Sunday, May 20, 2012

ISTERI BALUN SUAMI...DAH KITA YANG PILIH...AKIBAT TANGGUNGLAH....AHLI MAKSIAT TAK KAN CERITA KERJA2 TAKWA...BIASALAH ORANG TAK PENDULI DOSA...BERDOSA PUN DAH TAK TERASA...

Kecoh penyamun menyamar mangsa

Oleh Asmah Rusman dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

SERDANG: Lima perompak yang menghantar rakan mereka ke Hospital Serdang, di sini, yang parah selepas bergelut dengan mangsa ketika cuba menyamun sebuah kafe siber pagi kelmarin, kelam-kabut melarikan diri apabila terserempak mangsa jenayah mereka yang pergi ke hospital sama untuk mendapat rawatan.
Sebaik mangsa, Saifullah Mishaldulmun, 21, yang cedera di kepala menjerit memaklumkan kepada petugas hospital bahawa individu yang dirawat di unit kecemasan itu penjenayah yang mencederakannya, kelima-lima perompak terbabit bergegas melarikan diri meninggalkan rakan mereka.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, enam lelaki datang ke hospital itu merayu supaya seorang daripada mereka diberi rawatan kecemasan kerana cedera serius selain kehilangan banyak darah.

Petugas yang mahu dikenali sebagai Mohd Akmal, 30, berkata, kumpulan lelaki itu memaklumkan rakan mereka cedera akibat diserang penjenayah ketika berada dalam sebuah kafe siber di Seri Kembangan, di sini.


Menurutnya, doktor memberi rawatan kecemasan kepada lelaki terbabit dalam bilik rawatan manakala lima rakannya menunggu di luar bilik berkenaan.

Isteri balun suami

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

CEDERA...mangsa mengalami keretakan pada tempurung kepala selepas isteri menghentak menggunakan botol.
CEDERA...mangsa mengalami keretakan pada tempurung kepala selepas isteri menghentak menggunakan botol.
KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin.
Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol.

“Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.


“Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya.

Belasah isteri guna penyapu

KUALA LUMPUR: Gara-gara menegur suami yang mengejutnya daripada tidur secara kasar, seorang wanita dibelasah dengan penyapu sehingga berdarah di rumah mereka, di Kepong, di sini.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 27 tahun terkejut apabila suaminya yang berusia 20-an pulang dalam keadaan marah-marah dan menjerit memanggil namanya secara kasar.

Menurut sumber, mangsa menegur sikap suaminya menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum suaminya mengamuk.
“Suami mangsa mengambil penyapu dan membelasah isterinya. Biarpun berlumuran darah, mangsa berjaya lari keluar dan meminta bantuan pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, sebaik polis tiba suspek sudah melarikan diri dan mangsa dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan.

Hari bahagia tertangguh

Oleh Abu Bakar Al Sidek
am@hmetro.com.my

SUNGAI MANIK: Persiapan untuk menjadi ‘raja sehari’ sudah lengkap termasuk wang hantaran RM8,000, namun hari bahagia sepatutnya dilangsungkan Ahad depan, terpaksa ditunda ke tarikh belum pasti apabila bakal pengantin perempuan terlantar koma di hospital sejak hampir seminggu lalu akibat kemalangan jalan raya.
Zunaidi Mohamad, 36, kini tidak putus-putus berdoa agar tunangnya Siti Rozita Saidin, 26, dari Alor Bakong, Kuala Sungai Manik, di sini, pulih sepenuhnya akibat kecederaan kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kampung Bahagia, di sini, 16 Mei lalu.

Siti Rozita yang masih tidak sedarkan diri, parah di kepala, kaki dan beberapa anggota badan lain selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta.
Ketika ini, Siti Rozita masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan berada dalam keadaan kritikal.

Zunaidi yang bekerja kilang berkata, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan berharap bakal isterinya pulih secepat mungkin.

Menurutnya, dia sudah menyiapkan semua kelengkapan perkahwinan, termasuk persiapan kenduri di rumah keluarganya di Felda Melati, Jengka 11, Pahang, yang dijadualkan 3 Jun depan.

“Bagaimanapun, majlis sambut menantu di rumah keluarga saya dan majlis akad nikah yang dijadual Ahad depan di rumahnya, terpaksa ditunda ke tarikh lain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia menerima berita kejadian itu petang hari kejadian, daripada bapa tunangnya, Saidin Othman, 70, dan melawat tunangnya di hospital sejak dua hari lalu, namun keadaan tunangnya masih tidak berubah.
“Ahli keluarga saya akan berbincang dengan pihak keluarga tunang dalam masa terdekat bagi menetapkan tarikh baru sebaik Siti Rozita sembuh,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara Siti Rozita, Hakim @ Hasim Mohamad, 64, berkata pihaknya juga sudah menyiapkan segala persiapan majlis perkahwinan berkenaan termasuk sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan kepada saudara-mara dan penduduk kampung.

“Bagi keluarga pengantin perempuan, saya memohon maaf kepada saudara-mara dan penduduk kampung di atas penangguhan majlis perkahwinan itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, kini tahap kesihatan Siti Rozita masih membimbangkan, malah hospital memantau kecederaan teruk dialami anak saudaranya itu.

Soseh Soseh: Tak perlu megah cerita 18SX

TIDAK dinafikan artis ini memang cantik orangnya dan selalu membuatkan sang lelaki jadi gila bayang. Malah selepas artis itu berkahwin pun, dia masih lagi nampak bergetah.
Maaflah kalau gosip SS hari ini agak berbaur ‘18SX’ namun perkara adalah untuk kebaikan artis itu sendiri.

Bukan apa, cerita yang sampai ke telinga SS semalam memang kurang manis apabila artis wanita yang cantik dan seksi itu membuat pengakuan berani bahawa suaminya ‘hari-hari mau’ dan dia sendiri tidak pernah menolak.

Alhamdulillah, kita pun gembira kalau suami isteri hidup bahagia. Kalau sang suami selalu mahu ‘bersama’ isterinya yang sah apa yang hendak ditegah sebab itu hak mutlak mereka tapi bagi SS, perkara ini tidak perlulah dengan megah diceritakan kepada orang di sekeliling. Bercerita hal dalam kelambu kepada orang adalah perkara yang ditegah. SS sendiri tidak sanggup meletakkan namanya di sini sebab itu pun maruahnya.


Senang cakap, soal dalaman rumah tangga, biar antara kita simpan sebagai rahsia perkahwinan. Biarlah artis itu dan suami saja yang tahu. Ia bukan cerita buat album atau buat konsert.

Bukannya apa, takut esok lusa apabila cinta pasangan itu tidak lagi sehaluan atau mulai kusam, masa itu orang akan mula mempersenda-sendakan mereka pula.
Jadi yang akan malu nanti tentulah diri mereka sendiri. Orang hanya suka tepuk tangan.

SS juga rasa perempuan Timur tidak seharusnya bercerita hal-hal yang sebegitu kepada orang lain. Maklumlah, aset paling berharga pada wanita adalah maruah diri. Maruah itu wajar dijunjung tinggi bukan dijadikan bahan sembang di kafe.

Yang mendengar sudah pasti seronok sebab dapat cerita peribadi tapi kita harus berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Episod ‘cinta’ stesen minyak

GOMBAK: Seorang lelaki cedera di kepala selepas dihentak dengan pam minyak di stesen minyak di Bandar Baru Selayang selepas terbabit dalam pergaduhan berkumpulan yang berkaitan dengan soal teman wanita.
Sebelum kejadian jam 6 petang Jumaat lalu, mangsa berusia 26 tahun bersama teman wanitanya bersiar-siar menunggang motosikal sebelum dihampiri bekas teman lelaki kekasihnya yang menyuruh mereka berhenti di stesen minyak.

Menurut sumber, lelaki itu meminta izin berbincang secara berasingan dengan teman wanita mangsa dan mangsa memberi kebenaran sementara dia mengisi minyak.
“Bagaimanapun, mangsa terkejut melihat suspek cuba memukul teman wanitanya. Dia memarahi suspek menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka.

“Keadaan bertambah teruk apabila beberapa rakan suspek turut campur tangan sebelum seorang daripada mereka mengambil pam minyak dan menghentak ke kepala mangsa beberapa kali hingga berdarah,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan dan sejurus tiba di rumah, dia menerima panggilan telefon mengugut mencederakannya lagi.

Menurutnya, bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.

Umpan RM50 untuk ‘main-main’



KUALA LUMPUR: Seorang remaja kelainan upaya (OKU) dicabul empat lelaki yang masuk ke rumahnya di Cheras, di sini, ketika mangsa yang mengalami penyakit lembam tinggal bersendirian.
Dalam kejadian jam 7 malam, Khamis lalu, empat suspek terbabit menceroboh rumah mangsa dipercayai untuk mencuri wang RM200 yang diletakkan di atas almari di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa berusia belasan tahun yang dikatakan mengenali semua suspek kemudian diajak ‘bermain-main’ di dalam bilik dan setiap suspek mengumpan mangsa dengan upah RM50 setiap seorang.
“Pada mulanya mangsa menolak, namun selepas dipujuk mangsa akhirnya terpedaya dan dia diajak masuk ke dalam bilik sebelum keempat-empat suspek mencabulnya.

“Mujur kakak ipar mangsa datang ke rumah dan terkejut apabila mendapati ada empat lelaki berada di dalam bilik di rumah itu bersama mangsa yang hanya berkemeja-T, tanpa pakaian dalam,” katanya.

Sumber itu berkata, semua suspek melarikan diri dan kakak ipar mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pudu sebelum melakukan pemeriksaan doktor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, empat suspek terbabit yang berusia belasan tahun ditangkap sehari selepas laporan polis dibuat mangsa. Semua direman empat hari bermula Jumaat lalu.

Mayat reput celah batu

CAMERON HIGHLANDS: Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui di celah batu di Sungai Tringkat, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat mangsa yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian mengesahkan penemuan mayat terbabit.
Menurutnya, sepasukan anggota polis terpaksa mengambil masa beberapa minit mengeluarkan mayat berkenaan yang tersepit di celah batu manakala kepalanya ditemui terbenam dalam air.

No comments:

Post a Comment