Mangsa asid tercicir pelajaran
Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my
SHAFIQ AIMAN (kiri) dan Shafiq  Haikal masih dirawat di HKL selepas selamat menjalani pembedahan kelapan  pada bahagian muka pada 20 Oktober lalu. 
KUALA LUMPUR - Ibu kepada dua beradik yang menjadi mangsa simbahan  asid dalam kejadian di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran pada 19 Julai lalu  melahirkan rasa sedih mengenangkan nasib kedua-dua anaknya yang  tercicir dalam pelajaran kerana banyak masa terpaksa dihabiskan di  hospital.
Ruhashimah Julaili Mansur, 33, berkata, dia bingung setiap kali  mengenangkan nasib kedua-dua anaknya iaitu Shafiq Haikal Mat Safar  Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, telah hampir tiga bulan tidak hadir ke  sekolah kerana terpaksa berulang-alik dari Maran untuk menjalani rawatan  di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, setelah dimasukkan ke HKL sejak 20 Julai lalu, kedua-dua  anaknya tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa.
"Pilu hati saya apabila mengenangkan nasib kedua-dua anak saya yang  ingin kembali ke sekolah tetapi mereka lebih banyak terlantar di katil  hospital," katanya ketika ditemui 
Kosmo! di HKL semalam.
Malah katanya, nasib dua beradik itu bertambah malang apabila mereka  tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak sebaya kerana  mengalami kecacatan kekal seumur hidup setelah muka mereka melecur  teruk akibat disimbah asid.
"Mereka berdua tidak dapat ke sekolah seperti biasa selama hampir  tiga bulan kerana terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat kerosakan  kulit.
"Lebih sayu apabila mereka ada bertanya sama ada rakan-rakan di  sekolah akan menerima mereka atau sebaliknya kerana muka mereka sudah  tidak seperti dulu," katanya 
Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, dua beradik itu mengalami  kecederaan parah apabila disimbah cuka getah oleh seorang pekerja ladang  yang juga jiran mangsa ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di  Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.
Mereka yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk  muka, mata dan badan itu telah menjalani lapan kali pembedahan termasuk  tampalan kulit baharu pada muka sejak dirawat di HKL pada Julai lalu.
Ruhashimah memberitahu, kedua-dua anaknya sempat ke sekolah selama  tiga minggu selepas menyambut Aidilfitri lalu namun, terpaksa  meninggalkan persekolahan buat sementara kerana menjalani pembedahan  yang seterusnya.
"Ketika sempat ke sekolah itu, anak saya ada mengadu yang mereka  tidak dapat menjawab soalan peperiksaan kerana sudah lama tidak ke  sekolah dan kurang faham dengan apa yang diajar oleh guru mereka."  ujarnya.
Katanya, walaupun kedua-dua orang anaknya itu ada mengikuti program  Sekolah Dalam Hospital (SDH) ketika dirawat di Wad Pediatrik HKL pada  bulan Ogos lalu namun ia tidak banyak membantu.
"Mereka hanya sempat mengikuti program tersebut selama dua minggu  sebelum dipindahkan dari Wad Pediatrik ke Wad Plastik di Institut Kaji  Saraf HKL kerana keadaan mereka alah kepada cuaca panas," katanya.
Sementara itu, Ruhashimah turut merayu bantuan kewangan daripada  pihak-pihak tertentu bagi menampung perbelanjaan perubatan kedua-dua  anaknya itu.
Menurutnya yang merupakan seorang suri rumah, dia terpaksa menampung  kos perjalanan pergi balik, kos pembiayaan perubatan dan kos pembedahan  plastik yang menelan belanja yang banyak.
"Saya terpaksa membeli topeng dan sarung badan khas daripada klinik  swasta untuk mereka berdua bagi melindungi kulit mereka yang melecur  daripada matahari dan jangkitan bakteria.
"Topeng getah yang disediakan pihak HKL tidak cukup selesa dan kulit  mereka akan berasa gatal-gatal jika terdedah kepada cuaca panas,"  katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ruhashimah di talian 013-9590706.
Janda Perlis fobia bersolek
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KANGAR –  Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang  berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku  perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk  bersolek selepas perceraian.
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad  Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau  ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak  laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.
Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan  tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara  berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik. 
“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka  bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau  berbedak kerana  menganggap diri mereka tidak laku lagi.
“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah  kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan  masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal  2011 di sini semalam.
Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan  oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor  Jusoh. 
Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan  tersebut lebih suka  mengurung diri dalam rumah kerana bimbang  pandangan serong masyarakat  kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.
Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.
Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.
POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA 

Perkara  ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi  dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum  kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga  isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab  ini memang telah  banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan  oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin  mereka bercadang hendak pasang lebih kod)
...ini kesempatan  ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada  penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis  ada mengajar  bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang  menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat  3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua  atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis  saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....
Jika  diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw  sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang  lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang  muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki  tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang  muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan  pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi  saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang  pertengahan'...maksud alhadis...
Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.
2.Bilangan  lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang  gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan  kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin  kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan  dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang  jumlahnya....
Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi  dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa  nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan  'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk  mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai  pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan  kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah  menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah)  membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'
Disitu  Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang  dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak  lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada  nyatalah  seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih  banyak)......
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..
4.Biasalah  tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada  kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya  seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu  lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan  yang lain.
5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada  perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada  poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat  pembelaan.
6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan  irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang  tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan  atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang  buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana  mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai  Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit  tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi  terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis  dengannya itu kedalam  lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana  tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..
7.Poligami itu  diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan  menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya  tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah  swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan  keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah  dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...
8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....
jika  dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan  lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan  sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang  kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang  dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang  mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas  pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga  atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan  takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2  mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud  alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran  kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan  Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir,  sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah  tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan  dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib  malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.
Takut  kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan  orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari  quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari  Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi  kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa  atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah  pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak  masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....
 PASAL POLIGAMI LAGI 

Lega  penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin  mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam  itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak  tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda  disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh  dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang  bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada  Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan  qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita  reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah  ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor  sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...
Seorang  isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma  musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia  hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun  ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi  pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan  terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat,  puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih  sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam  dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak  ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi  rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan  beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan  pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis  me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi  jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki  ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup  dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang  berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak  pada isteri reda isteri2 maka adillah suami
...akhirnya penulis  cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang  tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya  perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin  lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala  baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga  bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya  mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib  wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan  segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran  tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan  zina.
...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan  zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar  rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10  kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil  Allah swt bersifat  bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia  dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi  barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf  banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat  batang hidung sendiri.....
Poligami 
Poligami ikut syarak, adil jamin bahagia
Oleh Asyraf Ismail
2010/05/25
 Tidak patuhi syarat ditetapkan Islam  punca pandangan negatif masyarakat  
POLIGAMI,  adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah  manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami  adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga  adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi  amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi.
Allah SWT  berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap  perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka  berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan  (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan  berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan)  seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.  Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak  melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
Penulis tidak ingin  membincangkan lebih lanjut syarat itu secara khusus, namun ingin membawa  pembaca melihat kepada realiti semasa atau permasalahan semasa  berkaitan poligami.
Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan  dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat  memandangnya begitu. Masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai  adegan dan pemasalahan konflik poligami sama ada secara realiti atau  lakonan di kaca televisyen.
Realitinya, masyarakat sering  dihidangkan dengan keluarga poligami yang berpecah belah, tidak adil,  isteri ditinggalkan, anak-anak terbiar dan sebagainya. Lakonan filem dan  drama tidak kurang membuat paparan serupa malah lebih hina lagi apabila  ia dijadikan bahan jenaka. Salahkah masyarakat berfikiran begitu?  Mungkinkah jika mereka diberi hidangan yang lain mengenai poligami, maka  mereka akan berubah fikiran?.
Pengamal poligami kebanyakannya  bukanlah mereka yang layak seperti disyaratkan oleh Allah SWT di dalam  Surah An-Nisa’ ayat 3 itu. Mereka mungkin bersedia dari sudut fizikal  tetapi bagaimana pula dengan mentalnya (rohani)? Bersediakah mereka  dengan ilmu? Bersediakah mereka dengan kesedaran bahawa Allah akan  menyoal setiap amanah yang mereka pikul?
Sunnah Nabi SAW sering  dijadikan alasan dan sandaran rapuh bagi golongan ini yang kononnya  ingin mengamalkan sunnahnya. Kebanyakan mereka tidak menyedari sunnah  ini disandarkan kepada hukum keharusan bersyarat yang Allah SWT  nyatakan. Syarat-syarat ini sering dikesampingkan demi mencapai  cita-cita berpoligami yang menjadi idaman sejak sekian lama.
Nafsu  dan syahwat berlegar menguasai hati dan minda supaya terus menempuhnya  tanpa perlu direnung lagi. Akibatnya, terjadilah poligami yang hina dan  dihina. Wanita yang mengharapkan poligami dapat menyelamatkan mereka,  terus hampa.
Namun, di sana ada begitu ramai kalangan wanita yang  perlukan kasih sayang, perlukan suami, perlukan perlindungan daripada  seorang lelaki. Bilangan wanita yang terus melebihi lelaki semakin  bertambah saban tahun. Nisbah ini semakin ketara apabila dilihat secara  lebih dekat di menara gading atau pusat pengajian lain.
Kebanyakan  wanita yang berjaya sukar mendapatkan pasangan sesuai bagi mendirikan  rumah tangga apatah lagi menginginkan pasangan yang baik. Lebih ketara  lagi kepada janda (ibu tunggal) yang bercerai sama ada cerai hidup atau  mati. Ramai di kalangan mereka muda serta masih mengimpikan sebuah  keluarga.
Namun hakikatnya, mendapat pasangan yang masih bujang  ketika mereka sudah bergelar janda dengan sejumlah anak, impian ini  semakin sukar. Apakah jawapannya? Tentulah poligami. Dilema ini semakin  menjadi rumit apabila memikirkan hakikat poligami semasa serta pandangan  serong masyarakat terutama kalangan wanita sendiri terhadap amalan ini.
Kemungkinan  besar, derita ibu tunggal ini akan berterusan terpaksa dipendam tanpa  sempat menikmati hidup berkeluarga atas halangan terbabit. Wanita ini  terus hampa. Ke mana perginya lelaki yang baik? Ke mana perginya ustaz  yang begitu lantang menyampaikan dakwah? Mengapa mereka tidak tampil dan  mengamalkan poligami sebenar sebagai contoh seumpama sunnah Nabi SAW?
Persoalan  ini kerap timbul dan dibahaskan, ditambah ingatan bahawa sesungguhnya  dakwah Nabi SAW berjalan serentak antara bil hal dan bil lisan (dengan  perbuatan dan dengan perkataan). Nabi SAW tidak hanya mengajak umatnya  ke masjid berjemaah tanpa Baginda terlebih dulu menunjukkan contoh.  Begitulah dalam hal poligami yang diharuskan Allah SWT, Rasulullah  adalah contoh teladan yang patut diikuti sepanjang zaman.
Mungkin  kebanyakan lelaki baik ini mempunyai seribu satu alasan yang munasabah  mahupun yang direka-reka. Antara alasan munasabah yang paling kerap  diutarakan ialah berkaitan dengan undang-undang mengenai poligami.  Undang-undang dilihat terlalu sulit lagi menyulitkan bagi mereka yang  ingin berpoligami.
Pemohon perlu membuat permohonan melalui  Mahkamah Tinggi Syariah yang namanya sudah menimbulkan gerun. Mahkamah  Tinggi Syariah di Malaysia pula mempunyai bilangan hakim yang terhad  sehinggakan kadangkala menunggu giliran perbicaraan, rumah tangga yang  dibina sedia kala menjadi retak menunggu belah mahupun terus berderai.
Mahkamah  pula akan memanggil isteri pemohon, di samping bakal isteri serta  walinya. Perbicaraan biasanya dibuat dalam mahkamah terbuka yang sedikit  sebanyak menyebabkan ramai yang terbantut memikirkan kemungkinan aib  yang bakal didengari orang lain. Perbicaraan biasanya akan membabitkan  keterangan isteri yang peratus menolaknya sangat tinggi.
Maka  keterangan ini kebiasaannya akan membabitkan kelemahan atau kekurangan  suami sebagai menguatkan hujah menolak permohonan itu, sama ada ia benar  atau mungkin ditambah-tambah. Mana mungkin orang baik lagi terhormat  sanggup menghadapi keadaan ini sedangkan mereka dihormati dan disanjung  masyarakat.
Akhirnya, mereka hanya memendamkan hasrat poligami  demi kerana baiknya mereka dan tidak sanggup menanggung malu. Wanita  yang memerlukan pembelaan atau perlindungan lelaki yang layak dan baik,  sekali lagi hampa.
Kesimpulannya, poligami adalah jalan  penyelesaian yang disediakan Allah untuk hamba-Nya. Hamba-Nya sebagai  khalifah, haruslah mengatur jalan ini supaya cantik dan sesuai. Semua  syaratnya harus dipenuhi dan dipelihara tanpa dihujani tambahan perkara  yang menyulitkan. Kekeluargaan adalah permulaan sebuah ketamadunan.  Sistem Islam adalah penyelamat.
Tragedi Deepavali empat beranak
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN 
SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Rembau, Negeri Sembilan semalam. 
REMBAU – Sebuah keluarga yang sedang berkabung atas kematian dua  ahlinya tidak menyangka akan kehilangan dua lagi ahli keluarga mereka  secara serentak selepas terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.
Kejadian pukul 8.50 pagi di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin di  sini itu mengakibatkan P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Jothi, 36,  rentung manakala dua anak lelaki mereka, M. Visagaran, 14, dan M.  Sreekhantuun, 10, cedera parah.
Difahamkan, keluarga Jothi tidak membuat sebarang persiapan menyambut  Deepavali kerana masih berkabung atas kematian bapa saudara dan sepupu  mereka akibat sakit beberapa bulan lalu.
Sebelum kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan ke Palong,  Jempol dari Taman Seremban Jaya, Seremban bagi melawat saudara-mara  Mugunthan.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda  City yang dinaiki empat beranak itu bertembung dengan sebuah kereta  jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan  sebelum kereta mangsa terbakar.
Katanya, sebuah kereta jenis Toyota Camry yang berada di belakang  kereta mangsa turut melanggar kenderaan empat beranak tersebut selepas  gagal menekan brek. Pemandu kereta itu tidak cedera manakala pemandu  Proton dikejarkan ke hospital.
“Polis masih menyiasat bagaimana kereta tersebut boleh bertembung  hingga mengakibatkan kemalangan ngeri,” kata jurucakap itu lagi.
Tambahnya, dua anak mangsa sempat dibawa keluar oleh orang ramai yang  melalui jalan tersebut tetapi pasangan suami isteri itu tersepit dan  gagal ditarik.
Menurut jurucakap itu, dua beranak yang diselamatkan sempat melihat  ibu bapa mereka terbakar sebelum kedua-duanya pengsan lalu dibawa ke  hospital.
Seramai 14 anggota dan tiga buah jentera bomba dari Senawang,  Seremban 2 dan Rembau dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan  kebakaran serta mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd.  Halil Hamzah memberitahu pihaknya masih menyiasat punca sebenar  kemalangan itu.
Dalam pada itu, adik Jothi, K. Vishnu, 28, memberitahu, keluarga  kakaknya tiba di rumah ibunya di Seremban dari Skudai, Johor sejak Sabtu  lalu sempena cuti Deepavali.
Katanya, sepanjang berada di Seremban, empat beranak itu tidak  menunjukkan perangai pelik tetapi gembira kerana dapat berjumpa dengan  adik-beradik yang lain walaupun masih berkabung.
“Kami jarang berjumpa kerana kakak menetap bersama suaminya di Skudai dan hanya pulang ke Seremban apabila cuti.
“Mereka sekeluarga sebenarnya mahu melawat abang Mugunthan yang  tinggal di Palong tetapi hajat mereka tidak kesampaian,” ceritanya  sedih.
Gadis hilang mati dibunuh
Oleh FARIK SALLEH
berita@kosmo.com.my
ANGGOTA polis mengangkat mayat Nurul  Atikah yang ditemui mati dibunuh di kuarters Ladang Kambau, Tanjung  Sedeli, Kota Tinggi, Johor semalam. 
KOTA TINGGI – Misteri kehilangan seorang gadis sejak petang kelmarin  terjawab apabila dia ditemui mati akibat dibunuh di ruang dapur sebuah  rumah jirannya di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedeli kira-kira 40  kilometer dari sini semalam.
Mayat Nurul Atikah Samsiah, 15, yang lengkap berbaju T dan berseluar  sukan ditemui dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya  dibawa ke situ berdasarkan terdapat kesan seretan di lantai dapur dan  di kawasan sekitar. Rumah itu hanya terletak selang tiga pintu dari  kediaman gadis malang tersebut.
Rumah itu sering kosong dan hanya didiami oleh seorang pekerja bujang yang hanya datang untuk memasak. 
Datuk mangsa,  Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang menetap di  situ bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang kelmarin.
Katanya, mayat mangsa ditemui pukul 6.30 pagi semalam oleh penduduk  yang melancarkan operasi mencari sejak kehilangannya dihebahkan.
“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Tanjung Sedeli sebaik  dimaklumkan mengenai penemuan mayat cucu saya oleh ibunya, Rahimah.  Ketika itu saya berada di Kampung Sungai Perepat kira-kira 10 kilometer  dari Ladang Kambau,” ceritanya yang enggan mengulas lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Abdul Samad  Salleh memberitahu, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu  siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pihaknya menganggap kes itu selesai dengan penahanan pekerja ladang berusia 41 tahun tersebut.
Sorok bayi dalam plastik
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang  didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya  telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu  di dalam  plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut  membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum  penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek  telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di  dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam  (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah  sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal  mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit. 
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu  kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek  dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut.
Pegawai palsu PUNB lesapkan duit peniaga
Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my
PASAR Siti Khadijah yang menjadi tumpuan lelaki yang menyamar sebagai pegawai PUNB di Kota Bharu baru-baru ini. 
KOTA BHARU – Seramai 25 peniaga Pasar Siti Khadijah di sini mendakwa  ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Perbadanan  Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan menawarkan pembiayaan pinjaman  perniagaan baru-baru ini.
Pengerusi Koperasi Pasar Siti Khadijah, Mohamad Ibrahim (gambar)  berkata, dua bulan lalu, seorang lelaki datang ke pasar berkenaan dalam  keadaan tergesa-gesa dan menawarkan pinjaman pembiayaan kepada peniaga  pasar.
“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu menunjukkan borang  pembiayaan dan memberitahu peniaga pasar yang berminat membuat pinjaman  sehingga RM500,000 boleh membuat permohonan melaluinya.
“Dia turut menyatakan masa untuk membuat permohonan sangat terhad dan  meminta peniaga segera membayar RM50 sebagai bayaran ahli,” dakwanya di  sini semalam.
Tambahnya, lelaki tersebut turut berjanji sekiranya peniaga sudah  menjadi ahli dan memberi nombor akaun bank serta membayar RM50, PUNB  akan memasukkan wang RM500 sebagai hadiah pendaftaran.
Tertarik dengan tawaran dan janji manis lelaki terbabit, 25 peniaga  yang berhasrat mengembangkan perniagaan terus memberi RM50 setiap orang  dan segera membuat salinan kad pengenalan untuk mendaftar.
“Selepas dua minggu tiada berita daripada PUNB, ahli jawatankuasa  koperasi membuat laporan kepada PUNB dan pihak perbadanan yang datang ke  Kelantan menyiasat dan kemudian mengesahkan kami ditipu.
“Kami harap, peniaga di tempat lain berhati-hati jika lelaki ini datang membuat tawaran serupa,” katanya.
Ibu bapa persoal bayaran RM10
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
SEORANG penduduk menunjukkan bukti   yuran yang dikenakan ke atas murid-murid sekolah agama Taman Kota Masai  sebanyak RM10 sebulan di Pasir Gudang semalam. 
JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini  menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di  kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak  munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan  terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran  tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan  sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa  yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak  mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar  sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi  selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan  bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan  kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang  semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa,  meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga  anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga  anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar  setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar  setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana  seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya. 
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor,  Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang  ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut  dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.