Zuliyani berusia 17 tahun dan baru saja menamatkan persekolahan. Menceritakan detik perkenalan dengan pemuda Lombok itu, Nor Zuliyani memberitahu pemuda itu sama seperti lelaki lain. Tetapi Mahruddin bijak berkata-kata dan lembut budi pekerti terutama apabila berbual dengan wanita. "Mahruddin bekerja sebagai pemotong kelapa sawit di Felcra Keruak, Terengganu. Saya pula sering mengunjungi kedai makan di mana saya bertemu Mahruddin buat pertama kali.


"Ketika itu saya mengenalinya sekadar kawan biasa. Lama-kelamaan melihat kebaikan Mahruddin, timbul perasaan sayang. Namun ketika itu saya cuba jarakkan diri supaya tidak mahu jatuh cinta dengannya," katanya. Malangnya ketika bertemu dengan Mahruddin di sebuah kedai makan dia langsung tidak ingat apa yang berlaku, apabila sedar Nor Zuliyani sudah berada di Lombok, Indonesia. "Saya menangis selepas tersedar berada di Lombok. Saya meminta Mahruddin menghantar saya kembali ke Malaysia, tetapi dia enggan dan berjanji akan menjaga saya sebaik mungkin selepas mendirikan rumah tangga," jelasnya. Selepas mendirikan rumah tangga, barulah Nor Zuliyani merasai kehidupan sebenar. Di Lombok kehidupan sangat susah. Mahruddin hanya bekerja sebagai pesawah dengan pendapatan RM15 sehari, mana cukup untuk menyara isteri dan tiga anak. Tambah pula ketika itu anak-anak semakin membesar, mereka memerlukan pakaian dan susu. "Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Duit yang ada hanya digunakan pada hari itu saja. Sekiranya habis, kami makan apa saja.


"Saya juga turut membantu Mahruddin di sawah. Ketika itu saya teringat betapa senangnya keluarga di kampung. Malah, sebelum ini saya langsung tidak pernah ke sawah atau melakukan kerja berat," katanya. Kerinduan yang begitu kuat menyebabkan Nor Zuliyani berusaha mencari peluang menghubungi keluarga di Terengganu. Mengetahui ada jiran di Lombok yang ingin ke Malaysia, dia meminta jirannya itu menghantar surat kepada keluarganya. Kali pertama dia tidak menyertakan alamat sehinggalah surat seterusnya. "Alangkah gembiranya kerana surat saya mendapat balasan daripada ibu selepas empat tahun di Lombok. Ibu menyatakan kerinduan yang teramat sangat terhadap saya dan berjanji akan berusaha membawa saya pulang. Ibu juga mengirimkan wang kepada saya sedikit demi sedikit supaya dapat saya gunakan untuk perbelanjaan pulang nanti," katanya. Menurut Nor Zuliyani, pelbagai masalah dihadapi untuk membawa dia dan anak-anaknya pulang ke Malaysia. Mujur ibunya Noorhayati Abas berusaha meminta bantuan daripada Pemuda Umno Bahagian Besut Terengganu, akhirnya pada 8 Disember 2009 selepas hampir 11 tahun di Lombok barulah Nor Zuliyani pulang ke pangkuan keluarga. "Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata bagaimana perasaan saya sebaik saja menjejakkan kaki ke Malaysia. Selepas meninggalkan keluarga 11 tahun lalu, kini saya kembali ke pangkuan mereka. "Saya sangat terharu dan hampir pengsan ketika kali pertama memeluk dan mencium ibu, kerinduan saya terbalas apabila dapat bertemu mereka," katanya. Nor Zuliyani bertekad tidak mahu pulang ke Lombok walaupun suaminya berada di sana. Dia mahu membesarkan anak-anak bersama keluarganya di Terengganu dan melupakan semua kenangan pahit di sana. "Saya mahu membesarkan tiga anak saya di sini. Cukuplah penderitaan yang pernah saya lalui bersama anak-anak di sana. Saya tidak mahu menempuh peristiwa pahit itu lagi. "Saya bersyukur anak sulung saya juga sudah dapat menyambung persekolahan di Terengganu walaupun mengambil masa yang lama. Masa depan saya dan anak-anak biarlah waktu yang menentukan, saya hanya berserah kepada Tuhan," katanya.


lagi



Lari ikut kekasih ke Lombok


2010/03/04

KUALA LIPIS: Gara-gara panahan cinta jejaka Lombok, seorang pembantu kedai makan berusia 30 tahun dari Kuala Medang di sini, tergamak meninggalkan keluarganya dan lari mengikut lelaki terbabit pulang ke negara berkenaan.
Rozita Mat Ali, disedari hilang oleh keluarganya pada 14 Februari lalu selepas tidak menjawab panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS).


Menurut bapanya, Mat Ali Mat Amin, 67, pada hari kejadian, anak keempat daripada lapan beradik itu yang bekerja di sebuah kedai makan di perkampungan Orang Asli di Pos Betau di sini, menghubungi ibunya, Jariah Ishak, 60, bagi meminta izin untuk bermalam di rumah seorang rakan di pusat bandar.


“Isteri saya membenarkan kerana sebelum ini dia banyak kali berbuat demikian.


“Namun, Rozita kemudian tidak menjawab panggilan telefon, malah SMS kami juga tidak dibalasnya menyebabkan kami mengesyaki berlaku sesuatu terhadapnya,” katanya.


Mat Ali yang bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang Felcra di sini, berkata kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila anaknya itu kemudian memaklumkan sudah meninggalkan negara ini.

“Sehari selepas kehilangannya, Rozita menelefon ibunya memberitahu dia kini berada dalam kapal menuju ke Lombok Timur mengikut seorang kenalan lelaki.


“Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan siapa lelaki terbabit dan waktu dia bertolak keluar dari daerah ini,”katanya.


BERITA TERBARU




Rozita selamat kembali dari Lombok

06/03/2010 5:41pm

KUALA LIPIS - Setelah 20 hari berada bersama teman lelakinya di Lombok Timur, seorang pembantu kedai akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Kuala Medang, Hulu Jelai dekat sini semalam.

Rozita Mat Ali, 30, yang dibawa lari oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai “Hamdan” sejak 15 Februari lalu, tiba di kampungnya kira-kira pukul 9 malam tadi. – Utusan



DAH BALIK





Selamat kembali dari Lombok

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


ROZITA MAT ALI (kanan) dipeluk oleh ibunya, Jariah Ishak sekembali dari Lombok Timur di rumahnya di Kuala Medang, Kuala Lipis, kelmarin. - mingguan/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 6 Mac - Setelah 20 hari berada bersama teman lelakinya di Lombok Timur, seorang pembantu kedai akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Kuala Medang, Hulu Jelai dekat sini malam tadi.

Rozita Mat Ali, 30, yang dibawa lari oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai 'Hamdan' sejak 15 Februari lalu, tiba di kampungnya kira-kira pukul 9 malam tadi.

Suasana gembira bercampur sedih menyelubungi hati kedua-dua ibu bapanya, Mat Ali Mat Amin, 67, dan isterinya, Jariah Ishak, 60, sebaik sahaja melihat anaknya berada di pintu rumah dalam keadaan selamat.

Urusan membawa pulang Rozita dari Lombok Timur diusahakan oleh majikannya, Shahrul Nizam Romainoor, 27, setelah berjaya menghubungi Hamdan dan bekas pekerjanya yang masih berada di Lombok Timur minggu lalu.

Shahrul Nizam yang ditemani seorang rakannya mengambil Rozita setelah bot yang membawanya mendarat di Sungai Rengit, Johor, pada pukul 6 pagi semalam.

Menceritakan alasan dia melarikan diri bersama teman lelakinya itu, Rozita memberitahu, dia amat mencintai Hamdan, 21, dan sanggup melarikan diri ke Lombok Timur walaupun tidak memberi sebarang jaminan kebahagiaan kepadanya di sana.

''Sebenarnya kami menjalin hubungan cinta sejak lima bulan lalu tanpa diketahui sesiapa termasuk kedua-dua ibu bapa dan majikan saya, Shahrul Nizam.

''Sehinggalah Hamdan memberitahu untuk membawa saya pulang ke kampung halamannya dan merancang bernikah di sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di kampung itu hari ini.

Oleh kerana terlalu percaya dan amat mencintai Hamdan, kata Rozita, dia sanggup berkorban meninggalkan ibu bapa dan pekerjaannya di Pos Betau, dekat sini.

''Ketika dalam perjalanan ke Pulau Batam, Indonesia, fikiran saya bercelaru kerana memikirkan tindakan saya itu salah di sisi undang-undang selain menderhaka kepada kedua-dua orang tua.

"Namun, oleh kerana terlampau mencintai dia, saya mengalah dan meneruskan hasrat ke Lombok," katanya.

Perjalanannya bersama Hamdan ke Lombok Timur, katanya, diuruskan oleh satu sindiket yang menyediakan sebuah bot yang beroperasi di Sungai Tiram, Johor untuk ke Pulau Batam.

Dari Batam, katanya, mereka meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Surabaya sebelum menaiki sebuah lagi kapal terbang menuju ke sebuah pekan kecil, Mentara.

"Bermula di pekan kecil itu, kami dibawa menaiki motosikal selama 45 minit ke kampung Hamdan.

"Perjalanan pergi balik saya diuruskan oleh sindiket terbabit yang telah menyediakan tiket perjalanan bot dan kapal terbang," katanya.

Gadis itu menambah, ketika di Lombok Timur, dia dilayan dengan baik oleh keluarga Hamdan yang mempunyai empat beradik.

"Setiba di sana, saya menghubungi ibu dan adik sebanyak dua kali dan memberitahu, saya selamat di rumah Hamdan serta merancang untuk berkahwin," katanya.

Menurutnya Rozita, ibunya yang memahami perasaan dan tindakannya itu merayu supaya kembali ke kampungnya semula jika ingin meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki Lombok tersebut.

"Pada awalnya saya seronok tinggal di rumah Hamdan tetapi lama-kelamaan rindu kepada keluarga semakin kuat sehingga memaksa saya menyatakan hasrat ingin pulang ke Malaysia kepada Hamdan dan keluarganya," katanya.

Dia bernasib baik kerana hasratnya difahami dan tidak dibantah oleh Hamdan dan teman lelakinya itu mengeluarkan belanja menguruskan kepulangannya ke Malaysia mengikut perjalanan yang sama.

"Hamdan menghantar saya ke Mentara sebelum saya dibantu seorang lelaki tidak dikenali menguruskan perjalanan hingga tiba di Sungai Rengit, Johor pada pukul 6 pagi semalam," katanya.

Dia berharap Hamdan kembali semula ke Malaysia untuk mengambilnya sebagai isteri yang sah apatah lagi keluarganya sanggup menerima teman lelakinya itu sebagai menantu.

Sementara itu, Jariah bersyukur kerana anaknya kembali ke pangkuan keluarga selain turut berharap Hamdan datang melamar anaknya di sini.

"Kami tidak marahkan dia (Hamdan). Datanglah ke sini, kita boleh satukan secara sah jika dia berhajat untuk memperisterikan Rozita," katanya.

Dalam pada itu, Shahrul Nizam berharap Rozita dapat meneruskan semula pekerjaannya sebagai pembantu di kedai makan miliknya di Pos Betau di samping melupakan peristiwa pahit yang dialaminya.

"Dia (Hamdan) pun boleh kembali ke sini dan terus bekerja di ladang getah milik saya kerana dia rajin dan jujur.

"Lagi pun Hamdan mempunyai dokumen yang sah untuk masuk dan bekerja di sini," tambahnya.



LAGI




Kerani JKKK hilang

JERANTUT – Seorang kerani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sebuah Felda dekat sini dipercayai hilang dibawa kenalannya dan gagal ditemui sehingga kini.

Siti Nurhuda Md Isa, 24, dikatakan hilang sejak Tahun Baru Cina lalu selepas dia memberitahu ibu bapanya untuk keluar ke bandar bersama teman.

Bapanya, Md Isa Asaari, 59, berkata, kejadian berlaku pada petang 16 Februari lalu apabila anaknya meminta izin untuk keluar ke bandar Temerloh bersama rakannya, dan anaknya berjanji akan pulang seperti biasa.

Menurutnya, ada penduduk kampung ternampak seseorang menjemput Siti Nurhuda di pondok menunggu bas sekitar jam 6 petang dan memaklumkan kepada dia serta isteri.

“Setelah dimaklumkan, saya menghubungi Siti Nurhuda, namun gagal apabila telefon bimbit dipercayai sengaja dimatikan sehingga ke hari ini.

“Sejak 16 Februari sehingga kini usaha mencari dan menghubungi Siti Nurhuda diteruskan namun gagal, termasuklah bertanya kepada rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Md Isa berkata, usaha mencari turut dilakukan menggunakan kaedah tradisional iaitu berjumpa bomoh namun gagal dan apa yang paling dibimbangkan ialah jika anaknya dianiaya oleh pihak tidak dikenali.

Menurutnya, laporan polis telah dilakukan pada malam Siti Nurhuda tidak pulang di Balai Polis Bandar Jengka dengan laporan kedua pula dilakukan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut pada 17 Februari.

Sementara itu, isterinya, Zubaidah Sulaiman, 53, berkata, Siti Nurhuda adalah anak bongsunya daripada empat beradik dan amat rapat dengan keluarga, serta tidak berhadapan sebarang masalah.

Menurutnya, anaknya bekerja sebagai kerani JKKK selama lebih enam bulan namun sering memberitahunya apabila mahu ke mana-mana sahaja.

“Saya tidak bimbang kerana selama ini dia tidak pernah menipu dan memberitahu apa sahaja dilakukannya dan ke mana dia pergi.

“Tetapi kali ini jauh berbeza apabila dia pergi terus dan lebih setengah bulan tidak dapat sebarang khabar berita walaupun pelbagai usaha dilakukan,” katanya.

Dia berkata, apa yang menghantui pemikirannya ialah keselamatan anaknya yang tidak diketahui langsung dan amat mengharapkan kerjasama semua pihak membantu menyalurkan maklumat kepadanya sekeluarga juga menghubungi balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superin���-tenden Jamaluddin Abdul Rahman ketika ditemui berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kehilangan gadis berkenaan dan polis juga sudah membuka kertas siasatan bagi melakukan gerakan mencari Siti Nurhuda.

80 peratus kes babit hamil luar nikah

myMetro / Ayu


80 peratus kes babit hamil luar nikah


2010/02/05


MENURUT Pengarah Raudatus Sakinah (RS), Rosmawati Zainal, kebanyakan masalah sosial membabitkan remaja berpunca daripada lari dari rumah.
Mereka menghadapi masalah dengan keluarga misalnya bosan dengan leteran ibu serta perceraian ibu bapa menyebabkan remaja mencari kebahagiaan di tempat lain. "Masalahnya mereka merujuk kepada rakan yang mempunyai masalah yang sama. Akhirnya tanpa sedar mereka terikut dengan perangai rakan," katanya.


Menurut Rosmawati, hampir 80 peratus kes membabitkan remaja adalah hamil luar nikah. Mereka ini kebanyakannya penuntut sekolah, universiti dan kolej. Paling muda berusia 12 sehingga 25 tahun. "Namun, jangan terus membuang mereka kerana mereka sendiri tidak meminta untuk ke sini. "Walaupun mereka pernah buat salah dalam kehidupan, itu bukan alasan untuk memandang hina dan jijik. Tanyalah kepada penghuni rumah ini, ada pelbagai cerita yang menyebabkan mereka ke sini.


"Ada yang bergelar bohsia, hamil luar nikah, ketagihan arak dan pelbagai kisah yang kita sendiri tidak mahu dengar. Ada yang mengaku tidak mahu jadi begini, ada juga yang menyesal selepas melakukannya. Jadi walau apa juga yang mereka lakukan, kita seharusnya menerima mereka kembali. Mereka pernah tersasar dan harus diberi bimbingan rohani bagi mengisi kekosongan hati," katanya. Rosmawati yang berada di RS sejak 2002 memberitahu, rata-rata remaja perempuan Melayu yang masuk dan keluar dari sini kebanyakannya kosong daripada segi rohani. "Tugas kami di RS adalah untuk membekalkan mereka dengan benteng menghadapi cabaran di luar. Cabaran mereka sangat besar terutama berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang belum tentu boleh berubah," katanya. Rosmawati banyak mengendalikan kelas kaunseling selain sesekali turut mengajar asas kemahiran hidup, memasak dan menjahit. Apa yang pasti, katanya, walaupun tidak pernah terfikir akan terbabit dengan pusat pemulihan akhlak, dia sangat gembira kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Menurut Pengerusi RS Selangor, Yusnani Abdul Hamid, tempat itu bukan setakat pusat perlindungan semata-mata, tetapi pusat bimbingan untuk membentuk peribadi remaja menjadi lebih baik. Sebab itu tempoh untuk mereka mendapatkan bimbingan selama 13 bulan. "Ada keluarga berkata tempoh ini terlalu panjang, namun untuk memperbaiki sikap menjadi lebih baik memerlukan satu tempoh yang lama supaya mereka mendapat didikan daripada segi rohani dan jasmani," katanya. RS melatih remaja untuk lebih berdikari mereka diajar melakukan kerja rumah serta kemahiran lain seperti menjahit, berkebun, melakukan kraftangan dan memasak. Selepas keluar daripada RS, mereka diharapkan dapat melakukan kerja yang lebih berfaedah untuk agama, bangsa dan negara.




ada kaitan



myMetro / Ayu

Bahana bertuhankan nafsu


2010/02/05


KEBANYAKAN remaja perempuan bermasalah mengakui mereka lari dari rumah kerana bosan dengan leteran ibu bapa dan inginkan kebebasan maksimum.
Paling ramai disebabkan termakan pujuk rayu teman lelaki yang berjanji akan memberikan perlindungan sekiranya mereka tiada tempat tinggal. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat banyak kes remaja yang dirogol teman lelaki kemudian hamil dan melahirkan anak luar nikah. Begitu juga dengan gadis yang melarikan diri ke Lombok, Indonesia gara-gara termakan dengan pujukan teman lelaki. Ikuti pengakuan dua wanita yang kini tinggal di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah yang akhirnya menyesal kerana lari dari rumah. Begitu juga wanita tiga anak yang baru saja pulang ke pangkuan keluarga di Terengganu selepas melarikan diri bersama teman lelaki ke Lombok, Indonesia, seperti diceritakan kepada wartawan Oleh Siti Zarinah Sahib (sitizarinah@hmetro.com.my).


Cerita 1 NORIZA, 16, (bukan nama sebenar) sudah enam bulan memasuki Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudatus Sakinah (RS). Anak kedua daripada lima beradik ini dibawa keluarga ke RS selepas mengandung enam bulan. Selepas mengetahuinya, Noriza tekad mahu menggugurkan kandungan dengan mengambil ubat di klinik. Tetapi rancangan itu tidak berjaya dan dari sehari ke sehari kandungannya semakin membesar. "Selepas tiga bulan, saya beritahu ibu yang saya mengandung. Ibu hampir pengsan mendengarnya. "Namun dia tidak marah kerana tahu saya seorang yang nakal dan tidak mendengar kata," katanya. Menurut Noriza, kenakalannya bermula ketika di tingkatan dua. Dia pernah lari dari rumah dan tinggal di rumah kawan selama dua hari. Puncanya ibu selalu membebel dan bising apabila Noriza pulang lewat ke rumah.


"Saya tidak tahan mendengar bebelan ibu setiap kali balik lambat. Selepas pulang ke rumah, saya lari lagi kali kedua dan tinggal di rumah kawan yang sama. Kemudian kakak datang memujuk saya supaya pulang ke rumah," katanya. Menurut Noriza, ketika ponteng sekolah dia keluar bersama teman lelaki, melepak di pusat beli-belah, bermain snuker serta merayau sehingga ke malam baru pulang ke rumah. Malah, dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Keseronokan yang dikecapinya serta tiada halangan ibu bapa menyebabkan dia tidak pernah teringat untuk kembali ke pangkuan keluarga. Sebab itu dia cuma bertahan tinggal di rumah beberapa minggu saja, kemudian lari semula. "Bukan ibu tidak mencari, tetapi saya matikan talian telefon selepas mendengar suaranya. Akhirnya kakak memujuk saya pulang. Kasihan melihat kakak, akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan keluarga, " ujarnya. Selepas tiga bulan, alangkah terkejutnya Noriza kerana mendapati dia mengandung kerana sebelum ini dia amat berjaga-jaga. Tidak sangka selepas kali keempat melakukan hubungan seks, apa yang ditakuti terjadi juga. Sepanjang sembilan bulan Noriza tidak mengalami sebarang alahan, malah masih boleh aktif seperti remaja lain. Pada November 2009, Noriza selamat melahirkan bayi perempuan. Namun anak itu diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga. "Memandangkan saya masih bawah umur, ibu berhasrat menghantar saya ke RS dengan harapan saya akan berubah menjadi anak yang baik. "Pada mulanya memang saya menentang. Saya tidak mahu dikongkong dan inginkan kebebasan. Namun ibu tetap berkeras, ini menyebabkan saya akur dengan keputusan ibu," katanya. Sebulan di RS, Noriza tidak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti yang terlalu padat dan memenatkan. Hidup dirasakan seperti dalam penjara, tidak dapat keluar berfoya-foya dengan kawan. Aktiviti harian semuanya berbentuk keagamaan. Tambah pula sebelum ini dia tidak pernah sembahyang atau membaca al-Quran. "Saya mengambil masa empat bulan menyesuaikan diri. Selepas itu barulah saya muhasabah diri kemudian mengenang kembali apa yang sudah saya lakukan. Apabila mengenangkannya, saya menangis semahu-mahunya. Dulu saya melakukan tindakan bodoh. Kini saya insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. "Saya menasihati rakan yang ingin lari dari rumah supaya tidak melakukan tindakan bodoh seperti saya kerana akhirnya akan merosakkan diri sendiri. Dengar nasihat ibu bapa kerana apa yang mereka katakan adalah untuk kebaikan diri sendiri," katanya. Bukan ibu tidak mencari, tetapi saya matikan talian telefon selepas mendengar suaranya. Akhirnya kakak memujuk saya pulang. Kasihan melihat kakak, akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan keluarga" Cerita 2 MIMI, 23 (bukan nama sebenar) sudah tujuh bulan tinggal di RS. Dia yang dihantar keluarga baru saja melahirkan anak luar nikah Februari tahun lalu. Mimi mengakui dia berubah selepas mengenali rakan sekelas yang baru saja berpindah dari Kuala Lumpur ke Pahang. Melihat penampilan rakan yang ranggi, moden dan sosial, Mimi teringin menjadi sepertinya. "Saya teruja melihat dia berpakaian. Dia juga merokok dan minum arak, kali pertama mencuba saya rasa sangat seronok kerana bebas daripada segalanya. Dunia seperti saya yang punya," kata Mimi yang ketika itu berusia 15 tahun. Satu demi satu aktiviti mereka lakukan bersama. Daripada tiada teman lelaki, Mimi mulai berkawan dengan mat motor yang ada di kawasan sekitar rumahnya. Tanpa pengetahuan ibu bapa, dia mulai ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah bersama rakan bermotosikal. Pernah dua hari dia tidak pulang ke rumah dan bermalam di rumah teman lelakinya. "Apabila pulang ke rumah puas saya dimarahi ibu namun saya pekakkan telinga kerana keseronokan mengatasi segala-galanya. Saya tidak kisah asalkan dapat berjumpa dengan teman lelaki. "Kalau ikutkan hati saya mahu tinggal bersama teman lelaki dan tidak mahu ke sekolah," katanya yang melakukan seks kali pertama ketika berusia 15 tahun.


Menurut Mimi, ketika tinggal di rumah teman lelaki setiap hari dia keluar ke pusat beli-belah tanpa arah tujuan. Merokok dan minum arak menjadi perkara biasa. Malah, ketika di tingkatan dua, dia sudah menghisap ganja dan dadah.


"Beritahu apa saja, semuanya saya pernah lakukan. Saya langsung tidak bimbang sekiranya ditangkap atau mengandung. Jika tiada duit membeli rokok dan ganja saya mencuri duit ibu. Semua yang saya lakukan untuk keseronokan semata-mata," katanya.

Selepas tamat belajar Mimi terus mengikut teman lelakinya bekerja di Pulau Pinang. Keluarga tidak membantah kerana sudah faham dengan perangai Mimi. Di sana dia lebih bebas kerana berjauhan dengan keluarga. Malah, empat tahun dia tidak pulang ke kampung.


Dalam pada itu, tanpa Mimi sedari benih teman lelaki membesar dalam rahimnya. Panik dengan apa yang berlaku, teman lelaki menasihati Mimi supaya menggugurkan kandungan namun Mimi menolak kerana takut.


"Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Takut, terkejut, marah dan sedih. Selepas dua bulan baru saya berani beritahu ibu. Namun ibu tenang menerima berita itu dan meminta saya kembali ke pangkuan keluarga," kata Mimi. Selepas melahirkan anak perempuan pada Februari lalu, keluarga Mimi terus menghantar Mimi ke RS dengan harapan dia akan berubah. "Mulanya saya tidak mahu dan menentang hasrat ibu. Berkali-kali ibu memujuk, tetapi saya tetap berkeras sehinggalah suatu hari mereka membawa saya bercuti ke Port Dickson. Selepas bergembira bersama keluarga dalam perjalanan pulang, saya tidak sedar sudah dibawa ke RS," katanya. Menurut Mimi, pada mulanya dia kekok dengan segala peraturan di RS. Jadual terlalu ketat, malah dia juga tidak dibenarkan keluar. Dia pernah berazam untuk melarikan diri, tetapi memandangkan tidak tahu jalan keluar hasrat itu dipendamkan saja. Selepas empat bulan barulah dia boleh menyesuaikan diri. Jika sebelum ini tidak pernah melakukan solat dan membaca al-Quran, kini solat lima waktu tidak pernah ditinggalkan, begitu juga membaca al-Quran. "Saya semakin tenang selepas solat dan membaca al-Quran. Apabila mengenangkan apa yang sudah saya lakukan saya menangis semahu-mahunya. Terasa diri ini begitu kotor dan kerdil. Setiap hari saya berdoa semoga Tuhan mengampunkan semua dosa yang sudah saya lakukan," katanya. Mimi menasihati rakan-rakan supaya tidak terus hanyut dengan keseronokan sehingga mengabaikan pelajaran. Selain itu jangan cepat terpengaruh dengan ajakan rakan kepada perkara tidak berfaedah. Paling penting sentiasa mengikut nasihat ibu bapa kerana semuanya untuk kebaikan diri sendiri.

JANGAN ATAS ALASAN BERFESYEN HUKUM MENUTUP AURAT DIABAIKAN ATAU DILANGGAR






RENCANA UTAMA

Fesyen = Ukur baju di badan sendiri

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


ARTIS dan fesyen ibarat irama dan lagu. Jika hilang salah satu, maka pincanglah keseragaman itu. Mungkin awal kemunculan, ramai yang kurang bijak menata imej. Masih ramai yang tercari-cari identiti diri.

Lihat sahaja kemunculan awal Datuk Siti Nurhaliza dengan alis nipis dan gincu merah menyala dipadan busana tanpa jenama. Begitu juga dengan ratu Rock negara, Ella misalnya yang tampil ranggi seperti rockers lelaki.

Mencari hala tuju imej atau identiti yang menonjol memerlukan fasa yang panjang. Justeru, hayat dalam bidang glamor mampu menjadikan mereka ikon lantas mencapai darjat perintis stail di kalangan generasi muda.

Sebenarnya tiada definisi spesifik berupaya merungkai pengertian fesyen. Kepada sesetengah orang, golongan selebriti punya pengetahuan fesyen jika menyarung serba-serbi barang jenama antarabangsa atau membeli fesyen baru tiba di rak.

Presiden Persatuan Pereka Bumiputera (BDA), Mahani Awang berpendapat fesyen atau cara seseorang artis berpakaian secara keseluruhan berhasil menggambarkan imej.

"Ia memberi gambaran positif atau negatif apatah lagi selebriti sering jadi tumpuan umum. Fesyen yang dipilih bukan saja membentuk personaliti, tetapi mampu menyesuaikan konsep gaya dan genre muzik dipilih.

"Tidak perlu menggayakan jenama mewah untuk sukses berfesyen. Begitupun, soal jenama ini amat subjektif. Ia terpulang kecenderungan hati masing-masing. Jika mampu, rasanya tidak salah berbelanja pakaian atau barang mahal.

"Ia jadi hadiah dan motivasi kepada diri setelah bekerja keras tanpa mengira siang dan malam. Apa yang penting adalah kepuasan diri. Padawaktu sama, konsep biar papa asal bergaya harus dijauhi.

"Saya lihat pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur jadi tempat strategik bagi mendapatkan fesyen segar dan mengikut aliran masa dengan harga rendah. Saya pernah terbaca dalam satu artikel Erra Fazira suka beli baju di sana. Tengoklah, dia tetap bergaya dan ada naluri fesyen tersendiri," jelasnya.

Tambah Mahani lagi memberi tips, kalau tidak mampu memiliki jenama mahal maka jangan beli yang tiruan. Katanya, cari sahaja tas tangan atau aksesori tiada jenama. Sekiranya bijak memilih, ia akan menonjolkan kelas tersendiri.

Tidak ketinggalan, Mahani menyenaraikan Anuar Zain, Hans Isaac, Hattan, Sheila Majid, Camelia, Ella, Syafinaz dan Ning Baizura sebagai selebriti yang bijak dalam menggayakan imej, genre muzik dan bentuk fizikal masing-masing.

"Setiap artis perlu peka dan cepat menyedari kekurangan diri. Mereka harus dapatkan khidmat perunding imej profesional. Kena selalu ingat apabila orang memuji kita nampak hebat sebenarnya lebih baik daripada ungkapan pakaian anda cukup menawan," terangnya yang mengaku fesyen dunia seni tempatan tidak boleh disamakan dengan Barat.

Dalam pada itu, pereka fesyen popular tanah air, Syaiful Baharim, 30, memberitahu artis perlu bijak berfesyen kerana ia melambangkan produk yang dipamer kepada klien dan masyarakat.

"Saya nampak sebilangan artis tahu memadankan fesyen dengan genre lagu dibawa. Sama halnya juga dengan pelakon yang bijak berfesyen. Penting untuk selebriti bergaya kerana setiap inci diri mereka diperhatikan orang lain.

"Cuma penyesuaian harus diambil kira untuk pandai berfesyen. Kena ingat ada sesetengah pakaian pada badan orang lain nampak kurang menarik, tetapi ada pula kelihatan sempurna pada tubuh orang lain.

"Lantaran itu, komunikasi dua hala antara artis dan pereka fesyen perlu ada bagi mengelak golongan ini ditertawakan peminat kerana salah berfesyen,," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga tidak bersetuju pemilik status selebriti wajib berdamping dengan jenama-jenama mewah sahaja dalam berfesyen.

"Apabila seseorang artis sudah berada pada senarai A, mereka dengan sendirinya ada kesedaran beli barang mahal termasuk jadi pelanggan setia pereka fesyen antarabangsa.

"Dalam soal ini, baik murah atau mahal, pembawaan artis dianggap penting. Penyanyi dan ikon fesyen, Camelia yang lebih senang memakai baju pereka luar juga pernah dikritik. Dia dikatakan tidak mampu bawa aura gaun labuh rona hitam Chanel dalam satu acara sebelum ini.


"Jadi tidak semestinya guna jenama mewah membuatkan artis nampak serba-serbinya sempurna. Konsep suai padan pakaian penting demi menunjukkan selebriti pandai berfesyen," jelasnya yang pernah bekerja sama dengan Maya Karin, Umie Aida, Misha Omar, Fazura, Nur Aliah Lee dan ramai lagi.

Bagi pemilik Rizman Ruzaini Creations, Rizman Nordin, 26, orang Malaysia sudah ada pemikiran bahawa fesyen berkait rapat dengan para selebriti.

"Dalam menonjolkan bakat nyanyian atau lakonan, setiap artis perlu bijak menampilkan personaliti. Contohnya fesyen Datuk Siti Nurhaliza yang memakai baju kurung moden dengan puffsleeve mula diikuti peminatnya bermula tahun lalu.

"Sedikit sebanyak artis kena tahu tentang fesyen dengan merujuk majalah terbaru. Selain itu, mereka juga kena rajin bertanya pereka-pereka fesyen untuk memperbetulkan stail agar tidak tersasar daripada landasan jalur muzik dibawa.

"Mereka tidak perlu terlalu mencuba untuk nampak cerdik berfesyen. Lebih baik tekankan konsep sederhana dan nampak kelas. Formula ini mampu mengelakkan artis daripada jadi bahan canda orang lain lantas dicap mangsa fesyen," terang graduan Ijazah Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

Artis dan fesyen sebati

Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifudin atau Fazura, 27, menganggap fesyen ada signifikan kepada setiap manusia tanpa mengira orang terkenal atau biasa. Ia bersifat universal baik kepada lelaki mahupun wanita dalam dunia era moden ini.

"Saya mula meminati fesyen sejak berusia 10 tahun. Usia 16 saya sudah beli beg tangan Chanel dengan menggunakan duit dikumpul sendiri. Sebagai artis saya lihat penampilan perlu dijaga dengan rapi.

"Peminat sentiasa lihat apa yang kita pakai sekali gus fesyen artis yang mereka suka jadi ikutan. Tidak perlu hendak gayakan pakaian berjenama demi nampak cerdik fesyen. Kena tahu konsep padanan yang betul dapat menghasilkan impak tertentu.

"Kalau menghadiri sesebuah majlis formal hiburan, waktu itu saya akan bergaya berhabisan dengan memakai gaun dan kasut tumit tinggi sambil berjalan di atas permaidani merah.

"Lain pula halnya berada di tempat umum. Saya lebih suka berpakaian santai dengan sedikit aksesori sebagai pelengkap. Tas tangan jadi item wajib saya perlu bawa kalau keluar rumah," jelasnya yang menggilai jenama Chanel, Hermes dan Christian Louboutin sebagai pelengkap fesyen.

Tetap mengamalkan sikap kesederhanaan, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Gol & Gincu itu juga tidak kisah membeli pakaian di butik menawarkan harga murah.

"Saya tidak memilih apabila hendak beli baju. Asalkan ia nampak cantik, saya terus beli tanpa fikir jenamanya. Cuma saya sentiasa ingatkan diri tidak beli barang tiruan," jawabnya yang pernah menjalani pengalaman tidak dapat membayar duit tol gara-gara wang di dalam beg duitnya dihabiskan membeli-belah kira-kira lima tahun lalu.

Bagi selebriti lelaki seperti Awal Ashaari, 29, dia juga tidak mahu kalah dengan artis wanita yang sentiasa mementingkan fesyen mengikut peralihan waktu.


Mengaku dia bukanlah seorang narsistik iaitu obses dan cenderung memuja diri sendiri, keinginan bergaya sebaliknya wujud sejak tahun 2001 semasa sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Diploma Komunikasi & Media.

"Selepas bergelar artis, saya terus berfesyen seperti sebelum ini. Tidaklah sampai taksub, tetapi saya ada kesedaran tentang gaya terkini dan menggunakan barang mewah.

"Fesyen dan selebriti berada dalam satu putaran sama. Hanya orang yang berada dalam bisnes hiburan berani menggayakan fesyen kreatif. Ia cukup sebati dengan golongan artis kerana mereka sering muncul di skrin televisyen, majalah dan surat khabar.

"Memanglah ramai orang biasa di luar sana mampu pakai jenama mewah. Cuma mereka tidak meraih tumpuan macam selebriti. Meskipun menyarungkan pakaian murah, gaya artis tetap jadi ikutan peminat.

"Sebelum ini saya menggilai produk jenama antarabangsa bagi menambah keyakinan diri. Lama-kelamaan, saya dapati keadaan ini tidak ke mana. Bayangkan saya pernah menghabiskan RM2,000 hingga RM3,000 demi mendapatkan satu barang.

"Kesudahannya, pakai jenama itu setakat dua atau tiga bulan dan kemudian ia tidak lagi relevan pada waktu sekarang. Kini saya tidak kisah beli baju berharga puluhan ringgit kerana ia juga cantik," jelasnya yang membeli beg galas paling mahal berharga RM6,000 jenama Tod's.

Beritahu Awal lagi, fesyen bukan berperanan digayakan pada majlis-majlis besar sahaja. Dia sebaliknya masih ingin kelihatan bergaya pada hari-hari biasa.

"Cukuplah menyarungkan celana biru, t-shirt putih dan selipar, kita masih nampak menarik jika bijak membawa diri di depan khalayak," luah Awal yang sesekali menghabiskan sejumlah wang besar membeli-belah ketika melancong ke negara orang.

Justeru, bagi golongan artis yang hendak berfesyen, jangan membeli sesuatu terbaru atau termahal jika ia tidak sesuai dengan jiwa sendiri. Bak kata orang, ukurlah baju di badan sendiri. Jika ia nampak cantik disarungkan oleh model atau kelihatan indah pada patung, belum tentu ia molek di tubuh kita.

Wednesday, February 24, 2010

BAGAIMANA NAK PINGGIRKAN LAGI HUKUM ALLAH....iingat kita akan mati

DALAM NEGERI

Seks bebas remaja luar bandar membimbangkan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.

Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar juga semakin membimbangkan.

Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri tersebut.

Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan hubungan seks secara sukarela.

"Manakala, 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon bimbit dan cakera padat video (VCD)," katanya.

Katanya, kajian terhadap 56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem lucah, manakala 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan terdedah kepada gejala seks bebas.

Melihatkan peratusan tersebut, beliau berkata, keputusan kajian pastinya akan lebih menggerunkan jika ia dilakukan terhadap remaja Melayu berusia 16 tahun dan ke atas terutama yang tinggal di kota besar.

"Keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menjadi antara punca berlakunya kes pembuangan bayi yang begitu berleluasa kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Lukman, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menjadi punca utama gejala seks bebas semakin membimbangkan di kalangan remaja Melayu.

Katanya, era multimedia dan teknologi maklumat dengan trend penggunaan telefon bimbit yang berleluasa serta penjualan video lucah di tempat terbuka dan boleh dibeli oleh akan mati sesiapa tanpa mengira usia nyata meruncingkan lagi masalah tersebut.




lagi





Medan selera seks diserbu


2010/02/25


KUALA LUMPUR: Bimbang dicekup polis menyebabkan puluhan gadis pelacur atau ‘Bohsia China’ bertempiaran melarikan diri hingga ada yang sanggup menyorok di bawah meja makan sebaik menyedari sarang kegiatan mereka di Medan Selera Jalan Gelang off Jalan Sungai Besi di sini, diserbu semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, kebanyakan gadis pelacur terbabit terpinga-pinga yang sedang menunggu pelanggan terkejut dengan kehadiran lebih 20 anggota polis.


Difahamkan, akibat ketakutan dan tidak sempat menyusup lari, ada antara gadis terbabit sanggup menyorok di dapur medan selera selain duduk mencangkuk di bawah meja makan.


Dalam serbuan itu, 13 wanita warga China ditahan.


Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya menyerbu pusat makanan itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti pelacuran yang berleluasa di kawasan itu.


“Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan risikan sebelum menahan 13 wanita warga China yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada wanita ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kebanyakan gadis terbabit gemar berpeleseran di kawasan medan selera berkenaan yang seolah-olah menjadi pusat tawar menawar untuk aktiviti pelacuran.


Kebiasaannya gadis terbabit tanpa segan silu akan mendekati dan duduk di sebelah pelanggan lelaki yang sedang menjamu selera sebelum menawarkan perkhidmatan seks.


Sebaik harga dipersetujui, pelacur terbabit akan membawa pelanggan ke rumah sewa berhampiran untuk melakukan hubungan seks.


Dalam gerakan berasingan jam 4.25 pagi hari sama, polis turut menyerbu sebuah disko terkenal di Desa Petaling di sini selepas dikesan menjadi pusat pengedaran pil khayal.


Razali berkata, dalam serbuan kedua itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan kerana membenarkan premis hiburannya beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.


“Lelaki yang bertugas sebagai penjaga pusat hiburan itu ditahan kerana membuka perniagaan melebihi masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.


Difahamkan, ketika serbuan ada antara pengunjung lelaki dikesan cuba menyembunyikan diri di atas siling tandas selain turut menjadikan bahagian atas saluran udara untuk menyembunyikan diri.

Monday, February 22, 2010

dah lah tu...insaf....ingatlah mati....mati tak kira umur.....dan tak tau bila...sombong degil ni perangai syaitan@iblis....sebab tak nak sujud...

malam pertama kita di dlm

.....

(bca shingga abis)



Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke



''Malam Pertama Kita''

BILA UNDANG ALLAH DIBELAKANGI@TAK GUNA PAKAI.......BESOK JAWABLAH DIHADAPAN ALLAH...

Sarang lampias nafsu


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my
2010/02/23


JOHOR BAHRU: Persinggahan Asmara. Begitulah nama jolokan diberikan kepada sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di bandar raya ini yang menyediakan khidmat bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.
Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, tuala, bilik air, katil dan televisyen.


Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.


Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat.


Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah.


“Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar. Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing.

“Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.


Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan imej bandar raya ini.


Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja.


Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam.


Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.


Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik.


Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama.


Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.



FIKIRKAN




Mangsa rogol cuci pinggan


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/02/23


KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia awal 20-an terpaksa berjalan lebih tiga kilometer untuk pulang ke rumahnya selepas dirogol rakan lelakinya di sebuah hotel bajet di Salak Selatan, di sini, Sabtu lalu.
Malah, mangsa yang tidak mempunyai wang juga dikatakan terpaksa mencuci pinggan di hotel berkenaan selepas rakan lelaki yang merogolnya bertindak melarikan diri tanpa membayar sewa bilik.


Difahamkan, pihak pengurusan hotel tidak mengetahui kejadian menimpa mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang berada di rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini, dijemput seorang lelaki yang juga kenalannya sebelum dibawa ke Taman Dagang, dekat sini, untuk menjamu selera di sebuah restoran.


Menurut sumber, mangsa kemudian dipaksa meminum arak walaupun dia berulang kali menolak pelawaan lelaki terbabit.


“Disebabkan keengganannya itu, lelaki terbabit mengugut akan meninggalkannya sendirian di kawasan berkenaan.
“Mangsa yang tidak mempunyai wang terpaksa mengalah lalu meneguk minuman keras berkenaan,” katanya.


Mangsa yang mabuk kemudian dibawa ke sebuah hotel bajet di Salak Selatan sebelum dirogol lelaki berusia lewat 20-an itu.


Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya dirogol keesokan harinya selepas terjaga dari tidur.


Difahamkan, ketika itu, mangsa mendapati dia sedang berbaring tanpa pakaian di atas katil bersama lelaki berkenaan.


Tersentak dengan itu, mangsa kemudian mengejutkan lelaki terbabit sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.


Katanya, berang dengan tindakan itu, lelaki terbabit meninggalkan mangsa sendirian di hotel berkenaan.


Sumber berkata, mangsa yang hendak meninggalkan hotel itu dihalang berbuat demikian kerana bayaran sewa bilik hotel itu masih belum dijelaskan.


“Mangsa yang tidak mempunyai wang kemudian diarahkan membasuh pinggan selain melakukan kerja pembersihan di hotel murah itu sebelum dibenarkan pulang,” katanya.


Beliau berkata, mangsa terpaksa berjalan sendirian ke rumahnya lebih tiga kilometer kerana tidak mempunyai wang, manakala telefon bimbitnya juga tidak mempunyai kredit untuk membuat panggilan.


Sebaik tiba di rumah, mangsa dihubungi lelaki terbabit sebelum diugut supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada umum terutamanya pihak berkuasa.

Sumber berkata, mangsa juga ditawarkan sejumlah wang tunai untuk menutup mulut.


Namun, mangsa yang bimbang mengenai keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan, di sini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.



LAGI



Misteri gadis pulang awal pagi terbongkar


2010/03/06


KUALA TERENGGANU: Misteri seorang gadis berusia 14 tahun yang tidak pulang ke rumah sehingga awal pagi sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila bapanya mendapati anaknya itu sering berkunjung ke sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mereka untuk memadu asmara bersama kekasihnya.
Kelekaan gadis berkenaan merelakan dirinya beraksi ‘ringan-ringan’ dengan kekasihnya bertukar detik hitam apabila lelaki berkenaan gagal menahan nafsu syahwat sehingga merogolnya di lokasi terbabit.


Sedangkan bapa gadis berkenaan yang berusia 40-an dari Kuala Besut yang mengetahui kelicikan anaknya menyelinap masuk ke rumah pada awal pagi, bersikap tunggu dan lihat walaupun pernah mendapati gadis berkenaan pulang ke rumah selepas jam 5 pagi dan tidur semula di biliknya.


Bagaimanapun rahsia kehilangan gadis itu terbongkar Selasa lalu apabila bapanya bertanyakan hal sebenar sebelum gadis terbabit mengaku dia menghilangkan diri untuk bertemu dan memadu asmara bersama teman lelakinya yang juga menetap di Kuala Besut.


Gadis berkenaan turut mengakui pernah melakukan hubungan seks beberapa kali bersama temannya itu selepas membuat pertemuan pada awal pagi di rumah kosong berkenaan di Kampung Kuala Besut.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata mangsa turut memberitahu ayahnya kejadian terakhir berlaku pada jam 1 hingga 5 pagi juga di rumah sama pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, terkejut dengan pengakuan yang dibuat anak gadisnya, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut pada malam Rabu Lalu.


Bertindak atas maklumat, katanya, polis menahan seorang penganggur berusia 19 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan ketika suspek berada di Kuala Besut keesokannya.


“Gadis terbabit juga dihantar membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan kelmarin dan keputusan laporan rawatan kesihatan pelajar itu mengesahkan dia dirogol,” katanya, semalam.


Kamaruddin turut menasihatkan keluarga yang berasa curiga dengan kelakuan anak mereka supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat perilaku mereka sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Katanya, suspek yang berasal dari kampung sama kini direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk tindakan selanjutnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

patut dijadikan teladan....anaknya bagaimna ...biar Allah tentukan....

Cinta sejati suami


Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
2010/02/23


KUANTAN: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menguruskan isterinya yang lumpuh akibat angin ahmar seorang diri sejak 15 tahun lalu malah dirinya tidak dipedulikan sembilan anaknya walaupun mereka tinggal berhampiran.
Difahamkan warga emas berusia 87 tahun itu yang menetap di Kampung Paya 3, di sini, terpaksa mengharungi perjalanan hidup penuh ranjau sejak isterinya, Rozimah Di, 50, diserang penyakit berkenaan hingga menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap.


Lebih menyedihkan penderitaan suami isteri terbabit langsung tidak dipedulikan sembilan anak walaupun ada antaranya tinggal berhampiran rumah bapa kandung mereka.


Warga emas terbabit, Ramlan Ahmad Salleh, berkata dia terpaksa menempuh hari mendatang dengan penuh kesedihan dan amat memerlukan perhatian anak-anak ketika dilanda kesusahan.


Katanya, dia dan isteri kini hanya ditemani seorang anak bongsu mereka berusia 17 tahun, Mohd Nor Salam Al Hafiz Ramlan yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun akibat ditimpa kemalangan menyebabkannya patah kaki.


“Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak...namun sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

“Betapa besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tapi adakah mereka (anak-anak) dapat menilai pengorbanan ini apabila ibu mereka sendiri tidak mampu lagi bergerak dan hanya mengharapkan bantuan,” katanya ketika ditemui.


Katanya, dia yang tidak lagi mampu bekerja hanya mengharapkan bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan mereka tiga beranak.


“Isteri saya hanya mendapat bantuan zakat RM200 sebulan dan memang tidak cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya.


Ramlan berkata, segala urusan seharian Rozimah diuruskannya serta anak lelakinya itu kerana isterinya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil.


“Saya kasihan melihatnya, di saat begini pasti kelibat anak-anak terbayang di wajahnya namun Allah saja yang tahu perasaannya.


“Saya dapat merasakan dari air mukanya,” katanya sedih.


Katanya, jika isterinya sakit tenat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital, dia terpaksa mendapatkan khidmat teksi untuk membawa wanita itu kerana tidak dipedulikan anaknya.


“Saya tidak tahu sampai bila mereka (anak-anak) akan sedar, saya hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa,” katanya.


Menurutnya, kehidupan mereka bertiga di rumah berkenaan juga mengalami kesukaran apabila ketiadaan bekalan air sejak berpindah ke kawasan itu kira-kira lapan tahun lalu.


“Sudah beberapa kali saya memohon, namun sehingga kini kami masih tidak mempunyai bekalan air paip...yang ada hanyalah dihantar mereka menggunakan lori sebulan sekali,” katanya.