3 sahabat cilik terus hilang
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
HILANG...(dari kiri) Muhamad Nazir, Muganasundram dan Vijay hilang sejak awal pagi kelmarin.
Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.
Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.
Dia yang juga pekerja kilang berkata, dia membenarkan anaknya menghadiri kelas tuisyen itu sebelum keluar bekerja pada jam 4.30 pagi.
“Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen,” katanya.
Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
“Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.
“Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes kehilangan tiga kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasatnya mengikut kes orang hilang.
“Kami berharap sesiapa yang menemui mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian 05-598 2222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Gilis drebar teksi OKU
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi 4 Jun lalu di satu kawasan di Kuala Selangor selepas mangsa berusia 47 tahun membawa dua lelaki berusia 30-an menaiki teksinya.
Ketika dihubungi Harian Metro, semalam, mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 8 malam 2 Jun lalu ketika berada di rumah, dia dihubungi seorang lelaki yang menempah teksinya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Jun.
“Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan mendakwa mahu pergi bersama adiknya. Selepas bersetuju dengan bayaran dikenakan, dia mengarahkan saya menunggunya di Seksyen 4, Kota Damansara kira-kira jam 8 malam, 4 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Polis halang bapa Chong Wei terjun
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.
‘Fahami perasaan kami’
Itu komen pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dipetik daripada laman blog, ssdhaliwal.blogspot.com, semalam. Dalam kenyataan ringkas itu, Chong Wei berkata, dia tidak mahu diganggu dan menganggap isu mengenai bapanya masalah keluarga.
“Bagaimana dan apa yang saya nak katakan kepada orang yang berterusan menghubungi saya? Abang saya sudah pulang ke Pulau Pinang untuk mendapatkan cerita sebenar. “Ini masalah keluarga dan saya tidak pasti apa yang mendorong bapa (berbuat demikian),” katanya yang gagal dihubungi untuk mendapat penjelasan lanjut.
Masyarakat bertanggungjawab cegah pasangan buat dosa
Perunding Motivasi dan Penceramah Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, soal dosa terutama membabitkan isu bersekedudukan bukan perkara peribadi sebaliknya perlu digalas seluruh masyarakat.
“Dulu orang buat dosa diam-diam, tetapi sekarang ramai yang berani berbuat dosa terang-terangan. “Senario sebegini berlaku kerana kebanyakan ahli masyarakat kita hari ini lebih suka memekakkan telinga dan menjaga hal masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin, berhubung tindakan seorang penoreh getah yang bersekedudukan dengan seorang pengawal keselamatan wanita selama tujuh tahun hingga melahirkan tiga zuriat.
Rahsia itu terbongkar selepas bayi lelaki mereka berusia tujuh bulan parah terkena seterika panas ketika pasangan itu bergaduh di rumah mereka di Jasin, Melaka.
Menurut Mohd Zawawi, tindakan bersekedudukan membuktikan kebanyakan pasangan kekasih kini semakin berani berbuat dosa.
“Bila orang ramai hanya bertindak sebagai mata dan telinga, tidak mengambil inisiatif untuk menegur, tak ada perasaan untuk membantu mencegah kemungkaran, menganggap dosa itu sesuatu yang peribadi, maka ia menjadi nanah dalam masyarakat.
“Sebab itu kita katakan masyarakat hari ini kebanyakannya mengalami ‘rabun jauh’...mereka nampak orang berbuat dosa dan maksiat di depan mata, tapi tidak nampak balasan akhirat dan akibatnya pada masa depan,” katanya.
“Manusia berbuat dosa dan bersekedudukan, wajib diselamatkan kerana mereka tergolong dalam orang yang menzalimi diri sendiri. Malah, tolong-menolong bukan setakat suruhan masyarakat, ia dituntut Allah,” katanya.
Raih simpati jual rantai kunci
Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my
michellegun@hmetro.com.my
PUJUK...seorang lelaki warga asing cuba menjual barang hiasan kepada pelanggan di sebuah kedai makan di Bangsar.
Warga asing terbabit termasuk ‘Mat Salih’ yang tidak dikenal pasti status sebenar menyasarkan pelanggan yang menjamu selera di premis makanan kawasan berkenaan untuk meraih simpati dengan menjual barangan mereka.
Malah, ada segelintir mereka ini berlagak seperti orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, meletakkan rantai kunci pelbagai corak berharga RM10 berserta dengan sekeping nota di meja pelanggan.
Tinjauan Harian Metro di sekitar pusat komersial Bangsar mendapati selain orang asing, warga tempatan yang bukan OKU meminta sedekah daripada pelanggan di kedai makan. Wartawan Harian Metro ketika meninjau keadaan dengan menjamu selera di sebuah kedai makan di pusat komersial itu selama sejam didatangi tiga individu warga asing termasuk orang tempatan yang meminta sedekah dan menjual rantai kunci.
Walaupun tiada paksaan untuk menderma, perbuatan individu terbabit mengganggu pelanggan yang mahu menikmati makanan selain menganggap permintaan mereka melampau kerana menganggap jumlah itu banyak.
Pengunjung, Roslan Ahmad, 32, berkata, kehadiran ‘pengemis’ terbabit menyebabkan dia kurang selesa mengunjungi premis makanan di kawasan itu kerana sering didatangi individu yang meminta derma.
“Memang tidak tenteram duduk di kedai makan kerana selepas seorang pergi, menyusul lagi individu lain yang menjual rantai kunci untuk menderma atau meminta sedekah. “Saya tidak pernah memberi wang kepada mereka kerana berasa ragu dengan status OKU mereka,” katanya. Katanya, tindakan warga asing terbabit menimbulkan tanda tanya kenapa mereka perlu meminta derma memandangkan keadaan fizikal segelintir mereka kelihatan sempurna dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
“Saya juga pernah didatangi seorang Mat Salih yang menjual rantai kunci dengan harga RM10 dan dia bukan bisu, malah tubuhnya sihat,” katanya.
“Selain di Bangsar, terdapat beberapa kawasan sekitar ibu kota menjadi tumpuan warga asing menjual barang hiasan dan meminta derma dengan cara seperti ini,” katanya.
Ajal ditimpa dahan pokok
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
Difahamkan, mangsa, Mohamad Ngah, 55, yang masih bujang meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas dahan pokok berkenaan jatuh tepat di atas kepalanya dalam kejadian jam 12.30 tengah malam.
Ketika kejadian, mangsa yang tinggal berdua bersama abangnya, Abd Latiff, 58, di Sungai Lembing, dikatakan membawa 21 pelajar bersama tiga pensyarah Kolej Komuniti Kuantan, di sini, dalam ekspedisi mendaki gunung.
Mangsa turut disertai anak saudaranya, Mohamad Badrol Md Shariff, 36, dikatakan masuk hutan berkenaan jam 8 pagi, kelmarin sebelum mereka bermalam di Base Camp 3 di gunung itu dan dijangka keluar hari ini.
Kejahilan dorong khurafat
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
Menurutnya, kejahilan agama, selain mudah percaya perkara berunsur khurafat dan tahyul menyebabkan mudah diri individu dalam masyarakat terpengaruh dan menggunakan khidmat bomoh, meskipun sedar perbuatan berkenaan tidak diterima akal.
“Sebenarnya orang kita terlalu percayakan pada perkara berunsur khurafat dan tahyul hingga pada satu peringkat mereka tidak percaya pada perubatan Islam, apatah lagi perkara dilakukan sebenarnya tidak boleh diterima kewarasan akal.
“Kalau akal tidak terima apa lagi syariat yang menolak perkara sedemikian. Asas kepada berlakunya perkara ini kerana kejahilan.
“Masyarakat pada hari ini mahu cepat pulih, sedangkan secara logiknya penyakit dihadapi mengambil masa untuk sembuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar ini, Jumaat lalu apabila seorang lelaki kerugian RM100,000 selepas sejumlah barang kemas diserahkannya untuk dijampi ditukar dengan makanan ringan.
Semuanya berlaku akibat percayakan temberang bomoh kononnya mahu menghalau hantu perempuan yang mengganggunya.
Mangsa yang berumur 50-an sebelum itu diberi syarat supaya membuka beg mengandungi barang kemas itu selepas tempoh 21 hari bagi memastikan jampi berkesan, namun dia membukanya cuma empat hari kemudian berikutan curiga kemungkinan ditipu.
Dalam perbualan mereka, wanita berusia 30-an itu mendakwa mangsa kini dalam bahaya akibat diganggu hantu perempuan dan menawarkan diri untuk membantu mangsa kerana jika tidak diubati, nyawa mangsa dalam bahaya.
Berikutan itu, mangsa bersetuju dan mengikut segala syarat ditetapkan suspek iaitu menyerahkan barang kemas serta wang tunai yang dimasukkan ke dalam sebuah beg galas untuk dijampi.
Ahmad Dasuki berkata, tidak salah seseorang itu menggunakan khidmat pengamal perubatan, namun perlu menggunakan kaedah perubatan Islam sebenar.
“Boleh jadi dalam keadaan tertentu, mangsa benar-benar sakit...tetapi dia tersilap berjumpa orang yang sepatutnya mengubati penyakit dihadapi. Bila silap orang, maka dia mudah diambil kesempatan hingga masalah dihadapi menjadi berganda (sakit dan ditipu),” katanya.
Drebar mati sakit jantung
Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, K Muthusamy, 33, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Port Dickson menuju daerah ini.
Sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba diserang penyakit itu lalu menyebabkan kenderaan berat berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sebelum itu menelefonnya dan memberitahu dia sakit dada.
“Saya meminta dia (mangsa) memberhentikan treler di tepi lebuh raya.
“Namun, setibanya di tempat kejadian, saya terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bernyawa dalam kenderaan terbabit,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis yang mengesahkan kejadian mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Remaja mengaku intai isteri jiran
Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.
Curahan simpati
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Terbaru, semalam, keluarga itu dikunjungi 10 ahli Kelab Putera 1Malaysia diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menziarahi mereka di Pangsapuri Polis, Taman Sri Andalas, di sini.
Ahli kelab itu sempat menghabiskan masa setengah jam bertanyakan khabar selain menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Norizan Shahidin, 53, dan anak perempuannya, Khairunnisa, 20, serta anak sulung, Muhd Hafiz, 21.
Abdul Azeez turut menyampaikan sumbangan RM20,000 daripada Najib yang juga penaung kelab kepada Norizan sebagai mengurangkan beban yang ditanggung keluarga itu selepas kematian Mustaghni.
Ditanya sama ada Kelab Putera 1Malaysia akan menghulurkan bantuan lain, Abdul Azeez berkata, beliau ada meninggalkan nombornya untuk dihubungi keluarga Mustaghni jika mereka memerlukan bantuan.
“Kita akan menghulurkan bantuan susulan dengan memanjangkan permohonan atau permintaan kepada pihak berkaitan termasuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri),” katanya, semalam.
Turut melawat keluarga itu, enam ahli Skuad Sayang Umno Bahagian Klang.
Pada masa sama, Abdul Azeez turut menasihati golongan Mat Rempit untuk tidak terbabit dengan kegiatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa.
“Apapun, saya percaya polis akan menjalankan siasatan terbaik dan telus terhadap kes itu serta mengambil tindakan setimpal.
“Namun, kelab ini memang memberi peluang kedua kepada golongan Mat Rempit untuk berubah dan sudah membantu 35,000 Mat Rempit mencari peluang baru dalam kehidupan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, setiap Mat Rempit yang dibantu perlu melalui proses saringan termasuk menghantar nama mereka ke Bukit Aman.
Sementara itu, Norizan berkata, dia perlu tabah dan kuat demi anaknya selepas kematian suami.
Dia terharu dan mengucapkan terima kasih dengan sumbangan diberikan Perdana Menteri menerusi Kelab Putera 1Malaysia, semalam.
Mustaghni, 48, yang berkhidmat di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sejak lima tahun lalu, meninggal dunia jam 11.45 pagi Jumaat lalu ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Kematian Mustaghni selepas selepas lima hari koma akibat parah di kepala dalam operasi cegah lumba haram di Lorong Bunga Raya dekat sini, Ahad lalu, dipercayai selepas terkena lontaran satu objek oleh seorang daripada anggota yang menyertai operasi berkenaan.
Sehubungan itu, seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun direman bermula kelmarin sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Gadis terlanjur dalam dilema
Sebelum kejadian, hampir setiap hari anggota badan saya diraba. Saya tidak melawan kerana amat takut dan dia juga tidak mahu saya memberitahu sesiapa.
Ketika di sekolah menengah, saya dirogol pula empat atau lima lelaki yang tidak dikenali. Perkara itu berlaku ketika menemani kawan ke majlis rumah kawannya.
Rupa-rupanya, kawan saya itu menipu dan sanggup menjadikan saya pemuas nafsu rakan lelakinya. Sejak kejadian itu, saya meminta untuk tinggal bersama emak saudara saya.
Saya fikir boleh mendapat kehidupan baik, tetapi malangnya saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya gelar ‘F’ dan kami pernah terlanjur.
Saya juga pernah terlanjur bersama teman lelaki lain yang saya gelar sebagai J.
Namun, alhamdulillah, saya kini tidak lagi terbabit dalam kancah perzinaan.
Namun pengalaman itu membuatkan saya takut berkawan dengan lelaki. Kini, saya sedang berkawan dengan seorang lelaki, ‘A’ yang berumur 20 tahun.
Kami berkenalan melalui kawan saya. Bagi saya, dia seorang lelaki yang baik dan menghormati saya namun kuat cemburu. Saya menceritakan semua kisah silam saya kepadanya dan dia menerima saya dengan ikhlas.
Dia berjanji akan menjaga saya. Kebetulan juga saya berkenalan dengan seorang duda ‘K’ yang berumur 41 tahun dan mempunyai dua anak.
Setelah sekian lama, baru saya tahu, duda itu abang kepada ‘F’. Sekarang dia sedang menantikan jawapan daripada saya kerana dia ingin menjadikan saya isterinya.
Namun saya buntu sama ada perlu menerima K atau memilih A kerana A sentiasa menyayangi saya. Jika saya berkahwin dengan K, saya dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada F yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap perempuan.
Buat pengetahuan Dr, dua orang anak K kini berada dalam satu rumah dengan F. K pernah memberitahu F pernah melakukan hubungan seks dengan ramai wanita dan salah satu sebab mengapa K bercerai dengan bekas isterinya kerana bekas isterinya itu pernah terlanjur bersama F.
Mana yang perlu saya pilih, K atau A? Bagaimana caranya untuk saya bertaubat?
MIERA,
Kuala Lumpur
MANA-mana orang Islam yang tersalah langkah sehingga melakukan perbuatan yang dilarang Allah seperti zina hendaklah segera ingat kepada Allah dan terus memohon keampunan-Nya, iaitu dengan beristighfar dan bertaubat.
Ini jelas apabila Allah s.w.t berfirman: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji (fahishah), atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka- dan sememangnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Surah Al ‘Imran (3): 135).
Seterusnya Nabi selalu mengucapkan kata-kata istighfar berikut: “Subhana-ka Allahumma wa bi-hamdi-ka Allahumma ‘ghfir-li inna-ka anta al-tawwab al-rahim.”
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian Engkau Ya Allah ampunilah aku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang). Istighfar Nabi bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
Setiap umat Islam amat digalakkan beristighfar seperti yang diamalkan Nabi kita. Sebenarnya beristighfar kepada Allah mempunyai dua tujuan utama, iaitu untuk memohon keampunan Allah daripada dosa dan akibat daripada dosa.
Ia ada hubungan dengan taubat. Kedua, mengharapkan supaya tidak terjerumus dalam dosa sehingga mendapat keredaan Allah dan layak masuk dalam syurga Allah nanti.
Istighfar sebegitu dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan dosa kerana sentiasa mengingati Allah. Taubat bermaksud kembali taat kepada suruhan dan larangan Allah.
Ia hendaklah disertai dengan keazaman yang penuh untuk meninggalkan dosa yang dilakukan. Dengan beristighfar dan bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu.
Itulah yang saudari perlu dilakukan. Sebenarnya apa yang berlaku kepada saudari menunjukkan tiada pembelaan terhadap nasib buruk yang menimpa.
Sepatutnya seorang anak gadis berada di bawah tanggungjawab penjaga atau wali.
Wali utama ialah ibu bapa. Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan maruah diri anak gadis masing-masing.
Sekiranya tidak, tanggungjawab dipikul keluarga terdekat dan akhirnya pihak pemerintah. Apabila seorang wanita berkahwin, beliau berada di bawah tanggungjawab suami.
Dalam kes saudari di atas, perkahwinan sepatutnya disegerakan kerana ia dapat menjaga kebajikan dan maruah diri. Mengenai calon pemilihan suami pula ialah dia hendaklah seorang yang bertanggungjawab, dapat menjaga maruah isteri dan keluarga.
Dalam membuat pilihan antara calon di atas, saudari hendaklah berterus terang menyatakan saudari menerima sesiapa yang lebih serius mengambil saudari sebagai isteri.
Itu dapat dilakukan, seperti meminta calon menghantar pinangan. Lebih baik mempercepatkan perkahwinan supaya tidak berlaku lagi perbuatan maksiat.
Mohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusan perkahwinan dan pemilihan calon terbaik untuk kebaikan semua.
No comments:
Post a Comment