Friday, March 11, 2011

INGAT BERTAPA BESAR KUASANYA...TIADA FUNGSI BALA TENTERA ...BILA ALLAH BERI GEMPA BUMI...JANGANLAH BONGKAK PADA ALLAH SWT...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH.

Jepun digegar gempa kuat, tsunami badai pantai timur
Mac 11, 11 3:24pm

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
NONEDi beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

NONEKeadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
- Reuters














Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai
Mac 11, 11 4:17pm

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

NONEJabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana setkaat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

- Bernama

Kenderaan tercampak, rumah hanyut di Jepun

Mac 11, 11 4:34pm

Gempa bumi buruk yang melanda Jepun hari ini menggegarkan bangunan dan turut menyebabkan kenderaan tercampak daripada jambatan, lapor rangkaian berita CNN.
Laporan langsung siaran televisyen itu pada petang ini turut menunjukkan kebakaran turut berlaku di kawasan tertentu di negara tersebut akibat gempa bumi pada skala 8.9 richter itu.
Gempa bumi berkenaan adalah yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun.
NONEDilaporkan, serpihan daripada runtuhan rumah dan juga kapal laut turut dihanyutkan ombak ke arah lebuhraya akibat tsunami yang melanda, ekoran gempa bumi tersebut.
Sekurang-kurangnya sebanyak empat juta rumah di Tokyo dan kawasan sekitarnya pula terjejas apabila bekalan elektrik terputus, lapor CNN dalam laman webnya.
Orang ramai dilaporkan membanjiri jalan-jalan di kota berkenaan dan cuba menghubungi saudara mara mereka melalui telefon bimbit.
Di dalam bangunan pejabat pula kertas-kertas bertaburan dan para pekerja terpaksa bergantung kepada kerusi dan meja mereka, lapor CNN.
Lapangan terbang, stesen tren ditutup
Tsunami yang berpusat di Laut Pasifik itu kini sedang menuju kawasan pesisir di negara-negara lain, lapor laman itu.
NONESementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang telah disahkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut, lapor laman rangkaian berita Al-Jazeera.
Kerosakan akibat tsunami itu banyak berlaku di kawasan bandar Onahama di daerah Fukushima, lapor laman tersebut yang memetik laporan stesen TV NHK Jepun.
Turut dilaporkan, satu kebakaran besar berlaku di satu pusat penapisan minyak di Iichihara dekat Tokyo, manaka kepulan asap tebal dilihat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan di bandar itu.
Perdana menteri Jepun Naoto Kan dilaporkan berkata, gempa bumi hari ini menyebabkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun.
Beberapa loji nuklear di kawasan berkenaan telah ditutup secara automatik, namun tiada kebocoran bahan radioaktif, katanya dalam sidang media tergempar berhubung malapetaka itu.
NONETsunami dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat itu turut menjejaskan lapangan terbang Sendai di kawasan timur laut Jepun.
Laporan televisyen menunjukkan mangsa yang terpaksa berdiri di bumbung bangunan terminal lapangan terbang berkenaan, lapor Al-Jazeera.
Lapangan terbang lain juga telah ditutup dan perkhidmatan tren dihentikan.
Pesawat tentera pula dilihat terbang di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mengenalpasti keperluan menyelamat.
Turut dilaporkan, satu bumbung dewan runtuh di timur Tokyo menyebabkan ramai cedera.
Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.
Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

Penduduk dinasihat tidak ke pantai

11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama

Indonesia keluar amaran tsunami selepas gempa Jepun
2011/03/11

JAKARTA: Indonesia hari ini mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi.

Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.
Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai. - AFP


Russia pindah 11,000 penduduk dari kepulauan Pasifik

2011/03/11
MOSCOW: Pihak berkuasa Russia hari ini memindahkan kira-kira 11,000 penduduk dari kepulauan Pasifik berikutan ombak tsunami melanda akibat kejadian gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di perairan timur laut Jepun.

Pegawai kecemasan wilayah berkata, tsunami itu mungkin melanda beberapa bandar tepi pantai dan perkampungan di empat pulau Pasifik, yang dirampas Soviet Uniondari Jepun pada hari terakhir Perang Dunia Kedua.
Kedudukan pulau-pulau itu adalah kira-kira 10 kilometer dari Pulau Hokakido, Jepun.

Tsunami pertama setinggi 50 sentimeter sampai ke perkampungan Malo-Kurilks, kata Menteri Kecemasan Russia. Tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Pihak berkuasa di Semenanjung Kamchatka di sebelah utara berkata, tsunami tidak mendatangkan bahaya di kawasan itu .

Kamchatka mempunyai gunung berapi, sebahagiannya mengeluarkan gas setinggi 5,800 meter hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada pesawat di kawasan itu. - AP

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud


2011/03/11

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment