SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.
Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.
“Kita minta remaja yang 'termengandung' ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.
“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.
“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.
“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.
Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos
HASIL ZINA...BERAPA KALI ZINA BARU MENGANDUNG...TAKUT DALAM MENGANDUNG BERZINA JUGA...YANG TAK MENGANDUNG....DAN GUNA KONDOM DAN MAKAN UBAT UNTUK MENGELAK HAMIL...JADI BANYAK TAK....YANG BERZINA...JANGAN NAFI HUKUM ALLAH....ALLAH MENCIPTA NAFSU....SYAITAN DAN SELURUHNYA...TENTU ALLAH SANGAT2 TAHU UBAT ZINA...
Bayi bogel masih bertali pusat
KUALA TERENGGANU – Belum sampai seminggu Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh, ternyata hukuman itu tidak menggerunkan manusia yang boleh disifatkan berhati binatang apabila seorang lagi bayi ditemui dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Seberang Takir, di sini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 malam kelmarin itu, bayi lelaki yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui dalam keadaan memilukan apabila hanya diletakkan di atas rumput tanpa sebarang alas.
Lebih mengecewakan, ketika umat Islam yang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala sempena Ramadan ini, namun masih ada manusia tidak berperikemanusiaan yang bukan sahaja tidak menghormati bulan penuh keberkatan ini, sebaliknya sanggup melakukan perkara terkutuk kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Saksi, Lans Korperal Marzuki Hamid, 44, berkata, kehadiran bayi itu disedari seorang anaknya yang kebetulan ingin keluar ke kedai, namun hasratnya terbantut apabila melihat bayi terbaring di hadapan pintu pagar rumahnya.
“Ketika kejadian saya bersama isteri serta empat orang anak yang lain dalam perjalan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam di sebuah restoran, manakala anak kedua saya iaitu Nur Hafiana, 19, tidak ikut sama kerana tidak sihat.
“Sejurus mendapat panggilan anak saya memaklumkan penemuan bayi itu saya memecut kenderaan dan setibanya di rumah saya melihat bayi itu dibalut tuala bagi mengelak kesejukan dan anak saya memaklumkan bayi diberikan susu tepung setelah melihat bayi itu kelaparan,” katanya.
Kata Marzuki, hatinya sayu melihat bayi seberat 2.7 kilogram berkulit cerah itu tidak menangis seolah-olah memahami dirinya tidak diingini ibu bapa tidak berhati perut itu.
Anggota polis di Bahagian Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berkata, bayi itu segera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana bimbang dijangkiti penyakit kerana masih bertali pusat.
“Sebenarnya petang tadi (kelmarin) jabatan (HEA) saya bermesyuarat membincangkan masalah membabitkan kes pembuangan bayi semakin berleluasa kebelalakangan ini dan tidak sangka berlaku di hadapan rumah saya,” katanya.
Menurutnya, sejak lebih setahun menyewa di rumah yang didiami itu tiada sebarang perkara pelik berlaku dan kejadian yang di luar jangkaan berkenaan memberikan kesan yang sangat besar kepadanya sekeluarga yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.
Bayi lelaki bogel ditinggalkan depan rumah polis
KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.
L/Kpl Marzuki Hamid, 44, berkata, bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.
Marzuki yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah.
"Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Marzuki berkata, sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.
Beliau berkata, bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.
"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya.
Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan.
Selongkar sampah cari mayat bayi dibuang
BANDARAYA MELAKA - Anggota Forensik terpaksa menyelongkar longgokan sampah di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka (HM), semalam untuk mencari mayat bayi tidak cukup bulan yang dibuang seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kelmarin.
Dengan dibantu pekerja syarikat selenggara sampah, usaha mencari yang dijalankan sejak petang kelmarin, sebelum dihentikan malam semalam dan disambung tengahari, semalam.
Bagaimanapun, usaha menyelongkar satu persatu plastik sampah itu berhasil apabila janin berusia lima bulan itu ditemui kira-kira 1.50 petang semalam oleh salah seorang pekerja syarikat selenggara sampah itu.
Bayi tidak cukup bulan itu dibuang di dalam tong sampah oleh pelajar IPT berusia 22 tahun itu, selepas bersalin di tandas unit kecemasan HM kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Bagaimanapun, sampah di dalam tong berkenaan sudah diangkut sebelum dibuang ke dalam pusat pengumpulan sampah menyebabkan usaha mencari dalam longgokan sampah di situ terpaksa dilakukan.
Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek mengaku melahirkan bayi itu.
“Suspek mengadu sakit perut dan menjalani rawatan di wad kecemasan HM, kelmarin. Kejadian disedari selepas kakitangan merawat suspek mendapati dia baru sahaja melahirkan bayi," katanya.
Ekoran daripada kejadian itu, pegawai perubatan hospital membuat laporan polis kira-kira 7 malam.
"Namun, bayi berkenaan sudah dibuang tanpa disedari pihak yang bertanggungjawab menguruskan sampah di hospital itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini, semalam.
Berikutan itu, katanya, suspek wanita bersama teman lelakinya juga pelajar IPT direman sehingga Sabtu ini.
"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya
Batik berdarah
Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
2010/08/20
zulfa@hmetro.com.my
2010/08/20
Penemuan itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan yang menyangka pasangan terbabit menanam janin atau bayi.
Difahamkan, pasangan itu disoal siasat selepas menerima laporan daripada jiran yang mengesyaki sesuatu selepas terdengar bunyi pertengkaran di rumah berkenaan antara remaja wanita itu dengan pasangannya. Dia tinggal di rumah berkenaan bersama ibu, kakak serta neneknya.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek lelaki berusia 20 tahun dibawa ke rumah pasangannya berusia 17 tahun dan menunjukkan lokasi dia menanam sesuatu kepada polis.
Anggota forensik yang menggali tempat ditunjukkan itu kemudian menemui bungkusan plastik kuning mengandungi kain batik dengan kesan darah yang ditanam sedalam kira-kira 0.3 meter.
Menurut sumber, remaja wanita itu dipercayai mengalami keguguran sebelum dibantu teman lelakinya yang bertindak menanam kain batik dengan kesan darah berhampiran rumah itu.
Difahamkan, kain batik mengandungi gumpalan darah ditanam Khamis lalu. “Yang ditanam ialah kain batik dengan kesan darah kerana kandungan remaja wanita itu baru berusia beberapa bulan dan belum menjadi janin.
“Remaja itu mendakwa tidak datang haid sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut. Jirannya berkata, minggu lalu ada seorang lelaki meminjam cangkul dari rumahnya, tetapi tidak tahu tujuan lelaki terbabit.
“Saya terkejut apabila ramai polis datang dan memberitahu ada objek ditanam berhampiran rumah saya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana kes masih dalam siasatan.
Beliau berkata, yang ditemui hanya kain batik mempunyai kesan darah, bukan janin manakala pasangan terbabit juga masih disoal siasat.
Pelajar perubatan mungkin ibu bayi mati
2010/08/20
Malah, penemuan kain hospital yang digunakan untuk membaluti mayat bayi itu menguatkan bukti ia ada kaitan dengan kolej yang menggunakan kain jenis sama untuk tujuan pembelajaran.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis mengesyaki ibu bayi malang itu adalah pelajar kolej perubatan itu kerana menemui kain hospital bersama mayat. “Tempat mayat bayi ditemui berhampiran dengan dua kolej termasuk yang menawarkan kursus perubatan.
“Mayat bayi pula dibalut dengan kain hospital ketika ditemui sedangkan dia tidak dilahirkan di hospital berdasarkan tali pusatnya yang tidak dipotong,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.
Menurut Arjunaidi, polis sudah menjalankan operasi mengesan ibu bayi itu di sekitar kawasan berkenaan namun gagal mengesannya.
“Setakat ini, polis hanya mengambil keterangan daripada pihak pengurusan kolej bagi membantu siasatan kes,” katanya.
Katanya, kemungkinan bayi itu dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang. “Hasil laporan bedah siasat mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana disimpan di dalam beg selain baru dilahirkan ketika ditemui dan berkeadaan sihat dengan berat 3.5 kilogram,” katanya
KITA DAH BANYAK TALIAN..BUKAN SALAH...KENAPA TAK BUAT TALIAN DENGAN PENCIPTA IAITU ALLAH...DENGAN MENGIKUT QURAN DAN HADIS...ITU PANDUAN HIDUP KITA..JANGANLAH KITA INI DEGIL...BERDOLAK DALIH...KITA KAN MATI JUGA...DAN AKAN DITANYA APA YANG KITA BUAT DUNIA...KECUALI KITA BUKAN ISLAM...KITA TAHU SYURGA DAN NERAKA...CUBALAH PERGI MENGAJI AGAMA DIMASJID2 DAN SURAU2 ...PENGAJIAN BANYAK..ORANG MENGAJI TAK RAMAI...ITU PUN YANG DAH PENCEN...50 TAHUN KEATAS...INILAH REALITI MASYARAKAT ISLAM DIMALAYSIA.
Talian Nur saluran tangani krisis sosial
2010/08/20
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata talian berkenaan beroperasi selama 24 jam sehari, malah boleh diakses pelanggan melalui talian tetap, telefon bimbit dan telefon awam.
“Talian Nur turut menyediakan perkhidmatan aduan mengenai isu kebajikan, penderaan, perlindungan, kaunseling, masalah remaja dan pembuangan bayi yang semakin meningkat kebelakangan ini.
“Melalui talian ini, kita berharap dapat memberi bimbingan bagi menyelesaikan masalah pengadu,” katanya dalam kenyataan media, semalam
No comments:
Post a Comment