Saturday, November 3, 2012

BILA ALLAH MENGHUKUM

Usaha pulih AS lambat


SEJUMLAH rumah yang musnah dan rosak akibat taufan Sandy di Queens, New York kelmarin.


NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy.
Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik.
Sekitar enam juta kediaman dan premis perniagaan di 15 buah negeri di AS masih terputus bekalan elektrik setakat kelmarin.
"Saya terpaksa bergelap dan memerlukan petrol untuk menghidupkan generator di rumah," kata seorang lelaki, Abdul Rahim Anwar di sebuah stesen petrol di Brooklyn di sini.
Ketika ini, pasukan-pasukan penyelamat masih bergelut untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat bencana besar tersebut.
Sekurang-kurangnya 76 orang terkorban dalam malapetaka itu di AS sejak Isnin lalu dengan pihak berkuasa memberitahu, angka korban dijangka terus meningkat selepas anggota-anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa dari rumah ke rumah di beberapa bandar pesisir pantai di rantau berkenaan.
Pihak berkuasa AS menyatakan, Sandy mendatangkan kerugian AS$200 juta (RM610 juta) sehari akibat kehilangan aktiviti, manakala anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$15 bilion (RM45.7 bilion).
Ribut berkenaan yang meliputi kawasan seluas 1,609 kilometer dan bertiup selaju 130 kilometer sejam kini bergerak ke utara menuju ke negeri Pennsylvania dan Kanada.

22 maut, 135 cedera lori tangki meletup di Riyadh


BEBERAPA anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Arab Saudi cuba memadamkan api selepas satu letupan besar memusnahkan sebuah bangunan dan beberapa buah kenderaan.


RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan berhampiran.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Saad al-Qahtani memberitahu, seramai 135 orang mengalami kecederaan. Mangsa kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki dan beberapa orang pekerja asing.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Arab Saudi, sebuah lori tangki telah melanggar jejambat, menyebabkan berlakunya kebocoran minyak sebelum meletup.
"Pemandu lori terkejut apabila berlaku kemalangan di laluannya. Dia kemudian hilang kawalan dan melanggar salah satu tiang jejambat," kata jurucakap JPA Arab Saudi, Kapten Mohamed Hubail Hammadi.
Biarpun insiden itu berlaku berhampiran ibu pejabat Pengawal Negara Arab Saudi dan Kolej Sains Keselamatan Putera Nayef, pihak berkuasa menegaskan bahawa ia adalah satu kemalangan. - Reuters

Pulau dilitupi debu gunung berapi 100 tahun


JEREBU melitupi dua kincir angin di puncak Gunung Pillar di Pulau Kodiak, Alaska pada 9 Oktober lalu.


JUNEAU, Alaska - Sebuah pulau di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilanda jerebu yang dipercayai kesan daripada debu letusan sebuah gunung berapi sekitar 100 tahun lalu.
Keadaan berjerebu itu melanda Pulau Kodiak dekat sini sejak minggu lalu.
Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, angin kencang serta kekurangan salji pada Selasa lepas menyebabkan debu gunung berapi Novarupta di Alaska yang meletus pada 1912 merebak dengan lebih meluas.
Letusan tersebut adalah yang terkuat pada abad ke-20.
Rantau Alaska di utara AS merupakan kawasan beriklim sejuk dan bersalji.
Kepulan jerebu itu kini mencecah ketinggian 1,219 meter dan meliputi keseluruhan Pulau Kodiak dengan menyebabkan amaran penerbangan dikeluarkan.
Pada Jun 1912, Novarupta meletus dan menghamburkan debu setinggi 30,480 meter ke udara yang melitupi seluruh daerah Katmai di Alaska. - AP

Udang karang unik berwarna oren hitam


GAMBAR daripada pihak Akuarium New England di Boston kelmarin menunjukkan udang karang berbelang oren hitam yang diberi nama Split.


BOSTON - Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS).
Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.
Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.
"Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.
Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.
Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.
Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.
"Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan.
Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. - Agensi

Meteorit 300kg ditemui di barat Poland


BEBERAPA jurufoto mengambil gambar meteorit yang ditemui di Poznan, Poland kelmarin.


WARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter di kawasan Rizab Meteorit Morasko, di bandar Poznan, barat Poland.
Meteorit itu adalah yang terbesar pernah ditemui di rantau Eropah Timur. Penemuannya diharap dapat memberi petunjuk baharu mengenai komposisi teras Bumi.
"Kita tahu bahawa teras Bumi terdiri daripada besi, tetapi kita tidak boleh mengkajinya. Di sini kita mempunyai meteorit dari angkasa lepas yang memiliki struktur hampir sama dengan teras bumi dan kita boleh mengkajinya," kata seorang pakar geologi, Professor Andrzej Muszynski kelmarin.
Meteorit selebar dua meter dan berbentuk kon itu ditemui oleh dua orang pemburu meteorit lewat bulan lalu.
Seorang ahli geologi Universiti Adam Mickiewicz yang mengkaji meteorit itu percaya ia terhempas ke Bumi sekitar 5,000 tahun dahulu.
Meteorit merupakan objek yang berasal dari angkasa lepas. - AFP

Pembedahan selamatkan budak berpenyakit ganjil


ATAS: Alat penyahsaraf yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit. - AFP


SYDNEY - Sepasukan doktor Australia semalam memuji pembedahan pertama di dunia ke atas seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan tekanan darah tinggi dan strok.
Dikenali sebagai autosomal recessive polycystic dan congenital hepatic fibrosis, penyakit tersebut menyerang ginjal dan hati manusia.
Budak lelaki itu, Matthew Gaythorpe, 10, menghidap tekanan darah tinggi dan pernah diserang strok pada tahun lalu selain mengalami sawan dan kelesuan.
Gaythorpe yang didiagnosis menghidap penyakit gangguan tidur kronik pada usia empat tahun juga terpaksa mengambil sekitar 30 jenis ubat sehari.
Namun, nasib kanak-kanak itu berubah selepas dia mendapat kebenaran menjalani pembedahan berbentuk eksperimen baru-baru ini.
Dalam pembedahan tersebut di Institut Jantung Monash, Amerika Syarikat, satu alat khas yang begitu halus dimasukkan ke salur darah di dalam ginjal Gaythorpe.
"Dengan menggunakan teknologi frekuensi radio pada alatan itu kami telah membuang sebilangan saraf dan tisu di sekeliling arteri ginjal Gaythorpe yang menyebabkan darah tinggi," kata pakar bedah Ian Meredith dari Institut Monash Heart.
"Pembedahan ini berjaya mengurangkan simptom dan tekanan darah Gaythorpe."
Ibu pesakit, Alex memberitahu bahawa pembedahan itu memberikan kesan menakjubkan dengan Gaythorpe kini lebih tenang manakala tekanan darahnya juga telah menurun.
"Dia kini dapat membaca buku semula (dengan selesa)," kata wanita tersebut. - AFP

Pemain pakau profesional AS menang RM26 juta


MERSON dari Laurel, Maryland memegang gelang emasnya selepas memenangi Kejuaraan Pakau Siri Dunia di Rio Hotel & Casino di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat baru-baru ini.


LOS ANGELES - Seorang pemain pakau profesional dari Amerika Syarikat (AS), Greg Merson diumum sebagai juara Kejohanan Pakau Siri Dunia semalam, kata pihak penganjur.
Merson dinobatkan sebagai juara dunia selepas menamatkan perlawanan pakau peringkat akhir selama 13 jam.
Pemuda berusia 24 tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$8,531,853 (RM26 juta) bersama gelang emas. Siri kejohanan tersebut mengambil masa sepanjang malam melibatkan 400 orang peserta di Las Vegas.
Pada perlawanan akhir, Merson menentang dua peserta akhir iaitu Jesse Sylvia dan Jake Balsiger.
Jelas Merson, dia merancang untuk mengembara ke pusat perjudian utama China, Macau untuk bermain dalam permainan pakau yang menawarkan hadiah wang tunai tinggi dan bukannya menyertai sirkit perlawanan pakau yang memenatkan.
"Itulah yang ingin saya lakukan. Menyertai permainan pakau terbesar dunia dan tidak kehilangan semua wang saya," kata Merson yang dipetik oleh akhbar Sun Las Vegas.
Seorang lagi finalis, Sylvia memenangi wang tunai AS$5,295,149 (RM16 juta) apabila menduduki tempat kedua.
"Saya sudah cuba sedaya upaya. Adakalanya perkara tidak berlaku seperti yang kita kehendaki, tidak mengapa. Saya rasa saya telah bermain dengan baik sekali," kata Sylvia.
Balsiger, 21, yang membawa pulang wang tunai berjumlah AS$3,799,073 (RM11.2 juta) pula dikatakan sebagai pemenang termuda kejohanan tersebut setakat ini. - AFP

Lori padi terbabas, empat maut

MAYAT empat sekeluarga mangsa kemalangan ditutup dengan
kertas surat khabar di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau, Pokok Sena, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Empat beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori padi yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau dekat sini semalam.
Mangsa yang maut ialah pesara tentera, Shafie Abd. Hamid, 57; isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka iaitu Nurul Faiz, 24, dan Mohd. Iptihar, 26.
Anak bongsu mereka, Mohd. Iqbal, 15, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Lokasi kemalangan terletak kira-kira enam kilometer dari rumah keluarga mangsa di Kampung Kubang Pisang, Pendang.
Kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika keluarga malang itu dalam perjalanan untuk menziarah keluarga mereka di sini dengan menaiki kereta Perodua Viva dari arah Pendang menghala ke Kebun 500, Pokok Sena.
Bagaimanapun, ketika melalui tempat kejadian, sebuah lori padi tanpa muatan dari arah Kebun 500 dipercayai mengalami kerosakan stereng dan brek lalu terbabas dan bertembung dengan kereta tersebut yang dipercayai dipandu Mohd. Iptihar.
Dalam pada itu, anak kedua mangsa, Mohd. Anuar Shafie, 32, menjelaskan, dia yang berada di Jabi berasa tidak sedap hati apabila ternampak dua buah ambulans memasuki persimpangan Kebun 500.
Dia kemudian segera pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kubang Pisang, namun sebaik dia tiba di tempat kejadian, perasaan tidak sedap hatinya menjadi kenyataan apabila kereta yang terbabit kemalangan itu adalah milik bapanya berdasarkan nombor pendaftaran KCS 396.
“Masa saya tiba, kesemua mereka sudah tidak ada lagi di tempat kejadian dan orang ramai meminta saya pulang ke rumah untuk membuat kepastian.
“Bila saya tiba di rumah, itulah kenyataan apabila empat ahli keluarga meninggalkan kami sekali gus tetapi saya tetap reda dan pasrah,” katanya.
Dia menjelaskan, ibu bapanya ada mengunjungi rumahnya di Guar Kepayang, Pendang bagi menziarahi dua cucunya yang berusia lima dan setahun.
“Mereka datang ke rumah kira-kira pukul 10 malam kelmarin untuk melihat cucu tetapi mereka sudah tidur.
“Ibu dan bapa saya kurang bercakap dan tidak duduk lama sebelum beredar kira-kira setengah jam kemudian,” katanya yang bekerja sebagai buruh di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Sementara itu, menurut anak ketiga mangsa, Mohd. Fashah, 28, kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kubang Pisang malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superitendan Rohana Omar mengesahkan kemalangan berlaku apabila lori terbabit yang mengalami kerosakan tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Viva yang dinaiki lima beranak tersebut.
“Akibat pertembungan itu, empat mangsa mati di tempat kejadian dan mayat kesemua mereka dihantar ke HSB.
“Pemandu lori dipercayai hanya mengalami cedera ringan dan dia ke balai polis untuk diambil kenyataan,” katanya.

Dua konstabel maut digilis treler

IPOH - Dua anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan rondaan di kawasan Simpang Pulai di sini maut apabila motosikal ditunggangi mereka digilis sebuah treler di Jalan Lahat-Simpang Pulai malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Konstabel Mohd. Nor Adirizan Md. Desa maut di tempat kejadian selepas dia cedera parah pada keseluruhan anggota badan.
Rakan Nor Adirizan, Konstabel Mohd. Zaihasrul Reza Mohd. Zaini pula mati dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Kedua-dua anggota polis terbabit berusia 22 tahun dan masing-masing berasal dari Perlis dan Kedah.
Pemandu treler berusia 26 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai kemalangan itu.
Jurucakap polis berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

AEON beli Carrefour


PASAR raya besar Carrefour di seluruh Malaysia akan dijenamakan semula sebagai AEON Big Malaysia.


KUALA LUMPUR – Syarikat peruncitan utama Jepun, AEON Co Ltd. (AEON) mengambil alih operasi Carrefour Malaysia (Carrefour) melibatkan 26 buah unit pasar raya besar melalui penjenamaan semula sebagai AEON Big Malaysia dengan harga belian sebanyak 15.1 bilion yen (RM575.5 juta).
Usaha itu sekali gus mengangkat AEON sebagai kumpulan peruncitan kedua terbesar di Malaysia.
AEON menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih kesemua saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificent Diagraph Sdn. Bhd. (MD) dan Carrefour Malaysia Sdn. Bhd. yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam MD, daripada Carrefour S.A. dan anak-anak syarikatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan ASEAN AEON, Nagahisa Oyama (gambar kecil) berkata, AEON, di bawah pelan pengurusan jangka sederhana bagi tempoh tiga tahun sehingga tahun 2013, menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang rancak berkembang di China dan ASEAN.
“Malaysia dilihat mampu menjadi hab perniagaan bagi mengembangkan operasi AEON sedia ada kerana negara ini menjadi kawasan pertembungan ekonomi dan pengangkutan yang penting bagi rantau ini.
“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan menjadikan Malaysia sebagai ibu pejabat Kumpulan AEON di ASEAN untuk mengurus operasi perniagaan syarikat di rantau ini,” katanya pada sidang akhbar ketika membentangkan strategi perniagaan AEON di sini semalam.
AEON pada masa ini beroperasi di enam negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
AEON, dalam laporan Reuters pada 20 September lalu, telah menafikan bahawa mereka sedang mengadakan perbincangan bagi memperoleh perniagaan Carrefour di Malaysia.
Laporan itu turut menyatakan bahawa penjualan tersebut akan melibatkan transaksi berjumlah RM960 juta.
Bagaimanapun, pembelian saham yang dimuktamadkan pada 31 Oktober lalu itu telah menamatkan spekulasi itu.
Menurut Oyama, pengambilalihan itu dibiayai secara tunai dan menjangkakan ia tidak memberi kesan kepada keadaan kewangan AEON.
“Susulan usaha ini, kami merancang membuka 100 buah premis perniagaan menjelang tahun 2020 dengan pelaburan mencecah 300 bilion yen (RM11.5 bilion),” katanya sambil memaklumkan pengambilalihan Carrefour Malaysia tidak menjejaskan pekerja sedia ada.

Modul atasi gemuk PLKN bermula 2013

KULIM – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan modul baharu bagi mengatasi obesiti serta memastikan pelatih mempunyai berat badan yang ideal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul dikenali ‘Gaya Hidup Sihat’ itu akan diperkenalkan untuk Kumpulan 2 Siri 1/2013 yang bermula awal tahun depan.
Katanya, modul itu sebelum ini dilaksanakan secara percubaan terhadap 1,000 pelatih Siri 8 dan 9/2012 dengan hasil menunjukkan 504 orang turun berat badan dan 487 lagi yang kurus bertambah berat badan.
“Kajian ini dilaksanakan oleh JLKN dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak atas arahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja dan pemantauan Latihan Menembak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Kem PLKN Seri Impian, Sungai Bakap, Seberang Perai di Lapang Sasar Batalion Dua Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini semalam.
Katanya, tempoh kajian itu selama 10 minggu bermula minggu pertama pelatih melapor diri mengikuti latihan dan setiap sesi mengambil masa dua hingga tiga jam sehari.
Bagaimanapun, program ini akan hanya dilaksanakan di beberapa kem PLKN terpilih, manakala jurulatih terbabit telah mula menjalani latihan yang diperlukan, tambahnya.
Abdul Hadi berkata, program modul tersebut diharap dapat membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan rakyat menjalani gaya hidup sihat.
Mengenai latihan atau aktiviti dalam air, beliau berkata, JLKN melarang sama sekali latihan dalam sungai namun aktiviti itu dibenarkan jika dijalankan di dalam kolam renang. – Bernama

Majlis Al-Arqam diserbu JAIS


Badrulamin antara yang ditahan dalam serbuan di markas Al-Arqam di Bandar Country Homes, Rawang malam tadi.


RAWANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini malam tadi.
Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron.
Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.
Beliau adalah pemimpin PKR yang pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana didakwa berkhalwat dengan isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Pahang, Februari tahun ini.
Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.
Kain rentang yang digantung pada majlis tersebut tertera Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi yang bertemakan “Abuya terus memimpin walaupun ghaib”.
Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor.
Sehubungan itu, JAIS akan menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu.
Difahamkan, selain jamuan makan, pengisian majlis tersebut turut disertai dengan konsert khas dan jualan pelbagai jenis barangan termasuk buku-buku.
Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad sebelum ia diisytihar sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Pengasasnya, Ashaari meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

Simpan pistol, buat bom

ABDUL RAHIM melihat mercun, bom buatan sendiri, pistol, dan bebola besi yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Kegiatan tiga penjenayah berbahaya yang paling dikehendaki polis negeri ini kerana memeras ugut ahli perniagaan menggunakan senjata api, peluru dan bom tangan buatan sendiri bagi memperoleh wang terbongkar apabila kesemuanya diberkas kelmarin.
Kesemua samseng berusia lingkungan 30-an tersebut diberkas pada pukul 5.30 petang di sebuah rumah di Taman Damai, Padang Serai, Kedah hasil maklumat dan risikan terperinci yang dilakukan polis sejak setahun lalu.
Polis yang menggeledah rumah mereka menemui pelbagai jenis senjata api dan bahan membuat bom seolah-olah penjenayah ingin memberitahu yang mereka mampu bertindak ganas pada bila-bila masa.
Antara yang ditemui sepucuk pistol semi automatik buatan sendiri, lapan butir peluru, empat bom tangan buatan sendiri, tiga bungkus bebola besi dan 35 biji mercun bola.
Turut dirampas ialah lapan buah telefon bimbit dan sebuah kereta curi jenis Proton Waja.
Difahamkan, penjenayah tersebut tidak mempunyai kepakaran tertentu mengenai letupan tetapi memiliki pengetahuan untuk membuat bom menggunakan bebola besi dan petrol.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, modus operandi penjenayah ialah akan memeras ugut ahli perniagaan dengan cara menghantar peluru hidup atau mencampakkan bom tangan buatan sendiri yang tidak dihidupkan ke laman rumah mangsa sebagai amaran.
Katanya, suspek kemudian akan membuat panggilan telefon kepada mangsa dan meminta wang sekurang-kurangnya RM500,000 jika tidak mahu diapa-apakan.
“Setakat ini, polis telah menerima enam laporan daripada ahli perniagaan di sekitar Seberang Perai mengatakan mereka diperas ugut penjenayah sejak Mac 2011 menggunakan modus operandi yang sama.
“Bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami kerugian dan tidak membuat bayaran kerana mereka terus membuat laporan polis,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Tambahnya, walaupun kesemua mangsa tidak diapa-apakan, pihaknya menganggap ketiga-tiga penjenayah yang berasal dari Kedah itu sebagai sangat berbahaya dan dikehendaki kerana memiliki senjata api dan bahan letupan.
Menurut Abdul Rahim, kesemua suspek yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, 1960 dan 1957 kerana memiliki senjata api dan bahan letupan serta Seksyen 36 akta sama atas kesalahan memiliki senjata api palsu. Sabit kesalahan, kesemua suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta enam sebatan atau denda RM10,000.

Korban terjunam dari jambatan


ORANG ramai melihat kereta yang terjunam ke dalam laut di Kilometer 7.9 menghala George Town di Jambatan Pulau Pinang sebaik kereta itu diangkat menggunakan kren semalam.


GEORGE TOWN – Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar penghadang Jambatan Pulau Pinang sebelum melambung dan menjunam ke dalam laut pagi semalam.
Dalam tragedi ngeri pada pukul 3.30 pagi di Kilometer 7.9, mangsa yang terbunuh ialah Tan Kean Loon, 24. Semasa kemalangan, mangsa memandu seorang diri dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang.
Difahamkan, kereta Proton Persona yang dipandu Kean Loon hilang kawalan lalu melanggar tembok penghadang jambatan sebelum melambung kemudian terjunam ke laut.
Kean Loon, anak bongsu daripada tiga beradik dan masih bujang itu dipercayai mati lemas selepas kereta miliknya tenggelam ke dasar laut.
Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah kilang perabot di Sungai Bakap tinggal bersama neneknya di Air Itam selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah beberapa tahun lalu.
Kejadian hanya disedari pasukan peronda Jambatan Pulau Pinang selepas mereka curiga menjumpai sebiji tayar kereta dengan serpihan bampar depan kereta di tepi jambatan.
Sebatang tiang lampu di kawasan tersebut tumbang ke dalam laut.
Pasukan peronda yang mengesyaki ada kenderaan terjunam ke laut menghubungi polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan penyelamat yang disertai polis marin dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira tujuh jam sebelum berjaya mengesan lokasi kereta Persona itu terbenam.
“Pasukan penyelamat dapat mengesan kereta itu pada pukul 9.35 pagi iaitu kira-kira 12 meter di dasar laut di Pulau Pinang.
“Kereta tersebut diangkat menggunakan kren pada pukul 12.30 tengah hari dan di dalam kereta itu polis menemui mayat Kean Loon tersepit di tempat duduk pemandu,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.
Abdul Rahim memberitahu, polis masih menyiasat punca kemalangan tetapi tidak menolak kemungkinan tragedi itu berlaku selepas kereta itu dipandu laju.
Kemalangan tersebut menyebabkan jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk hampir lima jam.
Ini merupakan kemalangan maut kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu di jambatan itu selepas kejadian pada Ahad lalu yang mengorbankan tiga mangsa.
Bagaimanapun, dalam kemalangan sebelum ini, kereta Proton Perdana yang dinaiki mangsa-mangsa tidak terjunam ke laut.
Sementara itu, teman wanita mangsa, Chee Jia Ying, 19, ketika ditemui di HPP berkata, dia ada berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mangsa beberapa jam sebelum kemalangan tersebut.
Katanya, mangsa memberitahu sudah sampai di rumah neneknya di Air Itam dan mahu tidur kerana keletihan.
“Kean Loon tidak pula beritahu ingin keluar malah tiada apa-apa perubahan pada mangsa,” kata Jia Ying.
Jia Ying memberitahu, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang keluarganya bahawa Kean Loon terlibat dalam kemalangan.
Jia Ying dan Kean Loon sudah berkenalan sejak lima tahun lalu.
Bapa saudara Kean Loon yang mahu dikenali sebagi Oon pula berkata, mangsa yang merupakan ejen insurans secara sambilan merupakan seorang yang baik hati.
“Baru dua hari lalu saya membeli polisi insurans dengan Kean Loon. Sepatutnya bulan depan dia ke Genting Highlands untuk menonton persembahan orkestra China di pusat peranginan itu,” ujarnya.

5,000 penduduk tuntut jambatan baharu


DUA penduduk terpaksa meredah sungai selepas jambatan yang menghubungkan Kampung Laksamana dan Batu Caves, Gombak runtuh sejak dua minggu lalu.


GOMBAK – Lebih 5,000 penduduk di sekitar Kampung Laksamana dan Batu Caves di sini meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina jambatan baharu bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh sejak dua minggu lalu.
Penduduk mendakwa mereka menghadapi banyak kesulitan untuk menjalankan aktiviti harian selepas jambatan sepanjang 50 meter dan selebar 1.5 meter yang menghubungkan dua kampung tersebut runtuh.
Seorang aktivis masyarakat di Batu Caves, V. Sundramoorthy, 54, mendakwa, jambatan berusia lebih 50 tahun yang diperbuat daripada besi dan batu konkrit itu runtuh akibat air deras di Sungai Tua akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini.
“Jambatan tersebut selama ini menjadi laluan utama penunggang motosikal dan pejalan kaki ke tempat kerja, masjid, klinik, sekolah serta pasar,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, S. Sahadevan, 42, dari Kampung Laksamana pula meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan penduduk terutamanya pelajar dan warga emas yang terpaksa meredah sungai tersebut kerana jalan alternatif jauh.
“Kami terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih enam kilometer untuk ke bandar sekiranya menggunakan jalan alternatif tersebut,” ujarnya.
Sehubungan itu, Sahadevan menggesa JPS supaya membina jambatan baharu untuk keselesaan dan keselamatan penduduk terlibat.
Katanya, JPS juga boleh membina sebuah jambatan berstatus sementara untuk kemudahan penduduk menjelang sambutan perayaan Deepavali.

BILA AKAL TAK DAPAT DIKAWAL...DAH MACAM ORANG TAK BERAKAL ATAU KURANG AKAL

Bakar rumah, 4 kenderaan keluarga bekas kekasih

ABDULLAH (dua dari kanan) menyiasat kejadian kereta dan tiga buah motosikal dibakar seorang lelaki kecewa di Highland Park kelmarin.


TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.
Turut dikhianati tiga buah motosikal milik keluarga bekas kekasihnya itu.
Salah sebuah motosikal tersebut baru dibeli beberapa bulan lalu.
Semasa kejadian, kereta Persona dan tiga buah motosikal tersebut berada di depan rumah teres setingkat milik mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Abdullah Arshad berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang merupakan bekas kekasih pekerja kilang itu diberkas beberapa jam selepas kejadian.
“Gadis berusia 19 tahun itu pernah berpacaran selama dua tahun dengan suspek utama tetapi hubungan mereka terputus enam bulan lalu.
“Pasangan kekasih itu merupakan sepupu dan perpisahan tersebut turut menyebabkan keluarga masing-masing saling bergaduh,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Gangnam Style kedua tertinggi di YouTube


AKSI Psy ketika membuat persembahan dalam satu rancangan televisyen di Sydney Australia pada 17 Oktober lalu.


SEOUL - Populariti penyanyi rap Korea Selatan, Psy terus meningkat apabila lagu Gangnam Style miliknya menjadi muzik video kedua tertinggi ditonton di laman perkongsian video YouTube.
Muzik video tarian kuda itu kini ditonton lebih 620 juta kali di seluruh dunia sejak ia dimuat naik pada Julai lalu.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 34, semalam mengenepikan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez menerusi muzik video On the Floor.
Lagu hit Lopez, 43, yang dimuat naik sejak Mac tahun lalu itu ditonton lebih 615 juta kali.
Bintang pop remaja, Justin Bieber, 18, pula kekal di tempat pertama apabila muzik video Baby ditonton lebih 790 juta kali di YouTube.
Muzik video Baby dimuat naik di YouTube dua tahun lepas. - AFP

iPad mini kurang dapat sambutan


DUA orang gadis menunjukkan iPad mini yang baru mereka beli di sebuah kedai Apple di Tokyo, Jepun.


TOKYO - Pelancaran produk terbaharu Apple, iPad mini dilihat kurang mendapat sambutan apabila ia mula dijual di Jepun semalam, dengan penganalisis menyatakan gajet yang mahal itu mungkin terlalu lambat untuk masuk ke pasaran gajet bersaiz tujuh inci.
Dianggarkan seramai 300 orang beratur di luar kedai Apple di sini dan sekurang-kurangnya 20 orang berkhemah di Ginza demi menjadi individu terawal memiliki iPad mini.
Situasi sama turut dapat dilihat di beberapa buah negara Asia lain. Di Singapura misalnya, beberapa ratus orang berkampung di luar kedai Apple. Sementara di Hong Kong, kira-kira 30 orang beratur untuk mendapatkan gajet yang telah ditempah secara dalam talian sebelum ini.
Di Sydney, orang ramai tidak beratur panjang sebagaimana ketika iPhone 5 dilancarkan.
Namun begitu, peminat tegar produk Apple menyatakan mereka kagum dengan gajet tersebut. "Ia memang berbeza dengan iPad biasa. Lebih ringan dan sangat nipis. Anda boleh memegangnya dengan sebelah tangan sahaja," kata Ayano.
Ipad mini dilancarkan di berpuluh-puluh buah negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat semalam.
Sebelum iPad mini dilancarkan, penganalisis menegaskan harga jualan mencecah AS$329 (RM1,004) adalah mahal bagi mereka yang boleh memilih untuk membeli gajet lain seperti Google Nexus atau Amazon Kindle pada harga cuma AS$199 (RM607) seunit. - AFP

Model dikecam bergambar di lokasi kemusnahan Sandy


GAMBAR pertindihan imej menunjukkan Gouvea menyaksikan peristiwa seorang sami Buddha membakar dirinya di Vietnam pada 1963.


NEW YORK - Seorang model terkenal Brazil diselar oleh pengguna internet kerana bergambar di beberapa lokasi yang musnah akibat taufan Sandy di sini.
Nana Gouvea, 30, yang dilaporkan pernah menghiasi majalah Playboy memuat naik beberapa keping gambar tersebut di laman Facebook.
Beberapa gambar itu menunjukkan dia bersandar pada sebatang pokok tumbang dan berdiri di atas kereta-kereta yang musnah di sini.
Gambar-gambarnya mencetuskan bantahan pengguna internet malah portal hiburan Gawker.com. mempersendakan model tersebut.
"Bencana alam memberikan peluang baik untuk keluar dan bergambar dengan menampilkan pelbagai aksi dan gaya," kata seorang pengguna internet secara sinis.
Sebuah laman Facebook yang dinamakan Nana Gouvea in Disasters turut mempersendakan model berambut hitam itu.
Laman web itu memaparkan beberapa gambar pertindihan imej yang menunjukkan imej Gouvea dalam beberapa peristiwa tragis seperti kapal Titanic karam dan perbuatan seorang sami Buddha, Thich Quang Duc yang membakar dirinya di Vietnam pada 1963. - Agensi

Polis halang 500 ekor kucing dijadikan lauk


SEBAHAGIAN daripada 500 ekor kucing yang dipintas pihak polis di bandar Xuzhou, dalam wilayah Jiangsu di China baru-baru ini.


XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.
Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.
Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.
"Arnab," jawab pemandu tersebut.
Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.
Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.
Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.
Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.
Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.
Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi

Datuk Bandar New York undang kontroversi

SEBUAH bot dan serpihan lain terdampar di atas landasan kereta api New Jersey Utara di New Jersey selepas taufan Sandy kelmarin.


NEW YORK - Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mencetuskan kontroversi apabila mahu meneruskan acara marathon terbesar di dunia yang akan diadakan di kota metropolitan ini esok.
Ramai penduduk kota raya ini berpendapat bahawa keputusan Bloomberg tidak kena pada masanya.
Ia ekoran keputusan itu dibuat ketika pasukan penyelamat memasuki sejumlah kediaman yang ditenggelami air bah untuk mencari mangsa-mangsa terselamat selepas taufan Sandy membadai Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Angka kematian akibat bencana tersebut itu di sini dan negeri New Jersey kini meningkat kepada lebih 95 orang.
"Jika mereka meneruskan marathon ini saya akan menjerit," kata seorang ahli majlis bandar raya ini, James Oddo dalam akaun Twitternya.
"Kita ada ramai orang yang hilang kediaman dan hilang harapan," tambahnya.
Bagaimanapun, dalam mempertahankan keputusannya, Bloomberg berjanji marathon itu tidak akan menggunakan sebarang sumber atau bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa taufan Sandy.
Beliau juga menjangkakan bekalan elektrik di kawasan Manhattan di sini akan dipulihkan esok.
"(Tambahan pula), terdapat banyak perniagaan kecil yang bergantung kepada acara itu. Kita perlukan aktiviti bagi menjana ekonomi," kata Bloomberg dalam satu sidang akhbar Rabu lalu.
Penganjur marathon berkenaan, kelab New York Road Runners memberitahu, acara tersebut akan menjana pendapatan berjumlah AS$340 juta (RM1.03 bilion) kepada kota raya ini.
Kelab itu mengumumkan kelmarin bahawa ia akan mendermakan sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3 juta) bagi membantu mangsa-mangsa taufan Sandy di sini.
Seramai 40,000 pelari dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Sementara itu, kemarahan orang ramai semakin memuncak ekoran angka kematian yang terus meningkat di samping bantuan yang lambat tiba di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.
"Mereka (pihak berkuasa) lupakan kita," kata seorang wanita berusia 42 tahun, Theresa Connor.
Menurutnya, kawasan kejiranannya di Staten Island di sini musnah sama sekali akibat taufan Sandy.
"Bloomberg pula menyatakan kota raya New York berada dalam keadaan baik. Marathon akan diteruskan!" katanya.
Selain kelambatan bantuan, orang ramai juga berasak-asak untuk membeli petrol dengan menyebabkan harga bahan itu melambung tinggi.
Pendakwa Raya Daerah Richard Brown berkata, berlaku beberapa kejadian tidak diingini ekoran situasi tersebut dengan seorang lelaki di sini didakwa kerana mengacukan pistol terhadap seorang pemandu lain selepas lelaki itu cuba memotong barisan untuk membeli petrol.
Sebuah firma pengukur bencana, Eqecat menganggarkan Sandy menyebabkan kerugian yang diinsurans berjumlah AS$20 bilion (RM61 bilion) manakala kerugian ekonomi pula mencecah AS$50 bilion (RM152 bilion).
Taufan Sandy merupakan bencana keempat terburuk di AS di belakang Taufan Katrina pada 2005, serangan 11 September pada 2001 dan Taufan Andrew pada 1992.
- Agensi

Dua Inspektor cedera dipukul, disamun lima lelaki mabuk


Di lokasi letak kenderaan di Jalan Padungan, Kuching inilah dua pegawai polis diserang dan disamun semalam.


KUCHING – Dua orang pegawai polis berpangkat Inspektor bukan saja cedera dibelasah sekumpulan lelaki mabuk yang bergaduh malah turut disamun ketika cuba meleraikan pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Padungan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 2.30 pagi, kedua-dua pegawai polis berusia 30-an ketika itu sedang minum di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian sebelum dimaklumkan oleh orang awam berhubung satu pergaduhan di tempat letak kenderaan di pusat hiburan itu.
Satu sumber berkata, kedua-dua Inspektor itu kemudian pergi ke lokasi pergaduhan dan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai polis bagi meleraikan pertengkaran membabitkan kira-kira lima lelaki.
“Tanpa diduga, kumpulan lelaki yang sebelum itu bergaduh kerana masing-masing dalam keadaan mabuk sebaliknya menyerang kedua-dua pegawai polis itu.
“Serangan itu menyebabkan kedua-dua pegawai terbabit terjatuh dan tidak bermaya akibat cedera di kepala, muka, leher dan badan,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Petak kereta percuma untuk staf kerajaan


ASEH (kiri) bersama Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Norai Mohd. Said (kanan) semasa membuat lawatan ke tempat letak kereta awam di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kira-kira 1,000 tempat letak kenderaan percuma disediakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Hospital Putrajaya mulai hari ini.
Jumlah tersebut meliputi 450 petak letak kereta berbayar bersebelahan Kompleks Kerajaan Parcel E dan 500 parkir lagi di Aras 2, Park and Ride, Presint 7.
Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya mengambil keputusan itu selepas mengambil kira keperluan semua pihak dan bersetuju memberikan kemudahan percuma itu.
“Sebelum ini, tempat letak kenderaan berbayar di Parcel E ini menyediakan sebanyak 550 petak dan kita buat satu keputusan yang baik dengan memberi mereka secara percuma.
“Namun, bagi orang ramai yang mempunyai urusan, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM1 untuk satu jam dan sebanyak 100 tempat disediakan buat mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam

Kekesalan si pemandu lori


JENAZAH empat beranak yang maut dalam kemalangan di Pokok Sena kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad.


ALOR SETAR – Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Pokok Sena kelmarin hingga mengakibatkan nyawa empat beranak melayang manakala seorang lagi kritikal merasa sungguh kesal selain bingung bagaimana tragedi tersebut berlaku.
Remaja berusia 19 tahun tersebut mendakwa kemalangan di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau tersebut berlaku secara tiba-tiba.
“Saya sungguh kesal dan tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku. Saya memandu lori milik saudara saya secara sambilan ketika musim menuai padi sahaja.
“Saya mempunyai lesen tetapi masih baru memandu lori itu. Laluan di situ kerap berlaku kemalangan termasuk yang melibatkan kehilangan nyawa kerana jalan berlopak,” dakwanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Semalam Kosmo! melaporkan kemalangan pukul 3 petang itu mengorbankan pesara tentera, Shafie Abd. Hamid, 57; isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Iptihal, 26, dan Nurul Faiz, 24.
Mangsa yang cedera pula ialah anak bongsu dari enam beradik, Muhd. Iqbal Zakwan, 15, yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

A. Aida mahu dedah punca cerai




KUALA LUMPUR – Penerbit dan pelakon, A. Aida bersedia mendedahkan sebab-sebab mengapa dia meminta cerai daripada suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman, 44, apabila prosiding mahkamah bermula pada 26 November depan.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, menyatakan kesediaannya itu kepada pemberita selepas memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 selepas dia tidak bersetuju dengan beberapa syarat suaminya yang disifatkan tidak masuk akal dalam permohonan cerai secara baik pada 18 Oktober lalu.
“Saya sudah bersedia untuk membuat pendedahan. Saya kalau boleh tidak mahu membuka pekung di dada tetapi apa boleh buat, dia sendiri (Suffian) yang memaksa saya melakukannya.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberitahu sebab-sebab itu sekarang atas nasihat daripada peguam syarie saya, Zulkifli Che Yong,” jelas Aida yang hadir untuk memfailkan permohonan fasakh pada pukul 11.45 pagi semalam.

Pencuri tidur dicekup tuan rumah


FAISAL menunjukkan pinggan dan kuih raya yang dimakan oleh pencuri sebelum dia tertidur di atas sofa di rumahnya di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Seorang pencuri yang tertidur di atas sofa selepas menikmati sepinggan nasi di dalam sebuah banglo, dicekup oleh pemilik kediaman itu di Jalan Dato, Chukai di sini pagi Selasa lalu.
Lebih mengejutkan, pencuri berusia 35 tahun itu dipercayai membawa sendiri nasi, daging goreng, petai serta pinggan ketika memecah masuk rumah tiga tingkat itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, menyedari kelibat suspek ketika dia ingin mengemas bilik tidurnya sejurus menyediakan sarapan pagi dan solat Subuh.
Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk berwuduk kira-kira pukul 6 pagi, ibunya ternampak tiga buah beg dan bungkusan di laluan keluar dari bilik tidurnya tetapi menyangka ia milik anak-anaknya.
“Setelah selesai menyediakan sarapan dan ingin masuk semula ke bilik, ibu melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua. Dia kemudian bertanya kepada saya sama ada lelaki tersebut merupakan rakan saya.
“Saya yang terkejut dengan pertanyaan ibu bergegas untuk melihat lelaki itu. Saya kemudian mengejutkannya dan lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas kami bergelut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

TAK KAN BARU TAHU...DAH LAMA PARAH...ARAHAN ALLAH GUNA UNDANG2 HUDUD TAK NAK...SUSAH JADI MAKHLUK KERAS KEPALA NI

Rompak bawa bas sekolah

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

TERPERANGKAP...rakaman CCTV menunjukkan kumpulan terbabit melarikan barangan berkenaan.
TERPERANGKAP...rakaman CCTV menunjukkan kumpulan terbabit melarikan barangan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.
Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.
Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.

Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.

“Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000.

‘Disorok’ makhluk halus

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Aidi Emizul Rasidi
am@hmetro.com.my

TERSELAMAT...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak (kanan) melawat Baharom di Hospital Kuala Kangsar, semalam.
TERSELAMAT...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak (kanan) melawat Baharom di Hospital Kuala Kangsar, semalam.
KUALA KANGSAR: Walaupun sudah ditemui dua hari lalu dalam belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya, namun kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun masih menimbulkan tanda tanya penduduk kampung yang mengesyaki kemungkinan mangsa’`disorok’ makhluk halus.
Baharom Mohd Piah yang tidak lagi mampu berjalan dikatakan hilang dari rumahnya di Kampung Temung Hulu, di sini, sebelum ditemui penduduk kampung bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi besar-besaran mencarinya.
Usaha menjejaki mangsa berhasil apabila lelaki warga emas itu ditemui dalam keadaan terbaring kesejukan dan terpinga-pinga di kawasan belukar tidak jauh dari rumah seorang penduduk kampung.

Anehnya, lokasi mangsa ditemui itu sudah beberapa kali digeledah petugas JPAM, namun kelibat mangsa tidak ditemui sebelum ini.

Anak mangsa, Mohd Shabli, 59, berkata bapanya ditemui terbaring di kawasan belukar dengan badan ditutupi daun dan ranting kayu.

Pak Awang hebat

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

REZEKI...Pak Awang mengurut seorang pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya. Gambar kecil, Sutung.
REZEKI...Pak Awang mengurut seorang pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya. Gambar kecil, Sutung.
KUALA BERANG: Biarpun buta sejak kecil, Wan Awang Wan Chik, 78, bertuah kerana dikurniakan hati yang terang serta kelebihan untuk mengubat orang menggunakan ayat al-Quran dan lebih hebat dia mempunyai dua isteri yang sempurna penglihatan.
Lebih mengagumkan apabila warga emas yang mesra dipanggil Pak Awang itu mampu mengingati laluan ke lokasi pernah dituju sebelum ini.
Kelebihan dimilikinya itu menakjubkan ramai rakannya terutama apabila menghantarnya ke sesuatu lokasi seolah-olah dia nampak jalan walaupun buta.

Pak Awang berkata, keadaan fizikalnya yang sudah tua dan buta menyebabkan dia tidak dapat bekerja seperti insan lain sebaliknya bergantung kepada sumbangan ikhlas orang ramai hasil kerja mengurut selain mengubati sakit akibat disihir menggunakan ayat al-Quran.

“Apa yang saya miliki ini adalah ketentuan Ilahi. Seperti individu lain juga di sebalik kekurangan yang orang nampak, ada kelebihan yang orang tidak nampak pada diri kita dan setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

Berterusan dilanda bah

Oleh Hamid Karim
am@hmetro.com.my

TENGGELAM...banjir di Jalan Kebun, semalam.
TENGGELAM...banjir di Jalan Kebun, semalam.
KLANG: Hampir 600 keluarga di Kampung Johan Setia, Kampung Sri Nadi, Kampung SC, Kampung Bukit Naga, Kampung Baru Dua, Kampung Baru Satu dan Taman Malindo, di sini, bagaikan tidak sempat bernafas kerana banjir kilat yang melanda Rabu lalu, berulang lagi petang semalam berikutan hujan lebat tanpa henti lebih tiga jam.
Nasib malang penduduk kawasan itu berterusan kerana pada 19 Oktober lalu, rumah mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter. Hujan lebat bermula jam 5 petang yang mengakibatkan banjir kilat itu menenggelamkan hampir keseluruhan laluan masuk dan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, di sini, sehingga pelajar dan guru terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang selepas tamat sekolah sesi petang.

Penduduk, Anuar Aziz, 41, ketika ditemui berkata, banjir kilat menjadi ancaman biasa di kalangan penghuni di kawasan itu.
“Dalam keadaan ini perlu saling membantu kerana kebanyakan jiran kami yang menjadi mangsa sedang bekerja,” katanya.

Penduduk lain, Kholik Suharno, 50, pula mendakwa banjir kilat semalam antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

“Kami tahu hujan tidak boleh dihalang, tetapi pihak berkenaan perlu memastikan semua sistem pengairan seperti parit mengalirkan air selepas hujan lebat. Sesiapa pun tak boleh tahan kalau banjir sentiasa melanda kerana ia menyebabkan kami sentiasa kerugian,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Samsi Sarmin, 52, dari Kampung Baru Dua, berkata, banjir kilat kali ini antara terburuk kerana sebelum ini air tidak memasuki rumahnya.

Katanya, walaupun parit utama berdekatan sudah diselenggara, air melimpah dan memasuki rumah walaupun beliau mengeluarkan ribuan ringgit membina tembok di tepi parit berkenaan.
“Air baru sahaja surut semalam (kelmarin), tetapi hujan terlalu lebat menyebabkan air parit melimpah. Kami terpaksa mengalihkan kenderaan ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini, tambahan pula hujan belum reda,” katanya.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah di Kampung Johan Setia dan Kampung SC yang membabitkan hampir 200 rumah.

Menurutnya, beberapa pegawai JKM membantu menguruskan pendaftaran mangsa banjir dan menasihatkan mereka supaya segera berpindah ke tempat selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pokok tumbang, ibu kota sesak

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan hujan lebat yang melanda ibu negara semalam, menyebabkan beberapa pokok tumbang di Jalan Kinabalu berhampiran Masjid Negara, di sini.
Kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih lima kilometer di jalan berkenaan hingga ke Bulatan Sungai Besi.

Pasukan kecemasan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis trafik yang tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian mengambil masa setengah jam untuk melakukan kerja pemotongan pokok dan pembersihan jalan.
Bagaimanapun, tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada kenderaan melalui lokasi terbabit.

Sebelum itu, seorang pemandu kereta Proton Waja cedera ringan selepas kenderaannya terbalik akibat hilang kawalan di Bulatan Pahang menghala Jalan Tun Razak, di sini.

Kemalangan jam 12.40 tengah hari itu berlaku apabila Proton Waja yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
Dua kenderaan masing-masing Proton Wira dan Savvy yang tidak sempat mengelak merempuh kereta terbabit dan menghalang laluan.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terbabit terselamat dan tidak cedera.
Semua kenderaan mangsa dialihkan Itis sejam kemudian.

Sedar-sedar tanya mak

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Muhd Iqbal sudah sedar malam tadi (kelmarin), tetapi kami masih merahsiakan berita kematian keluarganya,” kata Sahron Awang Kechik, 50, bapa saudara kepada Muhd Iqbal Zakuan Shafie, 15.
Muhd Iqbal antara satu-satunya mangsa terselamat dalam kemalangan ngeri mengorbankan empat beranak termasuk ibu bapa serta dua abangnya selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, kelmarin.

Sahron berkata, keadaan Muhd Iqbal sudah stabil, cuma dia mengalami trauma dan kelihatan tidak bermaya akibat kejadian itu.
“Sejak kejadian petang semalam (kelmarin), mangsa tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke zon merah (kritikal) hospital ini. Bagaimanapun, Muhd Iqbal kembali sedar kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin), tetapi keadaannya masih lemah.

“Apabila tersedar, dia terus bertanyakan keadaan ibu bapa serta abangnya menyebabkan kami terpaksa merahsiakan berita itu kerana bimbang menjejaskan kesihatannya.

“Kami terpaksa memberitahu ibu bapa serta dua abangnya dimasukkan ke wad bersebelahan dan dirawat bagi mengelak dia tertekan dan trauma dengan kejadian yang berlaku,” katanya yang ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.
Menurutnya, Muhd Iqbal cedera parah di muka dan patah paha kanan perlu menjalani pembedahan segera.

“Mengikut doktor merawat Iqbal, dia perlu menjalani pembedahan kecil kerana doktor mahu menebuk besi di paha kanan bagi menarik semula tulang kakinya.
“Dia sudah boleh makan serta minum dan kini ditempatkan di wad biasa hospital ini awal pagi tadi (semalam),” katanya.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, keadaan Muhd Iqbal semakin stabil.

Pemandu lori 19 tahun ditahan reman



ALOR SETAR: Polis mengesahkan menahan reman pemandu lori berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kemalangan ngeri mengorbankan empat beranak di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar berkata, pemandu dari Kubur Panjang, Pendang, direman mulai semalam hingga Isnin.

Menurutnya, pemandu itu ditahan selepas membuat laporan kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, malam kelmarin.
“Kami sudah tahan pemandu itu bagi membantu siasatan dan masih menyiasat sama ada pemandu itu memiliki lesen memandu atau tidak,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, lori itu akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mengetahui masalah teknikal atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, orang ramai boleh memperoleh lesen memandu ketika berusia lebih 17 tahun, tetapi bagi lesen memandu kenderaan barang (GDL), ia hanya dikeluarkan kepada mereka yang sudah ada lesen memandu dan berusia lebih 21 tahun.

Tebuk dinding

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com

KOTA KINABALU: Sekumpulan penjenayah memecah masuk restoran nasi ayam dan menebuk dinding premis itu untuk masuk ke kedai emas bersebelahan sebelum melarikan tujuh rantai emas bernilai lebih RM10,000, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi di pekan Telipok, di sini, penjenayah terbabit dipercayai mengambil masa kurang 30 minit memecahkan dinding memisahkan restoran dan kedai emas yang hanya diperbuat daripada papan lapis.

Menurut sumber, pemilik kedai emas itu menyedari kejadian selepas alat penggera keselamatan berbunyi dan sebaik tiba di tempatkejadian dia mendapati kedai berselerak dan sebahagian barang kemas hilang.
“Turut ditemui di tempat kejadian adalah tukul dan pahat yang dipercayai digunakan penjenayah menebuk lubang pada dinding yang memisahkan kedai emas itu dengan restoran bersebelahan,” katanya.

Sementara itu, pemilik restoran, Laura Lady Dail, 25, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi pemilik kedai emas.

“Saya dan suami terus ke restoran kami dan terkejut apabila mendapati jeriji kedai terbuka luas manakala dua mangga kunci dipecahkan.
“Sebaik memasuki restoran, saya melihat dinding kedai kami dipecahkan dan ada ruang kecil yang menembusi kedai emas berkenaan,” katanya.

Laura berkata, barangan di restoran tidak diusik dan dia percaya premis itu hanya menjadi laluan perompak untuk ke kedai emas bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang tidak bertopeng memecahkan rak pameran dan melarikan tujuh rantai emas bernilai lebih RM10,000.

“Polis masih melakukan siasatan sama ada kegiatan ini dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan,” katanya.

Kes rompakan ini yang kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan kedai emas di bandar raya ini. Pada Rabu lalu, sebuah kedai emas di Wisma Merdeka dirompak tiga lelaki membabitkan kerugian RM34,000.

Pencuri lena hingga siang

Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my

CHUKAI: Akibat kekenyangan selepas makan nasi berlauk daging goreng di sebuah banglo tiga tingkat yang dipecah masuk, seorang pencuri tertidur di atas sofa sebelum diberkas pemilik rumah berkenaan dalam kejadian di Jalan Dato’, di sini, Selasa lalu.
Lebih mengejutkan apabila pencuri berusia 35 tahun itu dipercayai membawa makanannya sendiri kerana nasi dan daging goreng berkenaan serta pinggan digunakannya bukan milik pemilik banglo terbabit.

Kejadian jam 8.15 pagi itu disedari pemilik banglo terbabit, Kamsiah Wan Othman, 59, ketika mahu mengemas bilik tidur selepas menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya sebelum terserempak dengan lelaki berkenaan yang lena di atas sofa di tingkat dua rumah berkenaan.
Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata sebelum keluar dari bilik tidur untuk berwuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari ada tiga beg dan satu bungkusan kain di laluan keluar bilik tidur tetapi menyangka ia milik salah seorang adik-beradiknya.

“Selepas menyediakan sarapan dan mahu masuk semula ke bilik tidur, ibu terkejut melihat seorang lelaki nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua rumah.

“Ibu kemudian bertanya kepada saya yang secara kebetulan baru pulang dari tempat kerja pada jam 8 pagi adakah lelaki berkenaan rakan saya.
“Terkejut dengan pertanyaan ibu, saya terus bergegas untuk melihat lelaki itu sebelum mengejutkannya dari tidur.

“Dia yang terkejut cuba melarikan diri menyebabkan kami bergelut sebelum saya berjaya menahannya,” katanya yang memberitahu adiknya, Saifullah, 21, kemudian menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Menurutnya, dia yang kemudian memeriksa tiga beg dan bungkusan kain yang terletak tidak jauh dari lelaki itu tidur menemui 10 utas jam tangan pelbagai jenama, satu telefon bimbit, dua bentuk cincin suasa dan satu ‘walkman’ milik keluarganya.

“Dalam bungkusan kain itu pula, saya menemui pelbagai pakaian milik keluarga. Kami juga mendapati beberapa bilik tidur yang tidak dikunci dalam keadaan berselerak.

“Manakala di belakang sofa tempat suspek tidur, kami menemui sisa nasi berlauk daging goreng dan petai dalam sebuah pinggan selain kuih raya milik keluarga kami yang diambilnya dari dapur.

“Polis yang tiba kemudian menemui sebilah pisau milik suspek dan sebatang pemutar skru. Difahamkan ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Faisal percaya pencuri terbabit terlena akibat kekenyangan selepas menjamu selera dan mengambil keputusan berehat di sofa berkenaan.

“Dia mungkin mengantuk selepas makan dan berbaring seketika di sofa sebelum terlena tanpa menyedari hari sudah siang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

Suspek utama dicekup



SHAH ALAM: Suspek utama kes cubaan bunuh Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, yang dikenali sebagai ‘Wak’ bersama dua lagi lelaki berjaya ditahan polis Selangor, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan tertangkapnya suspek berusia 22 hingga 28 tahun, polis yakin berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

Menurutnya, dua suspek yang bekerja sebagai pengawal di sebuah kelab malam di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, masing-masing ditahan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul Timur dan sebuah flet di Ampang antara jam 4.45 petang dan 6.40 petang, kelmarin.
Katanya, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bekerja sebagai broker bebas di sebuah rumah di Taman Bidara, Selayang, pada jam 8.15 malam hari yang sama. Muka depan Harian Metro pada 24 September lalu, melaporkan Norizan parah diserang dua lelaki, kira-kira 20 meter dari rumahnya di Taman Dagang, Ampang pada jam 3.30 pagi.

Sebelum kejadian, Norizan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran dan selepas mengunci kenderaan, dua lelaki bermotosikal menyerangnya menyebabkan berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Norizan cedera kedua-dua tangan dan perutnya parah, akibat diserang dengan senjata tajam.
Kejadian itu mengejutkan ahli keluarganya yang kemudian menghubungi ambulans sebelum dia dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan.

Tun Hisan berkata, siasatan lanjut polis kemudian menemui parang yang digunakan untuk mencederakan mangsa dibuang di dalam longkang berhampiran rumah suspek ketiga pada jam 2.05 petang semalam.
“Senjata berkenaan dibuang suspek ke dalam longkang selepas kejadian bagi melupuskan bukti dan polis meminta bantuan bomba untuk mengambil parang yang berada di dasar longkang yang dalam.

“Polis percaya kejadian bermotifkan dendam seorang daripada suspek sehingga mangsa cuba dibunuh,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis juga merampas sebuah kereta Proton Saga, beg sandang, resit pajak gadai dan telefon bimbit daripada ketiga-tiga suspek

Mayat wanita tersangkut pada batu



KUALA SELANGOR: Mayat seorang wanita separuh bogel yang hampir reput, ditemui tersangkut pada batu di bawah jambatan di Sungai Tambahan, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.15 petang berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Menurutnya, ketika ditemui keadaan mayat berkenaan sudah mula reput dengan rambut dan kulit tangan tertanggal menyebabkan polis sukar mengambil kesan cap jari.
“Ketika diperiksa tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui pada mangsa. Namun, kita percaya mangsa warga tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahunya,” katanya di sini, semalam. Mohd Taib berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berseluar tetapi memakai dua kemeja-T iaitu sehelai bergambar Koko Crunch manakala sehelai lagi mempunyai tulisan Nine Of Rock.

Katanya, mangsa bertubuh kecil dengan ketinggian 152 sentimeter, kedua-dua telinga bertindik, tahi lalat di atas batang hidung serta gigi atas tengah yang baru dicabut kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Mohd Taib berkata, polis tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa.

Suami isteri nyaris ditikam selepas telefon dilarikan

AMPANG: Sepasang suami isteri nyaris ditikam dengan botol kaca pecah gara-gara cuba mengambil semula telefon bimbit yang dilarikan seorang lelaki warga Afrika di Pandan Perdana, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, pasangan berusia 27 tahun itu singgah di sebuah kedai nombor ekor di Pandan Perdana manakala si isteri yang ke kaunter untuk membeli nombor terbabit, meletakkan telefon bimbit Samsung Galaxy S Plus di tepinya.

Menurut sumber, tiba-tiba suspek muncul lalu mengambil telefon bimbit itu sebelum melarikan diri menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit meminta tolong.
“Suaminya yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek, namun gagal. Mereka yang tidak berpuas hati kemudian mencari lelaki itu di sekitar kawasan terbabit.

“Usaha mereka berjaya apabila menemui suspek sedang makan di sebuah restoran kira-kira jam 8 malam di kawasan Pandan Perdana,” katanya.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit kemudian bersemuka dengan suspek dan meminta dia memulangkan semula telefon mereka, namun lelaki itu enggan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
“Pertengkaran terbabit menjadi lebih ganas apabila suspek memecahkan botol kaca dan cuba menikam mereka, namun gagal. Mangsa yang bimbang, beredar dari situ dan meminta bantuan rakan.

“Mangsa bersama rakan kemudian bersemuka semula dengan suspek dan sekali lagi meminta dia menyerahkan telefon itu, tetapi tetap gagal, malah lelaki itu bertindak lebih ganas membaling botol kaca ke arah mereka,” katanya.
Menurutnya, mereka yang bimbang dengan amukan suspek, beredar dan membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Moral remaja semakin parah

Oleh Dr Aminudin Mansor

MASALAH seks yang melanda kalangan remaja di negara ini tidak dapat dielakkan lagi. Saban waktu, pasti kita dengar dan baca pelbagai kes membabitkan pelacuran, seks bebas, pergaulan bebas dan jenayah seks.
Ini sebenarnya mengheret manusia jauh daripada peradaban dan menjauhkan mereka dengan agama. Apapun, manusia harus kembali kepada peradaban dan ajaran agama. Hanya peradaban dan agama dapat membentuk nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam hati dan jiwa manusia pada masa kini.

Laporan Kesihatan Seksualiti dan Reproduktif Remaja pada tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sedikit sebanyak mampu menggambarkan sejauh mana seriusnya gejala seks di kalangan remaja di negara ini.
Merujuk kepada kes rogol saja, 63 peratus mangsa adalah golongan remaja dan 9.4 peratus daripada jumlah pemangsa juga remaja.

Sementara bagi kes pelacuran membabitkan remaja, sebahagian besar pelacur terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun.

Namun begitu, tidak kurang juga pembabitan remaja berusia 12 hingga 14 tahun iaitu 13.1 peratus. Kes bersabit penzinaan pula membabitkan individu yang masih di peringkat awal iaitu sekitar usia 10 tahun.
Tentulah amat membimbangkan namun maklumat yang didedahkan ini hanya sebilangan kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam negara ini.

Bagaimanapun, ia memberi gambaran kepada kita betapa parah dan betapa goyahnya nilai agama, moral dan akhlak generasi hari ini.
Justeru, usaha yang lebih efektif perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan terbabit.

Memetik laporan Bernama, menurut Pakar Sakit Puan, Profesor Dr Ismail Thambi, remaja yang aktif melakukan hubungan seks bebas terdedah kepada risiko menghadapi masalah kesuburan apabila berkahwin.

Katanya, biasanya kegagalan organ pembiakan berpunca daripada jangkitan kuman, kulat dan virus akibat daripada hubungan seksual yang tidak bersih dan berbilang pasangan.

Menurutnya, banyak pasangan yang gagal mendapat zuriat datang kepadanya dan apabila diperiksa, sebilangan daripada mereka dijangkiti kuman dan virus akibat hubungan seksual bebas yang kerap sebelum kahwin.

Ada juga beberapa individu kecewa apabila mendapat tahu bahawa pasangan mereka pernah terjebak dalam hubungan tidak sihat itu.

Oleh itu, ibu bapa dan setiap ahli masyarakat mestilah prihatin terhadap anak remaja mereka mengenai kepentingan pendidikan seks untuk generasi muda hari ini.

Pendidikan seks yang betul dan penuh bijaksana dapat membantu anak lebih bersedia menghadapi saat menjelang akil baligh. Dedahkan mereka dengan perubahan yang berlaku dalam diri, perkembangan dan kepentingan memelihara kebersihan serta kesucian alat kelamin.

Seperti diketahui umum, pendidikan seks adalah bagi membentuk generasi dengan penuh kehormatan diri dan mampu mengendali diri daripada penyimpangan seksual. Peranan ini dapat dilakukan oleh ibu bapa, guru, media, dan badan lain dalam masyarakat.

Pendidikan seks bagi anak Muslim khususnya ke arah pencegahan kepada penyimpangan seksual. Selain itu, memberi maklumat kepada anak bagi memahami diri dan perubahan yang dialami dengan mengawal dorongan seks yang tidak terarah.

Terdapat beberapa perkara tidak sesuai diajarkan kepada anak yang baru mencapai mumaiyiz. Ia dikhuatiri boleh membawa kerosakan jiwa kerana emosinya belum cukup matang. Ajarkanlah perkara asas yang digariskan dalam Islam.

Didiklah anak berhubung bahaya zina yang dianggap perbuatan tidak bermoral, baik dari segi agama mahupun etika kemasyarakatan.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Apabila riba dan zina sudah berleluasa di sesuatu tempat, maka mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk mendapat seksaan Allah.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Ya’la).

Kes pembuangan bayi adalah rentetan daripada perbuatan zina iaitu seks bebas sebelum berkahwin. Perbuatan ini sangat dilaknat oleh Allah. Justeru, setiap ibu bapa dan ahli masyarakat sewajarnya tidak berdiam diri dalam usaha membanteras kes dan gejala yang tidak baik ini.

Selanjutnya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berzina atau minum arak nescaya Allah mencabut imannya seperti seseorang yang menanggalkan bajunya daripada bahagian kepala.” (Riwayat al-Hakim).

Konsep pendidikan seks menurut Islam dilengkapi dengan pengetahuan secara teori, hukum fikah dalam pelbagai aspek semuanya diterangkan dalam kitab suci al-Quran dan hadis.

Nabi menjelaskan dalam sabda baginda: “Wahai setiap pemuda, barang siapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kahwin. Sesungguhnya perkahwinan ini lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu syahwat, tetapi barang siapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya.” (Riwayat Al Bukhari).

Pendidikan seks bagi anak Muslim mestilah bersandar kepada ajaran Allah dengan menekankan aspek kemuliaan, kehormatan, dan kesucian manusia serta batasan aurat. Ia dilakukan bersepadu antara kaedah dan hukum secara kesinambungan.

Pendidikan juga mestilah disampaikan secara jelas dan tidak berselindung bagi mengelakkan salah tafsiran, andaian dan pemahaman seks serta perkara berkaitan dengannya. Penyampaian secara ilmiah dan menerapkan nilai agama dapat membantu remaja memahami kebaikan perkahwinan.

Mestilah dilakukan secara beransur-ansur mengikut tahap, kesesuaian usia, daripada peringkat kanak-kanak hingga remaja.

Bimbingan secara berhikmah akan dapat memberikan penerangan yang jelas bahawa perkahwinan yang sah dan halal akan melahirkan zuriat cemerlang sebagai kesinambungan hidup manusia pada zaman akan datang.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Friday, November 2, 2012

BILA MAUT MENDATANG...TAKDIR ALLAH DAH TERJADI...KITA TAK MEMAMPU MELAWANNYA

‘Teringat hati suci arwah’

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

TERKENANG...Yusoff dan Safiah menunjukkan sijil yang diterima selepas anak mereka mendermakan organ.
TERKENANG...Yusoff dan Safiah menunjukkan sijil yang diterima selepas anak mereka mendermakan organ.
KUALA TERENGGANU: “Sebagai bapa, saya bangga dengan arwah malah sentiasa mengenangkan pengorbanannya itu demi memberi kehidupan baru kepada orang yang memerlukan.
“Mengambil iktibar daripada pengorbanannya, saya, isteri dan lima anak berusia 11 hingga 24 tahun mendaftar sebagai pengikrar penderma organ tidak lama selepas kematiannya,” kata Yusoff Hassan, 56, bapa kepada Nur Mohamad Sahiduzz Aman Yusoff, 15, yang terbunuh dalam kemalangan di Setiawan, Perak pada 3 Oktober 2007.

Berikutan kemalangan maut itu, katanya keluarga mendermakan organ mangsa seperti yang dihasratkan sebelum kemalangan.
Yusoff ditemui pada program Minggu Kempen Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, semalam berkata, dalam kemalangan terbabit anaknya diisytiharkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di otak.

Dia dijemput khas ke program berkenaan bagi menceritakan pengalamannya dan keluarga dalam pendermaan organ.

“Setiap kali menceritakan kisah arwah, saya mengalirkan air mata kerana merinduinya selain terkenangkan kesucian hatinya sanggup menderma organ kepada insan memerlukan,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian arwah yang menghafal al-Quran sehingga juzuk ke-18, pernah memberitahu ibunya, Safiah Hamzah, 52, mengenai hasratnya mendermakan organ selepas melihat penderitaan ditanggung bekas guru tahfiznya yang menghidap penyakit jantung.

“Rentetan daripada hasrat arwah, saya dan isteri membuat keputusan mendermakan organnya demi menyelamatkan insan lain yang memerlukan selaras dengan niat murninya itu.
“Hasil pemeriksaan doktor dan persetujuan kami berdua, tujuh organ arwah iaitu dua kornea mata dan buah pinggang selain hati, paru-paru dan jantungnya didermakan.

“Daripada semua organnya itu, hanya jantung terpaksa ditolak atas sebab tertentu,” katanya yang menetap di Rompin, Pahang.

Menurutnya, mereka sekeluarga bangga dengan pengorbanan arwah dan tambah menggembirakan apabila dimaklumkan organ didermakan itu digunakan insan yang memerlukan tanpa sebarang masalah.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa nikmatnya melihat orang lain yang sebelum ini menderita sakit dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna hasil menggunakan organ yang disumbangkan arwah.

Sementara itu Isterinya, Safiah berkata, dia dan suami berasa bertanggungjawab menggalakkan umat Islam di negara ini menjadi penderma organ tanpa perlu rasa was-was.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan, ketika ini 1,700 pengikrar organ di negeri ini meningkat setiap tahun sekali gus menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai menderma organ.

Menggigil lihat kereta ayah

Oleh Mohamad Hussin, Muhammad Saufi Hassan dan Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

pix_middle
POKOK SENA: “Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah.”
Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.



Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa

Tayar bongkar tragedi

Oleh Isma Ismail dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my

ANGKAT... Proton Persona dinaiki  Tan yang terjunam ke laut di  Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
GEORGETOWN: Sebiji tayar di tengah jalan yang pada mulanya disangka sampah oleh seorang anggota peronda trafik membawa kepada penemuan tidak diduga apabila ia sebenarnya tayar kereta milik seorang lelaki yang terjunam ke laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka ‘sampah’ itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.
Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil ‘sampah’ itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.

Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.

Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut.

Thursday, November 1, 2012

BAGAIMANA KIAMAT...MAKA LEBIH DAHSYAT

Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah


LIYANA bersama ibunya dalam gambar yang dirakam di New York baru-baru ini.



NEW YORK - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.
Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York.
Usaha untuk menghubungi pelakon itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu.
Berita mengenai Liyana itu disampaikan oleh kakaknya, Adriana Jasmay, 28, menerusi akaun Twitter.
"Mereka (Liyana dan ibunya) duduk di rumah. Tidak pergi mana-mana. Kali terakhir bercakap dengan mama ialah 12 jam yang lalu. Sekarang, tidak tahu bagaimana keadaan mereka," ujar Adriana dalam akaun Twitternya pada pukul 11 malam kelmarin.

Duit kahwin DJ Hot FM disamun



HERMANSANI menunjukkan papan pemuka kereta tempat duit RM5,000 yang disimpan diambil penjenayah dalam kejadian di Jalan Pusara, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, atau popular dengan panggilan DJ Bell dalam kalangan pendengar radio memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik (ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.
Dia yang tinggal di Batu Buruk di sini kemudian bercadang untuk minum di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin kira-kira satu kilometer dari bank yang dikunjungi.
Bagaimanapun, cerita Hermansani, ketika sampai di Jalan Pusara tiba-tiba dia ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki rebah di depan keretanya.

Penduduk risau jambatan reput



MOHD. AZLI menunjukkan jambatan kayu yang patah dan reput di Kampung Tenang, Labis semalam.



LABIS - Sejak enam bulan lalu, pekebun kelapa sawit di Kampung Tenang di sini tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melalui jambatan kayu yang reput walaupun mengetahui bahaya menanti mereka.
Bukan itu sahaja, keadaan jambatan itu yang merentasi Sungai Kepoh itu menyebabkan aktiviti membawa hasil buah sawit dari kebun kerap tergendala.
Jambatan berkenaan menghubungkan Kampung Tenang dengan Hutan Lipur Taka Melor iaitu kawasan kebun milik penduduk.
Hasrat pekebun menggantikan pokok getah tua juga turut terbantut kerana jambatan itu tidak boleh dilalui kenderaan.
Seorang pekebun, Mohd. Azli Atan, 35, berkata, dia kecewa kerana jambatan kayu yang berusia lebih 20 tahun itu masih belum dibaiki.

Warga emas 58 tahun belum miliki MyKad

LAI SENG (tengah) dan Bah Bee (kiri) meminta bantuan Syed Othman (kanan) bagi menyelesaikan masalah Ah Seng di Pasir Gudang semalam.


PASIR GUDANG – Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) di sini bukan sahaja tidak dapat menikmati keindahan hidup seperti orang lain malah ketiadaan MyKad telah menyulitkan lagi kehidupannya.
Menurut abangnya, Ong Lai Seng, 61, penderitaan adiknya, Ong Ah Seng, 58, bermula sejak dia mengalami demam panas sewaktu berusia dua tahun menyebabkan dia lumpuh.
“Kehidupan kami sekeluarga miskin dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila bapa kami meninggal dunia beberapa tahun selepas adik saya dilahirkan.
“Sejak itu, ibu saya terpaksa menjaga kami tujuh beradik dan kesilapan bermula apabila ibu meminta bantuan rakannya untuk membuat surat beranak dan MyKad Ah Seng, tetapi rakannya hilang begitu sahaja,” katanya yang bekerja sebagai tukang kayu ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Negeri Johor di sini semalam.

Pencuri dicekup mati mulut berbuih



KEADAAN kereta Proton Saga milik pelajar yang disamun ditemui terbabas di Kampung Samada, Serian kelmarin.



SERIAN – Hajat seorang penjenayah yang cuba melarikan sebuah lori 12 tan tidak kesampaian apabila dia diberkas sebelum tiba-tiba mati dipercayai akibat terminum air sungai bercampur racun rumpai di Kampung Samada di sini semalam.
Ketika ditangkap penduduk kampung pada pukul 1 petang, suspek yang berusia 30-an dan tiada pengenalan diri kelihatan lemah dengan mulutnya berbuih.
Lori tersebut dikatakan cuba disamun suspek itu selepas pemandunya berhenti di tepi jalan selepas ternampak sebuah kereta Proton Saga yang dipandu penjenayah itu terbabas di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tanpa disangka pemandu kereta yang hendak dibantu itu bertindak cuba melarikan lori tersebut namun cubaan suspek itu gagal selepas dia ditangkap penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd. Jamali Umi berkata, polis yang tiba di tempat kejadian kemudian mendapati suspek itu sudah pengsan sebelum mati di tempat kejadian.

Kepala pecah terjatuh tingkat 4



ZAKARIA (tengah) menunjukkan pistol, gari dan kad kuasa polis yang kesemuanya palsu pada sidang akhbar di Ipoh semalam.



IPOH – Cubaan seorang penjenayah untuk melarikan diri apabila rumahnya diserbu polis berkecai apabila dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Lapangan Perdana di sini semalam.
Mayat suspek kes samun berusia 28 tahun tersebut ditemui dengan kepalanya pecah pada pukul 2.20 pagi di tingkat bawah bangunan.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, sebelum itu, pihaknya telah mendengar bunyi benda pecah dari dalam rumah ketika pintu rumah diketuk pada pukul 1.45 pagi.
Katanya, polis yang curiga kemudian telah memecahkan pintu dan pemeriksaan menemui beberapa barangan yang disamun sebelum ini.
“Siasatan lanjut kemudian mendapati dua suspek dan seorang lagi rakannya telah memecahkan siling bilik air untuk melarikan diri.
“Bagaimanapun, salah seorangnya telah terjatuh manakala seorang lagi diberkas ketika sedang bersembunyi di bumbung flat,” katanya pada sidang akhbar semalam.

1,028 termasuk pengurus hilang kerja



SEBAHAGIAN pekerja kilang Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd. mengadakan perhimpunan aman di hadapan kilang itu di Kuching semalam.



KUCHING - Seramai 1,028 pekerja kilang pembuatan komponen elektronik, Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd., di sini hilang punca pendapatan selepas diberi notis pemberhentian kerja 24 jam secara berperingkat-peringkat bermula petang kelmarin.
Kesemua pekerja yang majoritinya terdiri daripada pekerja bumiputera merangkumi jawatan pengurus, jurutera, penyelia, juruteknik dan operator ditamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya semalam.
Wakil pekerja, James Jalai Gayau ketika ditemui Kosmo! berkata, mereka mula menerima notis pemberhentian pada pukul 6 petang kelmarin dan sehingga pagi semalam kira-kira 800 pekerja telah diberhentikan melalui notis 24 jam.
"Kami sedia maklum baki pekerja menerima nasib yang sama pada hari ini (semalam), syarikat memberikan alasan memberhentikan kami untuk tujuan penstrukturan semula.
"Masalahnya ramai antara kami bergantung hidup dengan pekerjaan ini untuk menyara keluarga," ujarnya yang juga merupakan penyelia di kilang itu.

Pelaburan Genneva cecah RM10b



SEBAHAGIAN daripada pelabur Genneva Malaysia berkumpul melihat pegawai Bank Negara melakukan siasatan di ibu pejabat syarikat itu di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.



KUALA LUMPUR - Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion dan boleh mencecah RM10 bilion.
Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

Kumpulan Islam tawar bantu AS


GAMBAR menunjukkan kawasan perumahan yang terbakar akibat taufan Sandy di Queens, New York.



ISLAMABAD - Amerika Syarikat (AS) semalam menolak tawaran bantuan daripada pemimpin radikal sebuah kumpulan Islam selepas taufan Sandy melanda negara itu pada Isnin lalu.
Pemimpin kumpulan Lashkar-i-Taiba, Hafiz Muhammad Saeed menawarkan untuk menghantar sejumlah kakitangan kecemasan dan bekalan kemanusiaan ke wilayah yang teruk dilanda taufan tersebut.
Menurut kumpulan itu, bantuan tersebut akan dihantar menerusi badan kebajikannya, Jamatud Dawah (JuD).
Bagaimanapun, kedutaan AS di sini menolak untuk menerima tawaran tersebut.
Penolakan itu dibuat di akaun Twitter.
"Kami menghormati tradisi orang Islam membantu manusia yang memerlukan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak dapat menerima tawaran Hafiz.
"Hafiz dikehendaki kerana terlibat dalam serangan pengganas di Mumbai yang menyebabkan 116 orang terbunuh.
"JuD pula ialah pertubuhan pengganas yang disenaraikan AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata kedutaan AS.
Bagaimanapun, kumpulan berkenaan memberi reaksi balas menerusi Twitter.
"Bantuan kami ditawarkan untuk penduduk AS, kami akan melibatkan penduduk Islam di AS untuk berada di barisan depan bagi membantu rakan senegara mereka," kata kumpulan tersebut.
Hafiz disyaki pihak berkuasa AS dan India merancang serangan pengganas di Mumbai pada 2008.
Sementara itu, harga minyak meningkat di pasaran New York ekoran taufan tersebut.
Harga penghantaran untuk minyak mentah pada bulan Disember naik 48 sen (RM1.46) kepada RM86.16 (RM262.443) setong.
Presiden AS, Barack Obama semalam turut membatalkan parti Halloween bersama kanak-kanak di White House, Washington.
Beliau akan melawat kawasan yang teruk dilanda kemusnahan akibat taufan itu.
Pada tahun lalu, Obama dan isterinya, Michelle menjadi tuan rumah kepada 2,000 kanak-kanak untuk meraikan parti tersebut.
Obama juga akan menangguhkan kempen pilihan raya presiden selama beberapa hari bagi memberi tumpuan terhadap kerja-kerja membantu dan membaiki kerosakan akibat taufan tersebut yang melanda Pantai Timur AS.
Pilihan raya presiden akan diadakan pada 6 November ini.
Obama akan menentang pencabarnya daripada parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts.
Bagaimanapun, Romney menyambung semula kempennya di Miami semalam selepas terjejas akibat taufan tersebut yang melanda Pantai Timur AS.
Beberapa ahli ekonomi menyatakan kerugian akibat taufan tersebut ialah antara AS$30 bilion (RM91.39 bilion) hingga AS$50 bilion (RM152.33 bilion). - Agensi

Rakyat AS mula bersih rumah



SEBATANG jalan raya beralun-alun akibat taufan Sandy di Pantai Mirlo, Carolina Utara.



NEW YORK - Penduduk di Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) semalam mula membersihkan rumah dan melihat kemusnahan yang dibawa taufan Sandy.
Taufan itu yang menyebabkan 55 orang mati melanda pantai timur tersebut pada Isnin lalu sebelum ia bergerak lemah menuju ke Pennsylvania.
Kemusnahan itu berlaku di seluruh bandar raya New York dan New Jersey.
Kebanyakan sistem tren mula beroperasi seperti biasa.
Taufan itu membawa ombak setinggi 4.23 meter dengan kelajuan 225 kilometer sejam.
Bursa Saham New York juga kembali dibuka selepas dagangan ditutup pada Isnin dan Selasa lalu.
Lebih lapan juta penduduk dari Carolina dan Maine tidak mendapat bekalan elektrik kesan daripada kemusnahan yang dibawa taufan itu.
Tiga reaktor nuklear AS masih lagi ditutup manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Bagaimanapun, taufan itu membawa salji di Ohio, Pennsylvania dan Virginia Barat. - Agensi

Keranda 'muncul' dari kubur akibat taufan Sandy



SEBUAH keranda 'muncul' dari dalam kubur di sebuah kawasan perkuburan di Crisfield kelmarin.



CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.
Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.
Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.
Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington.
Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. - Agensi


سُوۡرَةُ القِیَامَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (١) وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ (٢) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُ ۥ (٣) بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُ ۥ (٤) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُ ۥ (٥) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (٦) فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤) وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩) كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ (٢٠)وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ (٢١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ (٢٤) تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ (٢٥) كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ (٢٦) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ (٢٧) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ (٢٨) وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ (٢٩) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١) وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢)ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠)
Surah Al-Qiyama
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (4) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5) Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13)Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22)Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32)Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35) Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! / (40)

 
KEDAHSYATAN DAN KENGERIAN HARI KIAMAT
                        Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."
                        Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
                        Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah.    (Surah Annamel : 87)
                        Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.
                        Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.   (Surah Azzumar : 68)
                        Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.
                        Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar  firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk  lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
                        Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.  
                        Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian  turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi." 
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."
                        Firman Allah s.w.t. lagi: "Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila." (Yang bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan diturunkan para Malaikat dengan seketika."
                        Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama alla ta'budusy syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza shiraatum mustaqim. Walaqad a adholla minkum  jibilla katsiera afalam takuni ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."
                        Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.
                        Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."
                        Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi min aina iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hertanya dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
                        Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya pada hari kiamat dan berkata: "Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak itu memuji kebaikannya lalu ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya berhajat kepada hasanatmu yang sekecil dzarrah, kalau-kalau saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini." Jawab anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu tidak dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada isterinya dan berkata kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka dipuji oleh isterinya, lalu berkata: "Saya ini minta  kepadamu satu hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat dari apa yang kau lihat ini." Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu terhadap diriku seperti engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza qurba." (Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya itu jika memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang dekat."
                        Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah aku, meskipun masuk kedalam neraka."
                        Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda: "Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan syafa'atmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini. Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka mereka pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka  pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah iaitu ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem (Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga ketika isterinya akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata: "ini saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah kami, gunakan syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini." Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s. Ruhullah dan Kalimatullah." Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?" jawab mereka: "Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah." Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu syurga dan mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.". Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
                        Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t. berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan mereka bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah. Demi Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara  dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat." Maka menangislah semua yang hadir. 
                        Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: "Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah, andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."
                        Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari  kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat, dan ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya, maka sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
                        Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
                        Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
                        Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku, berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal., itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada Rabbul Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana semua manusia dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari dimana seorang ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap mereka mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."
                        Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."


22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah