Saturday, June 16, 2012

USTAZ YAHYA OTHMAN YANG DIKAGUMI

Murabbi Pas, meninggal dunia
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
MACHANG - Tokoh dakwah yang disegani, Datuk Yahya Othman, 73, meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang di rumahnya, di Kampung Labok, di sini, semalam.

Selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggol Judah, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama, ahli jawatan kuasa Pas Pusat dan ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Pas Machang selama kira-kira 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihan raya tahun 1978.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan jam 9 pagi ini di Tanah Perkuburan Labok.
Perginya seorang Murabbi
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Perginya seorang Murabbi
Keluarga, sahabat handai dan orang ramai mengusung jenazah Allahyarham ke Tanah Perkuburan Labok.
Perginya seorang Murabbi
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan.
MACHANG - Kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah disegani, Datuk Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang kelmarin ditangisi ahli keluarga, rakan taulan dan seluruh rakyat Kelantan amnya.
Di kala khidmat dan ilmunya masih ditagih, Allahyarham menyahut panggilan ALLAH akibat sakit tua.
Namun, beliau sempat meninggalkan pesanan terakhir kepada anaknya agar menyumbangkan sebahagian hasil jualan kitab dan buku-buku susunannya kepada anak-anak yatim.
Difahamkan pada saat-saat akhirnya, Allahyarham masih menyusun helaian-helaian terakhir susunan Kitab Hierarki Perjuangan dan berjaya menyiapkannya.
Khidmat dan sumbangan
MENYOROT khidmat dan bakti beliau, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama (pernah menyandang jawatan setiausaha pertama majlis) selain pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dan AJK Dewan Ulama Pas Pusat.
Malah beliau pernah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Machang selama kira-kira 20 tahun.
Menyingkap kerjayanya pula, beliau menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihan raya tahun 1978.
Dikenali sebagai seorang pendidik, beliau juga merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa-Imamah, selain pengasas
dan pengarah Institut al-Nur.
Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiah Islamiyyah.
Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan ahli-ahli Pas yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya)
dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.
Pas sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi (Pendidik dan Pembimbing) Pas sepanjang zaman.
Kehilangan besar
JENAZAH Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi semalam di Tanah Perkuburan Labok selepas solat jenazah yang disertai hampir 1,000 jemaah dan diimamkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Ustaz Yahya sebagai seorang yang banyak berjasa. Beliau berkata, Ustaz Yahya merupakan seorang kawan dan
guru yang banyak berjasa dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli Pas dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas itu.
“Sama ada ketika berjawatan di dalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai Exco Kerajaan Negeri di awal pemerintahan Pas ataupun setelah tiada jawatan di dalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.
“Semoga ALLAH SWT memberi ganjaran yang besar kepada Allahyarham dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendukung Pas dan ditempatkan beliau bersama orang soleh,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nik Abdul Aziz pula menyifatkan kehilangan itu satu kehilangan besar kepada Pas dan kepimpinan ulama serta seluruh rakyat Kelantan.
Katanya, Allahyarham seorang yang banyak berjasa kepada perjuangan mendaulatkan Islam terutamanya dalam aspek pentarbiahan.

Ribuan iringi perjalanan akhir Ustaz Yahya

Aslani M | Foto Yusri Amin, 15 Jun 2012


MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi.

Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan.

Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan.

Solat ke atas jenazahnya kali pertama diadakan kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.

Rumahnya terletak tidak jauh daripada Masjid Labok, kemudian solat kali kedua diadakan di masjid diimamkan Menteri Besar.

Ramai terpaksa menunaikan solat di luar bangunan masjid kerana sesak. Jenazahnya kemudian diusung ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berjalan kaki mengiringi jenazah bersama orang ramai.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat anak iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (pensyarah).

Anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56 berkata, petang semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang.

“Ustaz memanggil Rosli untuk menulis kata-kata akhir, pesan dan wasiatnya. Tidak lama selepas selesai memberi pesanan beliau tiba-tiba menghempus nafas terakhir.

"Turut berada di sisinya ketika itu, isteri dan anaknya Suraya yang tinggal bersama di rumah,” katanya yang menyifatkan perjalanan akhir bapa saudaranya begitu mudah.

Empat buku terakhir yang sudah dicetak juga kelihatan diletak di kawasan masjid antaranya Sebahagian Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.

Menteri Besar ketika takzirah ringkas berkata, Allahyarham Ustaz Yahya seorang yang banyak berjasa kepada Islam sama ada di Kelantan dan Malaysia.

“Di atas dunia sekarang kita boleh buat apa sahaja, tetapi kena ingat ada pembalasan di akhirat kelak. Ahli ekonomi, ahli demonkrasi tidak pernah memberitahu apa yang akan berlaku selepas mati,” katanya.

Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham seorang idola bagi anak muda dan kehilangannya sukar dicari ganti.

Ustaz Yahya: Pejuang, murabbi, guru dan sahabat

Saifuddin Nasution Ismail, 15 Jun 2012
Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa.

Pada awal 1994 ketika itu Ustaz Yahya Osman menjadi Exco Kerajaan Kelantan. Kelantan baru sahaja meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan perdebatan tentangnya cukup panas dan meluas. Saya pula bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Undang-Undang Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Ustaz Yahya Osman menghubungi saya minta diaturkan pertemuan dengan menteri untuk maksud menyampaikan isi kandung enakmen tersebut. Ustaz Yahya memilih pendekatan bersemuka dan menerangkan setiap fasal demi fasal darihal enakmen tersebut kepada menteri dan pegawai-pegawai tinggi kementerian ketika itu. Saya akan sentiasa mengingati bagaimana Ustaz Yahya yang mengetuai delegasi tujuh orang mewakili kerajaan negeri Kelantan, menyampaikan penerangan dengan penuh hikmah dan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan tenang dan meyakinkan. Nampak kehebatan dan wibawanya sebagai seorang da’ie, berhujah berdasarkan ilmu dan melihat orang yang belum faham sebagai sasaran dakwah. Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar kemudiannya menulis sebuah makalah ringkas “Keadilan di dalam Islam” dan kandungannya banyak berupa sedutan pandangan-pandangan Ustaz Yahya Osman!

Empat belas tahun kemudian, 2006 saya bertugas sebagai pengurus Tabung Amanah Tok Kenali kerajaan negeri Kelantan. Fungsi utama Tabung Amanah Tok Kenali seperti disebut di dalam undang-undang tubuhnya “ ..menjalankan program-program pembangunan sumber manusia”. Orang pertama saya temui ialah Ustaz Yahya Osman untuk meminta pandangan. Ustaz Yahya Osman seterusnya menjadi tenaga utama dalam program-program latihan anjuran Tabung Amanah Tok Kenali membabitkan pelbagai segmen masyarakat Kelantan sepanjang 2006 dan 2007. Setiap minggu – penghulu, imam, belia, mahasiswa, ahli-ahli majlis, pimpinan masyarakat dihimpunkan dalam program tiga hari dua malam di Lata Belatan Besut, Kem Desa Mahmud, MADU dan Putik. Ustaz Yahya Osman menjadi tenaga pembimbing utama. Nasihat, asuhan dan tegurannya kepada saya secara peribadi akan terus meninggalkan kesan besar terhadap saya.

Apabila nama saya diumumkan sebagai calon parlimen machang pada Mac 2008, Ustaz Yahya Osman sendiri mengadakan satu majlis di rumahnya di Labok Machang menghimpunkan semua pimpinan parti dan masyarakat untuk memperkenalkan saya sebagai anak didiknya yang diasuh sejak zaman pelajar dan meminta kalangan yang hadir bekerja  membantu memenangkan saya. Seringkali apabila berkunjung ke rumahnya ada sahaja buku terbaru yang diberikannya kepada saya. Makalah kecil “Pesanan Saidina Ali” antara rujukan utama pemberian Ustaz Yahya Osman. Tatkala menziarahi beliau sejurus saya selesai menyampaikan pembentangan kepada tamrin mahasiswa di Darul Quran, beberapa bulan lepas, Ustaz Yahya Osman memberitahu hasratnya menulis buku berupa kompilasi kertas-kertas kerjanya. Tidak pula saya ketahui sama ada hasratnya terlaksana!

Satu ketika awal tahun 2009 saat menemani Dato Seri Anwar ke Mesir menziarahi Sheikh Mehdi Akif, saya diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar kepada Sheikh Mehdi sebagai Ahli Parlimen dari Kelantan. Masih saya ingat tatkala Sheikh Mehdi kemudian bertanya balas, “saudara datang dari Kelantan? Apa khabar sahabat saya Ustaz Yahya Osman?” Sheikh Mehdi kemudian menceritakan bagaimana mereka ketika usia belia saling mengenali dan bergiat aktif memperjuangkan isu-isu umat Islam dalam pelbagai platform belia Islam antarabangsa. Maka fahamlah saya mengapa Ustaz Yahya Osman muncul sebagai seorang pendakwah dan murobbi yang sangat dihormati kewibawaanya. Kenalan, jaringan antarabangsa dan digabungkan pula dengan pengalaman gerakan Islam adalah ramuan nya.

Kelebihan tersendiri Ustaz Yahya Osman ialah penguasaan beliau dalam bahasa Arab. Dato Seri Anwar sering berseloroh bagaimana Ustaz Yahya Osman kalau berbicara dalam bahasa Melayu sekalipun lebih banyak tersasul dan mencampuradukkan dengan istilah-istilah Arab!

Saat saya menulis catatan ringkas ini, Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berada di Jepun. Saya mengirim email kepada beliau memaklumkan berita kematian Ustaz Yahya Osman. Saya cukup pasti Dato Seri Anwar amat merasai kehilangan seorang sahabat yang  beliau kasehi. Saya pula akan terus mengingati Ustaz Yahya Osman sebagai seorang guru, murobbi dan sahabat yang bertanggung jawab besar membentuk pandangan dan pemikiran saya. Semoga rohnya ditempatkankan Allah swt bersama roh orang–orang yang beriman. Amin.


Penulis ialah Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung PKR.

Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Amran Ab Ghani berkata, Ustaz Yahya begitu dikenali dalam gerakan Islam di peringkat dunia.

“Biar pun saya tidak kenal rapat namun banyak mendengar cerita keilmuan yang ada pada Ustaz Yahya. Lagi pula mertua saya mempunyai hubungan keluarga,” ujarnya.

Bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhamad berkata, pemimpin muda Abim begitu menghormati ketokohannya kerana disiplin ilmu tarbiah yang begitu mantap.

Menurutnya, Allahyarham sangat rapat dengan pemimin Ikhwan Muslimin di Mesir sejak menuntut di negara terbabit.

Ustaz Yahya: Murabbi tak pernah lelah mendidik

Riduan Mohamad Nor, 15 Jun 2012
Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum. Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya  bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA. Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”. Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini  sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS).  Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat  sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis  oleh Ikhwanul Muslimin.

Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin  yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.

Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga  mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini. Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan. Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978.

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.

Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan.  Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya. Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan.

“Ayat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz. Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau.

“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta  akan menunduk dan menikus  seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?”  Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah ‘kopi janda’.  Saya juga, walaupun sebagai  panitia program, turut merasa  kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur. Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan. Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan. Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, belia masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah.

“Mula pukul berapa akhi program ni…” Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.

Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar. Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi.

“Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu” ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas. Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini.

“Nama apa ustazah yang bercakap tu?” Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. “Oohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat” jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu. Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan.

Sukarnya untuk melupakan jasa  Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah. Nuansa sentiasa  untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS  tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.

Selamat  berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih. Alfatihah.

Penulis adalah Ketua Penerangan dan dakwah DPP Malaysia dan mantan Ketua Pemuda PAS WP.

Ustaz Yahya: Dewan Ulamak PAS rakam takziah

Harakahdaily, 15 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Allahyarham Datuk Ustaz Yahya Othman, 76, yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang semalam di kediamannya di Kampung Labok, Machang, Kelantan.
Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan menyifatkan pemergian allahyarham sebagai satu kehilangan besar tokoh murabbi dan pendakwah tanahair yang banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan dan kemajuan Islam tanahair.

Dewan Ulamak PAS mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia, para sahabat dan para solihin di atas sumbangan beliau selama ini kepada umat Islam.

Ustaz Yahya Othman sangat berjasa

Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.
Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.
Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

 

HUKUM HUDUD TAK JALAN TAK KOMEN KE....TU BELUM CAMPUR GAUL DI SEKOLAH...KOLEJ SERTA UNIVERSITI...DRAMA2...KONSERT2 DAN BANYAK LAGI

Sayang... Cantik Tapi Tak Senonoh!!
Posted on Friday, June 15 @ 19:38:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"



Cantik...di usia 42 tahun tapi tak senonoh. Itulah yang boleh digambarkan dengan iklan di atas. Sebab utama semuanya kerana duit.


Juga memperlekeh dan memberi gambaran buruk tentang wanita bertudung. Lebih malang ia juga disiarkan di akhbar tempatan.

Tok mufti boleh bagi pandangan dengan iklan sebegini. MyAnnur.com


Gadis remaja belajar di DUNGUN makin rosak......
Posted on Friday, June 15 @ 19:08:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: 5ambal

"
Dicekup ketika sedang berpelukan
DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.



Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan. Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. "







Israk dan Mikraj dari perspektif Sains
Posted on Saturday, June 16 @ 02:04:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: kamal_hasan

"Apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, pasti berkaitan tempat dan masa, maka kita tidak boleh menolak kewujudan Isra’ dam Mikra’j kerana semuanya memang wujud, tetapi apa yang menakjubkan kita ketinggian ilmu dan kelajuan perjalanan Rasulullah mengatasi pengiraan sains dan akal manusia. sepatutnya makin maju, semakin laju sesuatu ciptaan itu tetapi pada Isra’ dan Mikraj tidak dapat diukur oleh manusia.

Ulamak fizik telah dapat membongkar kehebatan ini. Jika kita perhatikan atomic particles yang panjang dan lebar dapat bergerak laju menghampiri kelajuan cahaya, bertambah usia jisim bion dalam masa amaliah bumi akan dapat menggandakan kelajuan 99% daripada kelajuan cahaya. Kelajuan roket telah menghampiri telah dapat menghampiri kelajuan cahaya dan dapat memendekkan jarak perjalanan 50,000 tahun dalam masa satu hari, jadi tidak hairan jika kita mampu menambah kemampuan kelajuan maka kita juga dapat memendekkan jarak perjalanan.

Pasti Allah telah memberi kelebihan kepada Rasulullah melebihi zaman kita, iaitu zaman sains dan teknologi. Jika manusia telah dapat bergerak menhampiri kelajuan cahaya, maka tidak hairanlah Malaikat dan Jin ciptaan Allah lebih laju daripada kelajuan cahaya dan tidak dapat diukur oleh kiraan akal manusiaJika sesuatu yang berada diluar pemikiran manusia dan tidak berada dalam hukum alam bumi, maka benda tersebut lebih laju dari sesuatu dibumi dan masa hadapannya juga lebih jauh dari masa depan bumi dan lebih panjang hayatnya. Sekalipun kelajuan cahaya dan udara adalah kelajuan paling tinggi tetapi ahli sains tidak menolak dimana masih ada kelajuan lain yang lebih laju daripada cahaya dan angin.

KENAPA KITA MEMPELAJARI MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

Isra’ dan Mikraj adalah satu kesan sejarah yang menjadi cabaran kepada ahli sains untuk merungkai kekuasaan Allah SWT, ianya juga suatu ukuran keimanan seseorang mukmin terhadap kemampuan Allah SWT. Kini manusia dengan kemampuan yang ada mereka cuba mengukur kekuasaan Allah SWT tetapi pada pandangan orang mukmin mereka terhenti di atas nama Mukjizat Allah SWT, Apa yang pasti masa dan kemajuan akan tidak dapat menilai kekuatan Allah SWT. Allah sengaja membatasi kemajuan manusia untuk memperlebihkan kemulian Rasulullah daripada kemulian ahli sains yang tidak berasaskan kepercayaan kepada Allah sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa, Allah juga seolah-olah memberi amaran kepada ahli sains bahawa mereka tidak dapat menandingi kemajuan Islam yang mana semua telah terkandung dalam Al-Quran. Allah pernah memperlihatkan Gerhana Matahari ketika kewafatan Nabi Ibrahim, memberi amaran bahawa Allah mampu menggerak dan mengubah perjalan Alam ini pada bila-bila masa demi kehormatan pada insan yang Allah SWT Kasihi

Isra’ dan Mikraj memperlihatkan kekuatan dan kemampuan kelajuan perjalan yang Allah pamerkan kepada manusia dan memuliakan peribadi Rasulullah sebagai manusia yang paling laju dalam perjalanan semua makhluk ciptaan Allah SWT, Perjalanan Rasulullah lebih laju dari semua ciptaan termoden manusia

PERJALANAN ISRA’ – MERUPAKAN PERJALANAN BUMI KE ALAM KEKUASAAN ALLAH

Memberi erti kita mesti menyucikan jiwa kita dahulu barulah dapat mengerti perjalanan ini dan mendapat hidayah allah. perkara ini bukanlah perkara mainan yang boleh dikaji dengan campur aduk dosa dan maksiat tetapi perkara ini memerlukan kesucian hati dan jiwa seperti jiwa Rasulullah barulah dapat menilai perjalanan dan penghormatan Allah ini pada Rasulullah sehingga Jibril sendiri tidak diberi kesempatan ini. Hanya insan yang memiliki Penyembahan kepada Allah secara Mutlak barulah meyakini pemberian Allah Yang Maha Kuasa, Allah memilih Perjalanan MALAM KERANA ALLAH TAHU, SETIAP WAKTU MALAM RASULULLAH SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN BERBICARA DENGAN ALLAH... IAITU WAKTU YANG PALING BERHARGA DAN PALING BERNILAI BAGI RASULULLAH YANG SENTIASA BERURUSAN DENGAN MANUSIA DI SIANG HARI... KINI WAKTU MALAM RASULULLAH GUNAKAN UNTUK PERTEMUAN DENGAN ALLAH… BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA RASULULLAH

PerjalananRasulullah bukanlah bermatlamatkan Maksiat tetapi perjalanan yang bermula dari dua buah Masjid termulia, iaitu dari Masjid Mekah di kepulauan arab dan Baitul Miqaddis di tanah suci Palestin bumi anbiya’ yang mana solat didalamnya mendapat lima ratus ganjaran

Perjalanan Rasulullah adalah dengan Jasad dan Roh kerana Allah memulakan ayat suci dengan ” Subhana”. yang bererti Maha Suci Allah

Buraq kenderaan Rasulullah tetap terpelihara dari kritikan ahli sains kerana sifatnya yang lebih laju daripada cahaya, sehingga kelajuannya melebihi kelajuan cahaya dan warnanya putih kerana apabila kelajuan cahaya biasa sahaja pun sudah mengeluarkan cahaya putih maka Buraq pasti lebih bercahaya kerana kelajuannya lebih laju daripada cahaya

Sumber: silverheritage.blogspot.com"




Fulamak!!! Peristiwa Pelik Tapi Benar (Gambar)
Posted on Friday, June 15 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Pelik ye.basikal tak remuk, mesti basikal ni mahal..mungkin RM 30,000


Macam mana minah ni, boleh sampai masuk longkang..


Betul ka durian ni, hampa pikir sendiri la


Mamat ni syujud syukur

Posting ni sekadar renungan sahaja..untuk kita berfikir sejenak.

suntingan dari Abu Luqman"



Kanak-kanak tujuh tahun maut tertembak diri sendiri
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 Jun 2012
Kanak-kanak tujuh tahun maut tertembak diri sendiri
Mangsa, Mohd Faris
KOTA BHARU  - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol yang disangka mainan di rumah neneknya di Ketereh di
sini, jam 9 malam tadi.
Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.
"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya.
"Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.
Mohd Faris yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.
"Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya," kata beliau.
Jalaluddin berkata, sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja, namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.
"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak," katanya lagi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata, anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.
Jenazah Mohd Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.
Dalam pada itu, Benama memetik ibu Mohd Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.
Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian dia berada di luar rumah untuk mengemas
meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.
"Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.
"Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja.
 "Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan
meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, ibu saudara Mohd Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan.


Lari bogel elak dicekup ghairah asmara
IZWAN ROZLIN
12 Jun 2012
AJK Surau Al-Munawarah (kiri) sedang menyoal siasat dua pasang kekasih yang ditahan semalam.
AJK Surau Al-Munawarah (kiri) sedang menyoal siasat dua pasang kekasih
yang ditahan semalam.
PETALING JAYA- Sepasang kekasih yang sedang leka bercumbuan tanpa seurat benang diruang tamu rumah melarikan diri ke dalam bilik selepas tersentak apabila pintu rumahnya diketuk oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Munawarah dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Lagoon Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan itu yang pada mulanya enggan membuka pintu akhirnya akur dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tiada pertalian sah.

Mengejutkan, seorang gadis Melayu turut ditahan bersama seorang lelaki berlainan bangsa di sebuah bilik di unit apartmen sama.

Penolong Setiausaha Surau Al-Munawarah , Muhammad Syafiq Khor Abdullah berkata, serbuan dibuat berikutan aduan daripada jiran sekeliling yang curiga melihat rumah bujang wanita itu sering dikunjungi lelaki.

“Pada mulanya kedua-dua pasangan itu memberi alasan terpaksa tinggal serumah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan,” katanya.

Kedua - dua gadis itu yang berusia awal 20-an merupakan pelajar di sebuah universiti manakala lelaki pula sudah bekerja.

Dalam serbuan di sebuah lagi unit apartmen, sepasang kekasih turut dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Muhammad Syafiq berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Pasangan itu akhirnya akur selepas diarahkan oleh polis.

Semua pasangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
Dua sekawan dituduh rogol
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
SHAH ALAM - Dua sekawan diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pekerja kedai makan berusia 22 tahun, tiga tahun lalu.
Keputusan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling jaya yang membebaskan Norhazli Shuib, 22, dan Shahrul Izwan Ab Kadir, 25, daripada tuduhan itu.
 Mohd Sofian pada penghakimannya  berkata, sejarah mangsa menunjukkan dia pernah hamil dan dua kali melahirkan anak tanpa berkahwin.
“Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan mangsa melakukan seks secara rela dalam kes ini.
“Mangsa sendiri menafikan dia mahu melakukan seks. Tambahan pula, laporan polis dibuatnya kurang tiga jam selepas kejadian” katanya.
Justeru, mahkamah memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan kedua-dua tertuduh dipanggil dan dibicarakan semula untuk membela diri.
Norhazli dan Shahrul didakwa merogol mangsa di sebuah rumah Jalan Tempinis 3, Off Jalan KL, Batu 16, Sg Pelong Petaling I...Jaya, pada 8 Mac 2009.
Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Tidak boleh tangguh haji kerana pilihan raya
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
SHAH ALAM – Ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima wajib dilaksanakan bagi mereka yang mencukupi syarat dan ia tidak boleh ditangguhkan hanya kerana pilihan raya.

Pilihan raya bukanlah syarat ibadat haji perlu ditangguhkan kerana syarat menetapkan dalam menunaikan ibadat haji boleh ditangguhkan dan dikecualikan antaranya disebabkan sakit dan  keadaan tidak aman.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan seperti ada bekalan sepanjang berada di sana, tahap keselamatan yang baik dan tidak berada dalam keadaan nyawa terancam.

Menurutnya, bakal jemaah haji juga perlu mampu menyediakan bekalan dan nafkah yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang ditinggalkan.

“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam  keadaan seorang Yahudi atau Nasara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya (Pas) menangguhkan niat mereka menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Harussani berkata, perkara itu disebutkan dalam salah satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Ia disebutkan dalam hadis dan menunjukkan kematian dalam keadaan sedemikian cukup berat. Jika kita meninggal dunia dalam keadaan mati seorang Yahudi atau Nasara, maka kematian tersebut dalam keadaan dosa besar,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataannya berkata, haji bukan ibadah yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

Harussani berkata, kita tidak boleh menyatakan hukum pergi haji tidak perlu terburu- buru dan boleh ditangguhkan kerana sesiapa yang cukup syarat, maka wajib mereka menunaikan ibadat haji.
Rayuan bekas koperal ditolak
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
16 Jun 2012
Rayuan bekas koperal ditolak
Mohd basir dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi selepas Hakim Zainal Adzam menolak rayuannya, semalam.
IPOH – Seorang bekas polis berpangkat Koperal yang didapati bersalah mencabul seorang pelajar berusia 15 tahun kira-kira lima tahun lalu, diperintahkan Mahkamah Tinggi di sini supaya menjalani hukuman berkuat kuasa semalam.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat perintah tersebut sebaik sahaja menolak rayuan yang dikemukakan oleh tertuduh, Mohd Basir Abdullah.
Tertuduh mengemukakan rayuan tersebut dalam usaha untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 36 bulan serta tiga sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada
12 April 2011.
Mohd Basir, 46, didapati bersalah memasukkan sesuatu objek ke dalam kemaluan remaja tersebut tanpa kebenaran antara jam 11 malam dan 12 malam di Jalan Taman Farmasi, Seri Iskandar, pada 25 Disember 2007.
Tertuduh didapati bersalah oleh hakim ketika itu mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mohd Basir diwakili peguam bela, Ranjit Singh Sandhu manakala, pihak pendakwa pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin.
Dalam penghakiman lisannya, Hakim Zainal Adzam menerima keputusan Hakim Mahkamah Sesyen sebagai tepat dan hukuman dikekalkan.
“Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, tiada sebab untuk ketepikan keputusan terawal Mahkamah Sesyen dan hukuman dikekalkan serta berkuatkuasa serta merta,” katanya.
Sejurus kemudian, Ranjit Singh memohon untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, hakim menolak permohonan lisan itu dan meminta peguam itu mengemukakan rayuan secara formal.
'Saya ingin kembali ke pangkal jalan'
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
'Saya ingin kembali ke pangkal jalan'
Nur ingin lupakan kisah silamnya dan ingin kembali ke pangkal jalan.
DUNGUN – “Saya ingin kembali ke pangkal jalan, namun siapa yang boleh membimbing saya? Semuanya hendak mengambil kesempatan, saya hanya menjadi mangsa pemuas nafsu
lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu."

Demikian rintih seorang gadis berusia awal 20an yang difahamkan dinodai lebih 10 kali oleh lelaki yang dikenali.

Dia yang hanya mahu dipanggil Nur mengaku mula terjebak setelah ibu dan bapanya yang masing-masing berasal dari Gurun, Kedah serta Dungun bercerai lebih empat tahun lalu.

Kata Nur, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan sedang menuntut di tingkatan empat disalah sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun.

"Sejarah hitam saya bermula ketika berada di rumah ibu bersama bapa saudara.

"Saya tidak sangka bapa saudara sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap saya," katanya.

Kata Nur, sejak kejadian itu, dia trauma. Hidupnya terumbang-ambing dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu.

"Saya kemudian menemui lelaki yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk bergantung, namun pujuk rayunya membuatkan saya sekali lagi terjebak ke lembah hina.

"Sejak itu saya makin berani dan liar," katanya yang berasal dari Kampung Paya Balai Besar.

Disebabkan terlalu mengikut nafsu remajanya, dia kemudiannya dibuang sekolah tanpa sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sejak berhenti sekolah, saya melakukan hubungan seks lebih dari sepuluh kali.

“Saya menjadi semakin liar kerana tiada siapa yang ingin membimbing saya, ibu bapa saya bercerai malah semua lelaki yang mengenali saya pula mengambil kesempatan di atas kelemahan saya,” katanya selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan seorang kaki dadah yang bekerja sebagai pemasang jubin di sebuah rumah dekat sini.

Akibat terlalu tertekan, Nur juga mengambil dadah jenis methampethamine dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya.

"Saya mahu berubah tetapi siapa yang sudi menerima dan membimbing saya yang sudah jauh terpesong ini.

"Saya tidak kuat untuk melakukannya seorang diri, saya perlukan sokongan mereka yang boleh dipercayai," katanya.
Bapa rayu anak gadis pulang
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
Bapa rayu anak gadis pulang
Mior Norahan memegang gambar anaknya dan berharap segera pulang ke
pangkuan keluarga.
SERI ISKANDAR - Lebih lima bulan menghilang, seorang bapa merayu anaknya, Ma Fatima Mior Norahan yang hilang sejak Januari lalu pulang ke pangkuan keluarga.
Mior Norahan Mior Mohammad, 58, berkata, Ma Fatima, 20, yang keluar dari rumahnya di Felcra Nasaruddin Belia sejak 2 Januari lalu sehingga kini masih tidak pulang ke rumah.
Menurutnya, kehilangan anak gadisnya itu paling dirasai isterinya yang kini menderita sakit barah usus.
“Ma keluar dari rumah pada jam 4 petang 2 Januari lalu dengan membawa sebuah beg pakaian mengikut pintu belakang.
“Pada masa itu, ibunya sedang tidur di ruang tamu manakala saya tidur di dalam bilik. Apabila bangun saya melihat ke dalam biliknya dan mendapati dia sudah tiada manakala pintu belakang tidak berkunci,” katanya.
Mior Norahan berkata, sebelum kejadian dia telah memarahi anaknya kerana tidak mahu membantu melakukan kerja rumah memandangkan ibunya sedang sakit.
“Tetapi selepas itu dia hanya bersikap seperti biasa dan bersembang dengan ibu saudara yang datang melawat serta mengatakan dia mahu sambung belajar di Giat Mara dalam bidang kecantikan.
“Memang kami tidak ada sebarang masalah lain kecuali saya memarahinya tentang perkara itu dan tidak menyangka dia akan meninggalkan rumah,” katanya.
Mior Norahan tidak mengetahui anaknya itu mempunyai teman lelaki kerana tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada keluarga.
“Sejak menghilangkan diri dia tidak pernah lagi menghubungi kami dan kami sendiri cuba menghubunginya tetapi tidak dapat.
“Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencarinya termasuk membuat laporan polis kerana kami khuatir dengan keselamatannya ditambah ibunya yang sakit akibat terlalu merinduinya,” katanya.
Katanya, dia merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga melihat keadaan ibunya.
"Kami tidak marah kepadanya malah jika dia mahu berkahwin baliklah berbincang dengan kami," katanya.
Tambahnya, pada bulan lalu anak saudaranya ada melihat Ma Fatima di sebuah pasar raya di Ipoh, namun tidak sempat menegurnya.

“Saya merayu supaya dia pulang dan berharap orang ramai yang mengetahui keberadaan anaknya boleh menghubunginya di talian 019-503 7365,” katanya.
Ma Fatima sebelum itu pernah bekerja di sebuah kedai pakaian selama lima bulan di Seri Iskandar.

Polis tahan 6 lelaki disyaki terlibat kes rompak

16 Jun 2012
MUAR - Polis menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam empat kes rompakan dan pecah rumah melibatkan kerugian harta benda bernilai RM150,000 di sekitar daerah ini.

Mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 12.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohamad Nasir Ramli.

"Mereka disyaki terlibat dalam kes rompakan di dua rumah di Sungai Abong pada pukul 6.20 pagi dan 8.20 malam, Rabu lepas serta dua lagi kes di sekitar Muar sehari selepas itu pada pukul 7.40 malam dan pukul 8.10 malam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertandingan menembak sempena sambutan Hari Polis peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di Bukit Kangkar di sini hari ini.

Mohamad Nasir berkata polis juga telah mengenalpasti beberapa lagi suspek kes rompakan dan pecah rumah di sekitar Muar, termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah.- Bernama
202 disyaki lakukan jenayah
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
JOHOR BAHRU - Seramai 202 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah jalanan ditahan Polis Johor dari Januari hingga 10 Jun 2012.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, 20 daripada mereka merupakan warga asing dan daripada jumlah itu, 116 individu sudah dikenakan tindakan mahkamah.

“Jumlah itu direkodkan bagi enam bulan pertama tahun ini di mana 79 daripada mereka telah dibebaskan kerana disahkan tidak terbabit dalam kegiatan jenayah selain tidak polis tidak mencukupi bukti mengaitkan mereka.
“Bagaimanapun 25 individu daripada 202 ini telah dijatuhi hukuman selain 68 dalam perbicaraan mahkamah dan 23 diberi ikat jamin setelah dituduh,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan lagi usaha mengesan lebih ramai penjenayah yang terbabit dalam pelbagai jenis jenayah di negeri ini.
Jelasnya, indeks jenayah di Johor juga menunjukkan pengurangan -9.69 peratus iaitu 8,488 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 9,399 jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang direkodkan.
Manakala indeks jenayah jalanan juga berkurangan -43.78 peratus iaitu 1,125 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan rekod 2,001 kes.
Ia membabitkan 31 kes ragut, 171 kes samun tanpa senjata api, 923 jenayah samun berkawan tanpa senjata api.
Lima ditahan pecah rumah
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
JOHOR BAHRU - Lima lelaki ditahan polis cawangan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nusajaya dan Balai Tanjung Kupang dalam serbuan di sebuah rumah di pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya turut berjaya menjumpai semula barang-barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah televisyen LCD 32 inci dan satu tangki motosikal.
“Bertindak atas maklumat dan risikan jenayah kes pecah rumah, sepasukan anggota polis cawangan jenayah IPD Nusajaya dan Balai Polis Kangkar Pulai membuat serbuan di sebuah pangsapuri Kenari.
“Lima lelaki berusia 21 hingga 27 tahun berjaya ditangkap di rumah berkenaan. Semasa pemeriksaan dibuat, polis menjumpai barang-barang yang disyaki dicuri iaitu TV LCD yang dicuri bersangkut kes pecah rumah di pangsapuri Merak dan satu tangki motosikal,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini, semalam.
Menurutnya, kesemua suspek direman semalam untuk siasatan lanjut berkenaan beberapa kes pecah rumah di kawasan Nusajaya dan kawasan Johor Bahru.
Selain itu, katanya, tiga daripada lima suspek didapati positif Syabu, manakala seorang positif heroin.
“Mereka ditahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga lima tahun berserta denda jika sabit kesalahan.
“Jika kesalahan yang dimaksud hendak dilakukan itu adalah kesalahan mencuri maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan hingga 14 tahun atau mana-mana satu kesalahan itu yang dilakukan kali yang kedua atau kemudian bolehlah juga dikenakan denda atau sebatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nor Hashim berkata, pihaknya menahan dua individu berusia awal 20an yang terlibat dengan jenayah curi ‘sport rim’ dengan menggunakan dua buah kereta.

“Siasatan sedang dijalankan. Polis ada membuat rampasan kereta yang digunakan oleh suspek. Tangkapan ini dibuat kerana polis ada menerima laporan berhubung kes-kes curi ‘sport rim’ di Nusajaya,” katanya.

 

 

 

 
Sejuta Impian Musim Kedua Tawar Insentif RM1 Juta
Sejuta Impian.
PETALING JAYA: Program hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Sejuta Impian bakal kembali dengan musim kedua dengan insentif lumayan berjumlah RM1 juta.
Stesen TV3 dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bakal mendapat dana daripada Dana 1Malaysia bagi merialisasikan impian rakyat Malaysia.
"Idea untuk membangunkan masyarakat sekeliling, memberi manfaat kepada komuniti anda, melindungi alam sekitar mahupun impian untuk mengubah kehidupan anda, semuanya mungkin bakal tercapai menerusi program realiti Sejuta Impian musim terbaru," menurut kenyataan itu di sini.
Mereka yang mempunyai hasrat dan impian yang terpendam, boleh mendaftar penyertaan secara online dengan melayari www.tv3.com.my/sejutaimpian dari 18 Mei hingga 24 Jun atau hadir ke sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun.
Untuk mengetahui secara lanjut mengenai Sejuta Impian, anda boleh menghantarkan emel anda ke sejutaimpian@tv3.com.my.
Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun.
Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika menghadiri sesi ujibakat.
'Bukan Bidadari' Taruhan Terbaru Slot Lestary

Barisan pelakon drama bersiri Bukan Bidadari. (dari kiri) Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali.
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadari dalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam.
Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah.
Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
"Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.
Barisan pelakon drama bersiri Naziha yang telah pun menemui peminat pada 15 Jun.
Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).
Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya.
Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.

Trend filem tempatan membimbangkan

Harakahdaily, 16 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bimbang dengan trend penerbitan filem tempatan yang lebih kepada unsur negatif iaitu seram dan gengster.

Menurut Mohd Syahiran Muhamad, Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan mengetengahkan keganasan seperti “Gangsterisme” yang akhirnya akan mempengaruhi anak-anak muda di negara ini kearah perkara yang ditengah terutama agama Islam.

(Antara poster filem tempatan)


Bagi beliau, pemfileman merupakan salah satu media atau alat penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat berbentuk penceritaan bersiri atau hanya satu episod.

Katanya, filem atau drama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dalam negara.

Nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan nilai-nilaimurni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang pastinya mengutamakanabab serta nilai yang baik.

Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarangamat membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan tahyul.

Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem-filem ini tidaklah menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan hanya mengetengahkan adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai.

Namun, katanya,  perbuatan-perbuatan ini salah serta memberi padah jika ditiru berbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem tempatan yang terbaik dari segi nilai-nilai murni yang disampaikan.

Oleh itu, setiap pengeluaran filem di negara ini harus diambil nilai oleh pihak pemfileman negara, manakala diharap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan kementerian yang bertanggunjawab keatas.

Untuk mempastikan keluhuran agama Islam terjaga, katanya, pihak berkuasa haruslah meneliti setiap filem yang akan dikeluarkan agar rakyat yang beradab yang mengamalkan nilai-nilai murni dapat dibentuk untuk hari ini dan masa depan.


Curi di Sepang, jumpa di Melaka
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Curi di Sepang, jumpa di Melaka
Lembu curi diletakkan dalam kandang di jalan Solok Binjai, Pengkalan Balak.
ALOR GAJAH - Sebanyak 16 lembu peliharaannya yang hilang di Jalan Salak, Sepang, awal pagi Isnin lalu disembunyikan di pusat penyimpanan di Jalan Solok Binjai, Pengkalan Balak, dekat sini, petang kelmarin.

Kesemua 16 lembu terbabit dicuri dan disembunyikan di sini sebelum ia dijual kepada pembeli, walau bagaimanapun lapan darinya berjaya ditemui.

Penternak lembu berkenaan, P Kumaree, 47, dia hanya menyedari kehilangan kesemua 16 lembu jenis bharaman, kampung, biasa dan sarley kira-kira jam 12.45 tengah malam Isnin sebelum memaklumkan kepada rakannya.

"Kira-kira jam 7.30 petang Isnin lalu, saya mengurung kesemua 70 lembu ternakan di dalam kandang dan pulang ke rumah selepas memastikan semuanya berada dalam keadaan
selamat.

"Namun kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, saya ke kandang sekali lagi dan mendapati jumlah lembu berkurangan sebelum menyedari terdapat kesan tayar lori berdekatan kandang," katanya kepada Sinar Harian.

Kumaree berkata, dia yang terkejut dengan keadaan itu terus memaklumkan kepada rakannya dan berusaha mencari di sekitar kawasan berkenaan.

"Sejurus selepas itu saya dimaklumkan rakan berhubung penemuan lembu saya di Melaka. Saya terus bergegas ke sini, namun hanya menemui lapan dari 16 lembu yang hilang dan usaha
menjejaki lapan ekor lagi masih diteruskan," katanya.

Katanya, ketika berada di sebuah kadang di Ayer Hitam Darat, dia menyedari seekor dari lembu yang dikurung adalah lembu ternakannya yang hilang berdasarkan kepada kesan yang ada pada lembu berkenaan.

"Namun apabila ditanya, lelaki itu mendakwa lembu berkenaan dibeli sendiri dan mempunyai dokumen urusan jual beli. Saya mengesyaki baki lembu yang hilang sudah pun dijual," katanya
ketika ditemui di lokasi penemuan lembu ternakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, lapan ekor lembu ternakan yang dicuri dan ditemui semula itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk tindakan lanjut.


JIKA TAK SUDI TERIMALAH...KHUATIRLAH KITA JIKA ALLAH TAK MAHU KETEMUI KITA...CARILAH REDA ALLAH DARI REDA MANUSIA...ITU KEPANASAN DUNIA...BAGAIMANA KEPANASAN DINERAKA NANTI...JADILAH KITA ORANG BERSYUKUR DAN BERTAQWA...JEREBU NI APA SEBAB KITA KATAKAN...IA TETAP DARI ALLAH DAN KETENTUAN ALLAH SWT....

Timbalan Ketua Polis maut nahas



Keadaan BMW dan Pajero yang remuk dalam kemalangan berhampiran Kampung Labok, Machang, Kelantan semalam.



MACHANG - Kegembiraan Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob yang baru sebulan menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai tidak berkekalan apabila pegawai polis itu dan rakan setugasnya terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Labok di sini semalam.
Abdul Wahab, 56, dan Sarjan Abd. Kadir Kumin, 48, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai maut di tempat kejadian apabila kereta BMW yang mereka naiki hampir berkecai selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dari arah bertentangan.
Turut terkorban dalam kemalangan pukul 1 pagi itu ialah Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang. Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Membunga, Mohd. Saari Asmawi, 36, cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
Ketiga-tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian kerana masing-masing tersepit dalam dua kenderaan yang bertembung.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jenazah Abdul Wahab yang baru sebulan bertugas di IPD Kuala Krai dihantar ke Taman Segambut, Kuala Lumpur dan dikebumikan semalam.
Allahyarham yang sebelum ini bertugas di bahagian pentadbiran di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan pangkat Asisten Superintendan meninggalkan isteri, Taharah Mohamed, 51, dan empat orang anak serta seorang cucu.
Menurut beliau, jenazah Abd. Kadir pula dihantar ke Ulu Cheka, Jerantut sebelum dikebumikan di kampungnya. Allahyarham Abd. Kadir meninggalkan isteri dan enam anak.

Negara dilanda jerebu


KOMBINASI gambar yang menyaksikan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas ditelan Jerebu semalam (kiri) dan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur pada sudut yang sama dirakam sebelum ini.



KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Lembah Klang dan Perak merosot semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.
Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.
Imej satelit itu juga menunjukkan jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia.
Berikutan itu, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar.

Nizar mohon menghadap Sultan





IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kecil) semalam menghantar surat kepada pejabat Istana Besar, Johor Bahru bagi memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim, Jaba Mohd. Noah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tujuan memohon menghadap itu ialah bagi menzahirkan permohonan maaf kepada baginda.
"Tujuan saya memohon menghadap baginda Sultan Johor ialah untuk mendapat perkenan menjelaskan kesulitan yang berlaku," katanya dalam surat dua helai yang salinannya difakskan ke pejabat Kosmo! Perak di sini.
Mohd. Nizar juga memohon perkenan untuk membawa beberapa sahabat beliau untuk bersama menghadap sekiranya mendapat keizinan baginda.

Terseksa kepanasan di terminal



BEBERAPA jurujual tiket bas terpaksa berkipas akibat kepanasan apabila pendingin hawa tidak dipasang sepenuhnya di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Pekerja kaunter tiket dan pelanggan Terminal Bas Shahab Perdana di sini mengeluh kerana terpaksa berurusan dalam keadaan panas dan berbahang gara-gara pendingin hawa tidak dihidupkan sejak sebulan lalu.
Tinjauan mendapati, hanya satu daripada lima pendingin hawa di situ berfungsi, manakala selebihnya ditutup menyebabkan suasana ruang tertutup yang menempatkan 33 kaunter tiket panas.
Beberapa pekerja kaunter tiket di situ mendakwa, empat pendingin hawa di situ tidak berfungsi sejak sebulan lalu selepas pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membuat keputusan untuk tidak menghidupkannya atas alasan ada pekerja kaunter yang merokok.
Seorang pekerja kaunter tiket, Nur Faizah Ahmad, 33, memberitahu, lebih 100 pekerja di situ 'terseksa' apabila terpaksa bekerja di kawasan tertutup dengan suasana panas, terutamanya pada waktu tengah hari.

Harumanis RM12.50 sebiji di Singapura



MEMPELAM Harumanis mula mendapat perhatian penduduk
Singapura kerana rasanya yang manis dan enak.



ARAU - Keenakan Raja Mempelam, Harumanis bukan hanya digemari oleh rakyat Malaysia malah mendapat permintaan tinggi di Singapura apabila dijual pada harga RM12.50 sebiji.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, sambutan memberangsangkan itu diterima pihaknya ketika mengadakan promosi buah berkenaan di republik itu bulan lalu.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan Perlis dijangka mengeksport tiga tan metrik buah itu ke sana tahun depan.
"Penduduk Singapura amat menyukai kemanisan dan keenakan mempelam Harumanis. "Walaupun ia dijual pada harga S$5 sebiji atau RM12.50, mereka tiada masalah untuk membelinya," katanya di sini semalam.

Jurutol ditembak, dirompak RM2,000



ANGGOTA polis memeriksa kesan tembakan pada motosikal yang dinaiki dua jurutol yang ditembak berhampiran Plaza Tol Seremban kelmarin.



SEREMBAN - Dek kerana duit RM2,000, dua jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) cedera ditembak sebelum disamun perompak berhampiran Plaza Tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini kelmarin.
Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.
Pejabat PLUS itu terletak berhampiran persimpangan susur keluar ke arah utara.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, semasa itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar wang kutipan harian berjumlah RM2,000 ke pejabat PLUS itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Plaza Tol Seremban.
Menurut beliau, ketika kedua-dua mangsa mahu membelok masuk ke kawasan pejabat PLUS, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira memintas motosikal ditunggangi dua mangsa.
"Seorang lelaki di dalam kereta itu yang bersenjatakan pump gun melepaskan tiga das tembakan ke arah kedua-dua jurutol menyebabkan mereka terjatuh.
"Suspek kemudian merampas beg kecil mengandungi wang yang dipegang salah seorang mangsa," kata beliau dengan memberitahu kereta tersebut kemudian dipandu laju ke arah Sendayan.

Bayi nyaris rentung



ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan 15 buah rumah kongsi dan lima kontena yang dihuni buruh Indonesia di tapak pembinaan Alor Vista, Relau semalam.



GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia dua hari nyaris rentung dalam kebakaran melibatkan 15 rumah kongsi dan lima kontena yang didiami warga Indonesia berdekatan tapak pembinaan Taman Alor Vista, Relau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, bayi terbabit dijumpai terperangkap di dalam rumah kongsi bersama ibu bapanya yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
Kebakaran itu turut melibatkan penginapan 30 buruh kontrak yang bekerja di tapak pembinaan tidak jauh dari tempat kejadian.
Tiada kecederaan serius kerana kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak ke setiap rumah papan tersebut.
Kejadian tersebut memusnahkan harta benda milik mangsa termasuk pasport mereka.
Ketua Bomba Zon Jalan Perak, Ahmad Hafiz Sulaiman berkata, lapan jentera bersama 68 anggota dari Balai Bomba Paya Terubong dan Bayan Baru dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Tujuh penculik tak sempat berjoli



TUN HISAN (tengah) menunjukkan wang tebusan yang dirampas daripada penculik pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di Shah Alam semalam.



Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob yang baru sebulan menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai tidak berkekalan apabila pegawai polis itu dan rakan setugasnya terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Labok di sini semalam.
Abdul Wahab, 56, dan Sarjan Abd. Kadir Kumin, 48, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai maut di tempat kejadian apabila kereta BMW yang mereka naiki hampir berkecai selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dari arah bertentangan.
Turut terkorban dalam kemalangan pukul 1 pagi itu ialah Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang. Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Membunga, Mohd. Saari Asmawi, 36, cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu
Ketiga-tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian kerana masing-masing tersepit dalam dua kenderaan yang bertembung.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jenazah Abdul Wahab yang baru sebulan bertugas di IPD Kuala Krai dihantar ke Taman Segambut, Kuala Lumpur dan dikebumikan semalam.
Allahyarham yang sebelum ini bertugas di bahagian pentadbiran di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan pangkat Asisten Superintendan meninggalkan isteri, Taharah Mohamed, 51, dan empat orang anak serta seorang cucu.
Menurut beliau, jenazah Abd. Kadir pula dihantar ke Ulu Cheka, Jerantut sebelum dikebumikan di kampungnya. Allahyarham Abd. Kadir meninggalkan isteri dan enam anak.

Bekas atlet wanita didakwa rogol wanita


GAMBAR fail pada 22 Mei 2006 menunjukkan Pramanik bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya pada acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India.



KOLKATA - Seorang atlet wanita India yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2006, Pinki Pramanik muncul di mahkamah di sini semalam bagi menghadapi dakwaan dia merogol bekas kekasihnya yang juga seorang wanita.
Bekas kekasihnya itu turut mendakwa bahawa Pramanik 26, yang kelihatan seperti wanita sebenarnya ialah seorang lelaki.
Pramanik turut ditahan reman selama 14 hari sehingga perbicaraan berhubung dakwaan merogol itu berlangsung.
"Mahkamah majistret meminta pihak berkuasa untuk membentuk satu lembaga perubatan bagi menentukan jantina Pramanik," kata Ketua Balai Polis di Kolkata, Prabir Roy.
Pramanik yang bersara pada tahun 2007 enggan untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital semasa dia di soal-siasat selepas ditangkap kelmarin.
"Saya telah menjalani banyak ujian perubatan sepanjang kerjaya sebagai seorang atlet.
"Kenapa saya perlu bersetuju untuk menjalani lebih banyak ujian perubatan yang mengarut ini?," soal Pramanik yang disiarkan akhbar Times of India semalam.
Dia pernah memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter berganti-ganti pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006.
Bekas kekasih Pramanik mendakwa dia dirogol beberapa kali.
Namun, Pramanik memberitahu kisah yang berbeza.
"Wanita itu (mangsa) meminta wang sebanyak 300,000 rupees (RM17,271) tetapi saya enggan memberikan wang tersebut kepadanya." kata Pramanik kepada pemberita dari sebuah van polis sebelum dia dihadapkan ke mahkamah.
Polis menyatakan bahawa Pramanik tinggal bersama kekasihnya di sini selama beberapa bulan.
Akhbar Calcutta Telegraph melaporkan bekas kekasihnya menyatakan Pramanik pernah berjanji untuk berkahwin dengannya.
Pramanik berasal daripada keluarga petani yang miskin di negeri Bengal Barat, sekitar 220 kilometer dari sini dan bekerja sebagai seorang inspektor tiket sebelum berkecimpung dalam bidang sukan.
Sementara itu, ibu Pramanik, Puspa memberitahu stesen televisyen Bengali TV bahawa anaknya itu tidak bersalah.
"Saya tidak percaya dia melakukan jenayah seperti itu. Saya berharap dia akan mendapat keputusan yang adil," katanya.
Setiausaha Persekutuan Atlet India, C.K. Valson memberitahu agensi berita AP bahawa pihaknya tidak mengetahui sama ada Pramanik akan diminta untuk memulangkan semula pingatnya ekoran kes tersebut.
"Dia bersara tiga tahun lalu dan tiba-tiba kita mendengar semua ini (kes itu)," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes tersebut.
Pramanik pernah memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India pada 22 Mei 2006.
Pingat perak yang dimenangi atlet dari India, Santhi Soundarajan pada Sukan Asia 2006 terpaksa ditarik balik selepas dia gagal dalam ujian jantina yang dilakukan sejurus selepas acara larian tersebut berlangsung. - Agensi

Identiti pemuda misteri akhirnya terbongkar



WAJAH pemuda misteri yang mendakwa namanya Ray di laman web polis Berlin pada 5 September tahun lalu.



BERLIN - Identiti seorang pemuda misteri yang muncul di Berlin pada tahun lalu dengan mendakwa namanya sebagai Ray dan tinggal di hutan Jerman selama beberapa tahun akhirnya terbongkar.
Pemuda itu mencetuskan misteri pada tahun lalu apabila dia mendakwa keluar dari hutan di Jerman yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun.
Ketika itu, pemuda tersebut menyatakan bapanya telah meninggal dunia dalam hutan.
Namun, polis semalam menyatakan seorang bekas kekasih pemuda tersebut mengenal pasti identitinya sebagai lelaki berusia 20 tahun dari Belanda.
Identiti itu disahkan selepas polis mengedarkan gambar pemuda tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya pada awal minggu ini.
Polis menyatakan pemuda tersebut akhirnya mengaku maklumat yang diberikan oleh bekas kekasihnya itu adalah benar.
Sebelum ini, beberapa orang yang tinggal di bandar Hengelo, Belanda mengenal pasti pemuda tersebut selepas mereka melihat gambarnya yang disiarkan polis Berlin.
Ibu tiri pemuda tersebut dapat mengenalinya selepas melihat gambarnya.
Seorang jurucakap polis di Hengelo, Chantal Westerhoff turut mengenal pasti identiti pemuda tersebut yang kini berusia 20 tahun.
Menurut Westerhoff, pemuda tersebut meninggalkan rumahnya pada September 2011 tanpa memaklumkan kepada bapa atau ibu tirinya yang menyebabkan pasangan tersebut membuat aduan polis berhubung kehilangan anak mereka itu.
Stesen penyiaran NOS Belanda yang mewawancara beberapa rakan pemuda tersebut mendedahkan nama sebenarnya ialah Robin van Helsum.
Dalam kisah yang menarik perhatian dunia itu, pemuda tersebut muncul di bangunan Dewan Bandar Raya Berlin di sini pada 5 September 2011 dan menyatakan bahawa nama pertamanya ialah Ray kepada beberapa orang.
Menurutnya, dia tinggal di hutan bersama bapanya selama lima tahun.
Bertutur dalam Bahasa Inggeris yang diselang seli dengan beberapa perkataan Jerman, pemuda itu memberitahu bahawa bapanya telah mati pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, selepas menanam mayat bapanya di hutan, dia berjalan ke arah utara selama lima hari sebelum tiba di Berlin.
Namun, polis yang tidak menemui mayat bapa budak lelaki tersebut.
Pemuda tersebut tinggal di sebuah institusi kebajikan selepas dia muncul di bangunan dewan itu. - Agensi