Thursday, May 24, 2012

BILA TAKDIR TELAH DITENTUKAN...BEGITULAH LEMAHNYA MAKHLUK...JANGANLAH KITA BERLAGAK SOMBONG

Kancil berpusing, mangsa tercampak
JULIZA MOHD SAAD
25 Mei 2012
Kancil berpusing, mangsa tercampak
Keadaan kereta kancil yang dipandu oleh Marlisa
KLUANG – Seorang ibu bersama anak bongsu dan adik perempuannya maut, manakala seorang lagi anaknya cedera parah selepas Kancil yang mereka naiki bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit sebelum dirempuh Toyota Hilux berhampiran Ladang Tabung Haji di Kilometer 70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 pagi itu, kenderaan dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian hadapan, malah ada di antara mereka tercampak keluar daripada kenderaan.
Ketua peragut dicekup
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Ketua peragut dicekup
Mohd Mokhtar menunjukkan antara barangan yang dirampas.
JOHOR BAHRU – Hasil penangkapan seorang lelaki yang baru melakukan jenayah ragut di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini 22 Mei lalu membawa kepada penemuan pelbagai barangan curi termasuk 263 karton rokok seludup.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian ragut pada jam 2.30 pagi, Selasa lalu dan bertindak atas maklumat itu, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee, pada hari yang sama.

“Pengadu menyatakan telah diragut dari arah belakang oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika dia sedang berada di Jalan Sutera, Taman Sentosa.

“Ekoran maklumat yang diterima, polis kemudian berjaya menahan lelaki berkenaan di rumah tersebut dan menemui 263 karton rokok seludup, sebuah telefon bimbit, dua motosikal yang dileraikan, dua rangka enjin motosikal dan 76 kotak mercun. “Kita percaya individu yang ditahan ini merupakan ketua kegiatan ragut itu, dan usaha mengesan rakan-rakannya sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis berjaya menahan enam lelaki rakyat Indonesia, Khamis lepas, yang dipercayai terlibat dalam enam kes samun di sekitar daerah Kluang dan Segamat.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan di rumah kongsi di Ladang Bukit Benut, Kluang, kira-kira pukul 3.30 pagi selepas polis bertindak daripada maklumat orang awam.

“Polis merampas tiga parang panjang, sebilah sabit, tujuh telefon bimbit pelbagai jenama dan peralatan pecah rumah termasuk pemutar skru dan sarung tangan dalam serbuan berkenaan,” katanya.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka yang berumur 25 hingga 31 tahun kini direman sehingga 30 Mei depan.

Pemandu Kancil berkenaan, Marlisa Mansor, 25, bersama anak bongsunya, Sharmila Jumadi, dua tahun, dan adik perempuan Marlisa, Mariana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi anak Marlisa, Sofea Balqis, lima tahun, mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kluang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori kelapa sawit yang berusia 44 tahun dan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kluang untuk dibedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Tongkat, petang semalam.

Percubaan Sinar Harian untuk menemubual suami Marlisa, Jumadi Sim, 30-an tidak berjaya kerana dia yang masih terkejut dengan tragedi berkenaan pengsan beberapa kali di Unit Kecemasan, semalam

Dalam pada itu, nenek saudara Marlisa, Sharifah Saad, 62, berkata, sebelum kejadian berlaku, empat beranak itu baru sahaja menghantar adik mereka, Norafidah Mansor, 20-an ke Terminal Bas Kluang kerana adik mereka mahu pulang ke Johor Bahru.

Katanya, Marlisa mempunyai tiga anak dan kesemuanya perempuan namun sewaktu kejadian, anak sulung Marlisa, Sofea Ameera Jumadi, tujuh tahun, tidak mengikutnya kerana pergi ke sekolah.

“Setahu saya, sebelum menghantar adik mereka, Marlisa dan Mariana baru sahaja habis kerja syif malam di sebuah kilang elektronik di Bandar Tenggara. Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku sehingga meragut nyawa mereka.

“Kali terakhir berjumpa mereka adalah sebulan lalu kerana saya jarang berjumpa dengan Marlisa disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, siasatan awal mendapati Kancil dipandu Marlisa yang dalam perjalanan dari Kluang ke Kota Tinggi cuba memotong Toyota Hilux berkenaan, namun tidak menyangka tiba-tiba lori membawa muatan kelapa sawit muncul dari arah bertentangan lalu bertembung.

Beliau berkata, selepas pertembungan itu, Kancil terbabit merempuh Toyota Hilux sehingga menyebabkannya remuk teruk di bahagian kanan.

Abdul Majid berkata, ketiga- tiga mangsa yang meninggal dunia itu berasal dari Felda Bukit Tongkat.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kemalangan tersebut,” katanya.
Duit kahwin adik kena kebas
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2012
Duit kahwin adik kena kebas
Dari kiri: Melissa dan Mohd Tajudin bersama Kong Meng (empat, kiri) serta anggota polis yang lain ketiga program polis bersama Rapid Penang mencegah jenayah penyeluk saku
GEORGETOWN - Seorang abang hanya mampu menepuk dahi apabila duit persiapan perkahwinan milik adiknya lesap dalam bas Rapid Penang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, daripada laporan yang dibuat beliau mendakwa wang berkenaan hilang setelah diambil oleh sekumpulan warga asing disyaki penyeluk saku dalam bas yang sama.

Menurutnya, pada mula sekumpulan lelaki itu mencurahkan air di tempat duduk mangsa dan menyuruh bertukar tempat duduk, tetapi mangsa enggan.

“Setelah turun dari bas mendapati semua wang dalam poket hilang, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus.

“Kes ini disiasat atas kesalahan menyeluk saku mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Pencegahan Jenayah Walkabout High Profile Policing di Terminal Bas Komtar bersama kakitangan Rapid Penang.

Hadir sama, Ketua Komersial dan Komunikasi Rapid Penang, Melissa Sandhu dan Pengurus Komersial dan Komunikasi, Mohd Tajudin Mohd Kassim.

Terdahulu akhbar melaporkan seorang penumpang bas, Ronson Chew Boon Hock, 29, mendakwa wang dalam milikannya hilang setelah adanya penyeluk saku di dalam bas.

Dalam masa yang sama lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu juga mendakwa dirinya dikasari pencuri berkenaan.

Setelah membuat laporan polis, mangsa juga menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koid Teng Hai bagi membuat kenyataan media berikutan mahu sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam bas Rapid Penang.

Kong Meng berkata, sehingga kini sudah terdapat enam laporan polis mengenai kes penyeluk saku dalam bas antaranya di Air Itam, Tanjung Tokong dan juga Pulau Tikus.

Menurutnya, pihak polis akan menugaskan anggotanya untuk menaiki bas bagi mencegah kejadian itu.

“Tidak kira jawatan apa sekalipun ataupun dari cawangan mana-mana, kita akan naik bas sekali sekala bersama penumpang lain,” katanya.

Bagi kes berkenaan, pihaknya masih menyiasat sama ada adakah ia kegiatan sindiket penyeluk saku dalam bas ataupun tidak.

“Kita masih siasat dan akan menyelesaikannya, kerana ia semakin popular,” katanya.
Bekas pekerja am MPSPK maut akibat renjatan elektrik

24 Mei 2012
SUNGAI PETANI - Seorang bekas pekerja am Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) maut setelah terkena renjatan elektrik  di rumahnya di Kampung Telok, Sungai Layar dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa, Arshad Yusop, 54, dikatakan sedang membaiki bot di halaman rumahnya.

Ketika kejadian, Arshad yang mengambil upah memasang lantai bot fiber bersendirian manakala ahli keluarganya ke pasar.

Isterinya, Robeah Ahmad, 52, berkata, dia menyedari kejadian selepas pulang dari pasar pagi bersama anak bongsunya kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Pada mulanya, saya tak perasan dan terus masuk ke dapur kerana ingatkan arwah sedang berehat. Namun, saya kemudian dipanggil oleh anak.
     
"Semasa saya keluar tengok, suami saya berada dalam keadaan tersandar pada dinding (bot) dan peralatan elektrik dalam keadaan berselerak," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Robeah berkata dia dan anak bongsunya daripada empat beradik cuba memanggil mangsa berkali-kali tetapi tidak disapa.

Katanya hairan dengan sikap mangsa, dia kemudian meminta jiran untuk datang membantu.

"Namun, apabila ditarik keluar (dari dalam bot), suami saya didapati sudah tidak bernyawa lagi," katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him dekat sini.- Bernama
Anggota bomba maut lepas balik memancing
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Anggota bomba maut lepas balik memancing
Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Selatan, Inspektor
Mohd Radzy Rasul melihat motosikal mangsa yang remuk di bahagian hadapan.
NIBONG TEBAL – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal maut dalam kemalangan jalan raya dekat Jalan Bukit Panchor, berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdul Rahman, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, ketika mangsa, Khairul Maizi Sharif, 41, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Cenderawasih dari memancing dengan menunggang motosikal, sebelum dipercayai keluar semula untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya, lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Akibatnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan itu maut serta-merta di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa yang berasal dari Langkap, Perak itu dipercayai terbabas ke kiri jalan terlebih dahulu sebelum melanggar pokok yang berada di tepi jalan itu.

“Mangsa meninggal dunia sejurus kemudian akibat kecederaan parah yang dialami.

“Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa terbabas dan tidak melibatkan kenderaan lain. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang terlihat akan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Penganggur bersalah bunuh dua beranak tiga tahun lalu
ADILA SHARINNI WAHID
25 Mei 2012
Penganggur didapati bersalah bunuh dua beranak tiga tahun lalu
Mazdi yang diiringi polis keluar dari mahkamah selepas dijajatuhi dihukum gantung sampai mati.
KOTA BHARU - Hayat seorang penganggur yang didakwa membunuh kejam dua beranak di Kampung Sireh, tiga tahun lalu, berakhir di tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mendapati dia bersalah melakukan pembunuhan pada pagi 30 September 2009.

Setelah tiga tahun melalui perbicaraan, Hakim Azman Abdullah akhirnya keputusan itu ke atas Mazdi Muhammad, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa membunuh seorang suri rumah warga Thailand, Maena Ya, 36, dan anak wanita itu, Nurasyiken yang berusia setahun, pada jam 2.30 pagi di rumah tidak bernombor di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini, tarikh berkenaan.

Keputusan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebelum keputusan dibuat, peguam bela, Ahmad Nizam Muhamad memohon mahkamah mempertimbangkan faktor umur tertuduh yang masih muda.

“Tertuduh adalah bekas penagih dadah dan belum berkahwin serta masih tinggal bersama ibunya,” katanya.

Hakim Azman bagaimanapun menegaskan tidak ada hukuman lain selain gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian muka dan dada disebabkan tetakan bertubi-tubi menggunakan senjata tajam.

Nurasyiken maut di tempat kejadian manakala Maena pula meninggal dunia pada jam 6.45 pagi selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Ketika kejadian, dua beranak itu berada di rumah mereka manakala suaminya berada di Terengganu kerana menjalankan urusan pekerjaan.

Mazdi yang menyembunyikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sekitar daerah ini empat hari kemudian.
Pemuda tenat ditikam, ditetak
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
25 Mei 2012
Pemuda tenat ditikam, ditetak
Mazlan bertanyakan khabar kepada salah seorang peminta sedekah di Pasar Mingguan Pasir Puteh semasa Program Walkabout.
PASIR PUTEH - Hasrat seorang pemuda untuk meminta pertolongan daripada peniaga kedai runcit tidak kesampaian apabila dia kini tenat akibat ditikam dan ditetak oleh dua lelaki di Cabang Empat Cherang, Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian yang berlaku pada jam 10 malam pada Selasa lalu menyebabkan mangsa yang berumur 27 tahun berasal dari Kota Bharu kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

”Ketika kejadian mangsa dikatakan lari masuk ke sebuah kedai runcit milik peniaga Cina untuk meminta bantu akibat dikejar dua suspek menggunakan parang dan pisau.

”Belum sempat mangsa meminta pertolongan dua suspek itu terus menikam dan menetak mangsa di kepala, perut dan peha kanan sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Sebelum itu Mazlan bersama anggotanya mengadakan Program Walkabout di Pasar Mingguan di sini, dalam usaha mendekati orang ramai.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah kedai roti kini dirawat di HUSM dan masih dalam keadaan tenat.

Mazlan berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui motif kepada kejadian itu berlaku sehingga hampir meragut nyawa.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mencedera parahkan seseorang dengan senjata hingga maut.

”Kami merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat untuk membantu polis bagi mengesan kedua-dua suspek iaitu lelaki berumur 20an.

”Hanya mangsa sahaja tahu tentang kejadian itu kerana ahli keluarganya juga tidak mengetahui motif kejadian tetapi mangsa masih tenat dan tidak boleh diganggu,” katanya.
Orang Asli ditemui mati
ALAUDIN MA
24 Mei 2012
Orang Asli ditemui mati
Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HGM.
GUA MUSANG - Seorang lelaki penduduk Orang Asli yang hilang dihanyutkan arus Sungai Brooke, di Lojing, dekat sini, ditemui mati lemas pasukan penyelamat petang kelmarin.

Mayat Nasir Harun, 30, yang berasal dari Kampung Kuala Renggit, Lojing itu dijumpai terapung tersekat batu besar di tengah sungai tersebut kira-kira jam 12.39 perang sejauh dua kilometer daripada tempat dia terjatuh.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sebelum kejadian pada pagi 16 Mei lalu mangsa dikatakan berjalan bersama empat rakan yang lain di tepi sungai itu untuk menjala ikan.

Beliau berkata, mangsa tiba-tiba tergelincir kaki sebelum terjatuh ke dalam sungai itu dan hilang dihanyutkan arus sungai deras menyebabkan rakanya gagal menyelamatkan.

“Mangsa dikatakan keluar rumah sejak 8.30 pagi lagi pada hari kejadian dan selepas kehilangan itu rakan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.

Saiful Bahri berkata, apabila pihaknya menerima aduan itu dengan segera mengerahkan sepasukan anggota polis bersama Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan pasukan penyelamat itu dengan bantuan penduduk kampung gagal menemui mangsa pada hari tersebut sebelum diteruskan gerakan mencari pada keesokan hari.

Katanya, selepas beberapa hari melakukan gerakan mencari mangsa yang hilang itu, petang kelmarin baru pasukan penyelamat itu menemui mangsa yang berkenaan bengkak tersekat dibatu di tengah sungai tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Guru lapan beranak disamun empat lelaki bertopeng
RUBIAH OMAR
25 Mei 2012
Guru lapan beranak disamun empat lelaki bertopeng
Mohd Syahrizul menunjukkan dawai pagar yang digunakan penyamun mengikat mereka lapan beranak, semalam.
KUALA TERENGGANU - Lapan beranak menempuh detik mencemaskan apabila diikat dan diugut dengan kayu yang dipenuhi paku serta paip besi oleh empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka dalam satu kejadian samun di Kampung Lapang Sira, Kuala Belara, Manir, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa, Zainabon Mat Diah, 54, sedang lena tidur bersama tiga anaknya di ruang tamu sebelum dikejutkan empat penyamun berkenaan dipercayai menceroboh masuk rumah terbabit melalui pintu belakang.

Menceritakan kejadian, ibu tunggal kepada lapan anak itu berkata, sejurus terkejut daripada tidur, dia ternampak empat lembaga hitam berdiri di hujung kepalanya sambil masing-masing memegang sebatang kayu dan sebatang paip besi.

“Salah seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan membuat bising dan akan mengeluarkan pisau jika saya melawan sebelum mengikat kedua belah tangan kami dengan menggunakan dawai pagar rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Zainabon yang juga seorang guru berkata, salah seorang suspek telah memaksa anak keenamnya, Mohd Syahrizul Chik, 24, untuk menunjukkan bilik yang masih dihuni oleh ahli keluarganya dengan keadaan kedua-dua belah tangan diikat di belakang.

"Kami takut, hanya ikut arahan"

“Disebabkan ketakutan, kamihanya mengikut sahaja arahan mereka dan anak saya terus membawa dua daripada suspek naik ke tingkat atas untuk mengejutkan empat lagi adik beradiknya yang tidur di dalam bilik.“Ketika itu, kami langsung tidak melawan, malah untuk bersuara pun kami tidak mampu kerana mereka sentiasa mengacukan senjata yang dipegang ke arah kami,” katanya.

Katanya, selepas mereka dikumpulkan di ruang tamu, keempat-empat suspek mula menggeledah rumah terbabit dan berjaya melarikan barangan kemas termasuk tiga utas gelang, seutas rantai, lapan keping jokong emas, wang tunai berjumlah RM3,500 dan lima telefon bimbit yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM50,000.

“Semasa menggeledah beg tangan saya dan mengambil duit gaji yang baru dikeluarkan sebelum itu, salah seorang berkata yang mereka semua tidak makan seminggu disebabkan tiada duit. “Tiga daripada mereka menggunakan dialek Indonesia manakala seorang lagi saya tidak tahu kerana dia bercakap dialek campur-campur,” katanya.

"Anak minta longgarkan ikatan saya"

Zainabon berkata, setelah mendapat apa yang dikehendaki, salah seorang suspek memaksa kami menyerahkan dua kunci motosikal sebelum melarikan diri dengan motosikal berkenaan.

“Sejurus mereka beredar, saya berjaya membukakan ikatan kerana sebelum itu salah seorang daripada anak saya merayu agar melonggarkan ikatan di tangan saya kerana memberitahu saya sudah tua dan ada penyakit kencing manis.

“Walaupun kami tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian ini masih menjadi ‘igauan ngeri’ buat kami sekeluarga,” katanya.
Warga emas ditemui mati
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2012
BANDAR BENTONG – Seorang warga emas ditemui mati di sebuah apartmen di Genting Highlands, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, mangsa berusia 60 tahun dikatakan tidak keluar dari apartmennya selama beberapa hari menyebabkan orang awam mensyaki sesuatu berlaku.

Menurutnya, laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang dan kemudiannya polis bersama orang awam bertindak memecahkan pintu selepas panggilan mereka tidak disahut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dengan keadaan menahan kesakitan di atas katil biliknya.

“Mayat dibawa ke Hospital Bentong dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat serangan jantung. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Dua pencuri besi kantoi
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2012
Dua pencuri besi kantoi
Rakaman CCTV menunjukkan dua individu dipercayai sedang mencuri besi penutup longkang di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk Bahaman pada malam 22 Mei lalu.
BANDAR TEMERLOH – Peniaga di bandar ini melahirkan rasa bimbang dengan kegiatan curi penutup longkang yang semakin berleluasa.

Kejadian terbaru pada 22 Mei lalu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis perniagaan di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk Bahaman, di mana lebih 20 besi penutup longkang dilaporkan hilang.

Seorang peniaga, Chong Chin Wah berkata, kejadian terbaru itu berlaku sekitar jam 8 hingga 9 malam ketika keadaan di belakang premis pernigaan di kawasan  terbabit mulai lengang.

Menurutnya, ramai peniaga di situ tidak menyedari kegiatan jenayah itu berlaku berhampiran premis mereka sehinggalah diberitahu beberapa peniaga lain keesokan harinya.

“Saya tidak pasti mengenai kejadian itu, tetapi ada rakan saya menunjukkan rakaman CCTV. Ada dua individu yang terlibat dan mereka naik kereta Proton Wira.

“Seorang menunggu di dalam kereta sambil rakannya mencungkil besi penutup longkang di belakang premis terbabit,” katanya.

Chin Wah berkata, laporan polis sudah dibuat dan peniaga berharap mereka yang terlibat ditangkap segera kerana menyusahkan banyak pihak.

Katanya, sesetengah peniaga terpaksa menampal dengan simen setiap besi penutup longkang supaya lebih selamat.

“Besi penutup longkang yang dijual kepada pembeli besi buruk mempunyai nilai yang tinggi kerana kualiti dan berat barangan itu.

“Tidak hairanlah kenapa terlalu banyak kes kecurian berlaku dalam kawasan perumahan, taman rekreasi dan premis perniagaan kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan kepada si pencuri,” katanya
Pengantin baru kesal tiada pertolongan ketika bergelut dengan peragut
IZWAN ROZLIN
25 Mei 2012
Pengantin baru kesal tiada pertolongan diberi ketika diri bergelut dengan peragut
Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku.
PETALING JAYA – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut.

Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D’Putra, Kelana Jaya dekat sini.

“Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku.

“Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan.

“Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu.

"Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya.
Pengurus maut motor terbabas
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2012
KLANG UTARA - Pengurus sebuah syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dan terseret di atas pengadang jalan di Kilometer (km) 12.3 Lebuhraya Baru Selat Klang Utara arah Shah Alam, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 9.33 pagi itu, mangsa, K Suresh, 33, dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pelabuhan Klang menghala kediamannya.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal lalu terbabas.

“Motosikal mangsa terbalik, sementara mangsa terseret di atas pengadang jalan hingga mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada empat beradik itu dihantar ke bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ.
Maut langgar pintu kereta
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya melanggar pintu sebuah kenderaan sebelum tercampak ke jalan dalam kejadian di pekan Mantin, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Lee Kim Choon @ Lee King Leong, 73, yang menunggang motosikal jenis Honda C70 secara bersendirian dipercayai dalam perjalanan ke kedai runcitnya di pekan Mantin.

Jurucakap polis berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tidak sedar pintu kenderaan terbabit terbuka lalu melanggarnya.

“Berdasarkan siasatan awal kenderaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran negara jiran itu berhenti di bahu jalan sebelum pemandunya membuka pintu.

“Mangsa mungkin tidak sedar menyebabkannya dia melanggar pintu kenderaan berkenaan lalu tercampak atas jalan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menangis rayu jiran pulangkan barangan kemas
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Menangis rayu jiran pulangkan barangan kemas
Barangan kemas yang dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.
LUBUK CHINA – Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an terpaksa merayu dan menangis di hadapan jirannya sendiri, seorang wanita bujang berusia penghujung 40-an untuk memulangkan kembali kalung emas dan satu set subang miliknya, kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Megala dan ibunya, Mala, 48, hanya menyedari barangan kemas berkenaan hilang dari tempatnya setelah pulang ke rumah dan mendapati pintu belakang rumah terbuka.
Mala berkata, keadaan bilik anaknya juga berselerak sebelum mendapati hanya barangan kemas milik Megala sahaja yang hilang.

Malah katanya, di bahagian pintu belakang rumah yang terbuka juga jelas kelihatan kesan umpilan dan dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Saya kemudiannya menerima maklumat daripada pihak polis untuk melihat salah seorang jiran mereka bagi mengenal pasti sama ada barangan kemas yang hilang berada padanya.
"Sebaik menemui jiran yang dikatakan pihak polis, saya terperanjat melihat suspek memakai barangan kemas berkenaan dan bertindak meminta suspek memulangkan kembali barangannya itu sambil menangis," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Katanya, walaupun merayu dan menangis di hadapan suspek yang kurang sihat mentalnya, mangsa masih belum berjaya memujuk suspek untuk memulangkan barang kemas berkenaan kerana suspek mahu ayah mangsa membeli barangan kemas terbabit datang mengambilnya dan membayar sebanyak RM500.
“Mangsa akhirnya pulang ke rumah dan menunggu bantuan polis. Akhirnya barangan kemas berkenaan dipulangkan kembali dan kes Barangan kemas yang dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.
“Mujur ada jiran lain yang prihatin dan sedar suspek berada di bahagian belakang rumah serta memberikan maklumat berharga berkenaan kepada pihak polis sekali gus menyelesaikan kes dengan cepat," katanya.
Pukul kepala guna tukul besi
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2012
Pukul kepala guna tukul besi
Faridah (kiri) berlumuran darah akibat kejadian berkenaan sementara Ilia Dalila (tengah) masih ketakutan dan ditenangkan seorang ahli keluarga
SUNGAI SIPUT - Jeritan seorang anak berjaya menyelamatkan ibunya yang cedera parah pada bahagian kepala akibat dipukul menggunakan tukul besi dalam cubaan samun sebuah kedai pakaian di Jalan Lintang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 7.40 petang dan mangsa, Faridah Pahim, 48, merupakan pemilik kedai pakaian itu.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa ditemani anaknya, Ilia Dalila Ismail, 22 di premis berkenaan dan telah dikunjungi sepasang kekasih (suspek) yang berpura-pura ingin membeli pakaian.

"Suspek merupakan lelaki berusia 38 tahun bersama pasangannya, seorang wanita berusia 40 tahun mengaburi mata mangsa dengan menyamar sebagai pelanggan.

"Selepas beberapa minit membelek pakaian, suspek lelaki telah bertindak ganas dengan memukul kepala mangsa dengan tukul besi dan mengugut mangsa untuk menyerahkan wang," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, suspek bagaimanapun tidak sempat meneruskan niat mereka apabila jeritan mangsa didengari anaknya yang telah berlari keluar kedai untuk meminta pertolongan selepas melihat keadaan mangsa berlumuran darah.

"Walaupun ketakutan dan panik, tindakan anak mangsa telah menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira warna putih tanpa sempat melarikan wang atau lain-lain barangan.

"Anak mangsa juga sempat mencatatkan nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek yang dapat membantu penangkapan suspek, selain daripada maklumat dari orang awam," katanya.

Azman memaklumkan, kedua-dua suspek berjaya diberkas polis di sebuah restoran yang berjarak kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan dalam kereta, polis turut menemui perkakas yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

"Siasatan mendapati suspek lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur, mempunyai 13 rekod kesalahan lampau termasuk rogol, samun, penyalahgunaan dadah, pukul dan empat kali dibuang daerah.

Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah.

"Suspek wanita pula berasal dari Kampung Simee, Ipoh, didapati bebas dari pengaruh dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau," katanya.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan dan kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut atas kesalahan melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.
Dua sepupu maut dirempuh
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Azizah (tengah) yang masih bersedih ditenangkan oleh ahli keluarga.
Azizah (tengah) yang masih bersedih ditenangkan oleh ahli keluarga.
GERIK - Sepasang sepupu, Mohd Asraf Badrul Hisham, 13, dan Muhammad Azrai Mustakim Sazali, 15, maut selepas basikal yang mereka tunggangi dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara di Kilometer 102.4 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Abdul Manab Baharum berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.50 petang di kawasan Kampung Kerunai, di sini.

Menurut beliau, seorang lagi kanak-kanak, Mohd Iqbal Ahmad, 12 mengalami kecederaan dalam kejadian sama.

"Kedua-dua mangsa bersama seorang rakan mereka dipercayai sedang dalam perjalanan ke Cyber Cafe ketika basikal mereka dirempuh dari arah belakang oleh kereta berkenaan, menyebabkan ketiga-tiga mereka terpelanting di tengah jalan.

"Siasatan awal mendapati,punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu.

Namun siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Manab memaklumkan, kereta terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang turut membawa dua lelaki warga Thailand dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu.

Katanya, sebelum merempuh basikal berkenaan, kereta itu terlebih dahulu terbabas ke sebelah kiri jalan sehingga menaiki kaki lima jalan.

"Semasa kejadian, Muhammad Azrai mengayuh basikal dengan Mohd Asraf membonceng di belakang, sementara Mohd Iqbal menunggang sebuah basikal lain.

"Dua mangsa yang maut merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Wan Muhamad, manakala Mohd Iqbal merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kerunai,"katanya.

Tambah beliau, Mohd Asraf meninggal dunia di Hospital Gerik akibat patah leher manakala meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sementara itu, nenek kepada kedua-dua mangsa, azizah Taib, 70 terkejut dengan kejadian berkenaan dan menceritakan, Muhammad Azrai begitu berselera menjamah hidangan makan tengah hari sebelum kejadian.

"Dia baru pulang dari sekolah ketika itu dan makan dengan agak banyak sebelum keluar bersama rakan ke Cyber Cafe.

"Saya sempat memberikannya wang RM2. Muhammad Azrai memang manja dengan saya sejak tinggal bersama kami tiga tahun lalu selepas dia enggan tinggal bersama ibunya di Petaling Jaya," katanya.

Ibu kepada Mohd Asraf, Mariza Yahya, 41 memaklumkan, kelakuan anaknya agak pelik sebelum kejadian termasuk meminta kakaknya memeluknya untuk kali terakhir.

"Saya tidak sangka perubahan itu menandakan pemergiannya. Saya juga sempat membelikannya dua helai baju bola setelah dia meintanya beberapa kali dan dia juga hanya mahu berkawan dengan Muhammad Azrai," katanya.

Mohd Iqbal masih dirawat di HRPB dalam keadaan stabil, manakala dua mangsa terbabit telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerunai.
Tauke kilang aluminium maut
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Tauke kilang aluminium maut
Anggota Forensik tiba di lokasi kejadian untuk memulakan penyiasatan.
HILIR PERAK - Tidak tahu apa motif kejadian, seorang pemilik kilang berasaskan aluminium maut apabila ditembak di bahagian belakang kepala dalam satu kejadian, petang semalam, di Batu 3, Off Jalan Maharajalela, di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Lee Teck Yee, 59, maut di pejabatnya setelah terkena satu das tembakan yang dilepas salah seorang daripada tiga lelaki yang dikatakan mahu membeli barangan di kilang mangsa.
Menurutnya, sebelum itu, pada jam 12.30 tengah hari, semalam, tiga lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja berhenti di hadapan kilang aluminium milik mangsa di Batu 3, Off Jalan Maharajalela.

"Dua daripada mereka turun dari kereta mengatakan mahu membeli barangan berasas aluminium dan berhasrat mahu berjumpa dengan mangsa namun, pekerja mangsa mengatakan majikannya tiada di pejabat selain meminta dua lelaki ini datang semula.
"Kira-kira jam 2.40 petang hari yang sama, ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna perak datang semula dan berjumpa dengan mangsa yang kebetulan ada di kilang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Kok Liang berkata, dua daripada mereka berusia lingkungan 30-an turun dan menuju ke pejabat mangsa manakala pemandu masih di dalam kereta.
"Lebih kurang seminit kemudian, pemandu ini turun dan pergi ke pejabat mangsa.

“Selang beberapa minit kemudian, satu das tembakan dipercayai dilepaskan oleh salah seorang lelaki yang mengenai bahagian belakang telinga mangsa,” katanya.

Katanya, kesemua lelaki itu kemudiannya melarikan diri secara tergesa-gesa dengan menggunakan kereta jenis Proton Waja itu ke arah yang tidak dapat dipastikan.

Tambahnya, mangsa yang mempunyai seorang isteri dan empat anak, terjatuh daripada kerusi dalam keadaan terlentang di atas lantai pejabatnya.

"Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Lesap RM15,230 gara-gara terpedaya janji manis
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
Lesap RM15,230 gara-gara terpedaya janji manis
Kok Liang bersama pegawainya menunjukkan gambar suspek didakwa
dalang sindiket penipuan.
TELUK INTAN - Gara-gara terpedaya dengan janji manis lelaki yang baru dikenali menerusi agensi mencari jodoh, seorang gadis berusia 32 tahun mengalami kerugian RM15,230.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga seorang peniaga di pekan Teluk Intan telah mendaftarkan diri dalam agensi mencari jodoh di Batu Caves, Selangor, pada bulan Mac lalu.

Menurutnya, pada 14 April lalu, mangsa mendapat panggilan menggunakan nombor luar negara daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Darick berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki itu memberitahu mangsa bahawa dia mendapat nombornya daripada agensi mencari jodoh di Batu Caves, Selangor dan mengatakan dia berasal serta tinggal di Amerika Syarikat.

“Sejak hari itu, mangsa berhubung dengan lelaki yang mendakwa berketururnan India menggunakan telefon dan laman sosial selain bertukar- tukar gambar sesama mereka.

Lelaki itu turut menabur janji manis mengatakan dia ingin berkahwin dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang menambah, lelaki itu juga berjanji akan mengirimkan set barang kemas, dua pasang gaun dan lain-lain untuk wanita itu menggunakan perkhidmatan kurier.

Menurutnya, pada 18 Mei lalu, mangsa menerima panggilan daripada satu syarikat kurier dari Kota Kinabalu, Sabah mengatakan barang yang dikirimkan lelaki itu telah sampai.

"Pekerja syarikat kurier yang dikenali sebagai Hasnah mengatakan mangsa perlu membayar sejumlah wang RM4850 untuk mendapat barangan itu.

"Mempercayai dengan apa yang dikatakan oleh pekerja itu, mangsa memasukkan duit ke akuan pada hari yang sama," katanya.

Menurutnya, selang beberapa hari kemudian, mangsa menerima satu panggilan daripada syarikat kurier sama mengatakan dia perlu membayar wang dalam mata wang USD dan bukan dalam Ringgit Malaysia.

“Terpedaya dengan katakata pekerja yang dikenali sebagai B Patma Dewi, mangsa terus memasukkan wang berjumlah RM10,380 pada hari sama dan pekerja tersebut mengatakan barangan itu akan dihantar pada 21 Mei lalu.

“Namun, selang beberapa hari kemudian, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada pekerja syarikat kurier mengata barangan yang dihantar ditahan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kerana bungkusan mengandungi barangan kemas,” katanya.

Katanya, pekerja itu juga meminta mangsa untuk membayar RM18,500 untuk memastikan barangan berkenaan dapat dihantar.

"Mangsa mula menyedari menjadi mangsa sindiket penipuan, dia enggan membayar jumlah wang itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, kelmarin.

"Kita percaya ada sindiket penipuan dijalankan di antara lelaki itu dan dua pekerja syarikat kurier. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment