Rooney masuk rumah terbakar
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.
SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah untuk dikebumikan.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Uka anak Jenil, 54, bersama cucu lelakinya, Wayne Rooney anak Austin, 4, dan Christino Norado, 6, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan menyayat hati sebaik api dipadamkan.
Menurut suami Uka, Tahir Saban, 57, ketika kejadian dia berada di kedai runcit di bahagian depan rumahnya, manakala isteri dan tiga cucunya tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah separuh konkrit itu.
Katanya, Christino mengejutkan neneknya apabila menyedari bahagian atas rumah mereka terbakar serta diselubungi asap.
Menurutnya, selepas mendengar jeritan Christino, Uka terjaga daripada tidur dan bergegas mengambil seorang lagi cucunya, Ryann Ferdinand anak Fedrick, berusia setahun lapan bulan yang tidur dalam buaian.
“Sebaik menyerahkan Ryann kepada saya, dia masuk semula dalam rumah dan naik ke tingkat atas. Tetapi, Rooney dan Christino yang ketika itu sudah berada di luar rumah mengikut neneknya masuk dalam rumah.
“Sebaik menyedari tindakan mereka, saya beberapa kali menjerit menyuruh mereka keluar menyelamatkan diri, tetapi jeritan saya tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tahir berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan isteri serta dua cucunya kerana ketika itu dia mengendong cucunya yang masih kecil dan api yang marak terlalu cepat.
Seorang saksi, Alvin Jessie, 22, yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, dia terkejut apabila melihat api marak dari bahagian atas rumah dan Tahir menggendong cucunya di luar rumah sambil menjerit meminta tolong.
“Saya terkejut dan memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung sebelum menghubungi Balai Bomba Kota Samarahan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 3 petang dan kebakaran itu menyebabkan 40 peratus daripada rumah mangsa musnah terutama di bahagian atas.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.
Mati ditolak depan isteri
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
MERAUNG...isteri mangsa ditenangkan jiran selepas suaminya mati ditolak penyamun.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan diikat dan dikawal lima daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi penjenayah mengugut suaminya sambil mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkifly Yahya berkata, mangsa, Low Kwang Kean, 41, bertengkar dengan penjenayah sebaik penyamun terbabit meminta dia menyerahkan wang serta barangan berharga.
“Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya,” katanya, semalam.
Neelofa beri 7 hari
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya.
Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.
“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa
Penculik minta RM1.9j
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
CEDERA...mangsa menerima rawatan akibat dibelasah penculik selama 12 jam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pasangan berusia 40-an itu dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari restoran milik mereka sebelum diperlakukan sedemikian kira-kira 12 jam menjadi tawanan kumpulan penjenayah itu.
Difahamkan, kumpulan terbabit sudah mengekori mangsa sejak tiga bulan lalu selepas mendapat maklumat konon mangsa dan isteri mempunyai wang simpanan sebanyak RM1.9 juta.
Bagaimanapun mangsa bertegas mengatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum akhirnya dibebaskan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, jam 4 petang selepas kumpulan itu merampas wang tunai RM24,000 dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.
Pengsan lihat isteri digilis
Mangsa dikenali sebagai Hazizeh, 33, yang juga warga Indonesia itu mati selepas separuh badan dan kepalanya digilis jentolak yang dipandu rakan sekerja, lelaki warga Myanmar.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, pemandu jentolak berusia 28 tahun yang asyik memunggah kertas tidak menyedari kehadiran mangsa yang berada di sebalik tiang dalam gudang kilang terbabit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu yang memandu jentolak tidak menyedari mangsa berada di belakangnya.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu berada di laluan jentolak mengangkut barang. Kemudian, pemandu jentolak yang asyik mengangkut kertas kitar semula tidak sedar mangsa berada di belakang jentolak.
“Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai parah di kepala dan patah tulang pinggul akibat digilis jentolak berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 8 malam selepas menerima panggilan daripada penyelia kilang terbabit dan bergegas ke sana.
“Apabila sampai, mayat mangsa sudah dialihkan rakan sekerja, manakala pemandu jentolak itu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya.
“Kami minta pemandu jentolak itu membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan dan orang ramai yang mengenali suspek juga boleh melakukan demikian.
“Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan tampil sendiri atau hubungi talian 03-32902222.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.
Tali pusat masih berdarah
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.20 petang kelmarin, seorang lelaki terkejut apabila bungkusan hitam yang disangkakan kucing sebenarnya seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan di tepi tong sampah di depan rumah jirannya.
Lelaki terbabit, S Prakash, 29, ketika ditemui berkata, dia diberitahu mengenai bungkusan itu oleh adiknya yang terdengar bunyi seperti bayi menangis di luar rumah.
“Saya kemudian keluar untuk melihat kandungan bungkusan itu sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan yang tali pusatnya masih berdarah dan dihurung semut.
“Lebih menyedihkan, cuaca ketika itu panas terik dan bayi terbabit hanya dibungkus dengan baju-T hitam,” katanya .
Menurutnya, panik melihat tali pusat bayi itu masih berdarah, dia terus membawa bayi itu masuk ke rumahnya untuk dibersihkan sebelum menghubungi polis dan membawanya ke sebuah klinik di Batu 14, Bukit Puchong untuk rawatan lanjut.
Katanya, terdapat banyak kesan gigitan serangga di seluruh badan bayi terbabit.
Dalam kejadian kedua, seorang peniaga kios berdekatan sebuah sekolah menengah di USJ 12 menemui seorang bayi perempuan diletakkan di bahagian bawah tempat memasak gerainya kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
“Pada mulanya saya menyangkakan ia tikus ataupun kucing, namun sebaik menyelak bungkusan selimut berkenaan, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ia seorang bayi.
“Badan saya menggigil sebelum menghubungi suami dan anak-anak supaya segera datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Rusiah berkata, sebaik suaminya, Norizan Mahyuddin, 54, tiba, dia terus menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.20 petang memaklumkan penemuan bayi berkenaan.
Katanya, keadaan bayi itu masih bertali pusat dipercayai cuba dipotong selain terdapat kesan tompokan merah di seluruh badan bayi itu akibat digigit semut.
“Bayi malang itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang oleh kakitangan klinik berkenaan dan kita percaya bayi perempuan cukup sifat itu baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan pemeriksaan doktor,” katanya.
Dalam kes kedua, Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.15 pagi oleh saksi memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dalam kios perniagaannya berhampiran sebuah sekolah menengah di USJ 12, di sini.
Menurutnya, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai kain berjalur kelabu dan ungu serta masih bertali pusat sebelum dihantar ke Hospital Serdang.
“Hasil pemeriksaan, kita percaya bayi itu dilahirkan antara dua atau tiga hari lalu, namun tidak dapat mengenal pasti bangsa bayi itu.
“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment