Tuesday, October 30, 2012

TAK MENGENANG BUDI...LAGI TERUK MANUSIA TAK BERSYUKUR PADA ALLAH...MALAH MENGHINA ISLAM

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui


GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia.


SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah.
Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi.
Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.
Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut.
Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. - Agensi

Feri rempuh dermaga


FERI Napoleon Bonaparte merempuh sebuah dermaga di Marseille semalam.


MARSEILLE, Perancis - Sebuah feri senget dan dimasuki air selepas ia merempuh dermaga di sini akibat tiupan angin kencang semalam, kata seorang jurucakap syarikat pemilik kapal berkenaan.
Feri tersebut, Napoleon Bonaparte dimiliki syarikat Société Nationale Maritime Corse Méditerranée.
"Ketika kejadian, feri berkenaan tidak membawa penumpang kerana ia tidak beroperasi.
"Cuma terdapat beberapa kru penyelenggaraan di atas feri tersebut tetapi tiada kecederaan berlaku," kata jurucakap itu.
Menurutnya, beberapa pasukan telah dikerahkan untuk membaiki feri itu.
Setakat ini katanya, pasukan bomba masih memeriksa feri berkenaan bagi menilai kerosakan yang berlaku.
Feri itu beroperasi untuk laluan dari Marseille ke Ajaccio. - Agensi

Perangkap kasanova licik

FATIN AMIRA (kiri) dan Salsabila menunjukkan salinan laporan polis setelah mereka mendakwa ditipu seorang kasanova di Segamat, Johor semalam.


SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.
Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.
Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.
Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.
Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.
“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Berkarya di sebalik tirai besi


SABARIAH mengelap air mata kesedihan semasa menziarahi suaminya Ameng bersama anak mereka, Wan Ammar Haikal di Penjara Kluang, Johor semalam.


KLUANG – Kehidupan di penjara tidak menghalang vokalis kumpulan Spring, Ameng untuk terus berkarya menghasilkan lagu-lagu menarik khusus untuk peminat.
Ameng yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada April 2011 akibat kesalahan dadah, mendedahkan dia telah menghasilkan 10 buah lagu sepanjang berada di balik tirai besi.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, hampir semua lagu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman dia ketika menjalani hukuman di Penjara Kluang di sini.
“Salah satu lagu saya yang bertajuk Tangisan Generasi menceritakan mengenai penyesalan saya dan bagaimana saya boleh lupa diri sekali gus mengajak peminat untuk sama-sama bangkit daripada kejatuhan,” katanya ketika ditemui di Dataran Insaf Penjara Kluang sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha semalam.

Aqil Story pilihan negara Arab


KHATIJAH (kanan) mempromosikan barangan cenderahati Aqil Story pada program promosi rancangan tersebut di Gombak baru-baru ini.


SHAH ALAM - Sebuah syarikat animasi tempatan, Khalifa Production Sdn. Bhd. (Khalifa) yang menerbitkan rancangan animasi kanak-kanak bertajuk Aqil Story merancang untuk melebarkan sayap ke persada antarabangsa selewat-lewat dalam tempoh tiga tahun ini.
Pengarah Urusan Khalifa, Khatijah Abd. Rashid berkata, antara pasaran negara yang akan dimasuki syarikatnya ialah Indonesia, Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.
"Sehingga kini, beberapa siri perbincangan telah dilakukan dengan syarikat tempatan di negara-negara terbabit bagi membolehkan Khalifa menembusi pasaran di sana di samping meningkatkan mutu rancangan animasi kami," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, rancangan itu mula diusahakan pihaknya pada tahun 2009 dalam bentuk dua dimensi melibatkan kos sebanyak RM900,000 setelah mendapati tiada rancangan animasi berbentuk Islamik di negara ini.

Merempat dihalau anakMENGHINA

Posted on the October 30th, 2012 under Tempatan by admin
ALOR SETAR: ‘Anak Setan’. Itu yang boleh digambarkan sifat lima beradik apabila berpakat menghalau bapa kandung mereka menyebabkan warga emas itu hidup merempat tanpa pekerjaan dan mengharapkan ihsan jiran serta kenalan menghulurkan wang untuk membeli makanan.
Difahamkan, lima beradik itu bertindak demikian berikutan teguran lelaki itu terhadap seorang anak perempuannya yang didakwa membawa lelaki bukan mahram ke kediaman keluarga.
Lima beradik itu dikatakan sepakat membuat pelbagai tuduhan terhadap bapa mereka selain meludah muka lelaki itu hanya disebabkan salah faham antara mereka.

Warga emas dikenali sebagai Azman, 60, itu berkata, dia tidak tahan dengan sikap anaknya yang sanggup menghalaunya dari rumah selain meludah mukanya kerana terlalu benci melihatnya.
Difahamkan, perselisihan faham itu berpunca apabila anaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Azman berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan ketika ibu mereka yang juga isteri pertamanya menghidap penyakit barah serius.
Harian Metro

Perompak banglo Lam Thye dicekup


RUMAH Lam Thye di Taman Maluri, Cheras yang terselamat daripada dimasuki penjenayah.


KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye nyaris menjadi mangsa samun apabila kediamannya di Taman Maluri, Cheras di sini cuba diceroboh oleh empat penjenayah pada awal pagi semalam.
Bagaimanapun, hasrat perompak itu tidak kesampaian apabila gelagat dua daripada mereka yang memanjat tembok rumah Lam Thye disedari sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut.
Terkejut disergah anggota polis berkenaan, kedua-dua lelaki terbabit meluru masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes Benz yang menunggu di tepi rumah yang cuba dipecah masuk. Di dalam kereta tersebut terdapat dua lagi suspek.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, keempat-empat suspek yang menaiki kereta Mercedes itu enggan berhenti walaupun dikejar dan diarahkan supaya berhenti.

Penduduk bantah projek bina menara TNB


CHING (lima dari kiri) dan Tee Keat (empat dari kiri) bersama penduduk memegang sepanduk membantah pembinaan menara elektrik di Cheras Hartamas, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar taman perumahan Cheras Hartamas dan Bukit Segar Jaya di sini membantah tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan negeri Selangor membina menara elektrik berhampiran kawasan perumahan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Datuk Eadon Ching berkata, pembinaan menara yang mengelilingi 80 peratus kawasan perumahan itu terlalu hampir dengan kediaman dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
“Projek ini sebenarnya bermula pada tahun 2009 tetapi penduduk tidak dimaklumkan langsung mengenainya.
“Sejak itu, banyak bantahan dibuat penduduk supaya TNB mengkaji semula jajaran pembinaan menara yang melalui kawasan perumahan penduduk,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment