Sunday, June 10, 2012

BILA KITA TAK JAGA AGAMA ALLAH...ALLAH JUGA TAK JAGA KITA...

Sangka madu rupanya racun

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my

Azmi, Jaga.
Azmi, Jaga.
KUALA LUMPUR: Memperoleh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM300,000 sepatutnya melegakan Azmi (bukan nama sebenar) bersama isteri dan empat anak mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.
Bagaimanapun, musibah pula melanda apabila wang itu habis dikikis penari dangdut, Ratna, 35, yang juga janda dari seberang selepas lima tahun menjadi isteri keduanya.
Ratna kemudian meminta cerai dengan alasan menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pulang ke Indonesia dengan meninggalkan dua anak kecil hasil perkahwinan mereka selepas menyedari Azmi, 65, tiada wang lagi.

Episod hitam itu bermula 10 tahun lalu apabila Azmi, bekas pegawai syarikat swasta, terikut-ikut perangai rakan sebaya yang gemar berfoya-foya di kelab dangdut sekitar ibu kota selepas menjadi orang kaya baru (OKB) kerana menerima wang KWSP.


Disebabkan masih banyak wang, kelab dangdut menjadi rumah kedua Azmi hingga jatuh cinta dengan penari dangdut.

Lupa isteri, anak



KUALA LUMPUR: Dia mendakwa ditumbuk, diterajang dan dihalau daripada rumah bersama ibu dan tiga adik-beradiknya selepas menentang hasrat bapanya yang bercadang memberikan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada wanita lain.
Menurut Natasya, 26, bapanya, Rosli, 55, menafikan hak ibunya, Munah, 52, (semuanya bukan nama sebenar) sebagai isteri yang dikahwini lebih 30 tahun semata-mata kerana gilakan ‘pucuk’ muda.

“Beberapa bulan lalu, ayah memperoleh duit caruman KWSP kira-kira RM200,000 tetapi langsung tidak mengendahkan kami.

“Kami difahamkan, selain hendak berkahwin lagi, ayah membuat pelbagai perancangan untuk membahagikan duit itu kepada adik-beradik dan keluarganya.


“Jiran kami pernah terserempak ayah dengan wanita lain yang mendukung seorang bayi. Saya mencari pelbagai bukti dan mendapat kepastian ayah ada hubungan dengan gadis berusia 21 tahun yang sepejabat dengannya.

Wanita juga terpedaya



KUALA LUMPUR: Kes wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) habis dalam tempoh singkat bukan hanya berlaku kepada pesara lelaki, malah turut membabitkan wanita.
Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian berkata, ada pelanggan wanita mengadu terjebak dalam cinta lelaki kasanova yang mengikis wang mereka hingga diisytiharkan muflis.

“Tidak kurang juga yang tertipu apabila melabur dalam skim cepat kaya dan mengalami kerugian besar apabila pelaburan mengalami kegagalan,” katanya kepada Metro Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai trend mereka yang mendapatkan khidmat percuma daripada agensi itu dalam usaha mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Dalam satu kes lain, Koid berkata, seorang pesara mencagar banglo mewahnya kepada bank semata-mata hendak mengadakan majlis kahwin anak secara besar-besaran hingga menyebabkan rumahnya tergadai.

“Hutang lain pula keliling pinggang. Kes seperti ini perlu dijadikan iktibar oleh orang ramai. Untuk itu, pesara harus berhati-hati kerana kesan buruk akibat perbelanjaan yang tidak berhemah akhirnya mengundang petaka kepada diri sendiri.

“Selain itu, ubah gaya hidup dan tidak mengambil pinjaman baru atau bebaskan daripada hutang dan jangan melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi,” katanya.

Menurutnya, tempoh persaraan bukannya pendek kerana purata jangka hayat wanita di negara ini ialah 75 tahun, manakala lelaki 70 tahun.
Koid berkata, sepanjang kajian dilakukan agensi berkenaan, kesedaran golongan dewasa mendapatkan kaunseling dan mengikuti Program Pengurusan Kredit (DMP) masih rendah bagi tempoh September 2011 hingga Mac 2012.

“Jumlah paling tinggi dicatat pada Oktober 2011 membabitkan 3,253 individu menerima kaunseling manakala 1,415 mengikuti DMP,” katanya.

Mengenai tahap usia mereka yang mendapatkan khidmat nasihat pula, Koid berkata, kebanyakan pelanggan ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan adalah daripada semua lapisan masyarakat dan pelbagai usia.

Namun, katanya, 14.9 peratus golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas mendapatkan khidmat AKPK dan meliputi pelbagai sektor pekerjaan mungkin kerana pada usia itu adalah ‘fasa’ yang dianggap paling mencabar dan banyak tekanan berkaitan kewangan.

Akibat elak objek

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
mhusni@hmetro.com.my

MANGSA... tercampak
MANGSA... tercampak
TAIPING: Hanya kerana mengelak objek di atas lebuh raya, lima sekeluarga terpaksa menangisi pemergian ahli keluarga mereka paling kecil apabila kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan itu maut selepas tercampak daripada kereta dipandu bapanya.
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala sejurus terlepas daripada riba ibunya, Norasmah Ngah Seri, 32, dalam kejadian jam 3.20 pagi di Kilometer 203.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara itu.
Dalam kejadian itu, kereta dipandu bapa mangsa, Mohd Fahmi Salleh, 34, hilang kawalan dan terbabas sebelum dirempuh daripada belakang oleh Perodua Viva dinaiki empat sekeluarga.

Rempuhan menyebabkan mangsa terlepas daripada pangkuan ibunya daripada tempat duduk depan kereta sebelum tercampak keluar menerusi tingkap kereta yang terbuka.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata ketika kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Jitra, Kedah.

Sam D’lloyd meninggal

Oleh ADAM SALLEH
adam@hmetro.com.my

RAHSIAKAN PENYAKIT... keadaan Sam yang uzur ditemani anak saudaranya.
RAHSIAKAN PENYAKIT... keadaan Sam yang uzur ditemani anak saudaranya.
KUALA LUMPUR: Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D’lloyd itu, pagi semalam.
Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius.
“Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya,” katanya.

Kumpulan D’lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D'lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia.

Di kalangan anggota D’lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat.

D’lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D’lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D'lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais.

Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D’lloyd.
Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali.

Batal niat perkosa

Oleh SHAHRUL NIZAM MOHAMAD
am@hmetro.com.my

BENTONG: Seorang penyamun yang membatalkan niat merogol seorang warga emas berikutan faktor usia bertindak kejam apabila menjerut leher mangsa dengan tali sehingga mengakibatkan wanita itu pengsan di Kampung Ulu Perting, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, mangsa berusia 73 tahun tidak mampu berbuat apa-apa apabila penyamun terbabit yang memakai baju celoreng serta bersenjatakan selaras senapang patah mengacukan senjata itu pada mukanya.

Difahamkan, penyamun terbabit yang menceroboh masuk rumah mangsa melalui tingkap bilik tidur menghampiri wanita itu dan mengarahkannya mendiamkan diri sebelum warga emas itu merayu tidak dirogol.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan tidak menyedari kehadiran penyamun kerana asyik menonton televisyen di ruang tamu manakala suaminya berusia 73 tahun tidur di bilik.


Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, selepas mangsa merayu supaya tidak ‘disentuh’, penyamun terbabit mengeluarkan tali sebelum menjerut lehernya.

Cari teman lelaki ibu mangsa

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Polis kontinjen negeri berusaha mengesan seorang lelaki yang disyaki memukul anak teman wanitanya berusia empat tahun sehingga lebam di muka dan kepala di kediaman wanita itu di Jalan Melaka Raya 14, dekat sini, pada 31 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan dikenali sebagai Azmir Abu Bakar, 26, dan beralamat di Pangsapuri Kota Laksamana, Jalan Kota Laksamana Utama, dekat sini.

“Suspek menghilangkan diri selepas kejadian dan kita berusaha mengesannya.
“Orang ramai yang ada maklumat mengenai lokasi lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Raja Shahrom berkata, teman wanita suspek membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir, baru-baru ini, kerana mendakwa pasangannya memukul anak perempuannya ketika dia keluar bekerja dan meninggalkan kanak-kanak terbabit bersama suspek.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Hasil siasatan oleh pegawai daripada cawangan D11 IPK mendapati, sebelum ini kejadian sama pernah beberapa kali berlaku, terutama apabila suspek berselisih faham dengan ibu kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, wanita itu yang juga ibu tunggal dan turut menjadi mangsa pukul lelaki berkenaan membuat laporan polis baru-baru ini kerana tidak tahan lagi dengan sikap kejam teman lelakinya,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan juga polis mendapati pengadu dan suspek tinggal bersama sejak enam bulan lalu tanpa ikatan perkahwinan sah.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, perasaan kasih terhadap teman lelakinya menjadikan seorang janda di Bandar Hilir, dekat sini, hampir gelap mata dengan perbuatan kejam teman lelakinya yang melakukan penderaan fizikal terhadap anak perempuannya hingga mangsa mengalami kesakitan dan lebam yang teruk di muka dan kepala.

Lebih malang, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Melaka, mendapati terdapat banyak kesan penderaan lama di badan mangsa dan difahamkan perbuatan binatang suspek berusia 26 tahun itu berlaku selepas wanita terbabit dan kekasihnya itu tinggal bersama sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, difahamkan, wanita terbabit tidak pernah membuat laporan polis berhubung kejadian anaknya didera sebelum ini hinggalah kejadian terbaru pada 31 Mei lalu, apabila pulang bekerja dan mendapati tangan, dahi dan kepala anaknya lebam teruk.

No comments:

Post a Comment