Saturday, June 16, 2012

BIASALAH BILA TIADA LAGI...BARU KITA DAPAT MENILAI KEBAIKAN2 SESEORANG....DEKAT2 BAU TAHI....JAUH2 BAU WANGI....TAPI ADA JUGA DEKAT KE...JAUHKE TETAP BAU TAHI...MUNGKIN KITA JAHAT SANGAT...KITA AJE PERASAAN BAIK...MAKA PANDAI2LAH MUHASABAH DIRI...JADILAH KITA ORANG SEDAR DIRI....

Kakak tersembam

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

SAKIT...Osman bersama anaknya, Nor Fatihana yang patah tangan.
SAKIT...Osman bersama anaknya, Nor Fatihana yang patah tangan.
KUALA TERENGGANU: “Walaupun badannya kecil namun dia beria-ia hendak mendukung adik bongsunya.
“Tetapi, dia tidak mampu menampung berat adiknya sebelum tersembam dan patah tangan,” kata Osman Mohammad, 39, bapa Nor Fatihana Osman, 6, yang patah tangan kiri selepas terjatuh berikutan gagal menampung berat badan adiknya ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di rumah mereka di Kampung Seberang Marang pada 8 Jun lalu, Nor Fatihana bermain bersama adik bongsunya, Nor Khalisa Damia, 2, sebelum cuba mendukung adiknya yang berat lebih 10 kilogram.
Malangnya, tidak sampai seminit mendukung saudara kandungnya itu, Nor Fatihana yang tidak larat menampung berat adiknya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum kedua-duanya tersembam di atas lantai.

Osman berkata, tangan kiri Nor Fatihana patah dalam kejadian itu manakala anak bongsunya tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi bergegas pulang sebaik dimaklumkan isteri mengenai insiden berkenaan.

“Saya membawa Nor Fatihana berjumpa dengan tukang urut tradisional sebelum membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Bapa tiga anak itu berkata, tangan Nor Fatihana yang patah disimen dan mungkin memerlukan masa sebulan untuk pulih.

Darah basahi jalan raya

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

SAYU...anak dan ahli keluarga  arwah  Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.
SAYU...anak dan ahli keluarga arwah Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.
MACHANG: “Kemalangan itu amat dahsyat, tapi saya terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang daripada mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk.”
Demikian kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.
Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Aliff Farhan yang rumahnya hanya 20 meter dari tempat kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika menonton televisyen pada jam 1 pagi.

“Selepas mendengar bunyi dentuman kuat itu, saya keluar rumah dan melihat kepulan asap serta api kecil menyala. Sebaik mendekati dua kenderaan yang terbabit nahas itu saya tergamam melihat darah membasahi jalan dan seorang mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan mengerikan,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, bapa saudaranya, Hussin Ismail, 45, tiba di tempat kejadian dan memadamkan api menggunakan air yang diisi ke dalam baldi kerana bimbang berlaku letupan.

“Dentuman kuat itu kedengaran sehingga kampung sebelah, Kampung Bunut Mak Teh sehingga ramai yang keluar untuk melihat apa berlaku. Penduduk kemudian menghubungi polis dan bomba untuk kerja menyelamat,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah Machang 1 itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua kenderaan itu disyaki dipandu laju sebelum bertembung.

Menurutnya, jenazah Abdul Wahab dan Abd Kadir sudah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Taman Segambut, Kuala Lumpur dan Ulu Cheka, Jerantut.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kemalangan berkenaan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tiada lagi kelibat ayah



KUALA LUMPUR: “Hari ini (semalam) genap sebulan arwah ayah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai dan saya reda dia sudah tiada walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian menimpanya,” kata Mohd Ayman Abdul Wahab, 22, anak ketiga Allahyarham Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56.
Menurutnya, ketika kejadian itu dia difahamkan arwah ayahnya dalam perjalanan ke Kota Bharu menghadiri mesyuarat sebelum dia terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

“Saya berdoa semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman tambahan dia meninggal dunia ketika keluar menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Sri Sinar, Segambut, di sini semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Taharah Mohamed, 51, dan empat anak. Selain Mohd Ayman, pasangan itu dikurniakan tiga anak perempuan berusia 21 hingga 28 tahun. Mohd Ayman berkata, sepatutnya arwah ayahnya pulang minggu depan, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa ayahnya dua minggu lalu ketika arwah pulang ke rumah.

“Ketika itu ayah berkelakuan seperti biasa. Selalunya jika berada bersama, ayah menunjukkan sikapnya tegas. Cuma ketika berjauhan kami dapat melihat kasih sayangnya apabila dia sering menghubungi bertanya khabar.

“Walaupun tegas, arwah peramah dengan semua orang. Dia juga pandai bergurau. Sejak kecil kami empat adik beradik sering berjauhan dengan ayah kerana tugasannya namun itu semua tidak dirasai kerana dia sering pulang ke rumah beberapa kali dalam sebulan,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham Abdul Wahab sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan baru sebulan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

Terkilan tak luang masa



MACHANG: “Kali terakhir saya berjumpa ayah di Kota Bharu dua minggu lalu dan ketika itu ayah bersikap biasa saja,” kata Farid Ikhwan Abd Kadir, 21, anak sulung kepada Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta BMW dan Pajero di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, awal semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, turut terkorban. Farid Ikhwan yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ayahnya yang baru sebulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai selepas menerima panggilan daripada seorang saudara jam 2.30 pagi sebelum ke tempat kejadian.

“Saya terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa secukupnya ketika berjumpa ayah dua minggu lalu,” katanya sambil memberitahu dia berada di Kubang Kerian ketika diberitahu mengenai kemalangan menimpa ayahnya.
Sementara itu, suasana sayu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital apabila ahli keluarga mangsa dan rakan setugas hadir ke hospital berkenaan. Isteri Abd Kadir enggan ditemu bual berikutan masih bersedih dengan kejadian menimpa suaminya.

Di Jerantut, ibu Abul Kadir, Siti Rokiah Mat Alek, 71, berkata sebelum ini terdetik keanehan di hatinya apabila Allahyarham kerap balik ke kampung sepanjang tahun ini kerana kebiasaannya dia jarang berbuat demikian.

“Sebelum ini, kalau dia balik hanya setahun sekali, tapi tahun ini dia tiga kali balik dan pernah menghabiskan tiga hari di kampung.

“Tak sangka pula di sebalik perubahan sikapnya itu, dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berau, Ulu Cheka, semalam.

Siti Rokiah berkata, Abdul Kadir anak keempat dari enam beradik, meninggalkan seorang balu dan lima anak. “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua minggu lalu iaitu ketika dia menghubungi melalui telefon bertanya khabar. Itulah kali terakhir berbual,” katanya.
Adik Abdul Kadir, Rosmadina Kumin, 44, yang tinggal di Kuantan berkata mereka jarang berbual kerana abangnya itu seorang pendiam.

Jenazah Abdul Kadir dikebumikan di tanah perkuburan Ulu Cheka jam 6.30 petang semalam.

Nenek gelisah, menjauhkan diri

GUA MUSANG: Sikap pelik Membunga Mamat, 61, yang terkorban dalam kemalangan maut di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, semalam bagaikan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
Cucu Membunga, Nabila Napi, 22, berkata, neneknya kelihatan gelisah malah enggan bergambar beramai-ramai ketika hadir pada majlis perkahwinannya Ahad lalu.

“Ketika itu, saya pelik kerana nenek sebelum ini bersikap mesra dengan keluarga, tetapi pada hari perkahwinan saya, dia seperti menjauhkan diri. Kelakuan peliknya itu bagaikan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Dalam kemalangan jam 1 pagi itu, Membunga menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dipandu anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

Membunga meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah BMW, manakala Mohd Saari dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Nabila berkata, kali terakhir dia bertemu neneknya itu kelmarin dan Allahyarham dilihat lebih gemar mendiamkan diri.

“Sejak hari perkahwinan saya lagi, nenek berubah, sehinggalah kelmarin dia lebih gemar mendiamkan diri,” katanya.

Ibu siram air panas

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.
MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Geng samseng gempur sekolah

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.

Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara kumpulan remaja samseng terdiri daripada bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang sekolah bersama kumpulan rakan dewasa mereka dengan beberapa pelajar sekolah itu.

Saksi kejadian yang juga pekerja sekolah berkenaan berkata, pergaduhan itu berlaku sebaik sesi pagi persekolahan tamat dan pelajar keluar dari perkarangan sekolah sebelum diserang kumpulan remaja samseng yang menunggu mereka di luar pagar.

“Sebaik beberapa pelajar yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan terbabit keluar dari pintu pagar, semua remaja yang berkumpul di luar itu menyerang mereka menggunakan senjata.

“Keadaan semakin kecoh dan ganas apabila puluhan pelajar lain yang berada di kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru kanan sekolah yang kemudian cuba meleraikan pergaduhan dengan menarik pelajar masuk semula ke kawasan sekolah.

“Guru itu cuba meleraikan pergaduhan dan menarik beberapa pelajar yang membelasah seorang daripada kumpulan terbabit.
“Ketika dia (guru) ingin membantu seorang remaja samseng yang terbaring atas jalan akibat dibelasah teruk, tiba-tiba seorang daripada kumpulan yang bergaduh itu membaling topi keledar dengan kuat ke arah guru berkenaan hingga terkena kepalanya,” katanya.

Menurutnya, kumpulan remaja yang melakukan serangan itu bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju tempat kejadian dan guru serta beberapa pelajar yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Polis kenal pasti suspek

KAJANG: Susulan pergaduhan di sebuah sekolah menengah di sini, semalam, polis sudah mengenal pasti beberapa suspek yang disyaki terbabit kejadian itu berdasarkan keterangan saksi kejadian selain motosikal milik suspek yang rosak dan ditinggalkan berhampiran kawasan sekolah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan dan motif kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara kumpulan samseng terbabit dengan beberapa pelajar sekolah itu.

“Setakat ini, maklumat yang kami terima hanya empat individu termasuk seorang guru cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran dan kami masih menyiasat kejadian ini secara menyeluruh kerana membabitkan keselamatan pelajar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata berbahaya hingga menyebabkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jumpa tiga pistol

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

PONTIAN: Bukan setakat menemui dadah bernilai RM18 juta, malah polis turut mengesan tiga pistol yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang yang dijadikan makmal memproses dadah di Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, di sini, pada jam 1.30 tengah hari, Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, selain itu, polis turut menemui 14 peluru, kelongsong serta kelopak peluru.

“Kami turut menyita dua kenderaan jenis Mercedez Benz dan Honda Odyssey yang menggunakan nombor pendaftaran negara jiran dipercayai milik anggota sindiket dadah terbabit.
“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua kenderaan terbabit menggunakan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan ia sudah tamat tempoh sah laku,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Menurutnya, semua barangan terbabit dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut dan susulan siasatan yang dilakukan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Kulaijaya pada Rabu lalu.

“Dua rakan suspek sedang diburu bagi membantu siasatan kes terbabit dan suspek juga sudah direman bermula semalam.

“Dua rakan suspek yang juga penduduk tempatan sudah dikenal pasti, mereka menghilangkan diri sejurus kejadian. Polis sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan serta menahan kedua-dua suspek terbabit,” katanya.

Mokhtar berkata, pihaknya percaya enam individu terbabit dalam kes berkenaan dan tiga daripada mereka warga asing.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mokhtar berkata, dadah terbabit dipercayai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami dapati dadah itu dibungkus menggunakan plastik hitam khas, ia bagi memudahkan barangan berkenaan diseludup keluar.

“Dengan menggunakan taktik itu, dadah terbabit lebih sukar dikesan,” katanya.

Beliau berkata, dadah bernilai RM18 juta yang terselamat daripada rentung dianggarkan mampu menampung bekalan untuk lebih 350,000 penagih dadah jika ia terlepas ke jalanan.

Mokhtar berkata, dadah dirampas membabitkan Ecstacy yang bernilai RM12.5 juta dan syabu seberat 20.230 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5 juta.

Dalam kejadian itu, kilang terbabit meletup sebelum terbakar dan anggota bomba yang memadamkan kebakaran dikejutkan dengan penemuan dadah berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 32, akta sama (Perlucuthakan Harta) 1988 dan Seksyen 7, Akta Senjata 1971.

Raungan isteri kena tembak

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Tolong sakit...sakit.” Begitu raungan menyentuh hati seorang jurutol wanita yang mengandung dua bulan apabila parah ditembak penyamun dalam kejadian samun dan tembak berhampiran Plaza Tol Seremban-Labu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.57 malam itu, Nurijah Rosli, 24, dan rakan sekerjanya, Mohd Hafiz Zamri, 26, parah selepas ditembak penjenayah terbabit menggunakan ‘pump gun’ sebaik kedua-dua mangsa selesai syif.

Difahamkan suspek yang lebih daripada seorang terbabit menaiki sebuah kereta ketika melakukan samun itu dan kedua-dua mangsa diiringi seorang pengawal tidak bersenjata.
Suami mangsa, Faizul Abdul Latif, 31, berkata, dia dihubungi rakan sekerja isterinya memberitahu mangsa ditembak penjenayah yang menyamun duit kutipan tol RM2,000.

“Lebih memilukan, saya mendengar jelas isteri meraung kesakitan dalam telefon dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, saya diberitahu polis, isteri sudah dihantar ke hospital dan melihat motosikal yang ditunggang isteri dipenuhi darah, manakala terdapat beberapa kesan tembakan pada motosikal itu,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di hospital, dia terkejut melihat keadaan isteri yang berlumuran darah, malah isterinya meraung kesakitan ketika doktor mahu membuang peluru di belakang badan.

“Saya bimbang kandungan isteri terjejas dan paling menyentuh hati apabila dia (isteri) trauma memberitahu takut melihat penjenayah mengacu senapang ke arahnya dan meraung. “Patutlah saya berasa tidak sedap hati apabila isteri tidak pulang ke rumah sebaik selesai syif sehingga jam 10.30 malam,” katanya. Faizul berkata, anak sulungnya, Mohd Ashraf Azim, lapan bulan, seperti mengetahui kejadian buruk menimpa ibunya apabila tidak lena tidur dan menangis tanpa henti pada malam kejadian. Menurutnya, isterinya sudah bekerja di tol berkenaan hampir dua tahun lalu dan itu kejadian pertama dialami.
“Tidak sangka penjenayah melakukan perkara itu terhadap wanita mengandung hanya kerana mahu menyamun RM2,000. Saya harap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua supaya berhati-hati apabila membawa banyak wang,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Hafiz yang juga anggota polis berpangkat sarjan, berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh rakan sekerjanya mengatakan anak sulungnya itu cedera ditembak penjenayah. “Saya bersama isteri terus bergegas ke hospital untuk melihat anak dan kini dia dilaporkan stabil. “Bagaimanapun, Mohd Hafiz dilaporkan hancur tulang paha kanan terkena peluru penabur dan dihantar ke Hospital Serdang, Selangor untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pelajar perempuan bikin gempar

MELAKA: Gempar apabila seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini, duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga pangsapuri bersebelahan universiti berkenaan sambil menjuntaikan kakinya serta berkelakuan ganjil, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi, pelajar berusia 23 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat memarahi polisi diamalkan universiti berkenaan selain melemparkan beberapa barangan kaca ke tempat letak kenderaan hingga merosakkan sebuah kereta.

Malah, lebih pelik apabila pelajar tahun akhir jurusan undang-undang itu menyanyi ketika duduk di atas berada berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan pangsapuri bagaimanapun mengelak kejadian buruk berlaku apabila kakitangan memasuki rumah itu menggunakan kunci pendua lalu menarik pelajar terbabit dari beranda.

Menurut seorang pelajar universiti itu, dia menyedari kejadian ketika keluar dari rumahnya di tingkat enam selepas terdengar sesuatu.

“Saya dengar seperti ada orang buang sesuatu lalu melihat dari kaki lima dan terkejut mendapati terdapat ramai orang berkumpul di bawah.

“Sebaik turun saya terkejut melihat seorang wanita duduk atas pagar beranda dengan kakinya terjuntai,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, pelajar wanita itu marah dengan polisi diamalkan universiti berkenaan.
Katanya, dia difahamkan, pelajar terbabit tidak tinggal di pangsapuri berkenaan sebaliknya rumah di tingkat tiga itu didiami rakannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pelajar itu dipercayai mengalami gangguan perasaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Rentung gagal bangkit

Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Seorang pekerja pusat menternak dan menyembelih itik di Jalan Minyak Beku, di sini, ditemui rentung selain mayatnya tertimbus dengan makanan haiwan ternakan berkenaan selepas rumah pekerja pusat terbabit terbakar, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yuti, 33, dikatakan gagal menyelamatkan diri ketika api membakar rumah pekerja yang turut menempatkan menempatkan makanan itik di bahagian atas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, rumah pekerja terbabit dihuni tiga individu termasuk mangsa.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah meja papan yang terbakar sebelum api membakar keseluruhan rumah pekerja terbabit.

“Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri, namun seorang daripada mereka melecur hampir 60 peratus pada badan dan kini diberikan rawatan di Hospital Batu Pahat,” katanya.

Menurut Din, ketika kejadian, seorang daripada penghuni rumah itu yang baru bangun memulakan kerja menyedari sebuah meja terbakar di tingkat bawah.

Disebabkan api semakin marak dan gagal dipadamkan, dua penghuni terbabit bergegas turun menyelamatkan diri, namun mangsa yang ketika itu dipercayai masih tidur gagal berbuat demikian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid dan Jalan Timah Sari tiba di lokasi kejadian pada jam 6 pagi bagi memadamkan kebakaran.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada api lilin yang menyambar meja papan. Sehingga kini, kami dapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit,” katanya.

Menurut Din, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Sabri Roslan, berkata dua jentera dengan kekuatan 34 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Kami menerima panggilan kebakaran pada jam 5.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian, sebelum api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi.

“Kerugian awal dipercayai RM355,000, namun kami menyelamatkan nilai harta mencecah RM440,000,” katanya.

Sabri menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan lilin bagi mengelak ditimpa kejadian tidak diingini.

Fikir sebelum kahwin

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berkahwin dengan warga asing nampak mudah, namun boleh merosakkan diri dan anak-anak sekiranya ikatan pernikahan itu tidak dirancang dengan baik.
Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, banyak perkara perlu diambil kira oleh seseorang yang mempunyai niat untuk berkahwin dengan warga asing.

Antaranya termasuk soal kewarganegaraan, pendaftaran surat beranak, pendaftaran persekolahan, kesihatan, perbezaan gaya hidup, nilai sosial dan penerimaan keluarga kedua-dua pihak.
“Ada antara kita hari ini khususnya golongan wanita berpendapat perkahwinan campur lebih membahagiakan kerana layanan dan perhatian diberikan warga asing lebih baik berbanding orang tempatan.

“Berikutan itu ramai yang tidak berfikir panjang mengenai kesan dan akibat yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka berdepan kegagalan rumah tangga,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam yang memaparkan penderitaan Hanafi Salleh, 36, selepas dua anaknya dilarikan ibu mereka ke New Zealand tujuh tahun lalu.

Nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor itu terlalu merindui anak kesayangannya, Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, hingga sanggup melakukan apa saja untuk membawa mereka pulang termasuk meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, April lalu.

Menurut Dr Mohamed Fadzil, beliau tidak menolak fakta bahawa perkahwinan campur mempunyai banyak kebaikan, terutama dari segi memperkayakan budaya dan bangsa.
“Tetapi, apabila perkahwinan itu hanya berlandaskan pada naluri semata-mata, maka ia boleh mendatangkan banyak masalah, termasuk keruntuhan institusi rumah tangga, penganiayaan kepada anak dan isteri, penderaan, pemerdagangan serta pengabaian,” katanya.

Menjelas berhubung punca mengapa orang tempatan mula memilih warga asing sebagai pasangan hidup mereka, Dr Mohamed Fadzil berkata, ia berkemungkinan wujud atas beberapa sebab.

“Saya percaya banyak perkahwinan sebegini berlaku tanpa perancangan. Maksudnya, mereka tidak tahu apa implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi apabila berkongsi hidup dengan orang yang berlainan budaya, cara hidup dan nilai sosial.

“Bagaimanapun, ada juga yang mengambil keputusan berkahwin dengan orang asing kerana mahukan perhatian serta perlindungan selepas berdepan dengan pelbagai masalah hidup,” katanya.

Beliau berkata, di negara ini, ada kes perkahwinan campur membabitkan remaja tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan memilih lelaki asing untuk memudahkan mereka menyelesaikan isu kewarganegaraan.

“Bagi lelaki pula, mereka terbahagi kepada dua jenis iaitu jujur berkahwin atas dasar cinta dan hendak mengambil kesempatan.

“Kalau memang sayang, kita percaya mereka boleh bahagia, tapi jika untuk mengambil kesempatan, lelaki jenis inilah yang menyumbang kepada peningkatan anak gelandangan.

“Ibu bapa berpisah, anak ditinggalkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kemudian terdedah pula kepada stigma negatif,” katanya.

Terserempak tiga penjahat

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

NUSAJAYA: Tiga penjenayah menyamar sebagai polis mengikat tangan dua pekerja yang menjaga sebuah bangunan dijadikan pusat pemeliharaan burung walet di Kampung Tiram Duku, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, penjenayah terbabit mengikat tangan kedua-dua pekerja warga Indonesia berusia 30-an berkenaan.

“Penjenayah merampas dompet mangsa serta beberapa barangan berharga dari dalam bangunan berkenaan.
“Tiga anggota polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan penjenayah terbabit sebelum mereka melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam.

Menurut Hashim, seorang daripada tiga penjenayah berusia 30-an dari Kelantan berjaya ditahan, manakala dua lagi masih diburu.

Hashim berkata, suspek yang ditahan positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau selain menjadi antara penjenayah diburu polis kerana terbabit dengan kes dadah.

“Polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga yang digunakan penjenayah dan suspek kini direman hingga 20 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan.

“Peralatan lain milik penjenayah dirampas ialah sebatang besi pengumpil, pisau, pemutar skru, kikir besi, kunci kereta, gunting, seunit telefon bimbit dan wang tunai RM156,” katanya.
Hashim menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan helah penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis.

“Jika mereka ragu dengan penampilan individu tertentu, mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi mendapatkan kepastian,” katanya.

No comments:

Post a Comment