Thursday, June 14, 2012

BILA AGAMA BUKAN CIRI2 YANG KITA PILIH...BAIK ISTERI ATAU SUAMI...MALAH KELUARGA PUN PERLU KUAT AGAMA...JIKA TIDAK ADA KALANGAN AKAN MENJADI BATU API...KERANA MEREKA TAK TAHU MENGADU DOMBA ITU TAK CIUM SYURGA....MENGALAK MINTA CERAI...MEREKA AKAN SAMA TAK CIUM SYURGA...JIKA CERAI ITU TIDAK ADA ALASAN KUKUH...TAKDIR TAK BAIK@BALASAN ALLAH...KITA JUGA AKAN BERCERAI KEMUDIAN HARI...NI BANYAK BERLAKU...LEBIH2 GUNA KHIDMAT BOMOH UNTUK MEMBUAT CERAI BERAI...

Pecah peti besi PIBG

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
Idayu@hmetro.com.my

LICIK...empat penyamun masuk melalui siling sekolah Cina di Puchong, semalam.
LICIK...empat penyamun masuk melalui siling sekolah Cina di Puchong, semalam.
SUBANG JAYA: Empat lelaki bersenjatakan parang dan pistol mainan melarikan wang tunai RM30,000 dari sebuah sekolah Cina di Batu 14, Puchong, dekat sini, selepas memecahkan peti besi dalam bilik guru sekolah berkenaan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian antara jam 2 pagi dan 6 pagi itu, kumpulan penjenayah bertopeng terlebih dulu mengikat tangan 12 individu iaitu tiga pengawal keselamatan, seorang tauke kantin bersama enam pekerjanya serta dua penghantar surat khabar menggunakan kabel elektrik dan mengarahkan mereka baring atas rumput sebelum menggeledah bilik guru berkenaan.
Selain melarikan wang tunai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), penjenayah itu turut melarikan Toyota Camry milik tauke kantin serta lori akhbar.

Difahamkan, kumpulan penyamun terbabit dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik guru itu melalui siling tandas dipecahkan sebelum membuka peti besi mengandungi wang tunai.

Berantakan rebut joran milik bapa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

PADANG BESAR: Hanya kerana mempertahankan sebatang joran milik bapa, seorang pelajar berusia 17 tahun bukan saja parah akibat dilibas dengan joran itu oleh abangnya, malah turut dikejar lelaki itu yang bersenjatakan parang dalam kejadian di rumah mereka di Taman RPA, Chuping, di sini.
Dalam kejadian jam 11 malam Isnin lalu, suspek yang berusia 20-an berang selepas tidak dapat menerima teguran adiknya itu yang menegahnya menggunakan joran itu kerana tidak meminta kebenaran daripada bapa.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, sebelum kejadian suspek datang ke rumah mangsa bersama seorang rakan, berjumpa dengan ibu mereka bagi mengambil joran milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah.

“Suspek bertanya sama ada joran berkenaan digunakan atau tidak kerana dia mahu menggunakannya untuk memancing bersama rakan.


“Ketika itu, adiknya menegur lelaki berkenaan kerana tidak meminta kebenaran bapa mereka terlebih dulu selepas suspek dengan selamba membawa joran itu keluar dari rumah,” katanya di sini, semalam.


‘Saya mahu pulang Malaysia’

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

MAHU BAWA PULANG...Hanafi menunjukkan gambar terakhir yang dihantar anaknya.
MAHU BAWA PULANG...Hanafi menunjukkan gambar terakhir yang dihantar anaknya.
KUALA LUMPUR: “Kami sayangkan ayah dan tak sabar nak jumpa ayah. Saya berharap dapat pulang ke Malaysia.” Itu antara kandungan dua surat tulisan tangan yang menambah kerinduan seorang bapa untuk bertemu dua anaknya yang dilarikan ibu mereka ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.
Hidup Hanafi Salleh, 36, nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor menjadi tidak keruan kerana terlalu merindui anak kesayangannya dan melakukan apa saja untuk membawa mereka pulang termasuk meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Muar, April lalu.

Kini, penantian Hanafi sejak 2004 itu bakal berakhir apabila Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersetuju membantunya membawa Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, kembali ke pangkuannya.


Perkara itu dinyatakan Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media berhubung kes itu semalam, dengan satu pertemuan akan diadakan antara beliau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, David Pine, Isnin ini.

Hanafi berkata, dia amat gembira kerana impian untuk kembali bersama dua anaknya itu bakal menjadi kenyataan selepas bertemu Abdul Azeez petang kelmarin.

Menurutnya, dua anaknya itu kini berada di bawah jagaan Nelson Site Child, Youth and Family, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat negara itu.

“Saya terpisah dengan dua anak saya itu selepas mereka dilarikan isteri saya (Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 25) ke Christchurch, New Zealand pada 2004 ketika saya bertugas di Eropah bersama sebuah syarikat perkapalan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, menerusi perbualan telefon dengan isterinya, wanita itu memaklumkan akan membawa pulang anak mereka ke Malaysia, namun janji itu tidak dikota.
“Beberapa bulan selepas itu, saya jumpa anak-anak hanya beberapa jam di pelabuhan Nelson City kerana kapal saya berlabuh di sana. Itu kali terakhir saya berjumpa mereka kerana selepas itu, isteri mendiamkan diri dan pelbagai usaha saya menghubunginya gagal.

“Sehingga pada 2010 apabila saya didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan anak saya berada di Nelson City iaitu sebuah bandar di Pelabuhan South Island.

“Saya juga dimaklumkan anak dijaga agensi kebajikan di sana kerana isteri hilang hak penjagaan selepas terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya yang kini sudah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak.

Hanafi berkata, perasaannya menjadi sayu dan sebak setiap kali mengenangkan nasib anaknya apatah lagi selepas dimaklumkan mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat kerana tempoh untuk dua beradik itu berada di rumah kebajikan bakal berakhir tidak lama lagi.

“Hati saya semakin sebak apabila menerima surat daripada dua anak saya itu berserta gambar mereka pada Oktober tahun lalu. Lebih mengharukan, seorang daripada anak saya melukis gambar kapal, mungkin merujuk kepada pekerjaan saya.

“Sebab itu saya nekad untuk berjumpa Tan Sri Muhyiddin dan mengadu mengenai masalah saya dan dia meminta saya menghubungi Datuk Azeez untuk mendapatkan bantuan.

“Hari ini (semalam) saya bagai tak percaya apabila KP1M bersedia membawa pulang permata hati saya. Apabila mereka pulang ke Malaysia kelak, saya akan menghantar mereka ke sekolah agama atau pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu agama,” katanya yang ditemani ibunya, Mariam Khairi, 65.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, dalam usaha membawa pulang dua beradik itu, pada peringkat awal, KP1M akan menyediakan pasport untuk Mariam yang ikut serta ke New Zealand bagi membawa pulang cucunya.

“Kelab sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi kita di sana (New Zealand) untuk membantu proses membawa pulang mereka pertengahan minggu depan. Kita jangkakan ia tidak menghadapi masalah kerana mereka warga Malaysia. Jadi kemungkinan tiada kerenah birokrasi,” katanya.

Bayi mati mengejut



SEPANG: Kematian bayi berusia enam bulan yang disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang petang kelmarin selepas dilaporkan lemah ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, didapati tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, hasil bedah siasat dijalankan hospital semalam mendapati mangsa, Aryaan Hafizh Ali Imran meninggal dunia disebabkan mati mengejut atau ‘Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)’.

“Kami menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan semalam (kelmarin) dan susulan laporan itu, bedah siasat dijalankan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah, sebaliknya disebabkan masalah sindrom bayi mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Ali Imran Mohd Noordin, 30, mengesahkan menerima hasil bedah siasat anaknya yang dijalankan Hospital Serdang dan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu.

“Keputusan bedah siasat mendapati organ anak saya berfungsi normal dan tidak terdapat tanda perlakuan jenayah dan pihak hospital mengesahkan kematian Aryaan berpunca daripada SIDS,” katanya menerusi SMS, semalam.

Mati ditikam penceroboh

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

SIBU: Seorang pengurus bank sempat menyuruh isterinya membuka lampu bilik dan menghubungi bapa saudaranya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat cedera parah di badan akibat ditikam penjenayah yang menceroboh kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Wong King Kui, 31, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk disebabkan kesan tikaman menggunakan senjata tajam selepas bergelut dengan penjenayah terbabit.

Difahamkan, mangsa yang baru pulang mengesan kelibat individu di dalam sebuah bilik di rumahnya dan mengejar suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ketika itu isteri dan anak lelaki pengurus bank berkenaan yang berusia tiga tahun dikatakan tidur di bilik tidur utama.

Sumbat mulut nenek

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

CARI BUKTI...anggota polis menyiasat tempat kejadian.
CARI BUKTI...anggota polis menyiasat tempat kejadian.
LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik air.
“Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh diam.

“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md Amin.

Trauma tak habis

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

CHERAS: “Walaupun sudah hampir lapan bulan kemalangan itu berlaku, namun saya masih trauma dan tidak berani menunggang motosikal, apatah lagi melihat paparan peristiwa kemalangan dipertontonkan tadi (semalam),” kata pelajar, Mohd Fadzlie Izzuan Johari, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, di sini.
Menurutnya, program bicara anjuran syarikat konsesi lebuh raya, Grand Saga Sdn Bhd itu memberi kesedaran kepadanya mengenai keselamatan penunggang motosikal di jalan raya khususnya membabitkan pelajar.

Katanya, paparan itu mengingatkan kembali kemalangan menimpanya dan rakan, Lee Chin Hui pada November tahun lalu hingga menyebabkan rakannya itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung motosikal lain dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, kaki kanan saya patah dan perlu dimasukkan besi manakala Lee meninggal dunia di tempat kejadian. Saya terlantar di hospital selama dua minggu dan menangguhkan persekolahan selama dua bulan.

“Saya menyesal dan reda, kini saya masih menjalani rawatan fisioterapi setiap tiga bulan bagi menguatkan otot kaki dan perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Mohd Fadzlie antara 120 pelajar yang mengikuti kempen advokasi jalan raya antara Grand Saga Sdn Bhd bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor dan Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Grand Saga, A Rajasolan; Timbalan JKJR Selangor, Yusoff Hashim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Datin Norliza Shamsudin.

Sementara itu, Rajasolan berkata, program tahunan itu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan orang awam mengenai keselamatan di jalan raya.
Sempena kempen itu, pemeriksaan motosikal pelajar juga dijalankan polis trafik bagi memastikan kenderaan dinaiki mematuhi peraturan jalan raya dan selamat.

No comments:

Post a Comment