Monday, March 7, 2011

BAGAIMANA YANG AKAN LAHIR...IBU MENCURI KETIKA MENGANDUNG...ADAKAH ANAKNYA MENCURI JUGA APABILA DEWASA.....MATI@AJAL ALLAH TAK LEWATKAN WALAUPUN SEDIKIT...MAKA BERTAKWA SERTA BERTAUBATLAH....

Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik

KUALA TERENGGANU - Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur pameran mistik, Dynasty Event Sdn. Bhd. pada 14 Mac ini bagi menyelesaikan kontroversi berhubung pameran yang bakal diadakan pada bulan depan.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada mufti negeri mengenai perbincangan yang akan diadakan dengan penganjur itu.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran itu pada Isnin depan bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Tadarus al-Quran Terengganu FM di sini semalam.
Shaikh Harun berkata, secara sepintas lalu apa yang hendak dipamerkan itu ada sebahagiannya tidak bercanggah dengan agama.
"Jadi yang bercanggah atau perkara itu yang secara jelasnya tidak ada salah tetapi kalau kita tengok dia akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, kita tidak akan benarkan.
"Saya akan tapis mana perkara yang boleh dipamer atau perkara yang tidak boleh," katanya.


Pekebun mati kena peluru sesat


AZHAR (kanan) mengusung jenazah bapanya, Mamat (gambar kecil) yang mati terkena peluru sesat di Dungun kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang pekebun untuk melihat kerbau peliharaannya pada waktu malam berkecai apabila dia maut selepas terkena peluru sesat di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dekat sini kelmarin.
Mamat Che Ghani, 61, disahkan meninggal dunia pada pukul 10.45 pagi semalam selepas 12 jam dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Difahamkan, dua jam sebelum kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa telah pergi bersendirian ke kebun miliknya yang turut menempatkan kandang tempat kerbaunya dikurung.
Bagaimanapun, belum sempat dia menemui kerbaunya, dia terlebih dahulu telah terkena peluru sesat di perut. Sambil menahan sakit, dia sempat pergi ke sebuah pondok di kebun tersebut untuk menghubungi anak perempuannya.


Lelaki lemas selepas kemalangan


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Soon Fatt yang lemas selepas lori yang dipandunya tergelincir ke dalam sungai di Mersing semalam.


MERSING – Malang menimpa seorang pemandu lori sebuah ladang apabila dia lemas selepas kenderaan yang dipandunya itu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Kahang-Mersing di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu menyebabkan Liew Soon Fatt, 23, mati di tempat kejadian selepas gagal menyelamatkan diri apabila tersepit di tempat duduk pemandu. Ketika kejadian, dia menaiki lori itu bersama seorang kelindan warga Bangladesh dikenali sebagai Helaludin, 30-an.
Menurut Helaludin, kejadian itu berlaku apabila lori yang membawa muatan baja itu gagal dikawal lalu tergelincir ke dalam sungai.
Katanya, ekoran itu, Soon Fatt dari Lahat Datu, Sabah tidak sempat menyelamatkan diri kerana tersepit manakala Helaludin pula hanya cedera ringan.

Geng mengandung curi susu


Sebuah pasar raya di Jalan Gambang, Kuantan yang menjadi sasaran geng wanita mengandung mencuri susu bayi.


KUANTAN - Macam-macam taktik untuk melakukan jenayah. Terbaru polis negeri ini mengesan wujud satu kumpulan penjenayah yang menyasarkan pelbagai produk susu bayi di pasar raya.
Kumpulan penjenayah geng wanita mengandung dikesan aktif mencuri produk susu bayi di pasar raya di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.
Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan pasangannya membabitkan lima wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung.


Budak 4 tahun mati tersepit meja

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui dalam keadaan terkulai selepas lehernya tersepit pada sebuah meja lipat di luar rumahnya di Jalan Damai 9, Taman Damai, Senai di sini kelmarin.
Siti Nor Haiza Habibu Rahman dipercayai bermain di luar rumahnya seorang diri sehingga berlaku kejadian itu tanpa disedari keluarganya.
Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, ketika kejadian, dia masuk tidur di biliknya pada pukul 3.30 petang dan selepas bangun, dia terus melakukan kerja rumah.
"Kebiasaannya, Nor Haiza akan tidur sekali bersama saya selepas makan tengah hari tetapi pada hari itu, dia begitu leka bermain," katanya kepada pemberita semalam.
Kumpulan suspek itu bergerak secara berkumpulan ketika melakukan jenayah itu.
Modus operandi kumpulan itu adalah memasuki pasar raya yang sentiasa sibuk dengan pelanggan.
Suspek lelaki dengan suspek wanita yang kononnya hamil berpura-pura memilih barang sebelum mereka mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.
Dalam kejadian terbaru di sebuah pasar raya di Jalan Gambang dekat sini kelmarin, kumpulan tersebut melarikan 308 tin susu bernilai RM6,000 dalam tempoh setengah jam.

No comments:

Post a Comment