Sunday, June 10, 2012

SENDIRI BUAT PERKARA ITU...KITA SENDIRI YANG NILAI...CAKAP LAIN ....'SENDIRI BUAT SENDIRI NILAI' ADAKAH PATUT...MAKA TUNTUTAN BERSIH ITU BETUL...PENIPUAN ADA BERLAKU...


Bapa Chong Wei nyaris terjatuh


BUKIT MERTAJAM - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semalam mencemaskan pelbagai pihak apabila dia cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai sebelum niatnya itu dihalang polis yang bertindak pantas menangani kejadian tersebut.
Lee Ah Chai, 59, yang juga mendakwa tidak dipedulikan oleh ahli keluarganya bertindak cuba terjun di Kilometer 2 jambatan tersebut pada pukul 7.45 pagi. Tempat itu setinggi kira-kira 20 meter.
Ah Chai yang kelihatan tertekan ekoran kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk diambil keterangan sebelum dia dibebaskan pada sebelah petang.

Anggota sukarelawan ditempatkan di sekolah



HISHAMMUDDIN (tengah) dan isterinya, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah bersama-sama anggota Skuad Muda KDN selepas majlis perasmian himpunan skuad tersebut di Serdang semalam.



SERDANG - Anggota badan-badan kesukarelaan seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bakal ditempatkan di kawasan sekolah bagi meningkat tahap keselamatan para pelajar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan di peringkat Kabinet bagi mengelakkan kes penculikan seperti yang menimpa kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, pada 27 April lalu daripada berulang.
"Kita akan menambahkan kehadiran mereka (pihak berkuasa) terutamanya ketika waktu pelajar masuk dan keluar dari sekolah," katanya.

Suspek samun guru dicekup

KUALA LUMPUR – Siasatan kes samun dan mencederakan seorang guru wanita yang ditemui koma dekat ladang kelapa sawit di Kuala Selangor Khamis lalu memasuki episod baharu apabila polis menahan salah seorang suspek kejadian itu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, suspek berusia 48 tahun itu ditahan pukul 11.15 pagi semalam dekat Taman Mas Falim, Ipoh, Perak.
“Suspek dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes itu. Dia kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Daftar pemilih baharu munasabah

KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang membuat semakan daftar pemilih dari rumah ke rumah kerana tidak berpuas hati dengan senarai daftar pemilih baharu di Selangor dianggap perbuatan bermotifkan politik.
Bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daftar pemilih baharu yang menunjukkan hampir setengah juta pengundi baharu di Selangor adalah munasabah kerana ramai orang yang berhijrah ke negeri itu untuk berniaga dan dijadikan tempat tinggal.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, data terkini juga menunjukkan hampir 600,000 rakyat Malaysia di Selangor masih belum mendaftar.
Menurutnya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia di negeri itu juga merupakan antara yang tertinggi di negara ini.
"Kalau mereka (PR) hendak buat semakan dari rumah ke rumah, terpulanglah, perlu diingatkan bahawa mereka tiada kuasa untuk melihat MyKad orang ramai, mereka bukan pegawai kerajaan untuk suka-suka lihat pengenalan diri orang lain," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pakatan licik konstabel muda



RUMAH kongsi inilah yang menjadi tempat seorang konstabel sokongan dan tiga rakannya melakukan samun sebelum diberkas di Kemaman, Terengganu kelmarin.



KUALA TERENGGANU - Kegiatan seorang konstabel sokongan bersekongkol dengan tiga rakannya untuk menyamun sebuah rumah kongsi didiami buruh Indonesia di Jalan Jakar, Kemaman, berbalas apabila dia ditahan kelmarin.
Konstabel berusia 27 tahun tersebut ditahan ketika dia sedang beristirehat di kuarters Balai Polis Chukai, Kemaman pada pukul 7.30 malam iaitu selepas 15 jam kejadian samun itu berlaku.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, kejadian itu berlaku apabila tiga rakan konstabel tersebut menyerbu rumah kongsi berkenaan dengan menyamar sebagai polis cawangan narkotik pada pukul 4 pagi.
Katanya, selepas mengejutkan semua penghuni, salah seorang suspek yang memakai vest mempunyai perkataan polis meminta semua buruh warga Indonesia tersebut berkumpul di hadapan rumah berkenaan dan menunjukkan pasport masing-masing.
"Dua lagi penyamun masuk ke dalam rumah kongsi dan mengambil sebuah beg mengandungi wang RM400 milik seorang buruh berusia 34 tahun.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu konstabel tersebut yang sedang menunggu berdekatan premis itu," katanya.


Padah simpan parang, keris

KOTA BHARU - Gara-gara memiliki dua bilah parang dan sebilah keris yang disimpan dalam kereta, seorang penganggur diarahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam supaya meringkuk di penjara selama setahun dan dikenakan sekali sebatan.
Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Asliza Nazran Ramli, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Asliza Nazran didakwa memiliki sebilah parang pendek berhulu hitam dan sebilah keris berhulu kayu berwarna hitam yang dibalut dengan keratan surat khabar serta sebilah parang berhulu hijau kekuningan bersarung putih di Batu 2, Jalan Kuala Krai, di sini pada pukul 10.15 malam, 2 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Keluarga bimbang nasib Suzana



NORLIANAH menunjukkan gambar Suzana dan slip bayaran bank di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal di sini runsing memikirkan nasib anak perempuannya, Suzana Azmi, 30, yang masih belum pulang ke Malaysia walaupun selepas dibebaskan dari penjara di Peru sejak tahun 2009.
Wanita itu bimbang jika Suzana yang pernah dipenjara pada tahun 2007 akibat diperdaya menjadi keldai dadah oleh satu sindiket kini berada dalam genggaman sindiket yang sama.
Norlianah Maarof, 52, berkata, kebimbangannya itu berasas kerana Suzana sebelum ini pernah memberitahu dia mahu pulang ke Malaysia tetapi bulan lepas dia memaklumkan yang dia menghadapi masalah untuk pulang ke tanah air.
“Tapi dia (Suzana) tak beritahu apa masalah yang dihadapinya membuatkan saya dan keluarga berasa bimbang dengan keadaannya pada waktu ini.
“Kali terakhir Suzana telefon minta sedikit wang dan saya hanya mampu kirim RM200 menggunakan alamat Av Nicolas De Periola, Lima, Peru,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Sekolah, kilang diperbuat daripada buluh



Bangunan kilang Big Tree Farms yang diperbuat daripada buluh di Sibang Kaja.



SIBANG KAJA, Pulau Bali - Bangunan sekolah dan kilang coklat di sini dibina daripada buluh bagi menggantikan keluli sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar.
Kilang Big Tree Farms setinggi tiga tingkat itu dibuka pada tahun lalu dan ia merupakan bangunan komersial yang terbesar di dunia dibina daripada buluh.
Menurut pengasas bersama kilang itu, Ben Ripple, 37, tiada bahan binaan lain setanding buluh dan ia tidak merosakkan tanah.
Sebanyak 25 bangunan Sekolah Hijau yang menempatkan 240 pelajar dibina daripada buluh.
Kebanyakan daripada pelajar itu merupakan anak ekspatriat asing. - Agensi

Cara baharu mengemis di Madrid



SEORANG lelaki berdiri di tepi kadbod yang mengandungi penjelasan kenapa dia mengemis di laluan pejalan kaki di Madrid kelmarin.



MADRID - Seorang lelaki menggunakan sekeping kadbod yang mengandungi penjelasan kenapa dia mengemis di laluan pejalan kaki di sini kelmarin.
Lelaki itu duduk di tepi kadbod semasa dia mengemis.
Kadbod itu mengandungi tulisan dalam bahasa Sepanyol yang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan pendapatan.
Menurut keterangan pada kadbod itu, dia yang merupakan seorang rakyat Sepanyol meminta sebarang bantuan daripada orang ramai termasuk makanan. - Agensi

No comments:

Post a Comment