DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Posted on the March 15th, 2013 under Tempatan by admin
Gambar
kanan: Keadaan kaki bayi yang berlumuran darah yang tersebar di
facebook yang kononnya berlaku akibat kecuaian kakitangan HRPZII.
KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang
disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar
seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami
kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika
menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di
HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman
sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya
tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam
semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di
hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap
pihak HRPZ II.
“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai
kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam
lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad
dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.
“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan
tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan
untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku
sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,”
katanya.
Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan
berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga
tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam,
sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.
“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang
mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi
semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut
ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook
bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran
jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan
agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi
itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.
Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman
berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan
bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.
Sinar
Penduduk nyaris disembelih pengganas
Posted on the March 15th, 2013 under Tempatan by admin
LAHAD DATU – Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan
detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di
Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa
penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang
dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.
Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu
tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan
bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan
pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.
“Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan
kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa,” kata
Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam.
Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.
“Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat
beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang
pihak berkuasa,” kata Ajmain.
Kosmo
Fasha Bakal Timang Bayi lelaki
Posted on the March 15th, 2013 under Artis by admin
Ketika kandungannya mencecah sembilan bulan, pelakon Fasha Sandha
mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada penghujung Mac atau
awal April ini.
“Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah
jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada
penghujung Mac atau awal April depan.”
“Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan
kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal)
yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia
boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain,” ujar Fasha yang
dipetik daripada Harian Metro.
Berita baik ini tentunya memberi peluang kepada Fasha dan Jejai untuk
membuat persiapan rapi bagi menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Tahniah!
Media Hiburan
Haleeda Enggan Dedahkan Kisah Rumah Tangga
Posted on the March 15th, 2013 under Artis by admin
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon wanita Haleeda enggan mengulas
berhubung kisah peribadi dan rumah tangganya apabila dikatakan berkahwin
di negara jiran, Thailand pada tahun 2011.
Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin, 40, berkata dia kembali
semula ke dunia seni bagi mengubati kerinduan selepas tiga tahun menyepi
dan ingin mengelak kisah peribadi dibangkitkan.
“Maaf, kisah rumah tangga saya tidak menarik untuk diceritakan kepada umum.
“Saya terima tawaran berlakon semula kerana sudah beberapa kali
dipujuk oleh pihak produksi, lagi pula hati saya tiba-tiba terbuka untuk
terima tawaran berlakon,” katanya.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini
pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan sudah bernikah di
negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa
filem termasuk Sembilu.
Bagaimanapun, sehingga kini Haleeda masih belum mendedahkan identiti sebenar suaminya.
Jelas Haleeda, selama tiga tahun menyepi, dia memilih untuk menjadi
suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak tunggalnya, Amirah Amini
Azman yang kini berusia 18 tahun.
“Saya tidak buat apa-apa hanya sepenuh masa sebagai suri rumah, lagi
pula anak saya bersekolah dan memerlukan tumpuan yang banyak, sekarang
dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini pun dia yang suruh saya berlakon semula dan ingin melihat saya di televisyen,” katanya.
Bercerita tentang penghijrahan imej terbaharunya iaitu bertudung, Haleeda mengakui banyak batas yang perlu dijaga.
“Saya mula bertudung sejak tiga tahun lalu, saya akui tidak banyak
watak yang sesuai dengan pelakon bertudung. Saya juga mahu watak yang
sesuai dengan penampilan saya sekarang.
“Kalau boleh biarlah watak yang sopan juga,” katanya.
Jelas Haleeda kemunculan semula selepas tiga tahun menyepi sedikit sebanyak mengubat kerinduan dirinya terhadap bidang lakonan.
Bagaimanapun, dia tidak meletakkan bidang seni ini sebagai punca pendapatan seperti suatu masa dahulu.
Haleeda membintangi drama bersiri berjudul Bangkitnya Seorang
Perempuan pada slot Samarinda yang telah disiarkan bermula pada Rabu
lalu.
mStar
Polis tubuh pasukan khas siasat kes samun, rogol wanita Amerika
Posted on the March 15th, 2013 under Tempatan by admin
SHAH
ALAM – Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes
membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan
disamun dan dirogol pada Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah
berkata, polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai
terbabit dengan
kejadian itu.
“Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki
berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi
semalam (kelmarin),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Wanita berusia 20-an itu menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah
di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di
Sungai Pelek,
Sepang sebelum dirogol.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata,
pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu
terlibat.
Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu.
Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka. – Bernama
Wanita Amerika Dirompak, Dirogol Pemandu Teksi
Posted on the March 14th, 2013 under Tempatan by admin
PETALING JAYA: Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi
wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua
lelaki.
Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di
pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan
sebuah teksi.
Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.
Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan,
barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di
Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara
Damansara.
Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.
Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya
pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat
laporan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan
polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu. “Kami telah menahan
seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap
dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi
hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.
mStar
Subhanallah! Matahari yang bersinar di tengah malam
Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki
keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai
187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki
sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah
malam.
Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub,
selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan
disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini
biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai.
Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik
dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan
malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki
gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24
jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan
golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang
terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa
pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland
serta Tasik Tornestrask.
Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam,
aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah
bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling
utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen
tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut
dengan kesejukan.
Hal ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat
matahari tetap bersinar sehingga menjadikan wilayah ini tetap hangat
sekaligus masih mempunyai salji untuk para pemain ski berseluncur.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di
dunia. di hotel ini, para tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang
dilapisi cadar bahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan
meja, semua yang ada di hotel ini diperbuat daripada ais.
Hotel ini dibina pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini
dibina oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini.
Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk
tahun ini, Hotel ais dibuka juga pada musim panas. Seperti biasa, air
untuk membuat ais ini diambil dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari
hotel.
Detik Islam
Posted on the March 16th, 2013 under Politik by admin
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat
khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran
(Parlimen dan Dun),” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad
Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.
Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.
Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara
berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak
dibubarkan lebih awal.
Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam
warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang
calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam
peraturan-peraturan ini disebut “hari penamaan”, yang tidak kurang
daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau
tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu
dipertandingkan.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.
“Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian… tunggu, nanti SPR akan tetapkan.
“Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk
yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk
dihantar balik,” kata Wan Ahmad.
Sinar
Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang
Posted on the March 16th, 2013 under Politik by admin
Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak
ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua
meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam
11.15 malam tadi.
Tian Chua – yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis
lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu –
sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan
Keling.
Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling
topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan
tempat berkenaan.
“Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!” jerit seorang lelaki,
sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: “Saya ada
kawan yang mati di Lahad Datu.”
Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar
daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: “Saya tak boleh tunggu. Kena
elak konfrontasi.”
Malaysiakini
Agbimuddin Kiram sudah lari ke Filipina
Posted on the March 16th, 2013 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah
melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,
dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu
pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua
kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai
Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota
Kinabalu, Sabah, malam ini.
Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan
mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil
di beberapa
kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang
menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki
Sungai Bilis, Lahad
Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso
berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya
Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang
lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.
Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh
militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar
dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa
pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat
rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan
dalam tempoh itu,
kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.
Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai
timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.
Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina
menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka
akan dihadapkan di mahkamah negara itu.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan
militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan
kumpulan yang
menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.
Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset
ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis
pencerobohan militan Sulu itu.
Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan
terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala
sembilan
anggota pasukan keselamatan cedera. – Bernama
PI Bala meninggal dunia
Posted on the March 15th, 2013 under Tempatan by admin
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.
Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri
tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa
beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat
menjelang pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai “PI Bala” memainkan peranan dalam
dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa
Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu
lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di
restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.
Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi
meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
“Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh
dua minggu,” kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada
Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.
Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur,
beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.
Mendiang memberikan wawancara terakhirnya kepada Malaysiakini pada Isnin lalu.
Malaysiakini
Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman
Posted on the March 15th, 2013 under Tempatan by admin
Suspek seorang guru dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan
berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari
mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal
Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis
mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan
berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh
setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook
miliknya yang menyatakan: “semua anggota polis yang terkorban dalam
serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati
katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak
Sulu.”
Sinar
BEBERAPA anggota tentera menaiki sebuah trak yang membawa bekalan makanan ke Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.
LAHAD DATU - Semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di
sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan
dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan
bergolak tersebut.
Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas
Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di
dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.
Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang
sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati
ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang
dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua kubur itu
ditemui selepas pasukan keselamatan membuat pemeriksaan teliti di
kawasan kampung tersebut.
"Ketika pertempuran pada 1 Mac lalu, dua anggota kita telah terkorban
manakala kita pula memberitahu 12 pengganas telah ditembak mati. Namun
pada masa itu, kita tidak menemui mayat musuh.
"Apabila kita melakukan pemeriksaan enam hari kemudian, kita menemui
sembilan mayat di dalam satu lubang besar. Hari ini (semalam) pasukan
keselamatan yang memeriksa kawasan itu sekali lagi menemui enam lagi
mayat di dalam dua buah kubur menjadikan jumlah yang mati menjadi 15 dan
bukan 12 seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya pada sidang
akhbar di sini.
Azzimuddie lari tinggalkan pengikut
KOTA KINABALU - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina.
Azzimuddie yang sebelum ini mengatakan tidak akan berganjak dari bumi
Sabah yang dicerobohnya sejak 12 Februari lalu kini terpaksa menjilat
ludah sendiri apabila maklumat mengatakan yang dia lari dari medan
perang sejak beberapa hari lalu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan risikan pihaknya.
"Azzimuddie hanya membebankan pengikutnya untuk berperang sedangkan
dia lari pulang ke tanah air," katanya pada sidang akhbar di sini
semalam.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Sementara itu, Ismali berkata, kesimpulan itu juga adalah hasil maklum balas daripada pegawainya.
"Dia memaklumkan Azzimuddie tiada lagi bersama pengikutnya," jelasnya.
Si mulut celupar mesti dihukum
NAJIB mengaminkan bacaan doa ketika
memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Ahmad Hurairah
Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera
Udara Malaysia Rabu lalu.
KUALA KRAI - Emosi Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) semalam
bercampur-baur tatkala membicarakan mengenai pencerobohan pengganas Sulu
di Lahad Datu Sabah ketika berucap di hadapan 45,000 rakyat dalam satu
majlis di sini.
Emosi Perdana Menteri menjadi marah apabila ucapannya menyentuh
mengenai pihak yang menganggap insiden tersebut sebagai satu bahan
gurauan hingga mereka tergamak mempolitikkan dan mempermainkan kejadian
itu sedangkan ia melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Katanya, ketika ini, semua pihak yang merasakan Malaysia tanah tumpah
darahnya wajib bersatu hati tidak kira apa fahaman politik
masing-masing.
"Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita
kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (Pas),
roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan
negara ini, tidak boleh dimain-mainkan," katanya pada Majlis Pemimpin
Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini.
Caj lesen memandu OKU mansuh
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI syakir.sazili@kosmo.com.my
CHO HA (kiri) beramah mesra dengan tiga penerima lesen kategori orang kelainan upaya di Seri Manjung semalam.
MANJUNG - Berkuat kuasa semalam, orang kelainan upaya (OKU) di
seluruh negara yang memiliki lesen motosikal tidak lagi dikenakan
bayaran pembaharuan, sebaliknya hanya dikenakan caj nominal RM2.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebelum ini,
OKU perlu membayar kadar bayaran yang sama seperti pemilik lesen memandu
lain iaitu RM20 bagi motosikal dan RM30 untuk kereta.
Bagaimanapun jelas beliau, pemansuhan bayaran pembaharuan lesen
memandu kereta untuk OKU hanya berkuat kuasa pada 1 Mei depan bagi
membolehkan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dinaik taraf.
"Selain itu, OKU yang ingin mengambil ujian memandu (Lesen L),
bayaran RM10 yang dikenakan (JPJ) sebelum ini dimansuhkan dan mereka
boleh (menduduki) ujian secara percuma.
Najib dedah tujuh dosa Pas
LEBIH 50,000 orang hadir bagi
memberikan sokongan kepada Perdana Menteri pada majlis Bekwoh Rakyat
Bersama Perdana Menteri di n Tanah Merah semalam.
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya
menolak pakatan pembangkang termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa
besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana Menteri berkata, dosa pertama pemimpin pembangkang,
terutamanya Pas adalah gagal mempertahankan kesucian agama Islam
daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya.
"Pas gagal untuk pertahankan kalimah Allah. Mereka tidak berbuat
demikian kerana kira kerusi, takut kepada DAP dan kerana kira undi.
"Kalau berjuang atas nama Islam, kenapa tak letakkan Islam di tempat
tertinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Bekwoh (Kenduri)
Bersama PM bersama lebih 50,000 rakyat Tanah Merah di sini semalam.
Ribut melanda sebaik Najib selesai berucap mengenai 7 dosa besar di Kelantan.. Posted on Saturday, March 16 @ 01:34:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever Oleh: AnakSgDerhaka
"
Ini apa yang Bernama laporkan..Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak
rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan
pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah
melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana
Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan
penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji
kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus
membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat
perjuangan PAS sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR)
terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara
PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang
terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara
untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut
hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri
di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.
Turut
hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan
Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk
Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut... kononnya...
Berikut pula adalah apa yang Bernama tidak laporkan..
Sejurus Najib selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan
lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat
melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang
dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa
buah yang lain.
Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Khemah berkenaan agak jauh dari khemah utama yang menempatkan Najib dan
barisan pemimpin Umno dan BN negeri dan nasib baiklah serpihan khemah
terbang tidak masuk ke dalam khemahnya.
Video sila lihat di SINI
Ribut melanda Kehadiran PM di Kelantan Posted on Saturday, March 16 @ 08:32:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh ALBA
Pada minit 0.25 beberapa khemah terangkat dilanda ribut akibat daripada sebutan Najib 7 Dosa Besar!!
Paparan lebih besar
Ini selepas itu...
Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan
SEKUMPULAN penunjuk perasaan
membakar poster Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang memakai
bendera Malaysia dan Amerika Syarikat di depan Kedutaan Malaysia di
Manila semalam.
MANILA - Jurucakap keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham
Idjirani gagal untuk hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) selepas dia
menerima saman untuk hadir bagi memberi keterangan dalam siasatan
berhubung konspirasi pencerobohan di Sabah.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Pastor Boy Saycon yang merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram III turut tidak hadir selepas saman tersebut dikeluarkan.
Kedua-dua mereka telah menghantar surat tunjuk sebab kepada NBI kerana tidak hadir.
Saycon yang dipanggil oleh NBI pada Selasa lalu berkata, tiada
seorang pun ahli keluarga Jamalul Kiram akan pergi ke NBI untuk memberi
keterangan walaupun mereka telah dipanggil.
Hanya penyampai radio, Waldy Carbonell hadir ke NBI untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Carbonell menafikan penglibatannya dalam konspirasi di Sabah.
Dia mendakwa hanya mengetahui kehadiran para pengikut Jamalul Kiram
di Lahad Datu, Sabah selepas dua hari mereka meninggalkan Sulu.
Carbonell mengaku dia merupakan rakan rapat dan penyokong Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang nasihat mengenai rancangan untuk mengambil alih Sabah.
Pada Selasa lalu, sepina dikeluarkan NBI kepada Jamalul Kiram dan
beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan
terdapat konspirasi dalam krisis pencerobohan di Sabah.
Namun, pihak NBI telah menarik balik sepina itu dan hanya Idjirani diminta tampil bagi mewakili pihak keluarga itu.
Isu pencerobohan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki bersenjata
yang merupakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12
Februari lalu.
Pencerobohan itu menyebabkan berlakunya pertempuran antara kumpulan keselamatan Malaysia dengan para pengikut itu. - Agensi
Tiga maut di selatan Thai
SEBUAH kren digunakan untuk mengangkat trak yang musnah akibat letupan bom di daerah Ruso, Narathiwat semalam.- AFP
NARATHIWAT - Satu letupan kuat bom tepi jalan meragut nyawa tiga
anggota polis di selatan Thailand semalam, kata seorang jurucakap
tentera.
Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai
pihak berkuasa Thai dengan gerila Barisan Revolusi Nasional (BRN)
berlangsung di Malaysia.
Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan di daerah Ruso, di Narathiwat.
Ia kemudian diletupkan ketika trak yang membawa anggota-anggota peronda polis melalui jambatan tersebut.
Letupan kuat menyebabkan tiga anggota polis itu terbunuh manakala
seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam sungai manakala trak
berkenaan musnah.
Mengesahkan kematian mereka, jurucakap tentera selatan negara ini,
Kolonel Pramote Promin berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh
gerila-gerila yang menentang dialog damai yang akan diadakan di Malaysia
pada 28 Mac ini.
"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka
menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih
banyak kekacauan," katanya.
Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa
wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak
sembilan tahun lalu.
Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini. - Agensi
Samsung perkenal telefon S4
SEORANG pengguna memegang telefon bimbit S4 di Dewan Radio City Music, New York kelmarin.-AFP
NEW YORK - Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang nipis dan canggih
kelmarin sebagai gajet terbaharu untuk menyaingi Apple dalam segmen
telefon pintar.
Gergasi kepenggunaan elektronik itu memperkenalkan Galaxy S4 di pentas Dewan Radio City MUsic di sini.
Menurut firma Korea Selatan tersebut, S4 akan dipasarkan di 155 buah negara April depan tetapi harganya belum didedahkan.
"Bagi setiap manusia, hidup ini satu perjalanan," kata Ketua Divisyen Komunikasi Samsung, JK Shin.
Antara ciri-ciri S4 termasuk skrin definisi tinggi 12.7 sentimeter,
keupayaan rakaman gambar dipertingkatkan dan fungsi penterjemahan
melibatkan sembilan bahasa.
Selain itu, pengguna juga boleh memuat naik kandungan klip video S4 ke dalam televisyen Samsung.
Samsung merupakan pembuat telefon pintar yang dijana perisian Android
terbesar dan paling berjaya di dunia. Perisian Android dikeluarkan oleh
Google dan boleh dimuat turun secara percuma.
Sebelum ini, Samsung telah menjual model telefon pintar Galaxy S3
lebih 40 juta unit di seluruh dunia sejak gajet itu dilancarkan pada Mei
tahun lalu.
Telefon S4 dilengkapi kamera belakang dan hadapan yang boleh
beroperasi serentak untuk rakaman gambar serta klip video bagi
menggabungkan imej subjek serta jurugambar.
Fungsi Main Berkumpulan S4 pula membolehkan beberapa gajet tersebut berkongsi muzik, gambar, dokumen atau permainan video.
Klip video yang disiarkan pada gajet itu akan terhenti jika penggunanya menoleh ke arah lain.
Rakaman video itu akan disambung semula apabila mata penonton kembali tertumpu pada skrin S4.
Gajet seberat 130 gram itu juga dapat digunakan untuk merekodkan
senaman, pemakanan, kadar degupan jantung dan beberapa faktor kesihatan
lain.
Telefon bimbit itu juga boleh mengesan suhu dan kelembapan bagi membantu pemiliknya mendapat maklumat persekitaran mereka.
"Terus terang, Samsung Galaxy S4 amat bagus tetapi gajet ini adalah
evolusi kepada S3 dan bukan revolusi," kata penganalisis teknologi, Jeff
Kagan. - Agensi
Polis Indonesia tembak mati tiga militan
SEJUMLAH penduduk mengerumuni lokasi sebuah pondok yang mengandungi bahan letupan dan senjata di Bekasi semalam.-AP
JAKARTA - Polis Indonesia menembak dan membunuh tiga suspek militan
dan menangkap empat yang lain dekat sini, kata pihak berkuasa semalam.
Pihak berkuasa turut merampas 12 butir bom buatan sendiri dan
sejumlah senjata lain daripada sebuah kumpulan tersebut yang disyaki
merancang melakukan keganasan di sebuah pondok di Bekasi.
Dua lelaki berkenaan melawan apabila polis cuba menangkap mereka di
barat bandar raya ini berhubung kes rompakan sebuah kedai barangan
kemas.
Jurucakap Polis Nasional, Brigedier Jeneral Boy Rafli Amar berkata, pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki berkenaan.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek kedua menyebabkan
maklumat diperolehi bahawa tujuan itu adalah untuk membiayai aktiviti
keganasan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu lima lagi anggota kumpulan itu kelmarin.
Menurut Rafli, dua lelaki itu ditembak mati selepas mereka mengacukan
senjata api ke arah polis manakala tiga yang lain telah ditangkap.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas lebih satu kilogram barangan
kemas diperbuat daripada emas, lima senjata api buatan sendiri dan 14
bom paip.
Polis kini menyiasat sama ada kumpulan tersebut terlibat dengan aktiviti keganasan. - AP
Tulang gajah purba ditemui
DUA pekerja Muzium Sejarah Semula
Jadi El Salvador berdiri dekat rangka tulang gajah purba di Sungai
Tomayate, Apopa kelmarin.- REUTERS
APOPA, El Salvador - Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El
Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate,
di sini pada Februari lalu.
Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.
Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.
Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.
Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan
usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. -
Agensi
Daging babi ditemui dalam sosej ayam halal
LONDON - Sejumlah daging babi ditemui dalam sosej ayam halal yang
dihidangkan di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini, kata pihak
berkuasa pentadbiran tempatan kelmarin.
Daging babi itu dikesan di Sekolah Rendah Bryanston Square selepas
Majlis Perbandaran Westminster melakukan ujian ke atas produk daging di
sekolah susulan skandal penipuan label daging kuda di Eropah.
Menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Westminster, beberapa
pegawai majlis itu mengambil tujuh sampel dari tiga buah sekolah bermula
25 Februari lalu untuk menguji kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA)
lembu, biri-biri, babi, ayam, ayam belanda, kambing dan kuda.
Kata jurucakap berkenaan, pihaknya memberikan kontrak membekalkan
makanan ke sekitar 40 buah sekolah di Westminster kepada firma
Chartwells.
Firma tempatan itu merupakan anak syarikat Compass Group. Jelasnya, tiada daging kuda ditemui dalam semua sampel itu.
Susulan penemuan itu, majlis itu telah menamatkan kontrak firma
tersebut dan menghentikan bekalan daging sehingga isu berkenaan selesai.
- Reuters
Traktor tempatan popular di Veitnam
SEORANG lelaki memandu sebuah
traktor buatan tempatan yang membawa batang kayu dan pekerja di wilayah
Gia Lai pada Selasa lalu.- AFP
HANOI - Traktor buatan sendiri amat popular dalam kalangan penduduk
kampung yang bekerja sebagai petani di wilayah Gia Lai, Veitnam.
Penduduk kampung menggunakan traktor itu untuk pelbagai tujuan seperti membawa barang, hasil perladangan dan pekerja.
Harga traktor buatan tempatan di kawasan berbukit yang dibeli para petani itu ialah kira-kira AS$1,000 (RM3,121). - AFP
Wanita berusia 106 tahun terima sijil sekolah tinggi
SHORT (kiri) menyampaikan sijil sekolah tinggi kepada Reba di apartmennya di Columbus kelmarin.- AP
COLUMBUS - Seorang wanita berusia 106 tahun, Reba Williams menerima
sijil sekolah tinggi daripada seorang ketua pentadbiran sekolah di sini
kelmarin.
Reba berkata, dia berjaya menamatkan persekolahan di sebuah sekolah tinggi di Ohio selepas belajar selama 12 tahun.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak diberikan sijil kerana keengganannya membaca sebuah buku yang diarahkan oleh seorang guru.
Seorang anak perempuannya, Lavata Williams yang berusia 78 tahun
memberitahu, semasa menjadi pelajar, seorang guru ibunya itu memintanya
membawa buku tersebut ke rumah untuk dibaca.
Lavata berkata, ibunya diminta menulis satu laporan mengenai buku berkenaan jika dia mahu mendapatkan sijil.
Bagaimanapun, ibunya menyatakan, dia tidak menyukai buku tersebut dan ia tidak bernilai untuk dibaca.
Seorang bekas guru bahasa Inggeris kemudian meminta Lembaga
Pendidikan Mount Vernon memberikan sijil tamat sekolah tinggi kepada
wanita tersebut selepas membaca tentang kisahnya.
Seorang pegawai pentadbiran sekolah AS, Steve Short kemudian datang ke apartmen Reba dan menyampaikan sijil sekolah tinggi itu.
Reba memakai topi untuk lulusan pelajar sekolah tinggi semasa dia menerima sijil tersebut.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai seorang tukang masak lahir pada tahun 23 Januari 1907. - Agensi
Bintang Slumdog mungkin jadi perunding majlis perkahwinan
NEW DELHI - Aktres kelahiran India, Freida Pinto yang pernah berlakon dalam filem Slumdog Millionaire semalam menyatakan dia akan menjadi seorang perunding majlis perkahwinan jika tidak berjaya dalam industri hiburan.
Pinto yang merupakan bekas model menyatakan, lakonan merupakan minatnya yang utama.
Bagaimanapun, aktres tersebut berkata, dia akan menukar kerjaya lain jika gagal dalam dunia lakonan semasa berumur 25 tahun.
Pinto berkata, tuah datang apabila dia berlakon dalam filem tersebut
semasa berumur 23 tahun yang menyebabkannya menjadi terkenal.
"Justeru, saya tidak menjadi perunding majlis perkahwinan," katanya yang kini berusia 28 tahun.
Dia membuat pendedahan itu pada persidangan yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan media, India Today.
Filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 2008 telah melonjakkan populariti Pinto.
Selepas kejayaan itu, aktres tersebut berlakon dalam filem You Will Meet a Tall Dark Stranger, Rise of the Planet of the Apes dan Trishna. - AFP
38 anggota pengganas Sulu hadir inkues di Filipina
MANILA - Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima semalam menyatakan,
seramai 38 orang yang mendakwa sebagai anggota tentera Jamalul Kiram III
telah menghadiri prosiding inkues kelmarin selepas ditahan ketika
melarikan diri dari Sabah pagi Rabu lalu di Tawi-Tawi.
Menurut akhbar dalam talian GMA News, de Lima berkata, inkues itu berakhir pada pukul 8 malam.
Inkues dilakukan oleh pendakwa raya bagi menentukan sama ada penangkapan tanpa waran itu melibatkan sabitan jenayah.
Menurut de Lima, tuduhan terhadap para pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram (gambarkecil) itu akan difailkan di Mahkamah Perbicaraan Daerah Bongao, Tawi-Tawi.
Kesemua mereka akan dituduh kerana melanggar larangan memiliki
senjata dan Perkara 118 Semakan Kanun Keseksaan kerana menghasut
berperang atau bermotifkan balas dendam.
Kelmarin Tentera Laut Filipina berjaya memintas dua buah bot di
perairan Tawi-Tawi yang membawa 38 pengikut Azzimuddie Kiram ketika cuba
masuk ke negara ini selepas melarikan diri dari Sabah.
Para pengikut itu menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.
Azzimuddie merupakan adik Jamalul Kiram III yang merupakan pemimpin puak pengganas Sulu.
Ketika pemeriksaan dibuat ke atas dua bot para pengikut itu, pihak
tentera laut Filipina menemui sejumlah senjata termasuk M16 dan senapang
patah. Sementara itu, jurucakap pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham
Idjirani berkata, pihaknya akan menghantar sepasukan peguam ke Tawi-Tawi
untuk mengesahkan sama ada mereka yang ditahan itu pengikut Jamalul
Kiram.
Tindakan itu dibuat selepas stesen radio dzBB melaporkan
isteri Jamalul Kiram, Fatima Cecilia mendakwa hanya 22 daripada 38 yang
ditahan itu merupakan pengikut suaminya. - Agensi
Seorang bayi berusia 12 bulan antara empat sekeluarga yang maut
termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia selain dua parah dalam
kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Kilometer 17,
Jalan Lipis-Merapoh, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.40 pagi itu, kereta Honda City dinaiki semua
enam mangsa bertembung sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Polis Daerah
Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pertembungan itu
mengakibatkan mangsa, Hasnah Che Hussin, 66, Nur Hamira Baharum, 24, Nik
Emily Nik Ahmad Zukwan, 1, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai
Yanti, 20-an, maut di tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati,
kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan
bertentangan sebelum bertembung bas ekspres terbabit.
‘Raja Muda’ cabut lari
Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad
Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya
Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina,
meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang
memburu mereka.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain
berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin
Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
“Berdasarkan
sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi
manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.
“Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula
memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan,”
katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.
Ditanya
mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad
Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil,
namun tiada pertempuran berlaku semalam.
‘Dia kata mahu bela saya’
“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian
kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila
berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.
“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan
memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,”
kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli
perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.
Eina atau nama
sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku
kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat
laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu.
Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi
Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan
dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta
Mercedes berharga lebih RM220,00.
“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan
memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih
ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya
kepada Harian Metro.
Menurutnya, untuk membeli kereta
idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan
menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum
diterima.
‘Tiada lagi panggilan appa’
“Walaupun berat hati melepaskan Nani...tapi saya akur dengan
keputusan pihak berkuasa,” kata Rimi Abdullah, 35, yang terpaksa
melepaskan anak angkatnya, Nani atau nama sebenarnya Umi Zauyah, 7,
untuk diserahkan kepada penjaga baru.
Semalam beberapa pegawai daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke kediaman Rimi dan
membacakan perintah mahkamah mengenai hak penjagaan ke atas Umi yang
perlu diserahkan kepada abang kandungnya, Amar Firdaus Abdullah, 42,
yang menetap di Lembah Subang.
Suasana jam 2 petang itu sayu
apabila keluarga Rimi serta jiran berkumpul mengiringi Umi yang dibawa
menaiki kereta MAIS untuk ke pejabat MAIS bagi proses penyerahan
penjagaan itu.
Emak Rimi, A Mageswarey, 58, tidak mampu menahan air mata serta kelihatan lemah ketika mengiringi kanak-kanak berkenaan.
Rimi berkata, walaupun Nani akan berjauhan daripada keluarganya
selepas ini, dia akan memastikan mereka sentiasa berhubung serta terus
menjaga kebajikan Nani yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.
PI Bala meninggal
Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, 53, juga dikenali
sebagai PI Bala meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Rawang,
dipercayai akibat serangan jantung, semalam.
Mendiang dikatakan baru menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Sime
Darby (SDMC) Subang Jaya pada sebelah pagi sebelum pulang ke rumahnya
di Taman Pelangi, Rawang.
Dia kemudian mengadu sesak nafas menyebabkan keluarganya membawanya ke klinik berhampiran.
Mendiang pernah menggemparkan negara dengan akuan bersumpah
mengenai pendedahannya membabitkan kematian wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu. Menurut adik iparnya A Vimala, 43, dia menerima berita
mengenai kematian Balasubramaniam kira-kira jam 2 petang daripada adik
perempuannya.
“Mendiang mengalami sesak nafas di rumahnya di
Taman Pelangi kira-kira jam 1 tengah hari sebelum dikejarkan ke sebuah
klinik swasta berhampiran untuk rawatan kecemasan.
“Namun
dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang sebelum ambulans
tiba. Mendiang dibawa pulang ke rumah sebelum dibawa pula ke Hospital
Sungai Buloh (HSB) untuk prosedur bedah siasat,” katanya ketika ditemui
di HSB.
Vimala berkata, mendiang mengalami masalah jantung dan menjalani
rawatan di hospital swasta minggu lalu, tetapi meminta untuk pulang ke
rumah dengan alasan mahu berehat bersama keluarganya.
Katanya, abang iparnya itu menemui pakar kardiologi di SDMC pagi semalam bagi menjalani pemeriksaan rutin.
“Kakak saya (isteri mendiang) beritahu mereka sudah berbincang
mengenai prosedur pembedahan pintasan jantung yang dijangka dibuat dua
minggu lagi di pusat perubatan sama sebelum pulang ke rumah mereka.
“Bagaimanapun, selepas makan tengah hari abang ipar mengadu sakit dada
dan mengalami kesukaran bernafas. Isterinya kemudian menghantarnya ke
klinik,” katanya.