Tiga jam seksa mangsa tak bersalah
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Siti Nor Hidayatidayu Razali, Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TERUK... kesan lecur pada perut mangsa.
LUKA...bahu mangsa yang dicucuh besi kimpalan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.
“Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.
‘Baba’ terlampau
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Amat menyedihkan kerana suspek yang berusia 50-an dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) serta menerima pencen ilat akibat kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu, bijak mengambil kesempatan di atas sikap manja mangsa kepadanya.
Kejadian itu yang berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar ini hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mangsa yang masih belajar di tadika mengadu kesakitan di bahagian kemaluan.
Sumber berkata, kanak-kanak perempuan malang itu dijaga pengasuh yang juga isteri suspek sejak berusia dua tahun manakala dua lagi adik mangsa dijaga nenek kanak-kanak itu.
Anak jiran buta hati
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SAKIT...Azizan menunjukkan tangan ibunya, Fatimah yang lebam.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Fatimah Md Salleh dikatakan bersendirian di rumahnya apabila didatangi seorang wanita dipercayai isteri suspek berusia 20-an, yang berpura-pura mahu mengurut kerana baru lepas bersalin.
Difahamkan, suspek dipercayai anak jiran mangsa dan penagih dadah, malah ibu suspek dikatakan sering bermalam di rumah warga emas itu kerana takut tinggal seorang diri.
Fatimah berkata, dia dan wanita muda itu berbual seperti biasa sebelum suaminya tiba-tiba datang memegang sebilah pisau pemotong ikan di tangannya.
Menurutnya, suspek mengacu pisau di dadanya dan mengugut menikam mangsa jika tidak menyerahkan gelang emas di tangan kirinya.
Amuk anak tak belikan komputer riba
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.
Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.
“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.
“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.
“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Diserang beruk terlepas
Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 5.30 petang, Muhammad Fathurrahaman Abd Salam tidak sempat melarikan diri apabila beruk peliharaan seorang penduduk di kampung berhampiran terlepas dan mengamuk serta mengejar hampir 30 kanak-kanak yang pulang dari pusat tuisyen berkenaan. Fathurrahaman hanya mampu meraung selepas beruk mempunyai taring tajam menggigit lengan kirinya sebelum diselamatkan guru tuisyen yang melarikan mangsa berlumuran darah dalam tandas berhampiran.
Bagaimanapun, tindakan guru menyelamatkan mangsa tidak bertahan lama apabila beruk yang masih mengganas di luar tandas kembali menyerang dan menggigit mangsa bersama gurunya ketika cuba keluar dari tandas berkenaan.
Ibu mangsa, Norliana Mohd Syamsu, 31, yang menetap di Kampung Rawai, Marang, ketika dihubungi berkata, anaknya cedera parah di bahagian lengan kiri dan kini dirawat di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Menurutnya, sebelum menjemput anaknya pulang dari pusat tuisyen, dia ada mendengar cerita dari penduduk kampung mengenai seorang kanak-kanak diserang beruk, tetapi tidak mengetahui yang menjadi mangsa anaknya sendiri.
Katanya, sebaik tiba di pusat tuisyen itu, dia melihat anggota Rela menembak mati seekor beruk sebelum terkejut melihat keadaan anak sulungnya berlumuran darah diserang beruk berkenaan.
“Tanpa berlengah saya bergegas menghubungi suami dan membawa anak ke Klinik Bukit Payung mendapatkan rawatan sebelum diminta rujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Sementara itu, bapa Fathurrahaman, Abd Salam Mohamad, 31, yang menemani anaknya di HSNZ berkata, terdapat dua kesan luka sedalam 5.08 sentimeter dan 3.81 sentimeter di lengan kiri anaknya akibat gigitan beruk itu.
Cedera paha digigit suami
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut menyambung semula tindakannya di rumah sewa mereka di Taman Tasik Puchong dengan menampar dan menolak isterinya ke dinding sebelum rebah di lantai beberapa jam selepas kejadian pertama.
Dalam kejadian yang bermula di rumah rakan mereka kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan suaminya sebelum bertindak merampas telefon bimbit suspek dan cuba memeriksa kandungan telefon berkenaan selepas mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan rakannya sendiri.
Menurut sumber, ketika cuba mengambil semula telefon bimbit miliknya, suspek yang berusia 31 tahun itu terus menggigit tangan kiri isterinya, namun gagal menyebabkan suspek memukul badan dan menggigit paha kanan mangsa sebelum mencekiknya.
Katanya, lebih memalukan, kejadian berlaku di rumah rakan mereka yang turut disaksikan rakan lain.
Menurut sumber lagi, tidak cukup dengan itu, suami mangsa menyambung perbuatannya di rumah sewa mereka.
Katanya, dua rakan serumah mereka kemudian membantu mangsa dan menenangkan suspek sebelum membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Tragedi cuci muka
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, mangsa, Yung Shu Gen, 34, yang juga warga China bersama dua rakan lelaki ke lombong itu untuk memancing sebelum tergelincir, kira-kira jam 6.04 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddinn Mat Daud, berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lombong itu ketika cuba membasuh muka sebelum tenggelam dan lemas.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menemani dua rakan lelakinya ke lombong berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah sewanya untuk memancing.
Penghuni teratak senget
Oleh Yahya Awang
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Pondok usang itu yang dibina menggunakan kayu terbuang dikutip pemiliknya, Asmah Din, 69, terus menjadi tempat wanita uzur itu berlindung berikutan kemiskinan yang dialami.
Asmah berkata, pondok usang itu didiami bersama anak perempuan dan empat cucunya sejak sekian lama.
Menurutnya, dia tidak berniat untuk berpindah kerana rumah itu saja tempat dia mencari rezeki dengan melakukan kerja kampung.
“Saya berharap ada pihak sudi membantu membaik pulih rumah yang dibina menggunakan kayu terbuang dikutip dari kawasan projek perumahan berhampiran.
“Kami memang hidup miskin dan tidak berupaya membaik pulih rumah usang kami ini,” katanya.
Sementara itu, anak warga emas itu, Jemilah Bahar, 38, berkata, dia mempunyai empat anak yang perlu ditanggung dengan pendapatan tidak menentu melalui hasil kerja kampung.
“Pendapatan sebulan ada ketikanya tidak sampai RM300 menyebabkan anak tidak lagi dapat meneruskan persekolahan.
Menurutnya, ada cadangan supaya mereka memohon mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Lembah Beriah, Bukit Merah, namun dianggap menyukarkan mereka untuk mencari sumber pendapatan.
“Ini disebabkan kami sudah terbiasa dengan kehidupan di tepi sungai ini dan dapat menternak kambing secara kecil-kecilan bagi menampung kos hidup.
“Saya berharap boleh dibenarkan tinggal di tanah rizab milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini dan rumah yang kami duduki dapat dibaik pulih semula,” katanya.
‘Bila malam kami takut nak pulang’
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.
Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik.
Muhamad Nazir yang ditemui di rumah keluarganya di sini, semalam, mengakui kesal dengan tindakan dia dan dua rakan lain menipu ahli keluarga kononnya mahu menghadiri kelas tambahan di sekolah.
Pelajar tahun enam itu berkata, mereka sebaliknya mengayuh basikal menuju ke kawasan air terjun Ulu Chepor di Chemor yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah mereka.
“Kami kemudian menyambung semula perjalanan dengan mengayuh basikal ke pusat beli-belah Mydin di Jelapang. Kami teruja untuk pergi berjalan-jalan ke pusat beli-belah itu berikutan ia baru dibuka,” katanya.
“Kami menghabiskan masa di pusat beli-belah itu sebelum menyedari hari sudah malam. Ketika itu kami yakin keluarga pasti risau dengan kehilangan kami dan mereka pasti mencari.
Sementara itu, Muganasundram berkata, mereka kemudian mengambil keputusan mengayuh pulang pada tengah hari Ahad lalu sebelum ditahan seorang sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjejaki mereka.
“Kami kemudian diserahkan ke balai polis berhampiran sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa kami,” katanya kesal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, mengesahkan ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah kembali kepada keluarga malam kelmarin selepas keterangan diambil.
Usia 58 duit KWSP dah lesap
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
nori@hmetro.com.my
Pakar perunding kewangan bebas Charisma Agency, Fiona Tahir berkata, sikap segelintir pesara itu menyebabkan wang berkenaan tidak boleh bertahan hingga lapan tahun atau lebih memandangkan tercetus di hati masing-masing perasaan ingin ‘kaya’ dan ‘merasa’ duit itu.
“Sebahagian besar pesara menghabiskan wang KWSP dalam tempoh singkat selepas dikeluarkan. Pada usia 58 tahun kebanyakannya sudah habis sumber kewangan masing-masing.
“Ada yang menggunakan wang itu untuk membesarkan rumah, melangsaikan hutang kereta atau mengahwinkan anak hingga mencari kerja semula sedangkan tenaga dan kesihatan tidak mengizinkan untuk berbuat begitu.
“Ramai di kalangan kita terlupa memikirkan secara serius perbelanjaan hari tua yang merangkumi wang kecemasan terutama bil hospital atau klinik yang semakin besar perbelanjaannya. Bahkan ada yang menganggap wang KWSP sudah cukup menjamin segala-galanya. Mereka harus membuat pengiraan matang mengenai wang yang bakal diterima pada usia 55 tahun,” katanya.
Mati tuntut RM500
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, mangsa dikenali S Deva dari Chemor, dekat sini, dikatakan bersama tiga saudara ke rumah individu yang berhutang dengannya di Jalan Laxamana, di sini, tetapi lelaki terbabit tidak ada di rumah, kira-kira jam 5 pagi. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata mangsa kemudian terserempak dengan sekumpulan kira-kira 10 lelaki di kawasan berhampiran Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, berlaku salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki terbabit sebelum mangsa diserang secara mendadak menggunakan kayu, topi keledar dan pisau oleh kumpulan lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan peminjam.
“Serangan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan akibat dipukul dengan objek keras.
“Malah, mangsa turut cedera parah ditubuh akibat ditikam dengan objek tajam dipercayai pisau. Bagaimanapun, tiga saudara suspek sempat melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang melihat mangsa rebah dan berlumuran darah melarikan diri sebelum mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan, namun disahkan mati beberapa jam kemudian.
Menurutnya, polis sudah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu semua suspek terbabit dan menahan lima lelaki berusia 21 dan 29 tahun di sekitar daerah ini.
“Semua suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment