Sunday, June 10, 2012

ADAKAH UNDANG2 YANG ADA TAK DAPAT MENCEGAH KEJAHATAN@MUNGKAR....JAWAPANNYA YA....UNDANG2 ALLAH YANG DAPAT MENGATASINYA...SEBAB MANUSIA ALLAH YANG BUAT.....

Remaja kantoi ketika intai jiran mandi
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Remaja kantoi ketika intai jiran mandi
Remaja yang berusia 16 tahun ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi.
KUALA TERENGGANU - Apa sudah jadi remaja sekarang. Seorang remaja bawah umur yang tidak bersekolah ‘kantoi’ ketika mengintai jirannya sedang mandi dalam satu kejadian di Kampung Tanjung, di sini, pada 26 Januari lalu.

Lebih malang, remaja berusia 16 tahun itu berjaya dicekup suami jirannya itu sendiri, setelah perbuatan tersebut disedari mangsa yang berumur 27 tahun.

Berikutan kejadian itu, remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin

Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda
Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. “Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952
Kegembiraan bertukar tragedi
FARAH SHAZWANI ALI
10 Jun 2012
Kegembiraan bertukar tragedi
Kenderaan jenis Hilux dan Toyota Avanza itu mengalami remuk teruk akibat kemalangan
yang meragut tiga nyawa di Chalok Rahmat, Setiu.
SETIU - Kegembiraan tujuh sekeluarga yang ingin melawat ahli keluarga baru, bertukar tragedi apabila tiga orang daripadanya maut, setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu di Chalok Rahmat, Setiu, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza iaitu Abdul Razak Othman, 49, yang berasal dari Taman Indah Permatang Pauh, Pulau Pinang, meninggal dunia di tempat kejadian .

Turut terkorban, anaknya iaitu Siti Suraya Abdul Razak, 14, dan penumpang di bahagian belakang iaitu Fathilah Othman, 53, yang juga kakak pemandu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam lima petang kelmarin, membabitkan Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak dan kereta jenis Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal kita dapati, kenderaan jenis Hilux itu melalui selekoh, datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Pasir Puteh bagaimanapun bergesel dengan Toyota Avanza yang datang dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

“Toyota Avanza itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan mengalami remuk teruk, sehingga menyebabkan tiga beranak itu maut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, dua ahli keluarga Abdul Razak iaitu isterinya, Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, yang juga seorang guru cedera parah dan patah tangan kiri serta cedera di kepala manakala seorang lagi iaitu kakak Abdul Razak, Rosidah Othman, 55, kini masih
mendapatkan rawatan di Hospital Setiu.

Dua lagi anaknya iaitu Siti Raihana Abdul Razak, 12, dan Mohamad Adam Abdul Razak, 16, hanya mengalami cedera ringan.

Pemandu Hilux bersama isteri dan dua anaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mereka dilaporkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga Abdul Razak iaitu Shairyzal Mohamad Azizan, 30, berkata, keluarga Abdul Razak ada menelefonnya kira-kira jam 4.30 petang, sebelum kejadian berkenaan berlaku.

“Mereka dalam perjalanan ke rumah saya untuk melihat isteri saya, Elmilia Nabila Ishak, 25, yang juga anak saudara Abdul Razak yang baru habis berpantang.

Saya ada menelefon dan Siti Raihana memberitahu bahawa keluarga mereka sudah hampir sampai ke rumah saya di Gong Badak“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, mereka tidak juga sampai dan apabila saya telefon kembali, saya dikejutkan dengan berita kemalangan menimpa mereka,” katanya yang masih bersedih dengan kejadian itu.
Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap
Mohd Shahrul Izuairi menutup mukanya mengelak daripada wajahnya dirakam
media selepas di bawa keluar dari mahkamah semalam.
KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.
Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral
Jirat Cina yang terpencil ini diubahsuai untuk mengelakkannya menjadi sasaran golongan tertentu yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah dan maksiat.
BACHOK – Kawasan jirat Cina yang agak terpencil, menjadikan ia sasaran golongantertentu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Pengerusi Persatuan Perkuburan Cina Bachok Kelantan, Datuk Dr Alex Ong berkata, akibat perbuatantidak bermoral itu, jarum suntikan dan kondom banyak ditemui bertaburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, untuk mengelak kejadian sama berulang, pihaknya membersihkan kawasan jirat tersebut secara berkala.

“Kami amat kesal dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan di kawasan ini. Ia menjadi tumpuan golongan penagih dan perbuatan sumbang disebabkan lokasinya di pedalaman dan jauh dari laluan utama.

“Jarum dan kondom di Jirat Cina yang terpencil ini diubahsuai oleh waris keluarga, untuk mengelakkan ia terus menjadi sasaran golongan tertentu yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah dan maksiat.

“Jarum dan kondom di temui bersepah di kawasan ini, sebab itu kami perlu bersihkan dan membina pagar untuk melindungi kawasan berkenaan. Tambahan pula beberapa binaan baru seperti wakaf dan pintu gerbang dibina, kami bimbang ia akan dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, kami harap pihak berkuasa dapat mengadakan rondaan di kawasan ini untuk memastikan ia bebas dari menjadi lokasi jenayah,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini kawasan itu sudah diturap dan dibersihkan serta pagar akan dapat dibina untuk mengelakkan kejadian jenayah.

Selain itu katanya, masyarakat Cina yang ingin menderma untuk persatuan tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Timbalannya, Tan Kee Leong menerusi talian012-9583350.

“Persatuan kami adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang ditubuhkan pada 20 Mac 2012.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai lokasi untuk disemadikan boleh menghubungi kami kerana masih mempunyai ruang untuk menempatkan lebih 200 kubur,” katanya.
Pekerja ladang gigit jari
SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
11 Jun 2012
Pekerja ladang gigit jari
Pekerja Felda Plantation berbincang mengenai saham FVGH melalui sesi dialog yang diadakan.
KUANTAN - Rata-rata pekerja Felda Plantation di Felda Bukit Sagu 4, 6, 7 dan 8, di sini, melahirkan rasa terkilan apabila titik peluh mereka selama ini seolah-olah tidak dihargai.

Kebanyakan mereka yang merupakan rakyat tempatan kecewa kerana tidak menerima apa-apa imbuhan sejak Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh untuk peneroka dan kakitangan Felda.

Pekerja, Roslan Hamid berkata, kebanyakan mereka sudah lama bekerja di ladang, namun kegembiraan yang dirasai peneroka dan kakitangan Felda tidak dapat dikongsi bersama.

“Walaupun kami ini berperanan di belakang tabir sahaja, tetapi hasil titik peluh kamilah segala hasil di ladang ini diproses kepada peringkat seterusnya.

“Peneroka dapat durian runtuh RM15,000, kakitangan Felda dapat bonus dua setengah bulan, tapi kami hanya gigit jari

“Itu belum lagi saham FVGH (Felda Global Ventures Holding) yang peneroka dapat sebanyak 800 unit dan kakitangan 1,000 unit. Jika diberi peluang, kami juga mahukan sebahagian saham itu sebagai sagu hati,” katanya.

Roslan ditemui Sinar Harian semasa sesi dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Md Sohaimi berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak atasan khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya harap suara semua pekerja ladang ini mendapat perhatian dan keuntungan yang diperoleh Felda dapat dikongsi sama rata,” katanya.
Daun getah nilai tinggi
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2012
MARAN - Pekebun kecil disaran melibatkan diri dalam industri kraf dengan membekalkan daun getah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dan boleh memberi pulangan sehingga RM300 sekilogram.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, daun getah harus dilihat sebagai sumber baru untuk menambah pendapatan.

Menurutnya, Risda memiliki teknologi yang sesuai supaya daun getah mempunyai potensi pasaran yang tinggi melalui kraf tangan.

“Antara produk yang dihasilkan seperti bunga dan rangka gambar,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sosial Korporat Pengerusi Risda Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, di sini, barubaru ini.

No comments:

Post a Comment