DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Oleh AHMAD OTHMAN
Kota Tinggi: Seramai 728 orang membabitkan 148 keluarga terpaksa
dipindahkan ke tiga pusat pemindahan semalam, berikutan banjir setinggi
0.5 meter akibat hujan berterusan sejak petang kelmarin.
Tiga pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Kampung Baru Teluk
Ramunia, Dewan Kampung Sungai Emas serta Dewan Kota Kecil, dan dijangka
lebih banyak pusat pemindahan akan dibuka jika hujan berterusan.
Hujan lebat bermula jam 7 malam kelmarin menyebabkan beberapa
kawasan rendah, termasuk di Taman Aman, Taman Mawai dan Kampung Batu 1,
Mawai, di sini, dinaiki air, menyebabkan penduduk dipindahkan ke pusat
pemindahan di Dewan Orang Ramai, Kota Kecil, di sini.
Pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sabariah Salim berkata, pada
jam 1 tengah hari semalam, seramai 200 orang, termasuk kanak-kanak serta
membabitkan 40 keluarga, berdaftar di pusat pemindahan itu.
KAWASAN komersial di Taman Aman, Kota Tinggi dinaiki air sejak pukul 6 pagi.
“Angka itu dijangka bertambah kerana ada keluarga menunggu hingga saat akhir untuk meninggalkan rumah.
Perkosa, cabul dua zuriat
Oleh NURUL HUSNA MAHMUD
Kuala Lumpur: “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak
mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan
yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali
‘dijamah’ bapanya.
Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun,
iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik
bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia
seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan
perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Malah,
ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia
hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik
bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat
bergantung.
INA tidak dapat memaafkan perbuatan bapanya.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah
seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung
daripada empat beradik ini.
Serbu ‘kompleks goyang’
Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK
Ampang: Bukan sekadar dibelai wanita pelayan pelanggan (GRO),
beberapa pengunjung sebuah kompleks pusat hiburan tiga tingkat di Pandan
Indah, di sini, didapati turut khayal, dipercayai kerana mengambil
dadah, ketika diserbu polis awal pagi semalam.
Serbuan itu sekali gus membuktikan gelaran ‘kompleks goyang’ yang
diberikan penduduk tempatan kepada pusat hiburan berkenaan ada
kebenarannya.
Dalam operasi jam 1 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari
Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Selangor, mengepung pintu depan dan belakang premis tiga
tingkat itu bagi menghalang pelanggan dan pekerja pusat hiburan
terbabit meloloskan diri. Hasilnya, 54 pelanggan dan 25 GRO warga
Vietnam ditahan.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi
Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat
awam selain intipan pihaknya sejak dua minggu lalu.
SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, semalam.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang dan daripada
54 pelanggan yang menjalani ujian saringan air kencing, 11 lelaki dan
seorang wanita didapati positif dadah serta dikenakan tindakan mengikut
Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mayat sangkut kayu
Oleh SAFURI KAMARUDIN
Baling: Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai
Kuala Pegang, Khamis lalu, ditemui penduduk tersangkut pada sebatang
kayu, lima kilometer daripada tempat mangsa terjatuh, semalam.
Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, ditemui penduduk berhampiran Kampung
Kuala Balut, dekat sini, jam 12.30 tengah hari dalam keadaan kakinya
tersangkut pada kayu penahan ikan di sungai itu.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Baling Abdul
Kudus Abd Malik berkata, kanak-kanak itu gagal dikesan sejak dilaporkan
hilang minggu lalu walaupun usaha mencari dilaksanakan di sekitar lokasi
mangsa dikatakan terjatuh.
Beliau berkata, usaha mencari Mohd
Fazrul Fitri akhirnya membuahkan hasil selepas sekumpulan penduduk
kampung menemui mayatnya tersangkut tidak jauh dari lokasi dia
terjatuh.
ANGGOTA keluarga sebak melihat mayat Mohd Fazrul Fitri.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah
siasat sebelum dituntut ahli keluarganya dan difahamkan, arwah akan
dikebumikan di Kampung Kuala Pegang petang ini (semalam),” katanya
ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Dentuman dalam gelap
Oleh ARIFIN SALLEH
Alor Gajah: “Saya dibantu beberapa pelanggan lain membantu mengangkat
mangsa yang terperosok di dalam longkang dan melihat beberapa jarinya
turut bergerak laju seperti memberi satu isyarat.
“Tidak lama selepas dibawa ke tebing, mangsa didapati kaku dan kami
segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk
tindakan lanjut,” kata Mohd Zaki Sazali, 21, saksi kemalangan maut
membabitkan seorang penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di
Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, malam kelmarin.
Selain mengorbankan nyawa Aidil Tarmizzi Bahrin, 19, kejadian jam
10.40 malam itu menyebabkan rakan sekuliahnya, Muhammad Hatta Hasan, 21,
cedera selepas motosikal Suzuki RG dinaiki hilang kawalan lalu
terbabas.
Difahamkan, setibanya di selekoh di kawasan itu,
motosikal ditunggang mangsa terhumban ke longkang dan mengakibatkan
kedua-dua mereka tercampak.
Aidil yang berasal dari Cheras dipercayai terbunuh di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.
Wanita mati terkena peluru
Oleh EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE dan NORUL AWATIF ROMLI
Klang: Seorang anggota polis nyaris maut selepas pemandu sebuah
kereta Proton Waja yang dilaporkan dicuri cuba merempuhnya, menyebabkan
anggota itu terpaksa melepas tembakan di Taman Sejati, di sini, malam
kelmarin.
Akibatnya, seorang wanita berusia 22 tahun yang juga penumpang
kereta itu mati terkena tembakan anggota polis terbabit manakala
pemandunya, seorang lelaki berusia 31 tahun, berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu, parang dan satu paket
serbuk putih, dipercayai dadah, ditemui di tempat tempat duduk penumpang
sebelah kiri. Semuanya bermula apabila kereta itu dikesan anggota
kereta peronda dalam keadaan mencurigakan di Jalan Batu Tiga Lama, di
sini, jam 7.35 malam.
Semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Klang, Selasa
lalu, menyebabkan pihak berkuasa cuba menahannya. Bagaimanapun, suspek
enggan mematuhi arahan dan terus memecut laju menuju ke arah bandar ini,
selain turut melanggar beberapa kenderaan dalam cubaan melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd
Adnan Abdullah berkata, sebaik tiba di Taman Menara, suspek
memberhentikan keretanya seolah-olah kehabisan minyak, menyebabkan polis
menghampiri untuk membuat pemeriksaan.
Namun, tiba-tiba
suspek mengundurkan kereta dan cuba melanggar anggota terbabit,
menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran tetapi
suspek terus memecut laju.
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian satu kes tembak selepas anggota polis mengejar suspek.
“Selepas mengejar suspek lebih 10 kilometer, suspek akhirnya tiba
di Taman Sejati dan sekali lagi memberhentikan keretanya, dan anggota
polis sekali lagi keluar untuk menahan suspek. Suspek sekali lagi
mengundurkan keretanya dan cuba melanggar anggota polis.
“Tindakan suspek memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan, menyebabkan kereta itu berhenti dan suspek berjaya ditahan.
“Pemeriksaan kemudian mendapati seorang wanita yang berada di
tempat duduk penumpang depan cedera terkena tembakan,” katanya sewaktu
ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Mohd Adnan
berkata, polis kemudian menghubungi ambulans dan pemeriksaan ke atas
wanita terbabit mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah
siasat, manakala suspek dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan
lanjut.
Katanya, siasatan awal forensik mendapati mangsa
meninggal akibat terkena satu das tembakan. Bagaimanapun, siasatan
terperinci akan dijalankan.
Tambahnya, polis akan menyiasat
hubungan sebenar antara suspek dengan mangsa serta motif suspek
melarikan diri ketika cuba ditahan bagi melakukan pemeriksaan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit mempunyai enam rekod
jenayah lampau membabitkan kes samun, melarikan orang dan kesalahan
berkaitan dadah, manakala mangsa tiada rekod jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 379(A) KK dan kesalahan dadah,” katanya.
Hilang hormat kepada lelaki
Sabak Bernam: Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan
dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci
lelaki.
Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.
“Saya
benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan
didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol
beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.
“Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya
berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki
bernafsu binatang,” katanya.
Menceritakan kembali saat dirinya
diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang
bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.
“Satu
hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata
saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung
saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan
kemuncaknya saya dirogol.
“Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa
sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah
sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.
“Tiada
langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika
minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh
puntung rokok pada kemaluan saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa
saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang
judi si ayah.
“Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya,” katanya.
Tidak
cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam
apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki
ketika masih belajar di sekolah menengah.
“Saya terlalu naif
apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya
terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu
saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan
beberapa rakannya untuk merogol saya.
“Bukan seorang, tetapi
tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata
penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.
Kesucian Qeeya diragut sepupu sendiri
Sabak Bernam: Gadis ini tidak menyangka kesuciannya diragut sepupunya yang dianggapnya alim dan kuat pegangan agama.
Disebabkan percayakan sepupu yang rapat sejak kecil, Qeeya, 16, tiada
masalah melepak di bilik lelaki itu sambil menonton filem di komputer
riba ketika menumpang di rumah ibu saudaranya, setahun lalu.
“Saya
mengenalinya sebagai orang baik dan mempunyai pegangan agama kuat.
Mustahil dia melakukan perkara sedemikian terhadap saya, malah dia juga
bertunang.
“Tepat sekali amaran dalam agama menghalang lelaki dan perempuan
bukan mahram berdua-duaan, kerana ‘orang’ ketiga adalah syaitan.
“Dia memperkosa saya ketika ibu bapanya tidur di bilik mereka,” katanya.
Bercerita lanjut, Qeeya berkata, sepupunya pada mulanya mengajak untuk ‘bermain’.
Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan gurauan itu kerana tidak
terfikir sepupunya sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan di
rumahnya.
“Terkejut juga dia berkata ingin ‘bermain’,
sedangkan ibunya berada berhampiran. Saya mengabaikan dan menyambung
menonton video di komputer riba yang berada dalam biliknya.
“Tidak lama kemudian dia kunci pintu bilik dan terus merogol saya.
Puas saya meronta-ronta melepaskan diri, tapi tenaga lelakinya
membuatkan saya gagal.
“Lebih menyakitkan hati, dia memutar
belit cerita mendakwa saya menggoda dan memaksa mengadakan hubungan,
tambahan pula saya berada dalam biliknya,” katanya.
Malu
dengan kejadian itu, Qeeya melarikan diri kerana takut perkara itu
sampai ke pengetahuan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan di Rumah
Perlindungan Baitul Ehsan, Sabak Bernam.
Sering alami mimpi ngeri
Kuala Lumpur: Kanak-kanak yang menjadi mangsa sumbang mahram biasanya
mengalami beberapa simptom trauma seperti takut lelaki, mengalami mimpi
ngeri, sering menangis, bersembunyi di tempat tersorok dan gemar
menyendiri.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Noraini Mohd
Hashim berkata, apabila simptom seperti itu dikesan selepas kanak-kanak
diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selesa, JKM akan memberi
khidmat sokongan bagi membantu keluarga dan kanak-kanak terbabit melalui
kaunseling, penempatan sementara di institusi jika perlu dan merujuk
kepada agensi yang boleh membantu seperti psikiatrik.
“Selain itu, JKM akan memastikan kanak-kanak terbabit tidak dilawati
pelaku sehingga siasatan selesai. Ini untuk mengelakkan keluarga
dipengaruhi maklumat yang akan dikemukakan kanak-kanak terbabit,
seterusnya mengganggu siasatan pihak kami,” katanya kepada Metro Ahad.
Antara punca dikenal pasti menyumbang ke arah fenomena ‘haruan makan
anak’, terutama dalam institusi kekeluargaan, adalah keperluan seksual
tinggi, ketagihan alkohol, kecenderungan seks kepada kanak-kanak
(pedophilia), isteri tidak berfungsi dan kemarahan yang memuncak
berpunca daripada kejadian lampau.
“Peranan kami di JKM lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak, membuat
laporan polis jika penjaga tidak melaporkannya, merujuk kepada laporan
perubatan sama ada kanak-kanak berkenaan mengalami penderaan atau tidak.
Mangsa sumbang mahram hadapi konflik
Kuala Lumpur: “Cukup ketara apabila mangsa sumbang mahram (Ina)
terlalu trauma hingga mencipta ilusi bahawa bapanya sudah mati. Ini
menunjukkan penolakan menyeluruh yang menidakkan realiti demi melindungi
dirinya,” kata Presiden Lembaga Kaunselor, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil
Che Din.
Katanya, kesan penderaan seksual itu sungguh mendalam bukan saja dari
segi fizikal, malah emosi dan mental, kerana perkara sedemikian sukar
diterima secara logik oleh mereka.
“Mungkin satu ketika dulu
anak gadis ini terlalu muda untuk memahami apa yang berlaku hinggalah
usianya menginjak dewasa lalu terpaksa berdepan konflik jati diri.
“Gagal bertahan dalam situasi itu, gadis ini mula fokus kepada figura
bapanya dan mencetuskan perasaan benci yang membawa kepada penolakan
kuat.
“Tidak hairan terkeluar ayat seperti ‘semua lelaki
jahat’ dan ‘aku benci bapa’ serta sebagainya merujuk kepada perasaan
itu,” katanya.
Beliau berkata, bagi membantu gadis yang
menjadi mangsa kepada masalah sosial itu, usaha membimbing dengan
menanam ciri positif boleh membantu mangsa daripada terus hanyut dalam
gangguan perasaan.
“Dia diselubungi perasaan kotor serta jijik yang hanya melihat dirinya tidak suci serta mengabaikan perkara baik pada dirinya.
“Oleh
itu, senaraikan ciri positif yang ada padanya dan beritahu padanya
berkali-kali sehingga dia menyedari kelebihan itu. Insya-Allah dia akan
mula menyayangi hidupnya dan lebih kuat untuk meneruskan kehidupan,”
katanya.
Lindungi mangsa sumbang mahram
Sabak Bernam: Menjadi tanggungjawab Pusat Perlindungan Wanita Baitul
Ehsan di sini melindungi mangsa sumbang mahram bagi memastikan mereka
mendapat rawatan pemulihan terbaik demi masa depan lebih cerah pada
kemudian hari.
Pengurus Bahagian Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS), Rohana Hassan berkata, ia selaras dengan fungsi rumah itu yang
diwartakan sebagai pusat perlindungan bagi membantu, menjaga serta
memperkasa hal ehwal wanita Muslim di Selangor.
“Baitul
Ehsan sangat penting dan diletakkan di bawah pengurusan Ar Riqab, MAIS
khusus dalam merawat, memulih mahupun memberi perlindungan berlandaskan
ajaran Islam.
“Oleh itu, apabila membabitkan isu gadis berdepan kes sumbang
mahram, menjadi tanggungjawab Baitul Ehsan memberi tempat berlindung
kepada mereka.
“Bukan sekadar memberi tempat berteduh, anak
gadis yang menjadi mangsa akan diberi penekanan aspek rohani serta
mengasuh akhlak selama enam bulan berada di sini supaya mereka keluar
dengan bekalan yang mampu melindungi diri daripada terbabit dengan
maksiat,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa membabitkan gadis berusia awal belasan tahun, sekali gus sangat perlu membantu mereka.
Drama padang pasir Sahara
Algiers: Kumpulan militan Islam semalam mendakwa, mereka masih
menahan sejumlah warga asing sebagai tebusan di loji gas terpencil di
padang pasir Algeria, hampir 48 jam selepas operasi cubaan menyelamat
membunuh sekurang-kurangnya 12 daripada rakan mereka.
Sumber keselamatan Algeria berkata, tujuh warga asing dijadikan
tebusan kumpulan berkenaan, membabitkan tiga warga Belgium, dua Amerika
Syarikat dan masing-masing seorang dari Jepun dan Britain.
Seorang
anggota keselamatan mendakwa ada 10 warga asing masih menjadi tebusan
di kompleks loji gas di Padang Pasir Sahara di timur laut Algeria itu.
Kawasan berkenaan terletak berhampiran sempadan Libya. Kata sumber itu,
selain 10 warga asing terbabit, lebih ramai pekerja loji berkenaan
masih gagal dikesan, termasuk sekurang-kurangnya 10 warga Jepun dan
lapan Norway. “Tiada sebarang perubahan sejak semalam (kelmarin) dan
situasi di loji itu masih sama,” katanya. Sementara itu, media Algeria
menyelar pihak berkuasa negara itu yang enggan memberikan butiran
mengenai insiden berkenaan.
Menurut mereka, kebanyakan maklumat drama tebusan itu diperoleh dari media antarabangsa melalui agensi berita Mauritius, ANI.
Agensi
berita ANI pula mendapat banyak maklumat daripada kumpulan yang
menyerang loji berkenaan. Jurucakap kumpulan itu berkata, 34 tebusan
maut apabila komando Algeria menyerbu loji berkenaan kelmarin, sehari
selepas mereka menawannya.
Bagaimanapun, agensi berita Algeria, APS, mendakwa operasi ketenteraan itu mengorbankan 12 tebusan dan 18 penculik.
Namun, kata APS, 100 daripada 132 tebusan warga asing telah berjaya dibebaskan. - AFP
Kadar kes rogol lonjak 23 peratus
New Delhi: Perangkaan rasmi kerajaan menunjukkan, kadar kes rogol di
New Delhi melonjak 23 peratus pada 2012 berbanding tempoh sama pada
tahun sebelumnya.
Statistik itu dikeluarkan menjelang bermulanya perbicaraan enam
suspek yang menculik, merogol dan membunuh seorang mahasiswa perubatan
bulan lalu.
Pesuruhjaya Polis Delhi Neeraj Kumar, berkata
kadar kes rogol yang disabitkan di daerah itu jauh lebih tinggi
berbanding apa yang dicatatkan di peringkat kebangsaan. “Tetapi kami
tidak memandang ringan isu ini dan kita perlu berusaha lebih gigih,”
katanya.
Pada 2012, kata Neeraj, 706 kes dilaporkan dan ia adalah peningkatan
23.34 peratus berbanding 2011. Selepas kejadian menggemparkan di New
Delhi itu dilaporkan, polis menerima kira-kira 45 laporan kes rogol dan
75 kes cabull. New Delhi yang didiami kira-kira 16 juta orang digelar
pusat kes rogol di India sejak sekian lama, sekali gus meletakkan bandar
raya itu sebagai lokasi paling tidak selamat untuk wanita. - AFP
Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Enam buah rumah berhampiran Masjid Zaid Bin Haritshah
di Jalan Gombak musnah dijilat api dalam kebakaran tengah hari tadi.
Kejadian jam 12.25 tengah hari itu menyebabkan enam rumah yang
dijadikan 36 buah bilik sewa didiami kira-kira 50 penghuni hangus
dijilat api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Haikal Jammy
berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.27 tengah hari
sebelum jentera pertama tiba lapan minit kemudian.
“Lapan jentera bomba dengan kekuatan anggota seramai 50 orang
dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira setengah jam
untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat itu berjaya mengawal
api daripada merebak ke sebuah masjid dan deretan rumah kedai di kawasan
berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berpunca
daripada kebocoran gas di dalam salah sebuah rumah berkenaan sebelum
berlaku letupan dan kebakaran.
“Kemungkinan ada mangsa yang sedang memasak untuk makan tengah hari
tidak menyedari berlaku kebocoran gas, namun siasatan lanjut masih
dijalankan untuk kenal pasti punca sebenar dan jumlah kerugian,”
katanya.
Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan
berikutan kebanyakan penghuni tiada di rumah dan sebahagiannya sempat
melarikan diri.
Kebakaran itu juga menyebabkan jemaah di dalam masjid berkenaan terpaksa menunaikan solat Jumaat dalam kepulan asap tebal.
Murah hati derma susu badan
Oleh Hayati Ibrahim dan Yusliza Yakimir Abd Talib
Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu
badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita
bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak
susuannya.
Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30,
berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah
mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania
Maisarah, tiga bulan.
Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat
mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan
masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam
negara ini.
Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma
susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan
syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala,
sama seperti amalan bersedekah.
BALQIS (depan) antara penerima susu perahan Nurul Uyun.
“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan
pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan
itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk
tumbesarannya.
Jaga hubungan
Putrajaya: Islam membenarkan seseorang wanita menyusu bayi yang bukan
anaknya, malah mereka boleh diberi upah sebagai ganjaran terhadap
khidmat itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Menurutnya, sebaik-baiknya seseorang bayi disusukan ibu kandung dan
khidmat ibu susuan diharuskan jika ibu ada masalah kesihatan sehingga
mereka tidak boleh menyusukan bayi yang dilahirkan. “Selain itu,
keluarga anak susuan dan keluarga ibu susuan perlu sentiasa menjaga
hubungan kekeluargaan supaya perubahan dalam susur galur keluarga dapat
diketahui bagi mengelakkan berlaku perkahwinan antara saudara susuan.
“Bagi mengelakkan masalah, lebih afdal ibu yang tidak mempunyai susu
mencari keluarga terdekat sebagai ibu susuan sekiranya ada. Ini penting
untuk memastikan kesihatan bayi terjamin dan salasilah hubungan
kekeluargaan terpelihara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
34 terkorban
Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Muhammad Apendy Issahak
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan
terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan yang ditawan
sekumpulan militan di pangkalan gas In Amenas, Algeria kelmarin dengan
lima rakyat Malaysia dikatakan antara sebahagian tebusan terbabit.
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Algeria yang dihubungi dari sini
malam tadi berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui nasib
lima rakyat Malaysia itu yang juga pekerja syarikat gas dan minyak
antarabangsa berpangkalan di Singapura.
“Maklumat yang kami peroleh setakat ini mendapati
sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di kawasan berkenaan,
namun kesemua mereka gagal dihubungi sejak insiden tawanan militan itu
berlaku.
“Berdasarkan laporan media tempatan di sini (Algeria)
berlaku operasi besar-besaran untuk menyelamatkan kesemua tebusan oleh
tentera dan terdapat juga laporan berhubung mangsa tebusan terutamanya
warga asing yang terkorban dalam operasi itu.
“Namun setakat, tiada sebarang maklumat yang diperoleh daripada
Kementerian Luar Negara Algeria berhubung nasib warga negara kita yang
dipercayai turut menjadi tebusan,” katanya.
Parah ditimpa dinding
Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Dua lelaki warga Indonesia yang menjalankan kerja
pengubahsuaian sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Ehsan, Kepong, di
sini, cedera termasuk seorang parah selepas dihempap runtuhan dinding,
pagi semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor,
kejadian berlaku jam 8.30 pagi apabila dinding rumah teres berkenaan
runtuh tiba-tiba ketika hendak dirobohkan sebelum menghempap kedua-dua
pekerja terbabit.
“Kami menerima panggilan kecemasan jam 8.32 pagi yang memaklumkan
kejadian itu sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat
Selayang dikejarkan ke lokasi,” katanya.
Katanya, enam anggota
yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohamad Ali mengambil masa 30 minit
untuk mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit di celah
runtuhan dinding itu.
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Seorang mangsa cedera ringan kerana sempat melarikan diri dan
cedera di kaki manakala rakannya parah kerana tersepit,” katanya.
Kakitangan awam layari laman lucah dipecat
Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah
selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja,
lapor media semalam.
Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat
turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan
itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan
terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan -
diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua
tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan
didapati melihat gambar lucah ekstrem.
Media melaporkan, dia
juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya
mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia
menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam
pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja
mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila
ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada
di atas bom jangka,” katanya. - TS
Filipina kuat kuasa akta kawal kelahiran
Manila: Undang-undang mengawal kadar kelahiran dikuatkuasakan,
semalam di negara ini selepas bertahun-tahun mendapat tentangan Gereja
Katolik.
Bagaimanapun ia sudah terlambat bagi seorang suri rumah, Rosalie
Cabenan yang telah melahirkan anak sebanyak 22 kali. Kelihatan lemah
dengan wajah penuh kedutan, Rosalie, 48, menderita penyakit batu karang
dan kerap keletihan kerana tubuhnya tidak mempunyai masa secukupnya
untuk pulih daripada kehamilan yang berterusan.
“Kami hanya
ingin tiga anak, tetapi mereka terus datang dan datang lagi,” katanya
kepada media minggu ini di kedaiman usangnya di Baseco, penempatan
setinggan yang besar di Manila, di mana lebih 60,000 penduduk bersaing
mendapatkan ruang kediaman.
“Saya selalu hamil dan tiada masa untuk menjaga diri sendiri kerana
saya perlu bekerja membantu suami menyara keluarga. Saya sudah mencuba
semuanya daripada pekerja dok, tukang cuci, penjaja ikan kepada penjual
sayur,” katanya. Rosalie mempunyai anak pertama ketika berusia 14
tahun. Ketika hampir mati melahirkan anak bongsunya, kini enam tahun,
dia akhirnya tidak mempedulikan tuntutan Gereja Katolik agar tidak
menggunakan ubat pencegah kehamilan.
Seorang penganut Katolik
yang taat dan masih pergi ke upacara keagamaan dua kali seminggu,
Rosalie bagaimanapun menyesal kerana mengikut prinsip gereja dengan
tegas dan berkata, dia mengalu-alukan Undang-Undang Keibubapaan yang
berkuat kuasa semalam.
“Saya beritahu wanita lain sekarang,
tolong jangan jadi seperti saya. Saya ada ramai sangat anak dan
kadangkala saya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan hanya menangis
apabila mereka bergaduh,” katanya. - Manila Times
Penampilan Pertama Dato` Siti Nurhaliza Selepas Berhijab
Posted on the January 14th, 2013 under Artis by admin
Petaling Jaya, 13 Januari 2013: Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti
Nurhaliza telah membuat penampilan sulung dengan imej berhijabnya pada
majlis resepsi pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex
bersama pasangannya Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang
Damansara, di sini sebentar tadi.
Dato Siti telah mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude
colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini dan telah
disepadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut
menyepadankan penampilan mempersonanya itu dengan clutch serta tumit
tinggi warna yang sama.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Dato’ Siti berkata
dia cukup selesa dan bersyukur dengan penampilan bertudung litup
barunya itu.
“Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini.
“Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan ini,” katanya yang ditemui sejurus sahaja memasuki pintu masuk utama hotel.
Kemunculan istimewanya itu turut diserikan dengan alunan sebuah lagu
romantik, Kenangan Terindah dendangan Samson sebagai hadiah buat
pasangan mempelai.
Murai
Berhijab Penuh: Siti Nurhaliza Tunai Janji Dengan Fans
Posted on the January 14th, 2013 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Manis bertudung litup sejak menyambut
ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi
tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya
untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan
hatinya sendiri.
Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan
kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik
sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama
dulu.
“Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu
yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah
pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat
saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh,” katanya ringkas yang
tidak berniat untuk mengulas lanjut.
Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga
gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel
Royale Damansara, malam semalam.
Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan
sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah
dendangan Samsons.
Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan
pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah
dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan
penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang
sama.
Murai
Dato` Siti Nurhaliza Kini Sudah Bertudung Litup?
Posted on the January 12th, 2013 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2013: Rasanya bermula semalam sehingga ke
hari ini, orang yang paling bertuah adalah Dato’ Siti Nurhaliza kerana
tidak putus-putus menerima pujian dan ucapan selamat sempena ulangtahun
yang ke 34 yang jatuh pada hari ini, 11 Januari.
Pada yang mengenali atau meminati Dato’ Siti Nurhaliza, angka sebelas
memang sinonim dengan penyanyi tersebut dan seakan tuah buatnya yang
lahir pada 11 Januari 1979 itu.
Walaupun kini dia menjalankan tanggungjawab menjaga suami tercinta,
Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa yang ditimpa kemalangan jalan raya, sempena
hari lahirnya dia tetap sempat berterima kasih kepada peminat yang
menghantar ucapan buatnya melalui satu entri di akaun Instagramnya.
Apa yang menarik perhatian semua followers akaun @CTDK adalah imej
yang digayakan penyanyi kelahiran Pahang tersebut. Dia berkongsi satu
gambar memperlihatkan dia bertudung litup seakan imej hijabista yang
kini menjadi trend ikutan para wanita muslimah moden di negara kita.
Adakah ini imej terbarunya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke
34? Turut berkongsi foto yang sama adalah pengurus merangkap kakak ipar
kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak. Diperhatikan gaya
tudung ala Hana Tajima itu telah digayakan dalam rona hitam dan kelabu.
Pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut berada bersama Dato’ Siti
Nurhaliza ketika foto itu di ambil. Adakah mungkin tudung itu telah
direka oleh pereka tersebut? Itu semua belum dapat dipastikan
kesahihannya. Tetapi apa jua telahan yang kita buat, lebih manis jika
Dato’ Siti sendiri tampil mengesahkan perkara ini.
Jika benar ini adalah imej terbaru penyanyi nombor satu negara itu,
pasti ia akan menggembirakan ramai pihak terutama sekali para peminat
yang sentiasa menyokong Dato’ Siti Nurhaliza daripada dahulu sehingga
kini.
Ia sekaligus dapat menutup cakap-cakap pihak yang sering
mempersoalkan imejnya yang sebelum ini. Namun seperti apa yang dikatakan
sebentar tadi, biar penyanyi itu sendiri mengesahkannya.
Dia juga sibuk melunaskan peranannya sebagai isteri, sampai ketika
pasti dia akan tampil untuk menjelaskan adakah benar dia akan
mengekalkan imej bertudung litup ala Hana Tajima itu.
Kalau ada yang tertanya siapakah Hana Tajima, dia seorang gadis
kacukan Jepun dan Inggeris dan mula memeluk Islam beberapa tahun lalu.
Melalui perniagaan online di bawah label Maysaa, dia berjaya menembusi
pasaran antarbangsa dan sampai ke Malaysia. Tetapi gaya pemakaian
tudungnya yang paling mendapat sambutan hangat para muslimah moden di
negara kita.
Melihat kepada gaya pemakaian tudung Dato’ Siti Nurhaliza itu, ia
lebih kepada lilitan tudung yang sama digayakan ikon para hijabista
tersebut. Warga murai.com.my juga gembira jika Dato’ Siti Nurhaliza
mengekalkan imej seperti ini kerana ia sopan namun tetap chic.
Kepada Dato’ Siti Nurhaliza, kami di Murai.com.my mengucapkan selamat
menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-34. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza
dan keluarga serta orang tersayang sentiasa dirahmati Allah SWT dan
berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Murai
Bertudung bukan kerana fesyen
Posted on the September 19th, 2011 under Artis by admin
SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana
Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah
berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat
tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.
Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan
pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku
terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.
Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya
pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis
yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.
Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila
tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali
sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan.
Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog
sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat
menerima imej yang ditampilkannya itu.
Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan
panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai
pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan.
SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.
Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi
seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan
menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.
“Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang
lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen
semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan
kekal sampai bila-bila.
“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran
terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga
adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan
yang lebih baik,” jelasnya.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk
bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin
membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat
direalisasikan.
Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya
terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut
bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.
“Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik
ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru
memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan
tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
“Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya
mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah
terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya
berubah sedikit demi sedikit,” ujarnya. Rezeki
NANA sudah mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.
Memandangkan kini dia sudah tampil dengan imej yang baharu, Nana
menjelaskan tidak bermakna selepas ini dia akan terus berhenti daripada
bidang nyanyian. Ujarnya, karier seni masih lagi tetap diteruskan
seperti biasa.
“Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya
membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada
kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar
berlaku.
“Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki
saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah
yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap
boleh terima penyanyi yang bertudung,” ujarnya.
Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa syarikat
rakamannya iaitu FMC Music Sdn. Bhd. turut menerima dengan terbuka
perubahannya dan kini mereka sedang mencari lagu baru yang sesuai untuk
imej barunya itu.
Ditanya mengenai projek terbarunya ketika ini, Nana berkata, dia akan
terbabit untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri dalam siri
jelajah yang dibuat oleh syarikat Fablous Global Sdn. Bhd.
“Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej
bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat
berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya
untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada
bulan Oktober ini,” ujarnya.
Selain Nana, antara artis-artis yang turut menjayakan siri jelajah
syarikat jualan langsung yang diterajui oleh Datuk Sarimah Ahmad ialah
Pian Cecupak, Mama Rina, Din Belon dan Boy Iman.
Kosmo
Shila Amzah Pakai Tudung Selepas 15 Hari Percubaan
Posted on the August 7th, 2012 under Artis by admin
PETALING JAYA: Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung
bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad
untuk kekal dengan imej tersebut.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia
membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui
“tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke
akhir hayat.
“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh
percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia
untuk melakukan perubahan tersebut.
“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona
bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka
tudung.
“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk
berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap,
tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika
itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya
yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.
Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.
Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan
yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya
pada masa akan datang.
“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali
dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah
pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.
“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang
lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi
sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.
Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap
meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan
album terbaru pada awal tahun depan.
“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam
dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga
perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya. Foto milik Shila amzah diambil di laman Twitter miliknya.
mStar
Yatt Hamzah: Jangan takut berhijrah, rezeki di tangan Allah
Posted on the January 12th, 2013 under Artis by admin
TAHUN 2012 menyaksikan penghijrahan sebilangan besar selebriti tanah
air. Baik pelakon, penyanyi, pengarah atau pengacara. Ramai yang sudah
melalui proses hijrah dan yang lebih ketara apabila artis wanita yang
dahulunya tidak bertudung kini sudah menutup aurat.
Dalam pertemuan bersama Sinar Harian Online, pelakon Haryati Hamzah
atau yang dikenali dengan panggilan Yatt Hamzah, yang sudah berhijrah
sejak lapan bulan lalu, menceritakan pengalaman beliau. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt melihat situasi penghijrahan artis dan selebriti masa kini?
YATT HAMZAH: Soal penghijrahan itu, kalau kita lihat
yang paling ketara ialah perempuan. Kembali ke pangkal jalan itu
maknanya dia menutup aurat. Kalau dulu mungkin tidak bertudung, sekarang
pakai tudung, yang pakai seksi, mungkin sekarang kurang seksi. Kalau
lelaki tidak berapa nampak.
Kalau nampak pun mungkin jika dia pakai kopiah sepanjang masa. Apa
yang penting, penghijrahan itu datang daripada hati, hijrah itu biar
dari dalam. Ruang hati yang paling dalam, di mana ALLAH beri hidayah
kepada kita untuk bangkit daripada kealpaan. Bagi orang seni, kita masih
meneruskan perjuangan dalam bidang seni tetapi selepas berhijrah itu,
pengisiannya berbeza. Lebih kepada islamik, cara hidup berubah tidak
macam dulu lagi. Saya rasa yang paling penting jangan melampaui batas.
Maksudnya kalau dah berubah itu tidak perlulah menghebohkan kepada
semua. Kalau orang tanya tidak mengapa. Kalau kita yang beria-ia,
tetapi kalau awal-awal lagi berubah bukan kerana ALLAH kerana
sebab-sebab lain, itu dah salah.
Semua bergantung pada niat. Tetapi orang macam itu, kita doakan
supaya akhirnya nanti niatnya betul kerana ALLAH. Bagi saya, ini
merupakan satu bukti ataupun petunjuk yang Islam sedang menang di dunia
dan Insya-ALLAH di akhirat. Insan-insan seni inilah bukti ataupun orang
kata ejen untuk menyebarkan Islam.
Bagi saya apa yang bagus, insan-insan seni, artis atau selebriti yang
berhijrah ini sebab kami semua mempunyai pengikut yang sangat ramai.
Itu adalah peluang bagus yang artis patut rebut. Bila kita sudah ada
peminat yang ramai, kita perlu rebut untuk kita berdakwah walaupun kita
tidak sedar sebenarnya kita sedang berdakwah. Walaupun hanya senyum,
senyum itu satu dakwah. Kita tidak tahu sebab itu kita kena sama-sama
menuntut ilmu. Jadi, bila ilmu itu ada di dada, kita tahu apa yang kita
buat dan lebih menghargai masyarakat dan agama, Insya-ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Selepas berhijrah tidak boleh berfesyen. Apa komen Yatt? YATT HAMZAH: Islam itu mudah dan indah. Walaupun
kita menutup aurat, tetapi itu tidak bermakna kita kena ‘very outdated,
very boring’ cara kita berfesyen, berdandan dan sebagainya. Buktinya,
banyak majlis yang telah membuktikan bahawa Islam itu indah dan mudah.
Majlis yang menekankan pemakaian muslimah tetapi mungkin majlis itu
masih belum memenuhi syariat agama yang sebenar kerana menutup aurat itu
bukan sekadar tutup saja. Mungkin ada yang pakai ketat atau terbuka
sana sini. Orang yang lebih arif boleh ulas soal itu lebih lanjut. Cuma,
setidak-tidaknya kita nampak betapa Islam ini sangat praktikal. Tidak
kisah walaupun anda sudah berubah, anda masih lagi boleh meneruskan
kerjaya dan cara hidup anda yang lalu. Cuma pengisian yang lebih islamik
selepas ini. Secara tidak langsung, peminat pun tidak takut-takut untuk
berubah. Walaupun sudah berubah, masih lagi boleh cantik, boleh bergaya
tetapi masih lagi mengikut syariat agama. SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah itu trend atau kesedaran? YATT HAMZAH: Ada orang kata itu trend, ada orang
kata itu fenomena. Apa pun label yang diberikan, bagi saya, ini tanda
kebesaran ALLAH. Segala yang terjadi adalah daripada-Nya. Kita berasal
daripada-Nya dan kembali juga kepada-Nya. Semua ini perancangan
daripada-Nya. Jadi, kita kena percaya dan beriman pada perancangan ALLAH
kerana ALLAH maha merancang. Kita bersyukur kerana Islam menang dan
kita semuanya lahir sebagai manusia yang beragama Islam.
Jadi, mungkin dahulu penghayatan kita terhadap Islam tidak kuat.
Jadi, sekarang selepas berhijrah mungkin lebih kuat. Ini satu bukti
bahawa Islam itu sangat kuat dan indah. Apabila ada artis yang
berhijrah, seperti Shila Amzah yang masih muda, tidak takut apa pun
untuk meneruskan karier. Orang masih menggilai dia dan dalam masa yang
sama dia berdakwah. Ini yang paling baik dalam Islam. Masya-ALLAH, saya
sangat bersyukur kerana saya juga diberi hidayah sama seperti
sahabat-sahabat yang lain. Saya dan sahabat-sahabat lain mendoakan lebih
ramai lagi bukan saja artis tetapi seluruh umat Islam yang lebih
mendekatkan diri dengan ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah katanya tutup periuk nasi seseorang artis. Apa pendapat Yatt? YATT HAMZAH: Tidak. Sebenarnya kalau kita jaga
ALLAH, ALLAH menjaga kita. Itu janji ALLAH. Kita jaga Dia, dengan niat
kerana ALLAH, Lillahi Taala, Fisabilillah. ALLAH akan jaga kita. Kalau
kita punya rezeki di bidang seni, mungkin agak terbatas selepas kita
berhijrah tetapi jangan risau. ALLAH itu maha memberi rezeki, maha
melimpah pemberiannya. Dia akan buka pintu rezeki kita di tempat lain.
Jangan risau, jangan takut nak berubah. Kebaikan itu kita jangan
bertapi-tapi. Buat dengan yakin. SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Yatt kongsi perubahan pada diri Yatt selepas berhijrah? YATT HAMZAH: Saya akui selepas saya berhijrah,
awal-awal penghijrahan dulu, Masya-ALLAH, Subhanallah, tawaran datang
macam cendawan tumbuh selepas hujan, Tetapi itulah kuasa ALLAH. Dia
menguji hamba-Nya yang baru berhijrah dalam banyak-banyak tawaran itu
boleh kata satu atau dua saja yang menepati syariat ataupun yang tidak
bertentangan dengan saya sekarang.
Selebihnya, memang saya kena tolak kerana banyak yang sama macam tawaran
seperti dulu sebelum saya berhijrah. Jadi, ia memang menguji. Itu tanda
kasih sayang ALLAH.
Setelah saya tolak dengan baik, ALLAH datangkan rezeki-rezeki yang
lain. Saya tidak pernah terfikir saya akan diundang ke majlis-majlis
agama sebagai penceramah, motivator untuk bercakap di depan ribuan
orang, terutama sekali kepada pelajar di IPTA atau IPTS.
Sekarang, ia sudah menjadi periuk nasi saya yang baru, di mana boleh
dikatakan saban minggu saya tidak menang tangan untuk diundang ke
majlis-majlis di universiti dan masjid untuk berkongsi pengalaman saya.
Saya bukan ustazah, saya baru nak mula. Cuma saya diundang sebagai
selebriti yang mempunyai ramai pengikut untuk berkongsi pengalaman.
Sebelum dan selepas apa yang perlu kita buang untuk rasa tidak takut
untuk berhijrah. SINAR HARIAN ONLINE: Yatt ada terima kritikan selepas penghijrahan itu? YATT HAMZAH: Bagi saya, apa saja yang kami buat,
terutama sekali artis, mesti ada orang yang kritik. Tidak kisah kami
buat perkara yang baik atau buruk. Sejak dulu lagi, ini lumrah artis
yang memang diterjah dengan perkara-perkara seperti ini. Jadi, kami
memang dah bersedia untuk menghadapinya walaupun sebelum kita berhijrah
sekalipun.
Kalau selepas berhijrah sekalipun, sepatutnya lebih kuat benteng
rohani kita. Jadi, tidak ada masalah. Mulut orang itu kami tidak kisah.
Sekarang ini kami anggap ia sesuatu yang positif dan anggap ia satu
rezeki pahala yang ALLAH bagi sebab pahala percuma orang mengata kita.
Kalau dulu mungkin saya dan rakan-rakan agak melenting, sekarang bila
dah berhijrah, kami lebih tenang menghadapi dugaan ALLAH. Banyakkan
istighfar dan berdoa. Kalau dulu kita marah orang itu, sekarang kita
doakan orang itu. Insya-Allah, dia mendapat hidayah daripada ALLAH untuk
menghentikan tohmahan apa-apa saja yang dilemparkan serta sama-sama
mencari cinta ALLAH. Sibuk mencari aib orang, lebih baik kita mencari
aib kita sendiri kerana dengan muhasabah diri dan menjaga aib sendiri
itu, lebih mendekatkan kita dengan ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt sebagai seorang berdakwah? YATT HAMZAH: Sebagai artis macam yang Yatt cakap
tadi, kita ramai pengikut yang sentiasa memerhati, sentiasa
mempersoalkan, mengkritik, mempertikaikan apa yang kami buat. Soal
fesyen satu hal. Apa yang kami pakai daripada hujung rambut hingga
hujung kaki diperhati.
Sekarang dah pakai tudung, ia menjadi ikutan. Sekarang fesyen bertudung, satu fenomena di Malaysia.
Semua orang dah tidak takut nak bertudung dan wanita yang bertudung
tidak dianggap lemah atau kurang berprestasi sebaliknya kuat. Kita
tengok banyak majalah-majalah yang mengangkat wanita bertudung sebagai
ikon di Malaysia dan diletakkan di muka hadapan. Itu satu keberanian
yang membuktikan bahawa muslimat dan wanita yang bertudung tidak lemah.
Kalau kita tengok nama-nama yang besar seperti Dr Muhaya, Dr Harlina
Siraj, Ustazah Siti Nor Bahyah, Wardina semakin menjadi ikutan.
Masyarakat kita tidak membeza-bezakan yang bertudung ataupun tidak.
Sama saja malah lebih dekat dengan ALLAH malah mendapat tempat di mata
masyarakat. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah sebelum berhijrah Yatt risau tidak dapat tawaran kerja lagi? YATT HAMZAH: Sebelum, ya. Saya akui. Dulu. Lama.
Sebelum saya berhijrah saya banyak risau tentang periuk nasi. Masa itu,
saya mungkin kosong. Dada saya mungkin belum cukup dengan ilmu. Tetapi
apabila hati ini kuat nak berhijrah, saya banyak pergi usrah.
Usrah Fitrah merupakan keluarga kedua selepas keluarga saya. Ia
merupakan pergerakan artis-artis yang sedang berhijrah, telah berhijrah.
Bukan saja artis-artis, kita juga ada penggiat seni yang lain. Macam
penulis skrip, pengarah, pereka fesyen, krew, jurusolek malah penolong
pengarah pun ada. Jadi, memang tidak ada masalah.
Kami sama-sama berkumpul setiap minggu untuk belajar agama. Untuk mengisi dada dengan ilmu supaya kami tidak lemah. SINAR HARIAN ONLINE: Berlakon itu merupakan periuk nasi Yatt sebelum ini. Jadi, bagaimana sekarang? Berniaga macam artis lain? YATT HAMZAH: Berniaga itu dalam perancangan. Tetapi
disebabkan saya sangat sibuk dengan jadual motivasi dan juga ceramah,
agak sukar untuk saya mencuri-curi masa dengan keluarga, anak-anak pun
masih kecil lagi, tetapi insya-ALLAH. Doa-doakan sebab memang ramai yang
menawarkan untuk jalinkan kerjasama bagi mulakan perniagaan seperti
tudung jubah dan sebagainya, Insya-ALLAH nanti. Lagi satu, saya memang
teringin nak mulakan ‘production house’ sendiri. Sejujur-jujurnya saya
teringin sangat nak lihat industri perfileman di Malaysia lebih hebat
daripada industri Indonesia. Kita pun tahu sejauh mana kehebatan mereka.
Mereka sudah ada filem sehebat Ketika Cinta Bertasbih di mana
pendukung cerita itu semua daripada penulis skrip, pengarah, pelakon
semua sangat islamik, penghayatan mereka sangat kuat. Malah pengarah
sendiri ulama. Kenapa kita tidak boleh? Itu yang sedang kami usahakan
dan perjuangkan. Kami kumpulkan sebanyak mungkin karyawan dalam bidang
seni yang cintakan seni dan pada masa yang sama cintakan ALLAH.
Sama-sama kami di bawah satu bumbung, berjuang untuk terbitkan lebih
banyak karya-karya seni.
Kami tidak akan berhenti menjadi orang seni. Kami akan teruskan lebih
kuat lagi dengan adanya kuasa ALLAH, kami ingin usahakan perancangan
ini, tetapi ia mungkin jauh lagi. Buat masa sekarang, kami akan usahakan
program-program seperti Jejak Rasul. Insya-ALLAH dalam bulan Februari
nanti kami dalam Usrah Fitrah akan ke Mekah dan Madinah untuk membuat
program seumpama itu sambil mengerjakan ibadah umrah. Usrah Fitrah di
bawah naungan Media Skrin, kami akan terbitkan lebih banyak
naskhah-naskhah yang lebih islamik pada masa akan datang. Kami utamakan
artis yang betul-betul dah berhijrah untuk mendukung watak-watak yang
bertudung, yang islamik supaya karya-karya itu lebih dekat di hati
penonton kerana ia betul-betul islamik. SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan terkini Yatt? YATT HAMZAH: Saya sudah lama tidak berlakon. Tetapi
saya tidak kisah sangat sebab saya sangat sibuk dengan aktiviti dakwah
saya. Saya banyak buat program di masjid, undangan ceramah dan banyak
buat program-program TV sebagai tetamu undangan. Serta memenuhi undangan
ke majlis-majlis islamik. Saya memang tidak menang tangan.
Alhamdulillah.
Amy Search Kesal Anak Pakai Seksi
Posted on the October 9th, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Amy (Search) kesal dengan penampilan
anaknya, Nabila Huda yang terlalu mendedahkan pada majlis Anugerah
Blokbuster 2011 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu
lalu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia tidak suka
Nabila berpakaian gaun hitam yang mendedahkan sebahagian dada dan
perutnya.
“Seperti bapa-bapa lain, saya tidak akan bersetuju dan suka jika anaknya berpenampilan begitu.
“Sebab itu, semasa Nabila menjadi penyampai anugerah bersama Zahiril
Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah sudah ditutup dengan sehelai
kainm” katanya kepada akhbar Kosmo.
Tambah Amy, sebagai seorang artis yang sudah lama dalam industri, Nabila seharusnya pandai membawa diri.
“Dia sudah cukup dewasa dan boleh berfikir sendiri. Jangan bagi
sedikit pun ruang kepada orang untuk mengata dan menjatuhkan kita,”
tegasnya.
Sementara itu, Nabila meminta maaf kepada semua pihak kerana berpakaian seksi pada malam berkenaan.
“Saya minta maaf kepada semua pihak sekirangnya fesyen tersebut
menimbulkan perasaan kurang senang dan saya bertanggungjawab,” katanya.
Beritahu Nabila lagi, kerana mahu menjaga perasaan dan sensitiviti
masyarakat, dia menutup bahagian dada dan perut yang terdedah dengan
sehelai kain sewaku muncul sebagai penyampai anugerah.
mStar
Misteri ikan naga berterusan
Posted on the January 14th, 2013 under General by admin
Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang tetap menarik perhatian orang ramai walaupun terdapat pelbagai cerita misteri mengenainya.
BALIK PULAU – Empangan Teluk Bahang yang merupakan empangan tadahan
air terbesar di Pulau Pinang kekal dengan misteri tersendiri yang
semakin membimbangkan apabila ia dikatakan menjadi habitat ikan naga dan
toman yang boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama pemancing.
Beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kedua-dua jenis ikan
bersaiz gergasi di empangan tersebut yang kini sudah diwartakan sebagai
kawasan larangan bagi kaki pancing.
Selain bahaya kedalaman empangan tersebut yang menjadi punca ia
diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam, cerita dari mulut
ke mulut mengenai kewujudan ikan toman di empangan tersebut turut
memberikan kesan tersendiri.
Seorang penduduk, Rosnani Ahmad, 37, berkata, dia pernah diberitahu
rakannya yang juga seorang kaki pancing tentang penemuan ikan besar di
situ sejak beberapa tahun lalu.
Kata rakannya, kali terakhir dia pernah terlihat kelibat ikan naga
dan ikan toman bersaiz sebesar pemeluk sewaktu dia mengunjungi empangan
tersebut pada Oktober tahun lalu.
Kosmo
Keluarga mentua ‘ganas’
Posted on the January 14th, 2013 under Tempatan by admin
Pasir Puteh: Perkahwinan yang dikatakan tidak direstui selama tiga
tahun semakin pahit untuk dilalui seorang ibu muda apabila dia mendakwa
menjadi mangsa belasahan keluarga mentuanya yang mengikat kedua-dua kaki
dan tangannya sebelum disepak bertubi-tubi dalam kejadian di Kampung
Batu Sebutir, pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berusia 29 tahun itu merayu
supaya tindakan terbabit dihentikan, namun ia tidak diendahkan, malah
kepala mangsa dihantuk ke dinding rumah dalam kejadian jam 7 pagi itu.
Kejadian itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa pulang ke
rumah kakaknya di Kampung Padang Pak Amat, di sini, dan ditahan di wad
semalaman di Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, pada mulanya dia
berselisih faham dengan suami berusia 34 tahun sebelum lelaki itu keluar
rumah akibat tidak berpuas hati apabila ditegur kerana tidak mempunyai
pekerjaan tetap.
Ibu mentuanya kemudian melarikan anak lelakinya yang berusia 12 bulan
ke rumah saudara terdekat supaya tidak melihat kejadian itu.
Harian Metro
Struktur terbesar alam semesta ditemui
Posted on the January 13th, 2013 under Luar Negara by admin
KELOMPOK kuasar LQG yang merupakan struktur terbesar di cakerawala.
LONDON – Ahli-ahli astronomi menemui struktur terbesar di alam
semesta yang terdiri daripada beberapa kuasar amat besar sehingga masa
empat bilion tahun diperlukan untuk merentasinya pada kelajuan cahaya.
Penemuan yang dibuat oleh ahli-ahli akademik Universiti Lancashire
Pusat, Britain itu disiarkan dalam jurnal Notices of the Royal
Astronomical Society dan dilaporkan dalam laman web persatuan berkenaan
kelmarin.
Kuasar merupakan objek paling terang dan bersinar di alam semesta
dengan cahayanya terpancar dari pusat sejumlah galaksi sejak awal
kewujudan cakerawala. Cahaya kuasar dapat dilihat dari jarak beberapa
bilion tahun cahaya.
“Sejak tahun 1982 ahli-ahli sains mendapati kuasar cenderung
terbentuk secara berkelompok sekali gus membentuk struktur besar yang
terdiri daripada gugusan kuasar besar atau LQG,” kata persatuan itu.
Menurutnya, gugusan kuasar yang baru ditemui itu memiliki dimensi 500
megaparsek dengan setiap megaparsek bersamaan jarak 3.3 juta tahun
cahaya.
Berikutan LQG berbentuk memanjang, dimensi paling panjang gugusan
kuasar itu berukuran 1,200 megaparsek atau empat bilion tahun cahaya.
Saiz tersebut adalah 1,600 kali ganda jarak dari Galaksi Bima Sakti ke galaksi paling hampir, Andromeda.
Bumi terkandung dalam Galaksi Bima Sakti. – Reuters
Hukum wanita menyanyi atau bernasyid di depan lelaki
soalan :
Assalamualaikum,
Ustazah,
saya ingin bertanya tentang hokum wanita Islam menyanyi atau bernasyid
di dalam majlis yang dihadiri oleh pendengar lelaki . Begitu juga jika
wanita itu membuat rakaman lagu dan didengari oleh penggemar lelaki.
Harap dapat dijelaskan hukumnya.
jawapan :
~Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad~
Menjadi
lumrah manusia memiliki jiwa seni yang sangat meminati muzik dan
nyanyian sebagai satu media untuk menghiburkan hati ,melepaskan lelah
bahkan menghilangkan tekanan jiwa.
Lebih-lebih
lagi muda mudi juga amat meminati muzik dan lagu. Walau bagaimanapun,
akhir-akhir ini ,atas kesedaran Islam muda-mudi Islam mengalihkan minat
itu kepada dendangan lagu-lagu nasyid yang liriknya membawa kepada
kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak
dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang
dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya.
Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar
kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock,
biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah
sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Untuk
menjawab persoalan ini kita perlu meneliti persoalan pokok yang
menjadi asas perbincangan ulama’ iaitu persoalan hukum suara wanita,
adakah aurat atau tidak aurat.
Sebenarnya suara wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat
Maksudnya
di sini kebanyakan ulama’ mengatakan suara wanita dalam percakapan
biasa dihadapan lelaki bukan mahramnya tidaklah aurat. Namun begitu,
ada juga yang menyatakan aurat .
Yang
menjadi persoalannya di sini ialah suara wanita yang dilunak-lunakkan
seperti dalam nyanyian,nasyid atau percakapan yang dilunakkan, adakah
ia aurat atau bukan aurat, harus atau haram.
Di sana terdapat dua pendapat ulama’.
Pendapat
pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya
adalah aurat,yaitu apabila wanita menggunakan suara untuk
menyanyi,bernasyid atau melunakkannya dihadapan lelaki bukan mahramnya.
Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yang memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud)
“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu
maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat
kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan
dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para
ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk
dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan
diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (
Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam
As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan
suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak
lelaki.
Imam
Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan
orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn
Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang
dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah
diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'
selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn
Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa
yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab
yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang
bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan
yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita,ia adalah
dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang
diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah(alasan) suara sahaja yang
boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian
dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan
dengan pakaian yang canggih,ketat dan tudung juga tidak menutup
dadanya dgn baik.
Di
samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika
para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas
pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata,apatah lagi penyanyi
atau penasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan
melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram,
sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata
ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.
Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita
adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan
kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah
penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian
(pendengar)”.
Rasulullah
juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya
penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib
kepada lelaki.
Pendapat yang kedua pula mengatakan harus .
Ini
adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di
mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai
asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak
menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi
sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata,
suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah
menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW
membenarkan wanita menyanyi dikhalayak lelaki.
Saya memetik pandangan seorang ulama’:
”Dalam
konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau
dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai.Kerana dibimbangi
sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan
merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan
bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri
manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi
kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita
asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada
masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan
umat di akhir zaman ini”.
Demikian pendapat seorang ulama’ kita.
Namun,apa
yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti
menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan
yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga tidak bersolek dan berpakaian
sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.
Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan
atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk
berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja,tidak
pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan
menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan
kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan
sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang
syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk
mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah
serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti.
Demikianlah perbahasan kita dalam persoalan yang dikemukan.
Kesimpulannya
ada 2 pendapat ulama’ tentang wanita yang menyanyikan atau bernasyid
dikhalayak ramai. Satu pendapat mengatakan ia adalah suatu perkara
haram . Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa.
Sementara
ada pendapat ulama’ yang mengatakan ianya harus dengan memberi syarat2
yang ketat dalam pelaksanaannya dan hendaklah dipastikan ianya atas
tujuan dakwah bukan dgn tujuan hiburan semata2.
Jadi
kita boleh memilih mana satu pendapat yang kita suka, dengan melihat
kepada kepentingan atau keadaan tertentu, tapi kena tanyalah pada iman
kita jangan tanya pada selera kita.
WALLAHU 'ALAM
Ust.Shahidah Sheikh Ahmad
Bolehkah Wanita Berdakwah
Melalui Nashed ?
Teks yang ditambah berwarna marron di bawah
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Umat
Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para
remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari
menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat
itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada
kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak
dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang
dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya
yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada
puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa
hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah
sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Saya
akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam
penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita
muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
أنَّ
رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن
الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما
لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..
Ertinya
: Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita,
bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita
adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa
kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab :
wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari
kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Saya
bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan
bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan
secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi
hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.
Hasilnya,
pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki,
Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat
Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.
Inilah perbincangan saya.
Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik
le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia,
astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya
sambil tersenyum kambing.
Bayangkan
bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita
perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara
umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda
dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat
untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk
menggoda.
Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.
Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun
mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya
yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja
dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi
cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta
cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi
itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"
"siswi mana" tanya saya
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu
Cuba
lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah
boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti,
apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan
Saya
juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk
memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu
vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya
mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang
berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya
lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd
itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak
gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?
Pinjam
meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga
yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari
salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang
amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.
Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Ertinya
: Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu
maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat
kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan
dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para
ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk
dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan
dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (
Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam
As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita
menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di
hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang
sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat
berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran,
14/177)
Berdasarkan
dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga
tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan
kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh
kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para
wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika
kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa
rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan
imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-
فقال
رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في
صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "
Ertinya
: Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk
apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya.
Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya
untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan
nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga
suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir,
3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan
Imam
al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut
bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan
azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati
sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)
Demikian
juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang
bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni,
2/68 )
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.
Sudah
tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka
tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu
terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn
Quddamah)
Imam
Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan
bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang
ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas
bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila
melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi
menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang
lemah ini. Kerana itu disebutkan
فرع
: صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام
: ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )
Ertinya
: Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana
itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan
khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si
lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma
ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat
didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie,
Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )
Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam
; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya
secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang
mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki
(Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ;
‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan.
Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki
secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur ,
73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka
kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua
tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh
menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan
pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya
apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan
pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas
menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya
bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.
Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti
pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki
bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.
"
tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi
wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian
pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.
Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Ertinya
: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk
juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal)
Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat
Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ;
Majma' Az-Zawaid, 10/228 )
Justeru,
tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi
nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.
Jangan
pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah
tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa
boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya
bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :
إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith
ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh
Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat
dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )
Demikianlah
dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan
menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan
mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah
untuk komersial dan mengaut untung sahaja.
Setiap
hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain
kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia
khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja.
Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah
kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah
melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya
tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
BANTAHAN KEPADA ARTIKEL
Apabila
tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong
nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan
satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan
nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.
Hadith ini adalah seperti berikut :-
عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ
من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ
يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ
أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Ertinya
: Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke
rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan
bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath
, lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu
Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka
Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335
Dalam riwayat lain :
عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ
تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ
وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ
الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام
فقال دَعْهُمَا
ُErtinya
: "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua
orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi
dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring
dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku
sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi
terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"
Secara
ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya
nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-
1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2)
Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai
bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang
dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana
penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas
"وليستا بمغنيتين"
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-
معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به
Ertinya
: Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu,
dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim,
6/182 : fath Al-Bari, 2/442)
3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah.
Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam
An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-
وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن
Ertinya
: Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi
MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi
perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)
4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanitabelum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-
قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ
Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)
قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ
Ertinya
: Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya
digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu
As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )
Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-
لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب
Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)
Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.
HUKUM MENDENGARKAN NYANYIAN Dr. Yusuf Qardhawi (1/2)
PERTANYAAN
Sebagian orang mengharamkan semua bentuk nyanyian dengan alasan firman Allah:
"Dan diantara nnanusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu hanya memperoleh azab yang menghinakan." (Luqman: 6)
Selain firman Allah itu, mereka juga beralasan pada penafsiran para sahabat tentang ayat tersebut. Menurut sahabat, yang dimaksud dengan "lahwul hadits" (perkataan yang tidak berguna) dalam ayat ini adalah nyanyian.
Mereka juga beralasan pada ayat lain:
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya ..." (Al Qashash: 55)
Sedangkan nyanyian, menurut mereka, termasuk "laghwu" (perkataan yang tidak bermanfaat).
Pertanyaannya, tepatkah penggunaan kedua ayat tersebut sebagai dalil dalam masalah ini? Dan bagaimana pendapat Ustadz tentang hukum mendengarkan nyanyian? Kami mohon Ustadz berkenan memberikan fatwa kepada saya mengenai masalah yang pelik ini, karena telah terjadi perselisihan yang tajam di antara manusia mengenai masalah ini, sehingga memerlukan hukum yang jelas dan tegas. Terima kasih, semoga Allah berkenan memberikan pahala yang setimpal kepada Ustadz.
JAWABAN
Masalah nyanyian, baik dengan musik maupun tanpa alat musik, merupakan masalah yang diperdebatkan oleh para fuqaha kaum muslimin sejak zaman dulu. Mereka sepakat dalam beberapa hal dan tidak sepakat dalam beberapa hal yang lain.
Mereka sepakat mengenai haramnya nyanyian yang mengandung kekejian, kefasikan, dan menyeret seseorang kepada kemaksiatan, karena pada hakikatnya nyanyian itu baik jika memang mengandung ucapan-ucapan yang baik, dan jelek apabila berisi ucapan yang jelek. Sedangkan setiap perkataan yang menyimpang dari adab Islam adalah haram. Maka bagaimana menurut kesimpulan Anda jika perkataan seperti itu diiringi dengan nada dan irama yang memiliki pengaruh kuat? Mereka juga sepakat tentang diperbolehkannya nyanyian yang baik pada acara-acara gembira, seperti pada resepsi pernikahan, saat menyambut kedatangan seseorang, dan pada hari-hari raya. Mengenai hal ini terdapat banyak hadits yang sahih dan jelas.
Namun demikian, mereka berbeda pendapat mengenai nyanyian selain itu (pada kesempatan-kesempatan lain). Diantara mereka ada yang memperbolehkan semua jenis nyanyian, baik dengan menggunakan alat musik maupun tidak, bahkan dianggapnya mustahab. Sebagian lagi tidak memperbolehkan nyanyian yang menggunakan musik tetapi memperbolehkannya bila tidak menggunakan musik. Ada pula yang melarangnya sama sekali, bahkan menganggapnya haram (baik menggunakan musik atau tidak).
Dari berbagai pendapat tersebut, saya cenderung untuk berpendapat bahwa nyanyian adalah halal, karena asal segala sesuatu adalah halal selama tidak ada nash sahih yang mengharamkannya. Kalaupun ada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, adakalanya dalil itu sharih (jelas) tetapi tidak sahih, atau sahih tetapi tidak sharih. Antara lain ialah kedua ayat yang dikemukakan dalam pertanyaan Anda.
Kita perhatikan ayat pertama:
"Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna ..."
Ayat ini dijadikan dalil oleh sebagian sahabat dan tabi'in untuk mengharamkan nyanyian.
Jawaban terbaik terhadap penafsiran mereka ialah sebagaimana yang dikemukakan Imam Ibnu Hazm dalam kitab Al Muhalla. Ia berkata: "Ayat tersebut tidak dapat dijadikan alasan dilihat dari beberapa segi:
Pertama: tidak ada hujah bagi seseorang selain Rasulullah saw. Kedua: pendapat ini telah ditentang oleh sebagian sahabat dan tabi'in yang lain. Ketiga: nash ayat ini justru membatalkan argumentasi mereka, karena didalamnya menerangkan kualifikasi tertentu:
"'Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untulc menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan ..."
Apabila perilaku seseorang seperti tersebut dalam ayat ini, maka ia dikualifikasikan kafir tanpa diperdebatkan lagi. Jika ada orang yang membeli Al Qur'an (mushaf) untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah dan menjadikannya bahan olok-olokan, maka jelas-jelas dia kafir. Perilaku seperti inilah yang dicela oleh Allah. Tetapi Allah sama sekali tidak pernah mencela orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk hiburan dan menyenangkan hatinya - bukan untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Demikian juga orang yang sengaja mengabaikan shalat karena sibuk membaca Al Qur'an atau membaca hadits, atau bercakap-cakap, atau menyanyi (mendengarkan nyanyian), atau lainnya, maka orang tersebut termasuk durhaka dan melanggar perintah Allah. Lain halnya jika semua itu tidak menjadikannya mengabaikan kewajiban kepada Allah, yang demikian tidak apa-apa ia lakukan."
Adapun ayat kedua:
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya ..."
Penggunaan ayat ini sebagai dalil untuk mengharamkan nyanyian tidaklah tepat, karena makna zhahir "al laghwu" dalam ayat ini ialah perkataan tolol yang berupa caci maki dan cercaan, dan sebagainya, seperti yang kita lihat dalam lanjutan ayat tersebut. Allah swt. berfirman:
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." (A1 Qashash: 55)
Ayat ini mirip dengan firman-Nya mengenai sikap 'ibadurrahman (hamba-hamba yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih):
"... dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Al Furqan: 63)
Andaikata kita terima kata "laghwu" dalam ayat tersebut meliputi nyanyian, maka ayat itu hanya menyukai kita berpaling dari mendengarkan dan memuji nyanyian, tidak mewajibkan berpaling darinya.
Kata "al laghwu" itu seperti kata al bathil, digunakan untuk sesuatu yang tidak ada faedahnya, sedangkan mendengarkan sesuatu yang tidak berfaedah tidaklah haram selama tidak menyia-nyiakan hak atau melalaikan kewajiban.
Diriwayatkan dari Ibnu Juraij bahwa Rasulullah saw. memperbolehkan mendengarkan sesuatu. Maka ditanyakan kepada beliau: "Apakah yang demikian itu pada hari kiamat akan didatangkan dalam kategori kebaikan atau keburukan?" Beliau menjawab, "Tidak termasuk kebaikan dan tidak pula termasuk kejelekan, karena ia seperti al laghwu, sedangkan Allah berfirman:
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) ..." (Al Ma'idah: 89)
Imam Al Ghazali berkata: "Apabila menyebut nama Allah Ta'ala terhadap sesuatu dengan jalan sumpah tanpa mengaitkan hati yang sungguh-sungguh dan menyelisihinya karena tidak ada faedahnya itu tidak dihukum, maka bagaimana akan dikenakan hukuman pada nyanyian dan tarian?"
Saya katakan bahwa tidak semua nyanyian itu laghwu, karena hukumnya ditetapkan berdasarkan niat pelakunya. Oleh sebab itu, niat yang baik menjadikan sesuatu yang laghwu (tidak bermanfaat) sebagai qurbah (pendekatan diri pada Allah) dan al mizah (gurauan) sebagai ketaatan. Dan niat yang buruk menggugurkan amalan yang secara zhahir ibadah tetapi secara batin merupakan riya'. Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu, tetapi ia meIihat hatimu." (HR Muslim dan Ibnu Majah)
Baiklah saya kutipkan di sini perkataan yang disampaikan oleh Ibnu Hazm ketika beliau menyanggah pendapat orang-orang yang melarang nyanyian. Ibnu Hazm berkata: "Mereka berargumentasi dengan mengatakan: apakah nyanyian itu termasuk kebenaran, padahal tidak ada yang ketiga?1 Allah SWT berfirman:
"... maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan ..." (Yunus, 32) (bersambung 2/2) ----------------------- Fatwa-fatwa Kontemporer Dr. Yusuf Qardhawi
Dr. Yusuf Qardhawi (2/2)
Maka jawaban saya, mudah-mudahan Allah memberi taufiq, bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya amal itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya tiap-tiap orang (mendapatkan) apa yang ia niatkan."
Oleh karenanya barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat mendorongnya untuk berbuat maksiat kepada Allah Ta'ala berarti ia fasik, demikian pula terhadap selain nyanyian. Dan barangsiapa mendengarkannya dengan niat untuk menghibur hatinya agar bergairah dalam menaati Allah Azza wa Jalla dan menjadikan dirinya rajin melakukan kebaikan, maka dia adalah orang yang taat dan baik, dan perbuatannya itu termasuk dalam kategori kebenaran. Dan barangsiapa yang tidak berniat untuk taat juga tidak untuk maksiat, maka mendengarkan nyanyian itu termasuk laghwu (perbuatan yang tidak berfaedah) yang dimaafkan. Misalnya, orang yang pergi ke taman sekadar rekreasi, atau duduk di pintu rumahnya dengan membuka kancing baju, mencelupkan pakaian untuk mengubah warna, meluruskan kakinya atau melipatnya, dan perbuatan-perbuatan sejenis lainnya."2
Adapun hadits-hadits yang dijadikan landasan oleh pihak yang mengharamkan nyanyian semuanya memiliki cacat, tidak ada satu pun yang terlepas dari celaan, baik mengenai tsubut (periwayatannya) maupun petunjuknya, atau kedua-duanya. Al Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi mengatakan di dalam kitabnya Al Hakam: "Tidak satu pun hadits sahih yang mengharamkannya." Demikian juga yang dikatakan Imam Al Ghazali dan Ibnu Nahwi dalam Al Umdah. Bahkan Ibnu Hazm berkata: "Semua riwayat mengenai masalah (pengharaman nyanyian) itu batil dan palsu."
Apabila dalil-dalil yang mengharamkannya telah gugur, maka tetaplah nyanyian itu atas kebolehannya sebagai hukum asal. Bagaimana tidak, sedangkan kita banyak mendapati nash sahih yang menghalalkannya? Dalam hal ini cukuplah saya kemukakan riwayat dalam shahih Bukhari dan Muslim bahwa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi saw., ketika itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar menghardiknya seraya berkata: "Apakah pantas ada seruling setan di rumah Rasulullah?" Kemudian Rasulullah saw. menimpali:
"Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya."
Disamping itu, juga tidak ada larangan menyanyi pada hari selain hari raya. Makna hadits itu ialah bahwa hari raya termasuk saat-saat yang disukai untuk melahirkan kegembiraan dengan nyanyian, permainan, dan sebagainya yang tidak terlarang.
Akan tetapi, dalam mengakhiri fatwa ini tidak lupa saya kemukakan beberapa (ikatan) syarat yang harus dijaga:
1. Tema atau isi nyanyian harus sesuai dengan ajaran dan adab Islam. Nyanyian yang berisi kalimat "dunia adalah rokok dan gelas arak" bertentangan dengan ajaran Islam yang telah menghukumi arak (khamar) sebagai sesuatu yang keji, termasuk perbuatan setan, dan melaknat peminumnya, pemerahnya, penjualnya, pembawa (penghidangnya), pengangkutnya, dan semua orang yang terlibat di dalamnya. Sedangkan merokok itu sendiri jelas menimbulkan dharar.
Begitupun nyanyian-nyanyian yang seronok serta memuji-muji kecantikan dan kegagahan seseorang, merupakan nyanyian yang bertentangan dengan adab-adab Islam sebagaimana diserukan oleh Kitab Sucinya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 30)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31)
Dan Rasulullah saw. bersabda:
"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu." (HR Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi)
Demikian juga dengan tema-tema lainnya yang tidak sesuai atau bertentangan dengan ajaran dan adab Islam.
2. Penampilan penyanyi juga harus dipertimbangkan. Kadang-kadang syair suatu nyanyian tidak "kotor," tetapi penampilan biduan/biduanita yang menyanyikannya ada yang sentimentil, bersemangat, ada yang bermaksud membangkitkan nafsu dan menggelorakan hati yang sakit, memindahkan nyanyian dari tempat yang halal ke tempat yang haram, seperti yang didengar banyak orang dengan teriakan-teriakan yang tidak sopan.
Maka hendaklah kita ingat firman Allah mengenai istri-istri Nabi saw.:
"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yeng ada penyakit dalam hatinya ..." (Al Ahzab: 32)
3. Kalau agama mengharamkan sikap berlebih-lebihan dan israf dalam segala sesuatu termasuk dalam ibadah, maka bagaimana menurut pikiran Anda mengenai sikap berlebih-lebihan dalam permainan (sesuatu yang tidak berfaedah) dan menyita waktu, meskipun pada asalnya perkara itu mubah? Ini menunjukkan bahwa semua itu dapat melalaikan hati manusia dari melakukan kewajiban-kewajiban yang besar dan memikirkan tujuan yang luhur, dan dapat mengabaikan hak dan menyita kesempatan manusia yang sangat terbatas. Alangkah tepat dan mendalamnya apa yang dikatakan oleh Ibnul Muqaffa': "Saya tidak melihat israf (sikap berlebih-lebihan) melainkan disampingnya pasti ada hak yang terabaikan."
Bagi pendengar - setelah memperhatikan ketentuan dan batas-batas seperti yang telah saya kemukakan - hendaklah dapat mengendalikan dirinya. Apabila nyanyian atau sejenisnya dapat menimbulkan rangsangan dan membangkitkan syahwat, menimbulkan fitnah, menjadikannya tenggelam dalam khayalan, maka hendaklah ia menjauhinya. Hendaklah ia menutup rapat-rapat pintu yang dapat menjadi jalan berhembusnya angin fitnah kedalam hatinya, agamanya, dan akhlaknya.
Tidak diragukan lagi bahwa syarat-syarat atau ketentuan-ketentuan ini pada masa sekarang sedikit sekali dipenuhi dalam nyanyian, baik mengenai jumlahnya, aturannya, temanya, maupun penampilannya dan kaitannya dengan kehidupan orang-orang yang sudah begitu jauh dengan agama, akhlak, dan nilai-nilai yang ideal. Karena itu tidaklah layak seorang muslim memuji-muji mereka dan ikut mempopulerkan mereka, atau ikut memperluas pengaruh mereka. Sebab dengan begitu berarti memperluas wilayah perusakan yang mereka lakukan.
Karena itu lebih utama bagi seorang muslim untuk mengekang dirinya, menghindari hal-hal yang syubhat, menjauhkan diri dari sesuatu yang akan dapat menjerumuskannya ke dalam lembah yang haram - suatu keadaan yang hanya orang-orang tertentu saja yang dapat menyelamatkan dirinya.
Barangsiapa yang mengambil rukhshah (keringanan), maka hendaklah sedapat mungkin memilih yang baik, yang jauh kenmungkinannya dari dosa. Sebab, bila mendengarkan nyanyian saja begitu banyak pengaruh yang ditimbulkannya, maka menyanyi tentu lebih ketat dan lebih khawatir, karena masuk ke dalam lingkungan kesenian yang sangat membahayakan agama seorang muslim, yang jarang sekali orang dapat lolos dengan selamat (terlepas dari dosa).
Khusus bagi seorang wanita maka bahayanya jelas jauh lebih besar. Karena itu Allah mewajibkan wanita agar memelihara dan menjaga diri serta bersikap sopan dalam berpakaian, berjalan, dan berbicara, yang sekiranya dapat menjauhkan kaum lelaki dari fitnahnya dan menjauhkan mereka sendiri dari fitnah kaum lelaki, dan melindunginya dari mulut-mulut kotor, mata keranjang, dan keinginan-keinginan buruk dari hati yang bejat, sebagaimana firman Allah:
"Hai Nabi katakanIah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu ..." (Al Ahzab: 59)
"... Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya ..." (Al Ahzab: 32)
Tampilnya wanita muslimah untuk menyanyi berarti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga berarti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram. Karena banyak kemungkinan baginya untuk berkhalwat (berduaan) dengan lelaki yang bukan mahramnya, misalnya dengan alasan untuk mengaransir lagu, latihan rekaman, melakukan kontrak, dan sebagainya. Selain itu, pergaulan antara pria dan wanita yang ber-tabarruj serta berpakaian dan bersikap semaunya, tanpa menghiraukan aturan agama, benar-benar haram menurut syariat Islam.
Catatan kaki
1 Maksudnya, tidak ada kategori alternatif selain kebenaran dan kesesatan, (ed.) 2 Ibnu Hazm, Al Muhalla.
----------------------- Fatwa-fatwa Kontemporer Dr. Yusuf Qardhawi
Beberapa hukum nyanyian
Jumaat, 25 Januari 2008 00:06
Suk DUPP
Assalammualaikum,
Saya nak tanya ustaz beberapa soalan berkaitan nyanyian;
1. Apa hukum menggunakan alat muzik bertali sepertimana yang digunakan oleh kump. nasyid sekarang?
2. Apa hukum menyanyi bersama perempuan?
3. Apakah hukum perempuan mendedahkan suara walaupun bernasyid?
Saya harap ustaz dapat beri penjelasan,sekian terima kasih.
1. Dalam hal ini, ulama’ berselisih pendapat antara
yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama
Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan
lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan
tidak bertentangan dengan syara’. Di samping itu, mestilah tujuannya
yang tidak melanggar batas-batas syara’.
2. Isu
nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang
diperselisihkan oleh ulama’. Semenjak sekian lama para ulama’ berselisih
pendapat dalam masalah ini antara menghukumkannya sebagai haram dan
harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam
memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Walaupun
di sana terdapat perselisihan pendapat, ulama’ bersepakat dalam
menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur
kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan
maksiat.
Perselisihan pula berlaku dalam seumpama
golongan yang mengharuskan sebarang bentuk nyanyian samada menggunakan
alat muzik ataupun tidak, ada pula golongan yang mengharuskan jika
sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak
samada menggunakan alat muzik ataupun tidak.
Berkait
dengan hukum nyanyian bersama wanita, Islam telah meletakkan disiplin
yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan
terhadap kaum wanita. Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan
pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan
tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu
cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya, Islam melarang dan
tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan
nyanyian.
Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):
Yang maksudnya: “Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]
Dan sabda Nabi (s.a.w): “Wahai
Ali ! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua,
sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan
kedua”.
3. Nyanyian yang dipersembahkan oleh
wanita adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran
Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):