Tuesday, June 12, 2012

BILA KUASA YANG ADA UNTUK MENINDAS...SOMBONG...BERLAGAK...MACAM TAK MATI2....MACAM CONFIRM MASUK SYURGA....CONFIRM TAK DISESATKAN OLEH SYAITAN

Polis cari Din dukun


HAMDAN menunjukkan gambar Ausman atau Din yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh pada sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Kes pembunuhan seorang pemandu peribadi yang mayatnya ditemui hanya memakai kain sarung di ladang kelapa sawit di Jalan Besar Linggi-Lubok Cina dekat Rembau 15 Mei lalu bakal terungkai sekiranya polis menemui seorang lagi lelaki bagi menyelesaikan kejadian tersebut.
Lelaki itu ialah Ausman Mohd. Dahlan, 50, atau Din beralamat di No. 389 Lorong Teluk 5 Kg. Teluk, Pasir Panjang Batu 16, Port Dickson dan No. 5 Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Maklumat penting tersebut diperolehi selepas polis menyoal siasat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Perak 5 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, Din adalah seorang dukun dan merupakan individu terakhir yang sepatutnya ditemui si mati pada hari kejadian.

Tetak kepala sampai mati


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sivanesan diserang sekumpulan 15 lelaki hingga mati di Taman Sri Murni Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai besi buruk menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia dibunuh oleh sekumpulan 15 lelaki bertopeng hitam yang menetak kepalanya menggunakan parang panjang dalam kejadian di Taman Sri Murni Jinjang, Kepong dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu menyebabkan R. Sivanesan, 35, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang. Difahamkan, kepala Sivanesan hampir terbelah akibat tetakan samseng-samseng terbabit.
Polis masih menyiasat motif utama pembunuhan tersebut tetapi sumber memberitahu, ia berkait rapat dengan dendam lama dan perebutan kawasan tapak perniagaan besi buruk.
Selain membunuh mangsa, suspek yang datang ke premis mangsa dengan menaiki empat buah kenderaan termasuk sebuah kereta Proton Waja dan Naza Citra turut melarikan wang RM5,000 dan seutas rantai bernilai RM10,000 milik mangsa.

Sekolah terbakar, tutup 3 hari


API membakar bilik-bilik di aras tiga bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua, Kajang, Selangor semalam.


KAJANG - Sesi pembelajaran 1,383 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua di Jalan Low Ti Kok di sini tergendala apabila satu blok tiga tingkat sekolah itu musnah dalam kebakaran semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu bermula dari sebuah bilik mesyuarat di tingkat tiga yang dijadikan bilik tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.
Api dikatakan berpunca daripada alat penyaman udara yang tiba-tiba mengeluarkan asap dan disusuli dengan percikan api yang menyambar bilik mesyuarat itu sebelum merebak ke bilik-bilik lain di blok itu.
Semasa kejadian, seramai 40 murid berada di bilik mesyuarat tersebut kerana menghadiri kelas tuisyen yang sepatutnya tamat pada pukul 3.30 petang.

Osman Kering kritikal


CHE NORHAYATI (kiri sekali) menyatakan sesuatu kepada kenalan Osman di HUKM, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim,59, kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada mesin sokongan hayat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini akibat batuk kering dan jangkitan paru-paru.
Menurut isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, suaminya demam selama dua minggu sebelum batuk berdarah dan rebah di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras pada pukul 6.30 petang kelmarin.
"Sekarang keadaannya masih kritikal. Otak, jantung dan buah pinggang sudah tidak berfungsi manakala paru-parunya dijangkiti kuman.
"Doktor memaklumkan penyakit batuk kering yang dihidapi suami saya sejak sekian lama datang kembali dan keadaan bertambah teruk sejak dua minggu lalu," ujar Che Norhayati.
"Sebenarnya, sudah lama paru-parunya hanya berfungsi sebelah sahaja, sebelah lagi sudah rosak. Saya harap yang terbaik untuknya kembali sembuh seperti biasa," katanya.

Penduduk bimbang kes kecurian meningkat


AH TUAN (kiri) menunjukkan tayar dan rim keretanya yang hilang akibat dicuri kepada Liew di Taman Dagang Jaya, Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penduduk di Jalan Dagang 1A, Taman Dagang Jaya, Ampang di sini meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang lampu jalan di kawasan tersebut ekoran jumlah kes jenayah yang meningkat pada waktu malam.
Permohonan memasang lampu jalan telah dibuat sejak dua tahun lalu namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini oleh pihak MPAJ.
Menurut seorang penduduk, Yong Ah Tuan, 68, ramai yang telah menjadi mangsa kes kecurian, pecah rumah serta kenderaan dirosakkan yang menyebabkan mereka kerugian beribu-ribu ringgit.
“Keadaan yang gelap kerana tiada lampu telah memberi peluang kepada pencuri untuk melakukan kegiatan jenayah tanpa disedari penduduk,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Jelasnya, tayar keretanya turut menjadi mangsa dalam kejadian baru-baru ini dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM3,000.
“Dua biji tayar dan rim kereta milik saya yang diletakkan di luar rumah hilang akibat dicuri pada 11 Jun lalu.

Rashdan letak jawatan sebagai Timbalan CEO MAS




KUALA LUMPUR - Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (gambar) meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) berkuat kuasa 1 Julai ini atas sebab-sebab peribadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Rashdan, 41, akan kekal dalam anggota lembaga pengarah MAS sehingga 30 Jun ini bagi memastikan penyerahan dan kesinambungan perniagaan yang lancar dan sempurna.
Rashdan yang popular dengan panggilan Danny dalam kalangan rakan-rakannya dan industri penerbangan turut meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif MAS.
"Lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Rashdan atas sumbangan bermakna beliau terhadap MAS pada masa kritikal dan semoga maju jaya dalam perancangan baharunya," jelas kenyataan itu.

Nizar mahu mohon ampun


NIZAR


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Penduduk berang air najis babi masuk kampung


PENDUDUK melakukan perhimpunan aman membantah projek pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi di Kampung Titi Hitam, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


NIBONG TEBAL - Lebih 100 penduduk Kampung Titi Hitam, Sungai Bakap di sini berhimpun secara aman semalam membantah pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi dari kawasan penternakan haiwan itu di Kampung Jawi ke kampung mereka.
Mereka mendakwa, projek yang diluluskan kerajaan negeri itu bukan sahaja menyebabkan kawasan mereka akan berbau busuk tetapi juga akan sering dilanda banjir kilat.
Wakil penduduk, Ahmad Awang, 58, berkata, penduduk hairan kenapa peruntukan yang banyak diberi untuk membina saluran berbanding kos membina rumah pam bagi menyedut air parit berkenaan ke Sungai Jawi.
Sebelum ini, air parit itu disalurkan ke Sungai Jawi yang terletak bersebelahan kampung tersebut.
"Tapi sejak pembinaan projek EDTP (Landasan Berkembar Keretapi Elektrik), kerajaan negeri ambil jalan mudah membina saluran di bawah landasan dan airnya disalur ke sungai.
"Kami bantah projek ini kerana tidak mahu sungai dicemari," katanya.

Bongkar kegiatan palsu dokumen


MAHASAN (tengah) menunjukkan sebahagian dokumen palsu yang dirampas dalam operasi di sebuah premis di Jalan Parit Dalam, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sekali pandang sebuah premis di Jalan Parit Dalam di sini menjalankan perniagaan barangan runcit dan makanan serta menjadi tempat warga Myanmar berkomuniti.
Bagaimanapun di sebalik perniagaan yang dijalankan di premis tersebut, rupa-rupanya terselindung kegiatan pemalsuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk warga Myanmar yang masuk ke negara ini secara haram.
Kegiatan tersebut berjaya dibongkar oleh Jabatan Imigresen Kelantan selepas menyerbu premis tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
Pengarahnya, Mahasan Mustapa memberitahu, bertindak atas maklumat, pihaknya menyerbu premis berkenaan dan berjaya menemui beberapa peralatan dipercayai untuk memalsukan dokumen tersebut.
“Hasil serbuan kita berjaya menahan sembilan lelaki, tiga perempuan dan tiga kanak-kanak berusia sembilan hingga 30 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen dan masuk ke negara ini secara tidak sah.
“Selain itu, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan beberapa peralatan seperti komputer, komputer riba, mesin pengimbas dan mesin pencetak yang digunakan untuk tujuan memalsukan PLKS,” katanya ketika ditemui pada operasi tersebut.

Tentera Syria bedil Al-Haffe

IMEJ yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan asap menjulang tinggi semasa pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang Bashar di Homs.


DAMSYIK - Tentera rejim pemerintah Syria membedil bandar Al-Haffe di utara negara berkenaan untuk hari kelapan semalam.
Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria.
Serangan berkenaan turut mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut agar pasukan pemerhatinya diberikan akses untuk melawat bandar itu.
Seorang pegawai pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi memberitahu agensi berita AFP bahawa tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan meriam berat untuk membedil bandar berkenaan sementara mengumpul kekuatan untuk melakukan serangan darat.
Beberapa penduduk Al-Haffe memberitahu bahawa helikopter-helikopter tempur membedil kedudukan pemberontak di bandar itu.
Mereka bimbang tragedi pembunuhan beramai-ramai akan berlaku jika tentera Bashar memasuki Al-Haffe.
Sebelum ini, 55 orang maut dalam pembunuhan beramai-ramai di Al-Kubeir pada minggu lalu dan sekurang-kurangnya 108 mangsa lagi dibunuh dekat Houla pada 25 dan 26 Mei lalu.
Bandar Al-Haffe dianggap strategik kerana terletak berdekatan bandar kelahiran Bashar, Qardaha.
Menurut Abdel Rahman, terdapat ratusan anggota Tentera Pembebasan Syria yang masih aktif dalam dan di sekitar Al-Haffe.
Bandar yang terletak dalam wilayah Latakia dan dihuni oleh sekitar 30,000 orang itu bakal menjadi medan konfrontasi ganas antara pemberontak dan tentera Syria.
Kelmarin, tentera Syria dilaporkan melepaskan bedilan di bandar Homs dan Hama, wilayah Daraa, Aleppo dan pinggir bandar Damsyik.
Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang pemerintahan Bashar bermula pada awal tahun lalu yang dikatakan telah meragut nyawa lebih 14,000 orang. - Agensi

No comments:

Post a Comment