Dibelasah gadis samseng
Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.
Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.
“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.
“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.
Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.
Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.
Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.
Pemilik kilang mati ditembak ‘pelanggan’
Dalam kejadian jam 2.40 jam petang itu, mangsa, Lee Teck Yee, 59, ditemui terbaring di lantai pejabatnya oleh pekerja selepas terdengar letupan senjata api di kilang mangsa di Batu 3, Jalan Maharajalela, di sini.
Kumpulan tiga penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan ke kilang itu sekitar jam 12.30 tengah hari, menyamar sebagai pelanggan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, tiga lelaki menaiki kereta datang ke kilang berkenaan dengan berpura-pura kononnya mahu membuat tempahan peralatan daripada aluminium sebelum beredar.
“Suspek datang kembali ke kilang itu dua jam kemudian dengan dua daripadanya turun daripada kereta berbincang mengenai tempahan itu dalam pejabat mangsa.
“Seorang suspek yang berada dalam kereta keluar dan ke pejabat mangsa menembaknya. Penjenayah melarikan diri ke Simpang Empat di sini,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan K Balakrishnan di talian 05-6299222.
Pitam anak mandi darah
Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Walaupun takut melihat darah bercucuran dari kepalanya, saya kuatkan semangat mengangkat dan membawanya ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan,” kata Asmah Lokman, 41, menceritakan detik cemas selepas anaknya, Mohd Syafiq Naim Mustakin Saifudin, 10, terjatuh dari tingkat atas rumah kakaknya di Kampung Jelang, Hulu Terengganu, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kua, Kuala Berang itu dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika bermain bersama kakak dan sepupunya di beranda tingkat atas rumah dua tingkat milik ibu saudaranya itu.
Kakak mangsa, Nor Diana, 13, dikatakan cuba mencapai tangan adiknya, tetapi gagal kerana kejadian berlaku terlalu pantas.
Asmah ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia tidak boleh melupakan kejadian yang hampir meragut nyawa anak bongsunya itu.
Persembahan tanpa henti Fareez babit 120 lagu
Menurutnya, persembahan yang bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam itu membabitkan empat pentas utama di tapak karnival itu. “Saya sudah melakukan persediaan bagi memastikan setiap persembahan nanti berjalan lancar. Persediaan ini termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan iaitu pemakanan bagi memastikan saya dapat melakukan persembahan dengan baik,” katanya ketika ditemui semalam.
Fareez berkata, dia mengadakan persembahan itu bagi menghiburkan pengunjung ke karnival berkenaan, malah dalam masa sama mengimbas kembali zaman kegemilangannya sejak menceburi bidang hiburan 22 tahun lalu.
“Saya menjanjikan persembahan terbaik buat peminat. Semua yang mahu mendengar kembali lagu yang pernah dipopularkan kumpulan AXL suatu ketika dulu boleh datang,” katanya.
‘Dalam sedih saya lega...’
Oleh Yahya Awang
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Jenazah Nur Afifah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5 petang kelmarin, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayah, Asam Kumbang, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam, selepas disembahyangkan di Masjid Hidayah di sini. Jenazah pelajar tingkatan empat itu disemadikan segera berikutan lebih dua minggu ditahan di Lombok berikutan masalah perundangan.
Hasliza berkata, dia lega kerana jenazah anaknya itu akhirnya berjaya dibawa pulang hasil usaha Ketua Umno Bahagian Taiping yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, yang menanggung kos perbelanjaan.
“Saya menatap wajah adik (Afifah). Saya reda dengan takdir, tetapi semua sudah ditakdirkan. Sekurang-kurangnya kami boleh menziarah kuburnya di sini,” katanya.
Hasliza berharap kejadian yang menimpa anaknya itu dijadikan pengajaran dan ingatan kepada orang lain supaya berhati-hati dengan lelaki warga asing, terutama dari Lombok.
Warga emas mengaku noda ubah pengakuan
Mustapa Mohd Amin yang berasal dari Perling di sini, menukar pengakuan kepada tidak bersalah itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Pengakuan terbabit menimbulkan kejutan kerana warga emas itu pada awalnya mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan ketika pendakwaan terhadapnya dilakukan pada Jumaat lalu di depan Hakim Zamri Bakar di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru berikutan tertuduh mendapatkan rawatan asma.
Zamri yang mendengar pengakuan Mustapa kemudian meminta tertuduh melantik peguam bela.
Zamri turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Beliau kemudian menetapkan 13 hingga 20 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan.
Pekerja Bangladesh perkosa remaja dijel 10 tahun, 3 sebatan
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Jasim Kuddus, 26 selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Slamat dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh bahawa dia tidak melakukan perbuatan rogol itu.
Katanya, pihak pembelaan juga tidak dapat mengemukakan alibi untuk menyokong penafiannya.
Sepanjang perbicaraan, sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Jasim didakwa merogol mangsa yang juga pembantu kedai di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor kira-kira 1.30 tengah hari, pada 19 November 2010.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Gurmit Singh Hullon yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya ditahan reman sejak ditangkap pada 25 November 2010.
Katanya, anak guamnya memohon peluang untuk menerima hukuman ringan supaya dapat menjalani hidup baru bersama keluarga di negara asalnya.
“Tertuduh juga sudah memohon maaf terhadap mangsa dan keluarganya atas perbuatannya,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kekerasan dialami mangsa pada masa kejadian.
Selain itu katanya, ia bagi melindungi kepentingan awam terutama dengan peningkatan kes rogol yang kerap dilaporkan menerusi media.
“Sebagai warga Bangladesh, tertuduh datang ke negara ini untuk mencari rezeki, sebaliknya mencabuli undang-undang dengan merogol mangsa,” katanya.
Pendatang ugut terjun bumbung
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PUJUK...lelaki terbabit ditenangkan isterinya.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pihak imigresen terpaksa menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi memasang tilam angin untuk mengelak lelaki berusia 42 tahun itu cedera selepas cubaan memujuknya, gagal. Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki terbabit lembut hati selepas berjaya dipujuk isterinya, dua jam kemudian. Katanya, sebelum kejadian pihak imigresen membuat pemeriksaan ke atas rumah lelaki terbabit dan sejurus menyedari pihak berkuasa itu membuat pemeriksaan di rumahnya, dia bangun dan melompat ke atas atap rumah jirannya mengelak dirinya daripada dicekup.
Othman berkata, sebaik saja pihak imigresen naik ke atas bumbung lelaki itu mengugut pegawai imigresen supaya tidak mendekatinya.
“Sebaik mendengar ugutan itu, pihak imigresen cuba menenangkannya dan memintanya supaya menyerahkan diri, tetapi lelaki itu enggan bekerjasama.
“Selepas hampir dua jam, pihak imigresen berjaya memujuk lelaki terbabit dengan bantuan isterinya sebelum dia menyerah diri,” katanya.
Dalam operasi itu, Othman berkata, seramai 22 orang warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan kerana pelbagai kesalahan imigresen.
Semua yang ditahan berusia satu hingga 52 tahun dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment