DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Menggunakan laman web berlatar belakang warna merah jambu, satu
sindiket pelacuran secara online kini dikesan menawarkan wanita dari
Russia dan negara bekas blok komunis Kesatuan Soviet untuk menarik
lelaki hidung belang melanggan perkhidmatan seks.
Laman itu memaparkan model wanita berpakaian seksi dan tanpa berpakaian untuk ditempah.
Lebih menarik, laman iklan itu mendakwa wanita dipamerkan adalah model
majalah pesawat komersial Russia yang boleh dilanggani untuk khidmat
seks dengan bayaran RM500.
Laman itu turut menyiarkan nombor telefon bagi memudahkan pelanggan yang berminat menempah wanita terbabit di hotel.
Selain itu, iklan terbabit turut menawarkan khidmat pelacur dari China pada harga RM180.
Bahana dituduh pondan
Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas
menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat
hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama
Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30
jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. Lebih malang, anak
perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut
menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam
dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek.
Menurut sumber,
sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya serta seorang rakan
mengunjungi pusat hiburan berkenaan untuk minum sambil berkaraoke
kira-kira jam 7.30 malam.
“Lebih kurang jam 11 malam, mangsa menuju ke kaunter untuk memesan
air suam, namun seorang pelanggan tidak dikenali terus menegur dan
mengatakan mangsa seorang pondan.
“Mangsa yang berang menegur tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,” katanya di sini, kelmarin.
Sumber itu berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan dan membawa ibunya ke meja mereka.
“Selepas itu, mangsa bersama anak serta rakannya menyambung semula
aktiviti mereka, tetapi tidak lama kemudian suspek datang ke meja
mangsa lalu terus memukul kepala wanita itu dengan botol kaca.
Meraung kena minyak panas
“Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak
panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu
kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di
tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di
Kampung Kuala Ibai, di sini.
Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan
di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,
semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak
sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani
pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.
“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.
“Ketika kami sibuk menyiapkan lauk, Shahlan tiba-tiba meluru
masuk ke dapur dan mencapai kuali dipenuhi minyak di atas dapur.
“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.
“Saya terus mendukung Shahlan ke bilik air untuk dimandikan bagi
menghilang kesan minyak panas yang tertumpah pada badannya,” katanya.
Norlihaida berkata, melihatkan keadaan Shahlan yang masih menangis
kesakitan akibat melecur teruk di tangan kiri, dia membawa anaknya ke
Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, untuk rawatan sebelum dirujuk ke
HSNZ bagi pemeriksaan pakar kulit.
Disambar cahaya putih
“Saya dan empat rakan terpelanting sebaik cahaya petir menyambar kami
dalam sekelip mata,” kata pelajar, Haresh Sokalingam, 15, yang
terselamat selepas terkena panahan petir di tepi padang sekolah, petang
kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua mangsa yang juga pelajar
tingkatan tiga dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, di
sini, cedera dipanah petir ketika berbual di lokasi kejadian.
Nahas itu menyebabkan Haresh dan rakannya, R Dhenesh Kumar, 17, yang
cedera parah dikejarkan bagi mendapat rawatan kecemasan di Unit Rawatan
Rapi Hospital Taiping, di sini.
Tiga lagi pelajar hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai
pesakit luar di hospital berkenaan. Haresh yang ditemui wartawan di
hospital semalam berkata, dia tidak menyangka mereka akan disambar petir
berikutan cuaca ketika itu baik serta tidak menunjukkan tanda akan
hujan.
Menurutnya, mereka yang sedang berbual tergamam apabila melihat cahaya kilat menyambar disusuli bunyi letupan kuat.
“Akibatnya kami tercampak lebih dua meter sebelum saya dan Dhenesh
jatuh pengsan. Saya tidak sedar apa yang berlaku dan hanya tersedar
selepas beberapa jam menerima rawatan di hospital. “Walaupun
tidak melecur atau luka teruk, namun badan saya masih terasa kebas dan
lemah,” katanya yang dibenarkan keluar dari hospital tengah hari
semalam.
Sementara itu keadaan pelajar tingkatan lima, Dhenesh dilaporkan
kritikal apabila doktor memaklumkan, peluang untuk pelajar itu
diselamatkan adalah tipis.
Bapa mangsa, P Ravindran, 50,
berkata, dia bimbang keadaan anaknya itu selepas doktor mengesahkan
kecederaan dialami anaknya itu amat parah.
Mati jika makan buah lagi
Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.
Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan
dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan
buah.
Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.
Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.
Charlotte
berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang
dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia
mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan
saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui
puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat
yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
Senarai makanan
yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging
dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai,
sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba
dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke
restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa
sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah
berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami
reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon
restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan
mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan.
Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk
disediakan,” katanya.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim, Asmah Rusman dan Muhaamad Hafis Nawawi
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai
menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka
di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering
dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan
enggan berhenti menangis.
Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika
mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang
juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya
bergegas pulang ke rumah.
IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
30 sen penyelamat
Oleh Amir Abd Hamid
Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik
lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan
ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini,
semalam.
Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang
kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun
dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat
beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar
bekerja.
Difahamkan jiran, termasuk pekedai makan di kawasan pangsapuri kos
rendah itu selalu menemui empat beradik itu merayau sehingga lewat
pagi, mencari ibu mereka dan atas dasar kasihan mereka memberikan
kanak-kanak terbabit makan.
Dalam kejadian terbaru, tiga
daripada empat beradik itu berlapar selama tiga hari dan lebih sayu si
kakak yang menemui wang syiling 30 sen dalam tabung ibunya terpaksa
menghubungi seorang wanita yang biasanya membantu mereka.
IBU dua beradik berkenaan menunjukkan laluan keluar di celah jeriji dilalui anaknya.
Susulan itu, wartawan Harian Metro melanjutkan kes berkenaan
kepada pengetahuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri
Sembilan, Abdullah Hanapi sebelum dua pegawainya mengambil dua
kanak-kanak lelaki dari empat beradik itu.
Ajal tiga beranak
Oleh Junaidi Ladjana dan Nazryn Mohd Hisham
Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun
menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10
tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam
kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.
Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di
tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di
seluruh anggota badan.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali
sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti
anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti.
Difahamkan,
semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan
menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan.
KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.
“Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori
dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh
sebatang pokok kelapa sawit,” katanya.
‘ND Lala sering elak bincang’
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Kuala Lumpur: “Saya tidak terkilan dengan kenyataan itu kerana saya
tahu itu hak dia sebagai bapa. Namun, dia perlu tahu yang saya tidak
berniat buruk, cuma mahu menghalalkan hubungan dengan Shila,” kata
pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28.
Demikian penjelasan diberikan Shaarnaz sejurus ‘dibelasah teruk’
bapa Shila Amzah, 23, iaitu ND Lala, 51, yang menyifatkannya sebagai
‘biadab’ berikutan tidak menghormati keluarganya dengan mendakwa
penyanyi itu ‘bakal isterinya’.
Harian Metro semalam melaporkan ND Lala menyatakan kekesalan
berhubung tindakan Shaarnaz yang mahu menghantar rombongan merisik
biarpun perancangan mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan tidak
pernah diadakan.
Selain itu, penyanyi lagu Diari YB itu turut
menegaskan tindakan pelakon terbabit seperti memalukan dirinya dan
keluarga sendiri.
Menurut Shaarnaz, sekiranya dia melakukan kesalahan terhadap ND
Lala sekeluarga, dia memohon sejuta maaf selain mahu memperbetulkan
konflik ini.
Lori gerak sendiri rempuh dua kedai
Segamat: Sebuah lori tanpa muatan yang dipercayai mengalami
kerosakan brek bergerak sendiri ke depan sebelum merempuh dua kedai di
Jalan Gemas Baru di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kedua-dua kedai berkenaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Man, berusia50-an berkata,
kenderaan berat berkenaan kerap dihantar untuk pemeriksaan berkala di
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
“Saya memberhentikan lori di depan kedai serbaneka untuk membeli air dan baru beberapa langkah, saya terdengar dentuman.
“Saya menoleh dan mendapati lori merempuh dua kedai menyebabkan struktur premis berkenaan rosak,” katanya.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan Hong Choi Woon, 46, berkata, ketika kejadian, dia belum memulakan perniagaan.
“Saya dimaklumkan rakan berkaitan kejadian dan bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.
“Kerugian akibat kejadian membabitkan kerusi, peralatan elektrik serta
barangan jualan. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, bangunan lama ini
yang diwarisi keluarga rosak teruk,” katanya.
Lari sebelum kahwin
Oleh Rosnidah Kupan
Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan
upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai
bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada
10 Januari lalu.
Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan
teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan
menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.
Ibu
angkat Mohd Azwan, Russiah Bidin, 56, berkata, pada hari kejadian dia
meminta anaknya menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Sentul, namun
gagal pulang selepas itu.
“Sebelum itu, saya bersama anak dan Kasma ke Baitulmal untuk
membuat permohonan bantuan bulanan OKU sebelum pulang ke rumah di Taman
Datuk Senu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Selepas itu,
saya meminta anak menghantar teman wanitanya pulang ke rumah yang juga
terletak berhampiran kediaman kami,” katanya.
Katanya, dia
mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya gagal pulang rumah dua jam
kemudian dan cuba menghubungi telefon bimbit pasangan itu, namun gagal.
RUSSIAH menunjukkan pasangan OKU yang lari dari rumah.
“Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis
Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari
mereka,” katanya.
Menurutnya, dia percaya pasangan itu lari
dari rumah selepas dia melarang Mohd Azwan berjumpa teman wanitanya
sepanjang mengikuti kurus kahwin.
Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai
pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke
balai polis berhampiran.
Pemaju diarah baiki pangsapuri condong
Shah Alam: Kerajaan negeri sudah mengarahkan pemaju pangsapuri
Indahria, Seksyen 22, Batu Tiga, di sini, untuk membaiki kerosakan
struktur dan mendapan yang berlaku di pangsapuri berkenaan dalam masa
terdekat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,
keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat Majlis
Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) petang kelmarin.
Beliau
berkata, sekiranya pemaju enggan membaiki kerosakan struktur pangsapuri
berkenaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengambil alih kerja
pembaikan itu.
“Kalau MBSA yang menjalankan kerja pembaikan, syarikat pemaju akan
dikenakan tindakan dan perlu menanggung kos pembaikan,” katanya dalam
sidang media selepas merasmikan Sistem Pengurusan Sosial Negeri
Selangor, di sini, semalam.
Anak lapor polis tak tahan ibu didera ayah
Kuala Lumpur: Tidak tahan melihat ibunya sering didera ayahnya sejak
10 tahun lalu, seorang anak berusia 15 tahun tampil membuat laporan di
Balai Polis Semenyih, Isnin lalu.
Remaja berkenaan membuat laporan selepas melihat ibunya seorang
suri rumah yang berusia 40 tahun disimbah minyak panas oleh ayahnya,
namun sempat mengelak dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Rinching,
Semenyih.
Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, ibu
remaja berkenaan sedang memasak sebelum ayahnya yang bekerja di syarikat
swasta berusia 40-an dan baru pulang dari kerja tiba-tiba mengamuk dan
memarahi ibunya sebelum menyimbah minyak panas ke arah wanita itu.
Sumber berkata, ketika kejadian, remaja berkenaan sedang berehat di rumah bersama dua adiknya.
‘Lampin kokain’
New York: Dua wanita dari Bronx ditangkap kerana menyeludup enam
setengah kilogram (kg) kokain dalam ‘lampin’ di dalam seluar panjang
mereka.
Menaiki penerbangan JetBlue ke lapangan terbang John F Kennedy di New
York dari Republik Dominican, Priscilla Pena dan Michelle Blassingale
mengenakan lampin kokain untuk tampil biasa-biasa saja. Bagaimanapun,
pegawai kastam curiga apabila dua wanita itu yang terbang dari Santo
Domingo diekori anjing pengesan yang mula bertindak liar.
Pemeriksasan
terhadap bagasi mereka tidak menemukan sebarang dadah. Kastam kemudian
mula memeriksa tubuh dua wanita itu dan menemui lampin berisi kokain di
bahagian kelengkang belakang mereka. Kedua-duanya kemudian ditahan.
Michelle ditahan di penjara oleh hakim persekutuan Brooklyn, manakala
Priscilla dibebaskan dengan ikat jamin AS$150,000 (RM 466,049) menurut
laporan New York Post.
Pada Oktober tahun lalu, penyeludup
dadah Caribbean yang juga pekerja bagasi dijatuhkan hukuman penjara tiga
tahun kerana menjadikan penerbangan American Airlines sebagai
perkhidmatan ulang-alik membawa dadahnya.
Bekas pekerja bagasi
American Airlines itu, Victor Bourne, 37, didapati bersalah tahun lalu
kerana menggunakan akses di Lapangan Terbang JFK untuk menyeludup lebih
149 kilogram kokain sejak 2000 hingga 2009. Bourne mendakwa polis
menggunakan ‘bukti palsu’ untuk menahannya.
LAMPIN berisi kokain yang dipakai dua wanita ditahan di Lapangan Terbang JFK di New York.
“Bagaimana saya boleh terima tuduhan yang tidak saya lakukan?,” soalnya lelaki dari Barbados itu.
Sebagai
ketua pekerja bagasi, Bourne memperoleh jutaan dolar hasil wang haram
yang diraih melalui perniagaan antara Brooklyn dan Barbados itu, kata
pihak berkuasa. - Daily Mail
Israel hanya membisu
Baitulmaqdis: Israel semalam mengambil sikap membisu berhubung dakwaan ia mengebom pangkalan tentera Syria di Damsyik.
Rejim Zionis enggan mengesah atau menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu.
Ia juga enggan mengulas satu lagi laporan yang mendakwa pesawatnya
menyerang satu konvoi membawa senjata di sempadan Syria-Lubnan.
Tentera Syria sebelum ini berkata, tentera Israel melancarkan
serangan awal pagi semalam menyasarkan pusat penyelidikan sains dekat
Damsyik.
Penduduk tempatan memberitahu media, kawasan yang menjadi sasaran adalah pusat penyelidikan senjata bukan konvensional.
Israel sebelum ini berulang kali memberi amaran, ia akan
mengisytiharkan peperangan jika stok simpanan senjata kimia Syria jatuh
ke tangan kumpulan Hizbullah.
Rejim Zionis itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan
peluru berpandu jarak jauh Scud atau senjata lain yang lebih canggih
seperti sistem antipesawat dan peluru berpandu darat ke darat milik
Syria jatuh ke tangan kumpulan Hizbullah.
Serangan semalam menjadi tajuk utama akhbar Israel dengan pihak
berkuasa dan pengkritik segera menegaskan bahawa Israel tidak akan
membenarkan pemindahan senjata canggih kepada Hizbullah, sekutu rapat
Iran dan Syria.
“Perkara terbaik yang diharapkan Israel ialah Barat akan mengawal
senjata berkenaan,” kata ahli Parlimen Parti Likud, Tzahi HaNegbi yang
dikenali sebagai kenalan rapat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
“Tetapi dunia belum bersedia berbuat demikian. Kerana Israel saja boleh menyelesaikannya,” katanya. - AFP
Puteri Bahrain seksa tahanan
Abu Dhabi: Seorang puteri Bahrain yang bertugas sebagai pegawai polis
menghadapi perbicaraan kerana menyeksa dua doktor ketika mereka dalam
tahanan.
Kejadian beraku ketika negara itu berdepan dengan pergolakan politik, menurut seorang pegawai kanan pejabat pendakwa raya.
Shaikha Noora Bint Ebrahim Al Khalifa, 29, turut berdepan perbicaraan
menyerang seorang wanita yang juga aktivis pembangkang, Aayat Al
Qormozi secara fizikal ketika dia ditahan pada tempoh sama, kata Ketua
Unit Siasatan Khas Pendakwa Raya, Nawaf Hamza.
“Shaikha Noora dituduh menggunakan penyeksaan, paksaan dan ancaman
terhadap mangsa Zahra Al Sammak dan Kholoud Al Durazi agar mereka
mengaku melakukan jenayah,” kata Hamza merujuk kepada dua doktor
terbabit.
Menurut peguam Zahra, penyeksaan itu dilakukan pada Mac dan April
2011, ketika negara itu menghadapi pergolakan ekoran tunjuk perasaan
puak Syiah yang menuntut perubahan demokrasi.
Shaikha Noora enggan mengulas ketika ditanya pihak media mengenai tuduhan itu. -Reuters
Posted on the January 30th, 2013 under Luar Negara by admin
DOHA, Qatar – Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang
bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta
Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport
LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga
£1.5 juta (RM7.26 juta).
Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.
Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.
Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma
Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. – Agensi
Bayi lelaki di dalam beg pakaian
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
INILAH bayi yang ditemui di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di luar sebuah warung di Sekinchan, Sabak Bernam semalam.
SABAK BERNAM – Seorang peniaga terkejut apabila menemui sebuah beg
pakaian diisi dengan seorang bayi lelaki yang hidup ditinggalkan di luar
warung miliknya di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini semalam.
Khairuddin Hassan, 51, menjumpai bayi yang dibalut dengan kain batik
tanpa dokumen ketika hendak membuka warung pada pukul 7 pagi.
Mengimbas penemuan itu, peniaga itu berkata, sebaik tiba di depan
warung dia ternampak sebuah beg pakaian diletakkan di tepi meja sebelum
membuka beg tersebut.
“Sebaik zip beg tersebut dibuka, saya terkejut apabila melihat ada
seorang bayi dalam beg itu. Ketika itu, bayi terbabit masih tidur.
Kejadian berlaku jam 7 pagi semalam sejurus lelaki itu hendak
memulakan perniagaan di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, di
sini.
Hairudin berkata, sejurus hendak membuka warung, dia ternampak beg
pakaian atas lantai di ruang terbuka kedai dan ketika mendekati beg itu
dia terkejut mendapati ada sekujur tubuh bayi di dalamnya.
“Saya nampak bayi dibalut kain batik dengan mata
tertutup dan beg yang ditinggalkan itu tidak dizip lalu menyentuh bayi
itu untuk memastikan sama ada dia masih bernyawa…syukurlah dia terjaga
dan mengeliat,” katanya.
Berikutan penemuan itu, dia segera menghubungi polis yang tiba sejurus menerima maklumat untuk menjalankan pemeriksaan.
Kosmo
Pengawal terkejut jolok mayat bayi
Posted on the February 22nd, 2011 under Tempatan by Ahmad Albab
PONTIAN: Seorang pengawal keselamatan mahu membuang air kecil
terkejut menemui mayat bayi lelaki diselimuti tudung dan selendang di
atas pam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Abdullah Kasek, 72,
berkata, dia terpandang objek terkulai di atas pam itu sebelum mengambil
kayu untuk menjolok.
“Biasanya, sebelum memulakan tugas, saya akan memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan dalam keadaan baik termasuk tandas.
“Ketika masuk ke tandas untuk membuang air kecil, saya terpandang
objek mencurigakan dan cuba menjolok sebelum terkejut apabila ia mayat
bayi yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Warga emas itu keluar dan memaklumkan penemuan itu kepada kakitangan
wanita stesen berkenaan sebelum orang awam menghubungi polis.
“Saya tidak sangka ada manusia berperangai lebih keji daripada haiwan
di muka bumi ini, jangan diperlakukan bayi tidak berdosa itu sedemikian
rupa,” katanya.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia mendapati mayat bayi itu dalam keadaan bersih.
“Tiada kesan darah, malah tali pusatnya sudah dipotong dan saya
berharap polis mengheret individu terbabit ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pontian ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.
“Pegawai kami dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan
termasuk kemungkinan bayi lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat
lain sebelum mayatnya diletakkan di atas pam tandas berkenaan.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk dibedah siasat,” katanya.
Jurucakap itu berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat
dan pihaknya masih mengumpul maklumat berdasarkan rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) stesen minyak itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Source: Harian Metro
Bapa perkosa, cabul dua anak kandung
Posted on the January 20th, 2013 under Tempatan by admin
INA tidak dapat memaafkan perbuatan bapanya.
Kuala Lumpur: “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak
mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan
yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali
‘dijamah’ bapanya.
Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun,
iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik
bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia
seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan
perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan
ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu
hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami
hilang tempat bergantung.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti
ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung
daripada empat beradik ini. Hilang hormat kepada lelaki
Sabak Bernam: Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan
dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci
lelaki.
Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.
“Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa
dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan
rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.
“Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya
berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki
bernafsu binatang,” katanya.
Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally
berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia
berusia enam tahun.
“Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah.
Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia
bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya,
saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.
“Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa
sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah
sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.
“Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali
menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia
mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa
saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang
judi si ayah.
“Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya,” katanya.
Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally
semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan
lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.
“Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada
lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan
sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup
berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.
“Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali
tanpa belas kasihan,” kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di
sini.
Harian Metro
Mayat bayi disangka sampah
Posted on the October 11th, 2012 under Tempatan by admin
ANGGOTA polis memeriksa beg kertas yang mengandungi mayat seorang bayi lelaki di Alor Setar kelmarin.
ALOR SETAR – Seorang jemaah Masjid Al-Rahman, Alor Merah di sini
terkejut apabila beg kertas yang disangka berisi sampah rupa-rupanya
mengandungi mayat bayi lelaki dibuang di depan pintu tandas masjid itu
kelmarin.
Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54,
hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak
berjemaah.
“Sebaik memandang ke arah tandas, saya dapati satu beg kertas
diletakkan di depan pintunya. Saya ingatkan sampah tetapi apabila
diangkat ia agak berat.
“Apabila ditinjau, berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu
yang dibalut dengan kain putih seperti mayat. Sebaik diselak, saya
bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat,”
ceritanya.
Tambahnya, tanpa membuang masa, dia terus memaklumkan kepada imam dan
jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah.
Menurut Ishak, bayi lelaki itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner
Adzaman Mohd. Jan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan
mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Kosmo
Tengkorak rambut panjang tergantung dicelah pokok
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
Tengkorak
manusia (dalam bulatan) ditemui tergantung di sebatang pokok di Pusat
Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang
semalam.
SEPANG – Seorang pekerja landskap terkejut menemui tengkorak wanita
berambut panjang tergantung di celah sebatang pokok rimbun di pintu
masuk Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu disedari oleh pekerja itu kira-kira 100 meter dari bangunan Terminal Penerbangan KLIA.
Satu sumber berkata, tengkorak manusia warga China itu ditemui oleh
seorang pekerja yang ditugas menebas rimbunan pokok di kawasan itu.
Sumber itu berkata, pokok itu dipercayai pokok mengkuang.
“Semasa melakukan kerja-kerja di situ, pekerja itu terkejut menemui
tengkorak manusia tergantung di celah pokok manakala rangkanya pula
bersepah di tanah.
“Rangka manusia itu berseluar jeans dan berbaju serta berambut panjang,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo!.
Kosmo
Rajagobal perlekeh Badri
Posted on the January 30th, 2013 under Sukan by admin
“KENAPA tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain
macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya.
Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?”
Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala
musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem
skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.
Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain
akibat kecederaan.
Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu
tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di
padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui
keupayaannya.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam
akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak
permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.
“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau
bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua
tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata
Badri ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang
bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima
kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih
berpengalaman.
Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad
kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati
pengendali skuad kebangsaan itu.
“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan
kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan
untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak
payah main bola.
“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam
perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala
Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.
“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya
beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk
saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di
Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,”
ujarnya.
Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya,
Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam
tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal
memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.
Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu
menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan
Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi
persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Kosmo
Sekeluarga gajah mati diracun
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
SEORANG
kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah berada di lokasi penemuan bangkai
gajah pigmy yang dipercayai mati diracun di Hutan Simpan Gunung Rara,
dekat Tawau, baru-baru ini.
TAWAU – Kawasan Hutan Simpan Gunung Rara yang terletak kira-kira 130
kilometer dari sini bukan lagi menjadi tempat perlindungan yang selamat
bagi gajah pigmy atau Gajah Kerdil Borneo apabila 10 ekor haiwan spesies
yang dilindungi itu ditemui mati dipercayai diracun dalam tempoh dua
minggu lalu.
Kesemua gajah yang ditemui mati itu dipercayai daripada satu keluarga
membabitkan tujuh betina dan tiga jantan berusia dari empat hingga 20
tahun.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kesemua gajah tersebut
menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan
racun tikus.
Teori racun tikus itu timbul selepas kes tujuh ekor gajah pigmy
ditemui mati akibat termakan bahan berbahaya itu di Rizah Hidupan Liar
Tabin, Lahad Datu kira-kira 10 tahun lalu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu ketika
dihubungi semalam menceritakan, misteri kematian haiwan itu dilaporkan
pada 23 Januari lalu selepas empat bangkai gajah ditemui di sepanjang
jalan pembalakan Telupid di kawasan hutan simpan berkenaan.
Kawasan penemuan bangkai itu pula terletak kira-kira lima kilometer
dari kem pembalakan Empayar Kejora Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat
Yayasan Sabah.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Hidupan Liar telah menyiasat di
lokasi tersebut sebelum menemui empat lagi bangkai gajah dua hari
kemudian,” katanya.
Awal bulan ini, kakitangan jabatan itu menemui dua bangkai gajah di
kawasan berkenaan dan menjadikan keseluruhan bangkai yang ditemui ialah
10 ekor.
Beliau juga mengesahkan siasatan awal mendapati kesemua gajah tersebut mati akibat termakan racun.
Kosmo
Kisah Benar: Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari
Posted on the January 19th, 2013 under Agama by admin
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya
nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah
kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada
giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang
yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas
menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada
jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang
berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa,
kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar
ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas
dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka
wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan
rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap
kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke
Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya
diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun,
kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil
keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan
kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa
pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah
itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di
azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang
telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah
tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur
hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik
dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana
pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…
putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar,
panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan
tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa
mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa.
Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak
tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak
boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan
kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama
saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak
perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan
saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila
sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah
itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak
masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa
seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak
akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari
nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak
berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha
Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih
macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya
sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya
ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah
dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak
tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan
muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan
muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10
dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong
dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak
tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak
pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita
tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi
wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya
tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap
benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal
dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh…
memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah
terlambat.
Halim Islam
VIDEO & BERGAMBAR: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah
Gajah Borneo Mati Diracun
KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen
Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan
ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu
menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung
misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina
dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi
Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer
dari Tawau.
"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan
saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga
bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi
untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati
antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan
Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat
tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak
teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati
berdarah.
"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang
mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih
menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung
Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan
oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari
pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan
Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan
berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar
Kejora.
"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya. -mstar
Posted on the January 31st, 2013 under Tempatan by admin
Mazhanizam memegang gambar anak lelakinya Mohd Zafran Fakhrullah yang hilang sejak 5 Januari lalu.
KOTA BHARU –Seorang ibu terpaksa menanggung rindu dan tidak dapat
tidur lena apabila anak lelakinya berusia 12 tahun hilang hampir sebulan
lalu setelah tidak pulang ke rumah selepas keluar menjaja kuih.
Ibunya, Mazhamizan Mokhtar berkata anak keduanya, Mohd Zafran
Fakhrullah Zulkarnaim tidak pulang ke rumah sejak 5 Januari lalu selepas
menjalankan kegiatan rutinnya menjual kuih yang dibuatnya menggunakan
basikal di sekitar Pengkalan Chepa.
Mazhanizam berkata, biasanya walaupun menjual kuih sehingga lewat
malam dia akan pulang ke rumah terlebih dulu sebelum berjumpa dengan
rakannya-rakannya mahupun bermalam di rumah kenalannya.
“Dia membantu saya menjaja kuih dengan basikal dan akan pulang
seperti biasa jam 10 malam atau 11 malam, namun pada hari kejadian,
sehingga jam 1 pagi, Zafran masih tidak pulang ke rumah.
“Saya bimbang dengan keselamatannya kerana sekarang ini macam-macam
kejadian yang berlaku dan peristiwa yang dilaporkan oleh media
menjadikan kami lebih takut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mazhamizan memberitahu, dia menjadi bertambah bingung kerana anak
kedua daripada empat beradik itu mengingati nombor telefonnya dan akan
memaklumkan kepadanya jika pulang lewat mahupun sebaliknya.
Malah lebih menyedihkannya apabila anaknya itu tidak sempat menemui
bapa kandungnya yang meninggal dunia selepas dua minggu dia
menghilangkan diri.
“Saya usaha mencari di rumah rakan-rakan tetapi mereka memaklumkan
tidak pernah berjumpa dengan Zafran. Jadi kami nekad meletakkan gambar
Zafran di kedai-kedai kopi dan merata tempat. Sehingga hari ini tidak
ada yang tampil berikan maklumat jadikan saya
semakin takut,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya dia ingatkan anaknya
itu ada di rumah saudara-maranya namun selepas 10 hari gagal menemuinya
dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
“Saya hanya bermimpi yang anak saya kini dibawa jauh dari sini. Saya
mahu melihat dia cemerlang dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya.
Murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Chempaka itu, mempunyai parut di
sebelah kiri pipi, berkulit gelap dan mana-mana individu yang pernah
melihatnya diharapkan boleh menghubungi ibunya di talian 0129559671 dan
0129556672 dengan segera.
Sinar
S’gor mahu ambil alih khidmat air dalam 14 hari
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih perkhidmatan bekalan air
daripada syarikat konsesi sekarang, dalam masa dua minggu, kata Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, ia ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan pusat tiada halangan
terhadap langkah tersebut.
“Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan
bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat
konsesi dalam tempoh 14 hari,” kata menteri besar dalam dalam satu
kenyataan hari ini.
“Dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan
perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya
pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar berkata, pihaknya
mendapat aduan rakyat bahawa SYABAS telah mengedarkan risalah yang
mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.
“Hasil siasatan awal yang kita lakukan, didapati kenyataan SYABAS
tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal
SYABAS, Ir V Subramaniam,” katanya.
Menurut Khalid lagi, risalah tersebut dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah SYABAS.
“Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam SYABAS, kerajaan
Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam
kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya.
Menteri besar berkata, kerajaan negeri juga telah dimaklumkan bahawa
mutakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan
terhadap pembekalan air kepada rakyat.
“Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius
demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih lima juta pengguna
di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas dengan gangguan
bekalan air akibat kegagalan SYABAS menyelenggara paip dengan baik dan
berkala,” tambahnya.
Malaysiakini
Remaja 15 tahun rela ‘diratah’, bapa dakwa anaknya dirogol
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
Shaharon Anuar Abdul Latif
IPOH – Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya
diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing
dekat sini, antara kelmarin dan semalam.
Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di
sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki
antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya
sebelum dihantar pulang ke rumahnya.
Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar
Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa
mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
Sinar
7 Tahun Koma Ariel Sharon Masih Disambung Mesin Pernafasan
Posted on the January 30th, 2013 under Agama,Luar Negara by admin
BAITULMAQDIS – Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri
selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu
pulih semula.
Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.
Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu
berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas
kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.
Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon
memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada
peluang pulih seperti biasa.
“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.
“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti
tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di
Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.
Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila
serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan
disambungkan kepada mesin pernafasan.
Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan
jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon.
Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.
Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan
beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba,
menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi
otaknya.
Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan
ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan
ke atas pesakit pada usia Sharon.
Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;
“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin.
Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa.
Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan
berterusan…”
Mynewshub
Bayi koma digoncang bapa berang
Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini koma dan
bertarung dengan maut, angkara bapanya yang dipercayai menggoncang anak
kecil itu dengan kuat kerana berang selepas dia tidak berhenti menangis.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kepong, di sini dan kecederaan
mangsa dikesan selepas dibawa bapanya ke Hospital Selayang (HS) pada jam
8.30 malam kelmarin.
Menurut sumber, ketika membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan
rawatan, suspek yang berusia 20-an cuba menyembunyikan kesalahannya
dengan memberitahu anaknya itu mengalami kesukaran bernafas akibat
diserang sawan.
“Doktor segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum
melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk membuat imbasan X-ray.
“Hasil pemeriksaan, doktor mengesan wujud pendarahan di otak kiri
serta kedua-dua mata mangsa dan kecederaan itu dipercayai disebabkan
goncangan yang kuat,” katanya.
Menurutnya, mengesyaki ada unsur penderaan dan penganiayaan terhadap
bayi terbabit, doktor yang melakukan pemeriksaan membuat laporan di
Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Balai Polis
Kepong, di sini, untuk siasatan lanjut.
Sumber itu berkata, ibu mangsa memberitahu polis dia tidak melihat
bagaimana suaminya mendera bayi mereka, namun percaya kejadian itu
berlaku ketika dia berada di dapur dan mangsa berada bersama ayahnya di
ruang tamu rumah mereka.
“Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan doktor berkenaan,
polis kini berusaha mengesan bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut,”
katanya.
Harian Metro
Khazanah Zimbabwe hanya tinggal RM651
Posted on the January 31st, 2013 under Luar Negara by admin
HARARE – Sukar untuk dipercayai! Tetapi ini yang dialami oleh Zimbabwe, negara benua Afrika sekarang.
Akaun awam negara itu hanya tinggal AS$217 (RM651) selepas membayar
gaji kakitangan kerajaan minggu lalu, demikian menurut Menteri Kewangan,
Tendai Biti.
“Minggu lalu, apabila kami membayar kakitangan awam, hanya tinggal AS$217 di perbendaharaan,” kata Biti di sini semalam.
“Kewangan kerajaan lumpuh sekarang. Kami gagal mencapai sasaran kami,” kata beliau lagi.
Satu dekad lalu, negara itu berhadapan dengan kenaikan inflasi sehingga 231 juta peratus.
Biti berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali meminta sumbangan tunai negara penderma.
“Kami akan mendapatkan sumbangan masyarakat antarabangsa,” kata beliau lagi.
Bajet kebangsaan kerajaan Zimbabwe mencecah paras AS$3.8 bilion manakala pertumbuhan ekonomi dijangka lima peratus.
Komen pembaca:
Kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang melanda
Zimbabwe ini. Sekiranya kerajaan berbelanja bermewah-mewahan dengan
BRIM, pecuma ini percuma itu di masa kita menanggung hutang RM500 bilion
tidak mustihal Malaysia akan mengalami nasib yang sama dengan Zimbabwe.
Kita akan menjadi popular jika kita menyenangkan rakyat tetapi ingat
dalam masa yang sama akan ada bebanan yang harus kita tanggung. Bebanan
ini mungkin tidak akan dirasa sekarang tetapi mungkin dalam masa 5 tahun
akan datang apabila tiada lagi sumber yang ada untuk menjana
pendapatan.
Semasa zaman Tun Mahathir hutang kita bertambah tetapi dalam masa
yang sama asset kita bertambah. Pertambahan asset ini telah menjana
lebih banyak pendapatan yang membolehkan kita mampu menampung pembayaran
balik hutang dan menambah pendapatan benar.
Sekarang, hutang kita bertambah tetapi tiada pertambahan asset yang
ketara selaras dengan pertambahan hutang yang mampu menjana lebih banyak
pendapatan bagi membayar balik hutang dan menambah pendapatan benar.
Benar kerajaan boleh mencetak wang bagi membayar perbelanjaan yang
meningkat tetapi kesannya nilai matawang kita akan jatuh.
Kejatuhan ini jelas apabila kualiti wang siling yang baru adalah jauh
lebih rendah dari wang siling sebelum. Perlu kita ingat bahawa wang
siling tidak mempunyai no siri. Secara relatifnya kita mengganggap
bahawa nilai buku adalah menyamai nilai sebenar.
Sekiranya ini berterusan kita akan dapati pendapatan kita akan
meningkat tetapi pendapatan sebenar kita jatuh kerana harga barang juga
akan meningkat. Sama ada kita sedar atau tidak kita sedang menuju kearah
ini.
Zulkarnain Nordin
Fauzi Nawawi Rasa Bangga Dikaitkan Dengan Ramai Wanita
Posted on the January 31st, 2013 under Artis by admin
AMPANG: Sebagai seorang lelaki tulen, pelakon Fauzi Nawawi berkata
adalah menjadi kebanggaannya apabila dia sering dikaitkan mempunyai
hubungan ataupun skandal dengan ramai wanita.
Menurut Fauzi, hal itu membuktikan lelaki sepertinya yang sudah
mencecah usia 40 tahun serta mempunyai enam orang anak masih lagi
“laris” dan mendapat perhatian
“Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai
seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku,” katanya kepada mStar
Online semasa ditemui pada pelancaran koleksi barang kemas Pandora
keluaran Habib Jewels di Ampang Point di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita
termasuklah pelakon Ida Nerina serta Zarina An-Joulie dan pelbagai
kontroversi lain yang dinafikannya.
Isu mengenai pergaduhan isterinya iaitu pelakon Lisdawati dengan Rita
Rudaini tujuh tahun lalu juga dipercayai berpunca apabila Lisda
dikatakan cemburu dengan hubungan baik Fauzi dan aktres itu.
Sementara itu ditanya benarkan Fauzi pernah mengurat Rita Rudaini
seperti dakwaan tersebut sehingga membuatkan Rita enggan dia berada
bersama di mana-mana set penggambaran drama, kata Fauzi, tuduhan itu
tidak benar sama sekali.
“Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu.
“Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya
berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana
pula dengan rumah tangga Rita?” soalnya.
mStar