Friday, March 11, 2011

KERJA SENI PENUH DENGAN GOSIP SERTA PERLANGGARAN HUKUM ALLAH...SEDARLAH...BUKAN KERJA BERKENAAN ARAK ..PELACUR ITU HARAM TAPI BANYAK LAGI...BERTAUBATLAH DAN BERTAKWA..MATI TAK SEMPAT BETAUBAT...KAN SUSAH...

Dicabul pengarah teater

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua pelakon remaja yang terbabit dalam sebuah pementasan teater di Seremban, Negeri Sembilan, membuat laporan polis mendakwa dicabul pengarah teater itu ketika mengikuti sesi latihan.
Difahamkan, pengarah teater terkenal berusia 60-an itu dipercayai mencabul ramai lagi pelakon remaja yang mengikuti sesi latihan teater berkenaan, namun setakat ini polis menerima hanya dua laporan berhubung kejadian.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan meraba mangsa di sebuah rumah di Seremban yang dijadikan tempat latihan pementasan bakal diadakan bulan depan.

Sumber berkata, latihan teater itu berjalan sejak tiga bulan lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku beberapa minggu lalu.

“Setakat ini dua mangsa membuat laporan polis awal minggu ini dan akibat pendedahan itu, projek pementasan dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April ini dibatalkan serta-merta,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, polis menerima laporan mangsa masing-masing berusia 14 dan 17 tahun.

Menurutnya, mangsa bersama 24 lagi pelajar sekolah menengah mengikuti sesi latihan itu setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Mangsa yang belajar di sekolah menengah di luar Seremban mendakwa pengarah produksi persembahan itu mengambil kesempatan mencabul mereka ketika latihan.

“Siasatan terperinci dijalankan kerana kita belum dapat pastikan berapa kali mangsa dicabul serta sama ada pelajar lain turut menjadi mangsa,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.

Pengerusi Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari berkata, pihaknya terpaksa menghentikan teater itu dan akan menggantikannya dengan pementasan lain.

“Kita tunda projek ini sehingga Jun selain mengadakan persembahan dengan tajuk berbeza dan mengambil pengarah lain untuk menjayakannya.

“Saya tidak boleh membuat sebarang ulasan disebabkan perkara ini masih dalam siasatan polis, tetapi kami akan berusaha menjayakan pementasan teater membabitkan golongan remaja kerana matlamat kami ialah menarik minat pelajar terhadap persembahan seni ini,” katanya.


'Saya tak tergamak'

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

MAYA...berkawan baik  anak bekas menteri
MAYA...berkawan baik anak bekas menteri
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 32, menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya.
“Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas bersama Harian Metro di sini, semalam.
Keakraban terjalin antara dia dan anak bekas menteri berkenaan turut membuktikan tidak mungkin pelakon utama filem Cun itu tergamak melakukan perkara sedemikian, membelakangi rakan baiknya apatah lagi didakwa menjalin hubungan cinta dengan bapa kepada rakan baiknya sendiri.

“Saya mengenali isteri bekas menteri itu dan tidak mungkin saya tergamak melakukan perkara itu kepada orang yang saya kenal. Gosip yang tersebar itu mengarut dan tidak masuk akal,” katanya.

Menurut Maya, dua perkara menjadi kepantangannya dalam memilih pasangan hidup, pertama menjalin hubungan dengan suami orang dan orang dimaksudkan itu mempunyai hubungan baik dengan dirinya.

Ditanya kemungkinan pertemuannya dengan bekas menteri berkenaan mempunyai kaitan dengan projek teater yang dilaksanakan isteri bekas menteri berkenaan, Maya berkata, dia gembira sekiranya perkara itu berlaku, tetapi ia tiada kaitan.

“Saya gembira sekiranya ia benar dan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan projek yang mahu dilakukan, tetapi kami tidak pernah bertemu dan kalau benar sudah tentu dia akan menghubungi saya dan berbincang mengenainya,” katanya.

Maya bagaimanapun tidak melenting apabila mengetahui gosip yang hangat diperkatakan itu kerana faham ia timbul disebabkan kekeliruan sesetengah pihak.

“Kadang-kadang manusia ini suka membuat andaian walaupun tidak tahu kesahihan perkara sebenar. Mengambil contoh ada orang melihat perempuan lain yang wajahnya mirip saya keluar dengan mana-mana lelaki berprofil tinggi, mereka membuat andaian saya menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit.

“Ada ketika andaian itu dilakukan berdasarkan sekilas pandang. Dia melihat wanita itu mempunyai mata seiras saya atau melihat dari belakang rambut dan susuk tubuh seperti saya dan mengesahkan orang yang dilihat itu saya.

“Untuk membuktikan kepada orang lain dia bercerita dengan temannya dan secara tidak langsung ia menyebabkan gosip itu tersebar,” katanya.

JANGAN KERJAYA KITA TAK SABIT DENGAN HUKUM...RAKYAT MALAYSIA TAHU HUKUM HALAL HARAM...BERTAUBATLAH..

Rasa Tidak Dihargai, Fauziah Nawi Luah Perasaan

KUALA LUMPUR: Pelakon Fauziah Nawi, 58, kecewa apabila masyarakat tempatan tidak menghargai penglibatannya sebagai seorang pelakon yang telah berkecimpung selama 25 tahun dalam industri seni.
Menurut Fauziah atau nama panggilannya, Ibu, kekecewaan itu bermula apabila kehadirannya lebih-lebih lagi dalam bidang teater diterima masyarakat negara luar, tetapi tidak pula di negara sendiri.
"Pada Oktober tahun lalu, saya dipanggil untuk membuat pementasan solo berjudul Cinta Julia, di Esplanade, Singapura dan Alhamdulillah, seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual.
"Waktu itu saya rasa terharu kerana orang luar menerima saya menghiburkan mereka. Berbeza sekali di sini, jika teater tersebut bukan pementasan berskala besar, tempat duduk penonton pasti banyak yang kosong.
"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam.
"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar teater monolog 3 Wajah di restoran Rebung, di sini, Jumaat.
Tambah Fauziah, walaupun teater berskala kecil masih sukar diterima umum, dia tetap akan setia dengan dunia lakonan teater sehingga akhir hayat.
Sementara itu, selepas kejayaan pementasan Cinta Julia di Singapura, Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) membawa siri kedua monolog tersebut dengan judul baru pula iaitu 3 Wajah.
Ia merupakan gabungan tiga naskah monolog hasil karya Iryanda Mulia Ramli iaitu, Tukang Sapu, Hutang dan Pukul yang diadakan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.
Teater yang dipentaskan secara solo oleh Fauziah sendiri itu membawa mesej kemanusiaan dan kehidupan yang kelihatan agak remeh tetapi memberi impak besar dalam perkembangan dan keseimbangan masyarakat masa kini.
"Bukan mudah membawakan monolog kali ini kerana saya berperanan memegang sebanyak tiga watak.
"Lebih mencabar lagi apabila saya perlu menghafal skrip sebanyak 15 muka surat dan ia bukannya satu perkara yang mudah bagi golongan berusia seperti saya.
"Bagaimanapun, saya percaya ia sebuah karya yang menarik untuk ditonton,"ujarnya.
3 Wajah bakal dipentaskan bermula 30 Mac hingga 3 April depan.
Tiket yang berharga RM50 (dewasa) dan RM15 (pelajar) boleh ditempah menerusi talian 012-6170697/012-2429621 atau melalui e-mel, sanggarstefani@gmail.com.

Ziana Zain Perjelas Tuduhan Berlagak Diva

PETALING JAYA: Penyanyi popular Ziana Zain menjelaskan dia mempunyai alasan yang kuat terhadap dakwaan berlagak diva dan meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah secara tidak profesional baru-baru.
Jelas Ziana, tindakannya meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah fesyen keluaran Mac itu adalah kerana pakaian yang disediakan telah melangar prinsip dan boleh menjejaskan imejnya.
“Saya tinggalkan sesi fotografi itu kerana pakaian yang diberikan kepada saya sangat tidak sesuai dengan imej saya sekarang. Bagi saya ia terlalu remaja dan tidak sesuai dengan status saya sebagai ibu dan isteri.
“Kalau saya pakai juga sudah tentu ada yang akan berkata lebih teruk lagi. Kenapa saya nak rosakkan imej yang saya bina selama 20 tahun dengan pakaian sebegitu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Antabax di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
Tambah Ziana, dia kesal dengan tuduhan majalah tersebut yang menganggapnya sebagai artis tidak profesional, emosi dan tidak pandai berfesyen.
“Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang mereka katakan tentang saya. Ia seperti satu serangan peribadi kepada saya.
“Saya datang untuk sesi fotografi dengan hati yang terbuka. Saya bukan tolak mentah-mentah untuk tidak pakai baju tersebut.
"Saya pakai juga baju itu tetapi ia memang tidak sesuai langsung dengan usia saya.
“Bagaimanapun saya menolak dengan baik dan minta digantikan dengan baju lain tetapi mereka tidak beri sebarang pilihan selain pakai baju tersebut. Siapa yang tidak professional?” soalnya.
Tambah Ziana, selama 20 tahun dalam industri hiburan, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dia berhadapan masalah dengan media.
Jelas Ziana lagi, dia tidak pernah cerewet dengan pakaian atau solekan yang disediakan melainkan ia benar-benar melangar prinsipnya.
“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana saya bekerja, saya tidak pernah berlagak seperti seorang diva dan terlalu cerewet dengan pemilihan pakaian atau solekan.
“Tapi bila ia menyentuh kepada maruah dan imej yang mana boleh mejejaskan nama baik yang saya bina selama ini sudah tentu saya menolak,” katanya.
Menurut Ziana lagi bukan dia sahaja yang menegur tentang pakaian tersebut, malah artis lain seperti Ning Baizura dan Erra Fazira turut mempersoalkan pakaian masing-masing ketika terlibat dalam sesi fotografi itu.
“Mereka seharusnya buat kajian dulu artis mana yang datang dan pakaian apa yang sesuai untuk artis tersebut.
“Ketika itu, bukan saya sahaja yang tidak mahu pakai baju yang disediakan malah Ning dan Erra juga minta pakaian lain,” katanya.

Kehilangan Bapa Ujian Hebat Syahrini
PENYANYI Indonesia Syahrini mengaku ujian terhebat dalam hidupnya ialah kehilangan bapa tercinta.
Jelasnya perkara tersebut sukar untuk diterima berbanding kehilangan kerjaya sebagai seorang penyanyi.
"Ujian terberat dalam hidup saya adalah kehilangan bapa tersayang bukan kehilangan Anang seperti yang kamu katakan," ujarnya seperti dilaporkan oleh Kompas.com.
Tambah Syahrini, pemergian tersebut sangat mempengaruhi hidupnya. Dia juga sempat menulis sebuah lagu untuk arwah bapanya itu.
"Kerana pemergiannya saya belajar tentang keiklasan, kesabaran dan pengalaman itu saya telah tulisnya dalam sebuah lagu.
"Tajuk lagu tersebut ialah Kepulangan Ayahanda. Ya saya yang buat lagu itu, dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

'Imam Muda Musim Kedua' Perkenalkan Mursyid
 
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar bersama mudir dan mursyid-mursyid baru Imam Muda
PETALING JAYA: Astro memperkenalkan barisan Mursyid (guru) yang akan berperanan sebagai tenaga pengajar dan penasihat tenaga pengajar untuk musim kedua program realiti Imam Muda.
Program itu menampilkan empat orang Mursyid yang kesemuanya merupakan muka baru sebagai tenaga pengajar.
Mereka adalah Ustaz Ikmal Zaidi, Ustaz Tuan Asmawi, Ustaz Izhar Ariff dan Ustaz Zulkefli Hamat.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, Imam Muda amat komited dengan usaha menonjolkan golongan muda yang berpotensi bagi memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa.
“Kami amat serius dalam memastikan calon Imam Muda kali ini mendapat didikan terbaik daripada pelbagai bidang keagamaan sebagai pelengkap ke arah menjadi seorang Imam Muda.
”Jika pada musim pertama kami memperkenalkan dua orang Mursyid untuk menjadi penasihat dan pembimbing kepada 10 Imam Muda, pertambahan kepada empat individu ini menunjukkan kekuatan azam kami untuk meningkatkan lagi kualiti rancangan ini.
"Secara tidak langsung calon Imam Muda musim ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal terhadap cabaran yang pastinya akan lebih hebat bakal dilalui oleh mereka,” katanya.
Bagi merancakkan lagi perubahan untuk musim kedua ini, Mursyid bukan sahaja berperanan sebagai penasihat dan pembimbing malah akan turut serta sebagai tenaga pengajar dalam bidang masing-masing.
Mereka juga akan menjadi tulang belakang dan bersama-sama dengan Mudir membentuk Imam Muda yang terunggul.
“Perubahan yang dilakukan ini menggalakkan lagi penglibatan Mursyid dan Mudir secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Imam Muda.
"Ini akan menambahkan lagi keakraban mereka seterusnya memudahkan proses perkongsian ilmu,” ujarnya.
Selain itu, penyertaan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir turut merancakkan lagi sesi temu duga musim ini.
Fktor-faktor inilah yang akan mewujudkan persaingan sengit pemilihan calon Imam Muda musim kedua yang sedang dijalankan sekarang,” katanya.
Siri pencarian Imam Muda musim kedua ini bakal bersiaran di saluran rasmi Astro OASIS (saluran 106) bermula 1 April 2011.

No comments:

Post a Comment